• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wujudnya jamaah-jamaah tertentu seperti PAS, JIM, ABIM, Tabligh dan sebagainya

KAJIAN KES

7. Wujudnya jamaah-jamaah tertentu seperti PAS, JIM, ABIM, Tabligh dan sebagainya

Kewujudan jamaah-jamaah bukan berlaku di peringkat realiti masyarakat, bahkan ia juga berlaku di peringkat sekolah dengan tujuan pengkaderan. Sebelum dihuraikan realiti kewujudan banyak jamaah di sekolah-sekolah ini, perlu difahami lebih awal asal-usul kewujudan jamaah itu sendiri.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1972.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di Kuala Lumpur, dan Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama bersama-sama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Siddiq Fadhil telah

dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Muhammad Nur Manuty telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997 di Alor Setar, Kedah, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima.

Dalam era 70-an semasa di bawah kepemimpinan Razali Nawawi dan

kemudiannya Anwar Ibrahim, ABIM lebih kepada pendekatan 'confrontational' dan 'vocal' terhadap kerajaan sesuai dengan situasi dan keperluan masa itu. Dekad kedua, di tahun-tahun 80-an semasa di bawah kepemimpinan Siddiq Fadil, merupakan era pendewasaan ABIM yang ditandai oleh perubahan orientasi dari aksi kekonfrontasian kepada pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah ataupun pendekatan dakwah yang lebih berhikmah. Dekad ketiga, di era 90-an di bawah pimpinan

Muhammad Nur Manuty, ABIM berperanan lebih proaktif dan menjadi sebagai rakan dalam membina negara. Dalam menuju alaf baru di bawah kepemimpinan Ahmad Azam Abdul Rahman, ABIM membawa tema 'Memugar Idealisme dan Menggilap Dinamika Perjuangan'

ABIM mempunyai matlamat perjuangan tersendiri iaitu mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan mengambil manhaj Rabbani sebagai cara hidup mereka dalam semua bidang. Perjuangan itu untuk merealisasikan manhaj rabbani dalam perkara-perkara berikut.

1. Pembinaan Sahsiah Islamiyyah

2. Pembinaan Keluarga Islamiyyah

3. Pembinaan Ummah (Masyarakat) Islamiyyah

4. Pembinaan Khilafah Islamiyyah

5. Pembinaan Daulah Islamiyyah

6. Pembinaan Dunia Islamiyyah

TUJUAN ABIM

- Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyyah sesuai dengan ajaran asasi al-Qur'an al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.aw.

- Menjalankan dakwah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat dengan syarat mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan.

- Mengembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf hidup di dalam semua lapangan termasuk sosial, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

- Mewakili belia Islam di persidangan-persidangan dalam dan luar negeri.

- Menjalankan kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran asasi al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

PENDEKATAN

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (krowledge based) serta memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti

masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan parti-parti politik.

TARBIYAH

Sejak ditubuhkan ABIM meletakkan saluran asas tarbiyah untuk ahli-ahlinya ialah USRAH dan TAMRIN.

Dalam risalah panduan tamrin ada menyebut tujuan tamrin seperti berikut: - Memperluaskan serta memperdalamkan pengertian tentang cita-cita dan tuntutan-tuntutan Islamiyyah serta ajaran-ajaran Islam keseluruhannya sebagai ad-din yang sempurna dan sistem hidup yang praktikal kepada ahli-ahli.

- Memperdalamkan pemahaman ahli-ahli tentang erti perjuangan, ciri-ciri asli sebuah gerakan Islamiah dan landasan perjuangan.

- Menimbulkan suasasa kewaspadaan terhadap segala bentuk cubaan dan cabaran yang mungkin timbul di setiap ketika.

- Membentuk sahsiah muslim dengan mengambil kira sejarah hidup Rasulullah sebagai contoh dan teladan.

- Memperkukuhkan sikap tanggungjawab terhadap perjuangan ummah dan ikatan diri ahli-ahli kepada perjuangan Islam.

- Membekalkan latihan pimpinan yang sesuai dengan kehendak masyarakat Islam setempat dan umat sejagat.

