• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERTALIAN AKIDAH, IDEALISME PERJUANGAN DAN BERUSAHA TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMAHAMI

DAN MENGHAYATI ISLAM.

Sejarah Usrah

Apabila khilafah Islam Turki Uthmaniyah tumbang pada tahun 1924, kedaulatan dan ketuanan syariat Islam yang menjadi perlembagaan dan undang-undang negara-negara Islam pada waktu itu bertukar kepada undang-undang yang diperkenalkan oleh British, Perancis, Italy, Belanda dan negara-negara penjajah. Keadaan ini

menyebabkan timbul gerakan-gerakan Islam pada tahun-tahun selepas itu antaranya seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaah Islamiyah Abu al-‘Ala Al-Maududi (India 1941), Jabhah Al-Islamiyah di Sudan, Nahdhah di Tunisia (1979), Jamiah Sanusiyah (Libya), dan beberapa jamaah Islam yang tujuan penubuhannya untuk mengembalikan daulah dan khilafah Islam. Jamaah-jamaah ini tidak terasas dengan secara sendirinya, tetapi ia dirancang dan rencanakan oleh pimpinan-pimpinan daripada para ulama’ Islam yang menyedari hakikat kepentingan mengembalikan negara dan khilafah Islam.

Antara ulama’ yang paling berjaya membangkitkan kesedaran mendirikan daulah Islam ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Beliau telah mengasaskan jamaah Ikhwanul Muslimin (IM) pada Mac tahun 1928 di satu daerah bernama Isma’iliyyah di Mesir. Beliau dan beberapa sahabatnya seramai 7 orang telah menjalankan kegiatan dakwah dan membentuk manhaj tarbiyah. Bahkan beliau dengan bantuan sahabat-sahabatnya berjaya menyatukan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Mesir pada masa itu. Hingga pengaruh dan pendekatan beliau menangani masalah perpecahan berjaya mempengaruhi pemikiran ulama’-ulama’ haraki pada waktu itu sama ada di negara-negara Arab, India, dan Asia Tenggara. Dan cara dan kaedah yang paling ditekankan dalam manhaj tarbiyah IM ialah usrah itu sendiri.

Persoalannya adakah usrah ini dijalankan di zaman Baginda SAW?

Jawapannya Baginda memang menjadikan usrah sebagai asas perjuangan Baginda. Yang dimaksudkan di sini bukan sekadar usrah dalam erti kata sebenar iaitu daripada keluarga Nabi, tetapi Baginda juga membuat kumpulan-kumpulan kecil daripada kalangan para sahabat yang terawal memeluk Islam dan menjalankan aktiviti mereka di rumah-rumah kediaman secara rahsia dan di tempat-tempat yang sunyi. Antaranya di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Begitu juga apa yang telah dijalankan oleh Baginda sepanjang marhalah Makkiyyah di mana segala aktiviti dan perlaksanaan syariat Islam dibuat secara sulit dan tersembunyi hinggalah Nabi berjaya membentuk negara Islam Madinah.

Rukun Usrah

1. فراعتلا (Pengenalan)

Ta’aruf merupakan rukun usrah pertama. Maksudnya berkenal-kenal dan berkasih-sayang sesama mukmin. Hal ini disifatkan oleh Allah dalam firmannya dalam surah Al-Hujurat ayat 10:

َنوُمَحْرُت ْمُكّلَعَل َّلا اوُقّتاَو ْمُكْيَوَخَأ َنْيَب اوُحِلْصَأَف ٌةَوْخِإ َنوُنِمْؤُمْلا اَمّنِإ

maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

اوُقّرَفَت َلَو اًعيِمَج ِّلا ِلْبَحِب اوُمِصَتْعاَو

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai (Ali Imran 103)

Sabda Nabi SAW:

اضعب هضعب دشي ناينبلاك نمؤملل نمؤملا

maksudnya: Mukmin dengan mukmin yang lain seumpama bangunan memperkukuh antara satu sama lain.

2. مهافتلا (Persefahaman)

Tafahum pula bermaksud saling memahami dan faqih terhadap Islam.. Antara tuntutan rukun kedua ini ialah:

­ berada di dalam jalan yang benar

­ membuat segala yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangannya

­ bermuhasabah

­ saling nasihat menasihati dengan rasa dada terbuka dan gembira. ةحيصلا نيدلا

­ berhati-hati tidak menyentuh perasaan sesama mukmin terhadap apa-apa

kecacatannya dan kekuranganya serta tidak memperlekehkan dia

­ menutup segala aib

­ tidak mencerca dan memandang negatif terhadap apa yang dilakukan oleh

sahabat dan bersikap ردصلا ةملس

3.

