• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ar Risalah Al 'Aliyah [Sughra]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ar Risalah Al 'Aliyah [Sughra]"

Copied!
725
0
0

Teks penuh

(1)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

8P

A

R

-R

ISALAH

A

L-

‘A

LIYAH

F

I

T

ARIQATIN

N

AQSHBANDIYAH

M

UJADDIDIYAH

[SUGHRA]

K

ARANGAN &

S

USUNAN:

H

AMBA

Y

ANG

D

HAIF

Faqir Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi

An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi

‘Ufiya Allahu ‘Anhu Wali Walidaihi

K

HANQAH

N

AQSHBANDIYAH

(2)
(3)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

P

ا

را

ﺔﻘﻳﺮﻃﻲﻓ



د

ﻟا

 ﻟا







ى

ﻧ

ا

يﻭاﻟا ا  ﻟال!ﺟ ي

ﻟا

ا

يد ﻟا ي ﻟا

# ﻧ

$%

١٤٥٠

ه

(4)
(5)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

KANDUNGAN

A

R-

R

ISALAH

A

L-

‘A

LIYAH

F

I

T

ARIQATIN

N

AQSHBANDIYAH

M

UJADDIDIYAH

KANDUNGAN TRANSLITERASI INTISAB MUQADDIMAH 1. TARIQAT TASAWWUF 1.1 TARIQAT QADIRIYAH 1.2 TARIQAT SUHRAWARDIYAH 1.3 TARIQAT RIFA’IYAH 1.4 TARIQAT CHISTIYAH 1.5 TARIQAT SYADZILIYAH 1.6 TARIQAT MAULAWIYAH 1.7 TARIQAT TIJANIYAH 1.8 TARIQAT SANUSIYAH 1.9 TARIQAT HADDADIYAH

2. PERMULAAN JALAN DAN JALAN PERMULAAN 3. SILSILAH ‘ALIYAH NAQSHBANDIYAH

4. PENDIRI TARIQAT NAQSHBANDIYAH

5. KEKHUSUSAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH 6. PERKEMBANGAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH BAB 1: BAI‘AH 1. SYARAT-SYARAT BAI‘AH 2. MURSHID 3. MURID 4. ADAB BERBAI‘AH 5. PENGHASILAN FAIDHZ

(6)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

BAB 2: ASAS TARIQAT NAQSHBANDIYAH 1. YAD KARD

2. BAZ GASHT 3. NIGAH DASYAT 4. YAD DASYAT 5. HOSH DAR DAM 6. NAZAR BAR QADAM 7. SAFAR DAR WATAN

8. KHALWAT DAR ANJUMAN

BAB 3: TAMBAHAN SHAH NAQSHBAND 1. WUQUF QALBI

2. WUQUF ‘ADADI 3. WUQUF ZAMANI

BAB 4: LATAIF - SEPULUH LATIFAH INSAN

1. QALB 2. RUH 3. SIRR 4. KHAFI 5. AKHFA 6. NAFS 7. ANGIN 8. API 9. AIR 10. TANAH

BAB 5: TUJUH LANGKAH PENYUCIAN BAB 6: DAERAH IMKAN

1. ALAM KABIR DAN ALAM SAGHIR 2. 2ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ

(7)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

BAB 7: PERINGKAT KEJADIAN INSAN 1. NUR MUHAMMAD

2. ALAM ARWAH 3. ALAM ARHAM 4. ALAM DUNIA 5. HIDUP DAN MATI

6. ALAM BARZAKH QUBUR 7. ALAM QIYAMAT 8. ALAM AKHIRAT BAB 8: ZIKRULLAH 1. DALIL AL-QURAN 2. DALIL AL-HADITS 3. FADHILAT ZIKIR 4. SYARAT-SYARAT ZIKIR 5. ZIKIR ISMU ZAT

6. KAIFIYAT ZIKIR ISMU ZAT 7. ZIKIR NAFI ITSBAT

8. KAIFIYAT ZIKIR NAFI ITSBAT BAB 9: MURAQABAH 1. KAIFIYAT MURAQABAH 2. MURAQABAH AHADIYAT 3. MURAQABAH TAJALLIYAT BAB 10: RABITAH 1. USUL NAQSHBANDIYAH 2. SUHBAT SYEIKH 3. RABITAH SYEIKH BAB 11: FANA 1. FANA QALB 2. FANA NAFS

(8)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu 3. HAQIQAT FANA 4. FANA FI SYEIKH 5. FANA FI MASYAIKH 6. FANA FI RASUL 7. FANA FILLAH BAB 12: BAQA 1. ISTIGHRAQ 2. JAM‘IYAT 3. JAZBAH 4. WARID 5. FATHUL BAB 6. TAUHID WUJUDI 7. MAQAMAT ‘ASYARAH 8. SYARH SADR 9. TAHLIL LISANI 10. TAUHID SYUHUDI 11. DAWAM HUDHUR 12. TAHZIBUL AKHLAQ BAB 13: TAWASSUL WASILAH BAB 14: UWAISIYAH

BAB 15: NASIHAT DAN WASIAT BAB 16: NUBUWWAT DAN RISALAT BAB 17: WILAYAT DAN QUTBANIYAT BAB 18: TAZKIRAH PARA AULIYA

(9)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

BAB 19: SYAJARAH TAYYIBAH KHATIMAH

RINGKASAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH GLOSARI ISTILAHAT NAQSHBANDIYAH BIBLIOGRAFI – SUMBER RUJUKAN

(10)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

TRANSLITERASI

AYAT-AYAT Al-Quran atau sebutan bahasa ‘Arab yang ditransliterasikan kepada tulisan Rumi di dalam Risalah ‘Aliyah ini adalah menggunakan simbol Rumi seperti yang dinyatakan berikut:

SEBUTAN HURUF SIMBOL RUMI SIMBOL ARAB NILAI ABJAD

Alif A ا 1 Ba B ب 2 Ta T ت 400 Tsa Ts ث 500 Jim J ج 3 Ha H ح 8 Kha Kh خ 600 Dal D د 4 Dzal Dz ذ 700 Ra R ر 200 Zai Z ز 7 Sin S س 60 Shin Sh/Sy ش 300 Sad S ص 90 Dhzad Dh/Dhz ض 800 Ta T ط 9 Za Z ظ 900

‘Ain ‘A ‘I ‘U ع 70

Ghain Gh غ 1000 Fa F ف 80 Qaf Q ق 100 Kaf K ك 20 Lam L ل 30 Mim M م 40

(11)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Nun N ن 50

Waw W و 6

Ha H ھ 5

Ya Y ي 10

Huruf ا (Alif), و (Waw) dan ي (Ya) adalah huruf Maddah dan simbol Rumi yang digunakan di dalam Risalah ini adalah seperti berikut:

1. [a] untuk ا Alif Maddah

2. [u] untuk و Waw Maddah

3. [i] untuk ي Ya Maddah

Kalimah yang mengandungi ّ (Syaddah) dinyatakan dengan dua simbol Rumi yang berulang seperti “Yusabbihu lillah” di mana terdapatnya 2 huruf B ( ب ) dan 2 huruf L ( ل ) adalah bagi menunjukkan Syaddah.

(12)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

INTISAB

DAKU persembahkan Risalah ini kepada Ruhul A’zam Sayyidul Anbiya Wal Mursalin Rahmatan Lil ‘Alamin Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Hadharat Masyaikh Kiram Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah khasnya guruku yang dikasihi lagi dihormati Sayyidina Wa Murshidina Qiblah Syeikhul Masyaikh ‘Arab Wa ‘Ajam Khwajah Khwajahgan Hadhrat Maulana Khan Muhammad Sahib Mudda Zilluhul ‘Ali di Khanqah Sirajiah, Kundiyan Syarif, Mianwali, Punjab, Pakistan.

Daku juga persembahkan risalah ini kepada sekelian guru-guru Tariqatku, Hadhrat Syeikh Raja Ashman Shah Haqqani Putera Sultan Azlan Shah Negeri Perak Darul Ridzuan Khalifah Hadhrat Maulana Syeikh Muhammad Nazim ‘Adil Al-Qubrusi An-Naqshbandi Al-Haqqani, Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Abdullah Kamal Bin Muhammad Syuhud An-Naqshbandi Al-Khalidi Pokok Assam Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Ali An-Naqshbandi Al-Khalidi Balik Pulau Rahmatullah ‘alaih. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mensucikan segala rahsia mereka.

