Pergerakan yang kita dapati selepas kita membaca password nya itu adalah ia terjadi daripada proses semula jadi dari rahsia hidup yang berada didalam dada kita apabila dihubungi.
Pergerakkan itu adalah suatu jalan dari Allah kepada kita dan hakikatnya ia membawa kita berjalan mengikut kehendakNya mengikut hajat yang kita serahkan kepadaNya maka Allah akan mengatur urusan itu mengikut caraNya bagi jalan BBM iaitu GERAK.
Sebagaimana Firman Allah yg berbunyi....wallahu ghoolibun ala amrih (dan Allah lah yang mengatur sekelian urusan makhlukNya.)...Oleh itu kalau kita tahu akan keadaan gerak itu pasti kita tidak akan puas dengan peramalan itu kerana ia adalah dalil bagi kita yang mana Allah lah yang membawa kita bergerak atau berjalan kepada KehadhiratNya.
Terkadang ada orang bertanya mengapa orang lain beramal tidak bergerak seperti jalan BBM? Atau kita sendiri pun pernah membaca ayat2 lainnya kenapa tidak bergerak.? Maka inilah rahsia jalan BBM. sebenarnya gerak itu tergantung kepada NIAT dan
kefahaman jika kita melakukan gerak dengan tiada kefahaman maka ia digelar atau dikategorikan dalam gerak kosong
Akan tetapi ada juga gerak yang bercampur. Ini adalah kerana kelakuan abadi masih lagi bercampur dengan kelakuan zahir. Ianya terjadi akibat dari ketidak-fahaman didalam hal pemisahan. Orang kata mereka ini tidak dapat lagi nak membezakan antara mana gerak abadi dan mana gerak lahiriah. Kalau gerak lahiriah ia terjadi dari tindakan akal.
Akan tetapigerak abadi itu hasil dari tindakan AKU atau QUDRAT Ilahiah.
Gunakanlah gerak yang ada padamu itu untuk membawa segala apa yang ada padamu samada tangan, kaki, hati, fikiran dan juga lainnya agar kita mendapat Rahmat dari Nya. Gunakanlah daya kekuatan yang ada itu untuk melenyapkan segala ajakan dan pengaruh2 jahat yg sentiasa mendampingi kita sejak dari lahir.
Pisahkanlah akal fikiranmu dan jiwamu dari sifat pergantungan kepada hal yang bersifat mati, dan gunakanlah tenaga ghaib itu untuk melakukan pemecahan2 yang mendatangkan manfaat kepadamu, dirimu dan badanmu. Dan sesungguhnya gerak yang kita dapati itu adalah suatu hal yang ajaib dari Allah. Makanya kita perlu mengambil manfaat dari gerak itu sendiri,
Kalau Nabi Muhammad dibawa oleh Allah dalam sejarah Israk dan Mikraj suatu perjalanan luar biasa bagi manusia dan Nabi di angkat ke langit tingkat ke 7 dan sampai Kehadirat Allah,,,,,,,,maka dengan ini jalan yang kita dapati dari BBM ini adalah satu hal yang sama akan tetapi berlainan pada keadaannya. Oleh itu lakukanlah itu dengan terbaik. Marilah kita sama2 bantu membantu untuk mencapai Redha Allah di dunia dan juga akhirat,
Lakukanlah pengakuan dan penyaksian kepada Tuhan pada setiap masa dengan ucapan Kalimah Syahadah. Jalan ini Jalan Hidup dan hidup itu akan mendatangkan gerak. Maka jalan lain itu adalah jalan mati itulah keadaan nya.
Rahsia hidup iaitu AKU maka kedudukan nya didalam dada seperti yang kita ketahui kedudukan dada itu berada ditengah2 antara kanan dan kiri. Jadi rahsia itulah berada disitu.
AKU itu adalah (rahsia hidup) yang mendatangkan energy2 kepada kita iaitu badan diri ini. Kalau dikaji balik sememangnya kedudukan hidup itu terletak pada dalam dada, kerana dada itu adalah rumah bagi hidup...ada kata ulama terdahulu mengatakan sesungguhnya AKU (Allah)mentajallikan RahsiaKu kedalam dada mu..
Ketahuilah bahawa DIRIKU dan AKU adalah satu jua dan antara AKU dan ALLAH satu jua kerana pokok dari segala yang ada (ujud) itu adalah Allah jua.
Makanya diriku itu adalah ia umpama cahaya yang memancar dari sebuah pelita minyak tanah, yang mana pelita itu akan menyala dan memancarkan cahayanya dan ia pula menerangi setiap ruangan yang ada.
