ANTARA syarat-syarat yang penting yang dikemukakan
oleh Hadhrat Shah Waliyullah Ad-Dehlawi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Al-Qaulul Jamil, bagi seseorang yang hendak melakukan Bai‘ah hendaklah dia membetulkan pegangan dan I’tiqadnya supaya sesuai dengan I’tiqad orang-orang Salih yang terdahulu seperti meyakini akan kewujudan dan keesaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tidak ada Tuhan melainkan Dia yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Hidup, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak dan Maha segalanya sebagaimana yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menggambarkan Sifat-SifatNya menerusi sumber-sumber yang Naqli dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan diteruskan oleh Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in.
Allah itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan yang bisa hilang dan binasa seperti berjisim, mengambil ruang, bersifat baharu, yang berubah-ubah, bertempat, berwarna dan berbentuk. Maha Suci Allah dalam setiap hal dan keadaan. Apa yang terdapat di dalam Al-Quran tentang Tuhan bersemayam di atas ‘Arash, Tangan Allah dan sebagainya itu semuanya hendaklah kita beriman dan percaya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ayat-ayat itu pada prinsip zahirnya dan kita hendaklah menyerahkan huraian tentang ayat-ayat itu kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara mutlaknya kita mestilah mengetahui bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu tidak bersifat seperti sifat-sifat makhluk dan tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Allah itu Maha
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Mendengar lagi Maha Melihat. Kita juga mesti mengakui bahawa sifat-sifat kesempurnaan itu tetap tsabit wujudnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti yang telah ditegaskan olehNya di dalam Al-Quran. Ini merupakan syarat yang utama.
Syarat yang kedua, secara umumnya seseorang itu mestilah mengakui tentang wujudnya Kenabian Para Anbiya ‘Alaihimus Solatu Wassalam dan mengakui pula Kenabian Penghulu kita Hadhrat Sayyidina Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara khusus. Dia mestilah mematuhi dan mengikuti apa sahaja yang diperintah dan dilarang oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mestilah sentiasa mempercayai Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dalam setiap perkara yang
disampaikannya sama ada tentang Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, tentang perkara Akhirat, tentang Syurga dan Neraka, tentang Mahsyar, tentang Hari Hisab, tentang melihat Wajah Allah, tentang Qiyamat, tentang azab kubur dan lain-lain lagi seperti yang telah disebut oleh hadits-hadits Nabawiyah yang sahih.
Syarat yang ketiga hendaklah dia sentiasa berhati-hati dan berusaha menjauhkan dirinya dari melakukan perkara-perkara yang dianggap dosa besar dan sentiasa menyesal apabila melakukan dosa-dosa kecil.
Syarat yang keempat hendaklah dia berhati-hati dalam mengamalkan rukun-rukun Islam. Dia hendaklah melakukan segala amalan ibadat ini dengan betul seperti yang diperintahkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan memelihara
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
segala Sunnahnya serta menjaga segala peraturan dan adab yang berhubung dengan amalan ibadat.
Syarat kelima hendaklah dia memerhati dan memperbetulkan perkara-perkara yang berhubung dengan kehidupan seharian seperti makan, minum, pakaian,
percakapan, rakan, saudara mara dan keluarga.
Memperbetulkan urusan rumahtangga dan kekeluargaan, urusan mu’asyarat dan mu’amalat seperti jual beli, hutang piutang dan sebagainya menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Syarat keenam hendaklah sentiasa mengamalkan zikir-zikir Masnun pada waktu pagi dan petang, menjaga akhlak, membaca Al-Quran, mengingati Akhirat, menghadiri majlis ilmu dan zikir dan banyak beribadat. Syarat yang ketujuh ialah menyempurnakan kesemua syarat-syarat tadi dan menumpukan perhatiannya kepada usaha batin iaitu menuju Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Nasai Rahimahumullah bahawa,
Hadhrat ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’i Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata, “Kami berada bersama Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seramai sembilan orang atau lapan orang atau tujuh orang. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Apakah kamu semua tidak berbai’ah dengan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Maka kami pun menghulurkan tangan-tangan kami dan berkata, “Atas perkara apakah kami hendak berbai’ah denganmu, Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Atas perkara bahawa kamu hendaklah beribadat kepada Allah dan jangan mensyirikkan sesuatu juapun denganNya, dan bersolat lima waktu dan mendengar dan taat.”
