• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENDAFTARAN Tindakan yang perlu diambil oleh Calon Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS Menarik Diri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PANDUAN PENDAFTARAN Tindakan yang perlu diambil oleh Calon Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS Menarik Diri"

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PANDUAN PENDAFTARAN

 Tindakan yang perlu diambil oleh Calon 02 - 03

 Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS

 Menarik Diri

CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2017/2018

Carta alir proses pendaftaran Universiti

Carta alir proses pendaftaran secara online (E-daftar)

Carta alir semasa lapor diri

04 - 07

PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI 08 - 13

 Dokumen yang perlu disediakan

 Borang yang perlu dilengkapkan

 Proses Pembayaran Yuran Pengajian

 Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pelajar

 Biasiswa / Tajaan / Pinjaman

 Pemeriksaan Kesihatan

 Keperluan Peribadi

 Melapor Diri

SEMASA LAPOR DIRI 14 - 17

 Maklumat semasa ketibaan

 Dokumen yang perlu dibawa

 Sahsiah rupa diri

SELEPAS LAPOR DIRI 18-19

 Program Minggu Suai Mesra (MSM)

 Pakaian Minggu Suai mesra

 Pendaftaran Kursus

SENARAI SEMAK 20 - 23

BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI 24

MAKLUMAT UMUM 25 - 28

SOALAN-SOALAN LAZIM 29 - 32

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN 33 - 35

(3)

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON

1. Calon hendaklah mencetak surat tawaran dalam talian dan hendaklah dibawa bersama semasa Pendaftaran Universiti.

2. Calon hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaranmelalui talian (Online E-Daftar) dalam tempoh 10 hari (04 – 13 Ogos 2017) daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Universiti tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran tersebut.

Pengesahan tawaran boleh dibuat melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Untuk makluman pihak Universiti tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN.

Nota:

Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat, keputusan tersebut tidak boleh lagi dipinda.

Penolakan tawaran pada sesi ini tidak memberi kesan kepada permohonan anda untuk sesi akan datang.

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UMS

1. Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

i. Saudara/i diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS yang dibuka bermula 04 sehingga 13 Ogos 2017.

ii. Tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti Malaysia Sabah.

iii. Program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

iv. Tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya sekiranya pihak Universiti mendapati maklumat kelayakan masuk adalah tidak benar / manipulasi maklumat.

v. Tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

vi. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak dengan mana-mana pihak.

vii. Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan dan perlu memohon semula untuk kemasukan pada masa akan datang.

viii. Pihak UMS berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya didapati calon tidak memenuhi syarat kelayakan masuk.

ix. Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Malaysia Sabah.

x. Dengan penerimaan tawaran ini bermakna calon bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti Malaysia Sabah.

xi. Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh Universiti Malaysia Sabah.

(4)

xii. Sila bawa kad pengenalan dan sijil-sijil asal (Sijil Lahir, Sijil SPM, Sijil STPM / STAM / Diploma dan Transkrip, Slip Keputusan MUET, Surat dari penaja Kewangan (sekiranya ada)) semasa lapor diri.

xiii. Saudara/i diwajibkan lulus ujian Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya mendapat Band 3 sebagai syarat pengijazahan sebelum menamatkan pengajian.

2. Calon yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, terutama guru / guru pelatih perlu menunjukan surat kebenaran dan pelepasan melanjutkan pelajaran dari majikan (Kementerian Pelajaran Malaysia). Surat Kebenaran hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya walaupun pelajar telah mendaftar sebagai seorang pelajar Universiti jika gagal menunjukkan surat kebenaran majikan.

3. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB :

i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU);

ii. Mematuhi Peraturan Kaedah Pengajian Prasiswazah, Peraturan Asrama Universiti, Peraturan Perpustakaan serta peraturan-peraturan lain Fakulti / Pusat yang berkenaan;

iii. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti;

iv. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga;

v. Menghormati para Pegawai Universiti;

vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Universiti dan Negara;

vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;

viii. Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti;

ix. Mematuhi Etika Pakaian Universiti;

4. Pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Universiti;

5. Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-syarat tersebut di atas.

MENARIK DIRI

1. Jika pelajar telah menerima tawaran ini dan melapor diri tetapi kemudiannya menarik diri dari pengajian, bayaran yang layak dituntut (rujuk muka surat 11).

(5)
(6)

CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2017/2018

Portal Kementerian Pelajaran Malaysia upu.mohe.gov.my atau http://jpt.ums.edu.my

Semak Status Kemasukan

BERJAYA

Laman Semakan Keputusan

03 Ogos 2017 Melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS TIDAK BERJAYA

E-Rayuan

Pengesahan Setuju Terima

YA TIDAK

Data akan digugurkan

Cetak Surat Tawaran Online

04 -13 Ogos 2017

Calon jaya membuat pengesahan setuju terima / tolak tawaran melalui laman web

http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS [ Calon hendaklah memberi maklumbalas

dalam tempoh yang ditetapkan ]

