٣٥
(Al-Ahzab: 35)
Artinya orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak Allah telah menyediakan bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar.
Allah Taala menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang mengingati Allah, maka sesungguhnya kita tiada berhajat kepada sesuatu apapun lagi selain daripada zikrullah, hanyasanya yang perlu bagi kita ialah melawan hawa nafsu kita, kerana dengan jalan inilah kita akan memperolehi ilmu laduni dan dengan ilmu laduni inilah akan menumbuhkan keyakinan yang besar yang akan melepaskan kita daripada segala keraguan dan segala waham dan syak dan membawa kita sampai kepada hadrat Allah Azza Wajalla, maha suci Ia, tiada Tuhan melainkan Dia.
WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ‘ADZIM. Wallahu-a’lam. Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan
Dan laknat Allah atas orang-orang yang berdusta
PESANAN
Ayahdi PakNgahPesanan...didalam kita menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini maka hendaknya bertawadduk lah janganlah kita merasa bangga dengan apa yang kita perolehi dari hasil peramalan kita itu ini kerana dibimbangkan kepada bala dari Allah iaitu sifat takkabur yang akan mendatangi kita kelak.
Tidak kiralah dalam bidang apa pun kemahiran kita dapat dan berjaya kerana pada hakikatnya itu semua adalah kurnia tuhan pada kita. Sayang ianya kita perlu merendahkan diri sesama kita saling menghormati dan memahami akan kebolehan orang lain,
Tidak usahlah kita banggakan akan kebolehan kita kerana diatas langit masih ada langit lagi. Ingat2lah apa yang kita dapat dari hasil peramalan kita itu terkadang ia merupakan ujian bagi kita dan Allah ingin mencoba kita setahap mana kedudukan kita ini. Didalam ilmu ini yang lebih utama adalah mengenal dan melepaskan ikatan2 keduniaan yang sering berlegar dikeliling kita,
Saya tidak mahu ada diantara kita bermegah dengan apa yang kita ada kerana itu semua dari Tuhan jua bukan dari dan pada hakikatnya bukan terhasil dari daya usahamu akan tetapi itu semua atas Qudrat dan Irodhat Tuhan jua. Oleh itu berhati-hatilah jangan sampai kita terpedaya denagn apa yang kita ada ini. Iingat2lah Tuhan tidak menyukai orang2 yang suka bermegah-megah.
Syirik Khofi ( halus ) terkadang kita tidak perasan akan keberadaan nya pada kita ini dan ianya berlaku secara kita tidak sedar. Suatu contoh kita bercerita akan kebolehan kita didalam bidang tertentu kepada orang lain yang kita anggap bodoh atau kurang kebolehannya. Perasaan apakah yang bermain didalam hati dan fikiran kita ini, hanya empunya dirilah yang tahu akan adanya hal2 itu. Tidakkah kita merasa malu kepada Tuhan menggunakan haknya tiba2 mengaku yang ada itu hak kita dan kita guna untuk sesuatu,,,,
Didalam hal ini perasaanlah paling penting dititik beratkan kerana ia suatu senjata bagi mengelakkan kita dari sifat riak dan takakkbur serta ajib. Buangkanlah rasa lobamu terhadap duniamu itu kemudian kau lenyapkan pula pengharapanmu terhadap makhluk ini.
Sabar dan tekun didalam peramalanmu itu akan membuahkan lautan inayah dan hidayah dari yang Esa. Tumpukan dengan sepenuh hatimu kepada tujuanmu, jangan kau lalai untuk mendapatkan kebersihan dan kekusyukan nurani. Maka kau perlu menjaga anggota yang 7 dan lagi kau perlu memenjarakan setiap musuh hatimu agar ia tidak mendatangkan beban dan kemusnahan padamu.