Seterusnya daku persembahkan juga risalah ini

kepada sekelian Ahli Tariqat khususnya Tariqat

Naqshbandiyah meskipun dari ranting rantaian silsilah yang berbeza, sebagai suatu sumber rujukan dalam pengamalan Tariqat Naqshbandiyah.

(13)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Tidak lupa, daku persembahkan juga risalah ini kepada sekelian orang-orang beriman yang ingin mencapai martabat Ihsan dan Musyahadah yakni melihat limpahan Allah dalam setiap apa jua keadaan khususnya ketika beribadah.

Adapun risalah ini khusus pada menerangkan ilmu Tariqat Naqshbandiyah yang dinisbatkan kepada Imam At-Tariqat Hadhrat Maulana Khwajah Khwajahgan Sayyid Shah Muhammad Bahauddin Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah ‘alaih.

Walaubagaimanapun, risalah ini lebih khusus pada

menjelaskan pengamalan Tariqat Naqshbandiyah

Mujaddidiyah yang dinisbatkan kepada Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Maulana Syeikh Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi Rahmatullah ‘alaih yang merupakan seorang Mujaddid terulung pada abad ke-11 Hijrah.

Kami menamakan risalah ini sebagai Ar-Risalah Al-‘Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah yang bererti sebuah risalah yang tinggi kandungannya pada menerangkan Tariqat yang tinggi dan mulia iaitu jalan

Tariqat Silsilah ‘Aliyah An-Naqshbandiyah

Al-Mujaddidiyah.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala meletakkan risalah ini dan para pembacanya di tempat yang tinggi sepertimana ketinggian kedudukan sekelian Para Masyaikh Naqshbandiyah Mujaddidiyah di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

(14)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Hamba yang faqir ini sentiasa berdoa Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala mudah-mudahan Dia menerima usaha hamba yang sedikit ini dalam menegakkan urusan AgamaNya sebagai asbab keselamatan dan kesejahteraan hidup hamba di Dunia dan di Akhirat.

Hamba juga berdoa mudah-mudahan risalah ini menjadi sebagai asbab Hidayat kepada sekelian Ummat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga menjelangnya Hari Qiyamat.

Segala yang benar dan yang baik itu adalah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan segala kesalahan dan kesilapan serta kekurangan itu adalah dari kelemahan nafsu hamba yang dhaif, faqir dan hina. Tiadalah daya dan upaya untuk melakukan segala sesuatu melainkan dengan Taufiq dan Hidayah serta daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Semoga Allah Ta’ala merahmati kita, Amin.

Faqir Haqir Khak Paey Buzurgan La Syaik Miskin Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi

(15)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

MUQADDIMAH

SEGALA pujian dan sanjungan yang umum dan yang khusus adalah bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Pemelihara Sekelian Alam dengan pujian yang sebanyak-banyaknya

dengan penuh kebaikan dan keberkatan padaNya

sepertimana yang dikasihi dan diredhai olehNya. Dialah Allah Yang Wajib WujudNya namun tidak bertempat, Yang Maha Esa ZatNya lagi tidak bersyarikat, Yang Maha Agung Sifatnya, Tunggal, Sedia Ada, Kekal WujudNya, tidak menyerupai makhluk atau segala sesuatu yang bersifat baharu dan Dia berdiri megah tanpa memerlukan sebarang bantuan dan sokongan. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak, Maha Hidup lagi Maha Mendengar, Maha Melihat lagi Maha Menyaksikan dan Dia Maha Berkata-kata lagi Maha Mengetahui. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Dialah Yang Memulakan Penciptaan langit-langit dan bumi; Dialah Zat Yang Memiliki Segala Kebesaran dan Kemuliaan. Dialah Raja Yang Menguasai Segala Kerajaan; Dialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan; Yang Memuliakan dan Yang Menghinakan. Dialah Maha Pemberi, Maha Pengampun, Maha Dekat, Maha Penyinta, Maha Tinggi, Maha Agung, Maha Mulia, Maha Halus lagi Maha Sempurna. Dialah Haqq, Dialah Awwal, Dialah Akhir, Dialah Zahir dan Dialah Batin. Dialah Tuhan di langit dan Dialah Tuhan di bumi dan Tuhan di antara langit dan bumi dan sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah, Dia Esa. Dia adalah tempat pergantungan sekelian makhluk, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya, Dialah Tuhan Yang Memelihara ‘Arash Yang Mulia. Dia memberikan kerajaan

(16)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

kepada siapa yang dikehendakiNya dan mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendakiNya, Dia memuliakan siapa yang dikehendakiNya dan menghinakan siapa yang dikehendakiNya.

Di TanganNyalah segala kebaikan, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia menerbitkan malam pada siang dan menerbitkan siang pada malam dan Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan sesuatu yang mati dari benda yang hidup dan

Dia memberikan rezeki kepada sesiapa yang

dikehendakiNya tanpa batas. Sesungguhnya Dialah yang memuji DiriNya dan memberikan Taufiq kepada

hamba-hambaNya yang terpuji untuk memuji DiriNya.

Sesungguhnya hanya Dialah yang layak dipuji, kerana Dialah kita dapat memuji DiriNya dan Dialah Zat Yang Maha Terpuji. Segala puji bagi Allah dalam setiap hal dan juga dalam setiap keadaan. Daku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang menciptakan dan layak disembah melainkan Allah, KeesaanNya mutlak, tiada yang dapat bersekutu denganNya, dan daku bersaksi bahawa Penghulu kita, Kekasih kita, Pemberi Syafa’at kepada kita dan Nabi Kita,

Muhammad ‘Abdullah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi

Wasallam adalah HambaNya dan PesuruhNya.

Wahai Allah, limpahkanlah Rahmat dan

Kesejahteraan ke atas Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan isteri-isteri Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selaku ibu-ibu orang beriman, dan ke atas sekelian zuriatnya dan ahli keluarganya sepertimana yang telah Allah rahmati ke atas Baginda Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dan ke atas ahli keluarga Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam. Semoga Allah membalas kebaikan

(17)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

bagi pihak kami terhadap Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apa yang layak untuknya. Dan semoga Allah membalas kebaikan bagi pihak kami terhadap Hadhrat Adam, Hadhrat Nuh, Hadhrat Ibrahim, Hadhrat Musa,

Hadhrat ‘Isa dan sekelian Hadhrat Para Nabi

‘Alaihimussolatu Wassalam, Para Sahabat, Para Tabi’in, Para Tabi’it Tabi’in dan sekelian Para Siddiqin, Para Syuhada, Para Salihin dan sekelian Para Masyaikh dalam sekelian

silsilah, khususnya Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah

Mujaddidiyah Uwaisiyah apa yang layak untuk mereka.

Amma Ba’du;

Sesudah kata-kata pujian dan sanjungan serta memohon Rahmat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, hamba yang dhaif, faqir lagi hina dina, yang di bawah telapak kaki Para Masyaikh, yang tiada apa-apa lagi miskin ini, Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Amani An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi Ibni Nuruddin Ar-Rowi Ibni Haji ‘Abdur Rahim Ar-Rowi, semoga diampunkan dosa-dosanya dan dosa-dosa kedua ibu bapa dan datuk neneknya, ingin menjelaskan bahawa sebahagian dari para pencinta jalan Tariqat yang bersahabat denganku kerana Allah di jalan Allah telah meminta daku menjelaskan tentang hal ehwal

Tariqat, khususnya Tariqat Naqshbandiyah beserta

pengamalannya, kaedah dan kaifiyat Zikir serta kaifiyat Muraqabah pada maqam-maqamnya.

Mereka juga meminta daku menghuraikan tentang rahsia-rahsia dan penghasilan Warid dalam perjalanan Suluk Tariqat, Tawajjuh Syeikh dan Nisbat Silsilah serta segala

(18)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Mujaddidiyah terutamanya Zikir Khafi yang diamalkan iaitu Ismu Zat, Nafi Itsbat, Muraqabah dan Rabitah. Sebenarnya segala maklumat ini ada dijelaskan secara terperinci dalam himpunan surat-surat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Hadhrat Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih dan risalah-risalah Qutubul Aqtab Hadhrat Maulana Shah Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, yang mana ada mengandungi nasihat-nasihat dan penjelasan

mengenai Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pengetahuan tersebut ditulis dalam bahasa Arab, Farsi dan Urdu. Maklumat dalam bahasa Melayu amat kurang didapati lebih-lebih lagi dalam

Bahasa Malaysia. Beberapa buku tentang Tariqat

Naqshbandiyah memang ada di rantau Nusantara tetapi kebanyakannya telah ditulis oleh para pengarang dari Indonesia dan agak sukar untuk diperolehi, lalu faqir telah diminta menulis berkenaan pengetahuan Tariqat ini dalam Bahasa Melayu Malaysia.

