• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku Panduan Bbm 01

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buku Panduan Bbm 01"

Copied!
208
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PANDUAN

MENGAMALKAN TAFAKUR GERAK

BAPAK BAGINDO MUCHTAR PhD

BUKU SATU

Karangan

AYAHDI PAKNGAH ROSMAIDI

GERAK ABADI SEJATI – PERJALANAN CAHAYA ILAHI

Wakaf Baru, Kelantan.

Disusun oleh :

OMAR ABDULLAH

(2)

KATA KATA ALUAN PENYUSUN

Saudara pembaca anak anak Bapak Bagindo Muchtar yang dihormati,

Syukur saya dengan Kudrat & Iradat Ilahi dapat menyusun RISALAH yang dinamakan sebagai PANDUAN MENGAMALKAN TAFAKUR GERAK DR BAGINDO MUCHTAR ini.

Kesemua isi kandungannya melainkan doa perjalanan dan lain lain amalan dipetik dari beberapa laman blok antaranya Laman Diskusi Facebook BBM Study Group , Laman BBM + Tasauf dan Laman Gerak Abadi Sejati Perjalanan Cahaya Nur Ilahi. ( GAS ) INTIPATI buku ini merupakan tulisan Tok Guru Ayahdi Pakngah..yang terbukti sangat ikhlas dan rajin memberi panduan dan tunjuk-ajar kepada pengamal pengamal ILMU BBM khasnya anak anak murid beliau.

Saya hanya mengumpul dan menyusun rencana rencana tersebut untuk dapat dijadikan PANDUAN oleh saudara semua..tetapi masih juga terdapat ejaan dan paragraphnya, yang masih belum sempurna, maafkan saya.

Keberangkalian rencana yang sama diulang-ulang adalah sangat tinggi dikeranakan saya menyimpan rencana yang saya “download” dari ketiga laman yang disebutkan dan keberangkalian Ayahdi Pakngah..membuat posting rencana yang sama di-laman laman yang berbeza.

Apapun ..jika ada waktu..saya akan perbetulkan pelbagai kelemahan yang disebutkan diatas. Yang penting saudara semua sudah memilikki PANDUAN untuk mengamalkan Ilmu ini, dan sama sama-lah kita berdoa agar kita kesemuanya dapat sampai kematlamat kita semua yakni MENGENAL DIRI & MENGENAL ALLAH.

Maafkan saya atas serba kekurangan ini dan kita amat berterimakasih kepada Ayahdi PakNgah atas usaha kegigihan dan keikhlasan beliau yang tidak terhitung nilainya. Syukur kita Kepada Allah SWT.

OMAR bin ABDULLAH

(3)

ISI KANDUNGAN – BUKU 01

Bab Tajuk Dari Hga

01 TAJUK BUKU 01

-02 Kata Kata Aluan Penyusun Buku 02 -03 ISI KANDUNGAN BUKU PANDUAN - SATU 03 05 04 Pentingnya TAFAKUR – Hadith Baginda Rasul 06 -05 Ini Buku AKU….dan AKU…dan AKU 07

-06 PANDUAN KANDUNGAN RISALAH 08

-07 Keterangan Gambar 09

-08 Mukasurat Pemisah 10

-09 Urutan Amal – Tertib Mengamalkan Ilmu BBM 11 -10 DOA Pembukaan Amal – Ayahdi PakNgah 12 -11 Persediaan Untuk Beramal – Ayahdi PakNgah 13 -12 DOA Perjalanan Ayahdi PakNgah 14 -13 DOA Perjalanan Mahaguru Wak Man 15 -14 DOA Pengisian Pancaran NURILAHI 16 -15 Cara Mengamalkan KUNCI WASIAT - PN 17 -16 Cara Mengamalkan Zikir Semidi Nafas - PN 18

-17 DOA Menyimpan Amal - PN 19

-18 Mandi Taubat & Solat Taubat 20

-19 Pelbagai Doa Doa 21

-20 Bab Penyucian 22 23

21 Solat Hakiki 24 29

22 Motto GERAK ABADI SEJATI 31

-23 Peranan Zikir Didalam GERAK 32

-24 Dudukkan Di Tempatnya 33

-25 Kisah Hamba & Raja 34

-26 Ubati 35

-27 Gerak dan Rahsia Dayaguna-nya 36

-28 Penyerahan Total 37 38

(4)

ISI KANDUNGAN BUKU 01 ..sambungan

Bab Tajuk Dari Hga

30 Rahsia & Fadhilat Zikir 43 45 31 Pesanan Pesanan Dari Tok Ayah 46 48

32 4 Bisikan 49 51

33 Meliputi 52 53

34 Doa Nurun Nubuwwah 54

-35 Ke-Esaan Nur Muhammad 55 56

36 Rahsia Cahaya 57 76

37 Syair Perahu Hamzah Fansuri 77 81

38 Dari Titik Ke Titik 82 83

39 Buih & Ombak 84 85

40 Ke-Ego-An-Mu 86

-41 Muhibbah 87 88

42 Kunci Ibadah 89 90

43 Ketenangan Minda vs Kekosongan Minda 91

-44 Pohon Cinta 92 93

45 Mengenal Tuhan 94 97

46 Jalan Pulang 98 99

47 Manusia Baru 100 105

48 Mertabat Tujuh 106

-49 Pancaran Memecahkan Kegelapan Malam 107

50 Pergerakan 108 109

51 DiriKU 110 114

52 Mencari Bahagia 115 123

53 Syuhudul Haq Fil Haq 124

-54 Renungan Akal 125 126

55 Hawa Nafsu 127 13

56 Khayalan Kerana Nafsu 131

-57 Hijab 132

(5)

-ISI KANDUNGAN BUKU 01..sambungan

Bab Tajuk Dari Hga

59 Makrifatku Didalam jalan BBM 134 135 60 Megadakan Pengakuan Untuk Dapat

Pengakuan 136 139

61 Kemesraan 140

62 Misteri Keajaiban Alam – 7 Perkara Ganjil 141 142

63 Gerak 143 144

64 Pemusatan Daya Fikir 145

-65 Hakikat Tuhan Menyatakan Sesuatu 146

-66 Perumpamaan Cinta 147

-67 Melahirkan Insan Mulia 148 149

68 Fana’ & Binasa 150

-69 Rintihan Hati 151

-70 Cari Jalannya / AKU dan DIRI-KU 152 153

71 Memahami AKU 154 156

72 Tabir Kasyaf 157

-73 Amalan Bangun Tidur 158

-74 Jangan Pandang Wujudmu 159

-75 Memecahkan Kegelapan Hati 161

76 Proses Pengisian / Jangan Gerak Tanpa Isi 162 163 77 Sifat Ketuhanan & Kehambaan 164

-78 Hakikat Allah & AKU 165

-79 AKU Dlm Gerak & Diam 166

-80 Menyatu Dalam GERAK 167

-76 Taqarrub 168

-77 GERAK = Qudratullah 169 170

(6)

HADITH BAGINDA RASULLULLAH

Maksudnya

:-Tafakur SESAAT itu lebih baik dari IBADAH

satu tahun,

(7)

INI BUKU

AKU

ILMU

AKU

DARI

AKU

UNTUK

AKU

BAGI

AKU

KERANA

AKU

HAQ

AKU

(8)

PANDUAN KANDUNGAN RISALAH

Oleh : Omar Abdullah

1. GAMBAR GAMBAR

2. KATA PENGANTAR PENYUSUN

3. PENGENALAN MENGENAI ILMU BAPAK DR BAGINDO

MUCHTAR

4. PERBINCANGAN MENGENAI ILMU BAPAK DR BAGINDO

MUCHTAR

5. INTIPATI BUKU PANDUAN & TUNJUK-AJAR DARI TOK

GURU AYAHDI PAK NGAH

(9)

KETERANGAN GAMBAR

Oleh : Omar Abdullah

1

MUKA DEPAN – STICKER PERTUBUHAN GERAK

ABADI SEJATI PERJALANAN CAHAYA ILAHI

KELANTAN

2

ILLUSTRASI - GERAK TAFAKUR

3

PENYUSUN RISALAH- OMAR ABDULLAH

4

MAHAGURU BAPAK DR BAGINDO MUCHTAR

5

GURU UTAMA WAK MAN

6

GURUKU AYAHDI PAKNGAH ROSMAIDI

7

LAIN LAIN GURU GURU BBM-KU –

Duduk

– Mas

Tono , Ibu Suriati ( anak BBM ) Norazman

Berdiri

– Md Noh Satibi, Pak Djohan Gozali &

Imam Supangat.

(10)

DOA

PERJALANAN GERAK

GURU-GURUKU

(11)

URUTAN AMALAN ( tertib )

Mengikut Ayahdi PakNgah

1-Pembukaan Amalan...

2-Perjalanan GERAK..

3-Pengisian NURILAHI...

4-Kunci Wasiat..

5-Tafakur Nafas

6-Tafakur Nafas 3 – Segi

7-Simpan Amal

(12)

Ayah Di Pakngah

PERJALANAN SIROTHOL MUSTAQIM

(HAKIKAT GERAK KALIMAH TAUHID)

PEMBUKAAN AMALAN

Auzubillahi minassyaitonir rojim

Bismillahi rahmani rahim

Ashadu an la ilaha illallah ۝ wa ashadu anna

muhammadur rosulullah

La haula wala quwwata illa billahi aliyul adzim

Astaqfirullahal adzim………3x

Selawat……..3x

1) ila hadratin nabi muhammadin Mustafa rosulillahi s.a.w

saiun lillahi lahu………al-fatihah

2) ya Allah hamba hadiahkan al-fatihah ini

kepada….rasul-rasul,nabi-nabi Allah,keluarga dan sahabat-sahabat

Rasulullah,para wali-wali Allah,kedua ibu bapaku,kepada

arwah bapak bagindo muchtar dan guru-guru serta kepada

kaum muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat

dan juga kepada diriku sendiri…………..al-fatihah.

