• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah"

Copied!
76
0
0

Teks penuh

(1)

NAMA BUKU : Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah

TERBITAN : Penerbitan At-Taqwa

MUKA SURAT :

DIKARANG DAN DISUSUN OLEH :

AL-USTAZ FAHRUL IRFAN BIN ISHAK BIN JOHARI 1, BAKAWALI 33 TAMAN JOHOR JAYA,

81100, JOHOR BAHRU JOHOR, WEST MALAYSIA.

07-3541035 atau

AT-TABBAKH BUILDING, OMAR TUSUN STREET, DAMANHUR, BUHAIRA, REPUBLIC ARAB OF EGYPT.

PENAUNG : PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) CETAKAN PERTAMA 1420 HIJRAH/ 2000

HAK CIPTA TERPELIHARA : TIDAK DIBENARKAN MENCETAK,

MEMPHOTOSTAT, MENYALIN, MENYUNTING ATAU MENYELEWENG UNTUK MAKSUD PERNIAGAAN DAN MAKSUD-MAKSUD LAIN YANG MELANGGAR SYARAK DARIPADA MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI TANPA IZIN DARIPADA PIHAK PENGARANG DAN PENERBITNYA.

REKA BENTUK – ASY-SYABAB Kata-Kata Daripada Presiden PMRAM

(2)

ISI KANDUNGAN Muka Surat

Setinta Kalam

Nasyid Rasmi BADAR Buat yang tercinta……

BAB 1

Dakwah Dan Pelajar

Mukadimah Takrif Dakwah

Kewajipan Dakwah Serta Tuntutannya Mengapa Remaja @ Pelajar

Sifat-sifat Asy-Syabab Daripada Hadis Rasulullah SAW Pengertian Badan Dakwah

BAB 2

Organisasi Badan Dakwah

Tuntutan Berorganisasi Dalam Islam Asas-asas Berorganisasi

Konsep Berorganisasi

- rukun bai’ah

Marhalah Ukhuwwah

Organisasi Badan Dakwah Serta Unit-Unit Kecil Jawatankuasa Tertinggi.

Jawatan Kuasa Serta Unit-unit Kecil

Biro Usrah - Pengertian usrah - sejarah usrah - rukun usrah - unit silibus - unit modul Biro Tamrin - unit protokol - unit disiplin

Biro Perhubungan Luar

- unit Institut Pengajian Tinggi (IPT) - unit umum

- unit sekolah

Biro Penerbitan dan Publisiti - unit majalah

- unit risalah dan artikel - unit siber

Biro Ceramah

- unit pidato dan khutbah

- unit perayaah dan hari kebesaran Islam Biro Kesenian - unit nasyid - hukum nasyid - unit pantomim Biro Kebajikan - unit umum - unit pelajar

Biro Musalla dan Ibadah - unit kebersihan dan keceriaan - unit perpustakaan mini

Biro Khas 5 6 6 7 7 8 9 14 16 17 18 18 21 23 25 25 25 25 25 26 26 27 28 28 28 29 30 30 30 30 30 30 31 31 31 31 31 31 31 32 32 33 33 33 33 33 33 33 34 2

(3)

Tanzim Jabatan Nuqaba’ dan Naqibat

Organisasi Yang Cemerlang

BAB 3

Masalah-Masalah Badan Dakwah

1. Bidang kuasa yang terhad

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Menengah Agama @ Rakyat (SMA) Sekolah Menengah Vokasional @ Teknik

2. Persaingan dengan badan atau persatuan yang lain.

3. Pelajar menyampingkan urusan badan dakwah dan  mengutamakan urusan sendiri 4. Ditentang oleh golongan yang kurang didikan agama 5. Ketandusan pelapis 6. AJK yang tidak menjalankan tugas 7. Tidak mampu menjadi contoh kepada pelajar lain 8. Kekurangan peruntukan untuk membuat program 9. Tarbiyah yang tidak seimbang antara fikriyyah, jasadiyyah,  ruhiyyah. 10. Keadaan fizikal dan ko­kurikulum sekolah yang menghalang  badan dakwah menjalankan program. 11. Usrah tidak berjalan dengan konsisten 12. Bertembung dengan kuasa pada pengawas atau ketua pelajar. BAB 4

Faktor-Faktor Kejayaan Badan Dakwah

1. Mempunyai dasar dan matlamat yang jelas 2. Struktur organisasi yang tersusun dan mantap

3. Mempunyai manhaj tarbiyah jelas (bersepadu dan berkesinambungan)

Manhaj umum ­ Manhaj asas ­ Manhaj pecahan

Manhaj khusus

Bentuk-bentuk program

4. Mempunyai marhalah tarbiyah

Marhalah Takrif ­ Matlamat ­ Tabi’ie ­ Tuntutan ­ Wasilah ­ Sifat-sifat Marhalah Takwin ­ Tabi’ie

­ Sifat dan akhlak da’ie dan mad’u ­ Tujuan dan wasilah

a) Meletakkan kesesuaian sukatan yang tertentu b) Meletakkan jawatan dan portfolio tertentu c) Pembentukan yang lebih jitu

34 35 35 35 35 36 37 38 39 39 40 40 40 41 41 42 43 43 45 45 47 47 47 48 48 49 49 49 50 50 50 50 50 50 51 51 51 52 52 52 52 52 53 54 54 55 55

(4)

d) Disiplin

Marhalah Tanfiz

5. Ahli Yang Sedia Ditarbiyah

6. Sistem pengkaderan yang tersusun

7. Keselarasan antara Amal Jamaie dan Amal Ijtima’ie

­ Pengertian Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie ­ Perbezaan Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie

BAB 5

Ciri-Ciri Badan Dakwah Yang Cemerlang

1. Syura

Prinsip asas syura

Perkara-perkara penting dalam syura

2. Manhaj Tarbiyah Yang Mantap

3. Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan

kesan-kesan tidak menjaga hazar

4. Muhasabah

5. Mengikuti Perkembangan Semasa (Fiqhul Waki’)

Pengertian Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa Kaedah Membuat Kajian Fiqh Realiti Disiplin Ilmu Ini

Faedah-faedah Fiqh Realiti

6. Bersedia Menerima Perubahan

7. Mempunyai Perancangan Jangka Pendek Dan Panjang

Kajian Kes

1. Pertembungan antara pimpinan badan dakwah dan pengawas 2. Gap antara pelajar bidang agama dan bidang sains

3. Ahli Badan Dakwah yang terlalu ekstrim sehingga mad’u menjauhinya 4. Puak thiqoh dan tak thiqoh

5. Pertembungan Badan Dakwah dengan pihak yang mempunyai yang lebih tinggi kedudukannya

6. Ahli Badan Dakwah tidak pandai memimpin 7. Wujudnya jamaah-jamaah tertentu

a) ABIM

b) JIM

c) PAS

d) Tabligh

Tips-tips Penting Sebagai Pimpinan Pelajar

Sifat-sifat seorang pemimpin Psikologi Kepimpinan Penutup Lampiran-Lampiran Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 56 56 56 57 57 59 59 59 59 59 60 60 60 60 61 61 61 62 63 64 64 65 65 67 68 69 70 70 70 70 72 72 72 73 74 74 74 4

(5)

Lampiran 5

Contoh Perlembagaan Badan Dakwah

Setinta Kalam...

Alhamdulillah setelah beberapa tahun melibatkan diri di dalam arena dakwah dan jamaah Islam, saya dapat menyiapkan sebuah buku panduan untuk para pelajar khususnya mereka yang bergiat cergas dalam persatuan atau badan dakwah di sekolah. Buku Panduan ini disusun dan dikarang dengan merujuk kitab-kitab Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dan digabungkan dengan pengalaman saya dan sahabat-sahabat yang pernah berkecimpung dalam arena yang mencabar ini. Buku Panduan ini

(6)

lebih bersifat umum dan tidak mengkhususkan dakwah pada sekolah-sekolah tertentu. Di samping itu, buku ini juga boleh digunakan untuk manfaat kepada persatuan atau badan pelajar di sekolah kerana ia merangkumi asas-asas kepemimpinan,

berorganisasi dan methodologi dakwah untuk para pelajar. Di samping itu, buku ini menampilkan sedikit pembaharuan dalam penulisan kerana diselitkan dengan bentuk carta, jadual, gambarajah dan statistik untuk maklumat dan memudahkan pemahaman terhadap isi yang disampaikan. Walaupun begitu, apa yang dipaparkan di dalam buku panduan ini tidak melengkapi semua keperluan dan waq’ie setiap sekolah di seluruh negara. Oleh itu, segala kekurangan Buku Panduan ini saya memohon maaf terhadap para pembaca dan kemaafan ke hadrat Allah SWT yang menunjukkan saya untuk berjuang di dalam perjuangan Islam.

Segala yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu disandarkan kepada diri hamba-Nya yang lemah ini dan hakikat keduanya daripada Allah jua.

Wallahu’alam

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Fahrul Irfan Bin Ishak

Ad-Damanhuri

1 MEI 1999 / 16 MUHARRAM 1420

firfans@yahoo.com al_hakeem@hotmail.com

Nasyid Rasmi BADAR Badan Dakwah Dan Rohani

Wadah Perjuangan Kami Di Bumi Wakafan Yang Bertuah Ini

Moga Mendapat Restu Ilahi Wahai Teman Yang Dikasihi Bantulah Perjuangan Kami

(7)

Walau Sekadar Akhlak Yang Tinggi Balasan Tuhan Pasti Menanti

Sahabat Seperjuanganku Korbankan Jiwa Dan Ragamu Demi Dakwah Yang Di Sanjung Tinggi

Agar Islam Bersinar Kembali Wahai Generasi Dakwah

Runtuhkan Thaghut Jahiliyah Sezaman Tegakkan Islam Atas Keruntuhan

Itulah Asas Perjuangan Allah Matlamat Kami

Al-Quran Dan Sunnah Ikutan Kami Jihad Di Jalan Allah Jalan Kami Syahid Fi Sabilillah Cita-cita Kami. Buat Yang Tersayang…..

