• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PENDAFTARAN"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

MS 1S0 9002

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SEMAMBU

25350 KUANTAN

(Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104)

www.polisas.edu.my

SESI DISEMBER 2017

Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:-

a) Maklumat Am

b) Maklumat Pendaftaran

c) Borang-borang Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini,

fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.

2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1

– HEP 6) dan

borang-borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 &

BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja) yang disediakan.

3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada

hari pendaftaran.

(2)

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Senarai Semak 3

A. Maklumat Am 4

1. Panduan Untuk Ke Polisas 4

2. Peringatan Sebelum Pendaftaran 4

3. Yuran Dan Bayaran Lain 4

4. Kemudahan Tempat Tinggal 8

5. Bantuan Kewangan 8

6. Rupadiri 8

7. Hal-Hal Lain 11

B. Maklumat Pendaftaran 12

1. Hari Pendaftaran 12

2. Perkara-Perkara Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran 12

3. Pakaian Dan Rupadiri Semasa Pendaftaran 13

4. Prosedur Pendaftaran 13

5. Hal-Hal Lain 14

C. Borang-Borang Pendaftaran 14

(3)

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PROGRAM DIPLOMA

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD

SHAH SESI DISEMBER 2017

TARIKH : 19/11/2017 (AHAD)

9.00pagi – 12.30tghari

(4)

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PROGRAM PRA DIPLOMA

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD

SHAH SESI DISEMBER 2017

TARIKH : 27/11/2017 (ISNIN)

(5)

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Semak dan tandakan  pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri.

1. Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) yang mengandungi : 1.1 Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi

i. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR ii. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

iii. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN iv. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG v. HEP 5 : AKUAN PELAJAR

vi. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR

vii. BHHP7* : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)

viii. BHHP8* : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3/5 ORANG SE BILIK ix. BHHP9* : IKRAR KAMSIS

*BHHP7-9 adalah bagi pelajar yang ditawarkan asrama sahaja.

1.2 Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan pinjaman/biasiswa

1.3 Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

2. Salinan Slip Bayaran Yuran Pengajian berjumlah RM200.00 Salinan Slip Bayaran Yuran Asrama berjumlah RM60.00

Slip Wang Tunai Masuk BANK ISLAM BERHAD RM600.00 untuk Bayaran Pendaftaran/Pelbagai & MTS

3. Gambar warna terbaru (berukuran pasport) 8 keping

(6)

A.

M A K L U M A T A M

Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISAS dengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS

Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini (Lampiran). Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila

perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Politeknik. 2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Kementerian Pendidikan Tinggi juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik.

b. Lengkapkan semua borang pendaftaran (Borang HEP & BHHP) sebelum diserahkan kepada POLISAS semasa melapor diri.

3. YURAN & BAYARAN LAIN

Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum melapor diri pada hari yang telah ditetapkan. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran tidak dibenarkan.

SILA AMBIL PERHATIAN. Bayaran boleh dibuat mulai 30/10/2017

Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah.

a. Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian, Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama (jika ditawarkan) dan Bayaran 3 iaitu Pendaftaran/Pelbagai. Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya.

b. Dokumen Pembayaran perlu dibawa dan ditunjukan sebagai bukti semasa melapor diri nanti. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menjelaskan sebarang bayaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (Money Order), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima.

c. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta, DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja hendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS dengan segera ditalian 09-5663104 untuk membenarkan calon mendaftar secara atas talian (on-line). Surat atau dokumen asal penaja hendaklah dibawa bersama semasa melapor. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penaja atau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran seperti biasa.

NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran mereka.

(7)

3.1 KADAR BAYARAN YURAN PELAJAR BAHARU KURSUS DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA

(LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK, SIJIL MODULAR KOLEJ KOMUNITI, SIJIL IKM, SIJIL KEMAHIRAN.)

