• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERMULAAN JALAN DAN JALAN PERMULAAN

Dalam dokumen Ar Risalah Al 'Aliyah [Sughra] (Halaman 94-116)

PERMULAAN

MENERUSI jalan Tariqat Naqshbandiyah ini hamba yang

faqir telah menerima Tawajjuh dari beberapa orang Syeikh secara Zahir dan Batin yang di antaranya adalah Syaikhul Masyaikh Sayyidina Wa Murshidina Qiblah Hadhrat Maulana Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiah, Hadhrat Syeikh Raja Ashman Shah Al-Haqqani Putera Sultan Azlan Shah Perak Darul Ridzuan, Hadhrat Syeikh Muhammad Kamal Bin Muhammad Syuhud Al-Khalidi Rumah Suluk Changkat Chermin Batu Gajah, Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Ali Rumah Suluk Pondok Upeh Balik Pulau dan Hadhrat Syeikh Muhammad Hisham Al-Kabbani Khalifah Kanan Hadhrat Syeikh Muhammad Nazim Adil Qubrusi Al-Haqqani Qaddasallahu Asrarahum.

Hamba juga menerima Tawajjuh khas secara Batin dari sebilangan Para Masyaikh dan mengambil limpahan Faidhz menerusi jalan Uwaisiyah, khususnya dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Ghautsul Tsaqilain Qutubul Aqtab Sultanul Aulia Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Shah Muhammad Bahauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Sultanul ‘Arifin Maulana Syeikh Ismail Pulau Besar Rahmatullah ‘alaih. Walaubagaimanapun pada hakikatnya, Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri yang telah memberikan daku petunjuk dan Dialah yang telah mengeluarkan daku dari

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

kegelapan kepada cahaya dan Dialah Tuhan yang sentiasa

memeliharaku dan mengajariku dan memberikan

TawajjuhNya serta melimpahkan limpahan FaidhzNya terhadapku.

Daku dilahirkan pada 12 Jun 1973 Masihi bersamaan 1 Jamadil Awwal 1392 Hijriyah di Ipoh, Perak dan merupakan anak yang ketiga dari 3 orang adik-beradik sesudah abangku Jamalluddin dan kakakku Jamaliah. Ketika berusia 3 tahun keluargaku telah berpindah ke Taiping, Perak. Ayahku bernama Noordin bin Haji ‘Abdur Rahim dari keturunan Rao atau Rawa yang berasal dari Tanah Sumatera di Pagar Ruyung lalu berhijrah ke Teluk Intan, Perak. Datukku Haji ‘Abdur Rahim adalah seorang ‘Ulama di Hilir Perak yang bertanggungjawab mendidik dan mentarbiyah pengetahuan Agama Islam kepada Raja Muda Perak di Madrasahnya di Teluk Intan sebelum ditabalkannya menjadi Sultan Perak. Antara yang telah menerima didikannya adalah Al-Marhum Sultan Yusuf Syah dan Al-Marhum Sultan Idris Syah. Silsilah keturunan Rawa datukku sampai kepada Tahan.

Ibuku bernama Wan Siti Halijah, bapanya bernama ‘Abdur Rahman dan ibunya bernama Wan Siti Aminah dan ibunya bernama Wan Siti ‘Aisyah dan merupakan keturunan Puteri Saadong yang berasal dari Kelantan, ayahandanya bernama Raja Loyor, putera kepada Nik Jamaluddin, putera kepada Wan ‘Abdul Muzaffar, putera kepada Wan Abu ‘Abdullah atau digelar Wan Bo atau digelar Maulana Asy-Syeikh Israil, putera kepada ‘Ali Nurul ‘Alam atau digelar Patih Aria Gajah Mada atau digelar Sultan Qumbul dan beliau adalah putera kepada Hadhrat Maulana Sayyid Hussain Jamaluddin Al-Kubra Rahmatullah ‘alaihi hasil daripada perkahwinannya dengan Puteri Syahirah atau

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

digelar Puteri Selindung Bulan dari negeri Kelantan Cermin Jeddah Serambi Mekah. Keturunan ibuku adalah dari Hadhrat Syeikh Sayyid Jamaluddin Al-Kubra yang telah datang dari Tanah Hindi ke Nusantara untuk menyebarkan Dakwah Islamiyah khususnya Aceh, Pasai dan Perlak di Sumatera, Kedah, Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Pattani di Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Champa, Selatan Filipina dan Tanah Jawa.