Risalah di tangan faqir ini adalah huraian dari kandungan kitab-kitab tentang Tariqat Naqshbandiyah iaitu kitab Maktubat Imam Rabbani karya Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi As-Sirhindi Rahmatullah ‘alaih, kitab Idhahut Tariqah karya Sayyidina Wa Maulana Qiblah Hadhrat Shah Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaihi, kitab Hidayatut Talibin karya Hadhrat Sahibzadah Hafiz Shah Abu Sa‘id Sahib Dehlawi Naqshbandi Mujaddidi

Rahmatullah ‘alaihi dan kitab Hadharat Kiram

Naqshbandiyah karya Hadhrat Hafiz Nazir Ahmad Naqshbandi Mujaddidi dengan ijazah dari Syaikhul Masyaikh Sayyidina Wa Murshidina Qiblah Hadhrat Maulana Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiah. Di samping itu daku juga menggunakan sumber bacaan lain

(19)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

yang berkenaan dengan Tariqat menuju kepada Hadhrat Allah ‘Azza Wa Jalla yang di antaranya kitab Kashful Mahjub karya Hadhrat Syeikh 'Ali Hujweri Rahmatullah 'Alaih, kitab Sirrul Asrar karya Hadhrat Ghautsul Tsaqilain Qutubul Aqtab Sultanul Aulia Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih dan kitab ‘Awariful Ma’arif karya Hadhrat Syeikh Shahabuddin ‘Umar As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih. Selain dari yang tersebut, banyak lagi bahan bacaan yang daku ambil sebagai rujukan, antaranya rencana dan artikel yang berkaitan dengan Tasawwuf dan Tariqat. Hamba menamakan risalah ini sebagai Ar-Risalah Al-‘Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah yang bermakna sebuah risalah yang tinggi kandungannya pada menerangkan Tariqat yang tinggi dan mulia iaitu jalan Tariqat Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah. Hamba tujukan risalah ini khususnya kepada mereka yang

mengambil jalan Tariqat aliran Naqshbandiyah

Mujaddidiyah yang tersebar meluas di Asia Tengah dan serata pelusuk alam. Di dalamnya terkandung 19 Bab di samping Muqaddimah dan Khatimah.

Adapun kami menjadikannya 19 Bab kerana beberapa sebab. Yang pertamanya dengan merujuk kepada 19 huruf Hijaiyah yang Zahir di dalam Tasmiyah iaitu Bismillahir-Rahmanir-Rahim yang rahsianya terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Hadits sebagaimana ada dinyatakan di dalam Al-Quran pada Surah Al-Muddatsir ayat 30,

$pκön=tæ

sπyèó¡Î@

u|³tã

∩⊂⊃∪

‘Alaiha Tis’ata ‘Asyara

(20)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Yang bermaksud di atasnya ada sembilan belas Malaikat penjaga Neraka Saqar. Mudah-mudahan orang-orang yang diberikan Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberikan Al-Kitab dan orang-orang beriman itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir mengatakan: apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perupamaan? Mudah-mudahan Allah memelihara kita dari kesesatan dan memberikan kita petunjuk dan menjadikan diri kita sebagai bala tentera Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana tidak ada yang mengetahui siapakah dan apakah tentera Allah itu melainkan Dia sendiri. Menurut kajian yang yang telah dilakukan oleh para pengkaji Al-Quran mendapati bahawa jumlah bilangan di dalam huruf, ayat dan surah-surahNya adalah dalam gandaan kuasa 19.

Kedua, kerana daku dikurniakan Hidayah oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana Tiflul Ma’ani yakni Bayi Ruhaniku telah dilahirkan ketika jasadku berusia 19 tahun. Ketika itulah kesedaranku tentang penciptaan dan kewujudan Ruh mulai wujud, lalu lidah hatiku diberikan

keupayaan untuk berkata-kata dan mata hatiku

diperlihatkan dengan berbagai-bagai Musyahadah Alam Ghaib. Lidah hatiku telah dipaksa dengan tidak terpaksa untuk menyebut Nama ZatNya dalam setiap keadaan dan ketika, meskipun ketika daku duduk, bangun, baring dan berjalan sehinggalah daku menemui Para Guru yang telah menunjukkan kepadaku jalan untuk sentiasa berada di HadhratNya.

(21)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Ketiga, kerana campuran kedua-dua angka satu dan sembilan tersebut akan menghasilkan jumlah 10 dan merupakan nombor Binari iaitu satu dan kosong. Dengan kedua-dua nombor tersebut Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kebijaksanaan kepada manusia untuk mencipta pengaturcaraan komputer, pengaliran maklumat dan tenaga. Angka satu sehingga sembilan semuanya melambangkan penciptaan dan setiap bilangan angka wujud menerusi gabungan dari nombor-nombor satu hingga sembilan. Pada angka 19, satu menunjukkan yang awal dan sembilan menunjukkan kepada yang akhir dan jika digabungkan kedua-dua angka tersebut akan secara jelas mengisyaratkan kepada Sepuluh Latifah Insan yang telah dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada sekelian Ummat Muhammadiyah.

Di dalam Muqaddimah ini mengandungi 6 Fasal yang menyatakan Ta’aruf pengenalan berkenaan Tariqat dan Tasawwuf, bagaimana daku berada di atas jalan ini, berkenaan Silsilah dan pendiri Tariqat Naqshbandiyah, kekhususannya dan perkembangannya manakala di dalam Khatimah, hamba sertakan amalan-amalan yang biasa diamalkan di dalam Tariqat. Semoga orang yang mengamalkannya beroleh manafaat yang besar di Dunia dan di Akhirat.

Adapun hamba yang dhaif, faqir lagi hina ini tiada memiliki sebarang kekuatan dan daya upaya untuk mengangkat tangan bagi menyediakan risalah ini, namun harapan hamba dapatlah risalah ini disiapkan dengan berkat limpahan Rahmat dan kekuatan Ruhaniah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Masyaikh jua. Semoga Allah

(22)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

memberikan kita Taufiq dan Hidayah untuk menuruti perjalanan orang-orang terdahulu yang telah dikurniakan Nikmat.

Segala Puji Bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala Dalam Setiap Hal Dan Keadaan

(23)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

TARIQAT DAN TASAWWUF

TARIQAT atau Tariqah merupakan intipati pelajaran Ilmu Tasawwuf yang mana dengannya seseorang itu dapat menyucikan dirinya dari segala sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat-sifat Akhlaq yang terpuji. Ia juga merupakan Batin bagi Syari’at yang mana dengannya seseorang itu dapat memahami hakikat amalan-amalan Salih di dalam Agama Islam.

Ilmu Tariqat juga merupakan suatu jalan yang khusus untuk menuju Ma’rifat dan Haqiqat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia termasuk dalam Ilmu Mukasyafah dan merupakan Ilmu Batin, Ilmu Keruhanian dan Ilmu Mengenal Diri. Ilmu Keruhanian ini adalah bersumber dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang diwahyukan kepada Hadhrat Jibrail ‘Alaihissalam dan diwahyukan kepada sekelian Nabi dan Rasul khususnya Para Ulul ‘Azmi dan yang paling khusus dan sempurna adalah kepada Hadhrat Baginda Nabi Besar, Penghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin dan Penutup Sekelian Nabi dan Rasul, Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wa Ashabihi Wasallam.

Kemudian ilmu ini dikurniakan secara khusus oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada dua orang Sahabatnya yang unggul iaitu Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma. Melalui mereka berdualah berkembangnya sekelian Silsilah Tariqat yang muktabar di atas muka bumi sehingga ke hari ini.

(24)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengurniakan Ilmu Keruhanian yang khas kepada Hadhrat Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu.

Di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang Tabi’in yang bernama Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu juga telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak pernah sampai ke Makkah dan Madinah bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sedangkan beliau hidup pada suatu zaman yang sama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Pada tahun 657 Masihi Hadhrat Uwais Al-Qarani

Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih telah

membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang mana seseorang itu boleh menerima limpahan Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.

Di dalam kitab ‘Awariful Ma’arif ada dinyatakan bahawa di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi

Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah menghidupkan

perhimpunan jemaah-jemaah di mana upacara Bai’ah dilakukan dan majlis-majlis zikir pun turut diadakan.

