• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sebagaimana yang dimaklumi, kebanyakan ulama khalaf di kalangan Ahli Sunnah menakwilkan ayat-ayat serta hadis-hadis sifat. Oleh itu, disini dimuatkan sebahagian besar pentakwilan yang mereka lakukan. Kita sendiri boleh dapati pentakwilan ini sekiranya merujuk kepada kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis dan pelbagai karangan lain yang dikarang oleh ulama Ahli Sunnah yang terdapat di pasaran.

76 Tawaqquf ialah berhenti dari membicarakannya kerana ketidak pastian berkenaan sifat bagi Allah.

77 Lihat al-Asmak Wa al-Sifat, al-Baihaqi, ms: 335.

78 Mansukh bermaksud hukum dari nas yang terdahulu atau nas itu sendiri dihapuskan dengan hukum atau nas yang terkemudian. Rujuk buku-buku usul fiqh untuk perbahasan lebih lanjut.

1: Imam al-Qurtubi Rahimahullah.

Beliau merupakan salah seorang mufassir yang tersohor dengan kitab tafsirnya yang berjudul al-Jami’ Li Ahkam al-Quran. Kitab tafsir ini banyak memuatkan berkaitan hukum hakam fekah, walau bagaimana pun sebagai kitab tafsir, ia tidak dapat lari dari membicarakan segala yang berkaitan dengan ayat tersebut seperti menakwilkan zahir ayat

mutasyabihat yang zahirnya merupakan tasybih Allah dengan makhlukNya.

Dalam firman Allah yang bermaksud:

(( Allah yastahzik kepada mereka)),Al-Baqarah: 15. beliau menakwilkan kalimah yastahzik sebagai:

“Iaitu membalas kepada mereka (perbuatan mereka) dan

menyiksa mereka” 79.

Di sini sekiranya diambil secara zahir bermakna mengejek dan Maha Suci Allah bersifat mengejek seperti manusia. Oleh itu beliau menakwilkan ayat tersebut sebagai membalas perbuatan orang-orang kafir dengan mengazab mereka di akhirat nanti. Inilah yang dimaksudkan dengan ejekan tersebut.

Dalam firman Allah yang bermaksud:

((Dan langit kami binakan dengan Aid)),Al-Zariyat: 47, beliau menakwilkannya sebagai perintahNya dan ketetapanNya80.

Firman Allah yang lain yang bermaksud:

(( Sesungguhnya kami lupakan kamu)), Al-Sajdah: 14.

sebagai meninggalkan kamu81. Ini kerana Maha Suci Allah dari bersifat pelupa seperti manusia.

2: Abu Hayyan al-Andalusi Rahimahullah

79 Lihat tafsir beliau al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 1 / 200.

80 Ibid,17 / 49.

Beliau merupakan seorang yang mahir dalam Bahasa Arab, seorang imam yang mutlak dalam bidang tersebut seperti yang disifatkan oleh hafiz Ibn Hajar al-Asqalani82. Bahkan beliau juga disifatkan sebagai seorang yang amat berkemahiran dalam tafsir dan hadis.83

Dalam tafsirnya yang bernama Bahru al-Muhid, beliau menakwilkan firman Allah yang bermaksud:

(( Bahkan Yadahu terbuka luas )),Al-Maidah: 64. dengan menakwilkan sebagai:

“Jumhur mengatakan bahawa ianya isti’arah mengenai

kemuliaan Allah dan kenikmatanNya”84.

Dalam ayat di atas, Abu Hayyan tidakpun menetapkan bagi Allah Taala mempunyai tangan seperti golongan al-musyabbihah. Dalam firman Allah yang lain yang bermaksud:

(( Dan Kami lebih hampir dengannya dari urat lehernya

sendiri )), Qaaf: 16,

beliau menakwilkan ayat tersebut iaitu lafaz “hampir” sebagai:

“Kami lebih hampir iaitu hampir pengetahuan ( Ilmu

Allah) dengan hal keadaannya”85.