Ayahanda dan Bonda Kak Lin Dan Abang Yus Arwah Chaie dan Ijam.. Sahabat-sahabat KI 95-98 Dan pejuang-pejuang Islam…

BAB 1

Dakwah Dan Pelajar

Mukadimah

Dewasa ini kita lihat pelbagai gejala telah melanda masyarakat dari pelbagai sudut. Bermula daripada krisis sosial yang melanda masyarakat terutamanya golongan

(8)

muda, diikuti pula dengan krisis ekonomi dan akhirnya menjadi lebih besar kepada krisis politik. Hal ini di sebabkan pelbagai kelemahan yang berlaku pada urusan mengislah masyarakat. Suasana yang kurang menyenangkan ini perlu dibuat satu perubahan.

Sebagai seorang pelajar muslim, kita kurang senang dengan senario yang berlaku kini. Sebagai langkah asas, perubahan jangka panjang yang perlu kita rencanakan ini perlu ada latihan asas dari segi teori dan praktik mudah di bangku sekolah. Lantaran remaja kini juga ramai yang telah tenggelam dengan arus yang ada, maka kita perlu melayari bahtera Islam untuk mengubah masyarakat dan negara pada masa akan datang. Tidak lain dan tidak bukan asas tersebut ialah dengan

persatuan, badan dakwah atau pertubuhan yang wujud di sekolah-sekolah.

Justeru buku panduan ini, menghuraikan serba sedikit pergerakan pelajar di sekolah dengan wasilah badan dakwah sebagai satu platform asas untuk

menggerakkan negara dan masyarakat pada masa akan datang. Semoga buku panduan yang ringkas ini dapat diambil manfaat oleh para pelajar untuk ditatbiqkan di tempat masing-masing, Insya’Allah.

Takrif Dakwah

Apabila kita membicarakan tentang dakwah ini, maka yang dimaksudkan dakwah itu ialah segala risalah yang dibawa oleh Baginda SAW daripada segala kandungan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya dakwah yang dibawa itu merupakan agama, cara hidup dan nikmat yang sempurna di sisi Allah. Firman-Nya :

ةرخلا ىف وهو هنم لبقي نلف انيد ملسلا ريغ ىغتبي نمو

نيرساخلا نمل

maksudnya: sesiapa yang mencari sistem hidup selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan mereka di hari akhirat tergolong daripada orang-orang yang rugi. (Ali Imran 85)

Dakwah dari segi bahasa ialah mengajak, memberi semangat dan tunjuk ajar, mempertahankan atau menetapkan sesuatu sama ada sesuatu itu benar atau batil.

Dakwah dari segi istilah yang dimaksudkan di sini ialah:

a) Mengasaskan masyarakat Islam seperti dakwah Rasul SAW yang bermula daripada

masyarakat jahiliyah kepada agama Allah SWT dengan menyampaikan wahyu-Nya dan memberi peringatan tentang syirik.

b) Dakwah bagi mengislah dan memperbaiki masyarakat daripada sebarang bentuk

kesesatan, bid’ah, kemungkaran dan meninggalkan yang wajib.

c) Berterusan dengan dakwah terhadap kaum masyarakat dengan menpertahankan

kebenaran dengan menjaga kesejahteraannya dengan nasihat dan petunjuk yang baik serta peringatan , pengajian dan penyucian.

Kewajipan Dakwah Serta Tuntutannya

Dakwah menjadi tuntutan kepada umat Islam yang baligh, berakal, mumayyiz dan mampu melaksanakannya. Banyak dalil-dalilnya antaranya:

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:

نوحلفملا مه كئلواو ركنملا نع نوهنيو فورعملاب نورمأيو ريخلا ىلا نوعدي ةمأ مكنم نكتلو

(9)

maksudnya: Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah1 yang mengajak

kepada kebaikan, menyeru makruf dan mencegak kemungkaran dan mereka adalah golongan orang yang berjaya. (Ali Imran 104)

Dalam hal ini juga Rasulullah SAW menjelaskan lagi dengan hadis Baginda SAW:

ُةَلّصلا َلاَقَف ٌلُجَر ِهْيَلِإ َماَقَف ُناَوْرَم ِةَلّصلا َلْبَق ِديِعْلا َمْوَي ِةَبْطُخْلاِب َأَدَب ْنَم ُلّوَأ َلاَق ٍباَهِش ِنْب ِقِراَط ْنَع : ُهْنَع ُّلا َيِضَر ٍديِعَس يِبَأ ُثيِدَح ْمُكْنِم ىَأَر ْنَم ُلوُقَي َمّلَسَو ِهْيَلَع ُّلا ىّلَص ِّلا َلوُسَر ُتْعِمَس ِهْيَلَع اَم ىَضَق ْدَقَف اَذَه اّمَأ ٍديِعَس وُبَأ َلاَقَف َكِلاَنُه اَم َكِرُت ْدَق َلاَقَف ِةَبْطُخْلا َلْبَق * ِناَميِْلا ُفَعْضَأ َكِلَذَو ِهِبْلَقِبَف ْعِطَتْسَي ْمَل ْنِإَف ِهِناَسِلِبَف ْعِطَتْسَي ْمَل ْنِإَف ِهِدَيِب ُهْرّيَغُيْلَف اًرَكْنُم

maksudnya:Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangan2, seandainya tidak mampu maka dengan lidah dan perkataan, sekiranya tidak mampu maka mesti mencegahnya dengan hati. Dan mencegah atau benci dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman.3

Begitu juga dengan sirah para Nabi dan Rasul serta ulama-ulama yang masyhur. Mereka menjalankan tuntutan dakwah ini dengan segala usaha dan pengorbanan sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah ini. Tujuannya tidak lain kecuali mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah serta melaksanakan amanah sebagai pentadbir di muka bumi ini. Dalam usaha menjalankan dakwah ini, mereka menerima pelbagai cubaan dan mehnah serta tribulasi hingga menggadaikan nyawa mereka sendiri. Namun begitu mereka tidak merasa cemas, sedih atau

menyesal. Mereka yakin bahawa daripada usaha tersebut dan izin Allah, mereka akan diganjari dengan pelbagai nikmat baik di dunia sekalipun dan lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak. Firman Allah SWT

نيملسملا نم ىننأ لاقو احلاص لمعو لا ىلإ اعد نمم لوق نسحأ نمو…

maksudnya: Dan apakah kalam dan perkataan yang paling baik daripada mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan menyatakan bahawa aku daripada orang muslimin (Fussilat 33) Justeru, kita perlu sedar bahawa tugas dakwah ini bukan suatu perkara yang terasing dalam kehidupan kita sebagai pelajar. Ini adalah sunah kehidupan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Mengapa Pelajar / Remaja ?

Apa makna remaja?

Remaja dalam bahasa Arab Ash-Shabbu bermaksud bermula, kuat, bertambah dan meninggi. Dan ءيشلا بابش (mulanya sesuatu) seperti dalam ayat راهنلا بابش

(bermulanya hari siang) iaitu waktu pagi.4

Dalam Kamus Dewan pula remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin.

Bermulanya remaja dan penghujungnya.

1 Ummah menurut Sayyid Qutub, Hasan Al-Banna, Said Hawa dan Yusof Al-Qaradhawi ialah Jamaah Islam 2 ada ulama yang berpendapat maksudnya kuasa, pemerintahan.

3 Hadis riwayat bukhari 4 lisanul Arab Ibn Manzur

(10)

Peringkat remaja bermula apabila seseorang it sampai tahap baligh seperti firman Allah :

مهلبق نم نيذلا نذأتسا امك اونذأتسيلف ملحلا مكنم لافطلا غلب اذإو

maksudnya: dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. (An-Nur 59)

Hadis daripasa Saidina Ali Radiallahu Anhu, Rasulullah S.A.W bersabda

لقعي ىتح هوتعملا نعو بشي ىتح يبصلا نعو ظقيتسي ىتح مئانلا نع : ثلث نع ملقلا عفر

maksudnya: diangkat Qalam (taklif) daripada tiga golongan. 1- Mereka yang tidur sehingga mereka jaga 2- mereka yang bayi hingga mereka baligh 3- mereka yang gila hingga mereka berakal (waras)1

Seseorang itu mencapai tahap baligh apabila ia telah bermimpi. Imam Syafi’ie menyatakan seseorang lelaki itu sampai ke tahap baligh pada umur 15 dan bagi perempuan pada umur 9 tahun. Ini dibuktikan dengan hadis-hadis baginda seperti:

جوزتيلف ةءابلا مكنم عاطتسا نم بابشلا رشعم اي

maksudnya: wahai para pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mencapai peringkat ‘Ba’ah’ (kemampuan) maka hendaklah mereka berkahwin.2

Hadis di atas menandakan apabila seseorang itu sampai tahap pemuda dan selepas bermimpi, maka amat digalakkan agar berkahwin apabila mempunyai kemampuan dan persediaan-persediaan tertentu.