KURSUS

DKA, DSB, DGU,

DEE, DTK, DEP,

DKM, DAD, DAT,

DSK, DBS, DLS,

DTM, DMH

IPP, IPS

CARA BAYARAN

YURAN PENGAJIAN RM200.00 RM200.00 Mesin ATM / Mesin Cash

Deposit di BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

*RUJUK KAEDAH BAYARAN

YURAN PENGAJIAN/ASRAMA YURAN ASRAMA

(JIKA DITAWARKAN)

RM60.00 RM60.00 Mesin ATM / Mesin Cash Deposit di BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

*RUJUK KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA YURAN

PENDAFTARAN

RM600.00 RM150.00 Bank-in ke dalam akaun nombor 06082010020571 atas nama “Koperasi Politeknik

Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad” di BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

*RUJUK KAEDAH MEMBAYAR BAYARAN PENDAFTARAN *PERINGATAN :

1) BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN ASRAMA DILAKUKAN DALAM 2 TRANSAKSI YANG BERBEZA TETAPI KAEDAH BAYARAN YANG SAMA.

2) PASTIKAN ANDA MENDAPAT 2 RESIT YANG BERBEZA BAGI PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA.

3) SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI HALAMAN SETERUSNYA. 4) JANGAN MASUKKAN KESEMUA BAYARAN YURAN KE DALAM AKAUN YURAN PENDAFTARAN BAGI MEMUDAHKAN PROSES PENDAFTARAN ANDA.

Nama Kursus :

NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka. DKA – Diploma Kejuruteraan Awam (DA001)

DSB – Diploma Seni Bina (DA005) DGU – Diploma Geomatik (DA010)

DEE – Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DE007) DKM – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DM001)

IPP – Pra Diploma Perdagangan (PP001)

DAD – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DM002)

DSK – Diploma Sains Kesetiausahaan (DP007) DBS – Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DP013)

DLS – Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DP010) DTM – Diploma Teknologi Makanan (DT001)

DMH - Diploma Teknologi Makanan (Pengurusan Halal) (DT002) IPS – Pra Diploma Sains (PS001)

(8)

3.2 KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.Berikut adalah Nama Bank bagi pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Kamsis (Asrama):

Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB). Bayaran tersebut hanya boleh dibuat melalui saluran berikut:

a. Perkhidmatan Mesin ATM BIMB

b. Perkhidmatan Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB

A PERKHIDMATAN MESIN ATM BANK ISLAM 1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT 3. Pilih menu YURAN IPT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit ) 5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar 8. Transaksi selesai dan ambil Resit

B PERKHIDMATAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM 1. Pilih menu YURAN IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 3. Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang 5. Sahkan jumlah kemasukkan wang 6. Transaksi selesai dan ambil Resit

(9)

3.3 KAEDAH MEMBAYAR BAYARAN PENDAFTARAN/PELBAGAI DI BANK ISLAM (BIMB)

Berikut adalah Nama Bank, Nama Akaun dan No. Akaun Bank bagi pembayaran

Bayaran Yuran Pendaftaran:

Nama Bank

: BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

No. Akaun

: 06082010020571

Nama Organisasi

: KOPERASI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

KUANTAN BERHAD

Kaedah pembayaran Bayaran Pendaftaran hendaklah dibuat melalui Perkhidmatan

Bayaran di Kaunter Bank sahaja di mana-mana kaunter cawangan BANK ISLAM

(M) BERHAD (BIMB) dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran wang

tunai masuk.

Bayaran Yuran Pendaftaran juga boleh dibuat Mesin ATM/CDM dengan

memasukkan nombor akaun seperti di atas. Sila pastikan anda mendapat slip

bayaran selepas membuat bayaran.

*Sila Ambil Perhatian Bayaran Yuran Pengajian dan Pendaftaran adalah

akaun yang berbeza.

Sila baca maklumat panduan pembayaran dengan teliti sebelum membuat

bayaran.

(10)

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Pelajar dapat mengetahui sama ada mereka mendapat KAMSIS/ASRAMA atau tidak dengan mencetak maklumat bayaran di laman web http:/spmp.polisas.edu.my (RUJUK TATACARA PENDAFTARAN ONLINE).

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSIS POLISAS sila bawa:

a. Kain selimut.

b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai). c. Bantal dan sarung bantal.

d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam. e. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln. f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah) g. 1 keping gambar berukuran pasport.

h. Borang BHHP7 (2 salinan), BHHP8 dan BHHP9 yang diisi dengan lengkap.

i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa di kamsis.

j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam.