Maka cahaya itulah DIRI-KU dan api pelita itulah AKU ,dan apabila sudah terzahirnya cahaya (diri) maka pelita tadi akan menjadi rahsia yangg tersembunyi didalam cahaya ( DIRI ).
DIRIKU
Ayahdi PakNgah
Ketahuilah wahai anak-anakku…..DIRI itu adalah ia berasal dari AKU dan ia adalah satu Tajjali atau Penyataan dari Rahsia Ketuhanan ( AKU ). Keadaan nya pula bersifat halus dan ia merupakan cahaya atau nur yang memancar dan meliputi badan dari dalam nya. DIRI adalah penyata bagi AKU.
DIRI…..adalah rahsia pancaran dariKu dan padanya ada mengandungi rahsia dariKu kerana ia adalah DIRIKU. Pada nya juga ada beberapa sifat yang semula jadi yang telah ditentukan kepada keadaan nya iaitu DIRI. Inilah pada ada perasaan, naluri dan juga kehendak.
Tempatnya pula dibawah kulit kita ini dan ia meliputi dari dalam dan diri ini ada berbentuk sebagaimana bentuknya badan akan tetapi ia bersifat halus dan hanya dapat kita tahu sahaja jua. Namun gambaran nya boleh dikatakan ianya sebagaimana gambaran luaran ini. Kedudukan nya sebagaimana duduknya badan………
Contoh….diri ini diumpamakan seumpama cahaya pelita yang memenuhi ruangan dan cuba kita perhati bagaimanakah bentuk cahaya itu apabila berada pada ruangan tadi Sudah tentu ia akan menuruti keadaan ruangan itu sendiri. Dan kalau kita ubahkan keadaan ruangan tadi maka ia akan menuruti juga perubahan ruangan itu dengan cahaya nya. Inilah keadaan DIRIKU.
DIRI……adalah pancaran Nur Ketuhanan menerangi alam nya iaitu badan diri ataupun alam saghir mengisi ruangan dan memenuhi kekosongan pada keadaan badan nya. Dalam bahasa biasa kita gunakan ianya dipangil NYAWA atau JIWA untuk menandakan DIRI itu wujud.
Maka kita dapat mengetahuinya dengan tanda-tanda hidup iaitu NAFAS dan juga pergerakan-pergerakan semulajadi seperti nadi, darah, jantung maka inilah dia keadaan DIRIKU.
Ingatlah olehmu……didalam peramalan kita maka perlulah kita dapat Mengenal Akan DIRI ini kerana ia merupakan asas bagi Mengenal Tuhan. Untuk itu apabila kau sudah dapat menemuinya maka kau akan tahu betapa besarnya kurnia Tuhan padamu. Untuk itu buatlah penyaksian dan pengakuan dengan sebenar-benar pengakuan kepada tuhan mu agar kau dapat pengakuan darinya.
Fanakanlah keadaanmu itu dan serahkanlah kepadanya moga-moga kau dapat menemukan mutiara hidup yang bernilai tinggi.
Apabila kau temuinya pasti kau akan merasa nikmat didalam hidup ini. Teruskanlah perjalananmu itu. DIRI……..terhasil dari penyatuan molikul-molikul ghaib yang bersatu atas Kehendak Tuhan secara semula-jadi dan apabila bersatu kesemuanya lalu berdirilah ia dengan Kudrat Ilahi…..Hayyun Daaimu la yamut. DIRI…….mengikut ahli hakikat diri ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu…..
1) diri sendiri 2) diri terdiri 3) diri tajalli 4) diri terperi
Namun kesemuanya itu satu jua hakikatnya. Walau apapun namanya kita tetap berada pada fahaman diriku ini adalah pancaran Nur Ilahi Rahsia Tuhan yang Maha Kuasa. inilah diri yang ku kenal…………DIRI yang berdiri dengan sendiri kerana diriku inilah Qudrat iIahi………..
DIRI……….yang menjalani Perintah dan Amanah Tuhan serta
menjalani kerja
Tuhan pada Kehambaan selagi ia berbadan
. DIRIKU yang ku kenali inilah diriku yang difahami dan yang diduduki.DIRI….yang menerima dan memberi serta menjalani apa-apa yang diamanahkan oleh Tuhan nya dan ia
merupakan orang tengah bagi Sifat Keinsanan dan
Ketuhanan
. DIRI yang ku kenal inilah yang ku duduki padanya dan ia mempunyai daya seribu daya bagi melakukan kemahuan dan tindakan yang diperlukan.Ketahuilah olehmu wahai anak-anakku akan siapakah yang dinamakan AKU itu barulah engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu. Maka dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang dimaksudkan kepada AKU.