• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENCARI PERSAMAAN

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 56-60)

Wajah + Gerakan kepala + Posisi Badan + Mata

BAB 7 MENCARI PERSAMAAN

7.1 MASAKAN ENGGANG DAN PIPIT BOLEH TERBANG SAMA-SAMA

Pernahkah anda mendengar peribahasa ini? Peribahasa ini tidak menipu. Enggang hanya terbang bersama enggang sahaja. Burung pipit boleh tinggal di zoo dan menjadi tontonan pelawat.

Cik abang dan cik kakak, ini adalah benar. Jika anda adalah enggang, anda akan berkawan dengan enggang sahaja. Anda berasa selesa apabila dikelilingi dengan orang yang ‘sama jenis’ dengan anda. Anda sukakan mereka kerana pada anda mereka ini sama dengan anda. Mereka mempunyai persamaan sikap, nilai minat dan kehidupan dengan anda. Apabila anda berhampiran dengan seseorang yang mempunyai ciri-ciri ini, anda merasa selamat, gembira dan sangat intim.

Begitulah juga semasa mencari cinta. Kita mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita. Yang mempunyai nilai yang sama, kepercayaan yang sama. Kita mahukan seseorang yang mempunyai pendapat yang sama bagaimana dunia ini beredar disekeliling kita. Ustaz tidak mungkin berkahwin dengan pelacur, Rock Star tidak mungkin berkahwin dengan pensyarah dan gembala kambing tidak mungkin berkahwin dengan pegawai kerajaan.

57 | P A N D U A N M E M I K A T Persamaan akan membuatkan kita berasa selamat. Orang akan mendapatkan seseorang seperti ini untuk dijadikan pasangan hidup. Ia adalah sangat baik untuk kelebihan masa panjang. Akhirnya, mudah untuk kita jatuh cinta dengan orang seperti ini.

7.2 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SEMASA BERUSAHA MEMILIKI

HATINYA.

Persamaan adalah bagus untuk hubungan anda. Tetapi terlalu banyak persamaan hidup akan menjadi cepat bosan. Manusia sentiasa mencari perbezaan atau kelainan. Tapi ia bukanlah bermakna semua bentuk kelainan. Hanya sesetengah kelainan sahaja yang dicari oleh individu berkenaan.

Orang yang mencari cinta mahukan sesuatu yang berbeza pada pasangan yang boleh membuatkan hidup mereka menarik, TETAPI TIDAK TERLALU BERBEZA SEHINGGA

BOLEH MENYUSAHKAN HIDUP MEREKA SENDIRI. Mereka

mencari seseorang yang boleh memberikan mereka idea baru, pengalaman baru, menaiktaraf kehidupan mereka dan memperbaiki segala kelemahan mereka.

Pada ketika anda bertemu sidia, anda tidak banyak tahu mengenai dirinya. Walaupun diri anda dengannya kelihatan mempunyai persamaan, anda masih belum mengetahui samada anda mempunyai kualiti yang dia diperlukan daripada anda.

7.3 TETAPI PERBEZAAN ADALAH LEBIH PENTING!

Ya dia mahu mempunyai persamaan dengan anda. Tetapi dia juga mahu anda mempunyai perbezaan dengannya. Perbezaan disini pada dirinya membawa maksud ‘saya mahukan perbezaan yang membuatkan hidup saya bertambah menarik dan juga menyempurnakan diri saya. Tetapi saya tidak mahu awak ini terlalu berbeza sehingga menyusahkan saya.’

58 | P A N D U A N M E M I K A T Sebagai contoh seorang lelaki yang pendiam mungkin mengahwini seorang perempuan yang banyak cakap untuk menutupi kelemahannya. Seorang perempuan yang tidak garang mungkin mengahwini lelaki yang tegas demi kebaikan anak-anaknya yang bakal lahir. Anda yang tidak pandai memasak pula mahukan pasangan yang boleh memasak untuk anda. Wanita yang tidak mahir dalam kerja bertukang pula berasa sangat gembira jika dipertemukan dengan jejaka seperti itu.

Tiada cara yang mudah untuk mengetahui apakah perbezaan anda dengannya melainkan melalui pemerhatian. Anda perlu melakukan sedikit analisis dan perhatikan pada perbezaan yang boleh melengkapkan hidupnya. Perhatikan tingkah lakunya, tutur katanya, minatnya, bahasanya, perangainya dan lain-lain.

Untuk membuatkan dia jatuh cinta dengan anda, perhatikan dia dengan sebaiknya, MULAKAN HUBUNGAN DENGAN MENUMPUKAN KEPADA PERSAMAAN ANDA DENGANNYA TERLEBIH DAHULU. Buatkan dia rasa anda dengan dirinya mempunyai banyak persamaan. Jika dia sukakan kucing, belailah kucing seolah-olah anda lagi sayangkan kucing itu berbanding dirinya.