(13)

AMALAN PERJALANAN…

Ayahdi PakNgah

Tafakkur atau Gerak Bapak Bagindo Muchtar

Boleh dilakukan setiap masa tanpa apa apa syarat ..dalam keadaan

duduk selesa atau baring …

CARA PERSEDIAAN

Matikan segala gerak fizikal Mati segala gerakan otak = fikiran

Letakkan kedua tapaktangan diatas kepala lutut Tundukkan kepala dan pandang jantung

Boleh buka mata atau lelap mata

Fokuskan perhatian kepada keluar masuk nafas Ujudkan RASA TENANG ..kemudian

Baca …Istiqfar…….3x

Baca…Auzubillahi minash syaitonil rojim Baca….Bismilahi rahmani rahim

(14)

DOA PERJALANAN – AYAHDI PAKNGAH

BERDOALAH . seperti berikut

Ya Allah ya rabbi ya tuhanku makbulkanlah permohonanku ini,tidak aku yang berkuasa melainkan Allah, Allah yang maha mengetahui

segala-galanya,

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua orang tua hamba dan ampunilah juga dosa-dosa guru-guru hamba yang telah membimbing

hamba ke jalanMu ya Allah.

Ya Allah, hamba mohon penyelesaian atas badan diri hamba, bila ada yang salah mohon dibetulkan, bila ada yang sakit mohon Engkau

sembuhkan, bila ada yang sulit mohon dipermudahkan, bila ada yang keruh mohon dijernihkan, bila ada yang kusut mohon diselesaikan. Ya Allah, bila badan diri hamba masih ada yang kosong

mohon Engkau isikan, bila sudah terisi mohon dipenuhi, bila sudah penuh mohon disempurnakan.

Ya, Allah, ampunilah dosa-dosa hamba dan sucikanlah diri hamba zahir dan batin dan sempurnakanlah angggota-anggota tubuh hamba sebagaimana fungsinya dan sempurnakanlah pula ilmu pengetahuan yang telah Engkau berikan pada hamba…….ditambah

doa-doa pribadi )

JADIKANLAH.(zikir allah2 dalam hati

(Penutup – Apabila mahu keluar dari Tafakur..)

Istiqfar……..3x Mengucap…….3x …Alhamdulillah……..3 Salam ke kanan dan ke kiri Al-fatihah……….1x

Latihan doa dan gerak dilakukan setiap hari minimal sekali sehari sebaiknya sehabis sholat. Usahakanlah sholat tepat waktu.

(15)

DOA PERJALANAN

WAK MAN

AMALAN PERJALANAN

Bismillah Mengucap 3 x

BACA DOA INI

Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku Makbulkanlah permintaanku Ya Allah

Ampunilah dosa dosaku zahir dan batin Ya Allah Bersihkanlah Ruhani, Jasmaniku serta Jasadku Tiada aku yang berkuasa – Allah Yang Berkuasa

Allah Maha Tahu segala-galanya

Ya Allah Tunjukkanlah PENGAKUAN DIRIKU yang sebenar-benarnya Ya Allah Tunjukkanlah SIAPA AKU SEBENARNYA

Ya Allah Tunjukkanlah PERJALANAN AKU yang sebenarnya yakni PERJALANAN SIRATUL MUSTAQIM

Ya Allah KEMBALIKAN aku ke PANGKAL JALAN.

Tiada aku yang berkuasa – Allah-lah Yang Maha Berkuasa

DOA PENUTUP / KEMBALI

Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku

MAKBULKAN-lah permintaanku Ya Allah KEMBALIKAN-lah aku SEPERTI BIASA

Tiada aku yang berkuasa – Allah –lah Yang Maha Berkuasa

CARA

Tutup 10 jari Istighafar 3 x Alhamdulillah 1 x Salam kekanan – Ya Allah Salam kekiri – Ya Muhammad

(16)

PENGISIAN PANCARAN NURILAHI

Ayahdi PakNgah

Bismillah

Mengucap

DOA

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Makbulkan permohonanku ini

ISIKAN-lah PANCARAN CAHAYA NURILAHI

melalui UBUN UBUNKU

kedua belah tapak tanganku

seluruh anggotaku

seluruh jasadku

ruhani dan jasmaniku

Tiada aku yang berkuasa

Allah-lah Yang Maha Berkuasa

BERZIKIR-lah

Allah – Allah - Allah

(17)

RAHSIA KUNCI WASIAT

Anak kunci Serbaguna - Cara Cara mengamalkannya

Ayahdi PakNgah

Ucapkan Password

Istighafar 3 X

A-uuzubillah minash syaitonil rojim

Bismillahi Rahmani Rahim

MENGUCAP 3 X

Mohon hajat kepada Allah

kemudian pegang kunci itu (Alif,Lam,Mim)

Tarik nafas sambil silang kedua tangan=kanan didalam dan kiri

diluar berbentuk lam jalallah,

sambil zikr allah 9x,

kemudian letak kunci didahi sambil ucapkan

kalimah syahadah 1 X,

dan turun kearah pusat kemudian telan air liur,

pastu buat kalimah lam jalallah dengan jari kanan dimulai di bahu

kanan sambil membaca bismillahi rahmani rahim dan allahu

akbar...

PENUTUP ..sama dengan amalan sebelumnya

UNTUK PAGAR DIRI CARANYA SAMA SEPERTI DIATAS.

kalau kita nak buat ubat guna air jadi guna tangan kanan yg ada kunci tu atau kedua dua tangan...pun boleh juga arahkan kepada air tu...

(18)

SEMIDI / ZIKIR NAFAS 3 SEGI

Ayahdi PakNgah

Baca Password

Sambil tangan diletakkan atas peha dengan keadaan

terbuka, dan pejamkan mata serta memandang dengan

mata hati kedalam diri sambil berzikir ikut aturan nafas

Iaitu…

Nafas masuk……….5 hitungan

Tahan nafas…………5 hitungan

Nafas keluar………..5 hitungan

Jika kita telah lama membawa hitungan ini maka

naikkanlah bilangan nya itu

10……..hitungan

15……..hitungan

20……..hitungan

*masuk dan keluar nafas melalui hidung

(19)

SIMPAN AMAL

Dari…Ayahdi PakNgah

Ya Allah Ya Tuhanku…

Simpanlah amal rahsiaku didalam

SIFAT MA’BUD ZAT TUHAN

,

simpan didalam

FUAD

, didalam

JANTUNG

didalam

INSAN

.

Insan

BERKAMIL INSAN

dengan

SIFAT 20..

Sifat yang terkandung didalam Kalimah ….

LA ILAHA ILLALLAH HU HAQ.

(20)

MANDI TAUBAT & SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT

BUAT JIKA SUKA…..PILIHAN je

Dari Ayahdi PakNgah

BAHAN BAHAN

1. Limau 7 jenis saperti – Limau Nipis, Limau Kasturi, Limau Madu, Limau Sunkist, Limau Purut, Limau Gedangsa , Limau Mata Kerbau ( lemon ) Limau Abong ( Bali )

2. Air Bersih / Paip – 20 liter

3. Baldi 20 Liter & Gayung Untuk Mandi CARA

:-Hiris limau nipis nipis…tarukkan dalam baldi dan isi air..biarkan semalaman Esoknya…mandi dulu seperti biasa dan ambil wudhuk

BACA DOA MANDI TAUBAT SEPERTI DIBAWAH

:-DOA MANDI TAUBAT

Aku mandi TAUBAT KERANA Allah. Aku mandi Air Taubat BAGI Allah , Aku

mandi Air Taubat HAQ Allah. Aku mandi Taubat DENGAn Air YG HIDUP yang

TIADA MATI. Suci tubuh suci badan suci ZAT suci SIFAT suci BENIH dengan

MAKRIFAT. Sucilah aku saperti NUR MUHAMMAD. Sucilah aku dari dunia

sampai akhirat.

Gunakan gayung dan mandilah dengan membasahkan seluruh

badan..sebelum itu pusingkan air limau itu arah lawan jam – anticlockwise Jangan LAP ( keringkan badan dengan tuala ) terus je dirikan SOLAT

(21)

DOA TIDUR

Doa tidur (setelah membaca pasword dan membaca Al Fatehah, Al Ikhlas, Al Falaq an-nas dan ayat Kursi ) :

Ya Allah semoga tidur hamba menjadi ibadah, detak jantung hamba menjadi ibadah dan keluar masuk nafas hamba menjadi ibadah, jadikanlah.

DOA KELUAR RUMAH

baca password :

“Ya Allah, selamatkan dan mudahkan perjalanan hamba sampai ketempat tujuan dan kembali kerumah lagi. Ya Allah mudahkanlah hamba mendapat rezeki hari ini, jadikanlah”.

Lalu biarkanlah kaki bergerak sendiri tanpa kemauan dan kehendak.

AMALAN SEMEDI NAFAS

Baca password

Sambil tangan diletakkan atas peha dengan keadaan terbuka,dan pejamkan mata serta memandang dengan mata hati kedalam diri sambil berzikir ikut aturan nafas

Iaitu…

Nafas masuk……..Allah Nafas keluar………Hu

(22)

Renungan:

Ilmu itu, harus diperoleh melalui laku (belajar) Dalam belajar niatnya harus kuat & mantap

Sabar tawakal untuk menghancurkan sifat angkara murka.

SOLAT YG SEMPURNA ADALAH DENGAN WUDHU’ SEMPURNA WUDHU’ SEMPURNA ADALAH DGN PENYUCIAN SEMPURNA

PENYUCIAN dari AYAHDI PAKNGAH

Penyucian ini amat penting dalam kehidupan kita dan amal ibadah kita . Sabda baginda Rasul :

Kebersihan itu separuh dari keimanan.

