• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAARIFATKU DIDALAM JALAN BBM

Dalam dokumen Buku Panduan Bbm 01 (Halaman 135-141)

AyahdiPakNgah

Merenung, menyerah menduduki dan mengikuti pada tempatnya adalah kaedahku bagi mendapatkan Rahsia Ilahiah atau Sir Allah.

AKU yang datang dari Tuhan kini menjadi DIRI kepada BADAN menerima Aliran Tuhan GERAK dan DAYA ia sertakan. AKU adalah Penyata bagi semua Af'alullah segala yang terjadi dibawah minda bawah sadarku itu adalah Kelakuan Af'alullah semata-mata, Bermula dari situlah aku mula bermakrifat pada Tuhanku. Aku mula memandang akan Nur Ilahi padaku ini.

Nah inilah pernemuanku pada jalan ini aku memandang dan merasai akan keadaan sebenar sampai aku merasa aku telah tiada walaupun aku ada kerana maujudnya aku itu adalah dari Juzuk Zat Yang Maha . Kuasa. Kudrat dan IrodhatNya lah yang berlaku padaku ini, bergerak dan berbuat semua itu adalah Kudrat dan KehendakNya jua.

Kini aku menduduki tempat itu kalau dulu aku diluar iaitu badan kini aku didalam iaitu Ketuhanan.

Dan kini aku menyatakan tiada lah yang berkuasa antara badan dan aku melainkan akulah yang berkuasa kerana AKU ini adalah kenyataan dari Yang Esa. Nur Muhammad itu adalah kenyataan ku dan Nurullah itu adalah Hakikatku. Kini aku faham bahawa tiadalah yang ada kecuali satu jua iaitu AKU.

Aku menduduki tempat dan memiliki kedudukan yang tiada cacat cela aku sempurna lagi menyempurnakan kerana KEDUDUKAN AKU itu.

AKU adalah Nur asal dari Nurullah. Itulah yangku nampak yangku lihat yangku tahu dari perjalanan GERAK yang ku dapat. Kini aku meletakkan semua gerak itu adalah gerak Allah semata-mata kerana disaat aku bergerak aku tidak jumpai dan tidak ada dalil untuk menyatakan itu perbuatan orang luar ( hamba ).

Diri yang berdiri adalah pancaranku dan pancaranku itu adalah Cahaya Kesempurnaanku. Untuk itu aku mulai kenal akan diriku kerana ia terpancar pada cermin makrifatku. Diriku yangku kenal itu merupakan Pancaran Nur dan ia adalah Sifat2 Kesempunaan bagiku.

Maka sebab itulah aku tahu bahawa ianya adalah diriku. Diri (keadaaan) lah yang menjadi dalil untuk aku menyatakan akan setiap kali aku menghubungi Tuhanku. Aku lah Ketuhanan memiliki kesempurnaan.

Kenyataan Tuhan itulah AKU,

AKU fana dalam keadaan baqo mengapa terjadi begitu nah!!!!!! kerana yang fana itu adalah aku jua dan yang baqo itu pun aku jua. Fana pada keadaan diriku kerana tanpa aku mana munkin terbitnya diriku, baqo pun aku kerana kenyataanku menyatakan dan akulah penyata baginya.

AKU yang ku faham adalah Ganti Nama bagi Sifatullah. Mana munkin Zatku yang azali akan zahir kerana Zatku tidak ada menyerupai sesuatu pun makanya akulah yang nyata itu aku mengatakan satu pada kesatuan dua pada keadaan tiga pada kezahiran empat pada kenyataan...Zat Sifat Asma dan Af'al semuanya itu satu sahaja...

Wujud yang satu itulah makrifatku tidak kiralah siapakah engkau namun yang membezakan kita ini adalah jasad itupun dalil mukholafatuhul lil hawadist pada pembetukkan kezahiran dan apabila ianya ada perbezaan maka diripun berbeza pada keadaannya. Akan tetapi datang dari tempat yang sama. Hakikat Nurullah dan Nur Muhammad jua adanya.

