• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah"

Copied!
92
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P A N D U A N M E M I K A T

AHMAD FIKRI

Hakcipta Terpelihara © 2011 Panduanmemikat.com

Versi 1.0 Kemaskini Terakhir Pada JUN, 2011 Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, disimpan di dalam simpanan awam, atau disebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran penulis. Untuk menghubungi penulis, sila ke http://www.panduanmemikat.com.

Anda tidak boleh mengedarkan buku ini secara percuma atau sebagai bonus E-Book. Penulis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika terbukti anda tidak mempunyai hak untuk menjual dan mengedar semula.

(2)

2 | P A N D U A N M E M I K A T

PANDUAN MEMIKAT

TEKNIK

MENINGKATKAN KEJAYAAN

MEMIKAT ANDA

(3)

3 | P A N D U A N M E M I K A T

ISI KANDUNGAN

Siapakah Saya & Disclaimer Pengenalan

Bahagian 1

Memahami bagaimana seseorang jatuh cinta

1.1 Kenapa kita jatuh cinta

1.2 Kenapa cara sebelum ini gagal membuatkan dia jatuh cinta 1.3 Proses manusia Jatuh cinta

1.4 Bagaimana orang memilih pasangan untuk jatuh cinta 1.5 Mengapa sebelum ini anda gagal berjumpa cinta anda

Bahagian 2

Persiapkan diri anda dahulu

2.1 Bagaimana paras rupa yang menarik 2.2 Skalakan wajah anda dengannya 2.3 Semak penampilan anda

2.4 Semak bahasa badan anda

2.5 Memiliki Mindset yang TIDAK AKAN GAGAL

Bahagian 3

-

Buatkan dia tertarik

3.1 Bagaimana memberikan pandangan pertama yang hebat 3.2 Teknik-teknik pandangan Mata

-Kuasa renungan -Mata seksi

-Pandangan yang membangunkan perasaan meresahkan dan perasaan seksi dalam dirinya -Pelayaran mata

Bahagian 4

Langkah memikat

4.1 Langkah memikat bagi lelaki 4.2 Langkah memikat bagi perempuan 4.3 Bahasa badan untuk memiliki cinta 4.4 Perhatikan gerakan badannya 4.5 Membina Kuasa Tarikan

4.6 Mengapa Lelaki nakal selalu mendapat perempuan cantik.

Bahagian 5

-

Cara komunikasi ke arah percintaan

5.1 Imbas semua perkataan dari bibirnya 5.2 Ayat yang merapatkan keintiman

5.3 Buatkan hidup anda sesuai dengan cara hidup sidia 5.4 Topik yang pasti memikat

5.5 Topik paling mudah mencipta hubungan perasaan (emotionally connected) 5.6 Teknik ‘Bocor Rahsia Sendiri’

(4)

4 | P A N D U A N M E M I K A T

Bahagian 6

Temujanji pertama adalah penting

6.1 Anda perlu ada Ini sebelum mengajaknya bertemujanji 6.2 Menjual mahal, perlu atau tidak

6.3 Pertemuan pertama yang pasti jatuh cinta 6.4 Bagaimana menanam persamaan

6.5 Lokasi dating yang menaikkan mood 6.6 Restoran pertama anda

6.7 Pakaian

6.8 Bagaimana mahu membuatkan dia gilakan anda selepas temujanji

Bahagian 7

Persamaan

7.1 Masakan pipit dan enggang boleh terbang bersama-sama 7.2 Persamaan dan perbezaan semasa berusaha memiliki hatinya 7.3 Tetapi perbezaan adalah lebih penting!

7.4 Bagaimana mewujudkan persamaan luar sedar 7.5 Memberi apa yang dia mahukan

7.6 Bagaimana Mewujudkan persamaan dalam sedar 7.7 Jangan memaksa lelaki bercakap tentang cinta 7.8 Lovemap

Bahagian 8

Mencipta keintiman

8.1 Buatkan dia berasa istimewa

8.2 Ketahui bagaimana dia melihat dirinya 8.3 Biarkan dia Cerita Segalanya

8.4 Gunakan empati

8.5 Mengapa mesti ingat topik perbualan? 8.6 Lawak Peribadi

8.7 Berikan penghargaan

8.8 Bagaimana pujian yang pasti MEMBUNUH akan membuat dia jatuh cinta 8.9 Nama yang kiut , perlukah?

8.10 Bantu dia untuk jatuh cinta

Bahagian 9

Perbezaan lelaki dan perempuan

9.1 Perbezaan komunikasi

9.2 Topik perbincangan lelaki dan perempuan

9.3 Teknik ‘ Apa Perasaan Awak’ yang akan menaikkan markah anda 9.4 Lelaki straightforward dan perempuan tidak?

9.5 Apabila perempuan bersedih 9.6 Apabila lelaki marah

9.7 Ayat Berkias

(5)

5 | P A N D U A N M E M I K A T

SIAPAKAH SAYA

Apa khabar saudara saudari, Nama saya Ahmad Fikri Bin Kamarudin. Berumur 27 Tahun.masih lagi bujang, bekerja sebagai pegawai kerajaan dan akan berkahwin pada September 2011. Mula menggiatkan diri dalam IM tempatan pada tahun 2010 dan ini adalah produk sulung saya yang saya kongsikan untuk membantu anda.

Sejujurnya, saya dahulu juga mempunyai masalah seperti saudara saudari sekalian.

Satu ketika dahulu saya juga seperti anda. Saya juga pernah bercinta dan dikecewakan. Cinta pertama saya bermula pada umur 12 tahun (darjah enam), dan sudah tentulah ia hanya cinta monyet. Kemudian saya menemui cinta saya yang seterusnya, malangnya ia hancur disebabkan orang ketiga. Saya menemui cinta seterusnya, dan sekali lagi bertemu cinta tetapi tetap gagal dan gagal..ketika itu hanya tuhan menjadi peneman saya..ok cukup nanti semua orang tahu rahsia saya 

Akhirnya, pada ketika itu, 2007, oleh kerana kepesatan internet saya telah mula membuat rujukan dan bacaan di internet tentang cinta, tentang memikat, tentang lelaki dan perempuan, psikologi manusia dan akhirnya saya telah menemukan satu penjelasan yang jelas bagaimana membuat seseorang itu jatuh cinta! Saya kumpulkan segala bahan bacaan yang saya gunakan dan saya telah tuliskan dalam bentuk sebuah ebook untuk memudahkan pembacaan.

Dua tahun saya menggunakan panduan ini, dan panduan ini sangat berkesan dan berjaya mengubah hidup saya! Selama ini saya hanya berikan panduan ini hanya kepada rakan terdekat yang memerlukan sahaja. Kini telah tiba masanya saya kongsikan panduan ini bersama anda semua kerana saya tahu anda semua masih lagi seperti saya pada 4-5 tahun yang lepas. Anda tidak perlu lagi try n error yang belum terbukti berkesan! Anda juga tidak perlu gagal seperti saya!

(6)

6 | P A N D U A N M E M I K A T Oleh itu, bacalah apa yang saya sampaikan ini dengan teliti dan catitkan mana-mana

tindakan yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Jika ada sebarang masalah, sila hubungi

saya di panduanmemikat@gmail.com Selamat mencuba 

DISCLAIMER

Buku ini adalah rujukan kepada anda dan panduan untuk anda, bukan ilmu ghaib yang dengan mudah menyelesaikan masalah anda. Buku ini mengajarkan anda praktikal dan teknik-teknik yang anda perlu amalkan. Jika setakat membaca tanpa mempraktikkan, tiada apa pun perkara yang akan berubah dalam hidup anda.

Semua isi dan material dalam buku ini adalah benar ketika ebook ini ditulis. Ianya adalah

kompilasi ilmu, rujukan dan pengalaman penulis sendiri sejak bertahun-tahun dahulu. Tiada

paksaan untuk anda mengikuti semua kandungan ebook ini dan anda bertanggungjawab ke atas setiap tindakan anda dari penggunaan isi kandungan buku ini.

Ebook ini sesuai dibaca oleh lelaki dan perempuan. Setiap tips akan di’highlight’kan samada ia sesuai untuk lelaki atau perempuan. Jangan sesekali berfikir bahawa hanya dengan membaca buku ini anda dengan mudahnya mendapatkan pasangan idaman anda!

Untuk memikat pasangan, anda harus berlatih sama seperti di alam persekolahan. Anda perlukan latihan dan ulangkaji. Hanya membaca buku tidak akan membawa anda kemana-mana, anda harus melakukannya di dunia ini dan berhadapan pelbagai kemungkinan samada baik atau buruk. Jika anda gagal, anda harus mencuba lagi sehingga anda berjaya menemui cinta anda.

Tiada kejayaan segera di dalam dunia ini. Kegagalan akan membawa anda ke satu ilmu baru yang akan membuahkan kejayaan pada akhirnya.