Begitu juga hadis yang menyatakan tentang mendidik anak solat apabila sampai umur sepuluh tahun. Apabila anak itu degil, maka boleh dipukul (sekadar mendidik) seperti hadis Baginda SAW:

يِف ْمُهَنْيَب اوُقّرَفَو ٍرْشَع ُءاَنْبَأ ْمُهَو اَهْيَلَع ْمُهوُبِرْضاَو َنيِنِس ِعْبَس ُءاَنْبَأ ْمُهَو ِةَلّصلاِب ْمُكَدَلْوَأ اوُرُم َمّلَسَو ِهْيَلَع ُّلا ىّلَص ِّلا ُلوُسَر َلاَق ِعِجاَضَمْلا

maksudnya: Rasulullah SAW telah berkata: perintahkanlah anak-anak kamu untuk mengerjakan solat pada umur tujuh tahun. Dan pukullah mereka sekiranya sudah sampai umur sepuluh tahun (sekiranya degil) dan pisahkanlah tempat tidur mereka (anak lelaki dan perempuan)3

Secara kesimpulannya seseorang dinamakan pemuda itu bermula daripada selepas baligh hinggalah berumur 40 tahun. Sebab dinamakan syabab di dalam bahasa Arab yang bermaksud bermula, kuat, meninggi dan bertambah ialah kerana 2 perkara:

1. An-Nama’ iaitu bermaksud bertambah, meninggi dan meningkat.

2. Al-Quwwah iaitu bermaksud kekuatan kemampuan.

Di dalam Al-Quran Allah menyatakan penghujung peringkat pemuda ini dengan firman-Nya:

ةنس نيعبرأ غلبو هدشأ غلب اذإ ىتح

maksudnya: sehinggalah umurnya sampai empat puluh tahun ( Al-Ahqaf 15)

1 riwayat A-Turmizi dalam kitab Hudud. 2 Muttafaqun ‘Alaihi

3 hadis riwayat Abu Daud

(11)

Banyak ayat-ayat dan hadis- hadis yang menyatakan tentang golongan syabab atau pemuda ini. Hal ini disebabkan beberapa perkara iaitu:1

1. Golongan pemuda ini adalah pada peringkat permulaan di berikan taklif oleh Allah SWT

Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Radiallahu Anhu:

لقعي ىتح هوتعملا نعو بشي ىتح يبصلا نعو ظقيتسي ىتح مئانلا نع : ثلث نع ملقلا عفر

maksudnya: diangkat Qalam (taklif) daripada tiga golongan. 1- Mereka yang tidur sehingga mereka jaga 2- mereka yang bayi hingga mereka baligh 3- mereka yang gila hingga mereka berakal (waras)2

Pada peringkat remaja dan pemuda inilah peringkat yang mudah untuk memperolehi ilmu, kekuatan, kemampuan dan sebagainya untuk diberikan taklif sebagai seorang mukallaf iaitu yang cukup syarat untuk menanggung segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangannya.

2. Peringkat remaja atau pemuda ini berada di dalam tempoh atau kawasan kekuatan

seseorang manusia itu.

Walaupun begitu, yang dimaksudkan remaja itu berada dalam tempoh kekuatan bukanlah bermaksud kekuatan itu kekal terus menerus. Tetapi apabila seseorang remaja itu sudah sampai pada tahap umur tertentu, maka kekuatan itu akan menurun dan kembali semula menjadi lemah seperti umur bayi dan kanak-kanak seperti firman Allah:

نوُلِقْعَي َلَفَأ ِقْلَخْلا يِف ُهْسّكَنُن ُهْرّمَعُن ْنَمَو

maksudnya: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan

umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yasin 68) Dan firman-Nya lagi:

ُريِدَقْلا ُميِلَعْلا َوُهَو ُءاَشَي اَم ُقُلْخَي ًةَبْيَشَو اًفْعَض ٍةّوُق ِدْعَب ْنِم َلَعَج ّمُث ًةّوُق ٍفْعَض ِدْعَب ْنِم َلَعَج ّمُث ٍفْعَض ْنِم ْمُكَقَلَخ يِذّلا ُّلا

maksudnya: Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (Ar-Rum 54)

Ibnu Al-Jauzi Rahimahullah pernah berkata berkenaan dengan ayat di atas : “Yang dimaksudkan dengan lemah selepas tempoh kanak-kanak itu ialah pertukaran kekuatan pada waktu muda kepada kelemahan pada waktu tua.”

Allah menjadikan selepas kelemahan pada waktu kanak-kanak kekuatan pada waktu syabab, kemudian Dia menjadikan kekuatan syabab itu kembali lemah apabila menjadi tua dan dewasa serta beruban.

Kekuatan yang dimaksudkan pada peringkat pemuda ini merangkumi semua kekuatan seperti kekuatan jasmani, kekuatan pancaindera, kekuatan dalam beramal

1 rujuk kitab ( ( بابشلا ةوعد ىف ىوبنلا جاهنملا Sulaiman Bin Qasim Al-Aid Darul ‘Asimah muka surat 28 2 riwayat A-Turmizi dalam kitab Hudud.

(12)

dan bekerja serta kuat dalam memperolehi ilmu seperti kata-kata Imam Syafi’ie Rahimahullah:

لغشلاو راكفلا نم لاخ … ىتف لإ ملعلا لاني لو

maksudnya: dan tidak memperolehi ilmu dengan sepenuh kekuatan kecuali golongan pemuda, yang kosong minda mereka daripada memikirkan perkara yang berat-berat dan sibuk dengan tugas-tugas.

3. Peringkat remaja atau pemuda ini ialah berada di sebaik-baik peringkat usia dan

kehidupan seseorang kerana terhimpun padanya kekuatan dan kecergasan. Begitu juga ramai yang merasakan bahawa pada waktu muda inilah waktu hidup yang paling seronok sehingga terkenang-kenang kenangan pada waktu tersebut dan seolah-olah mahu kembali ke zaman itu. Ini digambarkan oleh penyair terkenal Abu Al-‘Atahiyah.

4. Peringkat remaja atau pemuda merupakan peringkat umur yang paling panjang.

Sesungguhnya umur bagi umat Nabi Muhammad SAW di antara 60-70 tahun seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

كلذ زوجي نم مهلقأو نيعبسلا ىلإ نيتسلا نيب يتمأ رامعأ

maksudnya: Umur bagi umatku antara 60-70 tahun1

5. Kepantasan memberi reaksi

Pada zaman muda ini merupakan pusingan yang menunjukkan golongan ini mempunyai kekuatan dan kepantasan dalam memberi sebarang reaksi terhadap persekitarannya. Ini dibuktikan seperti apa yang berlaki kepada pemuda Ashabul Kahfi yang diriwayatkan oleh Al-Quran Al-Karim dengan firman Allah SWT:

ىده مهاندزو مهبرب اونماء ةيتف مهنإ

maksudnya: mereka adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka lalu kami tambahkan hidayah dan petunjuk kepada mereka. (Al-Kahfi 13)

6. Sesungguhnya peringkat remaja dan pemuda disifatkan sebagai tiang kepada

ummah. Ini disebabkan pada tempoh ini segala tenaga, pengorbanan dan sumbangan boleh diberikan semaksimumnya.

Setelah kita mengetahui kewajipan dan tuntutan dakwah, timbul pula persoalan. Adakah kita sebagai seorang pelajar atau remaja perlu terlibat dalam kancah ini? Sedangkan dalam masa yang sama kita mempunyai kewajipan untuk belajar? Dalam hal ini para pelajar perlu faham bahawa kedua-dua hal ini perlu dilihat dalam

perspektif yang berbeza. Persoalan belajar adalah persoalan kita mengukuhkan ilmu, fikrah, jiwa serta apa-apa jua yang berkaitan dengan diri kita sendiri. Persoalan dakwah pula adalah berkaitan dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Lantaran suasana yang berlaku di sekeliling kita mendesak kita untuk menjalankan tugas dakwah ini, maka kita sebagai pelajar tidak dapat tidak perlu melibatkan diri secara langsung dengan kemampuan dan medan yang kita berada.

Sebagai pelajar dan remaja, perlu disedari hakikat bahawa kita merupakan generasi masa depan yang akan menggantikan kepimpinan ummah yang wujud kini. Lantaran kesedaran di atas dasar ingin membuat reformasi ke atas perkembangan umat Islam yang berlaku kini, maka ia menuntut pengorbanan dan usaha dari seluruh

1 Hadis riwayat At-Turmizi

(13)

tenaga, masa dan material kita untuk menaikkan syiar Islam. Bagi menentukan maju atau mundurnya sesebuah bangsa itu, maka kita hanya perlu melihat kepada

pemudanya. Sekiranya pemudanya hidup dalam keadaan yang leka, membuat maksiat dan engkar dengan perintah Allah, maka cukuplah untuk kita melihat akan

kemusnahan bangsa. Namun, seandainya pemuda dan pemudinya sentiasa peka, takwa dan beriman kepada Allah dan hari akhirat serta bersedia membuat perubahan, maka kita akan dapat lihat bangsa tersebut akan dinaikkan darjat mereka di dunia dan di akhirat. Itulah hakikat maksud kata-kata Imam Al-Ghazali tentang golongan pemuda.