Silsilah keturunan beliau sampai kepada Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti berikut:

Syeikh Sayyid Jamaluddin Al-Kubra bin Sayyid Shah Ahmad Jalalluddin bin Sayyid Shah ‘Abdullah bin Sayyid ‘Abdul Malik bin Sayyid ‘Alwi Hadhramaut bin Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Ali bin Sayyid ‘Alwi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alwi bin Sayyid ‘Ubaidillah bin Sayyid Ahmad Muhajir bin Sayyid ‘Isa Syakar bin Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Ali bin Sayyid Ja’afar As-Sadiq bin Sayyid Muhammad Baqir bin Sayyid ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hadhrat Imam Hussain putera kepada Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhah dan Hadhrat Sayyidatun Nisa Sayyidatina Fatimah Az-Zahra puteri Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Ayahku meninggal dunia ketika daku berusia 8 tahun dan ibuku mengasuh serta mendidikku dengan ‘Ilmu Syari’at dan mengajarkanku Al-Quran serta Solat. Ibuku juga telah menghantarku ke sekolah Agama dan sekolah Akademik untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu akademik kerana keperluan terhadap ilmu-ilmu tersebut amat besar dalam kehidupan duniawi. Daku gemar membaca buku-buku dan kitab-kitab semenjak kecil dan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

ibuku selalu membacakan kitab Qisasul Anbiya dan

Manaqib Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani

Rahmatullah ‘alaih kepadaku dan daku pula amat gemar membaca kitab Tazkiratul Auliya karangan Hadhrat Syeikh Fariduddin ‘Attar Rahmatullah ‘alaih.

Hamba yang faqir ini telah dikurniakan Nur Hidayah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai seorang Majzub pada tahun 1991 Masihi ketika daku berusia 19 tahun. Daku telah mengalami Jazbah untuk menuju ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikir yang banyak di dalam hati. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengeluarkan diriku

dari Zulmat kepada Nur. Seterusnya menyedari

tanggungjawabku sebagai seorang Salik, daku telah keluar di Jalan Allah dengan niat mengislahkan diri dan Mujahadah selama 40 hari di Negeri Sembilan bersama Jemaah Dakwah dan Tabligh. Dengan Hidayah dan ‘Inayah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, setelah kembali dari bertabligh di Jalan Allah, hamba telah disampaikan ke Maqam Hadhrat Sultanul ‘Arifin Maulana Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih di Pulau Besar, Melaka dibawa oleh seorang hamba Allah yang bernama Muhammad Zakaria yang ada menyertaiku di dalam jemaah ketika berada di Jalan Allah. Beliau begitu ingin membawaku ke Pulau Besar lalu membawaku ke sana dan dengan izin Allah daku tiba di Pulau Besar dengan menaiki perahu bersamanya.

Setibanya di Pulau Besar, Melaka daku telah dibawa ke Masjid lalu daku pun bersolat dua raka’at dan daku telah dibai‘ahkan dengan dengan seorang Syeikh dari Silsilah Qadiriyah yang dinisbatkan kepada Sultanul Auliya Hadhrat Maulana Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih. Daku diberikan awrad zikir Tariqat Qadiriyah untuk

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

diamalkan tanpa sempat daku bertanyakan nama Syeikh tersebut dan kemudian daku dibawa ke maqam Hadhrat Sultanul ‘Arifin Maulana Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih. Beliau adalah cicit kepada Hadhrat Maulana Syeikh ‘Abdul Qadir Jailani Rahmatullah ‘alaih dan merupakan generasi ke-14 keturunan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Salasilah keturunan beliau dari bapanya adalah seperti berikut:

Syeikh Ismail bin Syeikh ‘Abdul Qadir bin Syeikh ‘Abdul Jabbar bin Syeikh Salih bin Ghautsul A’zam Qutbul Aqtab Sultanul Auliya Hadhrat Maulana Syeikh Muhyiddin ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih bin Al-Imam Sayyid Abi Saleh Musa Janki Dosti bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah bin Al-Imam Sayyid Yahya Az-Zahid bin Al-Imam Sayyid Muhammad bin Al-Imam Sayyid Daud bin Al-Imam Sayyid Musa bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah bin Al-Imam Sayyid Musa Jun bin Imam Sayyid ‘Abdullah Mahdhi bin Imam Sayyid Hassan Mutsanna bin Al-Imam Sayyid Al-Hassan As-Sibthi bin Al-Al-Imam Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu dan Sayyidatun Nisa Fatimah Az-Zahra binti Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih dilahirkan di Baghdad pada hari Jumaat di antara waktu Maghrib dan ‘Isya iaitu 17 Rabi‘ul Awwal tahun 867 Hijrah. Ibunya bernama Fatimah, seorang wanita yang Salihah di dalam negeri Baghdad. Menurut riwayat yang tertulis di dalam manaqibnya Tuhfatul Abrar, pada malam kelahirannya 116 bayi turut dilahirkan di dalam negeri Baghdad dan kesemuanya dilahirkan sebagai Auliya Allah dan kesemua bayi tersebut menjadi murid kepada Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Ketika dia berusia 3 tahun, penduduk Baghdad menghadapi masalah menentukan tarikh permulaan Ramadhan kerana anak bulan tidak kelihatan. Maka Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih yang pada masa itu masih anak kecil berusia tiga tahun mengangkat tangan kanannya dan

dengan menggunakan jari kelingkingnya, beliau

mengisyarahkan ke arah anak bulan yang tidak kelihatan, lalu anak bulan pun mulalah kelihatan. Ibunya dan semua yang ada menyaksikan kejadian itu berasa takjub dan tergamam dengan keajaiban itu dan bertambah kasih sayang mereka kepada Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih.

Sewaktu Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih berusia 7 tahun dia telah mengikuti rombongan ahli penduduk Baghdad menunaikan Haji di Baitullah dan setelah selesai mengerjakan haji mereka pun pergi ke Madinah untuk menziarahi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Menurut salah seorang yang menyertai rombongan tersebut:

“Apabila kami telah sampai ke Raudhah yang mulia

untuk menziarah Maqam Hadhrat Baginda Nabi

Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia, kami dan anak tersebut (Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih) pun mulalah membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan doa-doa yang baik-baik dan yang penting-penting menurut Syari’at Muhammadiyah.

Kemudian kami terdengar suara dari belakang Raudhah yang mulia dengan kata-kata berikut,

“Wahai anakku Ismail, hendaklah engkau bersafar dengan mereka yang menyertai engkau ke Qutril Jawi (Tanah Melayu Nusantara). Di kalangan mereka itu terdapat saudara-saudaramu menerusi nasab keturunan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

dan kesemua mereka akan menuruti engkau.” Kami pun bersyukur kepada Allah setelah mendengar kata-kata tersebut dan kami pun kembali ke Baghdad.”

Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih dihiasi dengan akhlak yang baik dan adab yang mulia di kalangan Para Salihin. Dia pun mula mempelajari ilmu-ilmu Funun sehingga menjadi seorang yang ‘Alim, penghafaz Al-Quran, kuat beribadah, kuat bermujahadah dan memiliki berbagai kelebihan. Ketika dia sudah meningkat dewasa, Allah memberikannya ilham untuk hidup secara zuhud dan melakukan ijtihad demi mengembangkan Agama Islam. Beliau telah mendapat ilham dari Allah dan sekali lagi berangkat menuju ke Raudhah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah. Dia bersolat, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah Ta’ala memohon keizinan dariNya. Dengan izin Allah, Dia memperlihatkan kedua tangan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia terkeluar dari dinding maqamnya lalu dia mendengar suara Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia memanggilnya dengan berkata,

