• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 83-91)

Mengetahui bagaimana dia ingin dicintai

BAHAGIAN 9 MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

9.1 PERBEZAAN KOMUNIKASI LELAKI DAN PEREMPUAN.

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam cara berfikir. Lelaki lebih kepada logik manakala perempuan lebih cenderung kepada hal yang melibatkan emosi. Perempuan mempunyai struktur badan yang berbeza dengan lelaki bukan. Begitu juga dengan otaknya. Kajian menunjukkan bahwa perempuan mempunyai otak yang 11-12% lebih kecil daripada lelaki, tetapi mempunyai ‘deep limbic system’ di dalam otak mereka yang lebih besar, dan

inilah yang membuatkan perempuan lebih emosi daripada lelaki. Perempuan lebih mahir dalam menggunakan

komunikasi dengan lebih efektif berbanding lelaki. Mereka lebih menumpukan untuk menyelesaikan masalah yang boleh digunakan bersama-sama, bercakap mengenai isu secara keseluruhan dan menggunakan bahasa badan dan linguastik seperti tona suara, emosi, empati manakala

Lelaki pula lebih kepada result oriented, kurang bercakap dan lebih menuju kepada matlamat. Lelaki juga lebih sukar memahami emosi sendiri tidak tahu bagaimana menungkapkan emosi sendiri dengan kata-kata manakala perempuan dengan mudah saja dapat mengesan perubahan emosi dari diri pasangan . Inilah yang menyebabkan perbezaan komunikasi antara lelaki dan perempuan dan juga.

84 | P A N D U A N M E M I K A T Bagi mewujudkan keintiman, anda perlu mempersonakan dia dengan menukarkan cara anda berkomunikasi. Lelaki perlu lebih memahai perempuan dan perempuan perlu memahami lelaki bagi mendapatkan satu suasana yang menyeronokkan untuk dibawa berbual.

Lelaki, anda perlu berjalan seperti lelaki, bercakap seperti lelaki, makan seperti lelaki tetapi anda perlu sensitif seperti perempuan. Jangan takut jika dia berfikir anda ini lemah dan sebagainya jika anda berbual tentang perasaan dan hati. Ini adalah topik yang disukai perempuan.

Perempuan,anda perlu kelihatan seperti perempuan, makan seperti perempuan, senyum seperti perempuan tetapi berfikir seperti lelaki. Jangan takut jika anda kelihatan ‘jantan’ apabila berbual tentang topik yang lelaki suka. Ia hanya akan membuatkan anda lain dari mana-mana perempuan yang pernah dia temujanji dan anda akan kelihatan hebat.

Mudah kata, dalam pemilihan topik perbualan , lelaki perlu berfikir seperti perempuan dan perempuan perlu berfikir seperti lelaki.

9.2 TOPIK LELAKI DAN TOPIK PEREMPUAN

Dari zaman persekolahan lagi, masyarakat kita sudahpun mempunyai jarak komunikasi antara lelaki dan perempuan. Di sekolah, budak lelaki bercakap mengenai game, basikal, gajet dan sukan. Budak perempuan pula bercakap mengenai budak lelaki kacak dan stylo di sekolah itu. Perkara sekecil inilah yang memberikan perbezaan budaya kepada kita apabila kita dewasa di mana pada ketika ini, kita tidak tahu topik apa yang disukakan.

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan mengenai topik apa yang mereka suka bincangkan. Lelaki suka berbual tentang kejayaan , kereta , gajet, tentang bagaimana sesuatu perkara itu berlaku, bagaimana ia bekerja, bagaimana ia boleh dibaiki dan bagaimana mereka boleh mengawalnya. Dalam pekerjaan, mereka sukan berbual tentang siapa di atas dan siapa di bawah.

85 | P A N D U A N M E M I K A T Cik kakak, bercakap mengenai politik, sukan, kereta dan komputer akan meningkatkan peluang untuk berbual dengan lebih baik. Jika anda tahu bagaimana komputer berfungsi dan bagaimana sistem kenderaan bergerak, anda akan kelihatan hebat dimata lelaki! Buatkan anda kelihatan tahu mengenai apa yang anda bincangkan, tetapi jangan sehingga anda terlebih pandai pula.

Lelaki pula, bualkan perkara seperti hubungan, fesyen, falsafah , kecantikan, psikologi dan lain-lain yang mana topik-topik seperti inilah yang suka dibualkan perempuan. Mereka juga hebat dalam topik seperti kesihatan, kain baju, masalah dan menerokai perasaan orang lain. Apabila berbual tentang kerja, mereka lebih suka berbicara tentang bagaimana hubungan kerjasama mereka dengan orang lain, tentang ofis mereka yang kondusif dan baik bukannya siapa di atas dan siapa di bawah .Jadilah lebih memahami dan berbual menggunakan isi hati anda.

