• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENCIPTA KEINTIMAN

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 72-80)

Mengetahui bagaimana dia ingin dicintai

BAHAGIAN 8 MENCIPTA KEINTIMAN

8.1 BUATKAN DIA BERASA ISTIMEWA

Tahukah anda bahawa ego memainkan peranan yang sangat penting dalam percintaan?

Tahukah anda bahawa setiap orang merasakan dirinya istimewa? Adakah anda tahu bahawa orang hanya jatuh cinta kepada seseorang yang melihat dirinya istimewa sahaja?

Lihat perkara ini dahulu. Adakah sidia berbangga apabila anda memuji sidia cantik? Kacak? Hebat? Berjaya dan sebagainya. Sidia tahu sidia memiliki kesemua itu, tetapi sidia berasa

berbangga apabila seseorang menyedari hakikat tersebut dan memberitahunya ke dalam telinganya. Inilah ego yang akan dimaksudkan di dalam panduan ini.

Setiap orang yang ingin bercinta mahukan pujian atau kata-kata yang manis daripada mulut pasangan masing-masing. TETAPI, TIDAK SEMUA ORANG MAHU ANDA BERKATA BAHAWA DIRINYA CANTIK ATAU KACAK. Bukan anda seorang sahaja yang mengatakan dirinya cantik, malahan ramai lagi. Apabila semua orang mengatakan perkara yang sama, pujian itu akan menjadi sangat biasa dan sidia tidak tidak lagi merasakan bahawa ia istimewa untuk dirinya.

Jadi bagaimana hendak membuatkan dirinya berasa istimewa? Ianya adalah mengenai memahami bagaimana dia melihat dirinya sendiri dan kemudian anda gunakan maklumat ini untuk membuatkan dia berasa istimewa.

Sesetengah orang mahu dilihat sebagai jaguh sukan, pakar memasak, pakar buat kerja cepat, pakar tepati masa dan lain-lain. Lain orang maka lainlah cara dia melihat dirinya sendiri.

73 | P A N D U A N M E M I K A T Setiap orang perlukan seseorang yang sedar bahawa dirinya istimewa. Buatkan dia fikir anda adalah orang itu dan sebagai balasannya, dia akan jatuh cinta dengan anda.

Soalannya, bagaimana anda ingin tahu bagaimana dia melihat dirinya?

8.2 KETAHUI BAGAIMANA DIA MELIHAT DIRINYA SENDIRI

Semasa perbualan, anda perlu membuatkan dia berbicara lebih banyak, bukan anda yang banyak cakap. Apabila anda berbual dengannya, anda harus peka apakah topik yang selalu dibicarakannya.. Daripada perbualannya, anda akan mendapati dia ini melihat dirinya sebagai pakar memasak, shopper, penggemar fesyen, bisnesman, pakar jaga bayi atau sebagainya. Kejayaan anda mengetahui perkara ini akan memudahkan anda merapatkan keintiman anda dengannya. Ini akan memudahkan anda untuk kelihatan istimewa dan juga untuk membuatkan dirinya berasa istimewa.

Kaedah yang terbaik dalam membuatkan dirinya berasa istimewa adalah seperti berikut :-

1) Buatkan dia fikir bahawa anda ini benar-benar berminat untuk memahami dirinya.

2) Melalui perbualan, buatkan dia dapat merasakan empati anda kepada dirinya.

3) Berikan penghargaan pada dirinya.

4) Buatkan jenaka peribadi dengannya dan juga teknik lain yang akan membuatkan dirinya berasa istimewa.

74 | P A N D U A N M E M I K A T

8.3 BIARKAN DIA CERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG DIA

Apabila sidia berbicara, perbualaan anda dengannya sudah tentu akan berkisar tentang segala-galanya tentang anda dan dia. Ada satu tips yang lebih dan rahsia penting yang lebih baik. Ia adalah perbualan anda haruslah :-

Perbualan yang segala-galanya adalah tentang dirinya.

Ya, biar dia menceritakan semua tentang dirinya. Biar dia ceritakan tentang pakaiannya, minatnya, kesedihannya, danjuga perasaannya. Anda akan membuatkan dia berasa dirinya istimewa apabila anda memfokuskan lebih 70% perbualan anda hanya tentang dirinya sahaja.

Ini kerana pada semua orang, topik paling menarik untuk diceritakan adalah tentang dirinya sendiri.

Dalam perbualan anda dengannya, isu-isu kecil pun akan menjadi sesuatu yang menarik padanya untuk diceritakan. Dia lebih berminat dengan cerita tentang dirinya berbanding

cerita tentang kehebatan anda. Apabila anda memfokuskan perbualan hanya tentang

dirinya sahaja, pada akhir perbualan dia akan melihat anda ini sebagai seseorang yang istimewa kerana anda menghargai setiap apa yang diceritakannya.

