• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Badan Dakwah 1. Bidang kuasa yang terhad

Pada hakikatnya, sistem pendidikan di negara ini masih belum menerima konsep Islam sepenuhnya. Walaupun begitu, dengan kreativiti dan kesyumulan Islam itu sendiri, para pelajar masih dapat menggerakkan persatuan Islam dengan kaedah dan bidang kuasa yang tertentu. Secara umumnya, sekolah menengah terbahagi kepada beberapa bahagian yang masing-masing mempunyai bidang kuasa tertentu di institusi antaranya:

i) Sekolah Asrama Penuh

Sekolah berasrama penuh (SBP) merupakan sekolah yang

dipertanggungungjawabkan di bawah satu unit berasrama penuh Bahagian Sekolah dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar terutamanya bumiputera untuk belajar dalam bidang tertentu seperti sains, teknologi, perdagangan dan aliran agama. Sekolah ini mendapat bantuan penuh daripada kerajaan pusat kerana para pelajarnya dipilih daripada mereka yang cemerlang di dalam UPSR, PMR dan SPM. Di samping sekolah ini dianggap istimewa daripada semua jenis sekolah menengah di Malaysia. Sekolah Berasrama Penuh ditubuhkan bertujuan untuk mendidik para pelajar menjadi pemimpin masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Oleh kerana sistem dan undang sekolah ini lebih kemas dan teratur, badan dakwah perlu bijak merancang, mengatur strategi dan menjalankan program dengan sempurna lagi bagi mengimbangi tuntutan pengajian dan dakwah.

ii) Sekolah Menengah Kebangsaan

Pergerakan Badan Dakwah di SMK berbeza dengan SBP. Ini disebabkan suasana dan sistem sekolah ini berbeza dengan sekolah berasrama. Dalam menjalankan

kegiatannya, badan dakwah perlulah bersifat menerang dan menarik para pelajar menghayati asas-asas fardhu ain. Asas-asas fardhu ain seperti solat, wudhu, membersihkan hadas, dan tauhid perlulah diutamakan berbanding perkara-perkara furu’.

iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mula diasaskan pada tahun 1977. Pada peringkat awal penubuhannya cuma terdapat 13 buah sekolah sahaja tetapi kini terdapat 51 buah. 3 buah daripadanya bertaraf Sekolah Berasrama Penuh (Kolej Islam Sultan Alam Shah, SMAP Labu dan SMAP Kajang)

FALSAFAH SMKA

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama,diri, ummah dan negara MATLAMAT

1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam

2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi

3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai

bidang ilmu dalam dan luar negeri OBJEKTIF

1. Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum

2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia

3. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani

4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran

budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam

5. Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi

memenuhi keperluan negara dan ummah KEISTIMEWAAN

1. Mengamalkan budaya hidup Islam

2. Mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian

tinggi

3. Menguasai bahasa Arab, pelajaran Jawi dan Kemahiran Al-Quran

4. Menyediakan bakal pemimpin, pentadbir, ahli korporat dan tenaga profesional

yang komited dengan Islam

5. Melahirkan pendakwah yang sanggup menghadapi cabaran semasa dengan

berhikmah dan bertanggungjawab

Bagi sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula, banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan bagi mengukuhkan gerakan dakwah. Ini disebabkan

matlamat SMKA. Ini disebabkan matlamat SMKA itu sendiri ialah untuk melahirkan para pelajar yang seimbang daripada segi akademik dan sahsiah.

iv) Sekolah Menengah Agama Negeri @ Rakyat

Sekolah Menengah Agama Negeri @ Rakyat ini merupakan antara sekolah yang terbanyak selepas SMK. Hal ini disebabkan pelbagai sebab antaranya:

a) Dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kos dan biaya yang ditanggung di

bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Yayasan pendidikan seperti di Johor, Kelantan, Kedah dan Selangor.

b) Dibangunkan oleh alim ulama’ yang terkenal bagi memenuhi tuntutan

masyarakat setempat dan juga sebagai wasilah dakwah.

c) Dibangunkan secara bersama oleh masyarakat setempat, orang kaya atau

ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu yang berdaftar seperti Sekolah Rendah Al-Amin di Klang yang dibiayai oleh JIM (Jamaah Islah Malaysia)

d) Dibangunkan oleh pihak swasta daripada golongan profesional, pertubuhan

politik dan seumpamanya.