(25)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Tariqat menurut pengertian bahasa bererti jalan, aliran, cara, garis, kedudukan tokoh terkemuka, keyakinan, mazhab, sistem kepercayaan dan agama. Berasaskan tiga huruf iaitu huruf Ta, Ra dan Qaf. Ada Masyaikh yang menyatakan bahawa huruf Ta bererti Taubat, Ra bererti Redha dan Qaf bererti Qana’ah. Lafaz jamak bagi Tariqat ialah Taraiq atau Turuq yang bererti tenunan dari bulu yang berukuran 4 hingga 8 hasta dan dipertautkan sehelai demi sehelai.

Tariqat juga bererti garisan pada sesuatu seperti garis-garis yang terdapat pada telur dan menurut Al-Laits Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ialah tiap garis di atas tanah, atau pada jenis-jenis pakaian. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebut lafaz Tariqat sebanyak 9 kali pada 5 Surah di dalam Al-Quran seperti berikut:

1. Surah An-Nisa ayat 168 –

¨βÎ)

tÏ%©!$#

(#ρã x x.

(#θßϑn=sßuρ

öΝs9

Çä3tƒ

ª!$#

t Ï øóu‹Ï9

öΝßγs9

Ÿωuρ

öΝßγtƒÏ‰öκuÏ9

$¸)ƒÌ sÛ

∩⊇∉∇∪

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni dosa mereka dan tidak pula akan menunjukkan jalan kepada mereka.

Ayat ini menerangkan bahawa Allah hanya akan menunjukkan jalanNya kepada mereka yang tidak kufur dan tidak melakukan kezaliman.

(26)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

2. Surah An-Nisa ayat 169 –

ωÎ)

t,ƒÌ sÛ

zΟ¨Ψyγy_

tÏ$Î#≈yz

!$pκÏù

#Y‰t/r&

4

tβ%x.uρ

y7Ï9≡sŒ

’n?tã

«!$#

#Z$Å¡o„

∩⊇∉∪

Kecuali jalan ke Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Ayat ini menerangkan bahawa jalan yang dipilih oleh orang-orang kafir itu hanya akan membawa mereka kekal di dalam Neraka Jahannam.

3. Surah Taha ayat 63 –

(#þθä9$s%

÷βÎ)

Èβ≡x‹≈yδ

Èβ≡t Ås≈|¡s9

Èβ#y‰ƒÌ ãƒ

βr&

Οä.%y`Ì øƒä†

ôÏiΒ

Νä3ÅÊö‘r&

$yϑÏδÌ ósÅ¡Î0

$t7yδõ‹tƒuρ

ãΝä3ÏGs)ƒÌ sÜÎ/

4’n?÷Wßϑø9$#

∩∉⊂∪

Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama.

Maksudnya, ahli-ahli sihir Firaun itu

menganggap bahawa kedatangan Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam dan Hadhrat Nabi Harun ‘Alaihissalam ke Mesir itu ialah hendak menggantikan Firaun dan orang-orangnya sebagai Penguasa di Mesir. Sebahagian Ahli Tafsir mengartikan Tariqat di sini dengan keyakinan (Agama).

(27)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

4. Surah Taha ayat 77 –

ô‰s)s9uρ

!$uΖø‹ym÷ρr&

4’n<Î)

#y›θãΒ

÷βr&

Îó r&

“ÏŠ$t7ÏèÎ/

ó>ÎôÑ$$sù

öΝçλm;

$Z)ƒÌ sÛ

’Îû

Ì óst7ø9$#

$T¡t6tƒ

ω

ß#≈sƒrB

%Z.u‘yŠ

Ÿωuρ

4y´øƒrB

∩∠∠∪

Dan Sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tak usah khuatir akan tersasul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".

Membuat jalan yang kering di dalam laut itu ialah dengan memukul laut itu dengan tongkat. Hadhrat Baginda Nabi Musa 'Alaihissalam telah dikurniakan Mukjizat oleh Allah pada tongkatnya. Lihat ayat 63 Surah Asy-Syu'ara.

5. Surah Taha ayat 104 –

ßøtªΥ

ãΝn=÷ær&

$yϑÎ/

tβθä9θà)tƒ

øŒÎ)

ãΑθà)tƒ

öΝßγè=sWøΒr&

ºπs)ƒÌ sÛ

βÎ)

óΟçFø[Î6©9

ωÎ)

$YΒöθtƒ

∩⊇⊃⊆∪

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka: "Kamu tidak berdiam (di Dunia), melainkan hanyalah sehari saja".

Yang dimaksudkan dengan lurus jalannya, ialah orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya di antara orang-orang yang berdosa itu. Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata

(28)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

orang yang paling lurus jalan Tariqatnya di antara mereka, “Kamu tidak berdiam di Dunia melainkan hanyalah sehari sahaja.”

6. Surah Al-Ahqaf ayat 30 –

(#θä9$s%

!$oΨtΒöθs)≈tƒ

$¯ΡÎ)

$oΨ÷èÏϑy™

$·7≈tFÅ2

tΑÌ“Ρé&

.ÏΒ

ω÷èt/

4y›θãΒ

$]%Ïd‰|ÁãΒ

$yϑÏj9

t÷t/

ϵ÷ƒy‰tƒ

ü“ωöκu‰

’n<Î)

Èd,ysø9$#

4’n<Î)uρ

9,ƒÌ sÛ

8ΛÉ)tGó¡•Β

∩⊂⊃∪

Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa, yang membenarkan Kitab-Kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.

Yakni mereka berkata, “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab Al-Quran yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan Tariqat yang lurus.”

7. Surah Al-Mukminun ayat 17 –

ô‰s)s9uρ

$oΨø)n=yz

óΟä3s%öθsù

yìö7y™

t,Í←!#t sÛ

$tΒuρ

$¨Ζä.

Çtã

È,ù=sƒø:$#

t,Î#Ï ≈xî

∩⊇∠∪

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit), dan Kami tidaklah lengah terhadap segala ciptaan.

(29)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Yakni sesungguhnya Allah telah menciptakan di atas kita tujuh buah jalan-jalan Tariqat (tujuh buah lapisan langit) dan Allah tidaklah lengah dan lalai terhadap sekelian ciptaanNya.

8. Surah Al-Jin ayat 11 –

$¯Ρr&uρ

$¨ΖÏΒ

tβθßsÎ=≈¢Á9$#

$¨ΖÏΒuρ

tβρߊ

y7Ï9≡sŒ

(

$¨Ζä.

t,Í←!#t sÛ

#YŠy‰Ï%

∩⊇⊇∪

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang Salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Yakni di kalangan manusia dan jin ada orang-orang yang Salih dan di antara mereka ada pula yang tidak demikian halnya, mereka menempuh jalan Tariqat yang berbeza-beza.

9. Surah Al-Jin ayat 16 –

Èθ©9r&uρ

(#θßϑ≈s)tFó™$#

’n?tã

Ïπs)ƒÌ ©Ü9$#

Νßγ≈oΨø‹s)ó™V{

¹!$¨Β

$]%y‰xî

∩⊇∉∪

Dan bahwasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (Agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).

Tariqat menurut istilah di kalangan ‘Ulama Tasawwuf bererti:

1) Jalan kepada Allah dengan mengamalkan Ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawwuf.

(30)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

2) Cara atau kaifiyat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan.

Drs. Imron Aba menyatakan menyatakan dalam bukunya Di Sekitar Permasalahan Tariqat Naqshbandiyah bahawa,

“Pengertian Tariqat sebagaimana yang berkembang di kalangan ‘Ulama Ahli Tasawwuf iaitu jalan atau petunjuk dalam melaksanakan sesuatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan yang

dicontohkan beliau serta dikerjakan oleh Para Sahabatnya, Tabi’in, Tabi’it Tabi’in dan berterusan turun-temurun sampai kepada Guru-Guru, ‘Ulama-‘Ulama secara bersambung dan berantai hingga pada masa kita ini.”

Istilah Tariqat ini muncul pada kurun ketiga Hijrah, walaubagaimanapun pengamalan Tariqat di zaman Nabi dan Para Sahabat masyhur dengan nama As-Sunnah iaitu menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Zahir dan Batin. Tariqat bertujuan menghidupkan kembali jalan-jalan untuk menuruti segala Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sebaik mungkin.