Pendaftaran Universiti Secara Online

Lapor Diri Kolej Kediaman

04 – 25 Ogos 2017

Calon jaya boleh cetak surat tawaran online melalui laman web

http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS 05 - 30 Ogos 2017

Sila rujuk Carta Alir Pendaftaran Secara Online Sesi 20187/201 di muka surat 6 Catatan : Calon yang tidak dapat membuat

pendaftaran secara online wajib menyelesaikan pendaftaran sebelum minggu

MSM bermula 03-04 September 2017

Calon jaya melapor diri di Kolej Kediaman yang telah ditetapkan seperti di dalam

surat tawaran

MULA

(7)

CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ONLINE (E-DAFTAR)

Login

Langkah 1 : Perakuan Pelajar

Kemaskini Maklumat

Kemaskini / lengkapkan maklumat peribadi, ibu bapa, kesihatan dan maklumat bank

Langkah 2-5: Mengemaskini Maklumat

Langkah 7 : Muat Naik Gambar

Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pembayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad:

i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.

ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.

iii.Kaunter Bank Islam di mana-mana cawangan seluruh Malaysia

Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:

i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi semua pemegang akaun bank.

ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.

iii.Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.

Muat Naik Gambar

Sila muat naik gambar yang bersesuaian mengikut garis panduan yang diberikan

MULA

TAMAT

Sistem Pendaftaran Universiti

Masukkan no. matrik sebagai username dan nombor kad pengenalan sebagai password

http://smp.ums.edu.my/edaftar

Langkah 8 : Cetak Slip Pengesahan Langkah 6 :Pembayaran Yuran Pengajian

(8)

CARTA ALIR SEMASA LAPOR DIRI

Pendaftaran masuk di Kolej Kediaman masing-masing seperti yang dinyatakan

pada surat tawaran

Mendapatkan senarai semak pendaftaran dan kunci bilik

Menyimpan barang di bilik masing-masing

Mengikuti MSM

MULA

SELESAI

Terima pakej MSM Lengkap E-daftar?

Melengkapkan E-daftar 1. Kaunter Bendahari

2. Kaunter BPA

TIDAK

YA

(9)
(10)

Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;

1. MENYEDIAKAN BAHAN / DOKUMEN BERIKUT:-

• Salinan Surat Tawaran

Salinan Kad Pengenalan Salinan Sijil Kelahiran

Salinan Sijil SPM

Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan Salinan Sijil Keputusan MUET

CATATAN : SILA MASUKKAN SALINAN DOKUMEN TERSEBUT KE DALAM FAIL PELAJAR YANG DIBERIKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

2. Lengkapkan semua borang / dokumen berikut yang boleh dimuat turun melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS atau dalam Buku Panduan Pendaftaran dan bawa semasa lapor diri.

• UMS/HEP/01Ikrar

UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian

UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar

Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan)

Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)

3. PROSES PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR

Yuran pengajian hendaklah DIJELASKAN sebelum pelajar membuat proses pendaftaran Universiti melalui e-Daftar secara online.

Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk melalui Bil Pelajar dan Buku Panduan Pendaftaran (muka surat 12).

Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk membuat bayaran secara TUNAI di Kaunter Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah.

Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Jabatan Bendahari menerima pengesahan Terimaan bayaran daripada pihak bank.

Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum, pengesahan bayaran hanya akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.

Sila pastikan status bayaran pelajar di dalam e-Daftar telah dikemaskini oleh pihak Jabatan Bendahari sebelum tarikh tutup proses pada 30 Ogos 2017.

Sila buat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan kesulitan semasa hari pendaftaran.

• Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UMS seperti berikut:

Salinan sijil perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara / Cawangan.

Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon / Pesuruhjaya Sumpah / Ketua Kampung / Pengerusi JKK

Sila muat turun borang pada laman web bpa.ums.edu.my/Sem akanUMS

(11)

Kampus Induk K.K Kampus Antarabangsa Labuan (KAL)

Fakulti Pertanian Lestari (FPL)

Emel bkpums@ums.edu.my terimaankal@ums.edu.my bendaharifpl@gmail.

com

No. Telefon 088-320000

(Samb. 1019/1060/1116/1120/1432/1855) 087-466915 089-248100 (Samb. 8120/8121) No. Faks 088-320235 (u/p: Bahagian Kewangan Pelajar) 087-465152 089-220703

Kaunter

i. Jabatan Bendahari, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori.

ii. Anjung Siswa,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Aras 4, Bangunan Menara. Zon Operasi Kewangan Sains.

4. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR

• Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:

i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.

ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.

iii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.

• Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:

i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi semua pemegang akaun bank.

ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.

iii. Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.

5. BIASISWA / TAJAAN / PINJAMAN

Pelajar yang mendapat biasiswa / tajaan / pinjaman, DIWAJIBKAN untuk mengemukakan surat tawaran tajaan tersebut kepada Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah semasa hari pendaftaran atau pada bila – bila masa setelah mendapat tawaran daripada pihak penaja.

Sila pastikan maklumat penaja sentiasa dikemaskini di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul.

6. AKAUN BANK ISLAM

Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Walaubagaimanapun, deposit minimum sebanyak RM10.00 adalah diperlukan bagi tujuan pengaktifan akaun tersebut.

Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran yuran pengajian melalui kaedah:

i. Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine) ii. Pindahan Wang melalui Perbankan Internet

Pelajar yang memohon PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk membuka akaun Bank Islam bagi tujuan kemasukan

(12)

duit pembiayaan PTPTN.

Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan memberikan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di universiti.

7. PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN

• Pelajar WAJIB menjelaskan Yuran Pengajian sepenuhnya sebelum TARIKH LAPOR DIRI.

(13)

STRUKTUR YURAN PENGAJIAN PRASISWAZAH MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN

YURAN

BIDANG SAINS &

TEKNOLOGI MAKLUMAT

BIDANG SASTERA

BIDANG KEJURUTERAAN

BIDANG PERUBATAN

(RM) (RM) (RM) (RM)

(l) Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh

Pengajian Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu 515.00 490.00 515.00 515.00 (Pendaftaran

Kemasukan) (ll) Bayaran Setiap

Semester Yuran Pengajian 960.00 865.00 1,040.00 1,240.00 - 18 minggu /

Semester Yuran Asrama 665.00 665.00 665.00 665.00

(2 Semester

Setahun) Yuran Akreditasi - - 50.00 -

Jumlah 1,625.00 1,530.00 1,755.00 1,905.00

(lll) Bayaran Setiap Permulaan Sesi

(Tahunan)

Yuran Insuran Kelompok 25.00 25.00 25.00 25.00

Yuran Keahlian Persatuan Mahasiswa 5.00 5.00 5.00 5.00

Jumlah 30.00 30.00 30.00 30.00

JUMLAH KESELURUHAN

2,170.00 2,050.00 2,300.00 2,450.00 (PELAJAR BAHARU)

JUMLAH YURAN UNTUK 3 TAHUN PENGAJIAN

6,365.00 5,770.00 - 8,045.00 (TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)

JUMLAH YURAN UNTUK 3 TAHUN SETENGAH PENGAJIAN

(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA) - 6,665.00 - -

JUMLAH YURAN UNTUK 4 TAHUN PENGAJIAN

8,315.00 7,530.00 9,355.00 10,555.00 (TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)

JUMLAH YURAN UNTUK 5 TAHUN PENGAJIAN

- - - 13,065.00

(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)

(14)

Sains Sastera Kejuruteraan Perubatan

i. Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian

• Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu

ii. Bayaran Setiap Tahun / Sesi

• Insuran Kemalangan Diri Berkelompok Pelajar

• Yuran Keahlian Persatuan Mahasiswa

iii. Bayaran Setiap Semester

Yuran Pengajian Per Semester

Termasuk yuran pengajian (jumlah bayaran bergantung kepada program), bayaran perkhidmatan Universiti, bayaran kebajikan pelajar dan lain-lain yang berkaitan.

Yu r an Asr ama

Yuran Akreditasi (Bagi pelajar di bidang Kejuruteraan)

iv. Pembayaran Balik Yuran Bagi Pelajar Yang Menarik Diri Dari Pengajian

Jika pelajar telah menerima tawaran ini dan mendaftar tetapi kemudiannya menarik diri daripada pengajian,bayaran yang layak dituntut adalah seperti berikut:-

2 minggu sebelum sesi kuliah bermula

Minggu Pertama hingga ke-8 selepas

sesi kuliah bermula

Selepas minggu ke-8 sesi kuliah

bermula

(I) Bayaran Sekali

Sepanjang Tempoh Pengajian (Pendaftaran Kemasukan)

Luput Luput

Luput (II)

Bayaran Setiap Semester -18 minggu/ Semester (2 Semester Setahun)

65% dari jumlah bayaran / yuran*

40% dari jumlah bayaran / yuran*

(III)

Bayaran Setiap Permulaan Sesi (Tahunan)

Luput Luput

HC / HG / HS / HY HA / HE / HP / HT HK

HM

BIDANG KOD PROGRAM

*Yuran Pengajian (mengikut program) dan Bayaran Perkhidmatan (RM30) SAHAJA.

(15)

Pengiraan Kadar Pemulangan Pelajar Tempatan

(a)Bidang Sains &Teknologi Maklumat (b)Bidang Sastera Yuran Kadar

Yuran

Pemulangan 65%

Pemulangan 40%

Kadar Yuran

Pemulangan 65%

Pemulangan 40%

Yuran Pengajian

(per program) 620.00 403.00 248.00 550.00 357.50 220.00 Bayaran

Perkhidmatan 30.00 19.50 12.00 30.00 19.50 12.00

Jumlah Keseluruhan 650.00 422.50 260.00 580.00 377.00 232.00

(c)Bidang Kejuruteraan (d)Bidang Perubatan Yuran Kadar

Yuran

Pemulangan 65%

Pemulangan 40%

Kadar Yuran

Pemulangan 65%

Pemulangan 40%

Yuran Pengajian

(per program) 700.00 455.00 280.00 900.00 585.00 360.00 Bayaran

Perkhidmatan 30.00 19.50 12.00 30.00 19.50 12.00

Jumlah Keseluruhan 730.00 474.50 292.00 930.00 604.50 372.00

*Perbezaan yuran yang tidak dipulangkan adalah disebabkan kos – kos yang telah terlibat semasa penerimaan tawaran.

8. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

i. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta dengan tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar UMS. Mereka yang menjalani pemeriksaan di hospital/klinik swasta dikehendaki mendapatkan pengesahan dari mana-mana hospital kerajaan.

ii. Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh lapor diri.

iii. Sila muat turun borang pemeriksaan pada laman web semakan ums (bpa.ums.edu.my/semakanUMS)

9. Keperluan Peribadi

Persiapan keperluan peribadi adalah seperti berikut:

Pakaian sukan dan kasut sukan

Pakaian formal dan kasut

Kelengkapan solat (sejadah dan lain-lain)

NOTA : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran.

10. Melapor Diri

Anda dikehendaki melapor diri pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Pelajar yang mendapat tawaran program pengajian di UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan UMS Sandakan akan terus melapor diri di UMS Kampus Antarabangsa Labuan / UMS Sandakan kecuali bagi program HC00 dan HC05 dikehendaki melapor diri di Kampus Kota Kinabalu.

(16)
(17)

1. LAPOR DIRI

Pelajar dikehendaki melapor diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:

• Lapor diri di Kolej Kediaman

Mendapatkan pakej Minggu Suai Mesra

Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisi lengkap seperti yang dikehendaki

Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa melapor diri. Pelajar adalah digalakkan untuk membuka akaun di Bank Islam. Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Walaubagaimanapun, deposit minimum sebanyak RM10.00 adalah diperlukan bagi tujuan pengaktifan akaun tersebut.

Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara dan darat, kaunter pengangkutan Universiti Malaysia Sabah disediakan pada 03 dan 04 September 2017 (Masa 8:00 pagi – 11:00 malam) kepada pelajar baharu sahaja mengikut lokasi seperti berikut :

Kampus Kota Kinabalu :

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 2. Terminal Bas Inanam

3. Terminal Feri, Jesselton Point, Kota Kinabalu

Kampus Antarabangsa Labuan 1. Lapangan Terbang Labuan 2. Terminal Feri Labuan

Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan : 1. Lapangan Terbang Sandakan

2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KAMPUS

Dokumen Asal

Semasa melapor diri, pelajar WAJIB membawa dokumen asal seperti berikut:

1. Kad Pengenalan 2. Sijil Kelahiran

3. Salinan Surat Tawaran 4. Sijil SPM

5. Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip 6. Sijil Keputusan MUET

7. Slip Pembayaran Yuran (Bank Islam) / Dokumen Bukti Bayaran 8. UMS/HEP/01 Borang Ikrar

9. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian 10. UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar

11. Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu disertakan) 13. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada).

14. Salinan Bil elektrik / air atas alamat pelajar yang yang terkini

(18)

NOTA:

• Sekiranya kehilangan sijil SPM / SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

• Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.

Dokumen Salinan

Sila sediakan dokumen berikut untuk tujuan permohonan bantuan kewangan / pinjaman mengikut susunan seperti di bawah:

1. Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa 2. Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa 3. Sijil SPM

4. Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip 5. Slip MUET

6. Salinan penyata akaun bank(pelajar) 7. Sijil Berhenti Sekolah

8. Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada) 9. Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada) 10. Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada)

11. Surat pengesahan daripada Penghulu / ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah /Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja);

a. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga

b. Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan

NOTA :

Perkara 1 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat

3. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MELAPOR DIRI DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN

a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i UMS.

b) Pelajar DILARANG berpakaian tidak sopan dan menjolok mata seperti berikut:

• Berselipar

• Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut

• Berbaju T tanpa kolar

• Berbaju tanpa lengan

• Berseluar terlalu ketat

• Berpakaian nipis

c) Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa universiti mengenali pelajar.

d) Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang

(19)
(20)
(21)

1. PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM)

Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) yang bermula pada tarikh lapor diri.Sebarang urusan peribadi seperti mengurus cuti belajar, perletakan jawatan atau menyelesaikan pemeriksaan perubatan, perlu dilakukan sebelum atau selepas Minggu Suai Mesra (MSM).

Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa / penjaga TIDAK DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan.

2. PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA

Pelajar Lelaki

2 pasang baju kemeja berwarna putih / krim

• 2 pasang seluar berwarna gelap (hitam / biru tua)

• 2 pasang track bottom

• Baju Melayu dan songkok hitam (bagi beragama Islam)

Pelajar Wanita

• 2 pasang baju kurung berwarna putih / krim

• Kain berwarna gelap (hitam / biru tua)

• 2 pasang track bottom

• Baju T lengan panjang berwarna gelap

Para pelajar juga diingatkan supaya membawa keperluan asas yang lain seperti cadar, sarung bantal, selimut, dan sebagainya.