لفاكتلا

(Perseimbangan)

Takaful bermaksud saling menampung, membantu, memikul beban dan tugas serta bersama-sama dalam keadaan susah atau senang. Antara lain tuntutan rukun ini ialah: ­ berjanji antara satu sama lain dalam perkara kebajikan dan pengislahan

­ memberi kemudahan dan kesenangan sesama mukmin sabda Rasulullah SAW

ةنج نودءازج هل لا ري مل نيملسملا نم تيب لهأ ىلع رورسلا لخدأ نم

maksudnya: Barangsiapa yang memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada ahli rumah daripada kalangan muslimin, maka Allah tidak melihat ke atasnya daripada balasan kecuali syurga * Kalau kita perhatikan rukun dalam bahasa Arab ialah ئيشلا ةيهام نم ءزج atau ئيشلا ةيهام . Iaitu naqib, anak usrah dan manhaj usrah. Tetapi As-Syahid Hasan Al-Banna

meletakkan 3 perkara di atas sebagai rukunnya. Bermakna, As-Syahid meletakkan prinsip yang jelas, kukuh dan dalam pembinaan sesebuah daulah dan khilafah.

a) Unit Silibus

Unit silibus memainkan peranan membantu badan dakwah atau persatuan Islam menyiapkan silibus usrah dalam bentuk yang tersusun dan rapi. Silibus usrah amat penting bagi menjadualkan pengisian-pengisian yang telah ditetapkan bagi

mentarbiyah para pelajar dengan wasilah usrah. Contohnya dalam tempoh tingkatan 1-3, badan dakwah mempunyai silibus tertentu bagi peringkat para pelajar berkenaan. Begitu seterusnya bagi tingkatan 5 dan 6. Silibus ini pula perlulah ada jalinan antara satu tingkatan dengan satu tingkatan yang lain agar pengisian yang diberikan melalui silibus tersebut mempunyai kesinambungan. Hal ini penting agar para pelajar mudah mengikuti pengisian yang diberikan kepada mereka.

Mengapa perlu disediakan satu modul silibus usrah? Tidak cukupkan pendidikan Islam yang dipelajari di kelas-kelas? Jawapannya ialah: Sebenarnya pendidikan Islam yang diajar di kelas-kelas tidak mencukupi dan mempunyai kepincangan dalam pelbagai sudut. Antaranya:

a) Pendidikan Islam menjadi subjek elektif dan bukan subjek teras menyebabkan para

pelajar tidak serius mempelajari dan mendalami ilmu ini

b) Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah tidak menitikberatkan

penghayatan dan amalan seharian. Bahkan segelintir ahli dalam bidang pendidikan menganggap bahawa penghayatan Islam dianggap mundur dan kolot.

c) Secara umumnya, sistem pendidikan yang dijalankan di dalam negara ada

dipengaruhi dengan unsur-unsur pemisahan antara ilmu dan amal, kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.

d) Selain itu, bagi mereka yang belajar di sekolah-sekolah agama rakyat yang mendapat pendidikan sampingan daripada Tok-tok Guru Pondok juga tidak dapat lari daripada mengadakan usrah mengikut manhaj yang tertentu. Ini kerana manhaj usrah lebih menitikberatkan penghayatan Islam secara kolektif dan bukan individu. Begitu juga manhaj usrah memberi penekanan yang seimbang antara ilmu turath dengan ilmu semasa.

Justeru, dengan keadaan yang berlaku dalam sistem pendidikan perlu ditampung dengan usrah-usrah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah di sekolah bagi

membentuk pelajar muslim yang seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan.

b) Unit Modul

Modul bermaksud suatu kursus pelajaran seperti latihan, gerak kerja

berkumpulan atau latihan dalam kumpulan yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Dalam kata yang lebih mudah, modul ialah suatu latihan yang menggunakan bahan-bahan atau soalan-soalan untuk dijawab bagi mencapai objektif sesuatu program atau aktiviti.