Menurut Prof. Dr. H. Abu Bakar Acheh Rahmatullah ‘alaih dalam karangannya yang berjudul Tarekat Dalam Tasawwuf menyatakan bahawa,

“Pada awal mulanya Islam tidak mengenal ilmu atau gerakan Batin yang pada waktu ini biasa dinamakan Mistik. Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membawa Al-Quran yang mengajarkan bahawa Allah

(31)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Subhanahu Wa Ta’ala itu pembuat undang-undang dan Hakim dalam memberi perintah Amar yang harus dikerjakan oleh manusia dan mengadakan larangan-larangan Nahi yang harus dijauhkan oleh hambaNya. Maka oleh kerana itu barang siapa mengerjakan perintah itu diberi ganjaran dan barang siapa yang melakukan pelanggaran atas perintahNya, dia akan dihukum dengan siksaan.”

Seterusnya beliau menulis bahawa perasaan Mistik ini sudah terdapat dalam kalangan Ummat Islam sejak abad ke 2 Hijrah dan antara sifat-sifat dari aliran Mistik ini yang tampak ketara ialah kehendak untuk mengasingkan diri dari Dunia ini, kegiatan mengucapkan kata-kata dan lafaz-lafaz yang tertentu mengenai puji-pujian, penyerahan diri yang tidak terbatas yakni bertawakkal kepada Tuhan sehingga tidak acuh lagi kepada Dunia bahkan kadang-kadang tidak acuh lagi kepada dirinya sendiri sehinggakan dia lupa kepada makanan, pakaian dan kadang-kadang terhadap kewajipan duniawi.

Seseorang Mistik yang sesungguh-sungguhnya hanya meletakkan seluruh hidupnya kepada Tuhan. Mereka juga berjalan mengembara dari satu daerah ke daerah yang lain

dengan pakaian compang-camping kerana ingin

merendahkan diri dalam segala hal terhadap Tuhan. Mereka acapkali bertapa bersepi diri dengan memakai pakain dari kulit-kulit berbulu seperti bulu kambing yang disebut Suf, maka mereka pun diberikan gelaran Sufi bagi menunjukkan kehidupan Mistik mereka. Ada aliran-aliran yang berikhtiar untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, mencari daya upaya untuk mendapatkan suatu keadaan Fana, lenyap dari segala perasaan keduniaan dengan maksud untuk berdamping

(32)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Musyahadah, bersatu dalam kasih sayang dengan

Penciptanya.

Maka oleh kerana itu mereka mencari jalan-jalan yang memberikan kepadanya kekuatan Ghaib dan ada juga yang mencari jalan dengan melatih fikirannya terus menerus mengingat Tuhan atau dengan jalan berpuasa atau berjaga malam atau dengan jalan mendengar nyanyian atau muzik atau dengan jalan mengambil nafas dalam asap kemenyan atau minuman-minuman yang melenyapkan akalnya atau salah satu jalan yang lain sehingga mereka mencapai kepuasan jiwa menurut kehendaknya.

Bermula dari kurun ketiga Hijrah Ummat Islam itu terdiri dari golongan ‘Ulama, Asfiya, Umara dan ‘Awam.

Para ‘Ulama adalah pewaris Nabi dan mereka

bertanggungjawab memelihara Syari’at Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para Asfiya adalah Para Sufi yang menjadi pewaris Ma’rifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bertanggungjawab memelihara Haqiqat. Umara adalah golongan pemimpin yang memimpin sesebuah negara Islam. Golongan ‘Awam pula adalah rakyat biasa yang beragama Islam.

Para Asfiya adalah ‘Ulama yang mengutamakan Tasawwuf dalam setiap hal dan keadaan kerana Allah kasih kepada orang yang sentiasa bertaubat dan sentiasa mensucikan diri. Mereka mula membentuk serta menyusun sistem dan sukatan pelajaran bagi orang-orang yang cenderung untuk tunduk dan patuh mengamalkan Agama Islam sepertimana Para ‘Ulama Mujtahidin yang telah menyusun sistem perundangan Syari’at. Agama Islam adalah agama sempurna yang menyeluruh dan meliputi

(33)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

menghayatinya memerlukan kesepaduan ilmu-ilmu Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat barulah seseorang itu akan mencapai kedudukan yang sempurna di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesepaduan Ilmu itu adalah seperti berikut:

1) SYARI‘AT – Ilmu Zahir iaitu pengetahuan tentang

perintah-perintah dan larangan-larangan Allah

Subhanahu Wa Ta’ala serta hukum ahkam.

Pengetahuannya dapat diperolehi menerusi Ilmu Feqah yang telah disusun oleh Para ‘Ulama Mujtahidin seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahumullah yang merupakan Para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu Syari’at adalah ilmu tentang usul agama berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits, Ijma’ dan Qiyas. Pengamalan ilmu ini adalah bersifat zahir dan perlu dilengkapi dengan Ilmu Batin Syari’at. 2) TARIQAT – Ilmu Batin Syari’at dan ianya adalah menghayati perlaksanaan Syari’at dengan sebaik mungkin kerana menerusi pengamalan yang betul akan melahirkan Akhlak Muhammadiyah iaitu tatakrama dan tingkahlaku yang baik serta adab kesopanan terhadap Tuhan dan sesama makhluk. Pengetahuan tentangnya dapat diperolehi menerusi Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya setelah mengambil Bai’ah dengan Guru Murshid menerusi jalan Tariqat yang muktabar seperti Naqshbandiyah,

Qadiriyah, Suhrawardiyah, Syadziliyah atau

(34)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

3) MA’RIFAT – Ilmu Batin iaitu pengetahuan tentang Zat Allah Yang Esa, Sifat-SifatNya, Tindakan dan

PerbuatanNya, Nama-NamaNya serta

Hikmah-HikmahNya. Ilmu ini dapat diperolehi menerusi Ilmu Tauhid beserta pengamalan Syari’at Zahir dan Batin yakni Tariqat kerana Ilmu Ma’rifat itu bersifat Batin maka ianya memerlukan amalan Batin

4) HAQIQAT – Ilmu Batin bagi Ma’rifat dan sebagai perumpamaan, “Syari’at itu bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang, Ma’rifat bagaikan daun dan Haqiqat bagaikan buah.” Ilmu Haqiqat ialah mencapai keyakinan tentang hakikat Zat dan KeesaanNya, hakikat Sifat-SifatNya dan hakikat Af’alNya beserta HikmahNya. Ilmu inilah yang akan memberikan kita hasil pengertian sebenar akan hakikat beragama.

TASAWWUF ialah menyucikan Batin dengan cahaya Ma’rifat dan Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana dengannya akan terhasillah akhlak kehambaan yang sempurna menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sumber perkataan Tasawwuf telah lama diperdebatkan dan telah masyhurlah di dalam kebanyakan kitab-kitab Tasawwuf yang menjelaskan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal dari perkataan Saf yang bererti suci dan tulus sepertimana Hadhrat Bisyr Ibni Al-Harits Rahmatullah ‘alaih ada mengatakan bahawa, “Sufi adalah orang yang hatinya tulus (Safa) terhadap Tuhan.”

(35)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Para Sufi adalah orang-orang yang mengamalkan Tasawwuf dan mereka dinamakan sebagai Para Sufi kerana kemurnian dan kebersihan hati serta akhlak mereka yang baik. Mereka adalah orang-orang yang tulus hatinya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mendapat Rahmat yang khusus dariNya. Perkataan Saf merupakan kata Masdar yang bermakna suci dan perkataan Tasawwuf adalah kata terbitan pada timbangan wazan Tafa”ul memberikan pengertian Takalluf yang bermakna penyucian yakni melakukan suatu amal perbuatan serta tindakan untuk menyucikan sesuatu. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari perkataan Saf Al-Awwal yang bererti ahli barisan yang pertama di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana besarnya keinginan dan kecenderungan hati mereka terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan segala rahsia diri mereka hanya ada di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka juga sentiasa berusaha mendapatkan saf yang pertama di dalam Solat berjemaah.

Para Masyaikh menta’birkannya dengan berbagai perumpamaan seperti orang yang sentiasa bersegera ke arah kebaikan dan kebajikan serta sentiasa bersedia berjihad dan berada di barisan yang hadapan. Para Sufi yang benar sentiasa berusaha meletakkan diri mereka dalam perhatian Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mereka amat cenderung untuk mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta mereka tahu bahawa Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang khas ada terdapat di dalam melaksanakan segala

perintah dan meninggalkan segala larangan Allah

Subhanahu Wa Ta’ala dengan menuruti tindakan yang telah disunnahkan oleh Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah orang-orang yang berada di saf yang awal. Ada yang mengatakan

(36)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

bahawa ia berasal dari Ashab As-Suffah iaitu sifat-sifat Para Sufi itu menyamai sifat-sifat orang-orang yang tinggal di serambi masjid iaitu Suffah yang hidup di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia. Mereka redha kepada Allah dan Allah juga redha kepada mereka. Mereka adalah orang-orang yang faqir terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta hidup mereka hanya bergantung penuh denganNya menerusi doa munajat, sabar dan tawakkal. Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menjadi Ahli Suffah amat tinggi darjat mereka di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana mereka sentiasa memenuhkan masa mereka dengan zikir dan ibadah. Mereka juga gemar berpuasa.