Hadhrat Maulana Shah Ashraf ‘Ali At-Thanwi Rahmatullah ‘alaih menyatakan bahawa Para Sufi yang mulia mengamalkan Bai’at yang mana ianya dapat menghasilkan keazaman kuat untuk menyempurnakan hukum Syari’at yakni bersikap Istiqamah dalam amalan Zahir dan Batin serta berjanji untuk melaksanakannya. Bai’at ini dikenali sebagai Bai’at Tariqat.
Sebahagian ‘Ulama Zahir mengatakan bahawa amalan Bai’at ini adalah Bida’ah dan bukannya amalan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Menurut mereka, Bai’at hanya untuk orang Kafir yang baru memeluk Agama Islam dan untuk orang Islam ketika hendak berjihad. Walaubagaimanapun, dari Hadits yang dinyatakan di atas dapat kita fahami bahawa Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum yang berbai’ah itu bukanlah berbai’at untuk memeluk Agama Islam kerana mereka sudahpun beragama Islam. Dari kandungan Bai’at yang disabdakan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu maka terzahirlah bahawa Bai’at yang dilakukan itu bukanlah untuk maksud Jihad, bahkan menerusi lafaznya dapat kita ketahui bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menegaskan tentang keazaman menyempurnakan amalan. Maka, Bai’at merupakan Sunnah dan ianya tidak dapat dinafikan. Sesungguhnya kepentingan Bai’at Tariqat bukanlah kepada masyarakat umum tetapi sebaliknya bagi mereka yang terdapat penyakit-penyakit
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
yang tersembunyi di dalam hati. Tanpa nasihat dan panduan dari seseorang Syeikh yang Haq lagi ‘Arif, seseorang itu tidak akan dapat memahami tentang penyakit Ruhaninya. Jikalau seseorang itu mengetahui penyakit Ruhaninya
sekalipun, dia tetap tidak tahu apakah cara
penyembuhannya dan jika dia tahu sekalipun, dia akan menghadapi kesukaran untuk mengubatinya kerana halangan-halangan dari Nafsnya, kerana itulah bimbingan seorang Murshid Kamil amat diperlukan.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
MURSHID
MURSHID pada pengertian bahasa bererti seseorang yang
menunjukkan jalan. Menurut istilah Tasawwuf dan Tariqat, Murshid adalah pembimbing jalan Keruhanian. Murshid juga di sebut sebagai Syeikh di Tanah ‘Arab dan di rantau Nusantara. Namun di negara Asia Tengah seperti di Khurasan, Bukhara, Turki dan Tanah Hindi, Murshid juga disebut sebagai Pir. Ada juga yang menyebutnya sebagai Khalifah dan ada juga yang menyebutnya sebagai Khwajah yang bermaksud Tuan Guru.
Bagaimanakah yang dikatakan seorang Murshid itu? Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Murshid ialah seorang yang menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Zahir dan Batin. Seseorang Murshid juga adalah seorang yang meninggalkan perkara-perkara yang bida’ah dan sesat. Bida’ah adalah amalan yang bukan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang Bida’ah adalah sesat. Perkara yang sesat apabila diamalkan akan membawa seseorang itu ke Neraka Jahannam; Na’uzu Billah.
Murshid hendaklah memiliki ‘Aqidah yang benar dan sahih sepertimana ‘Aqidah Salafus Salihin dan yang dipegang oleh sekelian Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu ‘Aqidah adalah berpandukan Al-Quran dan Al-Hadits sepertimana yang telah disusun oleh Imam Maturidi Rahmatullah ‘alaih dan Imam Abu Hassan Asy-Sya’ari Rahmatullah ‘alaih. Seseorang Murshid seharusnya memiliki ‘Aqidah yang kuat dan kukuh sepertimana Hadhrat Syeikh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih dan sekelian Para Masyaikh Akabirin, kerana mereka menuruti ‘Aqidah Para Sahabat yang telah beri’tiqad dengan ‘Aqidah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Dia juga perlu mengetahui Ilmu Fiqah dan memahami masaalah Fiqah yang penting-penting. Ilmu Fiqah hendaklah berdasarkan apa yang telah diijtihadkan oleh Para Imam Mujtahidin dalam bidang Syari’at. Hasil Ijtihad mereka menimbulkan Mazhab. Terdapat empat Mazhab yang diiktiraf oleh sekelian ‘Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hambali. Murshid hendaklah berpegang kepada salah satu dari Mazhab Syari’at tersebut dalam perlaksanaan hukum-hukum Fiqah.