ABIM mengongsi visi untuk melihat kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bermaruah yang turut mengangkat martabat umat. Untuk ini ABIM amat prihatin terhadap pelbagai isu sosial, ekonomi dan politik negara. ABIM sedia mendukung dan memperjuangkan usaha-usaha:

­ Mewujudkan perpaduan ummah

­ Memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi

nasional

­ Membina rupa budaya bangsa yang sihat

­ Meningkatkan kualiti alam sekitar

­ Memperjuangkan keadilan untuk semua

­ Membanteraskan kemiskinan

­ Membudayakan amalan politik yang bersih

b) JIM (Jamaah Islah Malaysia)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah sebuah pertubuhan Islam yang telah diluluskan pendaftarannya pada 27 Julai 1990.

Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud "pembaikan" dan "perdamaian" seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Motto JIM ialah BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT DASAR DAN OBJEKTIF

Dasar JIM adalah ISLAM Objektif JIM adalah:

­ Mendukung cita-cita dan aspirasi Islam yang unggul

­ Melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat

­ Menggembeling tenaga masyarakat dalam rangka membentuk masyarakat

yang progresif dan dinamis dalam semua aspek kehidupan

­ Mendukung konsep kesatuan berdasarkan kepada prinsip persaudaraan Islam

dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat PENDIRIAN DAN PENDEKATAN

JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat.

JIM menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi

meningkatkan penyertaan.

Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati, perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan.

JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya.

Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam, mengambilkira realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri.

JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam.

JIM memilih pendekatan yang bercirikan:

1. Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat

2. Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif

3. Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat

c) PAS (Parti Islam Se-Malaysia)

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.

Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).

Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se-Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948.

Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana

penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat

perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.

Ideologi PAS ialah ISLAM. PAS memperjuangkan ISLAM yang sempurna. Perjuangan PAS adalah berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi.

Berdasarkan kepada ideologi ini, PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum- hukumnya menuju keredhaan Allah.

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

2. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Bagi mencapai tujuan perjuangan, PAS menjalankan usaha-usaha berikut [Fasal 6]: 3. Menyeru umat manusia kepada syari'at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

4. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

5. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang

perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

6. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi- institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

7. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

8. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

9. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

10. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa

mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

11. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi ma nusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

12. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.

c) Tabligh

Jamaah Tabligh merupakan jamaah yang berasal dari India yang diasaskan oleh Maulana. Pengaruh jamaah tersebut sampai ke merata dunia sehingga ke Asia

Tenggara. Beberapa pengenalan kepada jamaah ini ialah:

1. Berpakaian jubah dan berserban.

2. Menjalankan dakwah dalam beberapa peringkat seperti 3 hari, seminggu, 40 hari

dan seterusnya.

3. Menjalankan dakwah dari rumah ke rumah masjid ke masjid.

4. Menitik beratkan persoalan iman dan akhlak

5. Tidak banyak menyentuh permasalahan negara dan politik

Dalam persoalan ini, terdapat perselisihan antara para ulama’ adakah dibenarkan ta’addud jamaah ataupun tidak boleh. Antara ulama’ yang membenarkan ta’addud jamaah ialah Dr Yusof Al-Qaradhawi. Mereka yang tidak membenarkan ta’addud jamaah ialah seperti Dr Fathy Yakan.

Apa yang jelas, walaupun ada perselisihan pendapat dalam menentukan boleh atau tidak ta’addud jamaah, tetapi para ulama’ sepakat bahawa kesatuan itu

merupakan perkara dan asas yang pokok dalam membina umat dan daulah Islam. Adapun pendapat Yusof Al-Qaradhawi yang membenarkan ta’addud jamaah ialah ta’addud yang bersifat menolong dan membantu sesama jama’ah-jama’ah Islam dan bukan ta’addud yang bersifat bermusuhan dan berlawanan. Bermakna sekalipun terdapat jamaah-jamaah yang pelbagai di sesebuah sekolah, tidak beerti mereka tidak boleh menjalankan program dan aktiviti bersama-sama, bahkan ia mewujudkan keharmonian dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tips-tips penting sebagai Pemimpin pelajar 1. Sifat-sifat Seorang Pemimpin

 Berilmu

 Bertaqwa

 Yakin pada diri sendiri

 Mengenali jiwa dan citarasa ahli dan sesama pimpinan

 Teladan dan contoh yang baik kepada pelajar

 Pandangan yang jauh dan tajam

 Tenang dan tidak kalut

 Istiqomah dan sabar

 Berkorban

 Tidak mengenal erti mengeluh

 Bersikap terbuka

 Berani

 Tegas

 Lunak terhadap sesama ahli

 Mampu bergaul dengan semua peringkat pelajar