Di sebabkan hidup mereka yang sebatang kara, mereka lebih senang tinggal di serambi masjid kerana dekat untuk mereka bertemu dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika Solat dan menghadiri majlis Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Antara mereka yang masyhur adalah Hadhrat Bilal Ibni Rabah, Hadhrat Salman Al-Farisi, Hadhrat Abu Hurairah, Hadhrat Khabbab Ibni Al-Arat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in.

Para Sufi yang mulia sentiasa menjadikan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in sebagai panduan dalam kehidupan mereka kerana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya bahawa,

(37)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

“Persamaan yang ada pada diri Para Sahabat adalah ibarat bintang-bintang, barangsiapa mengikuti mereka nescaya akan dipimpin ke jalan yang lurus.”

Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal dari Suf iaitu bulu kambing dan ini merupakan pendapat yang masyhur. Para Sufi di zaman awal Islam sering dikaitkan dengan perkataan ini kerana mereka gemar memakai baju jubah yang diperbuat dari kain wool iaitu bulu kambing biri-biri. Adapun jubah bulu kambing itu digemari di kalangan kaum Sufi kerana ia amat berguna untuk memanaskan badan mereka ketika musim sejuk dan boleh di jadikan hamparan untuk mereka tidur dan boleh pula di jadikan sejadah untuk bersolat.

Walaubagaimanapun ada sebilangan Masyaikh yang memakai jubah yang diperbuat dari bulu kambing untuk menampilkan tahap kedudukan Ruhaniah masing-masing. Di dalam kitab Sirrul Asrar ada dinyatakan bahawa bagi tingkatan permulaan atau Mubtadi, bulu kambing biri-biri Suf Al-Ghanam digunakan, bagi tingkatan menengah atau Mutawassit bulu kambing Suf Al-Ma’zi dan bagi tingkatan atas iaitu Muntahi adalah bulu kambing Suf Al-Mar’az iaitu bulu yang paling halus. Begitulah juga dengan tingkatan batin seseorang itu tergantung kepada martabat ketinggian keadaan keruhaniannya.

Perkataan Tasawwuf itu terdiri dari empat huruf iaitu Ta, Sad, Waw dan Fa. Menurut Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih, huruf Ta itu adalah dari kata At-Taubah dan Taubat itu terbahagi kepada dua iaitu Taubat Zahir dan Taubat Batin. Taubat Zahir adalah manusia kembali dengan seluruh badannya yang zahir dari dosa dan

(38)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

sifat tercela kepada ketaatan, dari keingkaran kepada penyerahan menerusi penyucian hati. Apabila seseorang itu telah berhasil menukarkan segala sifat yang buruk dalam dirinya kepada sifat yang terpuji, maka sempurnalah dia menempuh maqam Ta.

Huruf Sad diambil dari As-Saffa yang ertinya bersih. Bersih terbahagi kepada dua iaitu bersih Qalb dan bersih Sirr. Bersih Qalb ertinya membersihkan hati dari kekotoran Sifat Basyariah iaitu sifat-sifat manusiawi seperti syahwat yang didorong oleh hati, banyak makan dan minum, banyak tidur dan banyak berbicara, menyenangi benda dunia seperti usaha yang berlebihan, bersetubuh yang berlebihan dan mencintai anak-anak dan kaum keluarga secara berlebihan.

Untuk membersihkan hati dari sifat-sifat seperti ini hanya dapat terhasil dengan tetap melaksanakan zikir yang telah ditalqinkan oleh Guru Murshid. Bila hati telah dibersihkan maka akan terukirlah di dalam hati gambaran ghaib dari kebaikan mahupun keburukan sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mafhumnya,

“Orang ‘Alim itu mengukir dan orang ‘Arif membersihkannya.”

Adapun bersih Sirr ialah menjauhi segala sesuatu selain Allah dan mencintai Allah dengan terus menerus melaksanakan Asma Tauhid dengan lidah rahsia di dalam rahsia dirinya. Apabila seseorang itu berhasil mencapai sifat yang sedemikian maka sempurnalah baginya maqam Sad.

Adapun huruf Waw diambil dari lafaz Al-Wilayah dan ianya merupakan tertib dalam menjalani penyucian hati

(39)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

yang mana seseorang itu akan mencapai maqam kewalian. Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran pada Surah Yunus ayat 62 yang bermaksud,

Iωr&

.χÎ)

u!$uŠÏ9÷ρr&

«!$#

Ÿω

ê’öθyz

óΟÎγøŠn=tæ

Ÿωuρ

öΝèδ

šχθçΡt“øts†

∩∉⊄∪

Ingatlah, sesungguhnya Para Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati, mereka mendapat khabar gembira dalam kehidupan di Dunia dan dalam kehidupan di Akhirat.

Natijah dari Al-Wilayah atau Kewalian ini yang mana seseorang itu akan berakhlak dengan akhlak Allah Tabaraka Wa Ta’ala sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,

“Takhallaqu Bi Akhlaqillahi Ta’ala,” yang

bermaksud, berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seseorang itu hanya dapat mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila dia telah menghilangkan sifat-sifat Basyariah dalam dirinya sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Hadits Qudsi,

“Apabila Aku mencintai seorang hamba maka Aku akan menjadi pendengarannya dan penglihatannya dan lidahnya dan tangannya dan kakinya. Maka denganKu dia mendengar dan denganKu dia melihat dan denganKu dia bicara dan denganKu dia marah dan denganKu dia berjalan.”

Maka hendaklah kita membersihkan diri dari selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 81 yang bermaksud,

(40)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

ö≅è%uρ

u!%y`

‘,ysø9$#

t,yδy—uρ

ã≅ÏÜ≈t6ø9$#

4

¨βÎ)

Ÿ≅ÏÜ≈t7ø9$#

tβ%x.

$]%θèδy—

∩∇⊇∪

Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Yakni katakanlah! Bahawa telah datang yang Haq dan telah lenyaplah yang Batil, sesungguhnya yang Batil itu pasti lenyap. Apabila seseorang itu berjaya mencapai ke tingkatan kewalian ini maka dia telah berhasil mencapai maqam Waw. Huruf Fa diambil dari perkataan Al-Fana yang ertinya peleburan diri pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila seseorang Salik telah meleburkan sifat Basyariah kemanusiawiannya maka akan tinggal sifat Ahadiyah dalam dirinya. Sifat Ahadiyah adalah sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tidak akan rosak dan hilang.

Maka kekallah seseorang hamba itu dalam keadaan fana bersama Tuhan Maha Pemelihara yang kekal dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kekallah hati yang fana bersama dengan rahsia yang kekal dan perumpamaannya sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Qasas ayat 88 yang bermaksud,

Ÿωuρ

äíô‰s?

yìtΒ

«!$#

$·γ≈s9Î)

t yz#u

¢

tµ≈s9Î)

ωÎ)

uθèδ

4

‘≅ä.

>óx«

î7Ï9$yδ

ωÎ)

…çµyγô_uρ

4

ã&s!

â/õ3çtø:$#

ϵø‹s9Î)uρ

tβθãèy_ö è?

∩∇∇∪

Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apapun yang lain, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, tiap-tiap sesuatu pasti binasa,

(41)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

kecuali Allah, bagiNyalah segala penentuan dan hanya

kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Ayat ini ditakwilkan dengan keredhaan terhadap apa yang dapat menghadapkan diri kita kepadaNya dari amalan

yang Salih demi mengharapkan WajahNya dan

KeredhaanNya. Maka kekallah orang yang diredhai bersama dengan yang meredhai. Dengan mengerjakan amalan yang Salih akan hiduplah hakikat insan dalam diri seseorang.

Apabila telah sempurnanya Fana, akan terhasillah Baqa yang ertinya abadi di Alam Qurbah. Itulah merupakan maqam Para Nabi dan Para Wali di Alam Lahut. Seseorang yang telah mencapai fana, dia perlu menempuh Al-Faqru yakni kefakiran dan setelah dia berhasil menempuh maqam Faqir di mana pergantungannya pada Allah telah sempurna maka kekallah Sufi dengan Al-Haq Subhanahu Wa Ta’ala abadi selamanya. Yang dimaksudkan dengan faqir di sini bukanlah faqir terhadap harta benda, tetapi faqir terhadap Rahmat dan Kurnia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,

“Al-Faqru Fakhri”.