KAEDAH MASUK TANDAS

Sebelum masuk ketandas berdoalah spt berikut : Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khobaaist

Tuhanku aku mohon perlindungan dari syaitan jantan dan betina

Masuk tandas hendaklah dgn kaki kiri dan buang nafas melalui hidung dan mulut serentak kearah kanan kiri dan depan

DOA BASUH NAJIS KECIL

Nawaitu istinja’a minal bauli waro’ati lillahi taala Allahu inzil fi zakari la ilaha huwal haq

DOA BASUH NAJIS BESAR

Allahumma thohir qolbi minal nifa’I wa’ahsinu farji minal fawaahish

Zat yang menyucikan sifat, cuci Allah cuci rahsia cuci air yg menyucikan air minal hayaati akhbar, ruh saksikan didalam jantung tempatkan bersaksi

(23)

malaikat 13 yg menerima saksi Wahyu Allah..Muhammad yang menyucikan sifat anak cucu Adam, cuci sulbih asalan Adam

Tarik NAFAS dan tahan…serta masukkan pohon suci yakni JARI KELINGKING TANGAN KIRI dan tangan letakkan atas kepala .Cuma satu ruas shj kedalam lubang dubur Sambil membaca Aa Ii Uu cabut dan angkat tangan secara serentak sambil menghembuskan nafas yg ditahan tadi..

MENTALAKKAN NAJIS

Fasajjambihi 3 x

Hei najis aku talakkan engkau dengan talak 7. Aku talakkan engkau dari dunia sampai akhirat janganlah engkau mengikut aku dari engkau najis haram mutlak

DOA MANDI HADATH BESAR

Zat yang menyucikan Sifat, Muhammad yg mengeluarkan darah ..aku

talakkan didalam jantungku ghaib nyawaku didalam kalimah La Ilaha Illallah Muhammadurrasullullah

DOA JIMA’ LELAKI

Cuci nur cuci ALIF cuci sampai kebandaran.. cuci didunia sampai akhirat cuci tidak ketinggalan

Nawaitu Akbar Zakaraton Fardan Alayya Lillahi Taala

LAIN LAIN…

Tersangat elok jika and faham dan tahu mengamalkan SOLAT HAKIKI Tiada penjelasan didalam risalah ini. Belajarlah dengan berguru.

(24)

SOLAT HAKIKI dari AYAHDI PAK NGAH….

Sesungguhnya solat itu ada 4 jenis yaitu :-1 Solat Syariat

2 Solat Thorikat 3 Solat Hakikat 4 Solat Makrifat

Maka dsini saya gabungkan ke-empat empat solat itu agar menjadi lebih sempurna kerana ia berhubung kait antara satu dengan yang lain.

Firman Allah SWT

:-Inna solati kaanat ala mukminina kitabin mauquta

Sesungguhnya solat itu adalah WAJIB bagi orang orang yang beriman. Hadith Nabi

:-Assolatu imanu din

Sembahyang itu tiang agama

LAFAZ NIAT SOLAT HAKIKAT ZOHOR

Sengaja aku sembahyang ZOHOR 4 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala.

Ya Muhammad aku TAJALLI itu wajib adanya sebabnya AKU mengadakan 4 rakaat itu ialah

UJUD-ILMU –NUR – SUHUDAKU mengadap kepada Allah SWT

ASAR

Sengaja aku sembahyang fardhu asar 4 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad AKU tajalli wajibBERANASIRdengan 4 perkara yakniAPI-ANGIN-AIR – TANAH. Aku mengadap kepada AKU ada Allah Taala.

(25)

MAGHRIB

Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib 3 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad aku tajalli wajib AKU ghaib kehendak mengadakan 3 rakaat yakni ALLAH-MUHAMMAD – ADAM .aku mengadap kepada AKU ada Allah SWT

ISYA’

Sengaja aku sembahyang fardhu isya 4 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad aku tajalli wajibAKU INSAN itu AKU mengadakan 4 rakaat yakniWAZI- MAZI – MANI - MAKNIKAMAllah SWT

SUBUH

Sengaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad aku yang WUJUD tajalli itu wajib BERTUBUH yang mengadakan 2 rakaat yakni

ZAT - SI FAT aku mengadap kepada AKU ada dengan yaitu sebenar benarnyaAllah Taala.

KAEDAH MENGERJAKAN SOLAT

a. Bentangkan sejadah , kemudian naik atasnya dimulai dengan kaki kanan lalu azan dan iqamat

b. Berdiri betul ..tangan kanan dan kiri disilangkan ..kanan diatas..pejamkan mata ..pandang DIRI BATIN..apabila jelas ..ucapkan KALIMAH SYAHADAH 3 x dan bedoa seperti berikut

:-DOA…

Aku berdiri dengan HURUF ALIF, aku duduk dengan huruf BA ..diatas HAMPARAN RASULLULLAH . Aku mengadap ke BAITULLAH KIBLAT DADA….KIBLAT RUH ke BAITUL MAKMUR – ALLAH KHALIQUL ALAM. Ruhku yang MENYEMBAH ALLAH ZAT WAJIBUL WUJUD – WUJUDUL MUKHDO ( Maha Suci ) yang BERDIRI PADA SIFAT LAISA KAMISLIHI SYAIUN..

(26)

c. Melafazkan NIAT mengikut solat yang hendak didirikan itu

d. Luruskan kedua tangan dan TARIK NAFAS dari hujung kaki hingga sampai ubun ubun , kemudian lafazkan TAKBIR – Allah Hu Akbar.beserta angkat kedua tangan.

e. Semasa kita QIAM…tangan kanan atas tangan kiri lalu kit abaca Kalimah ini didalam hati. Kalimahnya spt berikut

:-Aa Uu Zubillah Minash Syaitanurrajim – Bismillah Hir Rahmanirrahim

Ya Muhammad RahsiaKU kepadamu. Ya Muhammad AKU yang mengadakan , AKU Zat Allah Taala menjadi DIRI.

f. Baca DOA IFTITAH, Fatihah dan seterusnya sampai akhir

g. Semasa membaca TAHIYYAT maka hendaklah kita ingat akan MAKSUD Kalam Allah itu seperti berikut

:-Attahiyya ….hga …assalamualaika ..wabarakatuh

AKU yang BERHAYAT sebenar-benarnya. AKU Yang Esa yang mengadakan engkau Muhammad. AKU Yang Memeberi RAHMAT engkau dan Yang Memberi Rahmat

Assalamua ALAI NA….

AKU yang sebenar-benarnya Tuhanmu Wa ala ibadillah….solihin

Dan yang ibadatullah itu yang amat baik itu AKU Ash hadu Ila ha illalallah

AKU Tuhan Yang ESA..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan AKU Wa..ash hadu….rasullullah

AKU bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah Allahuma….wa ala alihi Muhammad..

Ya tuhanku juga yang member ANUGERAH itu ..Yang member kepada hambanya dan sekalian umat

(27)

PERINGATAN

1 Semasa kita melangkah keatas sejadah dengan KAKI KANAN hendaklah dimulai bacaan BISMILLAH

2 Semasa mengatakan ALLAH HU AKBAR..maka niat dalam hati…AKULAH YANG MAHA BESAR

3 Semasa membaca FATIHAH maka hendaklah kita ingat akan SIFAT KITA dalam Fatihah.

4 Semasa RUKUK selepas baca subhana rabbial adzim…wabihamdihi 3 x ..maka baca pula ..AKU mempunyai KEBESARAN dan YANG AMAT MENGETAHUI

5 Semasa kita ITTIDAL selepas baca sami allahu liman hamidah 3 x ..lalu kit abaca pula ..AKUlah YANG AMAT MENDENGAR dan AKU-lah YANG MEMBERI SEGALA KURNIAAN 1 x didalam hati

6 Semasa kita SUJUD selepas membaca subhana rabbial a’ala wabihamdihi 3 x lalu kit abaca pula…AKU jua YANG DISEMBAH dan AKU jua YANG MENYAMBAH pada diriku sendiri 1x didalam hati.

7 Semasa DUDUK ANTARA 2 SUJUD slepas membaca rabbigh firgli warhamni wa jeburni warzukni wahdini wa’afni wa’fu anni 3x lalu kit abaca AKU-lah YANG MENGAMPUNKAN DOSA dan MENGURNIAKAN RAHMAT dan KESEJAHTERAAN kepadamu 1 x didalam hati.

TENTANG SOLAT

Sebelum kita memulakan solat terlebih dahulu kita fahami akan PERATURAN & PEGANGAN dalam solat itu kerana ia amat PENTING bagi kita. Tanpa pengertian ini, solat kita tidak akan diterima oleh Allah dan tidak diakui oleh Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi :

Sollu kama roai tumuni usolli

Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang Perkara perkara itu adalah

:-1 AHDAH

Kita hendaklah mengerti bahawa ZAT YANG QODIM itulah DIRI BAGI MUHAMMAD ( ruh ) kerana AHDAH itulah MERTABAT ZAT atau MUHAMMAD AWAL ( Ta’ain Awal )

(28)

2. WAHDAH

Sesungguhnya SEGALA PERBUATAN dan KEJADIAN itu DARI NUR MUHAMMAD…DIRI bagi ADAM ( Tubuh ) kerana ia adalah MERTABAT TA’AIN TSANI ..SIFAT bagi ZAT.

3. WAHDIAH

PENGAKUAN kita pada Allah kerana MENERIMA JASAD, hakikatnya ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua didalam sembahyang itu atau dengan kata lain YANG SEMBAHYANG ITU adalah RUH atau ZATUL BUKTI. Hilangkan perasaan kita pada pebuatan kita. YAND ADA HANYA DIRINYA semata-mata.

La failun filsolati bihakikati illallah

Tidak ada perbuatan dalam solat itu melainkan Allah. 4. MIKRAJ

Semasa kita mengatakan ALLAH HU AKBAR maka yang naik atau MIKRAJ ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua beserta naiknya NAFAS kita . Maka hilanglah UJUD kita pada UJUDNYA dibawa WAHDATUL AF’AL.

5. IHRAM – TERCENGANG

Hilang perasaan kita ketika mengatakan ALLAH HU AKBAR , fana’kan perasaan kita sampai kepada LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHI ALIYYU ADZIM. 6. TUBADIL – TERGANTI

Gantikan pakaian zahir atau perbuatan zahir dengan perbuatanNYA. Jadi yang sembahyang itu adalah DIA juga pada hakikatnya.