Jika segalanya berjalan lancar, PERHATIKAN APAKAH PERBEZAAN PADA DIRI ANDA YANG BOLEH MELENGKAPKAN HIDUPNYA. Sebagai contoh, jika dia selalu mengatakan yang dia cuai, tekankan bahawa anda ini orang yang cermat. Dengan ini dia akan merasakan yang dia boleh bergantung harap kepada anda. Inilah maksudnya saling melengkapi. Langkah seterusnya, anda akan menanam pelbagai helah yang membuatkan dirinya percaya bahawa anda dengannya adalah sama dan sepadan!

7.4 BAGIMANA MEWUJUDKAN PERSAMAAN TANPA DIA SEDARI

Ya, mari kita mulakan dengan bercerita.

Pada satu hari, anda bertemu dengan seseorang pekerja baru di tempat kerja anda. Anda duduk minum dengannya dan ada dua kemungkinan yang berlaku sepanjang anda minum dengannya.

59 | P A N D U A N M E M I K A T Pilihan 1 - ‘’Hmm...saya dan dia ini ada banyak persamaan. Seronok sembang dengan dia ini’’ Ketika ini anda rasa anda boleh berkawan baik dengannya dan sudi minum untuk kali kedua.

Pilihan 2 - ‘’hmm...dia ini dengan saya langsung tak sepadan. Macam tak boleh geng je’’ Ketika ini, pada ajakan akan datang sudah pasti anda berat untuk turut serta.

Ketika bertemu dengan orang baru, anda akan dapat merasakan salah daripada kedua-dua perasaan di atas. Tetapi anda sendiri tidak tahu mengapa ada orang yang anda suka dengannya dan ada orang yang anda tidak suka dengannya.

Mungkin anda tidak sedar, tetapi sebenarnya pemilihan kata-kata yang keluar dari mulut mereka adalah sesuatu yang menjadi penentu samada anda akan sukakan mereka ataupun tidak. Samalah juga halnya semasa sidia sedang mengenali anda.

Percakapan anda akan melambangkan cara anda berfikir.

Kata-kata anda akan menunjukkan samada anda ini orang yang berfikiran atau pun jenis yang cetek akal. Kata-kata anda akan menunjukkan kecenderungan anda, minat anda, bahasa anda, dan juga pandangan anda terhadap kehidupan. Pemilihan kata-kata melambangkan bagaimana anda memandang dunia ini.

7.4.1 MENGGUNAKAN BAHASA PERCAKAPAN YANG SAMA

Samada kita sedar atau tidak, kita juga mempunyai bahasa percakapan yang tersendiri. Cara kita berbicara, melawak, melontarkan idea sudah tentu berbeza dengan rakan-rakan kita.

Mari kita lihat rakan-rakan di sekeliling anda. Mengapakah ada rakan-rakan yang anda boleh berbual dengannya berjam-jam dan mengapa ada yang anda tidak boleh duduk dengannya walaupun untuk 5 minit. Lihat pada bahasa yang mereka gunakan, dan juga bahasa badan yang mereka paparkan.

Untuk mewujudkan persamaan, ANDA BOLEH MEWUJUDKAN SATU BAHASA ATAU DIALEK BERSAMA SIDIA yang akan mewujudkan perasaan dekat bagaikan satu keluarga kerana bercakap bahasa yang sama.

60 | P A N D U A N M E M I K A T Sebagai contoh, perhatikan padanya ketika bercerita. Adakah dia membahasakan dirinya ‘I you’ atau ‘saya awak’ ataupun ‘Aku Kau’. Gunakan bahasa yang sama dengan yang sidia gunakan.

Begitu juga dengan ayat-ayat yang lain. Cik kakak, bayangkan jika anda sedang berada di dalam satu expo sedang berbicara dengan seorang lelaki. Ketika berbual, utamakan pada perkataan yang sesuai tentang kerjayanya. Sebagai contoh, jika dia mengatakan bahawa dia adalah seorang usahawan, jangan pula anda menggunakan perkataan bisnesman. Lebih teruk lagi peniaga.

Pelbagai perkataan digunakan untuk menunjukkan keadaan tempat kerja, bagi pekerja biasa, mereka akan mengatakan bahawa mereka sedang ke ofis. Engineer pula mengatakan site ofis. Arkitek pula mengatakan firm. Lawyer pula mengunakan chamber. Meniru perkataan yang mereka guna ini sangat penting ketika sedang membicarakan tentang kerjaya seseorang. Perkataan-perkataan seperti inilah yang akan mewujudkan persamaan antara anda dan dirinya.

JIKA ANDA SALAH PERKATAAN, SIDIA AKAN MEMIKIRKAN BAHAWA ANDA MEMPUNYAI

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 56-60)

Dokumen terkait