Tugas mendalami ilmu dan juga berpersatuan kedua-duanya tuntutan syarak. Timbul pula persoalan apakah keutamaan daripada 2 tuntutan tersebut dalam tempoh waktu muda ini? Jawapannya ialah kedua-duanya perlu diseimbangkan menurut kemampuan seseorang. Hal ini disebabkan beberapa perkara:

a) Seseorang mempunyai kemampuan menuntut ilmu dan juga berpersatuan yang berbeza. Apabila seseorang itu mempunyai kelebihan dari sudut mendalami ilmu, maka ia perlu mengutamakan ilmu daripada hal persatuan. Pun begitu, tidak harus baginya meninggalkan terus tuntutan berpersatuan kerana ia merupakan tuntutan syarak dan semasa yang amat penting. Mungkin ada yang memberi alasan seperti kata-kata Imam Syafi’e apabila seseorang itu sudah menjadi pemimpin, maka tiada masa baginya untuk ilmu itu bukanlah satu dalil yang menjadi alasan kukuh untuk tidak aktif atau memberi sumbangan seadanya kepada persatuan. Perlu dirujuk waq’ie pada zaman para Tabi’in dan juga ulama’-ulama’ besar 5 kurun terawal disebabkan mereka pada waktu itu masih berada di dalam daulah dan khalifah Islam yang mana Al-Quran dan As-Sunnah sudah berada dalam puncak kekuasaan empayar Islam. Justeru para ulama’ ketika itu tidak perlu kepada pengislahan yang serius dan besar bagi menegakkan daulah Islam. Hal ini berlaku sebaliknya pada zaman para sahabat di mana mereka terpaksa berhijrah dan melakukan pelbagai usaha, pengorbanan, ujian dan cabaran bagi menegakkan negara Islam Madinah.

b) Namun begitu, jika seseorang itu mempunyai kelebihan berpersatuan dan kepemimpinan, tidak harus juga baginya meletakkan persatuan itu segala-galanya sehingga terabai tugas utama menuntut ilmu. Ini disebabkan tuntutan menuntut ilmu adalah perkara yang qat’ie dan tertakluk kepada semua mukallaf tetapi bagi hal persatuan, ia lebih tertakluk kepada golongan tertentu yang terpilih dan mempunyai kelebihan tertentu. Walaupun begitu, bukanlah bermaksud pemimpin itu mesti

mempunyai jawatan atau portfolio dalam persatuan kerana manusia itu disifatkan oleh Rasulullah sebagai pemimpin bagi setiap apa yang dipimpinnya.

Sabda Baginda SAW

ّباَشَو ُلِداَعْلا ُماَمِْلا ُهّلِظ ّلِإ ّلِظ َل َمْوَي ِهّلِظ يِف ُّلا ُمُهّلِظُي ٌةَعْبَس َلاَق َمّلَسَو ِهْيَلَع ُّلا ىّلَص ّيِبّنلا ِنَع : ُهْنَع ُّلا َيِضَر َةَرْيَرُه يِبَأ ُثيِدَح َلاَقَف ٍلاَمَجَو ٍبِصْنَم ُتاَذ ٌةَأَرْما ُهْتَعَد ٌلُجَرَو ِهْيَلَع اَقّرَفَتَو ِهْيَلَع اَعَمَتْجا ِّلا يِف اّباَحَت ِنَلُجَرَو ِدِجاَسَمْلا يِف ٌقّلَعُم ُهُبْلَق ٌلُجَرَو ِّلا ِةَداَبِعِب َأَشَن * ُهاَنْيَع ْتَضاَفَف اًيِلاَخ َّلا َرَكَذ ٌلُجَرَو ُهُلاَمِش ُقِفْنُت اَم ُهُنيِمَي َمَلْعَت َل ىّتَح اَهاَفْخَأَف ٍةَقَدَصِب َقّدَصَت ٌلُجَرَو َّلا ُفاَخَأ يّنِإ

maksudnya: “7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari yang tiada naungan selain naungan kecuali naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dengan ibadah dengan Tuhannya, seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, dan 2 pemuda yang saling mengasihani bertemu dan berpisah kerana Allah SWT, dan pemuda yang digoda oleh seorang wanita bangsawan dan cantik lalu berkata “Sesungguhnya Aku takut kepada Allah SWT, dan pemuda yang bersedekah sebelah tangannya hingga tidak diketahui tangan sebelah yang lain, dan pemuda yang mengingati Allah seorang diri dan menggugurkan air matanya……”1 1 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

(14)

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa besarnya darjat pemuda yang berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.Begitu juga kalau kita semak kembali sirah perjuangan Rasul SAW, ramai di kalangan para sahabat terdiri daripada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Saad Bin Abi Waqqas, Ali Bin Abi Talib dan ramai lagi. Mereka adalah pemuda-pemuda bagi membantu perjuangan Rasul SAW terutamanya ketika Islam mula-mula ditegakkan. Dalam suasana pengajian, kita tidak perlu memberikan alasan untuk tidak bersama-sama menceburi dalam bidang dakwah ini. Bukan masalah masa yang tidak cukup, ilmu yang masih tidak mantap, tidak yakin pada diri sendiri dan sebagainya yang merupakan jawapan-jawapan yang sering diutarakan, tetapi perlu kita sedar seandainya kita tidak berubah dari sikap lama kita dan tidak mengambil endah akan hal ini, maka masyarakat dan negara akan dijajah dengan pelbagai bentuk penjajahan yang baru.

Hakikat perjuangan Islam pada peringkat awal telah dibuktikan oleh generasi muda yang menjadi tulang belakang Baginda sendiri. Ini dibuktikan dengan hadis-hadis yang disabdakan oleh Rasul SAW tentang golongan syabab. Rasulullah membentuk para syabab dengan pelbagai bentuk tarbiyah. Antaranya:

Sifat-sifat As-Syabab Daripada Hadis-hadis Rasulullah SAW

1. Dalam proses menyediakan generasi syabab untuk tetap beriltizam dan

beristiqomah dalam ketaatan kepada Allah serta tetap beribadah kepada-Nya dan menerima dengan penuh keyakinan apa jua tanggungjawab yangtelah diberikan kepada mereka, maka Rasulullah SAWtelah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim), iaitu:

ْنَع َةَرْيَرُه يِبَأ ْنَع ٍمِصاَع ِنْب ِصْفَح ْنَع ِنَمْحّرلا ِدْبَع ُنْب ُبْيَبُخ يِنَثّدَح َلاَق ِّلا ِدْيَبُع ْنَع ىَيْحَي اَنَثّدَح َلاَق ٌراَدْنُب ٍراّشَب ُنْب ُدّمَحُم اَنَثّدَح يِف ٌقّلَعُم ُهُبْلَق ٌلُجَرَو ِهّبَر ِةَداَبِع يِف َأَشَن ّباَشَو ُلِداَعْلا ُماَمِْلا ُهّلِظ ّلِإ ّلِظ َل َمْوَي ِهّلِظ يِف ُّلا ْمُهّلِظُي ٌةَعْبَس َلاَق َمّلَسَو ِهْيَلَع ُّلا ىّلَص ّيِبّنلا ىَفْخَأ َقّدَصَت ٌلُجَرَو َّلا ُفاَخَأ يّنِإ َلاَقَف ٍلاَمَجَو ٍبِصْنَم ُتاَذ ٌةَأَرْما ُهْتَبَلَط ٌلُجَرَو ِهْيَلَع اَقّرَفَتَو ِهْيَلَع اَعَمَتْجا ِّلا يِف اّباَحَت ِنَلُجَرَو ِدِجاَسَمْلا ُهاَنْيَع ْتَضاَفَف اًيِلاَخ َّلا َرَكَذ ٌلُجَرَو ُهُنيِمَي ُقِفْنُت اَم ُهُلاَمِش َمَلْعَت َل ىّتَح

mafhumnya: Tujuh golongan yang akan mendapat mendapat perlindungan daripada Allah dalam bayangan ‘Arasy ketika hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Nya; salah satu daripadanya adalah syabab yang sentiasa beribadah kepada Allah.

2. Dalam proses menyeru generasi syabab supaya mengisi ruang masa yangada untuk membentuk peribadi mereka sama ada dari aspek ruh, jasad,nafsu, ‘aqal dan akhlak, maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim,

لبق كءانغو كمقس لبق كتحصو كمره لبق كبابش سمخ لبق اسمخ منتغا هظعي وهو لجرل ملسو هيلع لا ىلص لا لوسر لاق كتوم لبق كتايحو كلغش لبق كغارفو كرقف

bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum fakirmu.1

3. Dalam proses memelihara nafsu generasi syabab daripada penyelewengan dan kebobrokan akhlak melalui institusi bait muslim (rumah tangga) yang mengikut syariat Allah Allah SWT, maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Jamaah, iaitu:

1 hadis riwayat Hakim dalam Al-Mustadrak dan hadis ini soheh

(15)

ِدْبَع اَبَأ اَي َلاَقَف ىًنِمِب ُناَمْثُع ُهَيِقَلَف ِّلا ِدْبَع َعَم ُتْنُك َلاَق َةَمَقْلَع ْنَع ُميِهاَرْبِإ يِنَثّدَح َلاَق ُشَمْعَْلا اَنَثّدَح يِبَأ اَنَثّدَح ٍصْفَح ُنْب ُرَمُع اَنَثّدَح ْنَأ ِّلا ُدْبَع ىَأَر اّمَلَف ُدَهْعَت َتْنُك اَم َكُرّكَذُت اًرْكِب َكَجّوَزُن ْنَأ يِف ِنَمْحّرلا ِدْبَع اَبَأ اَي َكَل ْلَه ُناَمْثُع َلاَقَف اَوَلَخَف ًةَجاَح َكْيَلِإ يِل ّنِإ ِنَمْحّرلا َرَشْعَم اَي َمّلَسَو ِهْيَلَع ُّلا ىّلَص ّيِبّنلا اَنَل َلاَق ْدَقَل َكِلَذ َتْلُق ْنِئَل اَمَأ ُلوُقَي َوُهَو ِهْيَلِإ ُتْيَهَتْناَف ُةَمَقْلَع اَي َلاَقَف ّيَلِإ َراَشَأ اَذَه ىَلِإ ٌةَجاَح ُهَل َسْيَل ٌءاَجِو ُهَل ُهّنِإَف ِمْوّصلاِب ِهْيَلَعَف ْعِطَتْسَي ْمَل ْنَمَو ْجّوَزَتَيْلَف َةَءاَبْلا ْمُكْنِم َعاَطَتْسا ْنَم ِباَبّشلا

maksudnya: Wahai generasi syabab, barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu akan al-ba’ah (qudrat untuk berkahwin), maka hendaklah kamu berkahwin. Maka melaluinya (perkahwinan), nescaya akan menundukkan pandangan kamu danmemelihara faraj kamu.1

4. Dalam proses untuk muhasabah generasi syabab akan

tanggungjawab-tanggungjawab mereka di hadapan Allah swt ketika hari diminta pertanggungjawab-tanggungjawaban, maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Turmizi, iaitu:

ميفو هبستكا نيأ نم هلامو هلبأ اميف هبابش نعو هانفأ اميف هرمع نع :سمخ نع لأسب ىتح هبر دنع نم ةمايقلا موي مدا نبا مدق لوزتل هب لمع اذام هملعو هقفنأ

maksudnya: Tidak akan berganjak kaki seorang hamba itu pada hari qiamat sehinggalah dia disoal tentang empat perkara; daripada umurnya pada yang telah diisinya, daripada syababnya pada yang telah diujinya, daripada hartanya, iaitu daripada dia mengambilnya dan ke mana diinfaknya serta daripada amalannya yang telah dilakukan.2

5. Dalam proses supaya generasi syabab sentiasa beristiqomah di atas manhaj Islam, istimrar(berterusan) mereka di atas taqwa kepada Allah Allah SWT, maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Ya’la:

ةوبص هل تسيل بابشلا نم كبر بجعي

Sesungguhnya Allah swt berasa takjub kepada generasi syabab yang tidak cenderung untuk berfoya-foya.(hedonisme)3

6. Rasulullah SAW juga telah berwasiat kepada umatnya supaya memelihara golongan syabab dan telah memberikan pengiktirafan yang besar terhadap

kepentingan syabab berbanding dengan syuyukh (golongan tua) sebagaimana pesan Rasulullah SAW: Aku berwasiat kepada kamu untuk memelihara golongan syabab kerana sesungguhnya mereka (syabab) mempunyai hati yang lembut (mudah menerima seruan Islam). Tatkala aku dibangkitkan oleh Allah SWT dengan Islam, maka golongan syabab menolong aku, tetapi golongan syuyukh menentang aku.) HadisRasulullah SAW:

ادبأ اومرهت لف اوبشت نأ مكل نإ ةنجلا لهل لاقي

maksudnya: Dikatakan kepada ahli-ahli syuga sesungguhnya kamu akan sentiasa muda dan tidak akan tua selama-lamanya4

7. Hadis Baginda SAW

مهبابش ىنفي لو ،مهبايث يلبتل ،لهك درم ،درج بابش ةنجلا لهأ -لاق

maksudnya: Ahli-ahli syurga sentiasa muda tidak berjanggut dan bermisai, bercelak, tidak basah pakaian mereka dan tidak musnah muda mereka5

1 muttafaqun ‘alaihi 2 hadis riwayat Muslim 3 hadis riwayat Ahmad 4 riwayat muslim 5 hadis riwayat Darimi

(16)

8. Hadis Baginda SAW

هنس دنع همركي نم هل لا ضيق لإ هنسل اخيش باش مركأ ام

maksudnya: tidak mulia seseorang pemuda itu pada waktu tuanya kecuali Allah

menukarkan kepadanya mereka yang memuliakannya pada usia mudanya.1

Pengertian Badan Dakwah

Dalam Kamus Dewan, ‘badan’ bermaksud kumpulan orang yang merupakan kesatuan untuk mengerjakan sesuatu ataupun sesuatu agensi yang ditubuhkan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu.

Dakwah pula bermaksud kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan menghayati ajaran agama Islam.

Justeru ‘Badan Dakwah’ ialah suatu kumpulan yang mempunyai susunan organisasi yang tertentu, menyusun perencanaan dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat jangka pendek dan panjang bagi para pelajar di sekolah-sekolah.

BAB 2

Tuntutan Berorganisasi Dalam Islam

Pada hakikatnya, Islam telah mengajarkan kepada umatnya agar hidup dalam keadaan yang bersistem dan tersusun. Sebagaimana cantiknya perundangan dan syariat Islam, begitulah juga kita disuruh bersistem dan mengatur hidup kehidupan kita seharian. Lantaran untuk melaksanakan kehidupan yang bersistem dan tersusun

1 hadis riwayat At-Turmizi

(17)

ini memerlukan kita berorganisasi, lantas perlulah kita mempraktikkannya terutamanya kita sebagai penda’ie dan pelajar muslim. Ini ditegaskan oleh Allah dalam banyak firmannya antaranya:

صوصرم ناينب مهنأك افص هليبس ىف نولتاثي نيذلا بحي لا نإ

maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina kukuh. (Surah As-Sof 4)

Ayat Allah ini menjelaskan kepada kita bahawa tuntutan berorganisasi menjadi satu perintah kepada kita selaku pelajar Muslim. Hal ini lebih-lebih lagi menuntut kita apabila kedudukan umat Islam sekarang kini dalam keadaan yang lemah dan perlukan perubahan. Dan agen perubah itu tidak lain dan tidak bukan daripada kalangan kita selaku pemimpin dan pembela ummah masa depan.

Begitu juga dengan kaedah usul Fiqh yang menyatakan:

بجاو وهو هب لإ بجاولا متي ل ام

maksudnya: tidak sempurna sesuatu yang wajib itu dengan sesuatu kecuali dengan sesuatu itu, maka ia menjadi wajib.

Kamus Dewan (1994) memberi erti "organisasi" sebagai "kesatuan yang terdiri daripada bahagian atau golongan yang tersusun dalam sesuatu pertubuhan",

"pertubuhan" dan "perbadanan". Dalam kajian pengurusan terdapat pelbagai takrifan istilah "organisasi", Weber (1948) mentakrifkan "organisasi" sebagai "perhubungan sosial yang mengehad atau menutup kemasukan orang luar dengan mengadakan peraturan". Lima elemen penting timbul daripada takrifan ini:

(a) Kewujudan perhubungan sosial, pada mana ahlinya berinteraksi secara rasional dan aktif.

(b) Terdapat hierarki kuasa dan pembahagian tugas.

(c) Terdapat sempadan yang memasukkan sebahagian populasi dan memisahkan yang lain.

(d) Proses interaksi yang sokong menyokong dan tidak communal. (e) Organisasi terlibat dengan aktiviti yang bermatlamat tertentu.

Kita lihat para remaja kini sudah hilang punca mencari wawasan hidup sebenar. Dengan pengaruh yang berlaku di persekitaran mereka, para remaja terus hanyut dengan pelbagai kerosakan moral dan akhlak. Beberapa statistik di bawah

menandakan betapa kroniknya masalah para remaja sekarang ini termasuk mereka yang berada di bangku sekolah.

Jenayah yang dilakukan oleh golongan yang berumur antara 13-21 tahun.

Kes dan Jenayah Peratus

Merokok

Penyalahgunaan dadah Menonton video lucah Berjudi

Seks bebas

Melahirkan anak luar nikah Kegiatan maksiat 70% 14% 40% 28% 7300 513 (1990-1995) 8509 (1995) (sumber majalah Massa)

(18)

Asas-asas Berorganisasi

Setelah memahami akan tuntutan berorganisasi di dalam Islam ini, kita perlu memahami beberapa asas-asas berorganisasi. Organisasi yang ditubuhkan tidak dapat tidak berasaskan kepada matlamat dan objektif yang digubal. Objektif dan matlamat ini pula disusun mengikut dasar utama sesebuah sekolah. Justeru segala penyusunan dan pembahagian biro pada persatuan haruslah bersesuaian dengan dasar dan

matlamat sesebuah sekolah. Biasanya sesebuah sekolah mempunyai perlembagaan atau undang-undang tubuh tersendiri. Daripadanyalah segala gerak kerja segala yang dijalankan di sebuah sekolah akan dilaksanakan.

Begitu juga dengan badan dakwah. Penyusunan organisasi adalah mengikut kesesuaiannya dengan matlamat sekolah. Hal ini penting agar tenaga dapat

ditumpukan pada keperluannya dan tidak terbazir ke arah yang tidak perlu. Contohnya seperti sebuah sekolah agama rakyat tidak perlu baginya meletakkan sains dan

teknologi sebagai tumpuan gerak kerja kerana matlamatnya lebih kepada pangajian Islam berbeza dengan sebuah sekolah sains yang memang menumpukan aspek tersebut dalam pembelajaran pada pelajarnya.

Namun begitu, tidak dinafikan seandainya ada badan dakwah yang boleh menjalankan segala aspek tersebut tanpa mengira dasar sesebuah sekolah itu ditubuhkan. Seandainya perkara in berlaku, ia lebih merupakan ‘advantage’ atau kelebihan kepada gerakan dakwah di sesebuah sekolah.

Konsep Berorganisasi

1. Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup. Bukan memahami Islam dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ekonominya sahaja, pendidikan atau sebarang juzu’ daripada Islam. Kemudian, dengan kefahaman yang benar terhadap Islam, maka ia perlu menjadikan matlamat organisasi yang

didokongnya ke arah Islam. Firman Allah SWT:

نيبم ودع هنإ ناطيشلا تاوطخ اوعبتت لو ةفاك ملسلا يف اولخدا اونماء نيذلا اهيءاي

maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya mereka adalah musuh yang nyata. (Al-Baqarah 208) Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT

menuntut agar umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah mengamalkan Islam secara keseluruhannya dan tidak dipisah-pisahkan secara juz’ie atau sebahagian-sebahagian. Contohnya mengamalkan Islam dari segi solat, tetapi dalam masa yang sama melakukan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan tertentu, memberi salam sesama orang Islam tetapi pada masa yang sama mengumpat, memfitnah dan mengata kepada orang lain. Maka semua ini tidak memenuhi tuntutan Allah masuk Islam secara keseluruhannya.