7. MUNAJAT – PERMOHONAN

Yang meminta itu adalah sebenarnya KUDRAT IRADATNYA jua…maknanya diri kita bermunajat dengan HAKIKATNYA.

(29)

ZIKIR

ZIKIR terbahagi kepada 4 jenis yakni

:-1 ZIKIRLISAN

2 ZIKIRHATI

3 ZIKIRNYAWA

4 ZIKIRNAZHOR / Pandang.

ZIKIR LISAN adalah ia dilafazkan dengan SUARA yang jelas dan nyata. ZIKIR HATI adalah ..ia hanya berzikir didalam hati sahaja tanpa bunyi suara ZIKIR NYAWA adalah ia hanya berzikir dengan gerak nafas sahaja

ZIKIR NAZHOR adalah ia hanya memandang akan Hakikat Zikir itu sendiri Ke-empat empat zikir itu berlainan sebutan dan kedudukannya.

KAEDAH MEMULAKAN AMALAN

1 Sediakan TEMPAT YG BERSIH – tidak digunakan sebagai tempat tidur dan lainnya. 2 Kalau tak keberatan sejadah yg kita gunakan itu dialas dengan KAIN PUTIH

3 Sediakan bau bauan yg wangi

4 Sucikan dulu tubuh badab dengan mandi dan berwudhuk 5 Pakaian hendaklah bersih..yg afdal warna putih

6 Duduk bertawdhuk atau BERSILA

7 Tundukkan kepala , pejamkan mata dan heningkan fikiran kita 8 Sambungkan amalan kepada Rasullullah dan guru

9 Pastikan apakah NIAT atau HAJAT kita berzikir 10 Pandang DIRI BATIN biar jelas ..barulah mula berzikir

11 Bacaan zikir jangan terlalu kuat. Yang tebaik adalah sederhana akan tetapi bagi zikir hati, zikir nyawa hanya berzikir tanpa bunyi dan zikir nazhor pula ia perlu memandang akan HAKIKAT DIRI itu sendiri ( hanya diam )

12 Disudahi zikir dengan DOA dan SELAWAT

13 Selepas berzikir , kalau terasa dahaga JANGANLAH hendaknya melulu minum air tunggu beberapa minit barulah kita minum.

(30)

MANDI TAUBAT

Aku mandi TAUBAT KERANA Allah. Aku mandi Air Taubat BAGI Allah , Aku mandi Air Taubat HAQ Allah. Aku mandi Taubat DENGAn Air YG HIDUP yang TIADA MATI. Suci tubuh suci badan suci ZAT suci SIFAT suci BENIH dengan MAKRIFAT. Sucilah aku saperti NUR MUHAMMAD. Sucilah aku dari dunia sampai akhirat.

MANDI CAHAYA

Hei air fardhu CAHAYA NUR..cahaya AKU..aku nak menyuci nyawa yang halus aku naka menyuci nyawa yg baqa..aku nak menyuci nyawa yang qodim sucilah aku seperti suci NUR MUHAMMAD sucilah aku dari dunia sampai akhirat

MENYUCIKAN SULBI

Semasa kita mandi basuhlah SULBI kita ini untuk menyucikan akan BENIH kita dengan membaca

MIMMA NIB SULBI BAITUL MUQODDIST 3 x MENYUCIKAN SESUATU

Jika kita hendak basuh sesuatu barang makanan atau lain lainnya terlebih dahulu kita baca : Bismillah 1 x

Mengucap 3 x

Aku sucikanmu dengan AIR NUR MUHAMMAD suci zahir suci batin, bukan aku yang menyuci Muhammad yang menyuci dengan Kalimah ALLAH HU HAQ

SIMPAN AMAL

Ya Allah Ya Tuhanku…

Simpanlah amal rahsiaku didalam SIFAT MA’BUD ZAT TUHAN, simpan didalam FUAD didalam JANTUNG didalam INSAN . Insan BERKAMIL INSAN dengan SIFAT 20..Sifat yang terkandung didalam Kalimah ….LA ILAHA ILLALLAH HU HAQ.

(31)

GERAK ABADI SEJATI"

(Perjalanan Nurilahi)

Ketahuilah dengan gerak aku menyatu,dengan gerak aku

bersatu dengan gerak akulah yg satu,dapatku kenal

dapatku tahu dapatku faham akan keberadaannya

padaku,namum ianya dapatku tahu dari Yg Maha

Tahu,dari pengalamanku dan pengkajianku maka ku telah

menemukan sesuatu iaitu penyatuan dan kesatuan dalam

(32)

Ayahdi PakNgah

PERANAN ZIKIR DALAM GERAK

OA- mcm mana nak lajukan lagi buraq tu..biar macam ..supersonik...

PN- pisahkan gerak mu dan geraknya serta syuhudkan dalam wahdatul af'al kalau nak laju tekan minyak kuat2 la, iaitu zikir kerana zikir itu adalah pencetus bagi kelajuan nya..biar slow asal gerak ada, kerana kelajuan gerak bukan perkara aula, penghayatan itu di utamakan

OA- abg gerak umpama bersilat PN..laju dan bertenaga..sedangkan yang didalam tu TENANG..abg guna minda nak slow-kan..dia laju dan mendengus2 juga..jadi kena ikutkan ke..kalau gayanya mcm itu gerak abadi dan sejati atau tidak tu PN...?

PN- ikutilah sampai ia tenang kerana ia memproses akan peribadi kita yang bersifat kasar lama kelamaan ia akan tenang…abang pula...gerak itu menunjukan ketetapan dalam ilmu dan faham, bang....gerak untuk proses dantafakkuruntukpenyatuan

PN….ya,bila dah rasa bersatu awak akan tenang dan ia akan beransur berhenti itu makna nya Allah itu meliputi dan awak sudah dapat tahu akan hakikat insan, kini awak dah dapat buktinya

(33)

DUDUKKAN DIA DITEMPATNYA

AL-WAJDUL BIL MUSAMMA-perhentian yg sempurna.

Ayahdi PakNgah

Menempatkan diri pada tempatnya itu adalah al-wajdul bil musamma iaitu perhentianmu didalam hakikat martabatmu, siapakah kau dan dimanakah maqommu sekarang,

Inilah yg menjadi persoalan bagi kita agar kita tahu dan mengerti akan martabat kita, terhentinya aku pada penamat jalan disana merupakan noktah akhir bagi setiap insan yg menuju kepadaNya, aku sedar aku sampai tapi aku tidakk jumpa apa2,

Oh tuhan dimanakah engkau, ku seru dan ku cari namun DIA diam membisu seribu bahasa, aku bingung dan aku hiba yang ku cari tak jumpa2, dimana aku dimana engkau aku terlupa hal yg sebenar, antara duduk dan juga berdiri, antara gerak dan juga diam, antara masuk dan juga keluar, antara putih dan juga hitam, antara siang dan juga malam, antara hamba dan juga tuhan...

Kita bersama kita seiring, sehingga aku lupa akan keadaan, kini ku tahu kini ku sedar tempat ku kini ia berada, antara diantara tiada antara, berpisah tidak bersekutu pun tidak ia satu tidak berpihak, antara aku dan juga dia hanya satu tidak serupa, tempat dudukku itulah singgah sana, nyatalah akuku menyatakan akunya, cermin ku lihat tempat berpandangan, menyatakan wajah sifat ke-elokkan, kesempurnaan diri ia sertakan maka itulah namanya perhentian,

Hilang nya aku nyatalah ia, nyatalah ia ujudnya diri,s ifat agung ia tajalli dari tali ikatan ilahi, gerak peyambung ikatan ilahi terjadi ia dengan sendiri, aku ikuti perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi.

Aku duduki pada tempatnya kini ku berdiri untuk menyatakannya, qudrat iradat utusan sifat itu semua tajalli zat.

Aku lah raja di singgahsana memerintah alam tubuh bernyawa, memberi sesuatu tanpa diminta kalau diminta muafakat namanya, aku tahu siapa aku akulah rahsia dari alam zat, dulu zat kini bersifat untuk menyatakan sekalian maklukat, aku duduki pada qudsi qudsi ilahi nama diberi, menjadi raja tiada ditemani kerana aku wahdatul napsi,

tiada lain akulah yg nyata kita semua adalah sama, satu itu semua dan semua itu satu jua,...

(34)

Ingatlah wahai insan bistari tempat mu raja diatas tahta kuasa ada daulat pun ada mengapa meminta umpama hamba, lihatlah rakyat diluar sana adakah ia cukup dan sempurna, kalau fakir bantulah ia walaupun hajatnya tiada nyata dipinta, kau pengasih dan kau penyayang berilah setiap kurniaan pada nya, kini kau faham dimana tempatmu jangan kau turun dari tahta mu, kehambaanmu pada ketuhananmu dan kau dan kau dan kau itu adalah AKU,...sekian,

KISAH HAMBA & RAJA.

Ayahdi PakNgah

Pada suatu ketika dahulu ada seorang hamba yang fakir tinggal dihujung negeri diluar kota,dia amat duka cita atas keadaan nya yang miskin itu hati sentiasa resah dan atas kemelaratan yang menghimpit dirinya,lau iapun termenung sendiri memikirkan jalan penyelesaian maka ia dapat satu idea iaitu ingin pergi ke kota raja dan berjumpa denga sang raja ingin minta bantuan dari raja itu,maka berangkatlah ia menuju kearah kota raja dengan harapan penuh dihati moga2 raja itu sudi membantu nya,selang beberapa ketika iapun sampai lah ke kota raja itu,pintu istana berkungci di ketuknya beberapa kali seingat banyak kali lah,lalu keluarlah pengawal maka si pengawal itu bertanya,,,,

p-siapa kamu?

h-aku hamba yang fakir. p-apa mau mu?

h-ingin mengadap raja. p-baiklah

h-trm kasih.