Antara sekolah-sekolah agama negeri yang terkenal ialah Maktab Mahmud (Alor Setar), Ma’ahad Muhammadi Lelaki (Kota Bharu), SMA Alawiyah (Arau) Ma’had Johor dan lain-lain lagi.

Bagi sekolah-sekolah agama rakyat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya:

a) Memperolehi sijil pelajaran sama ada daripada Kementerian Pendidikan ataupun sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau sekolah tersebut. Contohnya seperti SMU dan STU di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

b) Menjadi pilihan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat tak kira

kaya atau miskin. Hal ini berpunca daripada gejala sosial yang teruk yang berlaku disekolah-sekolah menengah biasa.

c) Memperolehi ilmu-ilmu turath (ilmu pondok) yang semakin terhapus dalam

sistem pendidikan negara.

d) Para pelajar terdedah dengan pelbagai kegiatan dalam sekolah dan masyarakat

kerana sesetengah para pelajarnya ada yang tinggal di rumah-rumah sewa yang dikelolakan oleh pihak sekolah seperti Ma’had Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Bahkan ia memberi kesan kepada pelajar agar lebih berdikari dan mampu menghadapi cabaran hidup.

e) Mempunyai peluang dan pilihan yang banyak untuk memasuki ke IPT

tempatan atau luar negara. Biasanya para pelajar SMA majoritinya memohon UIA, UM, UKM dan UTM. Begitu juga dengan institusi luar negara yang menjadi pilihan para pelajarnya seperti Mesir, Jordan, Madinah, Sudah, India, Pakistan, Indonesia dan Patani.

f) Begitu juga dari sudut peluang kerja lebih luas dan menyeluruh dari sektor

pendidikan, ekonomi, sosial, pertanian, pentadbiran dan seumpamanya.

Daripada kelebihan-kelebihan yang mampu diperolehi dari SMA ini sebenarnya memberi kelebihan (advantage) kepada para pelajarnya menjalankan pelbagai

kegiatan yang berbentuk dakwah dan ilmiah. Selain daripada asal-usul penubuhan sesebuah sekolah yang mempunyai sejarah tersendiri sehingga menjadi simbolik dan imejnya, SMA juga memberi ruang yang cukup luas untuk membentuk kepimpinan pelajar Islam yang mantap dari segi ilmu dan syakhsiah.

v) Sekolah Teknik, Vokasional dan swasta.

Jurusan-jurusan yang ditawarkan disekolah-sekolah Teknik

i. Pengajian Kejuruteraan Jentera

ii. Pengajian Kejuruteraan Awam

iii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik

iv. Pertanian

v. Perdagangan

Jurusan yang ditawarkan disekolah-sekolah vokasional a) Bidang Ketukangan Kejuruteraan

­ Elektrik

­ Elektronik

­ Amalan Bengkel Mesin

­ Kimpalan dan Fabrikasi Logam

­ Automatif

­ Binaan Bangunan

­ Penyejukan dan Penyamanan Udara

b) Bidang Ekonomi Rumahtangga

­ Katering dan Penyediaan Makanan

­ Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian

­ Seni Kecantikan

­ Asuhan Kanak-Kanak

­ Bakeri dan Konfeksioneri

c) Bidang Perdagangan ­ Pengurusan Perniagaan d) Bidang Pertanian ­ Hortikultur Hiasan ­ Kejenteraan Ladang ­ Pengurusan Ladang

Berdasarkan kepada bidang-bidang atau jurusan yang telah ditawarkan dalam kurikulum pengajian vokasional atau teknik, peluang atau jalan mentarbiyah dan memberi pendedahan kepada penghayatan Islam juga luas dan sesuai. Ini disebabkan Islam bukan diturunkan sebagai agama yang menyuruh umatnya menyembah Allah dengan ibadat-ibadat khusus seperti solat dan haji, bahkan kerja-kerja atau pendek kata jurusan seperti di atas ini juga tidak menghalang, bahkan dalam Islam juga terdapat permasalahan yang bersangkutan dengan masalah pengurusan rumah tangga, pertanian, teknikal dan seumpamanya.