Unit modul berperanan menyiapkan modul-modul untuk dilaksanakan dalam usrah LDK atau aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang dijalankan oleh badan dakwah atau persatuan Islam.

2. BIRO TAMRIN

a) Unit protokol

Unit protokol lebih kepada membuat kerja-kerja teknikal. Contohnya seperti membuat persiapan tempat berceramah, menyiapkan makanan dan minum para peserta, penceramah dan fasilitator, membuat persiapan pentas, memasak dan seumpamanya.

Walaupun kerja-kerja protokol ini kelihatan mudah dan bersifat teknikal, pengalaman menunjukkan bahawa masalah ini juga perlu dan amat penting diberi perhatian. Hal ini kerana kerja-kerja unit ini perlukan penelitian dan kemahiran. Sekiranya di sana ada berlaku masalah teknikal, kemungkinan boleh menjejaskan mana-mana pihak sama ada pada peserta, penceramah, fasilitator mahupun kepada jawatankuasa sendiri. Contohnya dalam permasalahan menyiapkan tempat

berceramah dari sudut mikrofon, pembesar suara dan sebagainya. Sekiranya sistem audio ini tidak berfungsi dengan baik, para peserta tidak dapat mendengar ceramah

dengan baik dan penceramah sendiri kurang selesa dengan keadaan seumpama itu hingga menjejaskan konsenterasi untuk menyampaikan pengisian.

b) Unit disiplin

Unit disiplin mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan matlamat tamrin tersebut tercapai dengan jayanya. Hal ini kerana sesebuah tamrin diadakan bagi melatih diri seseorang peserta mematuhi masa, cepat bertindak, tangkas, tepat dan bersemangat. Selain itu, unit disiplin juga berkuasa mengenakan tindakan tatatertib ataupun dalam bahasa Arabnya ialah ‘Iqob bagi memastikan seseorang peserta itu bertanggungjawab di atas segala tindakan dan tugas yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, seseorang peserta terlewat menghadiri sesuatu

ceramah, unit disiplin berhak menghukum peserta tersebut dengan hukuman-hukuman yang setimpal dan berpatutan. Begitu juga unit disiplin mempunyai peranan sebagai ‘pusher’ bagi menaikkan semangat, mencabar ego atau menekan psikologi para peserta. Namun begitu, bagi aktiviti yang seumpama ini, perlu ada ‘puller’ yang menarik hati, memberi kesedaran sebenar, menghargai semangat para peserta dan seumpamanya yang dinamakan menarik jiwa, perlu dijalankan oleh mereka yang dianggap kuat ruhiyyahnya dan amat disegani dan disayangi oleh para peserta. Ini kerana ‘push’ dan ‘pull’ merupakan tarbiyah daripada Allah dan Rasulullah SAW sendiri yang disebutkan sebagai ‘tarhib’ dan ‘targhib’. Ia amat sesuai dengan psikologi manusia dan fitrahnya yang tidak suka dimarah tetapi suka dipuji dan dihargai. Begitulah juga uslub dan cara sesebuah tamrin diadakan.

Secara umumnya, tamrin merupakan satu program yang amat penting dan menjadi ujian terakhir kepada seseorang da’ie sebelum terjun ke medan masyarakat. Seseorang pelajar sekolah menengah akan menghadapi peperiksaan SPM sebelum memasuki ke alam universiti; seseorang pasangan yang mahu berkahwin perlu mengikuti kursus perkahwinan sebelum diijabkabulkan; begitulah juga dengan seorang naqib, pelajar muslim atau sesiapa yang ingin menjadi da’ie kepada jalan Allah perlu kepada tamrin sebagai persediaan dan bekalannya.

Tamrin merupakan istilah daripada bahasa Arab bermaksud latihan. Latihan yang dimaksudkan di sini bukanlah latihan dalam skop-skop tertentu, tetapi tamrin merangkumi ketiga-tiga aspek penting iaitu spiritual, fizikal dan mental. Pun begitu, terdapat juga beberapa tujuan khusus tamrin itu diadakan. Ada tamrin yang diadakan khas untuk bakal-bakal pimpinan yang dinamakan tamrin qiadi, tamrin untuk

memperkenalkan tarbiyah dan dakwah kepada pelajar baru dinamakan tamrin pengenalan tarbiyah, tamrin untuk mengukuhkan ukhuwah dinamakan tamrin ukhuwwah dan seumpamanya. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa jenis program yang semacam tamrin tetapi mempunyai perbezaan. Contohnya seperti:

a) mukhayyam – mukhayyam lebih kepada tamrin berbentuk fizikal. Di samping itu

terdapat juga pengisian-pengisian mental dan aktiviti-aktiviti pengukuhan rohani.