Lalu pengawal itu pun membuka kunci pintu pagar istana itu lalu masuklah si hamba itu,dan apa bila masuk ke istana mengadap sembahlah ia kpd si raja ampun tuanku beribu ampun harap patik mohon di ampun sembah patik pacar yang hina mohon bantuan daulat

(35)

R-siapa kau?

h-hamba adalah rakyat tuanku dr kg baru, R-apa hajatmu datang mengadapku? h-mohon bantuan dr tuanku.

R-bantuan apa?

h-harta dan dinar kerana hamba ini orang miskin tuanku. R-baiklah

h-trm kasih tuanku,

R-sama-sama,akan tetapi aku ingin menayaimu dulu dgn beberapa soalan?

h-baiklah tuanku akan tetapi kalau patik tk dapat menjawapnya patik mohon ampun dr tuanku.

R-baiklah.

h-apa soalannya?

R-antara hamba dan raja dimanakah bezanya? h-raja disembah,hamba menyembah

R-dimanakah mulianya raja dan hina nya hamba? h-kaya dan miskinlah tuanku akan bezanya R-apakah yang ada pada raja dan pada hamba? h-kekayaan pada tuanku kemiskinan pada hamba

Baiklah hambaku aku akan kurniakan apa yang kau mahu tetapi kau perlu ingat janganlah kau lupa akan kurniaanku ini,krn kemurkaanku atasmu menyebabkan kau akan dihina nanti...

Baiklah tuanku kata si hamba,atas dasar kemurahanku padamu aku anugerahkan padamu suatu kunci gedung rahsia didalam gedung itu ada berbagai khazanah maka kau bukalah dengan anak kunci itu serta aku berikan kau suatu ucapan keramat yang dapat kau gunakan untuk mendatangiku bila2 waktu tanpa ada yg menghalangi nya,kunci itu aku namakan kunci wasiat,dan ucapan itu adalah kalimah agung tauhid sejati,ucapkanlah dan gunakanlah ia, Hamba berkata...trm kasih tuanku atas kemurahan tuanku pada patik ini.pulanglh dan ingatlah rahsiakan hal ini kerana orang diluar tidak tahu akan hal ini,hanya kau dan aku saja yg tahu,tutup mulutmu,pekakan telingamu,bisukan mulutmu,,,,,,baiklah tuanku.pulangnya hamba dr istana raja dgn hati yg tenang,kurnia didapati khazanah diperolehi,kini hamba itu sudah menjadi senang dan kaya sehingga kedudukannya tiada beza antara dia dan raja,namun raja adalah raja dan hamba adalah hamba pangkat dan darjat pasti ada walaupun bersama duduknya.pengakuan hamba kpd tuannya tetap ada,walaupun orang luar memangilnya tuan juga,

(36)

UBATI

Ayahdi PakNgah

Ubatilah dirimu dulu sebelum kau mengubati orang lain. Sesungguhnya hati yang sakit itu lebih peritnya dari badan yang sakit. Penderitaan ini amat2lah berat kalau kita tidak mengubatinya. Engkau yang telah mengalami barah hati batin yang serius perlu mencari penawar dan ubatnya dan jika kau telah mempunyai ubat dan penawarnya maka jangan kau bertangguh lagi.

Kita yang terlupa akan keadaan ini perlu sedar bahawa fitnah yang akan menimpa kita akibat penyakit ini. Kalau kita perhatikan dalam2 akan hal ini maka kita akan temui ramai manusia yang menderita penyakit ini, barah hati...

Perbaikilah keadaanmu itu dengan apa yang ada padamu. Ini pesan bapak dan ia ada persamaan dengan firman tuhan iaitu...QU ANFUSAQUM WA AHLI KUM NAARA...(jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka)

Hati yang berpenyakit akan menimbulkan rasa yang tidak baik bagi diri kita ini,. Ingatlah wahai saudaraku akan hal ini.

Antara penyakit2 yang terbit dari nya adalah... 1) takabbur

2) riak 3) ajib 4) sombong 5) dengki

6) loba pada makanan 7) loba pada perkataan

9) cinta pada dunia berlebihan

10) bersangka buruk terhadap orang lain.

Untuk itu kita perlu banyak merenung dan meneliti dan memuhasabah akan diri sendiri agar kita tetap dapat menjaga hati dan merawat hati kita ini dari penyakit2 yang berbahaya dan akan membawa kita kelembah kebinasaan.

(37)

AyahdiPakNgah

GERAK dan RAHSIA DAYA GUNA

Sesungguhnya gerak yang kita telah dapat itu banyak daya gunanya kalau kita tahu membawa dan mengunakan nya.

Didalam Ilmu BBM kita telah maklum bahawa ilmu gerak ini banyak sekali rahsia yang terkandung didalam gerak itu. Maka tugas kita adalah mengkaji dan mencuba agar daya pembawaan nya berhasil.

Tenaga-tenaga ghaib yang terhasil dari pembawaan gerak itu merupkan titik mula untuk kita olah menjadi daya-daya kekuatan gaib mengikut niat dan hajat kita. Anda boleh mengunakan kuasa ghaib itu untuk sesuatu keperluan contohnya...

1-membela diri(silat misal nya) 2-perubatan 3-mengubah kehidupan 4-kewibawaan diri 5-memajukan kerjaya 6-scan penyakit 7-memagar diri

8-melenyapkan diri dr pandangan musuh 9-memerintah makhluk halus dll

Kalau kita yakini akan hal2 ini maka kita boleh test dan kita berkemungkinan besar akan merasa perubahan yang ketara pada keadaan yg kita hajatkan. Daya-daya ghaib yang terbit dari pergerakkan akan bertindak sebagai pencetus kepada apa yang kita niatkan. Suatu contoh...

Kalau anda berada pada bidang perubatan maka secara asasnya air penawarlah yg selalu dibuat bagi memulakan sesi rawatan. Maka proses mengisi daya-daya energy ghaib pada air itulah yang perlu kita fahami dan mempelajarinya secara lengkap agar daya-daya atau energy ghaib yang terhasil itu 100% terisi pada air itu.

(38)

Proses Mengisi....

Bermula dari membaca password kemudian doa serta berserah pada Yang Esa dan yang perlu kita lakukan lagi ialah fokus …letakkan telapak tangan atau hujung jari tangan anda berdekatan dengan permukaan air maka zikirlah dan tumpulah pada rasa yang terasa dihujung jari2 anda. Itulah daya2 ghaib yang memancar dari dalam diri anda menembusi alam nya melalui jari2 anda ia akan terbentuk mengikut niat dan daya tumpuan kita (fokus) Transfer energy ini terjadi melalui gerak. Ikutilah gerak itu sehingga gerakan2 itu terhenti sendiri,

Kalau kita dapat melihat keadaan perubahan struktur molikul air maka kita akan terasa hairan, yaaaa inilah kebenaran nya molikul air akan tersusun secara baik sekali hasil dari proses pengisian daya2 ghaib. Perlu kita tahu adalah sifat air, sifat semula jadi air akan berubah-ubah bila suatu hal yang berlaku padanya contohnya bunyi ini kerana air berfungsi secara semula jadi merakam, menyimpan dan memindahkan akan keadaan nya kepada sesuatu keadaan.

Maka banyak lagi hal2 yang kita dapat lakukan dgn gerak dan rahsia daya ghaib itu. Aliran-aliran elektron, eion, baion, nitron yang mengalir dari dalam badan kita itu merupakan suatu tenaga yang amat kuat kuasanya. Pergunakanlah apa yang ada padamu itu mengikut keadaan2 yang kita perlukan dalam kehidupan ini.

Bagi anda yang telah memahami hal2 ini tingkatkan lagi tumpuan agar kita dapat lebih lagi akan manfaatnya. Tetapi ingatlah segala-galanya atas Ketentuan Allah jua maka kita serahkanlah kepadaNya segala apa yang kita ada ini...

Saya hanya memberi contoh agar kita dapat memahami rahsia2 dari gerak. Kalau anda sudah memahami sebagaimana contoh diatas baguslah kerana saya amat2 yakin dengan cara ini. Gunakanlah gerak dan daya kuasa ghaib (pancaran nur ilahi) untuk mencipta kebahagiaan dialam maya ini, kerana aku telah dapat nikmatnya walaupun aku ini baru dan jahil tapi aku amat2 suka jalan ini...dunia dapat , akhirat pun dapat.

(39)

AYAHDIPAKNGAH

PENYERAHAN YANG TIADA DIUNGKIT LAGI DARI HAMBA KEPADA

TUHAN

Menyerahkan segala apa yang ada padamu itu baik zahir ataupun batin kepada Tuhan semutlaknya dan DIAlah yang kita letakkan kepercayaan yang jitu pada Kekuasaan Kudrat dan Irodatnya.

Oleh itu kita wajib menyerahkan segala sesuatu yang kita punyai kepadaNya dengan jalan tawwakal. Penyerahan ini bukanlah penyerahan yang tiada usaha dan ikhtiar akan tetapi kita perlu meletakkan usaha dan ikhtiar itu adalah pergerakan dari Tangan Qudrat dan IrodhatNya jua. Serahkanlah segala sesuatu itu kepada DIA kerana DIA-lah yang Maha Kuasa atas segala-galanya,

Kalau kita lihat secara zahir memanglah kita yang melakukan usaha dan ikhtiar itu kerana kitalah yang zahir akan tetapi yang perlu kita ingati kezahiran kita ini adalah menyatakan Af'alullah jua hendaknya.

Tawakkal yang sempurna itu adalah menyerahkan sesuatu itu kepada Tuhan tanpa ragu2 akan barang yang kita serahkan itu, tiada makbul, hilang atau rosak atau sebaliknya akan tetapi tetap yakin akan perlindungan Tuhan kepada penyerahan kita itu terhadapnya.

Segala gerak dan geri, kehendak dan kuasa, usaha dan ikhtiar, makbul atau pernolakan, terima atau tidaknya itu bukan urusan kita dan itu semua didalam bidang kuasa mutlak Allah, terkandung didalam takluk qobdah (gengaman) Allah. Yang pasti kita perlu husnu zhon ( bersangka baik ) terhadap tuhan.

