• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bagi menyempurnakan lagi huraian mengenai tajuk takwil ini, tidak kurang penting bagi kita untuk mengetahui serba sedikit berkenaan tajuk di atas. Lebih-lebih lagi golongan al-musyabbihah terus menerus dalam menolak dan menentang takwil, menggunakan cara orang islam berdoa dengan mengangkat tangan ke langit sebagai hujah bagi mereka untuk membuktikan Allah di langit. Sedangkan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan bahawa langit merupakan kiblat untuk berdoa dan ianya

ibadat.

1: Imam Ahli Sunnah Abu Mansur al-Maturidi Rahimahullah berkata: ““Berkenaan mengangkat tangan-tangan ke langit

merupakan ibadat. Bagi Allah, seseorang hamba itu beribadat kepadaNya dengan apa (cara) yang Dia kehendaki, Dia mengadapkan mereka kearah yang Dia kehendaki.

Sekiranya seseorang menyangkakan bahawa mengangkat pandangan ke langit kerana Allah di arah

yang dia hadapkan, samalah seperti sangkaan bagi sesiapa yang menyangka bahawa Dia di arah bawah bumi dengan sebab dia meletakkan wajahnya di atasnya (ketika sujud), mengadap dalam solat dan seumpamanya.

Seperti juga sangkaan bagi orang yang menyangkakan bahawa Dia di timur bumi atau barat oleh kerana mengadap ke arah demikian dalam solat (iaitu kiblat) ataupun di Mekah kerana dia keluar menunaikan haji, Maha Suci Allah dari bersifat demikian”117.

2: Al-hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi Rahimahullah berkata:

“Sekiranya dikatakan: Apabila al-Haq Subhanahu Wa Taala tidak mempunyai sudut / arah, apakah makna mengangkat tangan ketika berdoa ke langit? Jawapannya: Ada dua jawapan seperti yang disebutkan oleh al-Thurthusyi:

Pertama: Sesungguhnya ia merupakan ibadat seperti mengadap Kaabah ketika solat, meletakkan dahi di bumi ketika sujud beserta menyucikan Allah Subhanah dari bertempat di Kaabah dan di tempat sujud. Seolah-olah langit itu kiblat doa.

Keduanya: bahawasanya ia (langit) merupakan tempat turunnya rezeki dan wahyu, tempat turunnya rahmat dan berkat. Berdasarkan ia menurunkan hujan ke bumi lalu mengeluarkan tanaman. Ianya tempat tinggal malaikat”118.

Kata beliau lagi;

“Mengenai mengangkat tangan ketika memohon dan berdoa ke arah langit, ianya merupakan kiblat doa

117 Kitab al-Tauhid, al-Maturidi, ms: 75-76.

sebagaimana al-Bait (Kaabah) kiblat solat, dihadapkan dada dan wajah. Sembahan ketika solat dan yang dimaksudkan ketika berdoa (adalah Allah) Maha Suci (Allah) dari berada di Kaabah dan di langit.

Al-Nasafi119 juga menunjukkan (hujah) dengan kata beliau: Mengangkat tangan dan wajah ketika berdoa merupakan ta’abbud (ibadah semata-mata) seperti mengadap ke Kaabah dalam solat,. Maka langit kiblat doa seperti mana kaabah kiblat solat”120.

3: Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafii’ al-Asy’ari Rahimahullah berkata:

“Langit kiblat doa sebagaimana Kaabah kiblat solat”121.

4: Syaikh Mulla A’li al-Qari al-Hanafi Rahimahulllah berkata:

“Langit kiblat doa, bermakna tempat turunnya rahmat yang merupakan sebab pelbagai nikmat………..Disebutkan oleh Syaihk Abu Mui’n al-Nasafi yang merupakan imam dalam bidang ini (tauhid) dalam (kitabnya) “al-Tamhid” bahawa al-muhaqqiqin menetapkan bahawa mengangkat tangan ke langit ketika berdoa adalah semata-mata ibadat”122.