PELAJAR YANG MENDAPAT TAWARAN ASRAMA TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KENDERAAN SEPANJANG PENGAJIAN.

5. BANTUAN KEWANGAN

POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan (Surat Maklumat Pinjaman/Biasiswa PTPTN)

6. RUPADIRI

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di POLISAS. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam).

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti kokurikulum.

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus:

Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat.

(11)

6.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

b. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam.

f. Berseluar ‘slack’. g. Berkasut dan berstokin.

h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

6.1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

b. Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

TIDAK MELEBIHI

KOLAR BAJU TIDAK MENUTUPI TELINGA TIDAK MENUTUPI DAHI

6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

6.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.

b. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut. c. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa

pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

d. Berseluar yang tidak ketat.

e. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut yang berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.

6.2.2 Rambut

a. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan

TIDAK dibenarkan.

(12)

6.2.3 Perhiasan

Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan

LELAKI PEREMPUAN BAJU JENIS T-SHIRT BERKOLAR DAN BERLENGAN PENDEK KEMEJA BERLENGAN PENDEK/PA NJANG

BAJU MELAYU BAJU KURUNG BAJU KURUNG MODEN PAKAIAN KASUAL

CONTOH ETIKA PERPAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

CALON SISWA CALON SISWI

MUSLIM

CALON SISWI BUKAN MUSLIM

CALON SISWI BUKAN MUSLIM

(13)

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6.

7.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (mesin kira boleh juga dibeli di kedai koperasi).

7.3 Anggaran Perbelanjaan Pelajar (setahun).

Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan seorang pelajar setahun bagi mengikuti pengajian di

POLISAS.

Tempoh pengajian bagi kursus diploma adalah selama 3 tahun (6 semester) bagi lulusan SPM, lepasan Sijil Kolej Komuniti, Sijil Politeknik, Sijil IKM, SKM tahap 3

Perkiraan dibuat kepada dua kategori, tinggal di asrama dan di luar asrama. Penginapan di asrama adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar baru (lepasan SPM/SPMV sahaja).

Butiran Anggaran Perbelanjaan Setahun (RM) Asrama Luar Asrama YURAN

a. Yuran Pengajian RM200/semester b. Bayaran Lain (sepanjang pengajian) i. Kursus Diploma/Sijil Lepasan

SPM/SPMV

ii. Kursus Diploma Lepasan Sijil Politeknik

400.00 500.00 400.00 500.00 350.00 PENGINAPAN

(Bagi Luar Asrama:10 orang berkongsi sebuah rumah dengan purata sewa RM400.00/bulan) 60.00/sem 120.00 40 X 12 480.00 PENGANGKUTAN

(Bagi Luar Asrama: RM30.00/bln X 9 270.00 MAKAN

RM8.00/hari X 9 bulan 2160.00 2160.00 *BUKU & ALAT TULIS 150.00 150.00

JUMLAH 3330.00 3690.00 3540.00

Perkiraan di atas adalah berdasarkan kepada pelajar mengikuti kursus/berada di Politeknik selama 9 bulan bagi setahun, tidak termasuk cuti semester.

Makanan yang disediakan di asrama adalah secara kafetaria.

* Kebanyakan sumber buku rujukan pelajar adalah dari perpustakaan dan nota pensyarah.

(14)

B. M A K L U M A T P E N D A F T A R A N

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLISAS pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran dan Slip Pendaftaran Online Pelajar. 2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

2.1 Dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN YANG DISAHKAN seperti yang berikut:- a. Kad Pengenalan,

b. Surat Tawaran ke Politeknik,

c. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V), d. Sijil Berhenti Sekolah,

e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan

(terutamanya yang mewakili negara dan negeri), f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan),

g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:- (i) Borang Maklumat Peribadi Pelajar – HEP 1;

(ii) Laporan Pemeriksaan Doktor– HEP 2;

(ii) Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan – HEP 3; (iii) Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – HEP 4;

(iv) Akuan Pelajar – HEP 5; (v) Aku Janji Pelajar – HEP 6;

(vi) Borang Kamsis BHHP7, BHHP8 dan BHHP9.

h. Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuk semakan, anda tidak layak didaftarkan)

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan semua salinan Slip Pembayaran perlu dibawa semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Bagi salinan slip yang hanya dicop sahaja dan tidak dicetak komputer, pengesahan dari pihak bank berkenaan adalah perlu.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda

berhenti dari menjadi pelajar POLISAS.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.