Ok cukup. Mari kita teruskan pembelajaran kita yang

menarik!...

(7)

7 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 1 - MEMAHAMI BAGAIMANA SESEORANG

JATUH CINTA

1.1 KENAPA KITA JATUH CINTA?

Untuk membuatkan seseorang jatuh cinta, mula-mula anda perlu tahu apa itu cinta? Anda boleh google di internet dan menjumpai pelbagai definisi cinta yang penuh dengan ayat-ayat romantis dan indah yang membuatkan anda terbuai-buai dengan perasaan anda. Tetapi,

bagaimanakah anda ingin membuatkan seseorang jatuh cinta hanya berpandukan definisi

yang membosankan seperti ini???

Anda perlukan alasan yang lebih baik bagaimana untuk meransang seseorang untuk seseorang jatuh cinta dengan anda. ANDA PERLUKAN TEKNIK-TEKNIK untuk membuatkan orang jatuh cinta. Jika anda tidak tahu tentang perkara ini, mana mungkin dia mencintai anda?

Mari kita lihat cinta dari sudut sains dan juga psikologi.

Ini untuk memudahkan anda memahami tentang teknik yang diajarkan untuk membuatkan seseorang jatuh cinta dengan anda. Manusia tidak bangun tidur dan terus jatuh cinta kepada orang pertama yang mereka lihat

pada hari itu. Betulkan?  Menurut kajian barat, ada satu bahan kimia di dalam otak kita yang dipanggil Phenylethylamine atau PEA yang akan meransang diri kita untuk jatuh cinta.

Biar saya beritahu cik abang dan cik kakak bahawa sebenarnya hanya dengan perkara-perkara kecil sahaja boleh membuatkan PEA ini aktif di dalam otak dan membuatkan seseorang jatuh cinta. Contohnya mudahnya adalah seperti anda tertawan semasa melihat caranya tersenyum, cara dia berjalan, atau betapa menariknya wajahnya ketika dia tertawa, atau anda terharu ketika dia menolong anda dan sebagainya.

(8)

8 | P A N D U A N M E M I K A T

Seseorang hanya akan jatuh cinta apabila bertemu seseorang yang dirasakannya memenuhi

kehendak dirinya dari segi emosi dan psikologi. Apabila anda berjaya membuatkan PEA sidia mengalir didalam badan dan juga memenuhi kehendak emosinya, maka mudahlah untuk dia jatuh cinta kepada anda.

1.2 KENAPA CARA SEBELUM INI GAGAL UNTUK MEMBUATKAN DIA

JATUH CINTA

Cik abang dan cik kakak, mungkin sebelum ini gagal kerana anda terlalu memilih. Mungkin juga kerana anda memilih sasaran yang salah. Mungkin juga memang sidia tidak meminati anda. Mungkin juga ada kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang proses memikat yang membuatkan dia hilang minat dengan anda. Mungkin juga bahasa badan atau penampilan anda tidak cukup menarik. Ada bermacam macam lagi kemungkinan yang boleh berlaku, yang jika saya senaraikan boleh memakan sehingga 10 mukasurat.

Tidak ada gunanya kita mengesali kesilapan lalu. Adalah lebih baik jika kita pandang kehadapan dan tumpukan bagaimana dengan ebook ini anda boleh melihat dimakah kesilapan anda. Pemikiran yang positif adalah sesuatu yang anda perlukan untuk mengubah hidup anda menjadi lebih baik.

Di sepanjang ebook ini, saya akan kupaskan segala permasalahan dan ANDA SENDIRI AKAN SEDAR mengapa teknik yang selama ini anda gunakan tidak menjadi. Oleh itu,

janganlah anda membaca buku ini dengan melompat-lompat walaupun ada ketikanya anda akan merasa sedikit bosan kerana terlalau banyak perkataan.

(9)

9 | P A N D U A N M E M I K A T

1.3 PROSES MANUSIA JATUH CINTA

Untuk memudahkan anda membuat dia untuk jatuh cinta dengan anda, anda perlu fahami bagaimanakah keadaan jatuh cinta terjadi. Di sini saya akan huraikan bagaimana turutan untuk jatuh cinta melalui panduan memikat ini. Jatuh cinta adalah satu seni turutan yang saya ringkaskan seperti berikut :-

TERTARIK + PERSAMAAN + KEINTIMAN = JATUH CINTA

Rumusan ini adalah rumusan yang diakui dimana-mana di seluruh dunia dan berlaku untuk semua insan yang berpasangan di dunia ini.

Terma-terma yang terlibat adalah :-

Tertarik – Rasa tertarik untuk saling mengenali dan menjadi sebahagian dari hidupnya. Persamaan – Merasa selesa antara satu sama lain melalui pelbagai persamaan dan

melakukan apapun bersama-sama.

Keintiman – Perasaan sayang dan istimewa yang hadir di dalam diri seseorang.

Merasakan diri mereka rapat dan ‘emotionally connected’.

Mari kita lihat apa yang berlaku jika salah satu unsur itu tiada

TERTARIK + PERSAMAAN = KAWAN BIASA

Ini adalah biasa berlaku, si wanita sudah tertarik dan mempunyai persamaan, tapi si lelaki tidak tahu bagaimana mewujudkan keintiman dan hubungan perasaan. Mereka hanya menjadi teman biasa tanpa melangkah ke hubungan yang lebih jauh.

TERTARIK + KEINTIMAN= FAIL

Hal ini adalah hal yang lucu dan sering terjadi. Si lelaki dan wanita sama-sama suka dan tertarik serta merasakan keintiman yang dalam, tapi sayang tiada persamaan atau ciri saling melengkapi dan tidak cukup mengenali pasangan secara dekat terlebih dahulu. Percintaan seperti ini selalunya terputus di tengah jalan kerana prinsip persamaan (lovemap, WIIFM ) tidak dapat dipenuhi oleh pasangan.

(10)

10 | P A N D U A N M E M I K A T

1

• Anda mempersiapkan diri, mental dan memiliki mindset yang betul sebelum anda pergi keluar memikat.

2

• Anda mengesan sidia dan mula berkenalandaripada sebab yang sekecil-kecilnya hanya untuk memulakan langkah memikat anda yang seterusnya.

3

• Anda memulakan perbualan pertama anda dan dengan pandangan mata anda, anda mulakan untuk membina tarikan kepada anda

4

• Anda memulakan temujanji pertama anda dan sepanjang perkenalan, anda mula mencari persamaan dan perbezaan pada dirinya.

5

• Akhirnya, anda merapatkan keintiman, membina hubungan emosi dan membuatkan sidia berasa istimewa serta jatuh cinta dengan anda.

6

• Anda memastikan ketiga-tiga unsur telah dipenuhi , anda menyatakan cinta anda padanyadan akhirnya dan memutuskan untuk membawa perhubungan ini lebih jauh.

PERSAMAAN + KEINTIMAN =KAWAN RAPAT

Ini agak kelakar. Lelaki ini mempunyai banyak persamaan dan memiliki keintiman yang tinggi dengan wanita ini. Tetapi wanita ini tidak tertarik untuk masuk ke dalam kehidupan lelaki ini dan menjadi kekasihnya. Maka jadilah mereka sekadar kawan rapat.

Oleh itu, ketiadaan salah satu unsur akan gagal membuatkan anda membuatkan dia jatuh cinta .Sebelum anda menyatakan cinta anda padanya, pastikan anda telah memiliki ketiga-tiga unsur ini terlebih dahulu. Jika tidak penolakan cinta darinya pasti akan berlaku.

(11)

11 | P A N D U A N M E M I K A T

1.4 BAGAIMANA ORANG MEMILIH PASANGAN UNTUK BERCINTA?

Adakah cinta boleh dipilih-pilih? Bukakah cinta itu datang dengan spontan dan tiba-tiba?

Ya saya tahu itulah juga yang anda faham selama ini. Sesiapa pun boleh memikat dan membuatkan sesorang jatuh cinta. Tapi mengapa ada yang terputus di tengah jalan dan ada yang berjaya ke jinjang pelamin? Ini kerana mungkin pasangan itu tidak mempunyai lovemap yang sama seperti dirinya.

Penulis ini cakap mengenai apa? Apakah itu lovemap? Saya tidak faham? 

Ok begini. Ianya adalah satu hasil kajian seorang doktor psikologi perubatan di Universiti Hopkins. Lovemap ialah sekumpulan mesej yang dikodkan dalam otak kita yang menggambarkan apa yang kita suka dan tidak suka, pemilihan kita mengenai warna rambut dan mata, suara, bau, dan bentuk tubuh yang kita minati dan sukakan. Ia juga mencatat jenis personaliti yang menarik bagi kita, samada yang ramah atau jenis pendiam. Lovemap juga terbentuk daripada apa yang kita pelajari daripada ibubapa kita semasa kecil.

