MURSHID Tazkiyah membimbing murinya dalam
penyucian hawa nafsu dan tabiat yang tidak baik yang disebut sebagai Tazkiyatun Nafs. Bagaimanakah untuk seseorang itu membersihkan dirinya dari godaan hawa nafsu jika dia tidak mengenali hakikat nafsu dan tingkatan-tingkatannya? Sepertimana yang diketahui terdapat tujuh tingkatan nafsu iaitu:
1. Nafsu Ammarah - Pada tingkatan ini keakuan
seseorang itu berada pada tahap kehaiwanan iaitu pada kedudukan yang rendah, tidak mengenali hakikat diri dan tidak mengenal hakikat Tuhan, boleh menjadi lebih buas dari binatang dan sentiasa mengingkari perintah-perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap nafsu ini berada pada tingkatan yang rendah dan perlu disucikan dengan Taubat dan Istighfar untuk menuju pada tingkatan yang lebih tinggi supaya dimuliakan oleh para Malaikat. Apabila nafsu Ammarah ini dapat dikuasai sepenuhnya, peribadi manusia itu akan menjadi lebih baik dari para Malaikat setelah dia menjalani latihan penyucian diri di bawah asuhan seorang Murshid yang sempurna. Nafsu Ammarah sentiasa mengajak diri mengingkari Allah dan Rasul, menurut ajakan Syaitan, bergelumang dengan dosa-dosa besar dan maksiat, bertabiat dan bertingkah laku buruk, bernafsu seperti haiwan yang buas. Sentiasa memuaskan kehendak hawa nafsu dan bersikap mementingkan diri sendiri.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
2. Nafsu Lawammah - Pada tingkatan ini keakuan
seseorang itu berada pada tahap mula menyedari keingkaran dan sifat buruk yang ada pada dirinya dan berasa menyesal apabila melakukan perbuatan yang buruk dan tidak baik. Dia mula untuk berasa bersalah kerana menurut keakuan dirinya semata-mata dan lebih mementingkan diri sendiri. Dia akan melakukan Taubat dan Istighfar tetapi akan kembali kepada perlakuan dosa dan maksiat kepada Allah dan Rasul. Kesedarannya baru terbit tetapi tidak
kukuh. Dia perlu menjalani latihan untuk
menerbitkan rasa kesedaran dan insaf pada setiap masa serta menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana jika tidak, dia akan kembali terjerumus kedalam kancah keburukan.
3. Nafsu Mulhammah - Pada tingkatan ini
keakuan seseorang itu berada pada tahap yang lebih kerap menyesali dirinya kerana mengingkari hukum dan perintah Allah dan Rasul, kesedaran untuk insaf semakin bertambah tetapi masih belum mampu meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat. Dia belum menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah kerana keakuan dirinya belum Fana atau dimatikan.
Walaubagaimanapun keinginan untuk kembali
sepenuhnya kepada Allah terasa amat dekat. Dengan latihan keruhanian dan asuhan Murshid dia akan berjaya mematikan keakuannya. Kerana itu amat penting bagi Murid untuk mendapat bimbingan Murshid kerana seseorang itu tidak akan mampu mencapai penyucian Nafsu Mulhammah ini dengan bersendirian melainkan melalui seorang Murshid secara zahir dan batin. Dia perlu berzikir dengan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
kalimah Ismu Zat iaitu Allah Allah sebanyak-banyaknya di dalam hati sehingga terbit ketenangan.
4. Nafsu Mutmainnah - Pada tingkatan ini
keakuan seseorang itu berjaya mencapai Fana. Dia
berjaya mematikan keakuan dirinya dan
menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila keakuan dimatikan maka akan lahirlah Bayi Maknawi dari diri insan. Insan bersifat pelupa dan apabila keakuan insan itu dimatikan maka akan lahirlah daripada dirinya, dirinya yang sebenar yang diertikan oleh Hadhrat Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai Tiflul Ma’ani yakni Bayi Maknawi. Pada tahap ini keimanan seseorang itu menjadi semakin teguh dan kukuh. Dia perlu mendawamkan zikir kalimah Ismu Zat pada setiap Latifah sehingga sempurna Sepuluh Lataif dan kekal dalam Syuhud. Ruhnya berjaya mencapai ketenangan pada Nafsu Mutmainnah dengan berkat limpahan dan asuhan Murshid.
5. Nafsu Radhiyah - Pada tingkatan ini keakuan
seseorang itu telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah dan dia redha dengan apa jua yang datang dari Allah. Tidak mementingkan apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Dia menumpukan kesedarannya pada Kehadiran Zat Yang Suci pada setiap masa. Dia hanya menjadikan Allah sebagai maksud dan sentiasa menuntut keredhaan Allah. Dia sentiasa merasakan dirinya lemah di hadapan Allah dan sentiasa bergantung penuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dia mengetepikan segala
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
kepentingan Dunia dan Akhirat demi Allah Ta’ala semata-mata.
