• Tidak ada hasil yang ditemukan

M URSHID T ARBIYAH

Dalam dokumen Ar Risalah Al 'Aliyah [Sughra] (Halaman 172-181)

MURSHID Tarbiyah menduduki kedudukan yang tertinggi di kalangan ‘Alim ‘Ulama dalam memberikan bimbingan kepada Ummah. Mereka menduduki maqam Pewaris Nabi.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Kesemua ilmu pengetahuan yang ada pada Para Wali adalah sekadar setitis dari lautan ilmu Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana telah dibukakan kepada sekelian Para Wali. Bayangkanlah betapa luasnya ilmu yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah kurniakan kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Murshid Tarbiyah adalah mereka yang telah menjalani kehidupan Ruhaniah dalam tempoh yang cukup lama dan telah berjaya mencapai hakikat kehidupan dan mensahihkan kebenaran dari Allah dan Rasul dan membenarkan segala pengetahuan tentang Ilmu Yaqin, ‘Ainul Yaqin dan Haqqul Yaqin. Mereka telah melepasi kedudukan Murshid Tabaruk, Murshid Tazkiyah dan Murshid Tasfiyah.

Ketiga-tiga tahap Murshid tersebut boleh ditemui dikalangan Tariqat-Tariqat yang lain namun Murshid Tarbiyah hanya terdapat di dalam Silsilah Naqshbandiyah. Murshid Tarbiyah adalah pembimbing Ruhani yang mendidik Para Muridnya.

Dia adalah seorang yang lengkap Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Hakikat serta mencapai tahap Mujtahid Mutlaq dalam Ilmu Syari’at dan Hakikat dan dikurniakan kekuasaan untuk memutuskan sesuatu keputusan yang penting berkaitan hukum-ahkam bagi Ummat Islam atau disebut sebagai Tawkil Asy-Syamilah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

MURID

APA yang penting bagi seseorang murid adalah menjaga

dan memelihara adab terhadap Syeikhnya baik ketika berada bersama-sama Syeikh mahupun ketika berjauhan, secara Zahir mahupun secara Batin. Antara adab-adab yang utama ialah menyerahkan segala urusan Keruhanian dirinya secara mutlak kepada kebijaksanaan Syeikhnya. Para Masyaikh mengatakan bahawa sesiapa yang berkata kepada gurunya “Tidak” maka dia selamanya tidak akan berjaya di dalam perjalanannya menuju Tuhan.

Menurut Hadhrat Shah Abdullah Ghulam Ali Rahmatullah ‘alaih, seseorang Murid adalah dia yang mempunyai keinginan yang membakar di dalam dadanya untuk mencintai Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan perasaan kecintaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Dia menghabiskan masa malamnya dengan bersolat Tahajjud, berjaga sambil mengalirkan air mata mengenangkan kegagalan dan kelemahan yang telah dilaluinya dengan perasaan malu. Dia sentiasa berasa takut kepada Tuhannya terhadap perkara-perkara yang akan dilakukannya.

Murid hendaklah berusaha menjauhkan dirinya dari segala tipu daya Duniawi, berasa menyesal dan malu atas dosa-dosa yang telah dilakukannya dan mula membahagi-bahagikan masanya untuk melakukan amalan-amalan kebaikan. Hendaklah sentiasa bersabar dalam setiap hal dan keadaan, sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan redha dengan Taqdir ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Setiap waktu hendaklah mengiktiraf akan kelemahan diri

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

sendiri dan bersangka baik terhadap sekelian makhluk dan menganggap mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dalam setiap nafas hendaklah sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menganggap bahawa ini merupakan nafasku yang terakhir. Jauhkan diri dari kelalaian, berbual kosong, berbalah-balahan, bergaduh dan bertengkar. Jangan menyakiti hati orang lain kerana hati merupakan rumah bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Hendaklah menceritakan tentang kebaikan dan kebajikan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum menurut apa yang dinyatakan di dalam Hadits-hadits. Hendaklah diam terhadap ikhtilaf yang timbul di kalangan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum kerana itu adalah lebih baik.

