• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan

Ciri-ciri Badan Dakwah Yang Cemerlang

3. Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan

Dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan, tidak dapat tidak perlu ada konsep berterus terang dan dan konsep menjaga kerahsiaan. Sehingga dalam organisasi kerajaan atau perniagaan sekalipun, mereka mempunya polisi-polisi tertentu dalam dasar atau perkara-perkara yang boleh diumumkan dan juga perkara-perkara yang perlu dirahsiakan. Begitu juga dengan sesebuah pergerakan sesebuah badan dakwah atau persatuan, perlukan kedua-dua konsep ini untuk melicinkan perjalanan

organisasi.

Perlu diingatkan bahawa kedua-dua konsep berterus terang dan kerahsiaan ini bukanlah suatu matlamat, tetapi ia merupakan wasilah atau method dalam

menggerakkan persatuan. Ada ketika dan keadaan yang perlukan sesuatu maklumat itu dihebahkan kepada umum, dan ada ketikanya dan keadaan yang memerlukan kerahsiaan agar sesuatu maklumat itu tidak tersebar atau terbocor kepada mereka yang tidak sepatutnya seperti ahli biasa atau lebih-lebih lagi musuh Islam.1

Dalam peringkat awal usaha dakwah Rasulullah, Baginda mengamalkan suatu strategi menjaga kerahsiaan yang dinamakan hazar. Hazar ini merupakan satu method yang digunakan oleh Baginda bagi terutamanya bagi mengelakkan dakwah Islam disekat dan dicantas dari awal oleh pembesar Quraisy dan juga selepas dakwah Islam mula berkembang. Beberapa contoh hazar telah ditunjukkan oleh Baginda. Antaranya:

a) Pernah berlaku pada peringkat awal dakwah Islam, Baginda solat bersama para

sahabat di tempat-tempat yang sunyi dan jauh dari masyarakat seperti di celah-celah dan sebalik gunung. Tujuan Baginda berbuat demikian bukanlah kerana takut kepada orang Quraisy, tetapi ia adalah suatu strategi dakwah bagi menyelamatkan pengikut Baginda yang masih sedikit. Sekiranya dibuat di tempat yang terbuka, sudah tentu akan mengundang pelbagai bahaya dan memeranjatkan kaum Quraisy yang menyembah berhala dan pelbagai tuhan.

1 sila rujuk Kitab Durus Fi Amal Islami karangan Said Hawa cetakan Beirut, Lubnan muka surat 69

b) Perjanjian Aqabah yang pertama dan yang kedua di jalankan secara sulit dan rahsia tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali Rasulullah dan beberapa sahabat Nabi.

c) Apabila Nabi mendapat wahyu daripada Allah memerintahkan Baginda

berhijrah, Rasulullah telah pergi ke rumah Saidina Abu Bakar pada waktu tengahari terik di mana pada waktu seumpama itu, orang ramai duduk di dalam rumah. Begitu juga Baginda berhijrah dengan Saidina Abu Bakar ke Madinah pada waktu malam dengan mengikut jalan baru yang tidak pernah diikut oleh orang ramai.

Konsep hazar juga perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa, ahli tertinggi atau ahli biasa, ahli , orang luar atau musuh serta maklumat tertentu.

Hazar yang perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa contohnya seperti maklumat yang boleh dimaklumkan kepada ahli pada tarikh tertentu dan maklumat tersebut boleh disampaikan kepada para pelajar seminggu selepas dimaklumkan kepada ahli terbabit. Hal ini perlu diikuti mengikut waktu yang telah ditetapkan bagi memudahkan penerimaan ahli dan para pelajar untuk mengikuti dakwah atau

pengisian daripada badan dakwah.

Hazar dalam menyampaikan maklumat kepada ahli tertinggi dan ahli biasa juga perlu diamalkan. Ada maklumat-maklumat yang hanya boleh diketahui oleh ahli tertinggi dan tidak pada ahli biasa dan para pelajar dan ada maklumat yang boleh diketahui oleh semua peringkat. Begitu juga ada maklumat yang tidak boleh dikatahui oleh pelajar biasa tetapi diketahui oleh ahli biasa.

Cara menyalurkan Maklumat dari Atas ke bawah

Hazar atau menjaga kerahsiaan merupakan perkara yang amat penting dalam gerakan badan dakwah terutamanya dalam tempoh Islam belum didaulatkan lagi (masih belum berkuasa). Dibawah ini hanya diberikan beberapa kesan akibat tidak menjaga hazar.

Kesan Tidak Menjaga Hazar

1. Perancangan akan diketahui oleh musuh kita dan memudahkan mereka

untuk memerangi kita.