2.3 8 keping gambar berwarna yang terbaru berukuran PASPORT. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Bagi pelajar perempuan pula, mereka hendaklah berpakaian dengan sopan serta tidak mendedahkan bahagian bahu dan untuk pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

(15)

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

a) pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja . Pelajar-pelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi Pelajar- pelajar-pelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolok mata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan.

b) Berkasut* serta berstokin.

c) Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (track bottom) adalah dilarang. (* Sila rujuk Maklumat Am – Bahagian 6 – Rupadiri).

e) Pelajar digalakkan membawa payung atau baju hujan untuk kegunaan semasa berlaku hujan.

4. PROSEDUR PENDAFTARAN

Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan. Sekiranya pelajar ditawarkan tinggal di Asrama anda hendaklah membuat pendaftaran di Kamsis. Mana-mana pelajar yang tidak ditawarkan asrama, sila daftar pada tempat yang telah ditetapkan.

4.1 Pendaftaran Pengajian dan Asrama (Di Kamsis)

TAMAT

- Ambil Kunci (jika berkaitan) - Serahan borang BHHP7, BHHP8, BHHP9 Semakan Dokumen MULA Lengkap KAUNTER INDUK

Pastikan semua dokumen ASAL seperti berikut dapat dikemukakan kepada urusetia.

a. Kad Pengenalan.

b. Semua salinan slip Bayaran c. Surat Tawaran ke Politeknik. d. Sijil atau Slip Keputusan

Peperiksaan SPM/SPM(V). e. Sijil Berhenti Sekolah. f. Dokumen ko-kurikulum yang

berkaitan (terutamanya yang mewakili negara dan negeri). g. Surat Akuan/Testimonial

Sekolah (jika berkaitan). h. Dokumen cetakan daftar on-line

(16)

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pelajar lelaki dikehendaki membawa BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG DAN SELUAR SLACK HITAM.

5.2 Bagi pelajar perempuan pula dikehendaki membawa BAJU KURUNG PUTIH (BAJU SEKOLAH), KAIN SARUNG HITAM & TUDUNG BERWARNA GELAP (HITAM) untuk digunakan semasa mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa.

5.3 Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa (MTS).

5.4 Pelajar digalakkan membawa payung atau baju hujan untuk kegunaan semasa Minggu Transformasi Siswa.

Sila rujuk aturcara Minggu Transformasi Siswa seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelajar POLISAS. (Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran)

C. BORANG – BORANG P E N D AF T AR AN

Borang-borang pendaftaran yang mesti dilengkapkan dan dibawa bersama pada hari pendaftaran adalah seperti berikut:

1. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR 2. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

3. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN 4. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG 5. HEP 5 : AKUAN PELAJAR

6. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR

7. BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)

8. BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3/5 ORANG SE-BILIK 9. BHHP9 : IKRAR KAMSIS

Borang-borang pendaftaran di atas boleh diperolehi dengan memuat turun kesemuanya di http://spmp.polisas.edu.my di bawah menu Maklumat Am Pendaftaran.

(17)

ARAHAN

1.

Lalu-lintas dan Tempat Letak Kenderaan

Peringatan penting bagi calon yang datang dengan kenderaan sendiri, sila

ke tempat letak kereta yang disediakan. Anda dilarang membawa

kenderaan masuk ke setiap kamsis supaya tidak berlakunya kesesakan

lalu-lintas di kawasan kampus. Calon juga digalakkan membawa satu kenderaan

sahaja dan mematuhi arahan pegawai lalu-lintas yang bertugas.

2.

Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika ditawarkan Asrama) dibayar di

mana-mana cawangan BIMB berhampiran sebelum melapor diri. Ingat!

sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan apabila calon

telah mendaftar.

3.

Borang HEP & BHHP.