75 | P A N D U A N M E M I K A T

8.3 GUNAKAN EMPATI

Apakah itu empati. Empati sama juga seperti simpati, tetapi ia DILUAHKAN dengan cara yang berbeza dengan simpati.

Apabila kita berasa simpati, kita akan menunjukkan mimik muka yang sedih dan kita akan datang kepada orang yg kita sedihkan itu dan berkata ‘saya simpati dengan awak.’ Tetapi, tidak pernah pula kita lihat seseorang berkata kepada kita, saya empati dengan awak.

Empati hanya ditunjukkan apabila anda memahami, berasa sedih dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh sidia. Ianya sama juga dengan simpati, anda berasa sama-sama sedih tetapi bezanya IA MENGANDUNGI PERASAAN ANDA SENDIRI yang diterjemahkan dalam bentuk ayat sebagai ‘saya faham perasaan awak’. ‘ya anda betul’, ‘ya saya faham

apa yang anda maksudkan ‘ dan sebagainya.

Biasa kita lihat dan mendengar cerita mengenai seorang isteri yang mengandung, tetapi sumainya pula yang lebih-lebih muntah-muntah, mahu makan asam, teringin makanan itu dan ini sedangkan isterinya hanya biasa-biasa sahaja. Keadaan inilah yang berlaku apabila

empati si suami kepada isterinya itu sangat tinggi, dia

memahami penderitaan dan kesusahan isterinya mengandung seolah-olah dia yang mengandung pula!

Sebagai contoh, katakan sidia sedang bercerita tentang kesedihannya kerana kehilangan

dompetnya semasa keluar bersiar-siar:-

Dia : Saya tiada wang dan kini saya tidak boleh bergerak bebas kerana saya tiada kad pengenalan dan lesen.

Anda : ya kah?Kasihannya awak. Mesti awak di dalam kesusahan sekarang (empati).

76 | P A N D U A N M E M I K A T Awak : Saya faham perasaan awak Jamal (empati ). Awak mesti perlukan bantuan sekarang ini (empati lagi sekali)

Dengan menggunakan empati, anda akan kelihatan seolah-olah BEGITU MENJIWAI apa jua yang diceritakannya. Anda juga perlu tunjukkan mimik muka yang sama sepertinya. Jika dia di dalam kesedihan, maka

wajah anda patut turut sedih bersamanya. Jangan menggunakan wajah yang flat kerana empati anda akan kelihatan dibuat-buat dan tidak ikhlas.

Pada sesetengah waktu, masukkan namanya sekali

dalam ayat anda. Tiada muzik yang lebih indah di telinga manusia melainkan mendengar namanya sendiri. Gunakan teknik empati ini pada waktu yang sesuai sahaja kerana ia tidak

sesuai digunakan di dalam setiap perbualan. Pastikan juga bahasa badan anda adalah sama dengan empati yang anda keluarkan.

8.5 INGAT TOPIK PERBUALAN TERAKHIRNYA

Dengan mengingati beberapa perkara yang dibualkan di dalam perbualan terdahulu, anda akan kelihatan seperti benar-benar memberi perhatian kepadanya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengingat beberapa perkara penting yang dikongsikan didalam perbualan anda sebelum ini.

Jika sebelum ini dia bercerita tentang

beg barunya, di dalam perbualan baru anda, selitkan ayat-ayat yang mengandungi cerita tentang beg barunya itu.

77 | P A N D U A N M E M I K A T Ia akan membuatkan anda kelihatan seolah-olah begitu prihatin dan menghargai setiap perbualan anda dengannya.

8.6 KONGSIKAN LAWAK PERIBADI

‘Kita bako’..’Sape setuju angkat tangan macam usop’

Kenalkah anda dengan ayat ini?

Ya ayat ini digunakan di dalam filem Hantu Mak Limah Balik Rumah dan menjadi fenomena ketika ini. Adakah anda perasan, ayat yang mencuit hati

ini digunakan oleh ramai orang ketika ingin

MENGHIDUPKAN SUASANA. Pada waktu yang

sesuai, penggunaan ayat seperti ini akan mebuatkan suasana menjadi lebih ceria dan bersemangat.

Berita baiknya, anda juga boleh menghidupkan suasana anda dengan sidia dengan cara yang sama. IANYA ADALAH DENGAN MENCIPTA JENAKA ANDA BERSAMANYA.

Maksud mencipta ini bukanlah dengan duduk berdua dan memikirkan jenaka apa yang sesuai digunakan. Caranya ialah dengan apabila dia menceritakan sesuatu yang kelakar

atau yang menyeronokkannya, ingat cerita itu dengan sebaiknya. Kemudian, pilih ayat

mana yang benar-benar membuatkan dia berasa sangat kelakar dan membuatkan dia tertawa. Pada perbualan akan datang, gunakan semula ayat ini. Dia pasti akan berasa sangat terkejut kerana anda mengingati lawak jenakanya sebelum ini. Hasilnya, Markah lebih! Anda bertambah kelihatan istimewa pada matanya!