Jadi apa kaitannya lovemap dengan cinta?

Begini, kita jatuh cinta dan mengejar orang-orang yang lovemapnya mempunyai persamaan

dengan kita. Kita mahukan seseorang yang ada ciri-ciri ibu kita yang jujur, mengambil berat, peramah, kelakar dan sebagainya. Kita juga mahukan orang yang taraf sosialnya sama

seperti kita yang mempunyai gaya percakapan yang sama, cara hidup yang sama yang membuatkan kita merasa selesa dan tenang.

(12)

12 | P A N D U A N M E M I K A T

Jika anda mahukan seseorang mencintai anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuatkan dia berfikir

bahawa anda ada ciri-ciri lovemapnya sahaja. Perkara-perkara seperti inilah yang memainkan peranan bagaimana dia memilih pasangan yang ideal untuk jatuh cinta.

Ianya semudah itu.

Ianya kelihatan mudah kerana saya mahu meringkaskannya disini. Jika anda benar-benar ingin membuatkan dia jatuh cinta, maka hayatilah setiap apa yang telah diperkatakan di dalam ebook ini. Bacalah satu-satu kerana jika anda bertanya kepada orang yang hangat bercinta, tidak boleh tidak pasti mereka memperakui bahaa apa yang dikatakan ini benar.

1.5 MENGAPA ANDA MASIH TIDAK BERJUMPA CINTA ANDA?

Dimanakah mereka-mereka yang bujang dan juga sama seperti anda, masih lagi mencari cinta dan mengharapkan seseorang datang dan mencintai mereka? Jawapannya adalah mudah. Mereka ada dimana-mana.

Satu kajian di barat menyatakan bahawa sebenarnya cinta kita berada tidak kurang daripada satu kilometer sekitar kita. Jika benar, dimanakah mereka ini? Mengapa anda tidak dapat bertemu mereka?

Apa yang berlaku sebenarnya adalah bukannya anda tidak tahu dimana untuk mencari cinta. Sebenarnya apa yang berlaku adalah anda tidak mempersiapkan diri anda untuk mencari cinta. Anda tidak bersedia dari segi mental dan

(13)

13 | P A N D U A N M E M I K A T fizikal untuk mencari cinta. Anda tidak berpakaian seperti orang yang mencari cinta dan anda tidak tahu teknik-teknik untuk membuatkan dia jatuh cinta.

Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu memulakan langkah pertama anda. Anda akan dibawa untuk memulakan pembacaan anda bagi mencari teknik-teknik yang sebenar bagaimana anda ingin membuatkan sesiapa pun yang anda jumpa menjadi cinta anda.

(14)

14 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN SATU – PERSIAPKAN DIRI ANDA DAHULU

Apa? Mengapa diri saya dahulu? Bukankah ebook ini mengenai membuatkan dia mencintai saya?

Ya saya tahu, tapi jujur saya katakan, jika anda ingin membuatkan seseorang jatuh cinta dengan anda, perkara pertama yang perlu diperbaiki adalah diri anda dahulu. Jika sebelum ini anda telah keluar bertemujanji dengan pelbagai wanita tetapi gagal, adakah anda akan menyalahkan mereka atas kegagalan anda? Bukankah anda sepatutnya menyemak mengapa dia lari secepat kilat selepas tamat bertemujanji?

Jika anda ingin memikat gadis secantik Lisa surihani, tetapi pakaian anda teruk, tidak kelas, bahasa badan anda pula tidak menarik, fikiran pula negatif, bagaimana anda mahu membuatkan Lisa Surihani terpikat?

Bayangkan pula anda ini Lisa Surihani, anda mempunyai ratusan lelaki yang mahu bertemujanji dengan anda, bagaimana anda ingin memilih lelaki yang ingin ditemujanji Jika anda mahu yang kacak, ramai yang kacak di Malaysia ini. Jika mahukan yang hatinya bersih, bagaimana anda mahu tahu bahawa hatinya itu bersih?

Pernahkan anda semak bahasa badan anda (bagaimana tu), perkataan anda (ayat la tu?) dan juga pemikiran anda (kalau anda jenis berfikiran negatif, memang semua perempuan lari).

Mari saya pujuk anda untuk merendah diri dan percayalah, IANYA BERMULA DARI DIRI

ANDA. Malahan sepanjang ebook ini juga saya akan berikan teknik-teknik hebat dan juga

saya akan selitkan beberapa teguran yang perlu anda ikuti agar lebih mudah untuk anda membuatkan sidia jatuh cinta dengan anda.

(15)

15 | P A N D U A N M E M I K A T

2.1 BAGAIMANA PARAS RUPA YANG MENARIK

Adakah paras Rupa Sangat Penting?

Cik abang dan cik kakak, ketahuilah bahawa ia adalah benar bahawa paras rupa memainkan peranan yang penting dalam mencari cinta. Mungkin anda pernah lihat satu pasangan yang langsung tidak serasi (lelaki muka hitam tetap girlfriend nya sangat cantik bukan). Nampak pelik bukan. Ini kerana mereka ada kelebihan-kelebihan lain, persamaan dan ada ciri-ciri melengkapi yang akan diterangkan sepanjang ebook ini.

Rupa yang bagaimanakah perempuan suka?

Lain orang lain pula apa yang disukainya. Sudah tentu seorang perempuan tidak suka jika pemakaian anda kelihatan seperti pondan. Adakah perempuan sukakan lelaki yang berbadan sasa? Tidak semuanya. Secara puratanya, perempuan sukakan lelaki yang :-

1) Bahunya lebih besar dari pinggangnya 2) Badan yang sederhana sasa

3) Lebih tinggi daripadanya 1) Mempunyai mata yang besar 2) Dagu yang besar dan dahi yang luas 3) Senyuman yang menawan dan

4) Apabila berpakaian kelihatan menarik daripada lelaki lain (pada pandangan matanya)

Walaubagaimanapun, minat dan citarasa perempuan pula berbeza-beza bergantung kepada status hidup mereka. Perempuan yang bekerjaya mempunyai minat yang berbeza dengan perempuan yang biasa-biasa sahaja.

(16)

16 | P A N D U A N M E M I K A T Bagaimana Pula dengan lelaki?

Lelaki mempunyai minat yang berbeza juga terhadap perempuan. Antaranya :-

1) Suka kaki yang runcing 2) Kaki yang panjang 3) Dada yang besar

4) Punggung yang menawan 5) Wajah yang menarik 6) Berpakaian menarik

Mengapa semua ciri kesukaan lelaki hanya bertumpu

kepada seksualiti perempuan sahaja?Adakah lelaki gila seks? Tidak sama sekali. Tahukah anda, lelaki mempunyai kebolehan visual untuk membayangkan perempuan itu tidak berpakaian walaupun dia bertudung rapi. Lebih menggiurkan tubuh anda, lebih mudahlah lelaki tertarik kepada anda.

Ini tidak bermakna anda perlu berpakian seksi semata-mata untuk menarik hati lelaki. Pasti ada sifat anda atau persamaan dengan anda yang akan membuatkan lelaki jatuh cinta dengan anda. Tetapi jika anda mahu membuatkan lelaki jatuh cinta dengan anda pada

kadar segera, maka mulakanlah berdiet dan jaga bentuk badan anda.

(17)

17 | P A N D U A N M E M I K A T

2.2 SKALAKAN WAJAH ANDA DENGANNYA

Disini ada satu tips bagaimana anda ingin meningkatkan peluang mencari cinta anda dengan mudah. Jadi jika anda merasakan bahawa anda ini tidak kacak atau tidak cantik, anda boleh menggunakan tips ini ketika anda hendak memikat pasangan anda

TIPS CERMIN MUKA

Tipsnya sangat ringkas dan mudah iaitu :-

Balik rumah, cermin muka sendiri dahulu

Ok ok, saya tidak berniat hendak menghina anda, maksud saya ialah anda pergi ke depan cermin dan lihat muka anda dahulu. Dengan menggunakan skala 1-10, lihat muka sendiri dan

nilaikan diri anda berada pada skala yang mana. Katakan muka anda biasa saja dan anda berada pada tahap 6, maka apabila anda keluar mencari cinta, jika anda ingin meningkatkan peluang anda untuk bercinta, maka anda carilah orang yang berada di skala 6 atau 7 sahaja.

Ini kerana di dalam dunia ini, secara umumnya anda akan dapati bahawa di dalam wajah

satu pasangan, tiada perbezaan skala yang besar antara lelaki dan perempuan. Jika lelaki itu berskala 8, perempuan ini akan berskala 7, 8 atau 9. Jika anda tidak percaya, anda boleh pilih

satu pasangan yang anda kenal dan skalakan muka lelaki dan perempuan itu. Anda akan dapati, tiada pasangan yang mempunyai perbezaan skala yang terlalu besar.