5: Al-a’llamah al-Bayadi al-Hanafi Rahimahullah dalam kitabnya Isyaratu al-Maram berkata:

“Mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana (Allah) Taala berada di atas langit yang tinggi, bahkan kerana ianya kiblat doa. Disebabkan darinya boleh beroleh kebaikan dan turun berkat sebagaimana firman

119 Beliau merupakan seorang ulama tauhid bermazhab Maturidi yang masyhur dengan Akidah al-Nasafiyyah.

120 Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 2 / 104.

121 Lihat Fath al-Bari, 2 / 233.

Allah Taala (( Dan di lagit rezeki kamu semua dan apa yang dijanjikan)), Surah al-Zariyat:22, serta ianya mengisyaratkan bahawa (Allah) Taala bersifat dengan sifat Kemuliaan dan sifat Kekuasaan. Begitu juga keadaan Allah Taala menguasai hambanya dengan kekuasaan dan keperkasaan” 123.

6: Al-a’llamah al-muhaddis Syaikh Abdullah al-Harari berkata:

“ Mengangkat tangan-tangan dan muka-muka ke langit merupakan ta’abud semata-mata seperti mengadap ke Kaabah ketika solat, maka langit kiblat doa seperti mana al-bait (Kaabah) adalah kiblat solat”124.

Berdasarkan kesemua keterangan yang diberikan oleh ulama Ahli Sunnah ini, mudah-mudahan beroleh manfaat bagi kita semua. Ternyatalah kebenaran dari yang batil, tampaklah pegangan Ahli Sunnah yang sebenar dari golongan yang hanya bertopengkan Ahli Sunnah. Di mana hakikat sebenar mereka adalah al-musyabbihah al-mujassimah.

KESIMPULAN

Melalui apa yang telah dibentangkan dengan dalil aqli dan naqli berkenaan takwil, kata-kata ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenainya serta pentakwilan mereka sendiri berkaitan ayat-ayat sifat serta hadis-hadis sifat, syukur kita kepada Allah kerana tergolong dalam golongan yang benar bersama salafus soleh dan ulama khalaf yang muktabar. Kita telah bersama mereka, bersama jamaah umat islam di mana Rasulullah bersabda125:

123 Isyaratu al-Maram, al-Bayadi, ms: 198.

124 Izhar al-Akidah al-Sunniyyah, Abdullah al-Harari, ms: 128.

“Tidak berijmak126 umatku dalam kesesatan, sekiranya kamu mendapati perbalahan, mestilah kamu menuruti golongan al-sawad al-a’zom” 127.

Kita telah menuruti mereka berdasarkan hadis ini dan bukan bersama golongan yang cuba merosakkan akidah umat islam dengan memutar belit terhadap salafus soleh apatah lagi khalaf. Berdasarkan akidah yang kita pegangi sekarang adalah merupakan akidah yang telah diijmakkan seperti mana yang dimuatkan oleh Imam Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya yang menjadi rujukan penting mengenai kumpulan-kumpulan dalam islam (al-firoq al-islamiyyah) iaitu kitab al-Farqu Baina al-Firoq. Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang berpegang dengan akidah ini tergolong dalam satu kumpulan yang di jamin syurga dan bukannya berada dalam tujuh puluh dua kumpulan yang akan dihumban ke neraka.

Rasulullah pernah bersabda:

“Barang sesiapa yang syaz128, sesungguhnya syaz (tersebut membawanya) ke neraka”.129

Melalui hadis ini, golongan musyabbihah adalah golongan yang sesat di sebabkan mereka terpencil dan ganjil dengan akidah yang berlainan dari jumhur umat islam zaman berzaman. Akidah mereka amat berlawanan sekali dengan apa yang diijmakkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Oleh itu dapatlah di rumuskan mengenai tajuk Takwil al-Mutasyabihat Bagi

Menolak Iktikad Sesat Di Sisi Ahli Tanzih seperti berikut:

1: Umat islam dari aliran salaf dan aliran khalaf sepakat menyucikan Allah Taala dari sebarang persamaan dengan makhluk ciptaanNya sendiri serta beriktikad makna yang

126 Ijmak merupakan kata sepakat ulama mujtahid mengenai sesuatu perkara atau hukum selepas kewafatan Nabi Muhammad. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku-buku usul fiqh.

127 Al-sawad al-a’zom adalah istilah kepada jumhur umat islam yang mana akidah mereka adalah akidah yang dibawa oleh Nabi dan seterusnya sahabat, tabi’in, berterusan demikian sehinggalah sampai kepada kita.