ﻦﻣ ﺎﻣ ﻪﯿﻀﻤﻳ ﻚﯿﻓ رﺪﻗ ﻪﻟو ّﻻا ﻪﻳﺪﺒﺗ ﺲﻔﻧ

Tiada satu nafaspun yang keluar dari diri manusia melainkan berasal dari pemberian Allah SWT bukan dari manusia itu sendiri. Dan dari tiap-tiap nafas yang mengalir tersebut terdapat takdir / kepastian Allah terhadap diri kita. Adakalanya berupa keta’atan, atau maksiat, atau ni’mat atau ujian.

Maka setiap nafas yang terjadi pada diri manusia itu merupakan tempat / cawan bagi takdir Allah Yang Maha Haq. Dan sepatutnya kita senantiasa menjaga adab / tatakrama kepada-Nya .Dan kiranya inilah makna ucapan para ulama:

(40)

ﻞﺨﻟا سﺎﻔﻧأ دﺪﻌﺑ ﻰﻟا قﺮﻄﻟا Jalan kepada Allah sebanyak hitungan nafas para makhluk.

Dan bukankah tiada sesuatupun yang terjadi di dunia ini melainkan ada peranan serta Allah di dalamnya, tidak terkecuali nafas kita. Dan manakala nafas itu berlalu, maka saat itu juga waktu juga berlalu, dan umur kita juga berlalu tanpa bisa kembali lagi ke zaman dahulu. Oleh karena itu sayang sekali jika perbendaharaan yang tiada ternilai ini dibiarkan begitu saja tanpa membawa makna penghambaan diri kehadirat Allah SWT. Dari itulah beberapa thariqah mengajarkan kepada kita zikir hifzulanfas, yaitu zikir menjaga nafas kita agar tidak berlalu dengan sia-sia, antara lain dengan melafalkan kalimat ﻮھ) Hu / Dia) ketika menarik nafas dan melafalkan lafaz ketika melepaskan nafas (dan itu dilakukan dengan zikir sir / tersembunyi tidak terucap di lidah tetapi mengalir di dalam hati ).

Dan tentu saja lebih sempurna jika dilakukan dibawah bimbingan seorang syaikh thariqah .Do’a hanya untuk melahirkan rasa butuh kepada-Nya ﻪﻨﻣ ﻚﺋﺎﯿﺣ ﺖﻠﻘﻟ هﺮﯿﻐﻟ ﻚﺒﻠطو ﻪﻟ ﻚﻨﻣ ﺖﺒﯿﻏ ﻪﻟ ﻚﺒﻠطو ﻪﻟ مﺎﮫّﺗا ﻪﻨﻣ ﻚﺒﻠط

Permintaanmu kepada-Nya (untuk memperoleh apa engkau inginkan) adalah kekhawatiran dan keraguanmu terhadap-Nya, dan pencarianmu kepada-Nya menunjukkan kehilanganmu terhadap-Dia, dan permintaanmu untuk sesuatu selain-Nya berarti sedikitnya rasa malu dirimu kepada-Nya Yakni sesungguhnya seorang murid (yang sedang berproses mendekatkan diri kepada Alloh melalui bimbingan seorang guru), hendaklah menyibukkan diri di tengah perjalanannya dengan sesuatu yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, dengan melaksanakan berbagai amal shaleh, dan tidak menyibukkan hatinya untuk mencari sesuatu yang lain karena sesungguhnya yang demikian ini tercela dan dapat menjadi sebab terputusnya perjalanan menuju Alloh.

Karena sesungguhnya permintaanmu kepada-Nya agar Dia memberimu makanan atau rizki yang kamu harapkan dapat menguatkan dirimu dalam perjalanan menuju kepada-Nya apalagi keinginanmu mendapatkan lebih dalam hal rizki, sebenarnya yang demikian itu adalah kekuatiran) keraguan) dirimu kepada-Nya bahwa Dia tidak akan memberimu rizki .

(41)

Karena sesunguhnya apabila kamu yakin kepada-Nya didalam menyampaikan kemanfaatan dan kebaikan kepada dirimu meski tanpa engkau minta, dan engkau yakin bahwa Dia lebih mengetahui akan kebutuhanmu, niscaya Dia mampu menyampaikan semua itu kepada dirimu tanpa engkau minta sekalipun.

Dan pencarianmu kepada-Nya dengan mencari kedekatan terhadap-Nya, dan keinginan hilangnya hijab / tirai yang menghalangi antara dirimu dengan-Nya sehingga engkau biasa menyaksikan-Nya dengan mata hatimu, itu menunjukkan kehilangan pandanganmu atas-Nya. Karena sesungguhnya apabilasesuatu itu hadir tidaklah ia memerlukan pencarian.

Dan permintaanmu kepada-Nya untuk (mendapatkan) sesuatu selain-Dia berupa beberapa macam harta benda dunia dan kemewahannya, dan beberapa keistimewaan semacam karomah, mukasyafah (terbukanya tirai), ahwal) beberapa kondisi spiritual) dan maqamat (beberapa kedudukan),

Semua itu menunjukkan sedikitnya rasa malu dirimu kepada-Nya. Karena jika engkaumemiliki rasa malu kepada-Nya, niscaya engkau tidak akan menoleh kepada yang lain ataupun mencari sesuatu selain-Dia .Dan permintaanmu kepada selain-Dia dengan menyandarkan diri kepada manusia didalam mendapatkan sesuatu harta benda dunia yang disertai rasa lalai terhadap Tuhannya, yang demikian itu menunjukkan jauhnya dirimu dari-Dia.

Karena jika engkau dekat dengan-Nya, niscaya yang lain pasti jauh darimu .Demikian pula jika engkau menyaksikan dekat-Nya Dia denganmu, niscaya sudah mencukupimu dari kebutuhanmu kepada sekalian makhluk-Nya.

Oleh karena itu semua jenis meminta-minta bagi seorang murid pada hakekatnya kurang dibenarkan baik itu ditujukan kepada Al-Haq apalagi kepada makhluk kecuali permintaan itu dilakukan untuk sarana media beribadah kepada-Nya dan untuk memelihara etika dan tatakrama kepada-Nya dan untuk melahirkan rasa butuh kepada-Nya.

Adapun orang ‘Ariif, maka mereka tiada melihat selain hanya Alloh Ta’ala semata, yang mereka cari secara hakikat bukan dari makhluk meskipun secara lahiriah yang merekadapatkan adalah melalui perantaraan makhluk.

(42)

HAKIKAT KEJADIAN INSAN

AyahdiPakNgah

Didalam penciptaan kejadian insan dari yang mutlak Zatul Bukhti ianya melalui proses2 Tajalli Nur Ilahiah bagi mewujudkan penyataan pertama nya iaitu Nurullah dan dari Nurullah wujud pula Nur Muhammad iaitu Muhammad Awal (abu arwah) atau roh sejagat maka bermula dari situlah penyataan yang seterusya adalah Adam Awal selepas itu barulah dinyatakan yang lain pula seperti syurga, neraka, arsyi, kursi dll.

Dalam pada itu maka bermulalah akan penciptaan jasad2 hablur.atom,molikul2,zarrah dan seumpamanya,malaikat yang tercipta dari juzuk cahaya merupakan tenaga2 ghaib dalam menjalankan amanah tuhan bagi melakukan proses2 penciptaan jasad manusia awal dan mengatur segala pergerakkan alam jagat atas peringtah tuhan jua, dan sesungguhnya rahsia2 ilahiah yang terbit dari zatull bukhti lah menjadi rahsia alam dan ia dapat berubah mengikut struktur nya dalam perintah kalam KUN lalu sifat mumkinul terbit mengikut keadaan itu dan inilah rahsia kejadian alam semesta(muhammad al-kabir),setelah adam bapak segala manusia siap ditempa lalu tuhan yang maha agung meniupkan rahsia nya pada jasad itu lalu hiduplah adam dr situlah tercipta pula bonda hawa dari anasir adam jua...

Suatu perkara penting yang perlu kita ketahui iaitu....roh atau sir insan itu datangnya dari kandungan RAHMAN dan RAHIM Allah, manakala jasad insan pula dari Rahman Adam dan kandungan Rahim Hawa. ringkasan dari perubahan2 dan pertukaran kejadian proses penciptaan .

INSAN

:-Nafas = Af'alullah...Ampas = Asma'ullah...Tanappas=Sifatullah...Nufus=Zatullah.... Itulah makna dan hakikat kejadian asalnya dan apabila ia menerima jasad maka ia berubah kedudukan nya degan nama...jasad, hati, nyawa dan sir itulah bagi keadaan Anasir Muhammad dan ia berubah lagi menjadi anasir Adam iaitu tanah, air, api dan angin dan ia berubah lagi menjadi anasir Anak Adam iaitu wadi, mazi, mani, maknikam

(43)

RAHSIA DAN FADHILAT ZIKIR

AyahdiPakNgah

Ketahuilah olehmu! Wahai orang yang sedang berjalan (salik) menuju kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam.

Bahawasanya Zikrullah ialah makanan para nabi dan simbol kewalian dan jalan yang terdekat menuju kepada fana. Dan fana ialah kunci perbendaharaan sir rububiyyah (rahsia ketuhanan),

Maka akan terhasillah ilmu laduni yang terus menerus daripada Allah Taala tanpa hijab, ialah tempat segala tajali dan tempat segala hakikat dan tempat menerima kurniaan akan kalam qadim dan dinamakan hakkul-yakin, aku kenal akan Tuhanku dengan Tuhanku iaitu Tuhan yang mengaku Dialah Tuhan (Aku Allah) dan Tuhan mengaku engkaulah hambaNya pada sir akal orang yang telah sampai kepadanya pengakuan Tuhan di azali iaitu martabat Ahadiyyah dan dinamakan martabat tujuh dan bernamalah ia Al-Insan Kamil iaitu insan yang telah sempurna perjalanannya dan telah sampai ia kepada Allah Azzawajalla.