Faktanya disini adalah, biasanya orang akan tertarik dengan pasangan yang sama menarik dengan dirinya. Jadi, mengapa anda perlu bersusah payah cuba memikat gadis secantik model jika anda pula berpakaian biasa-biasa sahaja. Pernahkah anda lihat lelaki hensem berkawan dengan perempuan hodoh?

(18)

18 | P A N D U A N M E M I K A T Seperti yang saya pernah katakan tadi, ya memang ada pasangan yang langsung kelihatan tidak serasi (lelaki muka hitam tetap girlfriend nya sangat cantik bukan). Ini kerana mereka ada kelebihan-kelebihan lain, persamaan dan ada ciri-ciri melengkapi, keseimbangan dan prinsip WIIFM yang akan diterangkan sepanjang ebook ini.

Apa?Anda pernah jumpa?siapa dia?

Ugly Betty?

Ok lah , anda ini terlalu banyak menonton filem. Sila kembali ke dunia nyata dan jejakkan kaki anda. Jejaka impian anda tidak akan muncul dan menyarungkan kasut ke kaki anda seperti Cinderella. Bangunlah dari tv anda dan pergilah keluar mencari cinta.

2.3 SEMAK PENAMPILAN ANDA

Mengapa orang-orang mencari cinta menghabiskan begitu banyak masa untuk membuat diri mereka menarik ketika mereka pergi ke taman namun begitu sedikit perhiasan ketika mereka ke pasar?

Anda mungkin telah membiarkan puluhan 'pasangan berpotensi' terlepas dalam beberapa bulan terakhir hanya kerana anda tidak memasang perangkap anda.

Cik kakak, berapa kalikah anda berjalan di shopping kompleks tanpa make up, apabila anda melihat seorang lelaki kacak, dia berjalan melepasi anda seolah-olah anda tidak wujud disitu. Jika pernah berlaku, janganlah sedih. Perbaikilah kesilapan anda ini. Ketahuilah bahawa lelaki akan mudah tertarik kepada wanita yang pandai menghiasi dirinya dan paling kurang pun mengenakan lipstik semasa keluar.

Apa yang penting adalah anda harus mula merubah cara penampilan anda. Sedikit sebanyak rahsia penampilan yang anda perlu ketahui adalah seperti di bawah ini:-

PENAMPILAN YANG BAIK UNTUK LELAKI : MELALUI PAKAIAN

(19)

19 | P A N D U A N M E M I K A T

2.4 SEMAK BAHASA BADAN ANDA!

Walaubagaimanapun anda juga boleh kelihatan cantik dan kacak walaupun sebenarnya tidak. Bagaimana?

Pernah dengar, ‘kecantikan bermula dari dalam?’

Ianya adalah dengan memperbaiki keyakinan dan membina bahasa badan yang menarik. Bahasa badan yang cantik akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik dan menawan.

Apa itu bahasa badan yang menarik? Mudah sahaja. Apabila berjalan, jalanlah dengan penuh keyakinan. Bukakan dada anda, dongakkan sedikit kepala dan senyum sedikit. Jangan sesekali berjalan dengan muka yang masam atau tangan di dalam poket. Pandanglah ke sekeliling semasa anda berjalan. Gaya dan keterampilan anda akan menyerlah dengan cara ini. Anda akan kelihatan lebih gembira dan bersemangat.

Katakan anda melihat dua orang jejaka yang berjalan

di shopping kompleks. Salah seorang berjalan dengan yakin dan sedikit senyuman. Seorang lagi berjalan dengan berpeluk tubuh, membongkok dan hanya memandang ke depan. Yang manakah menjadi pilihan anda untuk anda dekati?

Oleh itu, anda perlu mempunyai bahasa badan yang baik dan meyakinkan untuk membuatkan seseorang jatuh cinta dengan anda.

(20)

20 | P A N D U A N M E M I K A T

2.5 MEMILIKI MINDSET YANG TIDAK AKAN GAGAL

Kebanyakkan lelaki cuba memikat dengan mindset yang salah. Mereka selalu melihat perempuan yang CANTIK sebagai LEBIH BERKUASA ke atas mereka. Mereka menjadi cemas, lidah menjadi kelu dan takut untuk bercakap dengan perempuan ini apatah lagi hendak mengajaknya keluar. Walaupun lelaki ini penuh keyakinan atau kacak, mereka masih tetap merasakan yang mereka perlu membuktikan bahawa LAYAK mendapat perhatian perempuan ini.

Oleh kerana mereka mempunyai pemikiran seperti ini, semua yang mereka lakukan akan kelihatan MERAYU dan LEMAH. Mereka berharap yang perempuan ini mengekalkan perhatian dan sudi menerima mereka. Mereka memuji paras rupa atau fizikal perempuan ini terlalu banyak. Mereka juga akan sentiasa bersetuju dengan apa yang perempuan katakan. Ketika mereka memikirkan bahawa apa yang mereka buat ini akan menarik perhatian perempuan, apa yang berlaku adalah perempuan dengan mudahnya meninggalkan mereka. Akhirnya mereka semua kecewa dengan strategi yang dilakukan untuk membuatkan perempuan sukakan mereka. Dan akhirnya yang disalahkan adalah perempuan itu kerana kononnya tidak pandai memilih pasangan.

Oleh itu, untuk memiliki mindset yang betul, mula-mula sekali anda perlu berfikir yang anda lebih BERKUASA ke atas perempuan. Semua perempuan telah dilatih untuk menolak mana-mana lelaki yang cuba memikatnya. Oleh itu, saya mahu anda cuba untuk memikatnya

dengan fikiran

‘’SAYA MEMIKAT AWAK UNTUK MELIHAT ADAKAH AWAK INI CUKUP LAYAK UNTUK SAYA! SAYA TIDAK PEDULI BETAPA CANTIKNYA AWAK INI!’’

(21)

21 | P A N D U A N M E M I K A T Ya betul, gunakan mindset ini semasa memikat. Hari-hari anda merayu untuk mendapatkan perhatian perempuan sudah tamat. Mulai hari ini, Ianya adalah tanggungjawab perempuan untuk Menarik Minat anda, dan untuk membuktikan dia layak untuk mendekati anda.

Tindakan anda akan mengikut mindset yang anda tetapkan. Jadi daripada anda MEMBERITAHUNYA untuk sukakan anda, anda perlu ada ciri lelaki yang dicarinya terlebih dahulu. Anda akan didedahkan dengan teknik bagaimana untuk membuatkan dia yang datang kepada anda tanpa anda perlu merayu cintanya.

Anda juga perlu tunjukkan yang anda adalah lelaki istimewa dan unik yang dia perlukan, yang akan membuatkan perhatiannya hanya kepada anda. Anda perlu tunjukkan yang anda adalah lelaki yang berbeza, bukannya lelaki baik yang membosankan yang selalu banyak ada dimana-mana.

(22)

22 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 3 – MEMBUATKAN DIA TERTARIK

3.1 BAGAIMANA MEMBERIKAN PANDANGAN PERTAMA YANG HEBAT

Apakah pentingnya pandangan pertama?

Saat pertama dia melirikkan matanya pada anda mempunyai kehebatan dan juga potensi yang luar biasa. Pandangan pertama yang diambil daripada matanya akan kekal di dalam ingatannya untuk selamanya.

Ya cik adik cik abang, TIADA PELUANG KEDUA UNTUK PANDANGAN PERTAMA. Kasut yang tercalit tanah atau kolar baju yang dinaikkan boleh merosakkan pandangan pertama sidia sebelum anda menyapanya. Pandangan pertama sidia ini akan menentukan samada sidia berminat atau tidak pada diri anda. pandangan pertama begitu penting untuk sidia membuat keputusan bahawa anda ini "ok atau not my taste " dalam saat pertama sidia melihat anda.

3.2 KEHEBATAN MATA

Hakikatnya, manusia suka melihat pada pemandangan yang mereka suka dan dengan cepat mengelakkan mata mereka dari yang pandangan mereka benci. Sebagai contoh, kita menikmati pemandangan di tepi pantai tetapi menutup muka semasa menyaksikan adegan filem ngeri. Hal ini samalah juga apabila kita melihat manusia. Semakin seseorang berkuasa ke atas kita, semakin kita cuba

mengelak untuk bertentangan matanya dengannya. Sangat pekerja berpangkat rendah sering mengelak untuk bertentang mata dengan lama dengan bos besar. Seorang lelaki yang tidak kacak pula akan melarikan mata apabila perempuan cantik memandangnya.