b) kem – kem juga mempunyai matlamat-matlamat tertentu sama seperti

mukhayyam. Cuma aktivitinya lebih luas daripada mukhayyam yang boleh di adakan di dalam dewan atau di luar dewan

c) simposium – lebih kepada pengisian membentuk fikrah dan pemantapan ilmu dan

thaqofah. Terdapat aktiviti-aktiviti yang mencambahkan lagi idea-idea utama pengisian dan di resolusikan untuk dilaksanakan.

d) kursus – lebih kurang sama seperti simposium, cuma ia lebih umum.

Secara kesimpulannya, istilah-istilah diatas tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Cuma istilah sahaja yang berbeza.

3. BIRO PERHUBUNGAN LUAR

a) Unit IPT

Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam dengan Institut Pengajian Tinggi tempatan. Tujuannya agar para pelajar sekolah dapat dihubungkan dengan mahasiswa-mahasiswa di universiti-universiti tempatan dan juga luar negara. Biasanya sesebuah sekolah akan mengeluarkan para pelajarnya untuk memasuki ke IPT tempatan atau luar negara. Dengan adanya hubungan dengan mereka yang berada di sekolah menengah dan lepasan sekolah yang berada di IPT, sudah tentu memberikan pengaruh yang positif agar para pelajar bersungguh-sungguh belajar untuk berebut memasuki ke IPT tempatan atau luar negara.

b) Unit umum

Unit umum pula menjalankan tugas menghubungkan para pelajar dengan penduduk berdekatan yang tinggal di sekitar sekolah ataupun penduduk kampung secara umumnya. Hal ini amat bersesuaian dengan matlamat pendidikan agar memberi khidmat kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Di samping itu, program sekolah Bestari yang sedang dijalankan dibeberapa buah sekolah juga amat menekankan sumbangan sesebuah sekolah kepada penduduk setempat.

Contoh hubungan yang boleh diwujudkan ialah melalui aktiviti bergotong-royong, Hari Kantin, Ceramah dan seumpama dengannya.

c) Unit sekolah

Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam dengan badan dakwah atau persatuan Islam di seolah-sekolah lain. Hubungan yang diwujudkan ini amat perlu kerana di sana banyak faedah yang boleh diperolehi seperti kerjasama antara badan dakwah, program gabungan, bantu-membantu dan bertukar-tukar fikiran tentang kegiatan Islam yang dijalankan.

Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini sudah banyak program ijtimak pelajar serta pertubuhan-pertubuhan yang diwujudkan bagi menyatukan para pelajar sekolah terutamanya daripada sekolah menengah. Contohnya IPIM (Ijtima’ Pelajar Islam Malaysia) pada tahun 1996 untuk kali pertama yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa di Sekolah Menengah Teknik dan IPIM kali kedua (1997) yang

dijalankan di Selangor di bawah JAIS dan PUM. Begitu juga program MOBIS yang dilaksanakan oleh JAIS dengan kerjasama PUM dan pelajar-pelajar IPT tempatan.

Begitu juga Nadwah Kepimpinan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh yang dijalankan dua tahun sekali secara bergilir di sekolah-sekolah asrama penuh (SBP). Tak kurang juga program-program yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya ataupun Unit Kaunseling yang wujud di sekolah-sekolah yang telah banyak

melahirkan kepimpinan di peringkat remaja.

4. BIRO PENERBITAN DAN PUBLISITI

a) Unit majalah

Unit majalah berfungsi menerbitkan majalah khas yang dikeluarkan oleh badan dakwah atau persatuan Islam. Majalah-majalah ini bertujuan sebagai salah satu uslub atau media untuk menyampaikan mesej Islam. Di samping mengasah bakat-bakat

penulisan di kalangan pelajar, majalah ini juga boleh dijadikan sebagai suatu yang boleh dikomersialkan ke sekolah-sekolah lain.

b) Unit risalah

Unit risalan menjalankan tugas menerbitkan risalah-risalah ringkas di sekitar sekolah. Risalah-risalah ini biasanya dikeluarkan mengikut hari-hari atau peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Hijrah, Isra’ dan Mikraj dan seumpamanya.