8.7 BERIKAN PENGHARGAAN

Ianya adalah dengan memuji dirinya dengan apa yang dia sedang lakukan ketika itu. Adalah lebih baik lagi jika perkara yang anda puji itu mempunyai kaitan dengan kemahirannya. Sebagai contoh :-

78 | P A N D U A N M E M I K A T Pasangan anda adalah seseorang yang pandai membuat hantaran . Apabila anda merasa kagum dengan hasil kerjanya , maka berilah pujian seperti ini:-

‘Sayang, pandainya sayang buat hantaran ini. Lihat betapa menariknya kombinasi warna yang sayang pilih dan juga bunga-bunga segar yang tersususun rapi!’ (Penghargaan)

Ya cik abang, dia tahu dia mahir dalam kerjanya. DIA HANYA MAHUKAN SESEORANG

MENGHARGAI PENCAPAIAN KERJANYA YANG HEBAT. Apabila anda memujinya seperti ini,

sudah pasti mukanya akan merah tanda malu apabila dipuji seperti ini.

Antara pujian lain yang anda boleh berikan adalah, ‘anda sangat bagus’, baju anda cantik, anda sangat berani, anda kelihatan kacak, hebatnya awak membuat kerja itu dan lain lain lagi.

Oh ya, saya tahu lelaki sukar memberikan pujian kepada pasangan. Memuji perlukan seni. Salah memuji, buruk padahnya. TETAPI JIKA ANDA INGIN MEMBUATKAN DIA JATUH CINTA KEPADA ANDA, MAKA ANDA PERLU BELAJAR CARA MEMBERIKAN PUJIAN YANG BAIK. DI dalam perkahwinan, salah satu tips yang anda akan jumpa di mana-mana adalah tips memberikan pujian. Ini menunjukkan betapa pentingnya memberikan pujian kepada pasangan kita. Ia adalah penentu setakat manakah perkahwinan anda akan bahagia atau tidak.

Apabila anda menguasai teknik memuji, ia akan membuatkan anda kelihatan istimewa pada matanya. Pada akhirnya, markah anda akan naik dan mudahlah untuk dia jatuh cinta pada anda.

8.8 BERIKAN PUJIAN PERIBADI

Apakah itu pujian peribadi? (Ya, saya yang namakan pujian ini pujian peribadi). Ianya bukanlah pujian biasa seperti, ‘awak kelihatan kacak pada hari ni’. Ianya adalah satu pujian yang jauh lebih hebat daripada itu. Pujian ini akan membuatkan dia ketar lutut, berpeluh, merah muka dan merasa malu yang amat sangat.

79 | P A N D U A N M E M I K A T Ianya adalah satu pujian terhadap ciri unik pada diri sidia yang boleh membuatkan mukanya merah ketika anda mengeluarkan pujian itu.

Caranya adalah dengan mencari satu ciri unik pada sidia yang anda lihat sangat unik, sehingga tiada orang lain perasan akan ciri ini padanya. Anda perlu membuat pemerhatian sepanjang perkenalan anda untuk mengetahui yang mana satukah pujian superb ini. Ianya lebih kepada pujian yang bersifat peribadi , mungkin berkaitan ciri fizikal dirinya atau pun berkaitan personalitinya.

Ianya seperti :-

Anda ini sangat kelakar.

Bile awak senyum, awak kelihatan sangat manis.

Awak ini sangat lemah lembut orangnya.

Saya sukakan gigi awak yang cantik.

Pujian ini yang anda luahkan secara peribadi yang mana tiada orang lain pernah menyebutnya akan membuatkan dia tersentak dan terkejut. Kakinya akan berasa lemah, jantungnya berdegup kecang dan mukanya mulai merah. Ini kerana pada pemikirannya, hanya anda orang yang benar-benar mengamati dirinya dan menyedari sesuatu hal yang seperti itu.

Saya percaya anda tidak pernah gunakan teknik ini kepada rakan-rakan bukan? Ini kerana mereka tidaklah begitu istimewa di hati anda untuk anda mengamati mereka sepenuhnya. Lagipun bukankah anda tidak berminat membuatkan rakan-rakan anda jatuh cinta dengan anda.

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh gunakan pujian ini sesuka hati kerana ia lebih bersifat peribadi. GUNAKAN PUJIAN INI HANYA PADA MASA YANG TEPAT DAN HANYA

80 | P A N D U A N M E M I K A T

KETIKA DIA SEMAKIN TERTARIK PADA ANDA. Jika anda menggunakannya terlalu awal,

pujian ini hanya akan memakan diri anda.

Anda akan mendapat balasan yang hebat apabila pujian seperti ini dibuat. Percayalah. Keintiman antara anda dan dia pasti bertambah. Anda akan kelihatan isitimewa pada matanya, kerana anda membuatkan dirinya berasa istimewa.

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 72-80)

Dokumen terkait