Yang bermaksud, “Kefakiran itu adalah kebanggaanku.” Sebilangan Para Masyaikh menyatakan bahawa Ilmu Tasawwuf ini telah disemai di zaman Hadhrat Adam ‘Alaihissalam, dijadikan permata di zaman Hadhrat Nuh ‘Alaihissalam, bercambah di zaman Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam, berkembang di zaman Hadhrat Musa ‘Alaihissalam, mencapai kematangan di zaman Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam dan menghasilkan benih-benih suci di zaman

(42)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Permulaan Tasawwuf adalah Iman yang terdiri dari enam rukun iaitu meyakini:

1. Kewujudan dan Keesaan Allah 2. Para Malaikat

3. Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah Ta’ala 4. Para Rasul

5. Hari Akhirat

6. Taqdir yang baik dan buruk adalah datang dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kebangkitan sesudah mati.

Penghujung perjalanan Tasawwuf adalah pada mengucapkan keenam-enam rukun Iman tersebut dan membenarkannya di dalam hati. Iman untuk golongan umum adalah menerusi ilmu yang mana ianya merupakan turutan dari keenam-enam rukun tersebut. Mereka perlu mendapatkan ilmu dari Para ‘Ulama dan Para Imam. Mereka tidak begitu memahami mengapa mereka wajib percaya pada rukun-rukun keimanan dan tidak begitu memahami tentang perjalanan untuk mencapai kejayaan hakiki.

Adapun Iman bagi golongan yang khusus, mereka mendapati bahawa amalan Syari’at dan Tariqat adalah selaras dan mereka yang tidak mencapai kesempurnaan Syari’at tidak akan mencapai kesempurnaan Haqiqat.

Menurut Para Masyaikh, perjalanan Tasawwuf seseorang Murid yang Salik tidak dapat tidak perlu menempuhi empat tingkatan iaitu Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat. Pada tahap Syari’at, seseorang Murid perlu memerhatikan perlaksanaan Syara’ dan amalan-amalan dalam Islam. Dia perlu sentiasa ingat pada Syeikhnya dan

(43)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya menerusi Muraqabah, menjadikan Syeikhnya sebagai perisai dari sebarang sangkaan yang bersifat Syaitaniyah.

Murid perlu menganggap Ruhani Syeikhnya sebagai pembimbing Ruhani dirinya. Ini merupakan tahap Fana Fi Syeikh yakni mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya. Setelah sempurna perjalanan Syari’atnya, maka Murid mula menjalani Tariqat yang mana dia mula memperolehi keupayaan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjalani

perjalanan Tasawwuf. Pada tahap ini dia akan

mengenepikan segala sesuatu yang bertentangan dengan Agama dan mula menyerapkan segala amalan ibadah yang Zahir ke dalam Batinnya.

Tanpa kesungguhan, kelebihan dan kekuatan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, seseorang Murid itu sukar untuk mencapai pada tahap ini. Syeikh hendaklah membimbing para Muridnya kepada petunjuk Para Masyaikh yang terdahulu, sehingga dalam setiap hal dan keadaan Murid hanya bertawajjuh kepada Para Masyaikh. Ini merupakan tahap Fana Fi Masyaikh yakni mematikan dirinya dalam diri Para Masyaikh.

Seterusnya pada tahap Ma’rifat, yang mana Murid telah mencapai pengetahuan-pengetahuan yang luar biasa tentang keimanan dan tahap keruhaniannya mencapai sifat-sifat Kemalaikatan. Dengan bimbingan Syeikh, Murid akan dibimbing ke Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana dia akan sentiasa bertawajjuh kepada Ruhani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam setiap hal dan keadaan. Ini merupakan tahap Fana Fi Rasul yakni mematikan dirinya

(44)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

dalam diri Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Pada tahap yang terakhir seseorang Murid itu akan mencapai tahap Haqiqat, yakni tahap kebenaran yang sempurna, yang mana Murid tersebut sentiasa bersama dengan Yang Haq, yang mana dia hanya melihat Yang Haq dalam setiap hal dan keadaan. Ini merupakan tahap Fana Fillah yakni mematikan dirinya dalam diri Allah Subhanahu Wa Ta’ala iaitu dengan menyaksikan segala penzahiran AsmaNya, AwsafNya yakni Sifat-SifatNya dan Af’alNya yakni perbuatan dan tindakanNya.

Ada sebilangan Masyaikh yang menetapkan sebelas tingkatan dalam perjalanan Tasawwuf seperti berikut:

1. Muwafiqat - Murid mula memusuhi segala musuh Allah iaitu Syaitan, Dunia, Hawa dan Nafsu. Dirinya mula mengasihi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mail - Murid mula cenderung terhadap Allah dan

melenyapkan segala sesuatu selain Allah pada

permukaan hatinya.

3. Muwanisat - Murid mula meninggalkan segala sesuatu dan mula mencari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Mawaddat - Murid menyibukkan dirinya dengan penyerahan, tangisan, cinta dan pengharapan di dalam hatinya.

(45)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

5. Hawa - Murid memelihara hatinya dengan penuh

kesungguhan dengan bermujahadah meninggalkan perkara dosa dan hatinya menjadi lembut.

6. Khullat - Murid menjadikan seluruh anggotanya

dalam ketaatan mengingati Allah Ta’ala dan

melenyapkan segala ingatannya terhadap yang lain.

7. Ulfat - Murid mula mengenepikan dirinya dari

segala sifat-sifat yang tercela dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang mulia.

8. Syaghaf - Murid dengan kesungguhan yang ada

dalam dirinya telah berupaya menyingkap tabir hijab dan menganggap bahawa membongkarkan rahsia cintanya terhadap Allah Ta’ala sebagai suatu perkara yang boleh menimbulkan Syirik, lalu mereka memelihara segala rahsia tersebut dengan penguasaan Wajd yakni penerimaan penghasilan segala faedah yang bersifat Batin.

9. Taym - Murid menjadikan dirinya sebagai hamba

cinta dan menggabungkan dirinya dalam Tajrid dan Tafrid. Tajrid bererti mengasingkan diri dari khalayak, manakala Tafrid bererti berkhalwat dalam diri.

10. Walsh - Murid memelihara cermin hatinya di

hadapan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menjadi mabuk cinta denganNya.

11. ‘Ishiq - Murid sentiasa menyibukkan lidahnya

dengan Zikirullah, hatinya dengan memikiri tentang Allah Ta’ala dan Ruhnya menikmati Musyahadah melihat

(46)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

tanda-tanda Kebesaran Allah Ta’ala sehingga dia merasakan dirinya sendiri tidak wujud.

Dari perkataan Tasawwuf itu terbitlah pula istilah Sufi yang diberikan kepada seseorang yang telah mencapai kesempurnaan Batin dan Ruhaniah. Safa adalah suci dan merupakan maqam kewalian dengan bukti dan riwayat manakala Tasawwuf adalah menuruti jalan penyucian tanpa sebarang alasan. Terdapat tiga golongan yang terbit menerusi Tasawwuf iaitu Sufi, Mutasawwif dan Mustaswif:

1. Sufi adalah seorang yang mematikan dirinya dan hidup di sisi Al-Haq. Dia telah melepaskan dirinya dari sifat-sifat manusiawi dan telah benar-benar mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 2. Mutasawwif adalah seorang yang berusaha untuk

mencapai ke tingkatan Sufi dengan melakukan berbagai kegiatan Mujahadah dalam mencari rahsia hakikat dirinya dan hakikat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3. Mustaswif pula adalah seorang yang mendakwa diri sebagai Sufi dan Mutasawwif demi mendapatkan wang dan harta benda serta kuasa dan faedah-faedah duniawi. Mereka langsung tidak tahu tentang golongan Sufi dan Mutasawwif tetapi mendakwa diri mereka sedemikian. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memelihara kita dari termasuk ke dalam golongan Mustaswif ini dan menjadikan kita dalam golongan Sufi dan Mutasawwif; Amin.