Perlu di ingatkan jasad ini terjadi dari hawa nafsu dan ia adalah berhadas. Maka diri yang suci itu menerima suatu tempat yang kurang baik apakala itu diri akan mengikuti keadaan yang terjadi itu. Maka itulah kita wajib membersihkan keadaan kita itu agar ia menjadi sempurna sesuai dengan keadaan asal iaitu Nurullah, Nurul Muhammad, Nurulllah itu aku jua = Martabat Zat, Nurul Muhammad = Martabat Sifat (keadaan). Apabila ia kembali seperti asal nya maka ia akan berkamil. Dalam ilmu gerak ini berkamil adalah gerak itu sendiri sifatnya kamil kerana tanpa perkamilan antara Nurullah dan Nurul Muhammad tidak akan terjadi gerak maka itulah hakikat makrifat didalam ilmu BBM yangku temui dan yangku duduki kini.

fana=hilang ujud kudratku didalam Ujudullah- dalam gerak baqo=nyata ujud asalku didalam Ujuidullah- dalam gerak

nyata=ada aku adalah ujudullah - zatku, sifatku, asmaku, af'alku-semasa bergerak aku hamba=badan.

Ini adalah permahamanku didalam pencarian, dan ku yakini ilmu gerak-terima kasih guru.Aku kini tiada apa2 lagi. Berserah pada hakikatku sendiri iaitu NURULLAH.

MENGADAKAN PENGAKUAN UNTUK MENDAPATKAN

PENGAKUAN. ..

Ayahdi PakNgah

Untuk mendapat pengakuan, hendaklah kita mengadakan pengakuan: • Siapa yang mengadakan pengakuan?

• Kepada siapa pengakuan diadakan? • Dari siapa pengakuan itu kita perdapat ?

Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan NIAT.

Setelah kita mendapat kepastian tentang diri kita, maka hendaklah kita mengadakan Pengakuan terhadap Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali, ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah,’ yang ertinya; ‘Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah; dan Muhammad Rasul Allah.’

Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, dan kita akui Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialahpengakuan dan pangkat atau martabat.’

Untuk mengadakan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarekat), dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan dia, diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya.

Kalau kita yang di luar yang mencari Tuhan, ke mana kita akan pergi mencari-Nya? Masukkah di akal, kita yang berupa dan bertampan dapat mencari dan menemui-Nya yang tidak berupa dan bertampan? Kita ketahui Dia ada di mana-mana, di Indonesia, diMalaysia, di Asia, di Afrika, di Eropah, di Amerika dan di Barat, di Timur, di Utara, di Selatan dan lain sebagainya.

Dia ada tapi tiada. Keadaannya di dalam tidak ada. Bagi orang yang mahu berfikir, dapat membenarkan dan mengakui akan keadaan-Nya dengan tanda-tanda yang telah ditemuinya, dan kitab-kitab banyak menyakinkan akan keadaan-Nya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui Yang Maha Ghaib? Tentu tidak, dan pasti tidak

Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan, dan dialah yang tahu jalan untuk ke Sana kerana ia berasal dari Sana, dan ke Sana pula tempatnya kembali. Lain halnya badan yang dijadikan dari yang telah dijadikan-Nya, iaitu dari tanah, barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal, keadannya dikembalikan ke asal iaitu ke tanah. Dan, adalah bagi kita setelah menemui diri sendiri,

Jalan untuk ke Sana telah terbuka. Mencari Yang Ghaib (Allah) hendaklah dengan yang ghaib (diri). Para ariffin (orang arif) dan budiman mengatakan, siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhan, dan siapa yang menemui dirinya akan menemui Tuhan dengan sendirinya.

Sekarang, kita telah menemui diri kita; sudahkah kita menemui Tuhan yang kita sembah? Bagaimana kita menemui-Nya dan dalam keadaan bagaimana kita menemui? Diri yang bagi kita ‘berdiri dengan sendirinya,’ kalau pintu telah terbuka, akan berjalan dengan sendirinya pula.

Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam. Yang hidup telah keluar daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup; telah tahu di diri, bahkan telah menemui diri, dan telah punya pegangan hidup. Rupanya pegangan selama ini salah, tidak benar kerana berpegang kepada yang mati. Yang mati yang dianggap hidup, sedangkan yang sebenarnya hidup dan tak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup sungguhpun diketahui dengan pasti bahawa dia ada bersama kita, bahkan terkandung dalam badan kita.

Itulah dia, diri. Itulah Aku, dan Akulah dia itu. Orang yang tak tahu di diri, tak berpendirian. Aku, yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku, iaitu si hidup lagi terang, jadi bukan si mati lagi gelap, sebelum berjalan keluar dari rumahku untuk tujuan tertentu, lebih dahulu memperbaiki keadaanku sendiri luar dan dalam.

Setelah itu Aku berjalan menemui-Nya, Tuhan-ku Yang Pengasih lagi Penyayang, untuk mengadakan sujud syukur terhadap-Nya dengan mengucap kata pengakuan yang berbunyi ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Waasyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.’ Dengan telah mengadakan pengakuan itu, jadilah Aku seorang Islam dengan erti yang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. Dan adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali ke pangkalan, iaitu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian.