“Sejahtera ke atasmu wahai anakku Ismail, berzuhudlah dan pergilah engkau dengan orang-orang yang beserta engkau ke Tanah Jawi dan engkau hendaklah menanggung dengan penuh kesabaran terhadap apa sahaja dugaan yang akan datang dari sebarang kejahatan dan keburukan dalam perjalanan itu dan kau akan sampai ke sana. Berikanlah perkhabaran baik kepada Ummatku dengan jalan-jalan petunjuk yang jelas. Hendaklah engkau berkhemah di sebuah pulau yang mana terdapatnya

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

sekumpulan Jin Ifrit yang durjana dan hendaklah engkau menziarahi moyangmu di Baghdad.”

Setelah menerima wasiat tersebut dia pun meminta izin dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian menziarahi kubur neneknya Hadhrat Siti Fatimah Al-Batul Radhiyallahu ‘Anha dan suaminya Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu.

Kemudian dia menziarahi kesemua kubur Para Masyaikh mengambil limpahan Faidhz dari mereka dalam perjalanan pulangnya ke Baghdad dan berdoa ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana terhasillah ilmu-ilmu rahsia padanya dari setiap seorang Syeikh yang diziarahinya. Setibanya di Baghdad dia pun menziarahi kubur moyangnya iaitu Hadhrat Qutubul Aqtab Sultanul Auliya Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih. Allah Subhanahu Wa Ta’ala pun melimpahkan segala limpahan dan kemuliaan serta ilmu Ma’rifat kepada Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih sepertimana yang dilimpahkanNya kepada datuknya dan memimpinnya ke jalan yang lurus.

Kemudian pada ketika usianya mencapai 33 tahun iaitu pada tahun 900 Hijrah, Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih pun berangkat menuju ke Tanah Jawi bersama 16 orang di dalam jemaahnya dan salah seorang dari mereka adalah guru Syeikh Ismail iaitu Hadhrat Syeikh Yusuf As-Siddiq Rahmatullah ‘alaih dan saudaranya iaitu Sayyid Ibrahim Ibni ‘Abdul Qadir Rahmatullah ‘alaih. Mereka pun belayar ke Tanah Melayu menaiki bahtera merentasi Lautan Hindi sehingga mereka sampai ke Selat Melaka, mereka pun berdiam di atas bahtera.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Sesudah beberapa hari keberangkatan rombongan Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih menuju ke Tanah Melayu, sebuah rombongan penduduk Basrah seramai 11 orang pula menuju ke Tanah Melayu dan kemudian serombongan orang ‘Arab seramai 13 orang menuju ke Tanah Melayu dan sesudah sebulan, datang lagi 2 orang sehingga jumlah mereka menjadi 43 orang.

Mereka kesemuanya bermastautin di sebuah pulau di Selat Melaka yang terdapat sebuah bukit besar padanya. Orang-orang Melayu memanggil pulau itu sebagai Pulau Besar dan di sanalah Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih menjalankan tugasnya menyebarkan Agama Islam. Beliau merupakan seorang yang terhimpun padanya kesempurnaan Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat, seorang ahli mujahadah yang ikhlas dan menduduki maqam Sultanul ‘Arifin yakni sultan bagi sekelian Ahli Ma’rifat. Beliau wafat pada malam 17 Rabi‘ul Awwal tahun 965 Hijrah dengan meninggalkan dua orang anak perempuan yang Salihah dan seorang anak lelaki yang Salih.

Nisbat Batin beliau adalah Naqshbandiyah dan beliau memperolehi dari gurunya Hadhrat Maulana Syeikh Yusuf As-Siddiq Rahmatullah ‘alaih yang maqamnya juga berada di Pulau Besar, Melaka bersebelahan dengan maqam

Sultanul ‘Arifin Hadhrat Maulana Syeikh Ismail

Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan seorang Syeikh

Tariqat Qadiriyah, Naqshbandiyah, Syattariyah dan

Chishtiyah. Dengan Taufiq dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala daku terus mengamalkan Zikir Jihri Awrad Qadiriyah yang telah diberikan kepadaku sehingga mencapai Fana. Dengan keberkatan limpahan Keruhanian Hadhrat Sultan Arifin

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih, inilah permulaan daku menerima Nisbat Qadiriyah Naqshbandiyah.