Menurut Hadhrat Imam Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaih,

“Dan hendaklah Murid itu berpegang sepenuhnya kepada Syeikhnya sebagaimana seorang buta berpegang kepada pemandunya semasa dia berjalan di tepi sungai, iaitu dia menyerahkan kesemua sekali urusannya kepada Syeikhnya.”

Selanjutnya beliau menyatakan tentang kewajipan Murid memberi penghormatan kepada Syeikh secara Zahir dan Batin. Penghormatan Zahir dapat dilakukan dengan cara:

1. Janganlah Murid mendebat dan membantahinya, juga jangan menolak hujjah yang dibawanya sekalipun ternyata kepada kamu kesilapannya.

2. Janganlah menonjolkan diri di hadapannya dengan mengembangkan hamparan sejadah kecuali jika kamu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

menjadi Imam Solat. Sebaik-baiknya apabila selesai Solat tinggalkan sejadah dengan segera sebagai menjaga tata tertib terhadapnya.

3. Janganlah banyak bersolat sunat nafilah di hadapan Syeikh.

4. Hendaklah kamu melakukan suruhannya mengikut kemampuan kamu.

5. Janganlah kamu bersujud kepadanya atau kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana perbuatan murid yang sedemikian adalah kufur. 6. Hendaklah kamu mengikuti dengan

bersungguh-sungguh perintahnya, sekalipun pada zahirnya kelihatan seolah menderhakai Allah Subhanahu Wa Ta’ala

Penghormatan Batin pula dapatlah dilakukan oleh Murid dengan cara berikut:

1. Bahawa setiap perkara yang disampaikan oleh Syeikh kepada kamu secara Zahir itu janganlah kamu membantahinya secara Batin. Kalau tidak, berertilah kamu bersifat munafiq.

2. Kalau kamu tidak mampu melaksanakan perkara seperti di atas, maka hendaklah kamu buat sementara waktu mengundurkan diri daripada mendampinginya sehinggalah kamu dapat menyesuaikan Batin dengan Zahir kamu sendiri. Ini adalah kerana tidak ada gunanya persahabatan di samping keingkaran terhadap orang yang sama pada masa yang sama pula.

Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-Suhrawardi

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

“Keadaan atau suasana seseorang Murid di hadapan seseorang Syeikh adalah bagaikan seorang yang duduk di tepi pantai menanti rezeki bergerak datang kepada dirinya.”

Bagi Murid, apabila berada di dalam majlis Syeikh, perkara yang paling utama dibeikan perhatian adalah Adab kerana ianya akan menimbulkan kecintaan pada hati. Apabila Murid beradab dengan adab-adab yang sempurna, ianya akan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang di dalam hati Syeikh terhadap Murid tersebut. Apabila Syeikh mengasihinya, maka dia juga akan mendapat kasih Allah.

Perhatian dari Syeikh terhadap diri Murid juga akan merapatkan perhatian Allah terhadap Murid kerana Allah sentiasa melihat hati-hati para RakanNya (Para Sufi) dengan penuh Rahmat, kekurniaan dan pemeliharaan.

Apabila Murid sentiasa mendapat perhatian Syeikh, dia akan sentiasa mendapat limpahan dari Allah yang tiada penghujungnya, dia akan mengenali hakikat kewujudan dirinya. Itu merupakan tanda penerimaan Syeikh terhadap Murid dan juga merupakan tanda penerimaan Allah Ta’ala, penerimaan Hadhrat Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam dan penerimaan sekelian Hadhrat Para Masyaikh Qaddasallahu Asrarahum. Dengan ini Murid akan memperolehi limpahan Faidhz dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh di dalam Silsilah menerusi Syeikhnya.