Dia hendaklah sentiasa melakukan mutala’ah kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab Tafsir Al-Quran. Di samping itu dia juga hendaklah membaca kitab-kitab Para Sufi yang mulia yang berkaitan dengan pembinaan akhlak dan tatakrama yang baik. Contohnya seperti kitab Ihya ‘Ulumuddin, Minhajul ‘Abidin dan Kimia Sa’adat karangan Imam Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaih. Dia juga hendaklah selalu membaca kitab-kitab tentang hal ehwal pengalaman keruhanian Para Masyaikh dan kata-kata Malfuzat mereka.
Murshid hendaklah menghindarkan diri dari
hubungan dan takluk yang kuat dengan orang-orang ahli dunia. Murshid hendaklah memanafaatkan masanya yang terluang dengan melakukan amalan-amalan kebaikan. Selalu berkhalwat dan mengasingkan diri dari kesibukan manusia, selalu mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menjadikan adat tidak bergantung kepada sesama
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
makhluk. Murshid juga hendaklah selalu melakukan pembacaan Tilawah Al-Quran.
Jika beliau bukan seorang Hafiz Al-Quran, dan tidak mampu menghafalnya, bacalah sebahagian dari Al-Quran menurut kemampuannya. Dia juga hendaklah selalu memperbanyakkan zikir demi menghasilkan keberkatan dan faedah Batiniah kepada Ruhani.
Selalu Taubat, Inabat, Zuhud, Wara’, Taqwa, Sabar, Syukur, Qana’ah, Tawakkal, Taslim dan Redha dengan ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana ianya merupakan Maqamat di dalam Tariqat serta hendaklah menahan hawa nafsu. Ciri-ciri Murshid yang sebegini, apabila dipandang akan mengingatkan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan hatinya bersih dan suci dari keinginan dan kehendak yang salah dan tidak baik.
Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Rahmatullah ‘alaih lagi, jika seorang itu Murshid silsilah Tariqat Chistiyah, bersahabat dan Faidhz darinya akan menimbulkan Zauk dan Shauq serta kecintaan yang tak terhingga terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan berhasil menghindar dan mengasingkan diri dari golongan ahli dunia. Jikalau Murshid itu dari silsilah Tariqat Qadiriyah, maka seseorang murid itu akan mencapai kebersihan hati dan mencapai takluk dengan Alam Arwah dan Malaikat. Kepada mereka terbuka sebahagian pengetahuan tentang perkara yang telah lepas dan akan datang.
Jikalau Murshid itu adalah dari silsilah Tariqat Naqshbandiyah, maka dengan bersahabat dengannya akan menghasilkan Kehadiran Zat yakni ingatan yang berterusan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, menghasilkan Jam’iyat yakni ketenangan dan ketenteraman hati, menghasilkan Yad Dasyat yakni ingatan yang bersungguh-sungguh, kehilangan diri yakni hilang pergantungan pada makhluk dan diri sendiri, terhasilnya Jazbah dan semangat untuk menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, terhasilnya warid-warid yang merupakan ilmu pengetahuan dan ilham yang baik dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan akan terhasil juga padanya Kasyaf.
Jikalau Murshid itu adalah dari silsilah Tariqat
Mujaddidiyah, maka akan terhasillah kepadanya
pengetahuan tentang Lataif Fauqaniyah yakni latifah-latifah yang berada di atas ‘Arash di Alam Amar dan menghasilkan nisbat Batin tentang kaifiyat bagaimana untuk melakukan
penyucian hati pada latifah-latifah tersebut dan
menampakkan padanya cahaya nur dan rahsia-rahsia yang terdapat di dalam Tariqat Mujaddidiyah ini.
Hadhrat Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani telah menyatakan antara tanda-tanda seseorang Murshid itu ialah kamu dapat memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya. Hati kamu akan memberikan isyarat dan hati tidak melakukan kesilapan. Jika seseorang itu duduk bersama seorang Murshid yang benar, dia akan berasa tenang, tenteram, kepuasan hati dan akan berasa gembira. Ini adalah tanda-tanda isyarat bagi hati. Dia akan melupakan segala masaalah dan kesusahan ketika hadir bersamanya dan merasakan dirinya seperti seekor ikan di dalam lautan.