Kegoyangan hatimu pada ittiqodmu itulah penyebab utama bagi setiap kegagalanmu. Walaupun kita telah menemuinya itu bukan bermakna kita akan dapat sesuatu dariNya kerana untuk mendapatkan sesuatu dariNya kita perlu mengikatkan tali kemesraan dan kasih serta sayang puji memuji antara keduanya, barulah kita dapat menilai betapa agongnya dan tingginya nilai dara kemesraan itu.
Kenal itu suatu hal yang biasa akan tetapi kermesraan lain pula caranya ini kerana ia memerlukan ketabahan jiwa kekuatan hati dalam mengikat dan mempereratkan tali muhibbah itu. Pujian yang ikhlas dari seorang kekasih kepada yang dikasihi itulah yang akan membuahkan lautan muhibbah kepada sesiapa yang memujinya, dikala kita menemuinya didalam ibadat kita itu
Janganlah hendaknya kita berlaku curang tetapkanlah pengharapan dan tataplah wajah nya yang penuh kesempurnaan dan kebesaran dan tenunglah sedalam-dalamnya pasti ia akan mendatangkan kemesraan kpd mu. Lantaran dari itu kau akan dapat ciuman kasih dan huluran nikmat dari tangan RahmatNya. Larilah olehmu dari sifat munafik didalam amal ibadahmu kerana ia akan mengundang kemurkaanNya, dustamu, riakmu, ajibmu, sombongmu dll
Itu semua imbalan dan bonus untuk menempah tiket neraka Allah, makrifat muhibbah tuhan itulah jalan yang ku dapat dari ilmuNya perantaraan Bapak Bagindho Muchtar. Aku lakukan pengakuan demi mendapatkan pengakuan kasih sayang jaminan penyaksian pangkat serta darjat dari tuhanku.
Oleh itu bergeraklah terus
menerus jangan kita tinggalkan,
kerana kasih dan sayanglah kita bergerak dengan Hakikat Ilahiah maka gerak yang terjadi dari penyerahan yang total dan niat yang murni akan menghasilkan rasa dan perasaan kasih dan sayangnya.Luangkanlah masa bersamaNya itulah lebih baik, jangan kita gunakan ilmu ini sekadar menyedapkan hawa nafsu keduniaan sahaja kerana itu bukan suatu hal yang utama, bahkan ia lebih kepada penderitaan hati yang sukar diubati,
Kalau kita tahu akan rahsia muhibbah tuhan maka kita tidak akan pernah rasa gusar dan bimbang akan hal2 keduniaan ini kerana hal2 keduniaan ini telah dijamin olehNya sejak dari awal2 lagi. Maka carilah dan pohonlah atas bimbingan dari tuhan atas hal2 yang ia perintahkan iaitu hal kehidupan dialam baqo. Kalau Ia dah kasih dan kita dah sayang apa yang nak kita risaukan. Kalau sikekasih tidak mempercayai kekasihnya kan susah namanya.
Gerak Muhibbatullah adalah gerak kasih dari Allah siapa yang mendapatkan ini berbahagialah ia dan tanda2 orang itu mendapatkan nya adalah bila ia mula bergerak maka hati dan perasaan nya sayu sedih sehingga air mata gugur tanpa di pinta dan inilah tanda2 kasih Allah kpdmu dan kasih AKU kepadaMU.
EMPAT BISIKAN MURNI TINGKAT IMAN DAN TAKWA.
Ayahdi PakNgahManusia suka mendengar suara hati orang lain, rahsia dan kisah hidup mereka. Namun, pernahkah seseorang cuba mendengar bisikan hatinya sendiri?
Bisikan yang bergema dalam hati sebenarnya berkisar mengenai urusan dunia dan akhirat, yang mana lebih sering kedengaran bergantung kepada pilihan sendiri. Kadangkala suara mengenai kenikmatan dunia dan kesulitan menguasainya lebih kuat bergema berbanding bisikan impian indah akhirat atau ancaman azab.