Jika Murid mengenepikan Adab, dia tidak akan mendapat manafaat yang besar dari Syeikhnya. Memuliakan Para ‘Alim ‘Ulama dan Para Masyaikh adalah suatu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

kewajipan yang besar bagi Ummat kerana Para ‘Ulama adalah pewaris Para Nabi.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Fathir ayat 32:

§ΝèO

$uΖøOu‘÷ρr&

|=≈tGÅ3ø9$#

tÏ%©!$#

$uΖøŠx sÜô¹$#

ôÏΒ

$tΡÏŠ$t7Ïã

(

óΟßγ÷ΨÏϑsù

ÒΟÏ9$sß

ϵšø uΖÏj9

Νåκ÷]ÏΒuρ

Ó‰ÅÁtFø)•Β

öΝåκ÷]ÏΒuρ

7,Î/$y™

ÏN≡uö$y‚ø9$$Î/

ÈβøŒÎ*Î/

«!$#

4

šÏ9≡sŒ

uθèδ

ã≅ôÒx ø9$#

ç$Î7x6ø9$#

∩⊂⊄∪

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada orang-orang yang berlumba dalam melakukan kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.

Yang dimaksud dengan orang yang menganiaya dirinya sendiri ialah orang yang lebih banyak kesalahannya daripada kebaikannya, dan pertengahan ialah orang-orang yang kebaikannya sebanding dengan kesalahannya, sedang yang dimaksudkan dengan orang-orang yang lebih dahulu dalam berbuat kebaikan ialah orang-orang yang kebaikannya amat banyak dan amat jarang berbuat kesalahan. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran Surah Fathir pada ayat 28,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

š∅ÏΒuρ

Ĩ$¨Ζ9$#

Å_U!#uρ¤$!$#uρ

ÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρ

ì#Î=tFøƒèΧ

…çµçΡ≡uθø9r&

šÏ9≡x‹x.

3

$yϑ¯ΡÎ)

y´øƒs†

©!$#

ôÏΒ

ÍνÏŠ$t6Ïã

(#àσ¯≈yϑn=ãèø9$#

3

.χÎ)

©!$#

͕tã

î‘θà xî

∩⊄∇∪

Dan demikian pula di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya dan jenisnya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah Para ‘Ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Di antara hamba Allah, yang takut kepadaNya hanyalah Para ‘Ulama. Yang dimaksud dengan 'Ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah dan kemuliaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya,

“ ‘Ulama adalah pewaris Para Anbiya kerana mereka memiliki ‘Ilmu. Seluruh penghuni langit mencintainya dan penghuni lautan memohon keampunan bagi mereka sehingga Hari Qiyamat.”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

“Pada Hari Qiyamat Allah akan membangkitkan seluruh manusia dan Para ‘Ulama akan dipisahkan lalu Allah berfirman kepada mereka, “Wahai Para ‘Ulama, tidak Aku berikan ‘IlmuKu kepadamu kecuali kerana Aku

mengetahui keadaanmu dan pemberian ‘IlmuKu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Masuklah ke dalam Syurga kerana dosa-dosamu telah Aku ampuni.”

Yang dimaksudkan dengan pewaris Para Nabi bukanlah hanya sekadar kepada ‘Ulama yang memiliki Ilmu Zahir kerana walaupun ianya juga merupakan warisan Ilmu Nabi tetapi darjatnya adalah seperti Zawil Arham dalam Ilmu Faraidh. Yang dimaksudkan dengan pewaris Nabi yang sempurna adalah sepertimana pada darjat anak, kerana anak merupakan pewaris yang terdekat. Anak adalah rahsia ayah secara Zahir dan Batin.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya,

“Ada ilmu yang seperti tiram yakni mutiara yang tersembunyi, hanya orang-orang yang mengenal Allah yang mengetahuinya. Bila mereka berbicara, orang-orang yang agung tidak dapat menolak.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Dalam dokumen Ar Risalah Al 'Aliyah [Sughra] (Halaman 172-181)