9.3 APA PERASAAN AWAK?

Perempuan lebih suka berbual tentang perasaan daripada lelaki bukan? Ketika mereka berbual bersama rakan-rakan, mereka selalu meminta pendapat tentang perasaan mereka tentang sesuatu perkara yang mereka bicangkan. Lelaki pula tidak begitu, mereka jarang sekali membincangkan tentang perasaan mereka bersama rakan-rakan. Tambahan lagi, lelaki juga adalah makhluk yang tidak suka membicarakn tentang perasaan mereka.

Cik abang, jika anda ingin kelihatan luarbiasa pada matanya, anda perlu menggunakan cara yang power ini. Apabila dia berbual mengenai sesuatu perkara , anda masukkan elemen

‘apa perasaan awak tentang perkara ini?’ Anda boleh bertanyakan perkara ini tentang apa

sahaja topik yang dibualkannya. Jika dia berbual tentang rakan sekerjanya, bosnya, rakan-rakannya dan anda mendapati ada elemen perasaan pada topik yang dibicarakan , maka anda tanyalah soalan ini. Biarkan dia bercerita...angguk pada setipa apa yang diperkatakannya walaupun anda sedikit bosan.Semasa berbual renunglah kedalam matanya.

86 | P A N D U A N M E M I K A T Cik kakak, anda perlu berhati-hati ketika bertanya ‘apa perasaan awak’ kepada kaum lelaki. Ini kerana lelaki tidak biasa dan janggal untuk memperkatakan hal perasaan.

9.4 LELAKI STRAIGHFORWARD MANAKALA PEREMPUAN TIDAK?

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam berkomunikasi. Lelaki lebih

straightforward dan menuju kepada jawapan apa yang ditanya manakala perempuan pula

lebih suka bercerita yang meleret-leret sebelum sampai ke jawapan sebenar yang dicari itu.

Ada satu cerita. Semasa seorang lelaki dan seorang perempuan (couple) berjalan di sebuah shopping kompleks, maka datanglah seorang perempuan lebih kurang makcik datang bertanyakan arah. Makcik ini berkata ‘di manakah kedai yang menjual aromaterapi ye?’

Oleh kerana pasangan ini baru sahaja melalui kedai aromaterapi, maka mereka dapat mengingat dimana kedai aromaterapi itu.

Maka si gadis menjawab ‘Owh aromaterapi. Kami baru je keluar dari kedai aromaterapi tadi. Banyak bauan baru yang sedap-sedap. Makcik pasti sukakannya! Tambahan pula kedai ini sedang membuat promosi pada minggu ini. Ok makcik jalan terus, lebih kurang dalam 100 meter, owh tak mungkin jauh sedikit kot, makcik akan nampak ada satu kedai bunga bersebelahan dengan eskalator.banyak bunga-bunga segar di kedai ini dan makcik boleh nampak di luar kedai ada dihiasi dengan bunga-bunga yang terbaru. Di tepi escalator juga ada satu booth yang menjual brooch-brooch keluaran terbaru tapi tak la cantik sangat. Ada satu kedai lain di tingkat tiga lebih cantik koleksinya. Ok jadi makcik turun escalator dan makcik pergi ke sebelah kiri. Di sebelah kiri pula makcik akan nampak...

Oleh kerana jawapan si gadis tadi agak panjang maka si lelaki pun menyampuk, “makcik

jalan terus sampai jumpa escalator, makcik turun escalator dan kedai aromaterapi itu ada disebelah kiri.”

87 | P A N D U A N M E M I K A T

Kelakar bukan? Tetapi inilah bezanya antara cara lelaki dan perempuan berfikir. Ianya telah pun ditakdirkan dengan kuasa tuhan yang memberikan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, janganlah anda berasa marah jika situasi seperti ini berlaku.

Bagaimana anda ingin menggunakan perkara ini dalam menjaga hubungan anda? Cik kakak, apabila memberi penjelasan kepada lelaki, maka berilah penjelasan yang ringkas. Beri jawapan kepada apa yang dimahukan sahaja. Lelaki tidak sukakan jawapan yang meleret-leret dan membosankan.

Cik abang pula, apabila perempuan meminta pandangan anda, jangan menjawab dengan terlalu pendek. Berikan jawapan yang panjang, disertakan sekali dengan unsur-unsur emosi dan perasaan (ingat inilah yang disukai perempuan). Perincikan apa yang anda bualkan dan ambil masa anda untuk lebih berkomunikasi dengannya. Anda masih ingat perempuan merapatkan hubungan dengan berkomunikasi bukan?

9.5 APABILA PEREMPUAN BERSEDIH

Satu perkara yang mempunyai masalah dalam perhubungan adalah ketika pasangan anda sedang bersedih. Pada kebiasaanya, apabila seseorang perempuan sedang bersedih, biasanya lelaki akan bertanya ‘kenapa ni?’ dan perempuan pula akan menjawab ‘ tak ada apa-apa’. Lelaki ini pula akan berkata ‘ok’.

Ia hanya tamat disitu..

Apa yang berlaku, dalam hati perempuan akan berkata ‘lelaki celaka, langsung tak ambil kisah perasaan aku.’