Begitu juga dengan konsep kita berorganisasi. Al-Quran dan As-Sunnah telah menggariskan agar kehidupan kita perlu didasari dengan Islam sendiri. Segala bentuk dasar atau asas kehidupan selain daripada Islam adalah tertolak. Ini sesuai dengan firman Allah:

نيرسخلا نم ةرخلا يف وهو هنم لبقي نلف انيد ملسلا ريغ يغتيب نمو

(19)

maksudnya: Sesiapa yang mencari cara hidup (dasar dan asas) selain daripada Islam maka ia tidak akan sekali-kali diterima daripadanya, dan di hari akhirat nanti mereka termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. (Ali Imran 85)

Sudah ditetapkan oleh Allah SWT bahawa kepimpinan di muka bumi ini adalah dikurniakan kepada mereka yang beriman dan beramal soleh. Justeru tidak dapat tidak konsep kepimpinan dan pentadbiran apa jua persatuan, pertubuhan, organisasi besar atau kecil perlulah berlandaskan Iman dan amalan yang soleh. Ini disebabkan Iman dan amalan yang solehlah yang telah menggariskan segala bentuk panduan dalam kehidupan manusia dari segi cara membina personaliti, kehidupan berkeluarga, kehidupan bermasyarakat dan kehidupan bernegara. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 55 dengan firmannya:

ْمُهَل ىَضَتْرا يِذّلا ُمُهَنيِد ْمُهَل ّنَنّكَمُيَلَو ْمِهِلْبَق ْنِم َنيِذّلا َفَلْخَتْسا اَمَك ِضْرَْلا يِف ْمُهّنَفِلْخَتْسَيَل ِتاَحِلاّصلا اوُلِمَعَو ْمُكْنِم اوُنَماَء َنيِذّلا ُّلا َدَعَو اًئْيَش يِب َنوُكِرْشُي َل يِنَنوُدُبْعَي اًنْمَأ ْمِهِفْوَخ ِدْعَب ْنِم ْمُهّنَلّدَبُيَلَو

maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka

khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. (An-Nur 55) 2. Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati. Sebarang usaha mencapai matlamat selain itu, maka ia akan memberi kesan kepada badan dakwah sendiri.

Firman Allah:

َنيِلّكَوَتُمْلا ّبِحُي َّلا ّنِإ ِّلا ىَلَع ْلّكَوَتَف َتْمَزَع اَذِإَف ِرْمَْلا يِف ْمُهْرِواَشَو ْمُهَل ْرِفْغَتْساَو ْمُهْنَع ُفْعاَف

maksudnya: Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.( Ali Imran 159)

3. Mengamalkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar Firman Allah SWT:

ِّلاِب َنوُنِمْؤُتَو ِرَكْنُمْلا ِنَع َنْوَهْنَتَو ِفوُرْعَمْلاِب َنوُرُمْأَت ِساّنلِل ْتَجِرْخُأ ٍةّمُأ َرْيَخ ْمُتْنُك

maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali Imran 110)

4. Menghormati ketua, mengangkat bai’ah dan memberi wala’ kepadanya. Tanpa wala’, akan timbul perpecahan di kalangan ahli dan menyebabkan matlamat tidak tercapai. Bahkan lebih teruk daripada itu mengakibatkan permusuhan.

Firman Allah:

ُههوّدُرَف ٍءْيَش يِف ْهمُتْعَزاَنَت ْهنِإَف ْهمُكْنِم ِرْمَْلا يِلوُأَو َلوُهسّرلا اوُعيِطَأَو َّلا اوُعيِطَأ اوُنَماَء َهنيِذّلا اَهّيَأاَي

ًليِوْأَت ُنَسْحَأَو ٌرْيَخ َكِلَذ ِرِخْلا ِمْوَيْلاَو ِّلاِب َنوُنِمْؤُت ْمُتْنُك ْنِإ ِلوُسّرلاَو ِّلا ىَلِإ

(20)

maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(An-Nisa’ 59) Firmannya lagi:

ْمُهْنِم ِرْمَْلا يِلوُأ ىَلِإَو ِلوُسّرلا ىَلِإ ُهوّدَر ْوَلَو ِهِب اوُعاَذَأ ِفْوَخْلا ِوَأ ِنْمَْلا َنِم ٌرْمَأ ْمُهَءاَج اَذِإَو

ْمُهْنِم ُهَنوُطِبْنَتْسَي َنيِذّلا ُهَمِلَعَل

maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang

berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (An-Nisa’ 83)

Firmannya lagi:

َنوُعِكاَر ْمُهَو َةاَكّزلا َنوُتْؤُيَو َةَلّصلا َنوُميِقُي َنيِذّلا اوُنَماَء َنيِذّلاَو ُهُلوُسَرَو ُّلا ُمُكّيِلَو اَمّنِإ

maksudnya: Sesungguhnya Penolong (pemimpin) kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Al-Maidah 55) Rukun Bai’ah 1. Faham 2. Ikhlas 3. Amal (bekerja) 4. Jihad 5. Tadhiyah (pengorbanan) 6. Taat 7. Thabat (tetap) 8. Tajarrud (tulen) 9. Ukhuwwah

10. Thiqoh (memberi kepercayaan)

5. Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program. Ia penting agar semua ahli dapat memberi sumbangan dalam menjayakannya dan tidak timbul masalah mereka yang ‘escapisme’. Secara umumnya sikap ini timbul akibat daripada beberapa punca iaitu:

a) Pembahagian tugas yang tidak seimbang dan adil.

b) Tidak mendapat bantuan daripada AJK atau ahli-ahli persatuan yang lain

c) Tidak ikhlas membuat sesuatu kerja dan mahu mendapat sanjungan

(21)

d) Tugas atau kerja yang diserahkan kepadanya tidak sesuai dan sukar dilaksanakan

e) Masalah peribadi

f) Ruhiyyah yang tidak mantap

g) Membuat sebarang program atau aktiviti tanpa bermesyuarat atau tidak mengambil

pandangan orang lain

h) Program atau aktiviti serupa dan tidak ada perubahan dan peningkatan sehingga menyebabkan ahli bosan

i) Program atau aktiviti yang dijalankan terlalu menekan dan memaksa ahli atau AJKnya sendiri

Cara-cara bagi mengatasi masalah ini ialah dengan:

a) Membuat pembahagian tugas dengan seimbang dan adil

b) Menghargai segala bentuk sumbangan daripada AJK, ahli atau peserta program

c) Ikhlas dan bersungguh dalam melaksanakan sebarang bentuk program

d) Menyerahkan tugas sesuai dengan orangnya

e) Memantapkan ruhiyyah dengan menjaga hubungan dengan Allah SWT

f) Membuat pelbagai perubahan dan peningkatan pada mutu dan kualiti program

g) Berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah dan aktiviti yang mahu

dilaksanakan.

6. Mempunyai sikap bantu-membantu antara satu sama lain.

باَقِعْلا ُديِدَش َّلا ّنِإ َّلا اوُقّتاَو ِناَوْدُعْلاَو ِمْثِْلا ىَلَع اوُنَواَعَت َلَو ىَوْقّتلاَو ّرِبْلا ىَلَع اوُنَواَعَتَو

maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah 2)

7. Tidak mempunyai penyakit-penyakit hati seperti riya’, bangga, sombong, pentingkan diri sendiri, dengki dan menjatuhkan orang lain.

a) Riya’

Riya’ merupakan penyakit hati yang amat besar kesannya terhadap pahala, kesempurnaan amalan dan juga kesan daripada amalan tersebut. Ini disebabkan dengan penyakit inilah tujuan, niat dan matlamat seseorang itu terpesong dari jalan dan matlamat sebenar iaitu Allah SWT. Bahkan Riya’ juga disifatkan sebagai syirik kecil seperti Sabda Nabi SAW:

وٍرْمَع يِبَأ ِنْب وِرْمَع ْنَع ِداَنّزلا يِبَأ ُنْب ِنَمْحّرلا ُدْبَع اَنَثّدَح ىَسيِع ُنْب ُقاَحْسِإ اَنَثّدَح ِهّطَخِب يِبَأ ِباَتِك يِف َثيِدَحْلا اَذَه ُتْدَجَو ِّلا دْبَع َلاَق اوُلاَق ُرَغْصَْلا ُكْرّشلا ْمُكْيَلَع ُفاَخَأ اَم َفَوْخَأ ّنِإ َمّلَسَو ِهْيَلَع ُّلا ىّلَص ِّلا ُلوُسَر َلاَق َلاَق ٍديِبَل ِنْب ِدوُمْحَم ْنَع َةَداَتَق ِنْب َرَمُع ِنْب ِمِصاَع ْنَع َنوُءاَرُت ْمُتْنُك َنيِذّلا ىَلِإ اوُبَهْذا ْمِهِلاَمْعَأِب ُداَبِعْلا ىَزاَجُت َمْوَي ُلوُقَي ىَلاَعَتَو َكَراَبَت َّلا ّنِإ ُءاَيّرلا َلاَق ُرَغْصَْلا ُكْرّشلا اَمَو ِّلا َلوُسَر اَي ًءاَزَج ْمُهَدْنِع َنوُدِجَت ْلَه اوُرُظْناَف اَيْنّدلا يِف ْمُكِلاَمْعَأِب

maksudnya: “Sesungguhnya satu perkara yang aku takut daripada banyak perkara-perkara yang aku takut ialah syirik yang kecil.” Lalu mereka bertanya kepada

Rasulullah apa itu syirik kecil. “ Syirik kecil ialah riya’ dan sesungguhnya Allah SWT akan membalas segala amalan-amalan yang dikerjakan. Bagi mereka yang riya’ dalam mengerjakan amalan, maka pergilah kepada mereka yang diriya’kan di dunia dan lihatlah apa yang kamu dapat daripada orang tersebut daripada sebarang balasan.1