Kita lihat terdapat tokoh-tokoh Islam yang memperlopori sains dan teknologi, bidang pertanian, kaji bintang, kaji bumi dan seumpamanya seperti Ibnu Sina, Ibnu Tufail, Al-Batari, Ibnu Khaldun, Fakhrur Razi dan lain-lain lagi.

2. Persaingan dengan badan atau persatuan lain

Tidak dapat dinafikan setiap sekolah mempunyai banyak persatuan mengikut bidang dan keperluan sesebuah sekolah. Biasanya persatuan terbahagi kepada persatuan beruniform, persatuan sukan, persatuan kurikulum dan persatuan ko-kurikulum. Setiap persatuan ini mempunyai kepentingan dan peranan masing-masing untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam pelbagai bidang. Setiap persatuan pula mempunyai matlamat dan objektif masing-masing agar para pelajar dapat mengambil faedah daripada program yang dijalankan.

Apabila berlakunya keadaan ini, timbullah persaingan antara persatuan dan badan pelajar ini untuk mengaktifkannya bagi menarik lebih ramai pelajar

menyertainya. Hal ini menyebabkan badan dakwah tidak dapat memainkan peranan yang dominan bagi mengatasi masalah pelajar yang berkaitan dengan Islam. Banyak contoh yang berlaku hingga menyebabkan badan dakwah dianggap sebagai

penghalang untuk persatuan lain bergerak seperti masalah percampuran lelaki dan perempuan dalam aktiviti dan program tertentu.

Pada hakikatnya, peranan badan dakwah lebih dari itu. Namun oleh kerana persaingan yang berlaku, maka menjadi kewajipan bagi badan dakwah untuk

memperbetulkan sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan akhlak pelajar Islam. Sekiranya diteliti, antara punca para remaja kini runtuh moralnya adalah akibat pendidikan akhlak yang tidak dihayati di sekolah. Untuk bergantung sepenuhnya pada pihak sekolah sudah tentu tidak memadai. Justeru badan dakwah mempunyai peranan yang cukup penting bagi membantu para pelajar dalam penghayatan moral dan akhlak Islam.

Begitu juga dengan masalah pertindanan program antara persatuan-persatuan. Perlu diingatkan bahawa semua program dan aktiviti yang dijalankan perlulah diselaraskan pada awal tahun agar dapat dimasukkan ke dalam takwim sekolah . Namun seandainya tidak berlaku demikian, badan dakwah perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk mengatur program yang hebat dan canggih serta dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah lebih dahulu. Tujuannya agar program yang diatur tersebut dapat diketengahkan agar menjadi perhatian kepada pihak pentadbir agar memberikan ruang yang lebih kepada badan dakwah untuk menjalankan aktivitinya.

3. Pelajar menyampingkan urusan badan dakwah dan mengutamakan urusan sendiri

Hal ini biasa berlaku di kebanyakan sekolah menengah. Mereka yang seperti ini menganggap urursan berorganisasi dan dakwah ini membebankan dan mengganggu tumpuan mereka kepada urusan peribadi dan pelajaran. Mereka lebih suka

menumpukan masa terhadap urusan peribadi dan pelajaran tanpa mengambil hirau apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Sebenarnya fenomena seperti ini boleh mengakibatkan seseorang itu jumud dan fikirannya tak berkembang serta ilmunya bersifat teori dan tidak dipraktikkan.

Sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya, bukan sahaja berjaya mengurus diri dan mendapat A dalam pelajarannya, tetapi berpersatuan dan terlibat dalam dakwah juga merupakan perkara-perkara yang dikira penting untuk membentuk seseorang itu berjaya dan cemerlang.

Tokoh-tokoh di dalam dan luar negara telah membuktikan mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, bahkan mereka juga aktif dalam menjalankan kegiatan persatuan. Contohnya Dato’Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa dan ABIM, Dato’ Seri Mahathir Mohamad yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa semasa di Universiti Malaya dan seumpama dengannya.