6. Nafsu Mardhiyah - Pada tingkatan ini keakuan
seseorang itu telah tenggelam dalam lautan Syuhud. Dia menyaksikan Kebesaran Allah dengan cahaya Musyahadah dan mencapai ‘Irfan. Dia berenang di lautan Makrifat mengenali hakikat diri dan hakikat Tuhannya. Ruhnya telah aman damai di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan jiwanya menjadi lembut terhadap sesama makhluk dan zahirlah akhlak yang baik serta mulia dari dirinya.
7. Nafsu Kamiliyah - Pada tingkatan ini keakuan
diri seseorang itu telah mencapai penyucian yang sempurna dan berjaya menjadi insan yang sempurna dengan menuruti segala Sunnah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana merupakan insan yang paling sempurna. Zahir mereka bersama manusia di dalam khalayak ramai dan menghadiri majlis mereka namun batin
mereka sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga
memerhatikan limpahan Faidhz dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Zikir mereka pada tingkatan ini adalah sentiasa bermuraqabah. Penyerahan mereka sempurna dan Allah menzahirkan Tanda-Tanda KekuasaanNya menerusi hamba tersebut. Dia menyerah kepada segala ketentuan Taqdir dan melaksanakan kewajibannya sebagai hamba dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan tingkatan para Nabi dan Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam dan inilah merupakan tingkatan Para Sahabat Ridhwanullah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
‘Alaihim Ajma’in dan inilah merupakan tingkatan sekelian Wali Qutub.
Apakah bentuk peperangan yang paling berkesan untuk memerangi hawa nafsu sehingga seseorang Murid itu dapat mengawal dan menguasai hawa nafsunya? Murshid Tazkiyah akan membimbingnya dalam penaklukan tersebut. Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyifatkan peperangan melawan hawa nafsu tersebut sebagai suatu jihad yang besar sepertimana yang termaktub di dalam Hadits bahawa sekembalinya Baginda dan Sahabat-Sahabatnya dari suatu peperangan yang besar, Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam bersabda bahawa,
“Kita kembali dari jihad yang kecil dan menuju kepada jihad yang besar.”
Para Sahabat bertanya,
“Apakah ada peperangan yang lebih besar dari ini wahai Rasul? Dengan memerangi orang kafir pada Jalan Allah dan mengharapkan syahid?”
Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, “Mujahadatun Nafs,” yakni peperangan melawan hawa nafsu.
Ianya disifatkan sebagai suatu perang yang besar kerana dalam perang yang zahir musuh dapat di kenali dan dilihat manakala dalam perang batin, hawa nafsu itu tidak dapat dilihat dan ia tidak akan memberitahu bahawa ia adalah musuh di dalam diri. Kehendak nafsu adalah datang dan pergi melalui mulut dan keluar menerusi kemaluan.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Hadhrat Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya,
“Barangsiapa yang dapat menjamin memelihara apa yang di antara kedua bibirnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya, maka aku akan menjaminkan untuknya Syurga.”
Jihad Nafs adalah bagi menguasai segala kehendak nafsu yang ada di mulut dan kemaluan dan yang di antara keduanya seperti kehendak berkata perkataan yang sia-sia, keinginan menghidu, mendengar dan melihat serta apa yang dapat menyedapkan tekak dan perut serta kemahuan Syahwat. Hawa Nafsu tidak akan membiarkan kita memeranginya dan ia akan terus memerangi kita. Lidah akan terus menginginkan makanan yang sedap dan lazat. Syeikh hendaklah menyuruh muridnya mengusahakan makanan yang halal dan bersederhana dalam makan minum dan berpakaian. Lidah juga perlu diawasi dari berkata-kata yang tidak baik seperti mencaci maki, mencarut, menipu, menaburkan fitnah dan mengumpat. Kesemuanya itu merupakan helah dan tipu daya dari Syaitan. Tugas Murshid Tazkiyah adalah bagi menumpaskan musuh di dalam diri iaitu Nafs, Hawa, Syaitan dan Dunia dengan menunjukkan jalan dan kaedah peperangan iaitu dengan menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Keempat-empat musuh tersebut ada pada setiap manusia tidak terkecuali walaupun Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Murshid hendaklah sentiasa berjaga-jaga dari
serangan keempat-empat musuh tersebut dan mengajarkan muridnya untuk memerangi musuh-musuh tersebut dengan menuruti amalan Sunnah Hadhrat Baginda Rasulullah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi lafaz zikir dan doa-doa Masnun serta amalan perlakuan Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan ikhlas dan istiqamah. Murshid perlu mengetahui tentang hukum Fiqah dan mengetahui tentang sejarah kehidupan Para Imam Mujtahidin seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Hambali dan pendapat-pendapat mereka dalam pengamalan Syari’at. Murshid perlu berpegang kepada salah satu mazhab Syari’at dan mampu menurutinya dengan baik serta dapat menunjukkan pengamalan Syari’at yang betul kepada para muridnya.