Calon dikehendaki melengkapkan semua borang HEP & BHHP yang

disediakan sebelum hadir melapor diri. Borang-borang tersebut hendaklah

diserahkan di kaunter yang disediakan semasa melapor diri.

4.

Daftar Secara Atas Talian. (Rujuk Manual “DAFTAR SECARA ON-LINE”)

Sila layari website POLISAS di

http://spmp.polisas.edu.my

ruangan

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2016 untuk membuat pendaftaran

secara atas talian (on-line). Pendaftaran ini boleh dibuat selepas

satu hari

dari tarikh pembayaran yuran pengajian, asrama (jika ditawarkan) dan

bayaran pendaftaran yang telah dibuat di bank-bank berkenaan.

5.

Bayaran Pendaftaran.

Sila buat bayaran yuran pendaftaran melalui SLIP WANG TUNAI MASUK

BANK ISLAM BERHAD (BIMB) di mana-mana cawangan BIMB dengan

jumlah wang mencukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku

Panduan Pendaftaran.

6.

Dokumen Pendaftaran

Calon-calon hendaklah memastikan semua dokumen yang dikehendaki

dibawa semasa lapor diri. Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yang

telah ditetapkan. Kepada ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlah

meninggalkan kampus setelah calon selesai mendaftarkan diri ke asrama.

7.

Calon Tajaan

Mana-mana calon yang menerima tajaan, sila poskan/faxkan salinan surat

tajaan ke POLISAS sebelum melapor diri untuk membolehkan calon

mendaftar secara atas talian (on-line).

8.

Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai.

Sekian terima kasih.

(18)

Senarai Hotel Di Kuantan Berdekatan Dengan POLISAS

Bil. Nama Hotel Dan Alamat No.Tel/Fax/Web *Harga Bilik

1.

Makmur Inn (POLISAS)

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu 25350 KUANTAN 09 – 565 5300 09 – 566 3104 (Fax) http://www.polisas.edu.my RM 80 – RM 130 2.

Hotel Seri Malaysia Kuantan

Jalan Telok Sisek 25000 KUANTAN 09 – 513 6666 09 – 514 7788 (Fax)http://www.serimalaysia.com.my RM 140 – RM 160 3.

Grand Continental Hotel

Jalan Gambut 25000 KUANTAN 09 – 515 8888 09 – 515 9999 (Fax) http://www.ghihotels.com.my RM 170 – RM 220 4. Vistana Hotel

Jalan Teluk Sisek 25000 KUANTAN 09 – 517 8000 09 – 517 8400 (Fax) http://www.vistanahotels.com RM 220 – RM 275 5.

Mega View Hotel

Lot 567, Jalan Besar 25000 KUANTAN 09 – 517 1888 09 – 556 3999 (Fax) http://www.megaviewhotel.com RM 120 – RM 245 6. M.S. Garden Hotel

Lot 5 & 10, Lorong Gambut Off Jalan Beserah

25300 KUANTAN 09 – 511 8888 09 – 517 7016 (Fax) http://msgarden.com.my Dari RM 256 7.

Shahzan Inn Kuantan

Jalan masjid 25000 KUANTAN 09 – 513 6688 09 – 513 5588 (Fax) http://www.shahzaninn.com Dari RM 165 8.

Citiview Hotel Kuantan

Lot 113, Seksyen 19 Jalan Haji Abdul Aziz 25000 KUANTAN

09 – 555 3888

http://www.citiviewhotel.com Dari RM 200

9.

Hotel Sentral Kuantan

No. 45-P, Jalan Besar 25000 KUANTAN 09 – 565 9999 09 – 565 9988 (Fax) http://www.hotelsentralkuantan.com.my Dari RM 120 10.

Hotel Zenith Kuantan

Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 KUANTAN 09 – 565 9595 09 – 565 9500 (Fax) http://www.thezenithhotel.com Dari RM 225 11.