Hal ini juga telah dibuktikan oleh kenyataan bekas Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) Saudara Zaharudin Abd Rahman bahawa berpersatuan dan melibatkan diri dalam bidang dakwah tidak menghalang seseorang itu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Menurut kenyataan beliau lagi, para pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, mendapat kecemerlangan seperti mahasiswa-mahasiswa yang lain walaupun mereka juga sibuk berpersatuan.

Begitu juga di kebanyakan sekolah-sekolah yang cemerlang seperti MRSM dan SBP. Para pelajarnya bukan sahaja cemerlang dari segi akademik hingga mendapat pangkat satu dalam SPM dan 5P dalam STPM, bahkan mereka juga aktif berpersatuan sama ada kelab, persatuan, pengawas atau badan beruniform.

4. Ditentang oleh golongan yang kurang didikan agama

Suatu permasalahan lain yang sering dihadapi oleh badan dakwah ialah mendapat tentangan daripada sebahagian pelajar terutamanya mereka yang latar belakangnya kurang didikan agama. Daripada semua pelajar yang keluar dari sekolah rendah, lebih 95 peratus daripadanya yang memasuki sekolah menengah sama ada kerajaan atau swasta. Daripada jumlah pelajar tersebut, hanya kira-kira 30% sahaja yang mengikuti pengajian agama di sekolah agama petang atau sebagainya.

Sebahagian besarnya tidak bersekolah agama dan tidak mendapat didikan agama dengan sempurna.

Apabila mereka memasuki sekolah menengah, golongan inilah yang sukar mengikut program atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah. Bahkan ada di kalangan mereka yang menentang dan menolak sama sekali apa-apa juga yang

dianjurkan oleh badan dakwah. Hal ini yang menimbulkan masalah kepada badan dakwah atau persatuan untuk bergerak dengan sempurna.

5. Ketandusan pelapis

Masalah ini juga biasa berlaku kepada mana-mana organisasi dan pertubuhan. Ketandusan pelapis menyukarkan sesebuah organisasi bergerak dan meningkatkan kualiti dan kuantiti program atau aktiviti. Antara punca berlakunya ketandusan pelapis kepada sesebuah organisasi ialah:

a) sistem pengkaderan yang lemah dan tidak tersusun

b) dakwah yang keras dan tidak mempunyai marhalah yang kemas

c) disekat oleh pihak tertentu seperti pihak pentadbiran atau badan pengawas

d) mesyuarat agung yang dijalankan lewat berbanding persatuan lain

e) persatuan atau badan dakwah tidak mengambil berat kebajikan dan masalah yang

berlaku di kalangan ahli.

f) Pendekatan yang kurang berkesan menarik para pelajar menjadi pemimpin.

g) Pimpinan yang wujud tidak mampu menjadi contoh pemimpin yang mantap

daripada pelbagai sudut seperti pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum.

6. AJK yang tidak menjalankan tugas

Kerap kali kita mendengar AJK dalam sesebuah persatuan atau organisasi itu tidak menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada mereka. Apabila berlakunya masalah seumpama ini, segala aktiviti dan program yang telah direncanakan tidak akan berjalan dengan baik dan sempurna. Bahkan mungkin menyebabkan terbatal atau tertunda. Begitu juga hal ini boleh mencetuskan masalah dalaman di kalangan AJK sehingga menyebabkan berlaku tuding-menuding,

melepaskan tugas (escapisme) dan kepincangan di dalam persatuan. Antara punca berlakunya AJK tidak menjalankan tugas ialah:

a) tugas yang diberikan terlalu berat dan tidak mampu dilaksanakan

b) masalah peribadi

c) kewangan yang tidak mencukupi

d) tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada AJK kecil

e) tidak dihargai oleh AJK tertinggi atau guru penasihat

f) aktiviti atau program yang tidak sesuai dengan jiwa dan dirinya

g) tugas tersebut adalah terpangku ke atas dirinya dan bukan idea asal daripadanya h) menerima arahan dan perintah tanpa diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk

melaksanakannya

7. Tidak mampu menjadi contoh kepada pelajar lain

Terdapat juga di kalangan AJK sesebuah persatuan atau badan dakwah yang tidak mampu menjadi contoh kepada para pelajar. Mereka bersikap dan berwatak seperti pelajar biasa yang selalu melakukan kesilapan dan kesalahan. Memang tidak dinafikan bahawa semua manusia mempunyai kelemahan dan membuat silap, tetapi kelemahan tersebut masih lagi boleh dikurangkan serta ditutup daripada diketahui oleh umum. Contoh yang berlaku sikap dan watak yang tidak wajar berlaku kepada seseorang pemimpin badan dakwah atau persatuan Islam ialah seperti:

a) membuat hubungan sulit dengan pelajar perempuan (coupling)

b) tidak menjaga solat

c) membuat bising dan tidak menjaga lidah daripada mengeluarkan perkataan seperti

d) takabbur, riya’ dan hipokrit

e) suka menasihat orang tetapi diri sendiri tidak membuat apa yang dinasihatkan kepada orang lain.

f) merokok atau membuli pelajar

g) bergaduh

h) berpakaian yang tidak mencerminkan seorang yang mempunyai didikan Islam

i) suka mengarah dan memerintah pelajar lain serta tidak meraikan mereka

8. Kekurangan peruntukan untuk membuat program

Masalah kekurangan peruntukan atau kewangan untuk menjalankan sesuatu program sering berlaku terutamanya kepada badan dakwah dan persatuan Islam. Masalah ini sebenarnya berpunca daripada tanggapan sesetengah pihak bahawa program atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah atau persatuan Islam tidak komersial, tidak menyeronokkan dan kurang memberikan keuntungan. Apabila timbulnya tanggapan seumpama ini, maka segala program atau aktiviti yang dianjurkan atas namanya kurang diberikan perhatian. Bahkan berlaku juga di sesetengah sekolah yang bersikap tidak adil kepada badan dakwah dan persatuan Islam berbanding persatuan yang lain. Akibatnya, program atau aktiviti tersebut tergendala, terbatal atau berjalan dengan berlaku kepincangan yang nyata. Masalah seumpama ini berterusan sehinggalah badan dakwah atau persatuan itu sendiri yang membangunkan kewangan dan ekonominya dengan cara tersendiri. Walaupun begitu banyak juga terdapat sekolah-sekolah yang menggalakkan program-program Islamik dan memberikan peruntukan khas atau sama dengan persatuan-persatuan yang lain.

Antara punca lain masalah kewangan ini ialah:

a) pengurusan kewangan dan akaun yang tidak kemas dan bersistem

b) aktiviti ekonomi yang lemah

c) salah guna kewangan persatuan

d) belanja yang berlebihan dan membazir

e) aktiviti ekonomi yang membenarkan pelajar berhutang

f) pengagihan kewangan kucar-kacir

9. Tarbiyah yang tidak seimbang antara fikriyyah, jasadiyyah, ruhiyyah.

Keseimbangan pentarbiyahan antara fikriyyah, jasadiyyah dan ruhiyyah amat penting bagi membentuk para pelajar yang sempurna didikan Islam dan bersedia menjadi dai’e dan pelajar yang mantap dan berketerampilan. Sekiranya berlaku ketidak seimbangan dalam ketiga-tiga asperk tarbiyah ini, maka berlakulah pelbagai masalah kepada sesebuah sekolah hingga boleh mengakibatkan permusuhan dan perpecahan di kalangan pelajar. Sebagai contohnya apabila tarbiyah hanya tertumpu kepada ruhiyyah, para pelajar akan banyak menumpukan ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat, berzikir, berpuasa sepanjang tahun dan seumpama dengannya sehingga menyebabkan banyak perkara-perkara yang lebih utama seperti aktiviti berpersatuan dan berkumpulan sesama pelajar terabai. Hal ini tidak sesuai dengan perbuatan Nabi SAW sendiri kerana Nabi beribadah dan juga bercampur dengan masyarakat. Penumpuan tarbiyah ruhiyyah sehingga mengabaikan tarbiyah lain juga tidak sesuai dengan fitrah manusia yang perlukan kepelbagaian.