128 Iaitu ganjil dari sudut akidah dari jemaah islam atau jumhur umat islam.

sesuai dengan Allah yang penuh kesempurnaan, kebesaran dan pujian. Cuma perbezaannya, aliran salaf secara majoritinya mereka mengambil pendekatan takwil secara ijmali (al-tafwid) yang berlainan dengan khalaf di mana majoriti mereka pula mengambil pendekatan takwil secara tafsili.

2: Hukum menakwilkan nusus mutasyabihat adalah harus apabila mencukupi syarat-syaratnya dan golongan yang menakwilkannya bukanlah tergolong dalam golongan Muktazilah mahupun Jahmiyyah.

3: Aliran salaf tidak pernah mengatakan mereka mengambil secara zahir sesuatu nas kerana mereka faham selok belok Bahasa Arab. Mengambil secara zahir akan membawa kepada tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhlukNya.

4: Pentakwilan perlu kepada syarat-syarat agar ianya tidak menyimpang dari maksud sebenar. Sebarang pentakwilan yang tidak cukup syarat membawa kepada penyelewengan dan mensia-siakan Kalamullah dan Rasulnya. Ini kerana kaedah menyebutkan asal sesuatu perkataan berdasarkan hakikat, tidak boleh membawa kepada makna yang lain atau makna sebaliknya tanpa sebab.

5: Perlu berhati-hati terhadap golongan yang cuba merosakkan akidah Ahli Sunnah dengan bertopengkan salaf dengan membawa serta menafsirkan ayat-ayat serta hadis-hadis sifat secara zahir sahaja dan beranggapan itulah maksud sebenarnya. Ingatlah bahawa golongan ini lebih bahaya dari Yahudi, Nasara dan penyembah berhala.

6: Umat islam perlu pelajari ilmu akidah dengan mantap agar dapat menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada Ahli Sunnah. Kurangnya ilmu dalam bidang ini membolehkan golongan musyabbihah dan lain-lain memutar belitkan fakta hanya dengan membawa tajuk-tajuk atau isu yang kecil yang telah pun dibahaskan serta dikupas sebelum ini oleh ulama Ahli Sunnah.

BIBLIOGRAFI

1: Al-Quran al-Karim.

2: Al-Amali, Abdul Rahim al-I’raqi, al-Zohiriyyah, Dimasyq.

3: Al-Asma Wa al-Sifat, Al-Baihaqi, Dar Ihyak al-Turas al-Arabi, Beirut. 4: Al-Bidayah Wa al-Nihayah, Ibn Kathir, Dar al-Maarif, Beirut.

5: Al-Durar Kaminah Fi A’yan Mi’ah Saminah, Ibn Hajar Asqalani, Dar al-Ihyak al-Turas al-Arabi, Beirut.

6: Al-Durru al-Mansur Fi al-Tafsir al-Maksur, al-Suyuti, Dar al-Fikr, Beirut.

7:Al-Faqih Wa Mutafaqqih, Khatib Baghdadi, Dar Ihyak Sunnah al-Nabawiyyah.

8: Al-Farqu Baina al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdadi, Dar al-Makrifah, Beirut.

9: Al-Irsyad, Imam al-Haramain al-Juwaini, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah, Beirut. 10:Al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, Ibn Balaban, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.

11: Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran Al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Beirut. 12: Al-Majalis, Ibn al-Jauzi, Dar al-Ansar, al-Qahirah.

13: Al-Majmu’ Syarah al-Muhazab, al-Nawawi, Dar al-Fikri, Beirut. 14: Al-Milal Wa al-Nihal, Al-Syahrustani, Dar al-Makrifah, Beirut.

15: Al-Mufradat Fi Gharib al-Quran, al-Raghib al-Asfahani, Dar al-Ma’rifah, Beirut. 16: Al-Muwatta, Malik Bin Anas, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut.

17: Al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi, Dar Sodir, Beirut.

18: Amal al-Yaum Wa al-Lailah, al-Nasa’i, Muassasah al-Risalah, Beirut.