(23)

23 | P A N D U A N M E M I K A T Tetapi, untuk membuatkan orang jatuh cinta, anda perlu menggunakan mata anda. Jika tidak,bagaimana pula anda ingin membuatkan dia jatuh cinta. Kajian menunjukkan bahawa, pasangan bercinta yang selalu bertentangan mata mempunyai perasaan tarikan yang lebih kuat antara satu sama lain. Mereka lebih mencintai dan merasakan perasaan kasih sayang yang lebih kuat.

Pandangan mata yang berterusan akan mencipta hubungan perasaaan yang sangat kuat. Ketika anda melihat secara langsung dan tepat ke mata seseorang tubuhnya akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil phenylethylamine atau PEA, yang menimbulkan perasaan jatuh cinta. PEA inilah yang akan membuatkan seseorang itu jatuh cinta.

TEKNIK-TEKNIK PANDANGAN MATA

Anda akan didedahkan dengan teknik-teknik pandangan mata yang penting semasa anda mula mengesan sasaran anda , ketika berbual dan sepanjang anda menajlinkan hubungan dengannya. Oleh itu, memandang sasaran anda dengan tepat adalah langkah pertama adalah salah satu langkah pertama dalam membuat dia jatuh cinta dengan anda.

TEKNIK 1) KUASA RENUNGAN

Kajian seorang saintis Inggeris menyatakan bahawa, secara purata semasa berbual, kita melihat satu sama lain hanya 30 hingga 60

peratus dari sepanjang masa perbualan.

Ini tidak cukup untuk menimbulkan perasaan cinta pada pandangan pertama.

Cik abang dan cik kakak, untuk memberikan sidia perasaan luar biasa bahawa anda berdua

(24)

24 | P A N D U A N M E M I K A T pandangan mata anda kepada sidia apabila anda berdua sedang berbual. Naikkan sehingga 75 peratusdaripada masa atau lebih jika anda ingin membuatkan bahan kimia di dalam badannya yang dipanggil PEA mengalir di dalam darahnya.

Renung tepat ke matanya untuk merangsang perasaan cinta pada pandangan pertama.

Bukan di alis mata, bukan di tengah hidung. Lihatlah seolah-olah anda pandangan mata anda telah menembusinya. Lihat tepat ke matanya dan pandanglah sedalam-dalamnya. Kuncikan mata anda padanya untuk memberikan aura yang sidia sudah berada di dalam cinta. Pandangan yang tepat akan menghantar isyarat yang anda berdua sedang jatuh cinta, dan membuatkan sidia akan merasa perasaan cinta mula muncul di dalam dirinya.

Tetapi awas, jika anda memandangnya seolah-olah menonton berita tidak akan membuatkan dia jatuh cinta. Anda perlu melihat kematanya dengan pandangan yang paling manis anda boleh lakukan. Jangan lupa anda perlu senyum ketika memberikan pandangan ini.

TEKNIK 2) MATA SEKSI

Apa yang membuat mata anda seksi? Cukup mudah, anak mata yang besar. Ambil contoh pada kucing. Kucing yang bermata besar atau bermata runcing yang nampak lebih comel?

Kita tidak boleh mengawal saiz anak mata kita. Tetapi, kita boleh memanipulasikannya. Ianya hanya dengan melihat sesuatu yang kita sukakan yang memberikan perasaan yang indah pada kita. Apabila kita melihat sesuatu yang kita sukakan, ia akan membuatkan anak mata kita akan mengembang.

(25)

25 | P A N D U A N M E M I K A T Ketika berbual dengannya, lirikan mata anda pada sesuatu yang menarik pada wajahnya. Lihat hidungnya yang menarik atau pipinya yang comel. Ketika anda menikmati sesautu yang indah, anak mata anda akan turut menjadi besar. Dengan ini anda akan kelihatan lebih menarik pada pandangan sidia. Untuk perempuan, jika anda rasakan agak sukar melakukannya, maka dapatkan contact lens yang menampakkan anak mata anda kelihatan besar.

TEKNIK 3) PANDANGAN YANG MEMBANGUNKAN PERASAAN MERESAHKAN DAN PERASAAN SEKSI DALAM DIRINYA

Ini adalah teknik terpenting dalam membuatkan seseorang jatuh cinta. Ia akan memberikan

perasaan mengganggu bahawa dia sudah mula hendak jatuh cinta.

Ketika bercakap dengan rakan-rakan, kita cenderung untuk melihat ke arah lain setelah kita menghabiskan ayat yang kita nyatakan atau ketika kita berdiam diri. Tetapi, jika anda lihat kepada pasangan bercinta, sepanjang perbualan mereka akan lebih banyak mengadakan

eye contact, melihat ke dalam mata pasangan mereka semasa berbual dan mereka lebih sukar mengalihkan mata mereka daripada satu sama lain setelah berbual.

Hal yang sama boleh anda lakukan kepada sidia. Apa yang anda perlu lakukan adalah perbanyakkan eye concact anda

padanya. ketika anda memandang kepadanya, pandanglah kepadanya dengan kekal dan lembut. ketika tamat ayat yang dinyatakannya atau ketika tempoh berdiam diri, jangan alihkan pandangan anda daripadanya. pandanglah selama mungkin kepada dirinya.

Anda akan menimbulkan perasaan gelisah, malu dan satu perasaan yang mengganggu perasaannya. Saya jamin, apabila dia pulang ke rumah, dia akan berkata 'Apakah perasaan yang pelik ini. Mengapa saya selalu teringatkan sidia ini'. Ya tuan puan, itulah perasaan pembangkit permulaan kepada cinta anda.

(26)

26 | P A N D U A N M E M I K A T Ketika anda perlu untuk memandang ke tempat lain, alihkan pandangan anda daripadanya secara perlahan-lahan. Buatlah seolah-olah mata anda sebenarnya enggan memandang ke tempat lain selain dia.

TEKNIK 4) PENJELAJAHAN MATA

Ada langkah langkah yang seorang lelaki dan seorang wanita harus ambil ke atas setiap pertemuan jika mahu membuatkan cinta berkembang.

Sebagai sepasang kekasih yang terbuai oleh perasaan yang sama, mata mereka menjadi lebih berani. Mereka perlahan-lahan mulai berjalan penuh kasih di wajah masing-masing, rambut, mata. Kemudian mereka menjadi lebih berani dan menjelajah ke bahu pasangannya, leher, dan dada.

Teknik yang sama anda perlu gunakan disini. Sepanjang perbualan berlangsung, biarkan mata gambar anda perlahan-lahan turun dari hidung ke bibir. Pandanglah dan belailah bibirnya dengan mata anda untuk beberapa saat, lalu perlahan-lahan turun ke lehernya dan jika semua berjalan baik, turun ke bawah lagi. Walaubagaimanapun, gunakan teknik ini hanya jika anda benar-benar yakin dan percaya bahawa sidia telah mula sukakan anda. Jika anda gunakannya terlalu awal, ditakuti teknik ini boleh memakan diri.

Empat teknik mata ini adalah terbukti secara ilmiah. Apabila anda mula menggunakan teknik-teknik ini pada sidia, anda akan mula merasakan kesan. Teknik-teknik ini anda perlu

gunakan sejak mula anda mengenalinya sehinggalah anda berjaya membuatkannya menjadi buah hati idaman anda.

(27)

27 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 4 - LANGKAH MEMIKAT

Mari kita mulakan dengan satu cerita.

Pada satu hari anda berjalan-jalan di taman dan mengesan seorang wanita yang cantik. Anda sangat berminat dengan perempuan itu dan berminat untuk mendekatinya. Anda mahu cuba tetapi anda enggan kerana takut terlepas lagi kerana taktik yang anda gunakan sebelum ini tidak pernah berjaya.oleh itu anda :-

1) Berputih mata dan membiarkan lelaki lain mendekati wanita itu 2) Hanya berani memandang dan tengok sehingga dia balik

3) Balik rumah dan tidur. Esok hari anda akan datang lagi untuk cuci mata

Apakah pilihan tuan? Saya percaya tidak ada satu jawapan pun di atas yang ingin tuan-tuan mahukan. Lebih-lebih lagi anda mendapatkan ebook ini dengan penuh pengharapan.

4.1 LANGKAH MEMIKAT BAGI CIK ABANG

Ya cik abang, seperti yang anda jangkakan , tidak ada tindakan lain kecuali anda perlu

mendekatinya dan menegurnya. Jika anda lambat menegurnya dan dia berlalu pergi,

bukankah anda akan berputih mata? Pernah dengar ‘ orang yang selalu bertangguh adalah orang yang rugi?’

Ketika anda melihat seorang wanita yang menarik, apa strategi terbaik perlu dilakukan? Pertama, gunakan mata anda. Lihatlah dan lekatkan mata anda terus memandang dia, dan jika dia memandang anda, jangan larikan mata anda.