Nasib seseorang amat bergantung kepada kebijaksanaan dalam memilih dua bisikan. Bisikan syaitan atau malaikat, bisikan iman atau kufur, takwa atau maksiat. Setiap saat manusia diberi dua pilihan dan diperdengarkan dua bisikan yang silih berganti datang mempengaruhi amal perbuatannya. Sesungguhnya bisikan hati pangkal daripada kebaikan atau kejahatan.
Sesiapa yang mampu mengawal bisikan hatinya nescaya dia hanya mengeluarkan tekad, keyakinan dan cita-cita yang baik. Sebaliknya sesiapa yang dikawal oleh bisikan jahat hatinya, maka keluarlah niat jahat, dosa dan penuh maksiat.Rasulullah SAW bersabda membenarkan hakikat ini yang bermaksud: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat bertanya: Walaupun dirimu sendiri wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, sehingga saya sendiri pun tetapi Allah menolongku menghadapinya lalu dia menyerah diri dan tidak menyuruhku melainkan kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)
Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa syaitan mengalir bersama aliran darah anak Adam? Jika kita boleh terus beringat dan menegur diri sendiri bahawa ada bisikan yang mesti kita pilih serta jangan melupakan pengaruh malaikat dan jin dalam bisikan itu, nescaya kita berhati-hati melakukan suatu tindakan.Pergerakan tangan, kaki, mata, telinga dan hati yang memiliki lintasannya harus waspada, adakah berasal daripada bisikan jin atau malaikat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh.
Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan
kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban). Bagi memastikan bisikan berasal daripada malaikat seseorang dituntut menyibukkan hati dengan empat amalan.
Mendengar bisikan mengenai aib diri
Bisikan yang baik untuk hati manusia ialah suara yang menyatakan aibnya secara telus dan terang. Bisikan ini berasal daripada malaikat yang sentiasa mengingatkan banyaknya cacat cela manusia supaya mereka malu dan takut kepada Allah kemudian berusaha memperbaiki kelemahan diri.Mendengar bisikan banyaknya kewajipan dan sedikitnya masa.
Dalam keadaan lalai, manusia lupa betapa banyak tanggungjawab dan berat amanah yang mesti digalas. Sikap suka melengahkan amal pernah dialami seorang sahabat yang tertinggal dalam Perang Tabuk melawan Rom.Ka’ab Malik dan dua lagi sahabat Rasulullah SAW tertinggal daripada pasukan dipimpin Rasulullah SAW. Ka’ab menceritakan selepas Rasulullah SAW keluar dari Madinah, dia tertinggal dan setiap pagi dia memasang pelana kudanya dan berkata: “Aku akan menyusul mereka”, tetapi dia tidak melakukannya, dia berbuat begitu setiap hari sehingga akhirnya dia tidak dapat menyusul tentera Rasulullah SAW.
Hal itu adalah dalih apabila seseorang tidak bersegera melakukan amal salih, dia akan terhalang daripada melakukannya. Sebab itu Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (begitu pula) kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (al-Quran) pada permulaannya, dan kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatannya yang sangat.” (Surah al-An’am, ayat 110) Ka’ab dan dua sahabatnya dihukum dengan cara dipulaukan selama 40 hari. Sesiapa pun tidak boleh bercakap dengan mereka dan menyahut salam mereka. Ditambah hukuman itu 10 hari lagi dengan tidak boleh bercampur dengan isteri, sehingga hari ke-50 diterima taubat mereka dengan turunnya ayat 117-119 surah al-Taubah.
Hati yang suka mendengar bisikan dari langit, bertemankan malaikat yang menasihati kebaikan dan ketaatan adalah hati yang bersih dan layak dijatuhi pandangan rahmat-Nya.