3. PENDAFTARAN KURSUS

Bagi membolehkan seseorang pelajar mengikuti program dan menduduki peperiksaan akhir pelajar perlulah membuat pendaftaran kursus semasa Minggu Suai Mesra seperti ketetapan berikut :

Tarikh Kampus Masa Lokasi

8 September 2017 (Jumaat)

Kampus Kota Kinabalu 8.00 pagi – 12.00 tengahari

a)Pelajar lelaki – Makmal Komputer JTMK

b) Pelajar Perempuan – Megalab, Perpustakaan Kampus Antarabangsa

Labuan

2.00 petang – 4.30 petang

Makmal Serbaguna, KAL

Fakulti Pertanian Lestari,

Sandakan Makmal Komputer, FPL

(22)
(23)

SENARAI SEMAK SEBELUM LAPOR DIRI

1. Pengesahan tawaran (setuju terima / tolak tawaran) [ http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS ]

2. Melengkapkan Pendaftaran Universiti secara online (E-daftar)

 Login

 Langkah 1 : Perakuan Pelajar

 Langkah 2 : Mengemaskini Maklumat Peribadi

 Langkah 3 : Mengemaskini Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga

 Langkah 4 : Mengemaskini Maklumat Kesihatan

 Langkah 5 : Mengemaskini Maklumat Kewangan

 Langkah 6 : Membuat Pembayaran Yuran Pengajian [ Rujuk Muka Surat 10 ]

 Langkah 7 : Muat Naik Gambar

 Langkah 8 : Pengesahan

3. Membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta.

4. WAJIB melabel / memasang tag pada semua beg dengan butiran berikut :

 Nama

 Nombor telefon

 Alamat lengkap

 Kolej Kediaman (seperti dalam surat tawaran)

5. Menyediakan keperluan peribadi :

 Keperluan Mandian

 Pakaian Formal

 Pakaian Sukan

 Kelengkapan Solat

 Peralatan Kuliah

 Sarung Bantal

 Cadar

 Kasut Formal

 Kasut Sukan

 2 pasang baju kemeja berwarna putih / krim

 2 pasang baju kemeja berwarna putih / krim [Pakaian Minggu Suai Mesra – Lelaki]

 2 pasang seluar berwarna gelap (hitam / biru tua)

 2 pasang track bottom

 Baju Melayu dan songkok hitam (bagi beragama Islam)

 2 pasang baju kurung berwarna putih / krim

 Kain berwarna gelap (hitam / biru tua) [Pakaian Minggu Suai Mesra - Wanita]

 2 pasang track bottom

 Baju T lengan panjang berwarna gelap

6. Menyediakan dokumen Salinan Dokumen bagi tujuan Kewangan / Pinjaman seperti berikut :

 Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa

 Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa

(24)

 Salinan Sijil SPM

 Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip

 Salinan Slip MUET

 Salinan penyata akaun Bank Islam Malaysia Bhd (pelajar)

 Sijil Berhenti Sekolah

 Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada)

 Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada)

 Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada)

 Salinan penyata cukai ibu / bapa / penjaga (jika ada)

 Surat pengesahan daripada Penghulu / ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah

/Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja);

i. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga

ii. Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan

Menyediakan dokumen Salinan Dokumen bagi tujuan Fail Pelajar seperti berikut :

 Salinan Surat Tawaran

 Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)

Satu Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;

 Salinan Kad Pengenalan Pelajar

 Salinan Sijil kelahiran

 Salinan Sijil SPM

 Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan

 Salinan MUET

Sila masukkan semua dokumen diatas dalam fail pelajar yang akan diberikan semasa melapor diri mengikut susunan di bawah dan diserahkan semula ke Fakulti semasa program bersama Fakulti (Rujuk Jadual Minggu Suai Mesra yang akan Diberikan Kemudian)

NOTA :

dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat

 Sekiranya kehilangan sijil SPM / SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh LembagaPeperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

 Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar / ibu / bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dariPesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.

 Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar / ibu / bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara.

8. Resit Pembayaran Yuran Pengajian

(25)

SENARAI SEMAK SEMASA LAPOR DIRI

 Daftar masuk di Kolej Kediaman

 Terima Pakej MSM

 Mengikuti Program MSM

SENARAI SEMAK SELEPAS MINGGU SUAI MESRA

Serahkan dokumen ini di Kaunter Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori dalam tempoh 1 bulan dari tarikh lapor diri

 Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)

Wajib serahkan semua dokumen ini semasa hari pendaftaran Universiti

 UMS/HEP/01 Ikrar

 UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian

 UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar

 Borang Pemeriksaan Kesihatan

Penyerahan Fail Pelajar ke Pejabat Akademik Fakulti yang mengandungi dokumen-dokumen berikut :

 Salinan Surat Tawaran

 Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)

 Salinan Kad Pengenalan Pelajar

 Salinan Sijil kelahiran

 Salinan Sijil SPM

 Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan

 Salinan MUET

(26)

SILA MUAT NAIK BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI PADA LAMAN WEB SEMAKAN KEPUTUSAN UMS http://bpa.ums.edu.my/SemakanUMS

(27)
(28)

MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN

Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara dan darat, kaunter pengangkutan Universiti Malaysia Sabah disediakan pada 03 dan 04 September 2017 (Masa 8:00 pagi – 11:00 malam) kepada pelajar baharu sahaja mengikut lokasi seperti berikut :