Bersiap sedia untuk sidia memalingkan mukanya. Ini kerana seorang wanita telah dilatih untuk menurunkan matanya ketika seorang lelaki menatapnya. Jika dalam masa dalam

masa 45 saat sidia memandang anda kembali, maka inilah isyarat yang penting. Ia

(28)

28 | P A N D U A N M E M I K A T Apa yang anda perlu lakukan adalah senyum padanya dan memberikannya anggukan kecil. Kemudian hampirilah dia dan terus bertegur sapa dengannya. Jangan berasa ragu dan hapuskan semua fikiran tentang "Adakah saya terlalu cepat untuk terus bertegur sapa dengannya? " Dia tidak akan berfikir apa pun selagi anda tidak bertemu dengannya. Beranikan diri anda. Tambahan lagi, bukankah dia telah memberi isyarat kepada anda sebentar tadi? Jika anda tidak bergerak cepat, wanita ini akan terlepas dari diri anda. Ini adalah turutan bagaimana anda ingin menarik perhatiannya :-

1) Eye contact . pandang dengan tetap dan terus padanya selama beberapa saat

2) Senyum padanya. Berikan senyuman mesra dan dengan rasa hormat dan bukannya

senyuman lelaki gila seks.

3) Berikan anggukan kecil. Jika dia kembali memandang anda dalam 45 saat,angguk sedikit. mengangguk itu bermaksud, "saya suka awak. Bolehkah saya membuat tempahan untuk bercakap dengan awak? "

4) Bergerak kepadanya. Langkah terakhir adalah untuk bergerak dan memulakan

perbualan anda dengannya.

Baik, anda sekarang dalam kedudukan untuk memulakan perbualan. Apa yang harus anda katakan padanya? Adakah anda telah ada ayat pembuka kata anda sendiri?

Sekarang padamkan apa sahaja ayat permulaan yang anda pelajari daripada orang lain. Anda tidak perlu ada skrip ketika anda sedang cuba memikat pasangan .

Adakah anda perlu katakan ‘hai, adakah awak seorang model?’ Atau’ hi, saya Abdul. Saya ingin berkenalan dengan awak’...terus terang saya katakan tuan dan puan, anda tidak perlukan semua ini. Ini bukan panduan cara memikat tahun 90’an.

(29)

29 | P A N D U A N M E M I K A T Rahsianya adalah begini saudara sekalian. Kata-kata pembuka anda harus berkaitan

dengan situasi pada saat itu. Tanyakan apa yang sedang dilakukannya waktu itu. Puji

pakaiannya atau bajunya. Atau anda boleh membuat konon-konon sedang bertanya arah.

Lebih kurang bijak soalan yang anda berikan adalah lebih baik. Ini kerana ini pada awal pertemuan, dia sedang menilai anda. Dia sedang mula menyemak percakapan anda dan budi bahasa anda. Apapun yang anda katakan, dia tahu itu hanya sebuah alasan anda untuk bercakap dengannya. Jika dia suka dengan cara anda, apapun yang anda cakap tidak akan menjadi masalah.

Walaupun anda tidak perlu ada skrip, apa yang anda katakan perlulah sesuatu yang menyedapkan telinganya. 30 SAAT PERTAMA PERKENALAN ANDA ADALAH SANGAT KRITIKAL!

PERINGATAN!! Kalimat pertama yang anda keluarkan kepadanya akan menjadi 100%

anggapannya terhadap anda!! Jika anda membuka perbualan dengan bebelan, dia akan menganggap anda seorang yang pembebel . Jika anda membuka perbualan dengan komen sombong, dia akan menganggap anda seorang yang cakap besar. Tetapi jika kalimat pertama anda adalah kata-kata yang indah dan mempersonakan, dia akan melihat anda sebagai seorang yang menawan.

Tuan-tuan, ketika ini anda harus bermain dengan tenang. Jangan terlalu gopoh. Buatkan perkenalan ini nampak lebih relax dan bersahaja.

Untuk menarik perhatiannya, anda perlu menjadi unik. Ramai lagi jejaka diluar sana yang cuba memikatnya. Oleh itu, anda perlu tunjukkan bahawa anda berbeza dengan teknik yang saya huraikan dibawah nanti.

(30)

30 | P A N D U A N M E M I K A T

4.2 CARA MEMIKAT BAGI CIK KAKAK

Cik kakak, anda mungkin fikir adalah tanggung jawab lelaki untuk memikat anda dan anda juga tidak mahu digelar ‘perigi mencari timba’. Jika anda mahu menjadi sebahagian statistik ramai perempuan di malaysia menjadi anak dara tua, maka teruskanlah perangai anda itu.

Bagaimana perempuan memulakan pertemuan?Tipsnya adalah sangat mudah. Ianya adalah dengan menarik perhatian lelaki. Adakah anda sudah faham kenapa rakan-rakan anda di luar sana sanggup berhabisan ratusan ringgit di luar sana hanya untuk kelihatan menarik?

Cik kakak, katakan anda melihat sorang lelaki yang menarik, apa harus anda lakukan? Senario yang biasa berlaku seperti ini, wanita ini akan memandangnya dengan sekilas mata dan kemudian pergi. Perempuan yang lebih berani pula tersenyum sedikit dan kemudian berpaling, berharap bahawa lelaki ini akan mengambil inisiatif untuk mendekatinya (konon-kononnya perempuan ini tidak mahu dilihat terlalu straightforward).

Terus terang saya katakan inilah taktik memikat terburuk yang pernah anda lihat di alam ini. Jika anda serius mahu mendapatkan pasangan, bertindaklah dengan cara yang akan saya nyatakan dibawah.

Kajian seorang wanita barat mendapati bahawa Cara berikut adalah cara terbaik untuk perempuan memulakan langkah :-

1 (Paling hebat) senyum padanya

2- Lemparkan senyuman pendek

3-Lihatlah lurus ke arahnya dan flip rambut anda 4- kekalkan pandangan pada dirinya

(31)

31 | P A N D U A N M E M I K A T Cik kakak, jangan ragu-ragu tentang cara membuat langkah pertama. Jika anda memerlukan lebih banyak keberanian, fikirkan cara-cara diatas ini.

Masih malu? Adakah anda merasa dia akan berfikir anda ini gatal jika anda tersenyum lebar padanya di keramaian atau "sengaja" terlanggar dirinya? Tidak.Dia tidak akan berfikiran begitu. Apabila anda memulakan langkah-langkah diatas tadi, lelaki yang mendekati anda tidak akan menyedari bahawa dia sebenarnya bukanlah orang yang memulakan langkah. Lelaki berfikir mereka membuat langkah pertama sedangkan sebenarnya mereka sebenarnya yang memulakan langkah kedua.

4.3 BAHASA BADAN UNTUK MEMILIKI CINTA

Bahasa tubuh awal kedua-dua pasangan sangat penting untuk membuatkan perasaan cinta berkembang atau tidak.

Apakah langkah-langkah bahasa badan ke arah keintiman? Ianya bagaikan satu susunan yang tertentu yang anda perlu lakukan jika anda mahu keintiman berkembang ke dalam dirinya. Apa yang anda perlu lakukan adalah, anda pelu meniru semua gerakan ini untuk memudahkan dia jatuh cinta dengan anda. Kuasai teknik-teknik di bawah dengan betul kerana jika anda jika anda silap pada salah satu daripada mereka, perkembangan keintiman akan terbantut dan anda akan kembali ke alam bujang :-

(32)

32 | P A N D U A N M E M I K A T

>>GERAKAN KE ARAH KEINTIMAN<<

Langkah Satu: isyarat nonverbal

Satu atau yang lain membuat kehadirannya diketahui (seperti yang dinyatakan dalam bab sebelumnya) dengan senyuman, lirikan dan mengangguk kecil.

Langkah Kedua: Memulakan perbualan

•Anda dengannya memulakan perbualan. Mungkin dia membuat komen atau mengajukan soalan. Ataupun sekadar berkata hai sudah memadai

Langkah Tiga: Hidupkan suasana

Ketika anda memulakan perbualan, maka sidia akan menolehkan muka paling tidak pun hanya sedikit kepada anda. Jika dia tidak melakukannya, sila cuba lagi dengan menukar topik perbualan anda. Jika gagal juga, tamatkan perbualan dan pergilah cari orang lain.

Namun sekiranya dia berpaling wajahnya kepada anda, keadaan turutan yang penting akan terjadi. Ketika perbualan semakin menarik, perhatikan bahawa mereka mula memalingkan bahu mereka pula. Jika mereka saling menyukai, bahagian perut pula akan berpaling dan diakhri pada bahagian kaki. Akhirnya, dalam pertemuan yang berjaya, seluruh tubuh mereka akan saling berhadapan.