Pernah berlaku di zaman Nabi sendiri apabila tiga orang sahabat yang terlalu menumpukan tarbiyah ruhiyyah sehingga orang yang pertama mahu terus berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka; orang yang kedua tidak mahu berkahwin dan mahu menumpukan pada ibadahnya; yang ketiga tidak mahu tidur dan ingin terus berzikir

dan solat siang dan malam. Hal ini ditegur olah nabi kerana tarbiyah seumpama itu tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh Islam

Begitu juga penumpuan terhadap tarbiyah fikriyyah semata sehingga menyebabkan para pelajar menjalankan aktiviti mereka mengikut fikrah masing-masing tanpa mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Contohnya apabila tarbiyah fikriyyah terlalu diutamakan, sunnah makan dengan tangan, memakai serban dan kayu siwak, memakai jubah dan sebagainya diabaikan dan dipandang rendah kerana lebih mengutamakan makan menggunakan sudu dan garpu, memakai blazer dan baju yang moden dan seumpama dengannya.

Hal yang sama berlaku apabila tarbiyah jasadiyyah pula terlalu diutamakan sehingga letih bersukan dan bergotong royong . Apabila tiba waktu berehat, mereka tertidur sehingga menyebabkan solat terabai atau tertinggal. Begitu juga masalah lain seperti membuka aurat untuk memenangi sesuatu kejohanan bagi lelaki memakai seluar pendek dan bagi perempuan membuka tudung atau sebagainya. Hal ini tidak sesuai dengan tarbiyah Islam yang sempurna seperti yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW.

10. Keadaan fizikal dan ko-kurikulum sekolah yang menghalang badan dakwah menjalankan program.

Keadaan fizikal sesebuah juga mempengaruhi aktif atau tidak kepada sesebuah persatuan. Kebanyakan sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tidak menperolehi infrastruktur dan kemudahan seperti sekolah kelolaan kementerian pusat. Punca hal ini berlaku daripada pelbagai faktor. Tetapi apa yang jelasnya, keadaan sesetengah sekolah amat menyedihkan dan kurang membina semangat kepada pelajar untuk menumpukan perhatian untuk belajar dan berpersatuan. Contohnya surau yang sempit dan tidak mampu menampung jamaah pelajar untuk solat secara berjamaah. Hal ini sudah tentu kurang meransang untuk para pelajar turun solat berjamaah atas alasan suraunya sempit hingga terpaksa mengerjakan solat di bilik atau di dom-dom.

Begitu juga halnya berlaku di sesetengah sekolah kerajaan negeri atau pusat yang menjalankan dasar ko-kurikulum yang menyekat persatuan Islam dan badan dakwah kecuali program solat berjamaah, do’a di perhimpunan dan beberapa majlis hari kebesaran Islam. Tidak lebih daripada itu. Mereka menganggap badan dakwah atau persatuan Islam ini hanya perlu menjalankan program-program yang tidak lebih daripada amalan ritual seperti solat dan juga menyambut hari kebesaran Islam seperti yang difahami daripada perlembagaan negara terhadap agama rasmi persekutuan.

Hal ini sudah tentu meletakkan Islam dalam kerangka yang begitu sempit dan jumud. Sebab itulah kita melihat para remaja terlalu jahil tentang asas-asas Islam. Sehingga apa yang berlaku pada peperiksaan PAFA di seluruh Wilayah Persekutuan menunjukkan angka yang begitu menakutkan tentang kejahilan para pelajar terhadap agama mereka. Mereka yang tidak mampu melafazkan syahadah lebih daripada 30% dan mereka yang tidak solat penuh lima waktu sehari semalam lebih daripada 90%. Begitu juga dengan masalah-masalah lain seperti mandi junub, mengambil wudhu’, tidak berpuasa dan beberapa krisis ibadah yang ditinggalkan atau diabaikan oleh golongan remaja Melayu Islam kini. Fenomena seumpama ini amat menyedih dan membimbangkan para pimpinan Islam negara sehingga saban tahun, berjuta-juta ringgit dikeluarkan untuk menangani masalah-masalah kronik yang melanda mereka seperti penghisap dadah, pesakit Aids atau HIV, melahirkan anak luar nikah,