Kampus Kota Kinabalu :

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 2. Terminal Bas Inanam

3. Terminal Feri, Jesselton Point, Kota Kinabalu

Kampus Antarabangsa Labuan 1. Lapangan Terbang Labuan 2. Terminal Feri Labuan

Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan : Lapangan Terbang Sandakan

(29)

NOTA PENTING:

Sila pastikan tag telah di pasang pada beg anda bagi mengelakkan kehilangan semasa ketibaan. Sila labelkan beg dengan maklumat berikut :

1. Nama

2. Nombor telefon 3. Alamat lengkap

4. Kolej kediaman (seperti yang dinyatakan pada surat tawaran)

Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal / tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses lapor diri Universiti.

NAMA : ………..

NO.TEL :………..

ALAMAT : ………

………

………

KOLEJ KEDIAMAN : ………

SILA LABELKAN BEG ANDA DENGAN MAKLUMAT BERIKUT :

(30)

BIASISWA

Pelajar boleh memohon biasiswa / pinjaman daripada Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan pihak swasta. Iklan mengenai tawaran biasiswa / pinjaman ini biasanya dikeluarkan melalui akhbar-akhbar. Pihak Universiti Malaysia Sabah juga akan memaklumkan biasiswa / pinjaman daripada agensi-agensi berkenaan.

Bagi memudahkan urusan permohonan biasiswa / pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi berkenaan, pelajar dinasihatkan supaya menyediakan sekurang-kurangnya 5 salinan sijil / dokumen berikut yang telah disahkan oleh mana- mana pegawai kumpulan A. Sila simpan salinan tersebut sehingga pelajar memerlukannya.

 Surat tawaran masuk ke Universiti Malaysia Sabah

 Gambar berukuran pasport (3 keping)

 Salinan Sijil Kelahiran

 Salinan Kad Pengenalan

 Salinan Kad Pengenalan ibubapa/penjaga

 Salinan Sijil STPM / Diploma / SPM / PMR dan sijil akademik lain yang berkaitan

 Salinan Sijil Berhenti Sekolah

 Salinan Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada)

 Salinan Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada)

 Salinan Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada)

 Salinan penyata cukai ibu bapa (jika ada)

 Surat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan

 A/Wakil Rakyat berkaitan dengan:

a. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga

b.Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan

Tabung Kebajikan pelajar disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan. Pelajar boleh berurusan dengan Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Urusan permohonan PTPTN adalah TANGGUNGJAWAB pelajar sepenuhnya. Sila layari http://www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.

Pelajar yang memohon PTPTN adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Islam untuk tujuan kemasukan bayaran wang pembiayaan.

(31)
(32)

KATEGORI 1 : PENDAFTARAN UNIVERSITI

S1: Bagaimana cara untuk membuat pendaftaran universiti?

J1: Pendaftaran universiti hendaklah dibuat oleh calon pelajar sendiri secara online melalui Sistem Pendaftaran

Universiti di laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Sila rujuk manual pengguna di laman web berkenaan untuk maklumat terperinci.

S2: Bolehkah saya membuat Pendaftaran Universiti secara online selepas tiba di UMS?

J2: Tidak boleh. Anda perlu membuat pendaftaran universiti dalam tempoh yang ditetapkan.

S3: Saya tidak mempunyai akaun emel. Bolehkah saya membuat proses Pendaftaran Universiti?

J3: Sila gunakan emel rasmi Universiti yang telah diberikan bagi tujuan masuk ke dalam sistem e-daftar UMS.

S4: Saya tidak mempunyai talian internet di rumah. Bagaimana untuk saya mendaftar?

J4: Sistem Pendaftaran Universiti boleh dicapai di mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan talian internet, contohnya siber kafe dan sebagainya.

S5: Saya menghadapi masalah semasa membuat Pendaftaran Universiti secara online. Siapa perlu saya hubungi untuk bantuan?

J5: Sebarang masalah berkaitan Pendaftaran Universiti secara online boleh dikemukakan melalui talian Hotline iaitu (masa 8.30 pagi – 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat)

Bahagian Perkhidmatan Akademik : 088-320 193 Jabatan Bendahari : 088-320 194

S6: Bolehkah saya melapor diri jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?

J6: Tidak Boleh.

S7: Apakah kesannya jika saya tidak lapor diri pada tarikh lapor diri yang ditetapkan?

J7: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan

munasabah dan mendapat kebenaran daripada Seksyen Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal.

S8: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Universiti dibenarkan?

J8: Penangguhan pendaftaran universiti untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan menjadi luput/ terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh rasmi pendaftaran Universiti.

S9: Adakah permohonan pertukaran Fakulti/Program dibenarkan?

J9: Tawaran Program Pengajian adalah MUKTAMAD dan sebarang pertukaran Fakulti / Program adalah TIDAK DIBENARKAN.

S10: Bagaimana cara membuat permohonan Perpindahan atau Pengecualian Jam Kredit?