c) Unit Siber

Unit internet dijadikan salah satu unit dalam BPP ini berperanan mempublisitikan badan dakwah atau persatuan Islam ke alam siber serta menyiarkan kegiatan-kegiatan yang dijalankan. Tuntutan semasa yang telah banyak mengheret dakwah ke kancah yang lebih mencabar ini perlu diraikan. Sekurang-kurangnya, badan dakwah atau persatuan Islam mempunyai email tersendiri sebagai satu alat perhubungan. Apatah lagi jolokan internet sekarang ini yang dikatakan telah banyak disalahgunakan dengan laman-laman lucah, maka badan dakwah atau persatuan Islam perlu memainkan peranan menerokai alam siber dan bersaing menyiarkan kegiatan-kegiatan dakwah dan Islam bagi meluaskan lagi medium dakwah.

5. BIRO CERAMAH

a) unit pidato dan khutbah

Peranan unit ini ialah melatih dan mendedahkan kepada para pelajar agar mampu menyampaikan pidato atau khutbah bagi pelajar agama. Hal ini kerana amat penting bagi seseorang da’ie itu berani dan mampu tampil ke hadapan untuk bercakap di khalayak umum dengan gaya dan hujah yang kukuh dan mantap. Sekaligus, dengan cara seumpama ini, dakwah Islam dapat disebarkan dengan cepat dan mudah. Bagi para pelajar agama, perlu dilatih memberi khutbah sama ada diadakan dalam bentuk latihan dalam sesebuah program ataupun dilatih dengan menjadi khatib di mana-mana masjid dengan kelulusan pihak berwajib. Walaupun latihan ini agak berat dan nampak sukar, tetapi hakikatnya inilah yang pernah dibuktikan oleh sebahagian besar ulama’ Islam. Antaranya ialah Yusof Qaradwahi, Syeikh Mohammad Al-Ghazali, Imam Hasan Al-Banna dan sebagainya.

b) unit perayaan dan hari kebesaran Islam

Unit ini pula berperanan mengadakan program ceramah, munaqasyah buku, forum, debat dan seumpamanya yang berkaitan dengan hari perayaan atau kebesaran Islam. Walaupun begitu, tidak juga ia terskop pada aspek tersebut, tetapi boleh juga diadakan bagi membincangkan permasalahan semasa yang berlaku di dalam sekolah, dalam negara atau luar negara. Ia bergantung pada keputusan dan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa yang terbabit.

6. BIRO KESENIAN

a) unit nasyid

Di dalam biro kesenian ini diasingkan kepada unit nasyid dan unit pantomim. Nasyid merupakan alternatif bagi nyanyian dan muzik yang mempunyai unsur-unsur Islam. Antara unsur-unsur Islam yang ada dalam nasyid ialah seperti:

1. Lirik yang menepati syarak, tidak terkeluar dari sebarang bentuk yang bertentangan dengan akidah, fiqah, syariah dan akhlak Islam.

2. Alat muzik yang dibenarkan oleh syarak iaitu kompang, gendang dan rebana.

3. Tidak bercampur penasyid lelaki dan wanita.

4. Penasyid sendiri memelihara syariat Islam.

Hukum Nasyid

Ada yang mempertikaikan bahawa nasyid adalah tidak syarie. Malahan ada yang mengatakan bahawa dakwah melalui nasyid adalah tidak benar dan palsu dan bercampur dengan perkara-perkara syubhat. Walau apapun pandangan yang

dinyatakan, di sana perlu dilihat bahawa persoalan nasyid dan yang berkaitan

dengannya adalah perkara yang banyak khilafnya daripada kalangan sahabat kecuali perkara-perkara yang menjadi qat’ie dalam syariat seperti lirik yang bertentangan dengan akidah, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dengan bebas dan sebagainya. Walaupun begitu terdapat perkara-perkara yang berlaku khilafnya seperti persoalan alat muzik, penaja persembahan dan syarikat yang menjadi penerbit kepada sesebuah kumpulan nasyid.