Grand City Kuantan

B92, Ground Floor

Sri Pahang Business Centre 25300 KUANTAN 09 – 517 2222/517 2333 09 – 517 2150 (Fax) http://www.grandcityhotel.com.my RM 80 – RM 168 12. Exclusive LA Hotel

B-92, Jalan Dato Lim Hoe Lek 25200 KUANTAN 09 – 513 9693/514 2314 09 – 513 6167 (Fax) http://www.exclusivelahotel.com RM 95 – RM 140 13. Greenlast Hotel

No. A-37, Jalan Air Putih 25300 KUANTAN 09 – 513 3061 09 – 513 3072 (Fax) http://www.greenlasthotel.com RM 80 – RM 150 14. Greenleaf Hotel

No. 60-62, Jalan Bukit Ubi 25300 KUANTAN 09 – 515 9966 09 – 513 3072 (Fax) http://www.greenlasthotel.com RM 88 – RM 120 15.

Classic Hotel Kuantan

No. 7, Banguan LKNP, Jalan Besar 25000 KUANTAN 09 – 516 4599 09 – 513 4141 (Fax) http://classichotelkuantan.com Dari RM 75 16.

Hyatt Regency Kuantan Resort

Telok Chempedak 25050 KUANTAN 09 – 518 1234 09 – 567 7577 (Fax) http://kuantan.regency.hyatt.com Dari RM 383 17.

Crystal City Hotel

A-231, Mezannine Floor Jalan Air Putih

25300 KUANTAN

09 – 567 1166 09 – 567 4094 (Fax)

http://www.crystalcityhotel.com.my

RM 69 – RM 99

* Harga bilik adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

(19)

PELAN LALUAN KE POLISAS

(20)

PELAN LALUAN

KE TEMPAT LETAK KERETA POLISAS

HARI PENDAFTARAN

Lampiran

/ B

PENDAFTARAN ASRAMA KAMSIS B- Pelajar Lelaki KAMSIS C – Pelajar Perempuan

(21)

BHHP7

KAMSIS POLISAS

PERJANJIAN JAMINAN TATATERTIB

(Sila isi dalam DUA salinan dengan menggunakan HURUF BESAR)

Nama: ____________________________________No. Pendaftaran________________Jantina:_________________ Alamat surat menyurat:_____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ Negeri asal: ______________________________________________Tarikh lahir:______________________________ No. K.P.:___________________________________Tempat dikeluarkan:_____________________________________ Nama ibu/bapa/penjaga:__________________________________________________No. Tel. (R)________________ Hubungan dengan penjaga:_________________________________________________________________________

LAFAZ PERJANJIAN

Saya _________________________________________________________________ dengan ini mengaku dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Kamsis POLISAS termasuk kesemua pindaan terhadapnya dari masa ke semasa selama saya menjadi penghuni di sini dan sanggup menerima sebarang hukuman yang berkaitan; termasuk sepertimana yang tersenarai di bawah ini. Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan dari mana-mana pihak.

1. Setelah melakukan tiga kesalahan dan diberi amaran secara bertulis.

Hukuman: Tidak dibenarkan tinggal di Kamsis, memasuki kawasan Kamsis dan menggunakan kemudahan di

Kamsis selama satu (1) semester.

2. Bermalam di luar tanpa kebenaran Pengurus Kamsis.

Hukuman: Seperti nombor 1 di atas.

3. Lewat pulang ke Kamsis tanpa alasan yang munasabah serta telah dua kali diberi surat amaran.

Hukuman Seperti nombor 1 di atas.

4. Membuat penyambungan elektrik tanpa pengetahuan/kebenaran Pengurus Kamsis (sambungan haram)

Hukuman: Tidak dibenarkan tinggal di Kamsis, memasuki kawasan Kamsis dan menggunakan kemudahan di

Kamsis sepanjang tempoh pengajian di POLISAS.

5. Merosakkan/memusnahkan dan menyalahgunakan harta-benda termasuk perabot dan bangunan Kamsis POLISAS.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

6. Menyimpan/memiliki senjata yang boleh dianggap mengancam keselamatan penghuni Kamsis yang lain dan kakitangan POLISAS (seperti pisau, kapak, buku lima dan lain-lain)

(22)

7. Membawa atau makan/minum makanan yang haram di sisi Agama Islam ke kawasan Kamsis.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

8. Membawa atau membenarkan pelawat/setinggan (bukan penghuni Kamsis) masuk ke kawasan larangan atau bermalam di mana-mana bilik Kamsis POLISAS.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

9. Melibatkan diri dengan dadah/kumpulan haram/berjudi/peras ugut/kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

10. Menceroboh masuk ke kawasan Kamsis pada waktu yang tidak dibenarkan berada di Kamsis (seperti semasa cuti pengajian).