Ini kerana iktikad Ahli Sunnah menetapkan bahawa mustahil bagi Allah hampir ukuran ataupun jarak dengan makhlukNya sendiri seperti mana hampirnya seseorang manusia dengan manusia yang lain. Allah jualah yang menciptakan jauh dan dekat yang merupakan jarak serta ukuran bagi makhluk. Oleh itu Allah tidak berada dalam kedudukan dekat dan jauh seperti makhluk.

82 Al-Durr al-Kaminah Fi A’yan al-Mi’ah al-Saminah, Ibn Hajar al-Asqalani, 4 / 33.

83 Ibid, 4 / 33.

84 Bahru al-Muhid, Abu Hayyan al-Andalusi, 3 / 524

Dalam satu firman Allah yang zahirnya seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa Dia berada di atas iaitu ayat yang bermaksud:

(( KepadaNya jualah naik ucapan-ucapan yang mulia )), Fathir: 10,

Ibn Hayyan al-Andalusi dengan tegas menafikan zahir ayat ini dengan katanya: “Kerana (iaitu Allah) tidak bersudut, jadi bermaksud

kinayah86 mengenai penerimaan ( dikabulkan segala amalan)”87.

3: Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah

Ibn Hajar yang digelar sebagai Amir al-Mukminin dalam bidang hadis kerana keilmuannya yang mendalam dalam bidang tersebut, banyak menakwilkan hadis-hadis terutama dalam mensyarahkan hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari dalam karangannya yang terkenal iaitu Fath al-Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari. Perkara ini tidak disenangi oleh golongan yang menentang takwil antaranya Ibn Baz yang mengambil kesempatan melalui komentarnya dalam kitab tersebut.

Dalam sebuah hadis yang bermaksud:

(( Allah telah ketawa malam ini atau takjub dengan

perbuatan kamu berdua ))88, beliau menakwilkan sebagai:

“menisbahkan ketawa dan taajub kepada Allah adalah

majaz di mana maksudnya reda dengan perbuatan mereka berdua” 89.

Penakwilan ini tepat kerana ketawa yang timbul akibat seronok dengan sesuatu yang berlaku adalah baharu90, begitu juga dengan takjub di mana seolah-olah Allah baru mengetahui perkara tersebut lalu kagum dengan perbuatan mereka berdua. Sedangkan

86 Bermaksud kata kiasan.

87 Ibid, 7 / 303.

88 Lihat Fath al-Bari, 7 / 150.

89 Iaitu kata kiasan bukan hakikat sebenarnya.

Allah dengan ilmuNya yang azali lagi abadi telah mengetahui perkara tersebut sebelum ianya berlaku lagi. Oleh itu ianya beerti Allah reda dengan apa yang dilakukan.

Dalam sebuah hadis qudsi:

(( …..Dan Aku besertanya apabila dia mengingatiKu ))91,

beliau menakwilkan sebagai “dengan ilmuKu”. Ini telah pun diterangkan bahawa mustahil bagi Allah menjelma pada makhluknya.

4: Al-hafiz al-Iraqi Rahimahullah

Al-hafiz al-Iraqi merupakan salah seorang ulama hadis terkenal menakwilkan ayat yang bermaksud:

((Apakah kamu berasa aman dengan man (sesiapa) di

langit )), Al-Mulk: 16,

dengan satu dalil yang lain iaitu sebuah hadis Nabi yang bermaksud:

((Orang-orang yang pengasih dikasihani oleh al-Rahim

(Allah), belas kasihanlah kepada penghuni bumi nescaya kamu dikasihani ahli (penghuni) di langit )).

Beliau mengatakan, oleh kerana Allah tidak dikatakan ahli atau penghuni langit, maka ia menunjukkan malaikat kerana malaikat tempatnya di langit92. Mustahil bagi Allah bersempit-sempit dengan malaikat jika Allah tinggal di langit. Terdapat riwayat yang menyebutkan tiada ruang sebesar empat jari pun kecuali di situ ada malaikat yang

qiyam (berdiri) sentiasa, rukuk sentiasa dan sujud sentiasa. Apatah lagi sepakat atau

ijmak Ahli Sunnah bahawa Allah wujud tidak bertempat93. Apa yang terdapat dalam sebahagian terjemahan al-Quran ke dalam Bahasa Melayu yang menterjemahkan man sebagai Allah adalah tidak betul sama sekali.

Dokumen terkait