Kenapa orang suka pergi ke pantai? Kerana apabila kaki mereka mencecah air, mereka akan memperolehi ketenteraman dan keriangan. Ruh juga mahukan lautan bagi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
dirinya. Di dalam kehidupan, kita memerlukan seorang yang seumpama lautan supaya hati kita dapat riang dan tenteram ketika berada di sampingnya. Murshid diibaratkan sebagai seorang doktor bagi Ruhani. Mereka menyelamatkan manusia dari sifat-sifat yang buruk dan melahirkan sifat-sifat yang baik dalam diri mereka. Doktor dalam bidang jasmani mungkin dapat berusaha menyelamatkan seseorang dari mati yang sementara namun segala sifat-sifat yang buruk dapat menyebabkan seseorang itu mati selama-lamanya. Doktor Ruhani akan membuang sifat-sifat yang buruk itu dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang baik dan membawanya kepada kehidupan yang kekal abadi.
Menurut Imam Al-Qusyairi Rahmatullah ‘alaihi di dalam kitabnya Ar-Risalah Al-Qusyairiyah,
“Kemudian wajiblah ke atas seseorang murid supaya dia dididik oleh Syeikh, kalau sekiranya dia tidak ada guru yang membimbingnya, selamanya dia tidak akan berjaya di dalam perjalanannya menuju Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”
Imam Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaihi pula
menyatakan di dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin seperti berikut,
“Maka demikianlah seorang murid itu memerlukan seorang Syeikh dan guru yang semestinya dia ikuti untuk dia mendapat panduan ke arah jalan yang betul. Sesungguhnya jalan agama itu cukup sukar sekali, sedangkan jalan-jalan Syaitan amat banyak pula. Oleh itu barangsiapa yang tidak ada Syeikh yang menunjuk arah kepadanya, maka Syaitan akan memandu ke arah jalannya.”
Imam Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaihi telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
ialah seseorang itu mestilah ‘Alim (terpelajar), tetapi bukanlah setiap orang ‘Alim boleh menjadi Syeikh Murshid malah dia mestilah pula mempunyai bakat ketokohan dari segi kepimpinan. Selain itu, Syeikh juga mestilah mempunyai banyak tanda yang patut atau mesti dimilikinya supaya sebarangan orang tidaklah boleh mengakui dirinya sebagai Syeikh Murshid dengan sewenang-wenangnya. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. Tercabut seluruh perasaan cintakan harta dan pangkat daripada lubuk hatinya.
2. Tokoh kepimpinan itu berkembang melalui bimbingan seorang pemimpin, di mana pemimpin itu telah
menerima pimpinan daripada pemimpin yang
sebelumnya. Begitulah seterusnya sehingga sampai pimpinan itu bermula daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
3. Hendaklah dia pernah mengalami sedikit sebanyak latihan-latihan seperti sedikit makan, sedikit bercakap dan sedikit tidur. Memperbanyakkan bersolat, banyak bersedekah dan banyak berpuasa.
4. Pernah menyedut cahaya Nur Kenabian Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
5. Terkenal mempunyai tingkah laku yang bagus dan akhlak yang terpuji seperti sabar, syukur, tawakkal kepada Allah Subahanahu Wa Ta’ala, mempunyai keyakinan yang teguh, memiliki ketenangan, bermurah hati, qana‘ah yakni memadai pemberian yang diperolehi, amanah, lambat marah, merendah diri, memiliki ma’rifah, bersifat benar, sopan santun, lemah lembut dan malu.
6. Bersih dari sebarang akhlak yang tercela seperti sombong dan takabbur, bakhil dan kedekut, hasad dengki, dendam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
kesumat, tamak haloba, panjang angan-angan, cinta dunia dan takut mati.
Syeikh Abu Ali Daqqaq Rahmatullah ‘alaihi telah menjelaskan tentang kepentingan seorang Syeikh dengan katanya,
“Apabila seseorang murid itu tidak ada guru yang akan membimbing perjalanannya nafas demi nafas yakni maqam demi maqam, maka dia akan menjadi hamba kepada nafsunya dan dia tidak mungkin berjaya melepaskan diri daripadanya.”
Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin
As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih, selepas darjat Nabi, tidak ada darjat yang lebih tinggi dari kedudukan seorang yang menjadi Naib Nabi, untuk menyeru manusia dengan jalan Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk menuju kepada Hadhrat Allah Subahanahu Wa Ta’ala. Menjadi Syeikh bererti menjadi seorang Khalifah, maka darjatnya adalah tinggi di sisi Allah Subahanahu Wa Ta’ala. Tugas Syeikh adalah untuk menyucikan hati murid dari segala kekaratan dan kekotoran supaya hatinya mendapat keindahan pancaran Nur Ketuhanan dan supaya ia kekal memandang kebesaran Allah dan mencintaiNya dengan hati yang ikhlas.
Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin
As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya ‘Awariful Ma‘arif, terdapat lima belas perkara yang perlu bagi seseorang Syeikh Tariqat Sufiyah dalam kedudukannya sebagai Murshid yang membimbing Murid, iaitu:
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
1. Menyucikan keputusan dan memperbetulkan niat yakni seseorang itu pertama sekali perlu bertanya kepada dirinya sendiri supaya keinginannya untuk menjadi Syeikh itu tidaklah untuk kepentingan dirinya sendiri atau keinginan untuk menjadi Syeikh yang mempunyai pengikut.
2. Mengetahui kemampuan murid dalam melakukan amalan. Syeikh perlulah tahu apakah amalan yang sesuai untuk diamalkan oleh setiap murid. Syeikh tidak boleh memberi sesuatu amalan yang di luar batas kemampuan murid untuk melaksanakannya. 3. Bersikap jujur terhadap harta muridnya iaitu
seseorang Syeikh tidak boleh menunjukkan rasa keinginannya terhadap sesuatu barang berharga yang menjadi milik muridnya melainkan jika muridnya sendiri yang ingin memberikan dengan ikhlas maka Syeikh boleh menerimanya.
4. Memberi sedekah kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan orang yang dalam kesusahan.
Sesungguhnya sedekah terdapat berbagai-bagai
kelebihan.
5. Amalan yang selari dengan perkataannya yang menyeru kepada kebaikan dengan jelas dan bukan dengan jalan yang kabur supaya tidak timbul keraguan dalam diri murid.
6. Bersifat belas kasihan kepada yang lemah. Apabila Syeikh melihat terdapat kelemahan dan kekurangan pada muridnya maka hendaklah dia memberikan bantuan bagi memenuhi keperluannya.
7. Hendaklah menyucikan perkataannya dari perkara-perkara yang menuruti hawa nafsu ketika berkata-kata dengan murid kerana perberkata-kataan seorang Syeikh akan memberikan kesan terhadap hati. Syeikh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
hendaklah mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja.
8. Membesarkan Allah dalam perkataan yakni apabila Syeikh hendak berkata-kata kepada muridnya maka hendaklah menghadapkan hatinya kepada Allah dan memohon petunjuk dariNya agar lidahnya dapat
menjadi jurucakap bagi Allah dan supaya
perkataannya itu nanti akan membuahkan manafaat kepada murid.
9. Menegur dengan hikmah apabila melihat sesuatu kesalahan dilakukan oleh murid. Syeikh hendaklah menegurnya secara bijaksana dan tidak menjatuhkan air mukanya. Menegur murid hendaklah secara berseorangan dan bukannya di dalam majlis.
10. Memelihara segala rahsia murid samada yang bersifat Tajalli di dalam diri ataupun yang berbentuk karamah. Kesemua rahsia murid hendaklah dipelihara dengan baik oleh Syeikh.
11. Memaafkan kesalahan murid hendaklah sentiasa menjadi kelaziman bagi Syeikh jika dia mendapati muridnya tidak menurut peraturan dan adab atau apabila murid tidak melaksanakan sesuatu tugas yang telah diberikan.
12. Jangan mengharapkan penghormatan yang terlalu tinggi dari murid meskipun itu merupakan hak baginya ke atas murid. Syeikh perlu memelihara dan
menjaga murid-muridnya namun tidak boleh
meletakkan pengharapan yang terlalu besar kepada
mereka, maka bagi seseorang Syeikh
mengkebelakangkan hak dirinya adalah yang terbaik. 13. Mendahulukan hak-hak murid mengatasi hak-hak
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
sakit. Syeikh tidak sepatutnya melambat-lambatkan dalam menunaikan hak-hak murid.
14. Membahagikan masanya untuk Khalwat dan Jalwat yakni Syeikh perlu ada masanya yang khusus untuk bersendirian dengan Allah dan perlu ada masa yang tertentu untuk bermasyarakat sesama manusia bagi urusan-urusan Duniawi dan Ukhrawi. Syeikh tidak sepatutnya meluangkan sepanjang masa bersama manusia. Kesempurnaan Ihsan bukanlah alasan bagi Syeikh untuk berkhalwat kerana Hadhrat Baginda Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dengan kesempurnaan Hal dan Ihsan dalam dirinya, Baginda tidak berada sepanjang hari bersama