(22)

b) Ujub, takabbur dan sum’ah ٍرِماَع ِنْب َةَبْقُع ْنَع ّيِمَرْضَحْلا َةّرُم ِنْب ِريِثَك ْنَع َناَدْعَم ِنْب ِدِلاَخ ْنَع ٍدْعَس ِنْب ِريِحَب ْنَع ٍشاّيَع ُنْب ُليِعَمْسِإ اَنَثّدَح َةَفَرَع ُنْب ُنَسَحْلا اَنَثّدَح اَذَه ىَسيِع وُبَأ َلاَق ِةَقَدّصلاِب ّرِسُمْلاَك ِنآْرُقْلاِب ّرِسُمْلاَو ِةَقَدّصلاِب ِرِهاَجْلاَك ِنآْرُقْلاِب ُرِهاَجْلا ُلوُقَي َمّلَسَو ِهْيَلَع ُّلا ىّلَص ِّلا َلوُسَر ُتْعِمَس َلاَق ِلْهَأ َدْنِع ُلَضْفَأ ّرّسلا َةَقَدَص ّنَِل ِنآْرُقْلا ِةَءاَرِقِب ُرَهْجَي يِذّلا ْنِم ُلَضْفَأ ِنآْرُقْلا ِةَءاَرِقِب ّرِسُي يِذّلا ّنَأ ِثيِدَحْلا اَذَه ىَنْعَمَو ٌبيِرَغ ٌنَسَح ٌثيِدَح ُفاَخُي اَم ُبْجُعْلا ِهْيَلَع ُفاَخُي َل َلَمَعْلا ّرِسُي يِذّلا ّنَِل ِبْجُعْلا ْنِم ُلُجّرلا َنَمْأَي ْيَكِل ِمْلِعْلا ِلْهَأ َدْنِع اَذَه ىَنْعَم اَمّنِإَو ِةَيِنَلَعْلا ِةَقَدَص ْنِم ِمْلِعْلا ِهِتَيِنَلَع ْنِم ِهْيَلَع

maksudnya: Mereka yang menguatkan suara ketika membaca Al-Quran sama seperti mereka yang berterang-terang memberi sedekah, mereka yang mengecilkan suara membaca Al-Quran sama seperti mereka yang merahsiakan sedekah mereka.1

Maksud hadis ini ialah menggambarkan bahawa amalan yang disertakan dengan niat yang ikhlas adalah amat penting sebagai faktor utama amal diterima. Amalan yang diterima oleh Allah adalah amalan yang ikhlas dan bersih daripada sebarang bentuk niat yang menyeleweng daripada Allah SWT. Termasuklah juga ujub iaitu merasa diri hebat.

c) Lemah semangat

Lemah semangat merupakan salah satu daripada penyakit-penyakit jiwa yang melanda segelintir para pejuang Islam tak kira dalam mana-mana peringkat. Begitu juga berlaku di sekolah-sekolah menengah akibat pelbagai tekanan, cubaan dan ujian yang menimpa mereka. Sebagai seorang muslim, sifat dan penyakit ini perlu

dihilangkan dan dihindarkan segera. Hal ini penting kerana lemah semangat ini boleh membantutkan dan melambatkan proses kemenangan Islam. Di samping ia boleh memberi implikasi dan kesan sampingan kepada ahli biasa dan para junior, kegiatan dakwah sendiri boleh tergugat dan terancam. Bahkan sekiranya keadaannya lebih teruk, sesebuah badan dakwah itu juga bukan wadah membina syaksiyah pelajar, tetapi menjadi fitnah dan tohmahan bahawa Islam itu lemah.

Justeru, seorang muslim perlu mengambil istifadah dan pengajaran daripada ayat motivasi Allah SWT dengan firman-Nya:

َنيِنِمْؤُم ْمُتْنُك ْنِإ َنْوَلْعَْلا ُمُتْنَأَو اوُنَزْحَت َلَو اوُنِهَت َلَو

maksudnya: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan

menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran 139)

8. Mempunyai ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli.

َنوُمَحْرُت ْمُكّلَعَل َّلا اوُقّتاَو ْمُكْيَوَخَأ َنْيَب اوُحِلْصَأَف ٌةَوْخِإ َنوُنِمْؤُمْلا اَمّنِإ

maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.2

Marhalah ukhuwwah

Tujuan utama ukhuwwah Islamiyah ialah ةيهللا ةبحم

1. Yang paling rendah ialah ردصلا ةملس

Firman Allah:

ةوخإ نونمؤملا امنإ

1 hadis riwayat Muslim 2 Al-Hujurat ayat 10

(23)

maksudnya: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. (Al-Hujurat 10)

2. Yang paling tinggi ialah راثيلا

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr ayat 9:

ٌةَصاَصَخ ْمِهِب َناَك ْوَلَو ْمِهِسُفْنَأ ىَلَع َنوُرِثْؤُيَو

maksudnya: dan mereka melebihkan diri saudara-saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri walaupun dalam keadaan yang terdesak dan memerlukan

3. Yang pertengahan ialah ةاواسملا meletakkan hak saudara Islam sama dengan hak

sendiri

Sabda Rasulullah SAW:

هسفنل بحي ام هيخل بحي ىتح مكدحأ نمؤيل

maksudnya: tidak beriman seseorang dari kalangan kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri

Dalam konteks membina badan dakwah di sekolah dengan kukuh dan mantap, perlulah meningkatkan ukhuwwah sehingga ke tahap paling tinggi iaitu ithar.

Tujuannya bagi melatih diri kita sentiasa meletakkan kepentingan sesama mukmin lebih penting daripada diri kita sendiri. Itulah yang telah dibuktikan oleh para sahabat dalam beberapa siri peperangan yang tidak mementikan diri dalam keadaan

kecederaan yang amat mendahagakan air, tetapi masih lagi tetap mengutamakan sahabatnya yang lain yang mungkin lebih haus sedangkan dirinya sendiri dalam keadaan amat memerlukan air.

9. Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah. Firman Allah SWT:

َنوُقِفْنُي ْمُهاَنْقَزَر اّمِمَو ْمُهَنْيَب ىَروُش ْمُهُرْمَأَو َةَلّصلا اوُماَقَأَو ْمِهّبَرِل اوُباَجَتْسا َنيِذّلاَو

maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (Asy-Syura 38)

Ayat ini menjelaskan bagaimana Allah menyuruh agar kita selaku seorang mukmin berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah. Dengan cara berbincang dan bermesyuarat inilah yang boleh membuahkan hasil yang terbaik dan menyelesaikan masalah dengan sempurna.

Perlu disedari bahawa dalam keadaan sekarang, manusia tidak mampu untuk menegakkan Islam secara berseorangan dan perlu kepada bentuk berkumpulan atau jamaah. Justeru, apabila bergerak secara berkumpulan memerlukan perbincangan sesama ahli jamaah bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam gerak kerja mereka.

10. Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dan sebagainya untuk membantu organisasi.

َنوُدِهاَجُتَو ِهِلوُسَرَو ِّلاِب َنوُنِمْؤُت . ٍميِلَأ ٍباَذَع ْنِم ْمُكيِجْنُت ٍةَراَجِت ىَلَع ْمُكّلُدَأ ْلَه اوُنَماَء َنيِذّلا اَهّيَأاَي

َنوُمَلْعَت ْمُتْنُك ْنِإ ْمُكَل ٌرْيَخ ْمُكِلَذ ْمُكِسُفْنَأَو ْمُكِلاَوْمَأِب ِّلا ِليِبَس يِف

maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang

(24)

demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (As-Sof 10-11) Permasalahan tadhiyah atau pengorbanan ini merupakan masalah yang paling besar dan penting dalam sesebuah organisasi, pertubuhan malahan sesebuah negara itu sendiri. Tanpa pengorbanan dan kesungguhan daripada mereka yang bergelar

pemimpin, maka pelbagai kecacatan dan kelemahan akan berlaku dalam sebarang bentuk amalan, kerjaya serta tugasan. Dengan pengorbanan yang sungguh-sungguh inilah membezakan antara mereka yang ikhlas dan berserah diri kepada Allah SWT sebenar-benar tawakkal. Malahan, mereka yang berani berkorban berjuang di jalan Allah disifatkan oleh Allah lebih mulia dan utama berbanding mereka yang duduk beribadat tanpa berjuang di jalan Allah seperti firman-Nya:

ْمِهِسُفْنَأَو ْمِهِلاَوْمَأِب َنيِدِهاَجُمْلا ُّلا َلّضَف ْمِهِسُفْنَأَو ْمِهِلاَوْمَأِب ِّلا ِليِبَس يِف َنوُدِهاَجُمْلاَو ِرَرّضلا يِلوُأ ُرْيَغ َنيِنِمْؤُمْلا َنِم َنوُدِعاَقْلا يِوَتْسَي َل اًميِظَع اًرْجَأ َنيِدِعاَقْلا ىَلَع َنيِدِهاَجُمْلا ُّلا َلّضَفَو ىَنْسُحْلا ُّلا َدَعَو ّلُكَو ًةَجَرَد َنيِدِعاَقْلا ىَلَع

maksudnya: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; (An-Nisa’ 95)

Organisasi Badan Dakwah Serta Unit-unit kecil

1

Dalam sesebuah organisasi badan dakwah, biasanya terbahagi kepada AJK tertinggidan AJK Biro dan AJK kecil. Organisasi di bawah ini adalah sebagai contoh sebagai asas-asas penyusunan organisasi dalam sebuah badan dakwah.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI 1

TIMBALAN PENGERUSI 2 (MUSLIMAT) SETIAUSAHA AGUNG

SETIAUSAHA KERJA

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG BENDAHARI KEHORMAT

TIMBALAN BENDAHARI

Jawatankuasa Serta Unit-unit Kecil

1. BIRO USRAH

Definisi Usrah

Dari segi lughahnya ialah : Keluarga

1 Ini adalah sebagai sebuah contoh susunan organisasi bagi sebuah badan dakwah. Ia boleh berubah mengikut keadaan waki’ie

sebuah sekolah.