J10: Boleh memohon selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah dan boleh

dirujuk dalam Kaedah Pengajian Prasiwazah UMS (Muat turun di Lama Sesawang http://bpa.ums.edu.my).

S11: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk lapor diri?

J11: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh lapor diri.

(33)

S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa lapor diri?

J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar.(Rujuk Muka Surat 18 & 20)

S14: Saya mewakili negara dalam bidang olahraga, adakah disediakan kemudahan untuk saya menjalani latihan?

J14: Ada, di samping itu terdapat juga kemudahan sukan yang lain disediakan.

S15: Ibu/Bapa saya tidak mempunyai borang J, bagaimanakah saya hendak mengesahkan pendapatan Ibu/bapa saya?

J15: Anda boleh mendapatkan pengesahan pendapatan ibu/bapa anda daripada Penggawal / Penghulu / Ketua Kampung.

S16: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM?

J16: MSM bermaksud Program Minggu Suai Mesra. MSM adalah program wajib diikuti oleh semua pelajar baharu.

Bertujuan untuk mengenali Universiti Malaysia Sabah (Fakulti/Jabatan/Pusat/Institut/Unit/Program Pengajian) dengan lebih dekat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan kakitangan.

KATEGORI 2 : YURAN PENGAJIAN

S17: Bolehkah saya mendaftar jika tidak membayar yuran pengajian?

J17: Tidak boleh. Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lapor diri.

S18: Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran Universiti?

J18: Pihak Universiti menyediakan 3 pilihan bagi tujuan pembayaran Pendaftaran Universiti iaitu : i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.

ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.

iii. CDM (Cash Deposit Machine) di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.

S19: Apakah MEPS FPX?

J19: MEPS FPX (Financial Process Exchange) adalah payment gateway yang membenarkan anda untuk

membuat pembayaran secara online melalui akaun simpanan atau akaun semasa anda. Anda cuma memerlukan talian internet, akaun bank dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX. Ia adalah satu proses yang mudah, senang dan selamat.

S20: Adakah saya perlu mendaftar dengan MEPS FPX untuk menggunakan perkhidmatan MEPS FPX?

J20: Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan kemudahan MEPS FPX. Anda cuma perlukan akaun

Internet Banking dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX untuk menggunakan kemudahan ini.

S21: Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai semasa lapor diri?

J21: Tidak boleh. Kaunter bayaran hanya akan menerima bayaran melalui Kad Kredit/ Debit, Cek dan Deraf Bank sahaja.

S22: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM?

J22: Tidak perlu, pelajar boleh mengemaskini sendiri maklumat akaun bank dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP).

KATEGORI 3 : ASRAMA

S23: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman?

J23: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

(34)

S24: Jika saya sampai selepas waktu bekerja semasa hari lapor diri ke mana harus saya tuju?

J24: Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai di Kolej Kediaman di talian +6088- 320666 ataupun Bahagian Keselamatan 088-320111.

S25: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari lapor diri. Di manakah penginapan yang terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap?

J25: Banyak tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan kampus UMS di bandaraya Kota Kinabalu.

Sila rujuk laman web http://www.sabahtourism.com

KATEGORI 4 : KESIHATAN / KECEMASAN

S26: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus?

J26: Ada, Pusat Rawatan Warga di Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan yang diketuai oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

S27: Siapa yang perlu saya hubungi semasa kecemasan di luar waktu pejabat?

J27: Anda boleh berhubung dengan Pengetua Kolej Kediaman atau Penyelia Asrama atau Bahagian Keselamatan di setiap Kolej Kediaman.

Nota: Sila rujuk nombor telefon yang patut dihubungi seperti di halaman Maklumat dan Pertanyaan.

(35)

SILA HUBUNGI BAHAGIAN-BAHAGIAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT DAN PERTANYAAN:

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (KOTA KINABALU)

KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel: 088 - 320000 Samb: 4219 / 4222 / 4198 No.Faks: 088 - 320060 / 448775 E-mel: pejhep@ums.edu.my

UNIT KEBAJIKAN DAN KEWANGAN PELAJAR

No.Tel:088-320 000 samb. 4180 / 4205 No.Faks:088-320 060

BAHAGIAN PERUMAHAN & HOSPITALITI No.Tel: 088 - 320000

Samb: 4160 / 4156 / 4161 No.Faks: 088 - 320155

KOLEJ KEDIAMAN TUN MUSTAPHA No.Tel: 088 - 320000

Samb: 3283 / 3487 / 3680 No.Faks: 088 - 320371

KOLEJ KEDIAMAN TUN FUAD No.Tel: 088 - 320000

Samb: 3491

No.Faks: 088 - 320656

KOLEJ KEDIAMAN E No.Tel: 088 - 448202 / 201 No.Faks: 088 - 448203

KOLEJ KEDIAMAN KINGFISHER No.Tel: 088 - 438890

No.Faks: 088 - 438890

KOLEJ KEDIAMAN SRI ANGKASA 088- 613501 / 502

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (LABUAN)

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMS- KAL)