2. Strategi serta teknik dakwah akan mudah dipatahkan.

3. Timbul sikap buruk sangka antara pimpinan dan anak buah

AJK Tertinggi

Ajk Rendah

Ahli Biasa

Pelajar Biasa atau penentang dakwah

Rajah 8 : Carta aliran penyaluran maklumat

Pihak Berkuasa : Sekolah, kerajaan, pemimpin negara

4. Timbul sikap ‘escapisme’ dan hilang kerjasama sesama ahli dalam melaksanakan program

5. Hilang wala’ terhadap pimpinan

6. Matlamat sesuatu program tidak tercapai

7. Timbul permusuhan sesama ahli

8. Hilang kepercayaan sesama ahli atau terhadap pimpinan.

9. Timbul fitnah, kata-mangata dan jatuh-menjatuhkan antara satu sama

lain.

10. Menyebabkan pihak pentadbiran menyekat atau menghalang program

atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah.

11. Maklumat-maklumat terbocor kepada perisik atau pengintip yang

ditugaskan oleh pihak-pihak tertentu. 4. Muhasabah

Muhasabah dalam istilah lainnya ialah post mortem ataupun semak kembali terhadap segala program atau aktiviti yang telah dijalankan. Dengan muhasabah, segala kelemahan dan kekurangan dapat di kesan dan seterusnya diperbaiki untuk masa-masa akan datang. Selain itu, muhasabah memberi ruang untuk tegur-menegur sesama ahli dalam keadaan yang terbuka dan beradab serta memudahkan penelitian terhadap program yang telah dijalankan. Di samping dapat menjalinkan ukhuwwah, muhasabah akan menyebabkan kita rasa insaf dengan kelemahan yang ada di kalangan kita.

5. Mengikuti Perkembangan Semasa (Fiqhul Waq’ie)1

Sesebuah badan dakwah perlu mengikuti perkembangan suasana yang berlaku. Ini disebabkan suasana dan perkembangan yang berlaku di sekeliling amat

mempengaruhi suasana pelajar terutamanya dalam proses menyampaikan kefahaman Islam kepada pelajar. Di bawah ini disebutkan beberapa kefahaman asas Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa.

Pengertian Fiqh Semasa

Fiqh Realiti bermaksud : Ilmu yang membahaskan tentang kefahaman terhadap

hal ehwal semasa, faktor-faktor yang mempengaruhi ke atas masyarakat dan negara serta idea-idea dan strategi bagi menghadapi isu-isu yang mengganggu keutuhan akidah dan syariat Islam serta jalan bagi memelihara umat Islam daripadanya pada masa kini dan akan datang.

Terdapat beberapa unsur-unsur yang penting dalam mencapai kefahaman realiti semasa dan membuat perencanaan pada masa akan datang:

Kaedah Membuat Kajian Fiqh Realiti

1. Pengumpulan segala bentuk berita dan maklumat

2. Membuat perbandingan dan kaitan antara isu-isu

3. Membuat pemerhatian dan analisis bagi mencapai keputusan yang telah

ditetapkan.

1 rujuk Fiqh Realiti Atau Semasa terjemahan oleh Ustaz Fahrul Irfan Bin Ishak – PMRAM cetakan 2000

Disiplin Ilmu Fiqh Realiti

1. Sentiasa beriltizam dengan usul syariat serta kaedah akal yang tepat dalam membaca suasana dan keadaan. Serta menyesuaikan keputusan dengan keadaan semasa dan persediaan bagi jangka panjang.

2. Meneliti daripada sebarang maklumat yang diambil daripada akhbar-akhbar dan pembacaannya dari sudut kebenaran.

3. Sederhana dan berimbangan dalam membuat penilaian ilmiah

4. Interaksi, reaksi yang baik serta menjauhi sebarang bentuk bahaya dan ancaman yang memesongkan.

5. Tidak berpegang dengan kukuh dan terikat dengan perancangan yang bersesuaian pada sesuatu masa dengan perancangan pada masa akan datang.

6. Berhati-hati daripada terlalu bangga dan kerdil dengan golongan kafir dan munharif (mengubah ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dengan akal mereka)

Faedah-faedah Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa

a) mengetahui penderitaan umat Islam di seluruh dunia dan memberi keinsafan

kepada kita untuk terus berusaha menegakkan Islam

b) memahami dan mengetahui perancangan jahat orang kafir terutamanya Yahudi

dan Kristian untuk merosakkan Islam. Lantas kita berusaha mengelakkan serangan tersebut serta menjawab segala persoalan-persoalan yang dilontarkan.

c) Para pelajar terus berminat dengan method dan cara penyampaian dakwah. Ini

kerana peringkat remaja adalah peringkat yang suka mencuba dan menyesuaikan diri dengan suasana yang wujud di sekelilingnya

d) Tidak tertipu dengan helah dan taktik orientalis dan golongan Islam yang menjadi alat kepada orang kafir.

e) Bersedia membuat perubahan terhadap suasana yang berlaku ke arah yang

lebih baik