(25)

Dalam konteks dakwah pula ialah : HUBUNGAN YANG WUJUD DARI

PERTALIAN AKIDAH, IDEALISME PERJUANGAN DAN BERUSAHA TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMAHAMI DAN MENGHAYATI ISLAM.

Sejarah Usrah

Apabila khilafah Islam Turki Uthmaniyah tumbang pada tahun 1924, kedaulatan dan ketuanan syariat Islam yang menjadi perlembagaan dan undang-undang negara-negara Islam pada waktu itu bertukar kepada undang-undang yang diperkenalkan oleh British, Perancis, Italy, Belanda dan negara-negara penjajah. Keadaan ini

menyebabkan timbul gerakan-gerakan Islam pada tahun-tahun selepas itu antaranya seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaah Islamiyah Abu al-‘Ala Al-Maududi (India 1941), Jabhah Al-Islamiyah di Sudan, Nahdhah di Tunisia (1979), Jamiah Sanusiyah (Libya), dan beberapa jamaah Islam yang tujuan penubuhannya untuk mengembalikan daulah dan khilafah Islam. Jamaah-jamaah ini tidak terasas dengan secara sendirinya, tetapi ia dirancang dan rencanakan oleh pimpinan-pimpinan daripada para ulama’ Islam yang menyedari hakikat kepentingan mengembalikan negara dan khilafah Islam.

Antara ulama’ yang paling berjaya membangkitkan kesedaran mendirikan daulah Islam ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Beliau telah mengasaskan jamaah Ikhwanul Muslimin (IM) pada Mac tahun 1928 di satu daerah bernama Isma’iliyyah di Mesir. Beliau dan beberapa sahabatnya seramai 7 orang telah menjalankan kegiatan dakwah dan membentuk manhaj tarbiyah. Bahkan beliau dengan bantuan sahabat-sahabatnya berjaya menyatukan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Mesir pada masa itu. Hingga pengaruh dan pendekatan beliau menangani masalah perpecahan berjaya mempengaruhi pemikiran ulama’-ulama’ haraki pada waktu itu sama ada di negara-negara Arab, India, dan Asia Tenggara. Dan cara dan kaedah yang paling ditekankan dalam manhaj tarbiyah IM ialah usrah itu sendiri.

Persoalannya adakah usrah ini dijalankan di zaman Baginda SAW?

Jawapannya Baginda memang menjadikan usrah sebagai asas perjuangan Baginda. Yang dimaksudkan di sini bukan sekadar usrah dalam erti kata sebenar iaitu daripada keluarga Nabi, tetapi Baginda juga membuat kumpulan-kumpulan kecil daripada kalangan para sahabat yang terawal memeluk Islam dan menjalankan aktiviti mereka di rumah-rumah kediaman secara rahsia dan di tempat-tempat yang sunyi. Antaranya di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Begitu juga apa yang telah dijalankan oleh Baginda sepanjang marhalah Makkiyyah di mana segala aktiviti dan perlaksanaan syariat Islam dibuat secara sulit dan tersembunyi hinggalah Nabi berjaya membentuk negara Islam Madinah.

Rukun Usrah

1. فراعتلا (Pengenalan)

Ta’aruf merupakan rukun usrah pertama. Maksudnya berkenal-kenal dan berkasih-sayang sesama mukmin. Hal ini disifatkan oleh Allah dalam firmannya dalam surah Al-Hujurat ayat 10:

َنوُمَحْرُت ْمُكّلَعَل َّلا اوُقّتاَو ْمُكْيَوَخَأ َنْيَب اوُحِلْصَأَف ٌةَوْخِإ َنوُنِمْؤُمْلا اَمّنِإ

maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

(26)

اوُقّرَفَت َلَو اًعيِمَج ِّلا ِلْبَحِب اوُمِصَتْعاَو

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai (Ali Imran 103)

Sabda Nabi SAW:

اضعب هضعب دشي ناينبلاك نمؤملل نمؤملا

maksudnya: Mukmin dengan mukmin yang lain seumpama bangunan memperkukuh antara satu sama lain.

2. مهافتلا (Persefahaman)

Tafahum pula bermaksud saling memahami dan faqih terhadap Islam.. Antara tuntutan rukun kedua ini ialah:

­ berada di dalam jalan yang benar

­ membuat segala yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangannya

­ bermuhasabah

­ saling nasihat menasihati dengan rasa dada terbuka dan gembira. ةحيصلا نيدلا

­ berhati-hati tidak menyentuh perasaan sesama mukmin terhadap apa-apa

kecacatannya dan kekuranganya serta tidak memperlekehkan dia

­ menutup segala aib

­ tidak mencerca dan memandang negatif terhadap apa yang dilakukan oleh

sahabat dan bersikap ردصلا ةملس

3.

لفاكتلا

(Perseimbangan)

Takaful bermaksud saling menampung, membantu, memikul beban dan tugas serta bersama-sama dalam keadaan susah atau senang. Antara lain tuntutan rukun ini ialah: ­ berjanji antara satu sama lain dalam perkara kebajikan dan pengislahan

­ memberi kemudahan dan kesenangan sesama mukmin sabda Rasulullah SAW

ةنج نودءازج هل لا ري مل نيملسملا نم تيب لهأ ىلع رورسلا لخدأ نم

maksudnya: Barangsiapa yang memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada ahli rumah daripada kalangan muslimin, maka Allah tidak melihat ke atasnya daripada balasan kecuali syurga * Kalau kita perhatikan rukun dalam bahasa Arab ialah ئيشلا ةيهام نم ءزج atau ئيشلا ةيهام .

Iaitu naqib, anak usrah dan manhaj usrah. Tetapi As-Syahid Hasan Al-Banna meletakkan 3 perkara di atas sebagai rukunnya. Bermakna, As-Syahid meletakkan prinsip yang jelas, kukuh dan dalam pembinaan sesebuah daulah dan khilafah.

a) Unit Silibus

Unit silibus memainkan peranan membantu badan dakwah atau persatuan Islam menyiapkan silibus usrah dalam bentuk yang tersusun dan rapi. Silibus usrah amat penting bagi menjadualkan pengisian-pengisian yang telah ditetapkan bagi

mentarbiyah para pelajar dengan wasilah usrah. Contohnya dalam tempoh tingkatan 1-3, badan dakwah mempunyai silibus tertentu bagi peringkat para pelajar berkenaan. Begitu seterusnya bagi tingkatan 5 dan 6. Silibus ini pula perlulah ada jalinan antara satu tingkatan dengan satu tingkatan yang lain agar pengisian yang diberikan melalui silibus tersebut mempunyai kesinambungan. Hal ini penting agar para pelajar mudah mengikuti pengisian yang diberikan kepada mereka.

(27)

Mengapa perlu disediakan satu modul silibus usrah? Tidak cukupkan pendidikan Islam yang dipelajari di kelas-kelas? Jawapannya ialah: Sebenarnya pendidikan Islam yang diajar di kelas-kelas tidak mencukupi dan mempunyai kepincangan dalam pelbagai sudut. Antaranya:

a) Pendidikan Islam menjadi subjek elektif dan bukan subjek teras menyebabkan para

pelajar tidak serius mempelajari dan mendalami ilmu ini

b) Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah tidak menitikberatkan

penghayatan dan amalan seharian. Bahkan segelintir ahli dalam bidang pendidikan menganggap bahawa penghayatan Islam dianggap mundur dan kolot.

c) Secara umumnya, sistem pendidikan yang dijalankan di dalam negara ada

dipengaruhi dengan unsur-unsur pemisahan antara ilmu dan amal, kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.

d) Selain itu, bagi mereka yang belajar di sekolah-sekolah agama rakyat yang mendapat pendidikan sampingan daripada Tok-tok Guru Pondok juga tidak dapat lari daripada mengadakan usrah mengikut manhaj yang tertentu. Ini kerana manhaj usrah lebih menitikberatkan penghayatan Islam secara kolektif dan bukan individu. Begitu juga manhaj usrah memberi penekanan yang seimbang antara ilmu turath dengan ilmu semasa.

Justeru, dengan keadaan yang berlaku dalam sistem pendidikan perlu ditampung dengan usrah-usrah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah di sekolah bagi

membentuk pelajar muslim yang seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan.

b) Unit Modul

Modul bermaksud suatu kursus pelajaran seperti latihan, gerak kerja

berkumpulan atau latihan dalam kumpulan yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Dalam kata yang lebih mudah, modul ialah suatu latihan yang menggunakan bahan-bahan atau soalan-soalan untuk dijawab bagi mencapai objektif sesuatu program atau aktiviti.

Unit modul berperanan menyiapkan modul-modul untuk dilaksanakan dalam usrah LDK atau aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang dijalankan oleh badan dakwah atau persatuan Islam.

2. BIRO TAMRIN

a) Unit protokol

Unit protokol lebih kepada membuat kerja-kerja teknikal. Contohnya seperti membuat persiapan tempat berceramah, menyiapkan makanan dan minum para peserta, penceramah dan fasilitator, membuat persiapan pentas, memasak dan seumpamanya.

Walaupun kerja-kerja protokol ini kelihatan mudah dan bersifat teknikal, pengalaman menunjukkan bahawa masalah ini juga perlu dan amat penting diberi perhatian. Hal ini kerana kerja-kerja unit ini perlukan penelitian dan kemahiran. Sekiranya di sana ada berlaku masalah teknikal, kemungkinan boleh menjejaskan mana-mana pihak sama ada pada peserta, penceramah, fasilitator mahupun kepada jawatankuasa sendiri. Contohnya dalam permasalahan menyiapkan tempat

berceramah dari sudut mikrofon, pembesar suara dan sebagainya. Sekiranya sistem audio ini tidak berfungsi dengan baik, para peserta tidak dapat mendengar ceramah

Referensi

Dokumen terkait