19: Aridah al-Ahwazi Bi Syarhi Sahih al Tirmizi, Ibn al-Arabi, Dar al-Fikr, Beirut. 20: Bahru al-Muhid, Abu Hayyan al-Andalusi, Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi , Beirut. 21: Dafu’ Syubah al-Tasybih, Ibn al-Jauzi, al-Maktabah al-Taufiqiyyah, al-Qaherah. 22: Fathu al-Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani, Dar al-Makrifah, Beirut.

23: Fathu al-Majid, Abdul Rahman Bin Hasan Bin Muhammad Bin Abdul Wahab, Maktabah Dar al-Salam, al-Riyadh.

24: Ihyak Ulum al-Din, al-Ghazali, Dar al-Ma’rifah, Beirut.

25: Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihya’ Ulum al-Din Murtadho al-Zabidi, Dar al-Fikr, Beirut.

26:Jami’ al-Bayan An Takwili Ayi al-Quran, Ibn Jarir al-Tabari, Dar al-Makrifah, Beirut.

27: Majmuk Muhimmaat al-Mutun, Mustafa al-Babi al-Halabi, Mesir. 28: Majmu’ah Rasail Abu Hanifah, Al-Kausari.

29: Sunan Abi Daud, al-Sajastani, Dar al-Janan, Beirut.

30: Syarah al-Fiqh al-Akbar, Mulla Ali al-Qari, Dar Kutub al-Ilmiah, Beirut. 31: Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi, Dar Ihyak al-Turas al- Arabi, Beirut.

32:Tabaqat Syafiiyyah Kubra, Taj Din Subki, Dar Ihyak Kutub al-Arabiyyah, al-Qahirah

33: Tafnid Maza’im al-Mudda’i Fi Ma Nasabahu Ila al-Syaikh Abdullah al-Harari, Qisim Abhas Wa Dirasat Islamiyyah Fi Jami’ah Saqafah Arabiyyah al-Islamiyyah, Amman.

34: Tafsir al-Asma’ Wa al-Sifat, Abu Mansur al-Baghdadi, Qaisuri, Turki. 35: Tafsir al-Kabir,Fakhru al-Din al-Razi, Dar al-Fikr, Beirut.

36: Taj Arus Min Jawahir Qamus, Murtadha Zabidi, Matbaah al-Khairiyyah, Mesir.

37: Tanbihat Fi Raddi Ala Man Taauwwala al-Sifat, Dr. Salih Bin Fauzan al-Fauzan, Riasah Ammah Li Idarat Buhus Wa Iftak Wa Dakwah Wa Irsyad, al-Riyadh.

38: Tasynif al-Masami’ Syarah Jamu’ al-Jawami’, al-Zarkasyi, Muassasah Qurtubah, al-Qaherah.

39: Usul al-Din, Abu Mansur al-Baghdadi.

40: Zad al-Masir Fi Ilmi al-Tafsir, Ibn al-Jauzi, Tabaah Zuhair al-Syawisy, Beirut.

KANDUNGAN

PENGANTAR 2 DEFINISI 5 SYARAT-SYARAT TAKWIL 6

PENGERTIAN MUTASYABIHAT DAN MUHKAMAT 7

ALIRAN DALAM AYAT-AYAT DAN HADIS-HADIS

SIFAT (MUTASYABIHAT) 10

1: Aliran Salaf: Takwil Ijmali (Al-Tafwid) 11

2: Aliran Khalaf: Takwil Tafsili 17

PENTAKWILAN ULAMA SALAF 22

1: Ibn Abbas Radiyallahu Anhuma 22

2: Imam al-Bukhari Rahimahullah 24

3: Sufyan al-Sauri Rahimahullah 25

4: Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah 26

5: Imam Malik Bin Anas Rahimahullah 27

6: Mujahid Rahimahullah 32

PENTAKWILAN ULAMA KHALAF 35

1: Imam al-Qurtubi Rahimahullah 35

2: Abu Hayyan al-Andalusi Rahimahullah 36

3: Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah 38

4: Al-hafiz al-I’raqi Rahimahullah 39

TAKWIL YANG TERCELA 39

TAKWIL HADIS AL-JARIYAH 46

LANGIT: KIBLAT KETIKA BERDOA 50

KESIMPULAN 54

Dokumen terkait