• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terdapat sebuah hadis yang amat masyhur sekali yang digunakan oleh golongan

al-musyabbihah al-mujassimah bagi menetapkan bahawa Allah Taala berada di atas

langit. Hadis tersebut terkenal sebagai hadis jariyah. Hampir kebanyakan tokoh

al-musyabbihah menggunakan hadis ini sebagai hujah dalam syarahan-syarahan serta

karangan-karangan mereka. Mereka mendakwa inilah dalil yang paling jelas dan ampuh bahawa Allah bertempat, sebarang pentakwilan merupakan penolakan dari beriman dengan sifat Allah yang boleh menyebabkan sesat dan kufur. Inilah yang disebut-sebut oleh mereka sebagai takwil adalah ta’til. Oleh yang demikian, mari kita lihat hadis tersebut yang merupakan hujah bagi golongan ini.

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim109 dalam sahihnya yang berbunyi:

“Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rosulullahi Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Lalu bertanyakan berkenaan seorang jariyah (hamba perempuan) miliknya.

Telah berkata (lelaki tersebut): Aku telah berkata: Wahai Rasul Allah! Adakah boleh aku membebaskannya? Telah bersabda (Nabi): Bawakannya kepadaku. Maka dia dibawa datang. Maka bersabda (Nabi) kepadanya: Aina Allah (dimanakah Allah)? Dia menjawab: Fi al-samak (di langit). (Nabi) bersabda; Siapakah aku? Dia menjawab: Kamu Rasulullah. (Nabi) bersabda: Bebaskan dia, sesungguhnya dia mukminah”.

Hadis ini bukanlah bermakna Allah menetap di langit sebagai mana yang di sangkakan oleh golongan musyabbihah yang jahil, bahkan maknanya yang bertepatan dengan Bahasa Arab sendiri ialah Allah Taala Maha Tinggi Kekuasaan. Ini kerana soalan

109 Lihat Sahih Muslim, Kitab al-Masajid Wa Mawadi’ al-Solah, Bab Tahrim al-Kalam Fi al-Solah Wa Nasakh Ma Kana Min Ibahatihi.

“aina” tidak semestinya ditujukan kepada tempat sesuatu itu berada. Soalan “aina” juga digunakan untuk mengetahui kedudukan, martabat atau darjat.

Contohnya ucapan seseorang: “Dimanakah aku nak dibandingkan dengan dia”. Dari petikan ini difahami bahawa maksudnya kedudukan, martabat atau darjat dan bukannya tempat. Oleh itulah ulama Ali Sunnah menakwilkan hadis tersebut sebagaimana yang disebutkan. Apatah lagi ijmak umat islam bahawa Allah tidak bertempat. Mengapakah sesetengah golongan suka meninggalkan ijmak dan berpegang teguh dengan nusus mutasyabihat yang zahirnya menyamakan Allah dengan makhluk? Jawapannya mudah iaitu, mereka memang beriktikad demikian bahawa Allah sama dengan makhlukNya.

Bagi menjawab kesesatan golongan yang berpegang dengan hadis ini juga ialah, riwayat Muslim tersebut telah ditolak oleh sebahagian ulama kerana ianya idtirob110 sanad dan matan. Keduanya ialah kerana berlawanan dengan usul.

Perkara pertama: al-Idtirob

Hadis Muslim tersebut dihukum sebagai idtirob kerana terdapat pelbagai sanad dan matan yang berbeza. Dalam satu riwayat diriwayatkan oleh Ibn Hibban111 dalam sahihnya dari al-Syarid Bin Suwaid al-Saqafi, beliau telah berkata:

“Aku telah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku mewasiatkan untuk memerdekakan baginya seorang hamba perempuan dan ada bagiku seorang hamba perempuan kulit hitam. Sabda (Nabi): Panggil dia. Lalu datanglah, (Nabi) bersabda: Siapakah tuhanmu? Dia menjawab: Allah. (Nabi) bertanya: Siapakah aku? Dia menjawab: Rasulullah. Sabda (Nabi): Merdekakannya, sesungguhnya dia mukminah”.

110 Idtirob adalah istilah kepada hadis yang berlainan sanad dan matan, dihukumkan sabagai dhaif.

Imam al-Baihaqi112 pula meriwayatkan kisah yang sama dalam al-Sunan al-Kubra dengan lafaz:

“Aina Allah (Dimana Allah)? Lalu dia menunjukkan ke langit dengan jarinya”.

Dalam riwayat lain dari Imam al-Baihaqi113 juga dengan lafaz yang lain iaitu:

“Siapakah tuhanmu? Dia menjawab: Allah tuhanku. (Nabi) bersabda: Apakah agamamu? Dia menjawab: Islam. (Nabi) bertanya: Siapakah aku? Dia menjawab: kamu Rasulullah. (Nabi) bersabda: Merdekakannya”.