Mendengar bisikan mengenai Allah
Manusia mesti mencari sesuatu dalam hidupnya, mencari kebahagiaan dengan harta, ilmu, jawatan tinggi dan mereka mampu mencapai impian dengan baik. Namun, apabila semua sudah diperoleh hati menjadi tidak tenang, takut jatuh dan hilang segala-gala yang dimiliki. Semakin kabur jalan menuju kebahagiaan hakiki. Rupa-rupanya harta dan
pangkat tidak mampu memberi kebahagiaan sebenar bahkan menjerumuskan ke jurang azab dunia yang lebih dalam. Akhirnya mereka menemukan jawapan terhadap permasalahan dihadapi.
Saat harta tidak mampu menyelamatkan diri daripada penyakit, maka mereka kembali kepada Allah yang Maha Menyembuh, ketika pangkat tidak boleh menutupi jenayah daripada undang-undang manusia, baru hati tergerak mencari pertolongan Allah Yang Maha Pengampun. Hanya Dia yang mampu menutup aib hamba-Nya. Saat genting melihat kelibat Malaikat Izrail baru mencari rahmat Allah.Ketenteraman hati hanya dapat dirasai dengan meletakkan diri, harta dan kedudukan sentiasa berdampingan bersama Allah. Jika diri mahu berasa kuat berdampinganlah dengan yang Maha Kuat, apabila mahu menjadi manusia yang tahan cabaran dan ujian, sentiasa cekal dan tidak habis tenaga memenangi perlawanan dengan syaitan serta hawa nafsu sendiri.Ambil kekuatan itu dengan berada di sisi Yang Maha Berkuasa ke atas seluruh makhluk.
Ketika kita semakin dekat dan mengenali sifat-Nya, nama-Nya yang agung dan perbuatan-Nya yang tidak cacat cela ke atas makhluk, kemudian hati pun tunduk dan mengagumi kesempurnaan-Nya, kita semakin hampir ke jalan bahagia yang sebenar.Bisikkan hati supaya mengenali Allah, sebelum anda dibisikkan oleh syaitan yang menakutkan mengenai kemiskinan, kerugian dan kejatuhan.
Sesungguhnya syaitan mempengaruhi manusia supaya mengikuti pandangannya dan mengambil langkah yang disyorkannya. Selepas mengenal sifat Allah, nama-Nya yang indah dan perbuatan-Nya terhadap makhluk yang tiada cacat cela, kita dituntut mendengar bisikan hati mengenai kurniaan Allah sepanjang hidup ini.Ketika kita kerugian harta puluhan ribu ringgit sehari, ada kala kita tidak ingat Allah memberi banyak lagi daripada yang diambil-Nya.
Ketika anak sakit seminggu adakah kita bersyukur kerana Allah memberi kesihatan kepadanya selama bertahun-tahun? Banyak lagi perkara ajaib dan hebat di sekitar kita yang menunjukkan kebesaran Allah. Tidak cukup masa kita untuk memikirkan mengenai Allah kerana ilmu-Nya tidak tercapai oleh akal manusia yang terbatas.
Mendengar bisikan al-Quran.
Lautan ilmu al-Quran dan hidayah yang menerangi jiwa belum lagi dihayati sepenuhnya, ramai yang menumpukan perhatian kepada tajwid dan alunan suara indah ketika membaca al-Quran tetapi sayangnya tidak diseimbangkan dengan kajian tafsir seterusnya mengamalkan ayat yang menjadi inspirasi dalam hidup mereka.
Al-Quran menjadi bahan bacaan yang menghibur di luar dinding hati, namun tidak sampai menyentuh ke dasar hati mereka apatah lagi mempengaruhi pemikiran dan perasaan. Semua itu menjadi mustahil kerana kesilapan mengabaikan kajian tafsir.Apabila hati disibukkan dengan mendengar bisikan al-Quran nescaya yang menemani kita adalah malaikat yang suci. Sejauh manakah kedudukan al-Quran dalam kehidupan seharian?