Murshid Tazkiyah akan mengajarkan zikir LA ILAHA ILLA ALLAH iaitu zikir Nafi Itsbat kepada muridnya bagi mengenepikan Nafs yang buruk dan memasukkan cahaya sifat-sifat Allah ke dalam diri murid. Dia membina Tauhid yang sempurna dalam diri para muridnya sehingga mereka dapat mengingati Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan seterusnya dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala walau di mana jua mereka berada. Adapun tanda kebesaran Allah yang paling agung adalah Hadhrat Sayyidina Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Dengan penyaksian ini akan membawa murid itu kepada hakikat sebenar pengucapan dua kalimah syahadah iaitu:
Asyhadu An La Ilaha Illa Allahu
Wa Asyhadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Wa Rasuluhu. Terjemahan: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah hambaNya dan RasulNya.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Bagi seseorang Murshid Tazkiyah hendaklah sentiasa memelihara amalan Sunnah dan Syari’at Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sebaik-baiknya yakni sentiasa beramal dengan ‘Azimah. Murshid hendaklah memiliki hubungan yang baik dengan Arwah Para Masyaikh samada yang hidup mahupun yang mati. Padanya diberikan pengetahuan tentang Aulia Allah pada setiap zaman menerusi nama dan Ruhaniah mereka serta dapat mengambil limpahan Faidhz mereka dan memperolehi pancuran ilmu pengetahuan dari sumber yang sama dengan Para Aulia Allah. Murshid Tazkiyah mengenali Para Wali Allah dan mengetahui dari Nabi manakah mereka mewarisi rahsia ilmu pengetahuan kerana setiap wali itu adalah menuruti jejak langkah salah seorang dari 124,000 Para Nabi. Menurut mafhum Hadis Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Para ‘Ulama adalah pewaris Para Anbiya”.
Murshid yang benar akan dapat hadir dalam mimpi muridnya dengan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk memberikan sesuatu petunjuk kepada murid. Murshid membimbing muridnya untuk melakukan zikir dalam nafas yakni setiap nafas yang keluar dan masuk hendaklah dalam kesedaran bahawa Allah yang menguasai pernafasan kita dan Dia boleh menghentikan pernafasan kita pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Murid perlu menyedari hakikat ini agar pada setiap saat menerusi keberkatan Syeikh Murshidnya yang diperolehi dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, murid itu dapat mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam setiap nafasnya iaitu pada masa udara disedut masuk dan pada masa ianya dihembus keluar.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih
menegaskan bahawa hendaklah mengingati Allah pada setiap kali keluar masuk nafas dan di antara keduanya yakni masa di antara udara disedut masuk dan dihembus keluar dan masa di antara udara dihembus keluar dan disedut masuk. Kebanyakan dari kita menganggap pernafasan adalah suatu perkara yang berlaku dengan sendiri dan di luar kawalan kita tanpa sedar. Kita berdiri, berbaring, berjalan, duduk, bercakap, makan dan minum sambil bernafas dan kita tidak menyedarinya. Kita tidak mengingati pergerakan keluar masuk nafas melainkan jika kita sedang menyelam di dalam lautan maka barulah kita akan ingat kepada nafas dan timbul di permukaan air untuk mengambil udara.
Murshid Tazkiyah akan menjadikan Muridnya sentiasa sedar bahawa dia sedang tenggelam di dalam lautan dan tenaga yang diperolehinya keluar dan masuk itu adalah menerusi Qudrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian dia akan ingat sebutan Allah Allah di dalam setiap nafas ketika keluar dan masuknya udara lalu dia akan terus mengingati Allah menerusi Sifat-SifatNya atau menerusi Nama-NamaNya menurut hari, masa dan keadaan yang tertentu.
Setiap kali kita menyedut udara masuk ada sepuluh Malaikat yang mengiringi nafas tersebut dan setiap kali kita menghembuskan udara keluar ada sepuluh Malaikat yang mengiringi nafas tersebut. Menurut Para Masyaikh, setiap Malaikat diciptakan oleh Allah dari cahaya yang berbeza dari Cahaya Allah. Sembilan persepuluh adalah dari cahaya
Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Bahrul Qudrah yakni Lautan Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Para Awliya menyatakan bahawa manusia
dikurniakan dua puluh empat ribu nafas dalam dua puluh empat jam. Setiap nafas yang keluar masuk perlulah disertakan dengan Zikirullah dan ianya hanya dapat diperolehi menerusi talqin Murshid Tazkiyah. Kerana itu Para Masyaikh menyuruh Para Murid untuk berzikir Allah Allah sebanyak dua puluh empat ribu kali sehari semalam. Jumlah tersebut akan meningkat kepada tujuh puluh ribu kali sehari semalam dan seterusnya sehingga mencapai tujuh ratus ribu dalam sehari semalam. Jumlah itu akan terus meningkat kepada Para Auliya Allah sehingga mencapai tujuh juta bahkan sehingga mencapai tujuh puluh juta kali dalam sehari semalam. Nafas yang disucikan akan bergerak seperti cahaya. Setiap nafas kita tanpa disedari adalah keluar dan masuk dengan tasbih Zikirullah seperti Huwa, Hu, Ya Hu, Ha, Hi, His, Him, Ah, Aa, Ii, Uu dan Hayy yang mana kesemua tasbih zikir tersebut adalah merujuk kepada Zat Dia Yang Ghaib dan Maha Hidup, yang mana zikir tersebut berada dalam Rahsia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.