Untuk merapatkan keintiman, buatkan dia tahu bahawa anda ada untuknya. Jika dia berkata ‘tak ada apa-apa. Saya ok’, anda harus tanyakan lagi ‘ceritalah pada saya. Awak akan

88 | P A N D U A N M E M I K A T rasa lebih lega setelah meluahkannya. Saya tidak mahu awak simpan sorang-sorang.”..Rayulah kepadanya untuk mendengar cerita itu. Kemudian bom! Dia kan menceritakan hal itu kepada anda sehabisnya. Apa yang anda perlu buat adalah tutup mulut anda dan dengar sahaja. Berikan sedikit respon tapi jangan menggangu ceritanya.

Pada lelaki, apabila orang datang bercerita kepadanya, itu bermakna orang itu ada masalah dan perlukan penyelesaian daripada dia. Pada perempuan pula, bercerita itu adalah meluahkan apa yang terpendam dihatinya. Oleh itu, biar sahaja dia bercerita apa yang dimahukannya. Apabila dia mula kelihatan ok, barulah anda berikan cerita anda pula.

Jangan sesekali merasakan anda perlu berikan cadangan bagaimana ingin menyelesaikan masalah itu. Biarkan dia sahaja. Sebenarnya dia hanya ingin mengadu sahaja...jadi..dengarkan saja. Anda akan kelihatan sebagai lelaki romantik pada dirinya.

9.6 APABILA LELAKI MARAH

Cik kakak, apabila lelaki marah, sedih , terganggu , biasnya lelaki akan marah marah atau berdiam diri sahaja.

Jangan cuba bertanya ‘kanapa awak marah ni’ atau kenapa awak diam ni? Anda akan membuatkan dia bertambah marah.

Ketika dia sedang marah, perkara terbaik yang anda harus lakukan ialah DIAM. Biarkan diam mendiamkan diri dan menenangkan dirinya. Lelaki tidak biasa berkongsi perasaan mereka jadi janganlah anda memaksanya.

Walaubagaimanapun, anda boleh menjadi supportif dengan memberikan ayat ‘kalau awak nak cerita, saya ada disini tau”. Anda akan kelihatan lebih supportif, empati, dan ada untiuknya. Jangan tertunggu-tunggu samada dia ingin menceritakannya atau tidak. Biarkan sahaja dia dengan labu-labunya.

89 | P A N D U A N M E M I K A T

9.7 AYAT BERKIAS

Satu hari anda keluar bertemujanji dengannya, dan dia berkata kepada anda..”awak lapar tak?. Dekat hujung sana ada kyros kebab”. Apa yang berlaku anda berkata, ‘’tak, saya belum lapar lagi’’. Kemudian anda meneruskan perjalanan dan dia berkata lagi “Awak rasa kat depan sana ada kedai ayamas x?’. Anda pun berkata, “mungkin ada. Kejap lagi kita pergi la tengok.”

Tiba-tiba dia mendiamkan diri dan tidak berminat untuk berbual dengan anda. Anda pun merasa pelik dan menyampah kerana temujanji yang sepatutnya seronok ini tiba-tiba bertukar mood

Saya ingin bertanya. Adakah anda tidak faham dia sedang mengajak anda pergi makan? Ya, dia sedang mengajak anda pergi makan. Perempuan memang telah didik sedari kecil untuk tidak menagtakan sesuatu dengan berterus terang oleh kerana disebabkan rasa malu dan juga bagi menjaga adab pertuturan dengan orang lain.

Tetapi cik abang, tidak semua perempuan begitu. Tahap kiasan yang digunakan adalah berbeza bagi setiap perempuan. Pada ketika anda bertemujanji, anda perlulah lebih

90 | P A N D U A N M E M I K A T memahami apakah ayat yang diucapkannya adalah ayat terus atau bahasa kiasan. Kebolehan anda memahami aspek ini akan memberikan anda markah bonus untuk membuatkan anda merapatkan keitiman dengannya.

Cik kakak pula, jangan terlalu banyak menggunakan bahasa kiasan. Otak lelaki tidak beroperasi untuk memproses bahasa kiasan. Otak lelaki adalah straighforward dan hanya mendengar sesuatu yang jelas diperkatakan kepadanya. Kurangkan ayat-ayat kiasan jika anda tidak mahu merosakkan temujanji anda dengannya.

Permudahkan perkara ini dengan terus mengajaknya pergi makan seperti “awak lapar tak. Saya lapar. Mari pergi makan sebelum kita berjalan-jalan” ini akan memudahkan temujanji anda dengannya dan tidak ada pihak yang bermasam muka.

91 | P A N D U A N M E M I K A T

KESIMPULAN

Tidak kira apapun cara yang anda gunakan, anda seharusnya tidak lari daripada persamaan cinta yang asal iaitu :-

TERTARIK + PERSAMAAN + KEINTIMAN = JATUH CINTA

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 83-91)

Dokumen terkait