Setelah mencapai maqam Fana atas jalan Zikir dan Dakwah Tabligh, pada tahun 1992 Masihi, daku telah diberikan Taufiq oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk berkhidmat kepada seorang Da’i dan Wali Allah yang bernama Hadhrat Syeikh Habibullah Rahmatullah ‘alaih di Sungai Besi dan kemudiannya di Seri Petaling, yang merupakan markaz Dakwah dan Tabligh di Nusantara. Daku bertemu dengannya sewaktu Cillah 40 hari jemaah jalan kaki di Perak, dari Taiping ke Kuala Kangsar bersama dengan jemaah jalan kaki setahun dari Karachi, Pakistan. Daku telah berkhidmat kepadanya selama setahun lalu diberikan Taufiq oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk keluar berdakwah tabligh selama 40 hari di Negeri Johor dan 40 hari di Medan, Sumatera. Di samping itu daku juga giat menjalankan kerja-kerja Maqami Jemaah Masjid dan menjalankan usaha mengajak manusia keluar ke Jalan Allah di Kampung Aman, Pokok Assam, Taiping, Perak. Membentuk jemaah dakwah untuk menjalankan usaha di sekitar Pulau Pinang, Gombak, Sungai Besi dan Seri Petaling. Kemudian daku berusaha mengumpulkan perbelanjaan untuk keluar ke Jalan Allah selama 4 bulan di benua Hindi iaitu 40 hari di negara India, 40 hari di Pakistan dan 40 hari di Bangladesh.

Pada tahun 1993 Masihi, sebelum hamba keluar 4 bulan di Jalan Allah ke negara India, Pakistan dan Bangladesh untuk Islah dan mempelajari usaha Dakwah dan Tabligh di sana, hamba telah di temukan dengan Hadhrat Maulana Syeikh Raja Ashman Shah, Putera Sultan Azlan Shah Negeri Perak Darul Ridzuan yang merupakan Khalifah Hadhrat Maulana Syeikh Nazim ‘Adil Qubrusi Al-Haqqani

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

bagi rantau Nusantara. Daku telah dibawa oleh seorang hamba Allah yang juga merupakan saudaraku atas jalan Tariqat yang bernama Muhammad Daud. Daku telah berbai‘ah dengan Hadhrat Maulana Syeikh Raja Ashman Shah dan menerima Nisbat Naqshbandiyah Haqqaniyah.

Kemudian daku pun berangkat ke India. Setelah 40 hari daku berada di India, daku telah berbai‘ah dengan Amir Jemaah Tabligh iaitu Hadratji Maulana Syeikh In’amul Hassan di Basti Nizamuddin, Delhi atas jalan Dakwah dan Tabligh. Beliau merupakan salah seorang Syeikh Besar Tariqat Chishtiyah. Di India daku telah berpeluang untuk bersahabat dengan Para Masyaikh Chishtiyah dan daku juga telah berpeluang menziarahi Maqam dan mengambil limpahan Faidhz dari Hadhrat Maulana Syeikh Nizamuddin Auliya Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Maulana Syeikh Muhammad Ilyas Rahmatullah ‘alaih yang merupakan pengasas gerakan Jemaah Tabligh di India pada awal abad ke 19 Masihi bersamaan abad ke 14 Hijrah.

Sekembali dari India, Allah Subhanahu Wa Ta’ala

telah menemukan daku dengan seorang Syeikh

Naqshbandiyah Khalidiyah yang bernama Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Abdullah Kamal Bin Muhammad Syuhud Rahmatullah 'alaih. Daku telah berbai‘ah dengannya dan menjalani suluk di bawah asuhannya di Rumah Suluk Changkat Cermin di Batu Gajah, Perak dan Rumah Suluk Pondok Upeh di Balik Pulau, Pulau Pinang. Menerusinya daku telah menerima Nisbat Naqshbandiyah Khalidiyah.