Dan bahawasanya mengenal Allah Taala itu sekali-kali tiada boleh dengan usaha dan ikhtiar daripada hamba melainkan semata-mata anugerah dan kurnia Allah kepada hamba yang dikehendakiNya. Maka inilah hasil Perbendaharaan Makrifatullah dengan Kaifiat Zikrullah pada masa yang sedikit dan waktu yang singkat, dengan izin dan kehendak Allah.

Maka wajib atas orang yang rindu ia bagi kedatangan sir akalnya itu akan lazat musyahadah bagi Tuhannya itu talkin ia zikir dengan syeikh mursid dan mengekali zikrullah pada hatinya, Wallahu-A’lam. Dan segala kebaikan itu terdapat pada zikrullah kerana firman Allah yang maha tinggi:

ا ً۟ﺮﯿِﺜَﻛ ا ً۟ﺮ ۡﻛِذ َﻪﱠﻠﻟٱ ْاوُﺮُﻛ ۡذٱ ْاﻮُﻨَﻣاَء َﻦﻳِﺬﱠﻟٱ ﺎَﮩﱡﻳَﺄٰٓـَﻳ ) ٤١ ( ًﻼﯿِﺻَأَو ً۟ةَﺮ ۡﻜُﺑ ُهﻮُﺤِّﺒ َﺳَو ) ٤٢ ( ىِﺬﱠﻟٱ َﻮُھ ﻰِّﻠَﺼُﻳ ٰٓـَﻠَﻣَو ۡﻢُﻜ ۡﯿَﻠَﻋ ٮ ) ٤٣ (Al-Ahzab: 41-43)

(44)

Firman Allah Ta’ala: ﻢُﻛ ۡﺮُﻛ ۡذَأ ٓﻰِﻧوُﺮُﻛ ۡذﭑَﻓ ١٥٢

(Al-Baqarah: 152)

Artinya maka sebutlah kamu akan Daku nescaya Aku sebut akan kamu. Firman Allah Ta’ala:

ﻦُﻜَﺗ َﻻَو ِلﺎَﺻَ ۡﻷٱَو ِّوُﺪُﻐ ۡﻟﭑِﺑ ِل ۡﻮَﻘ ۡﻟٱ َﻦِﻣ ِﺮ ۡﮫَﺠ ۡﻟٱ َنوُدَو ً۟ﺔَﻔﯿِﺧَو ﺎ ً۟ﻋﱡﺮَﻀَﺗ َﻚِﺴ ۡﻔَﻧ ﻰِﻓ َﻚﱠﺑﱠر ﺮُﻛ ۡذٱَو َﻦِّﻣ

َﻦﯿِﻠِﻔٰـَﻐ ۡﻟٱ )

٢٠٥ (Al-Araf: 205)

Artinya dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhan dalam hati dengan merendah diri serta takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Firman Allah Ta’ala:

ُﻪﱠﻠﻟٱ ِﻞُﻗ ۖ َنﻮُﺒَﻌ ۡﻠَﻳ ۡﻢِﮩِﺿ ۡﻮَﺧ ﻰِﻓ ۡﻢُھ ۡرَذ ﱠﻢُﺛ ) ٩١ (Al-An’aam:91

Artinya katakanlah Allah, kemudian biarkanlah mereka sibuk bermain-main dalam kesesatan mereka.

Firman Allah Ta’ala:

َﻢ ۡﻄَﺗَو ْاﻮُﻨَﻣاَء َﻦﻳِﺬﱠﻟٱ ٮ ِﻪﱠﻠﻟٱ ِﺮ ۡﻛِﺬِﺑ ﻢُﮫُﺑﻮُﻠُﻗ ﱡن ِ◌ ٕ◌ ۗ ٮ ُبﻮُﻠُﻘ ۡﻟٱ ﱡن ِ◌ ٕ◌ ) ٢٨ (Al-Rad: 28)

Artinya orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir (mengingati) kepada Tuhan, Ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Tuhan hati akan menjadi tenteram. Sabda Nabi s.a.w. Artinya zikir yang utama ialah lailahaillallah, tiada Tuhan melainkan Allah. At-Tarmizi)

(45)

Artinya bagi tiap-tiap sesuatu ada penggilapnya, bahawasanya penggilap bagi hati adalah zikrullah Azza Wajalla. (Al-Baihaqi)

Sabda Nabi s.a.w.:

Artinya perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang tiada berzikir kepadanya seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati, ataupun seumpama pohon yang berdaun hijau dengan pohon yang kering tiada berdaun. Dan orang berzikir kepada Allah tengah orang yang lalai, seperti orang yang berperang ditengah-tengah orang yang lari dari medan perang. (Al-Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w.:

Artinya “Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sebaik-baik amalanmu dan sebersih-bersihnya disisi Tuhanmu, dan setinggi-tingginya darjat, yang mana ia lebih baik daripada membelanjakan emas dan perak, dan lebih utama daripada kamu bertempur dengan musuh kamu, lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kamu?” Para sahabat menjawab: “Tentu mahu”. Jawab baginda: “Berzikir kepada Allah Taala”. (At-Tarmizi)

Firman Allah Taala dalam hadis-qudsi:

Artinya Aku teman sekedudukan bagi orang yang mengingati (menyebut Aku) dan Aku besertanya ketika ia mengingati Aku.

Firman Allah Taala dalam hadis-qudsi:

Artinya barangsiapa sibuk dirinya dengan berzikir kepadaKu daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih utama daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang berdoa (meminta). Dan firman Allah Ta’ala:

ِﻪﱠﻠﻟٱ ِﺮ ۡﻛِذ ﻦِّﻣ ﻢُﮩُﺑﻮُﻠُﻗ ِﺔَﯿِﺴٰـَﻘ ۡﻠِّﻟ ٌ۟ﻞ ۡﻳَﻮَﻓ ۚ ٰٓـَﻟْوُأ ٮ ٍ۟ﻞٰـَﻠَﺿ ﻰِﻓ َك ِ◌ ٕ◌ ٍﻦﯿِﺒﱡﻣ ٢٢ (Az-Zumar: 22)

Artinya maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada mengingati Allah, mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.

Dan kata Maula Al-Arabi Ad-Daqawi r.a.

kami memperhatikan (tetapi Allah lebih mengetahui), bahawa fana ini berlaku secepat mungkin melalui satu kaifiat berzikir dengan menyebut Ismu-Jalalah Allah! Allah! Aku temui kaifiat ini dalam sebuah kitab karangan Syeikh Abu Hassan Asy-Syazili r.a.

(46)

Memadailah semua itu untuk membuktikan fadhilat zikrullah dan tercelanya ghaflah iaitu lupa dan lalai dari mengingati Allah Taala, dan sekiranya kalam Allah dan hadis nabi yang kami sebutkan itu tidak memadai untuk kita, maka tiada sesuatu apapun yang memadai dan tiada akan dapat kebajikan di dalam diri kita.

Firman Allah Ta’ala: )

٣٥

(Al-Ahzab: 35)

Artinya orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak Allah telah menyediakan bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar.

Allah Taala menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang mengingati Allah, maka sesungguhnya kita tiada berhajat kepada sesuatu apapun lagi selain daripada zikrullah, hanyasanya yang perlu bagi kita ialah melawan hawa nafsu kita, kerana dengan jalan inilah kita akan memperolehi ilmu laduni dan dengan ilmu laduni inilah akan menumbuhkan keyakinan yang besar yang akan melepaskan kita daripada segala keraguan dan segala waham dan syak dan membawa kita sampai kepada hadrat Allah Azza Wajalla, maha suci Ia, tiada Tuhan melainkan Dia.

WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ‘ADZIM. Wallahu-a’lam. Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan

Dan laknat Allah atas orang-orang yang berdusta

PESANAN

Ayahdi PakNgah

Pesanan...didalam kita menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini maka hendaknya bertawadduk lah janganlah kita merasa bangga dengan apa yang kita perolehi dari hasil peramalan kita itu ini kerana dibimbangkan kepada bala dari Allah iaitu sifat takkabur yang akan mendatangi kita kelak.

(47)

Tidak kiralah dalam bidang apa pun kemahiran kita dapat dan berjaya kerana pada hakikatnya itu semua adalah kurnia tuhan pada kita. Sayang ianya kita perlu merendahkan diri sesama kita saling menghormati dan memahami akan kebolehan orang lain,

Tidak usahlah kita banggakan akan kebolehan kita kerana diatas langit masih ada langit lagi. Ingat2lah apa yang kita dapat dari hasil peramalan kita itu terkadang ia merupakan ujian bagi kita dan Allah ingin mencoba kita setahap mana kedudukan kita ini. Didalam ilmu ini yang lebih utama adalah mengenal dan melepaskan ikatan2 keduniaan yang sering berlegar dikeliling kita,

Saya tidak mahu ada diantara kita bermegah dengan apa yang kita ada kerana itu semua dari Tuhan jua bukan dari dan pada hakikatnya bukan terhasil dari daya usahamu akan tetapi itu semua atas Qudrat dan Irodhat Tuhan jua. Oleh itu berhati-hatilah jangan sampai kita terpedaya denagn apa yang kita ada ini. Iingat2lah Tuhan tidak menyukai orang2 yang suka bermegah-megah.

Syirik Khofi ( halus ) terkadang kita tidak perasan akan keberadaan nya pada kita ini dan ianya berlaku secara kita tidak sedar. Suatu contoh kita bercerita akan kebolehan kita didalam bidang tertentu kepada orang lain yang kita anggap bodoh atau kurang kebolehannya. Perasaan apakah yang bermain didalam hati dan fikiran kita ini, hanya empunya dirilah yang tahu akan adanya hal2 itu. Tidakkah kita merasa malu kepada Tuhan menggunakan haknya tiba2 mengaku yang ada itu hak kita dan kita guna untuk sesuatu,,,,

Didalam hal ini perasaanlah paling penting dititik beratkan kerana ia suatu senjata bagi mengelakkan kita dari sifat riak dan takakkbur serta ajib. Buangkanlah rasa lobamu terhadap duniamu itu kemudian kau lenyapkan pula pengharapanmu terhadap makhluk ini.