Pokok hidup dari segala kehidupan, iaitu hidup yang kekal dan abadi. Dari Sana Aku datang, dan ke Sana pula Aku akan kembali. Dan semenjak aku menemui diriku sendiri, Aku telah terlahir kembali, dan penemuanku itu menjadi peganganku, dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari-hari.

Dengan membaca keteranganku di atas, mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayaiku? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku, malainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang aku rasai dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya, dengan mempelajari caranya aku menemuinya diriku, dan semoga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku ini.

Padanya banyak diperdapat petunjuk-petunjuk, dan dengan menurutkan jalannya diri itu, dengan sendirinya kita telah menjadi manusia baru. Kita telah menjadi manusia baru oleh kerana dia telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya,kerana pembawannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang ramai, yang termasuk golongan manusia lama yang tak tahu di diri yang sebenarnya. Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli di segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang-orang, dari alam sekelilingnya, kepadanya;

• Dia sanggup menundukkan masa kerana dia telah pandai menundukkan alamnya sendiri.

• Dia pandai membaikkan orang kerana dia telah pandai membaikkan badan diri sendiri. • Dia anti penjajahan kerana dia telah merasakan bagaimana sakitnya di jajah atau terjajah, kerana bukankah dia selama ini terkongkong dan terkurung dan telah banyak pengalaman dan penanggungan?

• Dia suci kerana berasal dari Yang Maha Suci. • Dia benar kerana berasal dari Yang Maha Benar.

• Dia lain dari yang lain kerana keistimewaannya terletak pada dirinya, bukan pada orangnya.

• Dia bukan Tuhan, kerana yang dikatakan Tuhan itu Maha Besar dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. “Roh-Ku,” Kata Tuhan waktu meniupkannya. Dan bukan pula nabi atau rasul kerana tidak ada nabi lagi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Terhadap Tuhan adalah dia seorang hamba yang tidak bererti kerana dia tidak

ada bersama-Nya. Akan tetapi terhadap orang lain, tak peduli siapa, dia akan membuktikan kebenarannya.

Itulah aku yang telah menjadi manusia baru. Aku telahmengadakan pengakuan dan seterusnya aku sentiasa mengadakan pengakuan terhadap-Nya, Tuhan yang aku sembah, dan sementara itu aku telah mendapat pengakuan pula melalui orang-orang yang mendatangiku.

Jadi, pengakuan aku perdapat bukan langsung dari Tuhan, melainkan melalui orang dan adalah itu petanda bagi orang yang tahu.Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat. Perjalananku mencari-Nya untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ilmuku yang berasal dari diri, yang keluarnya mendatangkan daya-gerak kepada anggota badanku yang jalannya menembus hujung jari-jariku yang dapat dirasakan; suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ada kepada yang tiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari tidak ada kembali kepada tiada, dari tiada kepada ada.

Di tempat yang tiada ada itu, tidak ada yang ada, tidak ada gerak, tidak ada angin, tidak ada ribut, tidak ada! Ya. Tidak ada apa-apa. Yang ada hanya… yang tak dapat aku mengatakan kerana di Saat itu aku dalam keadaan tidak ada pula. Pada waktu itulah, di tempat yang tidak ada itu, aku kembali jadi ada, menyampaikan niat dan maksudku, mengadakan pengakuan seperti yang kusebutkan di atas. Untuk sampai pada rasa perasaan tidak ada itu, hendaklah kita lakukan berulang-ulang, yang merupakan latihan sampai terlatih.

Di Sana, di Hadirat-Nya, di Tempat Tidak Ada, bertemulah yang mencari dengan Yang Dicari, yang dijadikan dengan Yang Menjadikan, seorang hamba dengan Khaliknya, aku dengan Tuhan-ku. Dan adalah aku dengan Dia, jauh tak berantara, dekat tak berbatas.

Gerak adalah kelakuan tuhan pada hamba jd gerak itu merupakan rahsia af'allullah pada hamba kita tk dapat nk tapsirkan namun kalau ada izin tuhan dapat jua kita mengerti akan pembawaan itu,keatas=kau naik...kebawah kau=kau masuk....kekanan=kau memberi.. kekiri=kau menerima.. berpusing pusing=proses..diam=menyatu

KEMESRAAN

Dalam dokumen Buku Panduan Bbm 01 (Halaman 135-141)