Adakah kita memberi perhatian istimewa kepadanya seperti masa untuk berhibur dan bersantai? Mengapa banyak masa dihamburkan untuk hiburan dan meluangkan hanya sedikit untuk al-Quran? Cukuplah seseorang kehilangan bisikan dan ilham Allah jika ia cuai terhadap kalam-Nya.Perkara yang mesti diingat ketika mengkaji al-Quran iaitu sesungguhnya kita sedang menikmati bisikan Allah yang harus diperhatikan dengan tumpuan sempurna supaya tidak lenyap dan senyap suara hidayah-Nya daripada hati kita.Apabila hati sibuk mendengarkan ayat Allah apakah mungkin dia berpaling mencari ayat syaitan? Semua bergantung pada kekuatan iman. Minta pertolongan Allah supaya hati kita dijauhi daripada gangguan jin dan syaitan serta kejahatan hawa nafsu diri sendiri.
MELIPUTI
Ayahdi PakNgah
Engkau yang wujud tiada batasan meliputi alam luar maupun dalam bersatu pun bukan berpisah pun tidak namun ianya meliputi segenap ruangan. Ianya yang mengaliri dan mendatangkan sesuatu yang merupakan anugerah yang Maha Agung dan dialah yang terpuji yang wajib dipuji.
Keadaan nya yang tiada sempadan melepasi alam kewarasan permikiran insan. Sirr atau rahsianya itu amat-amat bernilai walau dimana dan kemana kita pergi pasti ia dapat di aplotasikan dengan keadaan dan masa serta ketika. Dia telah memilih insan untuk menanggung rahsia itu ini bermakna insan itu suatu penciptaan yang mulia jua sehingga di beri tanggungjawab untuk memikul beban yang sebesar ini,
Akan tetapi dia tidaklah membiarkan kita ini bergerak sendiri melainkan disertakan dengan pimpinan nya jua. Namun kita tidak dapat menafikan ada diantara kita yang bergerak sendiri tanpa pimpinanNya dan ada juga yang menolak untuk di pimpin. Walau bagaimanapun biarkanlah.
Berbalik pada hal2 yang bersangkutan dengan ilmu pengetahuan kita ini , marilah sama-sama kita mempertingkatkan amal dan mengkaji selidik, menghayati dan mendalami lagi ilmu pengetahuan kita ini. Kita yang berada didalam aliran ilmu metalfizik perlu serba tahu dan
kita perlu merealisasikan apa yang berada
dibalik kenyataan supaya menjadi nyata.
Tumpukanlah pada perjalanan gerak kerana didalam hakikat gerak itu sendiri ada banyak rahsia yang tersembunyi yang kita tidak tahu,
Tuhan yang sentiasa memandang kita dan ia sentiasa membimbing kita kejalan nya adalah induk dari segala induk kerana darinya lah segala sesuatu itu zahir dan tecipta dan dialah yang maha mencipta sesuatu,
Kita yang hadir dengan izinnya kealam dunia perlulah mentaatinya dan menyatakan pengakuan untuk mendapatkan pengakuan, paling kurangnya 3x diucap berulang-ulang, inilah pengakuan yang ku adakan bagi mengadakan dan menzahirkan kebesaran tuhan padaku, dia yang wajib ada sebelum ada-ada ini dulunya tiada ternyata kerana tiadalah penyataan yang dinytakannya.
Maka kini AKU yang datang dari nya telah ada ini sebagai penyataan sifat kewujudan nya dia yang Maha Kuasa melakukan sesuatu mengikut KehendakNya itulah Kebesaran Tuhan yang tak siapa dapat menafikannya. AKU dan DIA dekat tak bersentuh ini hanya mampuku katakan aku bersamanya, nyataku ini menyakan ia nyata ia adalah aku ini akan tetapi tidak berpisah dan tidak sekutu.
Nah!!!!!!!!! inilah suatu hal yang rahsia yang terahsia didalam rahsiaku. Oleh itu renung-renungkanlah akan hal ini.