Imam Malik pula dalam al-Muwatta114 meriwayatkan dengan lafaz:

“Adakah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah? Dia menjawab: Ya. (Nabi) bersabda: Adakah kamu bersaksi bahawa aku Rasulullah? Dia menjawab: Ya. (Nabi) bersabda:Adakah kamu meyakini dengan hari kebangkitan selepas mati? Dia

menjawab:Ya.Lalu Rasulullah bersabda:

Merdekakannya”.

Bila dilihat keseluruhan riwayat yang dibentangkan, riwayat yang dibawa oleh Imam Malik dalam al-Muwatta lebih tepat, cuma tiada disebutkan lafaz “sesungguhnya

dia mukminah”. Riwayat ini lebih tepat atau rajih dari riwayat yang di bawa oleh Imam

Muslim kerana bertepatan pula dengan hadis yang masyhur115:

“Aku diperintahkan agar memerangi manusia (yang tidak beriman) sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah.”

112 Al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi, 7 / 388.

113 Ibid, 7 / 388.

114 Lihat al-Muwatta Imam Malik, Kitab al-I’taqah Wa al-Walak, Bab Ma Yajuzu Min al-Utqi Fi al-Riqabi al-Wajibah.

Perkara kedua ialah riwayat “Aina Allah (dimanakah Allah)” yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berlawanan dengan usul.

Kaedah usul mengatakan bahawa seseorang tidak dihukumkan sebagai islam dengan hanya semata-mata berkata Allah di langit di sebabkan ianya bukan kalimah tauhid. Ucapan tersebut sama di antara Yahudi, Nasrani dan lain-lain agama yang beriktikad bahawa tuhan di langit. Dalam syariat islam, dihukumkan seseorang sebagai islam dengan menggunakan ucapan syahadah seperti riwayat Imam Malik dan bertepatan pula dengan hadis masyhur yang telah disebutkan.

Sekiranya dikatakan, bagaimanakah boleh terjadi demikian kerana ianya diriwayatkan oleh Imam Muslim dan kitab beliau memang diakui sebagai sahih? Jawapannya ialah terdapat sebilangan hadis yang diriwayatkan oleh beliau ditolak sebahagian ulama hadis sendiri jika kita melihat dalam karangan-karangan ulama hadis.

Sekalipun ianya diterima sebagai sahih, tidak bermakna Allah menetap di langit seperti yang diiktikadkan oleh al-musyabbihah. Makna yang sebenarnya ialah Allah Maha Tinggi Darjat dan Kebesaran. Berdasarkan makna inilah sebahagian Ahli Sunnah menetapkannya sebagai sahih seperti yang dilakukan oleh Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis Muslim tersebut. Imam al-Nawawi sendiri dalam menghuraikannya menerangkan aliran mazhab salaf dan mazhab khalaf berkenaan hadis sifat dan beliau menakwilkannya seperti yang telah diterangkan. Bagi al-musyabbihah, mereka membawa makna yang tidak layak bagi Allah lalu sesat.

Perlu diketahui bahawa golongan al-musyabbihah ini masih tidak mahu mengaku kalah, masih tetap mengatakan hadis itu sahih lagi jelas, tidak perlu kepada takwil. Maka boleh dikatakan kepada golongan ini, apakah yang akan kamu lakukan dengan satu hadis lain yang lebih sahih sanadnya dari hadis al-jariyah yang diriwayatkan juga oleh Imam Muslim.Hadis tersebut ialah hadis Abu Musa al-Asya’ri116 yang berbunyi:

116 Riwayat Muslim, Kitab Zikr Wa Dua’k Wa Qurbah Wa Istighfar dan Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Ghazwah Khaibar.

“Dimana, yang kamu seru kepadaNya aqrab (lebih hampir) kepada seseorang kamu dari tengkuk rahilah (unta tunggangan) seseorang kamu”.

Sekiranya mengambil hadis ini secara zahir atau tersurat tanpa menakwilkannya, sudah pasti bercanggah dengan hadis al-jariyah yang diiktikadkan oleh mereka.Ini kerana mereka beriktikad Allah di langit dan hadis ini pula menunjukkan Allah di bumi hampir dengan kita. Sekiranya pula mereka menakwilkan hadis ini dan tidak menakwilkan hadis

al-jariyah, ini merupakan satu pendalilan tanpa hujah atau asas yang kukuh. Ia lebih

kepada apa yang disebutkan sebagai keras kepala, mahu menegakkan benang yang basah. Oleh itu iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah yamg sejati menetapkan bahawa Allah wujud tanpa bertempat di langit mahupun di bumi kerana semuanya makhluk ciptaan Allah Taala sendiri.

Dokumen terkait