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

Tarikh:

Tandatangan pelajar di hadapan

Pengurus Kamsis Tandatangan ibu/bapa/penjaga

KEGUNAAN PEJABAT KAMSIS

No. Bilik :____________________ No. Pendaftaran:____________________ Catatan Waden/Felo: _____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________

(23)

BHHP8

KAMSIS POLISAS

PERSETUJUAN PELAJAR UNTUK TINGGAL TIGA / LIMA ORANG SE-BILIK

Saya ______________________________________________________________________ No. Kad Pengenalan ____________________________________ bersetuju untuk tinggal tiga / lima orang se-bilik di kamsis jika diarahkan dan apabila keadaan memerlukan saya berbuat demikian.

Tandatangan pelajar:_________________________________Tarikh:__________________

(24)

BHHP9

KAMSIS POLISAS

PERJANJIAN PELAJAR & JAMINAN IBU/BAPA/PENJAGA

1. Saya ______________________________________________________________________________ No. Kad Pengenalan ____________________________________ mengaku akan mematuhi segala peraturan-peraturan Kamsis Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan segala arahan dari masa ke semasa baik secara lisan ataupun secara bertulis yang telah, sedang dan akan diberikan semasa tinggal di Kamsis dan juga sedia menerima hukuman sekiranya saya didapati melanggar peraturan-peraturan Kamsis tersebut.

Tandatangan pelajar:_______________________________________ Tarikh:____________________________

2. Saya ____________________________________________________________________________ No. Kad Pengenalan __________________________________ sebagai ibu/bapa/penjaga kepada pelajar tersebut di atas berjanji akan menjelaskan segala bayaran Kamsis yang akan dikenakan pada masa yang ditetapkan. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak berkuasa Kamsis untuk mengambil sebarang tindakan yang perlu bersabit dengan kesalahan yang mungkin dilakukan oleh anak/jagaan saya semasa tinggal di Kamsis Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Tandatangan: Tarikh:

ibu/bapa/penjaga:

Tandatangan Saksi: Tarikh (Ketua kampung/Pegawai Kumpulan A)

Nama: No. K.P.:

Cop rasmi:

KEGUNAAN POLITEKNIK

Tarikh Butiran Tindakan

LEKATKAN GAMBAR

WARNA UKURAN PASPORT

Referensi

Dokumen terkait

Berhubung dengan perkara di atas, saudara perlu mendapat pengesahan dari Jabatan yang dinyatakan dibawah sebelum surat berhenti pengajian dikeluarkan5. Pengesahan ini adalah

Surat pengesahan dari doktor Hospital Kerajaan hendaklah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar secara e-mel: [email protected] sebelum lapor diri. i)

Bagi Anugerah Rakan UCTC Cemerlang, anugerah khas akan diberikan untuk mengiktiraf rakan NGO, komuniti, industri/korporat, agensi kerajaan dan persatuan pelajar di

Pastikan semua borang pendaftaran (HEP1 – HEP6) telah dilengkapkan sebelum mendaftar dan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Calon hanya akan didaftarkan sebagai pelajar

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam

Berdasarkan laporan doktor, pelajar tidak layak mengikuti pengajian di KUIS kerana: Proses semakan dan pengesahan perlu dilakukan di sesi yang lain kerana pelajar tidak membawa laporan

Sertakan Surat Jaminan / Pengesahan majikan K/Kerajaan,Panel HUKM,Pesara Tindakan Urusetia Tarikh terima : Tarikh daftar: BORANG PENDAFTARAN H HOOSSPPIITTAALL CCAANNSSEELLOORR

Bagi orang tua peserta yang bekerja pada usaha budidaya dan/atau pengolahan hasil Perkebunan Kelapa Sawit, dilengkapi dengan Surat Keterangan dari pimpinan unit kerja atau pemilik usaha