Akhir-akhir ini kita melihat nasyid merupakan salah satu bentuk hiburan yang amat popular dan mendapat tempat di hati masyarakat. Bahkan banyak kumpulan nasyid yang mampu mengatasi kumpulan nyanyian balada, rock, rap dan lain-lain lagi. Menunjukkan bahawa melalui nasyid, Islam mampu disebarkan. Bahkan kita lihat di sana terdapat nasyid-nasyid yang berbentuk ilmu yang mendedahkan kepada anak-anak kecil menghafal sifat 20, sifat nabi, asma’ul Husna, dan nama-nama Nabi. Hal ini merupakan salah satu uslub bagi memudahkan anak-anak kecil menghafal perakra-perkara fardhu ain dengan cepat dan baik.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa dakwah yang menjadi tujuan utama kepada nasyid ini tidak diekspolitasi dengan mencari kepopularan dan kemahsyuran. Perlu di ingat bahawa para artid nasyid menjadi idola kepada masyarakat khususnya para remaja. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak baik daripada para artis nasyid, maka ia boleh menimbulkan fitnah dan ikutan yang tidak baik. Ada sesetengah pendapat mendakwa bahawa banyaknya kumpulan nasyid yang muncul akhir-akhir ini bukan bertujuan menyampaikan dakwah, tetapi lebih mementingkan populariti. Hal ini menjadikan tujuan dan mesej dakwah tidak berkesan dan sampai ke sanubari para pendengar.

Begitu juga permasalahan syarikat-syarikat rakaman yang juga memberi kontrak kepada artis-artis yang tidak Islamik. Perkara ini dianggap syubhah oleh sesetengah pendapat. Bagi saya, yang terbaiknya ialah kumpulan-kumpulan nasyid yang tumbuh bak cendawan selepas hujan ini mengelakkan daripada menyertai syarikat-syarikat yang nyata terdapat syubhah di dalamnya. Maksud syubhah di sini ialah dari segi wang dan royalti yang diterima serta persekongkolan dengan artis-artis yang kurang Islamik. Sebagai cadangan, kumpulan-kumpulan nasyid perlulah membina sebuah syarikat tersendiri yang memberi peluang kepada mana-mana kumpulan nasyid untuk menerbitkan album. Hal ini tidak mustahil dan mampu dilaksanakan. Buktinya sudah ada kumpulan-kumpulan nasyid tertentu yang mampu menerbitkan album sendiri, malahan ada yang mampu menceburkan diri ke arena penulisan dengan menerbitkan majalah.

b) unit pantomim.

Pantomim ialah satu bentuk drama yang dilakukan dengan cara lakonan dan diiringi dengan muzik atau bunyi latar. Akhir-akhir ini, pantomim merupakan satu

bentuk hiburan yang semakin diminati dan dipertontonkan terutamanya di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Di bawah ini dinyatakan beberapa garis panduan pantomim.

1. Tajuk, tujuan dan matlamat pantomim adalah selari dengan tuntutan syariat.

2. Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.

3. Tidak melalaikan dan melekakan secara berlebihan.

4. Tidak menggunakan bahasa-bahasa yang melampau.

5. Tidak menggunakan muzik-muzik yang keras dan yang tidak dibenarkan syarak.

6. Sebelum dan selepas persembahan hendaklah diberi sedikit pengumuman dan

tazkirah agar para penonton mendapat pengajaran, insaf dan mendapat faedah daripada drama tersebut.

7. BIRO KEBAJIKAN

a) unit pelajar

Unit kebajikan bagi para pelajar diwujudkan bertujuan menjalankan kegiatan

berbentuk kebajikan khusus kepada para pelajar. Contohnya seperti memungut derma kilat bagi mereka yang ditimpa kesusahan secara mengejut. Begitu juga biro kebajikan berperanan mewujudkan tabung khas untuk kebajikan pelajar dan juga membantu mengagih-agihkan bantuan luar yang diberikan kepada para pelajar berkenaan.

b) unit umum

Unit umum pula berperanan membuat aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat seperti memungut derma, mengumpulkan pelajar untuk menyembahyangkan jenazah penduduk kampung, membaca tahlil, berzanji atau maulid dan seumpama dengannya.

8. BIRO MUSALLA DAN IBADAH

a) unit kebersihan dan keceriaan

Unit ini menjalankan tugas membersihkan musalla atau surau pada setiap hari serta menceriakan dinding-dinding dan persekitarannya agar kelihatan menarik dan cantik. Biasanya antara tugas-tugas unit ini seperti menyapu, mengemop, mengelap cermin serta kipas, menyedut habuk karpet dengan vakum dan sebagainya. Dari segi