(47)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Adapun menurut Hadhrat Khwajah Abu Yazid Bistami Rahmatullah ‘alaih, perbezaan pendapat tentang perkara yang suci adalah merupakan suatu Rahmat melainkan jika ianya membawa jauh dari pengertian Tauhid. Menurut Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih, sepertimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat Khwajah ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Kashful Mahjub bahawa golongan Para Sufi itu terbahagi kepada dua belas golongan yang mana dua darinya adalah menyesatkan dan sepuluh darinya adalah diterima sebagai petunjuk. Setiap satu dari sepuluh golongan Para Sufi itu mempunyai sistem dan doktrin yang benar lagi kukuh samada menerusi Mujahadah mahupun Musyahadah.

Meskipun Tariqat mereka berbeza antara satu sama lain dalam bentuk pengamalan yang khusus dan disiplin, namun mereka bersependapat dalam perkara-perkara Usul Syari’at dan Tauhid. Sepuluh golongan Tariqat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. MUHASIBIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu ‘Abdullah Harits Bin Asad Al-Muhasibi Rahmatullah ‘alaih yang terkenal pada zamannya sebagai Maqbul An-Nafas Wa Maqtul An-Nafs. Beliau seorang yang ‘Alim dalam Ilmu Kalam, Fiqah dan Tasawwuf. Antara kekhususan doktrinnya ialah beliau tidak menetapkan Ridha pada Maqamat sebaliknya meletakkannya dalam Ahwal. Beliau adalah orang pertama yang berpegang dengan pendapat ini dan seterusnya dipegang oleh Para Sufi di Khurasan. Para Sufi di Iraq berpendapat yang sebaliknya, bahawa Ridha adalah salah satu dari

(48)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Maqamat dan ianya merupakan kesempurnaan dalam Tawakkal.

2. QASSARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan sebuah doktrin yang menzahirkan Malamat yakni celaan yang bersifat teguran dan berkhidmat dengan penuh hormat terhadap Para Sufi.

3. TAIFURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat

Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Bin Surushan Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan doktrin Ghalabah dan Sukr. Ghalabah bererti mencapai Jazbah manakala Sukr pula bererti mabuk dalam percintaan dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Hadhrat Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih dan para pengikutnya meletakkan Sukr pada kedudukan yang tinggi mengatasi Sahwu iaitu sifat lupa.

4. JUNAIDIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat

Abul Qasim Al-Junaid Bin Muhammad Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan ketua Para ‘Ulama di Baghdad pada zamannya dan beliau memperkenalkan doktrin Sahwu yang bertentangan dengan Sukr yang ditampilkan oleh golongan Taifuriyah di Khurasan. Di samping itu menggesa para pengikutnya sentiasa melakukan Muraqabah Batin.

5. NURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat

Abul Hassan Ahmad Bin Muhammad Nuri

(49)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

adalah mengetengahkan Tasawwuf yakni penyucian jiwa adalah lebih utama dari Faqir yang bererti kemiskinan. Beliau mewajibkan jalan Suhbat bagi Para Sufi dan menuruti Itsar Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in.

6. SAHLIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat

Sahl Bin ‘Abdullah Al-Tustari Rahmatullah ‘alaih. Doktrinnya memperkenalkan konsep Mujahadah yang bersungguh-sungguh. Maksud utama dari mujahadah yang keras ini adalah untuk melawan segala kehendak Hawa dan Nafsu yang dikategorikan sebagai tahap jiwa yang rendah.

7. HAKIMIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat

Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih, seorang ‘Alim yang mengetahui segala Ilmu Usul dan Furu’. Doktrinnya adalah berasaskan Wilayat iaitu Kewalian dan beliau telah menjelaskan hakikat sebenar Kewalian serta darjah-darjah kedudukan Para Wali dalam tingkatan-tingkatan yang tertentu. Beliau menegaskan bahawa prinsip asas Tasawwuf dan Ilmu Ketuhanan adalah berdasarkan Kewalian.

8. KHARRAZIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Sa’id Kharraz Rahmatullah ‘alaih yang telah menulis banyak karya-karya berkenaan Tasawwuf dan telah mencapai suatu kedudukan yang tinggi

dalam meninggalkan urusan Duniawi. Beliau

merupakan orang yang pertama menjelaskan tentang keadaan Fana dan Baqa. Menurut beliau, Fana adalah mematikan diri dalam kesedaran ‘Ubudiyat dan Baqa

(50)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

adalah kekal dalam menghayati dan memikiri tentang Ilahiyat Ketuhanan.

9. KHAFIFIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat

Abu ‘Abdullah Muhammad Bin Khafif Al-Shirazi Rahmatullah ‘alaih. Doktinnya mengetengahkan konsep Ghaibah dan Hudhur yang pada zahirnya nampak berlawanan antara satu sama lain. Adapun yang beliau maksudkan dengan Hudhur ialah kehadiran hati sebagai bukti keyakinan dalam diri seseorang Sufi. Ghaibah bererti ghaib iaitu tidak hadir yang mana pada hatinya ghaib segala sesuatu kecuali kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

10. SAYYARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abul ‘Abbas As-Sayyari Rahmatullah ‘alaih. Beliau adalah seorang Imam di Merv dan ‘Alim dalam berbagai bidang ilmu dan bersuhbah dengan Hadhrat Abu Bakar Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaih. Doktrin ajaran beliau mengetengahkan konsep Jama’ yang bererti penyatuan dan Tafriqah yang bererti penjauhan.

Kesemua sepuluh golongan Tariqat yang tersebut di

atas adalah benar-benar menuruti jalan Tasawwuf

berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Tariqat Tasawwuf mereka dianggap sebagai Tariqat Tasawwuf yang awal dan asal bagi sekelian jalan Tariqat yang wujud sehingga kini. Kesemua jalan Tariqat yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sehingga ke hari ini adalah berpandukan kepada doktrin dan sistem yang telah diperkenalkan oleh mereka. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati mereka sekeliannya dan melimpahkan kepada kita dengan

(51)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Faidhz limpahan keruhanian yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala limpahkan kepada mereka, berkekalan sehingga ke Hari Qiyamat. Amin.

Adapun dua golongan Tariqat yang sesat menurut Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih adalah seperti berikut:

1. HULULIYAH - Mereka adalah para pengikut Abu Hulman Ad-Damsyiqi. Beliau telah memperkenalkan doktrin Hulul, Imtizaj dan Naskh Arwah yang kesemuanya berlawanan dengan doktrin yang terdapat di dalam Syari’at Islam.

2. FARISIYAH - Mereka adalah para pengikut

Faris yang mendakwa mereka menuruti ajaran Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah ‘alaih. Namun golongan Hallajiyah iaitu mereka yang menuruti ajaran sebenar Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah ‘alaih telah mencela tindakan Faris sedangkan kedua-dua golongan Hallajiyah dan Farisiyah tersebut telah mengenepikan perundangan Syari’at, maka telah wujud satu lagi golongan yang sesat iaitu golongan Ibahatiyah iaitu golongan yang menganggap segala sesuatu itu adalah dibenarkan dan mereka kesemuanya adalah sesat.

Hadhrat Qutubul Aqtab Ghauts Ats-Tsaqilain Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan dalam kitabnya Sirrul Asrar pada Fasal yang ke 23 berkenaan dengan Ahli Tasawwuf. Menurut beliau, Ahli Tasawwuf itu ada terbahagi kepada 12 golongan. Golongan yang pertama adalah:

Referensi

Dokumen terkait

1) Berdasarkan tabel di atas, orang tua yang mengungkapkan harapan yang jelas pada anak dan keutamaan menghafal Al Qur’an dalam rangka meningkatkan motivasi ekstrinsik ada

Kebijaksanaan pucuk pimpinan (Policy top management), bahwa perencanaan itu sering kali berasal dari badan-badan ataupun orang- orang yang berhak dan mempunyai

Ia memberi maksud bahawa kemuliaan manusia akan tercapai menerusi pemeliharaan amanah ini iaitu dengan menggunakannya mengikut cara yang sepatutnya manakala pengabaiannya

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu (1)

Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat lima pengajaran penting yang boleh diambil daripada perbincangan tafsiran ayat, iaitu sifat Allah SWT, Tuhan kepada manusia dan Ism Allah

Kepengurusan masjid agung berada di bawah naungan Yayasan Masjid Agung Kabupaten Jeneponto. Yang diketahui oleh pendiri yayasan H. Orang-orang yang menjadi pengurus

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu 1 tetap mengerjakan

Ayat ini memberikan pemahaman bahawa perumpamaan yang dibuat di dalam ayat merujuk kepada bagaimana orang Yahudi menyembunyikan sifat tersebut dan tidak menunaikan tanggungjawab mereka