Sabar dan tekun didalam peramalanmu itu akan membuahkan lautan inayah dan hidayah dari yang Esa. Tumpukan dengan sepenuh hatimu kepada tujuanmu, jangan kau lalai untuk mendapatkan kebersihan dan kekusyukan nurani. Maka kau perlu menjaga anggota yang 7 dan lagi kau perlu memenjarakan setiap musuh hatimu agar ia tidak mendatangkan beban dan kemusnahan padamu.

Kegoyangan hatimu pada ittiqodmu itulah penyebab utama bagi setiap kegagalanmu. Walaupun kita telah menemuinya itu bukan bermakna kita akan dapat sesuatu dariNya kerana untuk mendapatkan sesuatu dariNya kita perlu mengikatkan tali kemesraan dan kasih serta sayang puji memuji antara keduanya, barulah kita dapat menilai betapa agongnya dan tingginya nilai dara kemesraan itu.

(48)

Kenal itu suatu hal yang biasa akan tetapi kermesraan lain pula caranya ini kerana ia memerlukan ketabahan jiwa kekuatan hati dalam mengikat dan mempereratkan tali muhibbah itu. Pujian yang ikhlas dari seorang kekasih kepada yang dikasihi itulah yang akan membuahkan lautan muhibbah kepada sesiapa yang memujinya, dikala kita menemuinya didalam ibadat kita itu

Janganlah hendaknya kita berlaku curang tetapkanlah pengharapan dan tataplah wajah nya yang penuh kesempurnaan dan kebesaran dan tenunglah sedalam-dalamnya pasti ia akan mendatangkan kemesraan kpd mu. Lantaran dari itu kau akan dapat ciuman kasih dan huluran nikmat dari tangan RahmatNya. Larilah olehmu dari sifat munafik didalam amal ibadahmu kerana ia akan mengundang kemurkaanNya, dustamu, riakmu, ajibmu, sombongmu dll

Itu semua imbalan dan bonus untuk menempah tiket neraka Allah, makrifat muhibbah tuhan itulah jalan yang ku dapat dari ilmuNya perantaraan Bapak Bagindho Muchtar. Aku lakukan pengakuan demi mendapatkan pengakuan kasih sayang jaminan penyaksian pangkat serta darjat dari tuhanku.

Oleh itu bergeraklah terus

menerus jangan kita tinggalkan,

kerana kasih dan sayanglah kita bergerak dengan Hakikat Ilahiah maka gerak yang terjadi dari penyerahan yang total dan niat yang murni akan menghasilkan rasa dan perasaan kasih dan sayangnya.

Luangkanlah masa bersamaNya itulah lebih baik, jangan kita gunakan ilmu ini sekadar menyedapkan hawa nafsu keduniaan sahaja kerana itu bukan suatu hal yang utama, bahkan ia lebih kepada penderitaan hati yang sukar diubati,

Kalau kita tahu akan rahsia muhibbah tuhan maka kita tidak akan pernah rasa gusar dan bimbang akan hal2 keduniaan ini kerana hal2 keduniaan ini telah dijamin olehNya sejak dari awal2 lagi. Maka carilah dan pohonlah atas bimbingan dari tuhan atas hal2 yang ia perintahkan iaitu hal kehidupan dialam baqo. Kalau Ia dah kasih dan kita dah sayang apa yang nak kita risaukan. Kalau sikekasih tidak mempercayai kekasihnya kan susah namanya.

Gerak Muhibbatullah adalah gerak kasih dari Allah siapa yang mendapatkan ini berbahagialah ia dan tanda2 orang itu mendapatkan nya adalah bila ia mula bergerak maka hati dan perasaan nya sayu sedih sehingga air mata gugur tanpa di pinta dan inilah tanda2 kasih Allah kpdmu dan kasih AKU kepadaMU.

(49)

EMPAT BISIKAN MURNI TINGKAT IMAN DAN TAKWA.

Ayahdi PakNgah

Manusia suka mendengar suara hati orang lain, rahsia dan kisah hidup mereka. Namun, pernahkah seseorang cuba mendengar bisikan hatinya sendiri?

Bisikan yang bergema dalam hati sebenarnya berkisar mengenai urusan dunia dan akhirat, yang mana lebih sering kedengaran bergantung kepada pilihan sendiri. Kadangkala suara mengenai kenikmatan dunia dan kesulitan menguasainya lebih kuat bergema berbanding bisikan impian indah akhirat atau ancaman azab.

Nasib seseorang amat bergantung kepada kebijaksanaan dalam memilih dua bisikan. Bisikan syaitan atau malaikat, bisikan iman atau kufur, takwa atau maksiat. Setiap saat manusia diberi dua pilihan dan diperdengarkan dua bisikan yang silih berganti datang mempengaruhi amal perbuatannya. Sesungguhnya bisikan hati pangkal daripada kebaikan atau kejahatan.

Sesiapa yang mampu mengawal bisikan hatinya nescaya dia hanya mengeluarkan tekad, keyakinan dan cita-cita yang baik. Sebaliknya sesiapa yang dikawal oleh bisikan jahat hatinya, maka keluarlah niat jahat, dosa dan penuh maksiat.Rasulullah SAW bersabda membenarkan hakikat ini yang bermaksud: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat bertanya: Walaupun dirimu sendiri wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, sehingga saya sendiri pun tetapi Allah menolongku menghadapinya lalu dia menyerah diri dan tidak menyuruhku melainkan kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa syaitan mengalir bersama aliran darah anak Adam? Jika kita boleh terus beringat dan menegur diri sendiri bahawa ada bisikan yang mesti kita pilih serta jangan melupakan pengaruh malaikat dan jin dalam bisikan itu, nescaya kita berhati-hati melakukan suatu tindakan.Pergerakan tangan, kaki, mata, telinga dan hati yang memiliki lintasannya harus waspada, adakah berasal daripada bisikan jin atau malaikat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh.

Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan

(50)

kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban). Bagi memastikan bisikan berasal daripada malaikat seseorang dituntut menyibukkan hati dengan empat amalan.

Mendengar bisikan mengenai aib diri

Bisikan yang baik untuk hati manusia ialah suara yang menyatakan aibnya secara telus dan terang. Bisikan ini berasal daripada malaikat yang sentiasa mengingatkan banyaknya cacat cela manusia supaya mereka malu dan takut kepada Allah kemudian berusaha memperbaiki kelemahan diri.Mendengar bisikan banyaknya kewajipan dan sedikitnya masa.

Dalam keadaan lalai, manusia lupa betapa banyak tanggungjawab dan berat amanah yang mesti digalas. Sikap suka melengahkan amal pernah dialami seorang sahabat yang tertinggal dalam Perang Tabuk melawan Rom.Ka’ab Malik dan dua lagi sahabat Rasulullah SAW tertinggal daripada pasukan dipimpin Rasulullah SAW. Ka’ab menceritakan selepas Rasulullah SAW keluar dari Madinah, dia tertinggal dan setiap pagi dia memasang pelana kudanya dan berkata: “Aku akan menyusul mereka”, tetapi dia tidak melakukannya, dia berbuat begitu setiap hari sehingga akhirnya dia tidak dapat menyusul tentera Rasulullah SAW.

Hal itu adalah dalih apabila seseorang tidak bersegera melakukan amal salih, dia akan terhalang daripada melakukannya. Sebab itu Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (begitu pula) kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (al-Quran) pada permulaannya, dan kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatannya yang sangat.” (Surah al-An’am, ayat 110) Ka’ab dan dua sahabatnya dihukum dengan cara dipulaukan selama 40 hari. Sesiapa pun tidak boleh bercakap dengan mereka dan menyahut salam mereka. Ditambah hukuman itu 10 hari lagi dengan tidak boleh bercampur dengan isteri, sehingga hari ke-50 diterima taubat mereka dengan turunnya ayat 117-119 surah al-Taubah.

Hati yang suka mendengar bisikan dari langit, bertemankan malaikat yang menasihati kebaikan dan ketaatan adalah hati yang bersih dan layak dijatuhi pandangan rahmat-Nya.

Mendengar bisikan mengenai Allah

Manusia mesti mencari sesuatu dalam hidupnya, mencari kebahagiaan dengan harta, ilmu, jawatan tinggi dan mereka mampu mencapai impian dengan baik. Namun, apabila semua sudah diperoleh hati menjadi tidak tenang, takut jatuh dan hilang segala-gala yang dimiliki. Semakin kabur jalan menuju kebahagiaan hakiki. Rupa-rupanya harta dan

Referensi

Dokumen terkait

Tempat praktik digunakan pada mata ajar ini adalah Desa yang sudah ditetapkan oleh AKPER HKBP sebelum pelaksanaan PBL.

berhenti dari menjadi pelajar POLISAS. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan

Pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan kewangan dikehendaki segera menghantar salinan surat tawaran penajaan kepada Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan

Tahniah saya rakamkan kepada warga Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi komitmen, keperihatinan

1& 7ormatur adalah kandidat yang mendapat kan suara terbanyak pada pemibar  Akademi Kesehatan Dinas Pendidikan Dan Kebudayaan Provinsi Riau dan langsung men#adi ketua 9mum

Mahasiswa yang mendapat IP 1.50 pada akhir semester ganjil tahun pertama dinasehatkan untuk mengambil mata kuliah yang diperkirakan dapat memperbaiki IPK nya pada akhir

Pengendalian penyakit CVPD dengan PTKJS yang meliputi penggunaan bibit jeruk berlabel bebas penyakit, pengendalian serangga penular CVPD dan sanitasi kebun serta

Dengan berbekal Surat Permohonan Praja dan proposal, maka mahasiswa dapat memulai pelaksanaan praja di tempat yang sudah direncanakan, sekaligus menjadi tempat