Pada tahun 1994 Masihi, hamba telah diberikan Taufiq oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk mendalami ilmu-ilmu Syari’at. Daku telah ke Lahore, Pakistan untuk belajar di

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

sebuah Madrasah yang bernama Al-Jami’ah Al-Ashrafiyah. Di sana daku telah memulakan pengajian dengan menghafal beberapa juzuk Al-Quran lalu mempelajari Nahwu, Saraf dan Sighah Bahasa Arab, Bahasa Farsi, Adab Kesusasteraan Arab dan Farsi, Mantiq, Balaghah dan Ma’ani, Fiqah dan Usul Fiqah Mazhab Hanafi dan Syafi’i, terjemahan dan Tafsir Al-Quran dari guruku yang bernama Hadhrat Maulana Ahmad ‘Ali Al-Ashrafi dan Hadhrat Maulana Muhammad Zahid Al-Ashrafi. Daku mempelajari Kitab Hidayah Ilmu Fiqah Hanafiyah dari guruku Hadhrat Maulana Qari Imtiazur Rahman Thanwi Sahib yang mana sempat daku bertemu dengannya di dalam Masjidil Haram di Tanah Suci Mekkah ketika menunaikan Umrah pada 1 Jamadil Awwal 1429 Hijriyah. Daku mempelajari Ilmu Hadits dari guruku Hadhrat Maulana Muhammad Zubair Ar-Ruhani Al-Bazi yang merupakan putera sulung Syaikhul Hadits Hadhrat Maulana Syeikh Muhammad Musa Ar-Ruhani Al-Bazi Rahmatullah ‘alaih, semoga Allah mengharumkan kuburnya sehingga ke Hari Qiyamat. Daku mempelajari Fiqah Mazhab Syafi’i dari sahabatku yang bernama Hadhrat Maulana Syarifuddin Qasim, seorang yang Hafiz Al-Quran yang ‘Alim lagi Wara’.

Adapun sewaktu hamba berada di Pakistan pada bulan Syawal 1420 Hijrah bersamaan dengan tahun 1998 Masihi, sekembalinya daku dari bertabligh di Jalan Allah, hamba telah bermohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar ditemukan dengan seorang Syeikh yang sempurna

mengamalkan Syari’at Nabawiyah dan Tariqat

Naqshbandiyah, yang telah mencapai Hakikat dalam Ma’rifat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dapat membawaku ke Maqam Musyahadah. Setelah hal urusanku ini terhitung di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka daku

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

telah di bawa ke bawah telapak kaki Hadhrat Syaikhul Masyaikh Khwajah Khwajagan Qutub Dauran Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib di Khanqah Sirajiah,

Kundiyan, Mianwali, Pakistan. Daku telah

memperbaharukan Bai‘ah dan beliau mentalqinkan kalimah Ismu Zat serta pengetahuan Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah. Menerusi beliau daku memperolehi Nisbat Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Sewaktu tempoh pengajianku di Jami’ah Al-Ashrafiyah Lahore, daku telah berpeluang bersuhbah, berkhidmat dan mengambil limpahan Faidhz dari ramai Para Masyaikh Auliya serta ‘Ulama Tafsir dan Hadits seperti Hadhrat Maulana Syeikh Musa Ar-Ruhani Al-Bazi Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Maulana Sufi Muhammad Sarwar Sahib, Hadhrat Maulana ‘Abdur Rahman Ashrafi Sahib, Hadhrat Maulana ‘Ubaidullah Ashrafi Sahib, Maulana Fazlur Rahim Ashrafi Sahib, Haji ‘Abdul Wahab, Maulana Sa’id Ahmad Khan, Maulana Jamshed, Maulana Nazirur Rahman, Maulana Ihsan, Maulana Muhammad Akram Kashmiri Sahib, Maulana Muhammad Baqi Billah Sahib dan berpeluang menziarahi maqam Hadhrat Data Ganj Syeikh ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Al-Jullabi Rahmatullah ‘alaih

Dalam dokumen Ar Risalah Al 'Aliyah [Sughra] (Halaman 94-116)