No.Tel: 087- 460409 / 775 No.Faks: 087- 465149 E-mel: hepkal@ums.edu.my

BAHAGIAN KEBAJIKAN No.Tel:087-466775/460409 No.Faks:087-465149

BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK

KAMPUS KOTA KINABALU

No.Tel: 088-320213 / 088-321259 / 088-320000

Samb: 691350 No.Faks: 088-320090

E-mel: admission_bpa@ums.edu.my Laman Web: http://bpa.ums.edu.my

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel: 087- 460431 / 413 / 551 / 414 No.Faks: 087- 460432

E-mel: bpakal@ums.edu.my

(36)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (LABUAN)

KOLEJ KEDIAMAN ALPHA (UMSKAL) No.Tel: 087- 460455

No.Faks: 087- 460745

KOLEJ KEDIAMAN MUTIARA (UMSKAL) No.Tel: 087- 466770

KOLEJ KEDIAMAN BETA (UMSKAL) No.Tel: 087- 466752

No.Faks: 087- 460522

FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN, FAKULTI PERTANIAN LESTARI

No.Tel:089-248100 No.Faks:089-220703 E-mel:pejfpl@ums.edu.my

JABATAN BENDAHARI

(BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR) KOTA KINABALU

No.Tel: 088 - 320000

Samb: 1019 / 1060 / 1116 / 1120 / 1432 / 1855

No.Faks: 088 – 320235

(u/p: Bahagian Kewangan Pelajar) E-mel: bkpums@ums.edu.my

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel: 087- 466915

No.Faks: 087- 465152

E-mel: terimaankal@ums.edu.my

FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN No. Tel: 089-248100

Samb: 8120 / 8121 No. Faks: 088-220703

E-mel : bendaharifpl@gmail.com

PERPUSTAKAAN

KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel: 088 - 320000 Samb: 2240 / 2325 / 2219 No.Faks: 088 - 329232

E-mel: library_info@ums.edu.my

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel: 087- 460430 / 515

No.Faks: 087- 465157

E-mel: librarykal@ums.edu.my

(37)

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel: 088-320000 Samb: 1310 / 3880 No.Faks: 088 - 320234 E-mel: pejumtp@ums.edu

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel: 088 - 320000

Samb: 1310 / 3880 No.Faks: 088 - 320234

E-mel: pejumtp@ums.edu.my

BAHAGIAN KESELAMATAN UMS

KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel: 088-320000 Samb : 5136 /5064 No.Faks: 088 – 320392 E-mel:

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel: 087 - 460803

No.Faks: 087-466740 E-mel:

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel: 088-320544 No.Faks: 088 – 320273 E-mel: pejprw@ums.edu.my

Web Rasmi

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kota Kinabalu: http://www.ums.edu.my.

UMS Kampus Antarabangsa Labuan: http://wwwkal.ums.edu.my.

HOTLINE (Waktu Pejabat):

Bahagian Perkhidmatan Akademik : 088-320193 Jabatan Bendahari : 088-320194

Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 088-320666 HOTLINE (24 Jam):

Bahagian Keselamatan : 088-320111

(38)

LAGU UNIVERSITI

Bertekad Cemerlang

UMS lambang puncak jaya Pancaran perjuangan semangat waja

Pembentuk citra pelindung budaya Memandu bangsa memaju negara

Di sini dicanai segala fikiran Di sini dikaji segala wawasan

Ilmu iman sumber pedoman Bakti curah kasih budiman

Bayu bertiup nafasmu sejati Bumi terhampar tubuhmu abadi

Samudera biru wajahmu berseri Suria menyinar tenagamu murni

Kaulah harapan bangsa maju Kaulah jambatan nusa bersatu

Berdiri megah kekal bermutu Menunjuk arah bakal dituju

UMS kaulah tunggak negara Warisan sejati Malaysia tercinta Bertekad Cemerlang menjadi budaya

Semoga unggul dan sejahtera

Lagu: Prof. Madya Abdul Jamal Abd. Hamid

Referensi

Dokumen terkait

Pada umumnya pola sebaran data di setiap stasiun tidak simetrik dengan banyak pencilan pada nilai-nilai besar dan tampak lebar kotak kuartil antar stasiun curah

Penelitian tindakan kelas ini menggunakan model Kemmis dan Mc. Penelitian ini berbasis kolaboratif, sehingga dalam pelaksanaannya penelitian ini dilakukan melalui

Pelajar baharu yang menarik diri dari Universiti dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran, bayaran akan dikembalikan setelah ditolak bayaran Yuran Kemasukan.. Tiada

Walau bagaimanapun, perlu dimaklumkan bahawa jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan data anda bagi tujuan yang dinyatakan di atas, status anda sebagai pelajar

Bagi pelajar dari luar Negeri Sabah yang tiba di luar daripada waktu yang ditetapkan akan dibawa ke kolej kediaman dalam kampus untuk proses pendaftaran dan

Pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/

Saya bersetuju akan mematuhi etika dan tatatertib pelajar seperti yang ditetapkan di dalam AUKU Universiti Malaysia Sabah dan berjanji akan patuh sepanjang tempoh

J5: Penangguhan pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan menjadi luput/ terbatal