Langkah Empat: Menyentuh (Tidak digalakkan di dalam

islam)

Seiring dengan perbualan, sedikit sentuhan memainkan peranan penting. Perbualan disertakan degan sedikit sentuhan yang ‘tidak disengajakan’ seperti terlanggar begnya, terkena sikunya dan lain-lain. Bagaimana anda

bertindakbalas dengan sentuhan adalah faktor penting dalam menentukan interaksi ini berjaya atau tidak. Jika dia sengaja tersentuh anda dan anda menarik tangan anda, sidia akan melihat perkara ini sebagai penolakan daripaada anda dan hubungan ini tidak akan berjaya.

Langkah Kelima: Persamaan gerakan (mirroring)

Persamaan gerakan adalah perkara yang paling akhir dan menarik untuk

ditonton. Sebagai contoh, lelaki dan wanita boleh menikmati munuman mereka pada masa yang sama dan meletakkan gelas mereka dan kembali meletakkan gelas pada meja bersama-sama.

(33)

33 | P A N D U A N M E M I K A T .

Perhatikan pada pasangan yang sedang bercinta. Pasangan yang hangat dilamun cinta duduk

benar-benar saling berhadapan, dan mereka condong ke arah satu sama lain. Mereka tersenyum dan mengangguk bersama-sama, tangan mereka kadang-kadang bergerak

bersama-sama dan gerakan mereka bagaikan mempunyai persamaan. Mereka kelihatan ketawa bersama dan mengerutkan kening bersama-sama. Ketika sesuatu berlaku di luar perbualan mereka, mereka mempertahankan pandangan mata mereka. Setelah beberapa ketika, barulah mereka memandang apa yang terjadi dan kemudian melihat kembali ke arah satu sama lain serentak. Inilah bahasa badan orang yang sedang di dalam percintaan.

4.4 PERHATIKAN GERAKAN BADANNYA

Apabila anda sedang berbual, perhatikan dengan jelas tentang reaksi si dia apabila dia mendengar tentang apapun yang anda katakan. Perkara yang anda perlu perhatikan adalah

Wajah + Gerakan kepala + Posisi Badan + Mata

WAJAHNYA

Lihat wajah sidia sepanjang perbualan, perhatikan samada wajahnya akan berubah menjadi suram atau menjadi excited tentang apa yang anda katakan. lebih banyak excited maka perbincangan anda itu adalah sesuatu yang menarik minatnya.

Adalah lebih baik jika anda perhatikan dengan jelas apa topik yang akan membuatkan dia menjadi ceria. Apabila wajah sidia menjadi ceria, minta darinya maklumat lebih lanjut tentang topik itu.

Ketika wajahnya menjadi hambar, itu adalah isyarat anda perlu menukar topik perbualan. Tukar ke topik lain yang akan membuatnya berminat kembali. Anda tidak dapat membaca hatinya, tetapi anda dapat memerhatikan reaksi mukanya.

(34)

34 | P A N D U A N M E M I K A T

GERAKAN KEPALANYA

Ketika sidia merasakan bahawa perbualan anda ini membosankan, mereka akan memalingkan kepalanya daripada anda dengan mudah apabila anak kucing lalu di tepi, seorang budak terjatuh di lantai atau apapun yang membuatkan sidia berpaling daripada anda.

Tetapi, jika dia dapati bahawa perbualan anda ini menarik, dia tidak akan berpaling daripada anda walaupun sebutir bom meletop di tepinya.Oleh itu jadilah peka terhadap gerakan kepalanya. Apabila dia memandang ke tempat lain, itu adalah isyarat untuk memulakan topik yang baru.

POSISI BADANNYA

Ketika dia berasa bosan dengan cerita anda, tanpa disedari badannya akan mula berpaling dari anda. Anda akan dapati posis badannya mula menghala keluar dari anda.

Jika ini berlaku, jangan teruskan perbualan anda. Panggil namanya dan tanyakan soalan yang bersifat peribadi kepadanya. Ini akan menarik pehatiannya kepada anda kembali.

Jika segalanya berjalan lancar, tiada tanda-tanda penolakan kelihatan, anada boleh memulakan langkah seterusnya. Anda boleh meminta no telefon, akaun facebook, email, alamat atau apapun yang akan membolehkan anda menghubunginya kemudian untuk temujanji pertama anda.

MATANYA

Perhatikan pada matanya. Jika matanya selalu memandang tempat lain, mungkin dia mendapati apa yang anda bualkan itu membosankan. Tukar topik dengan segera dan lebihkan perbualan anda mengenai dirinya agar dia berminat kembali untuk berbual.

(35)

35 | P A N D U A N M E M I K A T

4.5 MEMBINA KUASA TARIKAN (untuk lelaki)

Saya akan bongkarkan bagaimana anda mendapat perhatian dari perempuan yang anda minat. Apa yang anda perlu lakukan adalah,

JANGAN RISAU TENTANG BAGAIMANA MEMBUAT DIA TERTARIK PADA ANDA Lagi bagus…

JANGAN CUBA LANGSUNG UNTUK MENARIK PERHATIAN DIA

Biasanya apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, perkara pertama yang cuba dilakukan adalah cuba untuk menarik perhatiannya. Mereka cuba berlagak cool dan dan memperkatakan sesuatu yang cool. Mari saya beritahu satu rahsia :-

INI ADALAH TAKTIK TERBURUK DALAM MEMIKAT WANITA!!

Lelaki biasanya cuba mencari apa yang perempuan suka dengar. Dia juga cuba berlagak macho dan berkelakuan nervous semasa perbualan. Paling teruk adalah, dia tidak berani mengusik perempuan ini atau memperkatakan sesuatu yang menyedihkan perempuan itu. Sebenarnya apa yang berlaku adalah, ANDA SEDANG MENGHANTAR ISYARAT KEPADANYA SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA ANDA!

Ini adalah kesilapan 99.99% yang biasa dilakukan oleh lelaki semasa cuba memikat wanita yang menjadi idaman mereka.

Sebagai rumusan...

‘’LELAKI MERASAKAN MEREKA PERLU MENARIK PERHATIAN PEREMPUAN. AKIBATNYA, KELAKUAN MEREKA KELIHATAN TIDAK NATURAL DAN AKAN MENYEBABKAN PEREMPUAN MERASA TIDAK TERTARIK’’

Oleh itu, berhentilah dari cuba menarik perhatian sidia. Sukar sangat kah? Anda hanya harus menjadi...

(36)

36 | P A N D U A N M E M I K A T

JADILAH LELAKI YANG TIDAK PERNAH CUBA MENARIK PERHATIAN SIDIA. DAN ANDA AKAN KELIHATAN LUARBIASA! Hanya dengan cara ini saja akan membuatkan perempuan tertarik

kepada anda!

Berbualah secara normal, gunakan kuasa mata anda, gunakan teknik ayat ayat yang merapatkan keintiman. Gunakan empati anda. Ciptakan perasaan ‘emotionally connected’ dengan berkongsi perasaan dengannya. Jangan fokuskan cerita itu tentang diri anda. Fokuskan mengenai dirinya sahaja. Apabila kena pada masanya, minta no telefon, email atau

facebook agar anda dapat sentiasa berhubungan dengannya.

Anda akan kelihatan luar biasa kerana cuba membuat sesuatu yang lain yang jarang dilakukan oleh lelaki lain. Dan perasaan ini akan membuatkan dia yang mengejar anda, dan anda hanya perlu menunggu sahaja.

BAGAIMANA MENJADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI HADIAH?

Cik abang, untuk kebanyakkan perempuan, mendapatkan cinta bukanlah susah sangat. Banyak lelaki di luar sana yang bersedia menjadi teman lelakinya bila-bila masa sahaja. Oleh sebab inilah, mereka dengan mudah boleh membuat keputusan samada hendak berkenalan dengan anda ataupun tidak. Usaha memikat ini nampak sangat mudah pada mereka. Tiada cabaran dalam mencari cinta, tiada pengalaman yang menarik.

Jika anda hendak membuatkan perempuan tergila-gilakan anda, anda WAJIB membuatkan dia berfikir bahawa anda adalah hadiah dari cabaran mencari cinta ini. Anda perlu yakinkan anda adalah satu ASET yang dia perlu berusaha untuk dapatkan.

(37)

37 | P A N D U A N M E M I K A T Kebanyakkan lelaki membuatkan diri mereka ‘selalu ada’. Mereka selalu ada untuk memenuhi apa yang merempuan ini mahukan. Tapi inilah yang membuatkan perempuan merasa bosan, kerana semua lelaki melakukan perkara yang sama.

Jika anda ingin membuatkan dia tergila-gilakan anda, anda perlu kelihatan degil dan ‘nakal’.

Lelaki baik ada di mana-mana, yang semuanya gagal memikat perempuan. Anda sudah tentu tidak mahu menjadi sebahagian lelaki yang menyedihkan ini. Buatkan dia berfikir yang anda adalah lelaki unik dan istimewa yang dia akan rugi jika melepaskan anda .

Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menjadi lelaki idaman wanita dalam bab-bab yang akan datang. Teruskan bacaan anda dahulu.

4.6 MENGAPA LELAKI NAKAL SELALU MENDAPAT PEREMPUAN CANTIK?

Jawapannya adalah sangat mudah..

Ini kerana dalam fikiran mereka ada fikiran ‘INGAT AKU KESAH SANGAT DENGAN KAU?’

Jika seorang perempuan tidak mahu mengikut cakapnya, dia langsung tidak kesah. Ini kerana dia tahu ada banyak lagi perempuan di luar sana. Mereka juga tidak takut untuk mengatakan apa yang mereka fikirkan. Jika seorang perempuan cuba menjadi queen control atau mengawalnya, dengan selambanya dia akan meninggalkan perempuan itu.

Perempuan sangat tertarik dengan lelaki seperti ini. Bukannya kerana mereka bodoh untuk bertemu lelaki nakal, tetapi mereka dapat mengesan perangai ‘ Ada Aku kesah’ pada lelaki-lelaki ini. Ia membuatkan lelaki nampak ‘menguasai’ pada mata mereka.

(38)

38 | P A N D U A N M E M I K A T mereka, dengan segera lelaki-lelaki ini akan ‘meletakkan perempuan ini balik ke tempat asalnya. Tempat perempuan adalah mengikut lelaki. Bukan menjadi ketua kepada lelaki.

Perkara inilah yang membuatkan perempuan mudah jatuh hati kepada mereka.

Oleh itu, janganlah anda menjadi lelaki yang menuruti kata mereka membabi buta. Anda seorang lelaki maka bertindaklah seperti seorang lelaki sejati.

(39)

39 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 5 - CARA KOMUNIKASI KE ARAH

PERCINTAAN

Adakah perbualan yang perlu anda bincangkan? ia berlainan pada setiap individu. Ada orang suka bercerita tentang kereta, sukan, filem dan lain-lain. Ada orang suka membincangkan perniagaan, falsafah dan lain-lain. Anda perlu tahu apa perbualan yang menarik minatnya bagi membuatkan perbualan anda akan mudah untuk diingatinya.

Jadilah sensitif ketika berbicara dengannya. Jika anda dapati dia sedang mengeluh, tawarkan simpati anda. Jangan sesekali cuba membuat lawak jenaka kerana anda akan kelihatan sebagai seorang yang tidak sensitif.

5.1 TEKNIK IMBAS SEMUA PERKATAAN DARI BIBIRNYA

Ada satu teknik yang mudah untuk anda gunakan bagi mengetahui apakah topik yang suka dibicarakan oleh pasangan impian anda. Semasa anda berbual dengannya, berikah perhatian terhadap setiap PERKATAAN yang dikatakannya samada fakta, minatnya, pendapatnya atau hidupnya. pemerhatian terhadap perkataan ini penting kerana inilah KUNCI untuk anda meneruskan perbualan yang benar-benar dia ingin bicarakan.

Satu Cerita....

Sebagai contoh, semasa anda pulang dari kerja, anda lihat seorang gadis sedang menunggu bas. Anda bertindak dengan teknik renungan mata yang anda pelajari tadi dan cuba melihat adakah respon yang diberikan adalah baik. Apabila dia memberikan respon yang baik, anda datang menegurnya dan anda memulakan perbualan anda dengan dengannya.

Anda : ' susah nak dapat bas hari ni'. si dia hanya tersenyum pada anda .

Anda cuba meneruskan perbualan , 'anda kerja disini ke?'.. Sidia : ' saya kerja di ofis di hujung bangunan itu '...

Anda : Oh ya kah? saya tak perasan pula bahawa anda selalu naik bas disini.' Sidia : ''saya baru lagi kerja di ofis itu. Saya datang dari johor''..

(40)

40 | P A N D U A N M E M I K A T Anda : ''oh ya kah?''...

anda pun tersenyum dan dia pun tersenyum. Tiba-tiba suasana menjadi senyap dan sunyi. 15 minit kemudian, bas pun datang dan dia menaiki bas dan meninggalkan anda. tamatlah sudah satu perhubungan cinta yang berpotensi.

Teruk betul anda ini. Sidia sudah pun memberikan isyarat bahawa dia membenarkan anda untuk berbual dengannya. Perbualan itu berjalan dengan baik sehinggalah anda tiba-tiba mati akal dan tidak tahu apa topik yang harus diteruskan. Bukankah sidia tadi sebenarnya telah berikan kepad anda satu topik baru untuk anda teruskan?cuba teka apa dia?

Perkataannya adalah ''baru kerja'!!

Setelah dia memberikan ayat hint itu , anda seharusnya bertanya, "Oh, dah lama kah anda kerja disana?" Mungkin dia baru kerja, mungkin dia pelajar praktikal, mungkin dia telah lama kerja disitu. Jadi mengapa anda boleh ketandusan idea?

Sekarang katakan dia berminat menyambung perbualan 'saya perlu balik cepat untuk memberi kucing saya makan.' Perhatikan, sidia baru saja memberi hint bahawa sidia baru saja memberi anda topik baru untuk perbualan. KUCING inilah perkataan yang menjadi

KUNCI topik perbualan yang menarik minatnya. Katakanlah, "Oh ya ka, kucing jenis apa?''

Kemungkinannya merasa selesa dengan anda dan berminat meneruskan perbualan dengan anda. Anda boleh kembangkan lagi perbualan anda mengenai topik ini.

5.2 AYAT YANG MERAPATKAN KEINTIMAN

Pernahkah anda membezakan bagaimana cara anda berbual dengan rakan baik anda dan juga dengan rakan anda yang kurang rapat? Saya percaya anda semua tidak sedar tetapi jika anda fikirkan semula, percakapan anda bersama rakan baik mempunyai perbezaan. Dengan rakan baik anda mempunyai bahasa yang tertentu dan juga topik yang dibincangkan juga lebih meluas sehingga memasuki hal peribadi dan perasaan.

(41)

41 | P A N D U A N M E M I K A T Jika anda inginkan sidia menjadi lebih rapat dengan anda, anda juga boleh menggunakan cara yang sama. Teknik ini juga boleh mengelakkan sidia daripada mengganggap anda sebagai kawan sahaja. Terdapat turutan yang membezakan bagaimana kita berbual dengan orang yang asing dan juga dengan orang yang rapat dengan kita.

Turutannya adalah seperti ini :-

Biasanya, sewaktu perkenalan kita dengan seseorang yang lain, kita jarang menggunakan ayat kita. Tetapi jika ingin mewujudkan keintiman, gunakan teknik ini untuk membuatkan dia berfikir bahawa anda dengannya adalah sangat rapat. Gunakan perbualan tahap ketiga

TAHAP 1 (KLISE) : Dua orang yang asing berbual mengenai apa sahaja perkara tetapi menggunakan ayat pendek. Sebagai contoh, Dua orang asing akan berkata,"berjogging ini bagus" atau "Wah, penatnya jogging" Itu tahap pertama, klise.

TAHAP 2 (FAKTA) : Orang yang mengenali satu sama lain, tetapi hanya

berkawan sering memberikan kata-kata berunsur fakta. "Kau tahu ina, bila kita berjogging, semua toksin di dalam badan akan dikeluarkan melalui

peluh"atau" 'berjogging di bawah panas akan membuatkan badan kita terhidrat lebih cepat''.

TAHAP 3 (PERTANYAAN PERIBADUI DAN UNSUR PERASAAN ) : Rakan sering mengungkapkan perasaan mereka walaupun untuk topik yang biasa seperti berjogging: "Awak tahu,saya sangat suka berjogging. " Mereka juga menggunakan soalan peribadi seperti". Bagaimana dengan awak, awak suka berjogging tak?"

TAHAP 4 (Ayat 'Kita') : Ini adalah tahap dimana keintiman menjadi

lebih dekat. Ia seperti ayat pendek tetapi mempunyai unsur-unsur

perasaan. Sebagai contoh, "Jika kita terus berjogging seperti ini, kita

(42)

42 | P A N D U A N M E M I K A T

dan keempat sahaja semasa berbual dengannya. Jangan berbual seolah-olah anda ini kawan sahaja.

5.3 BUATKAN HIDUP ANDA SESUAI DENGAN CARA HIDUP SIDIA

Apabila memikat, anda perlu tunjukkan yang hidup anda dengannya adalah ‘sekufu’ dan berpadanan. Anda perlu membuatkan bahawa kehidupan anda menepati lovemap sidia. Apabila sidia bertanya pada anda ‘Apa kerja anda?, ada beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan jika anda ingin membuatkan dia menyukai anda iaitu :-

1. Anda perlu kelihatan seperti lelaki hebat atau wanita hebat yang dia ingin cintai 2. Anda perlu kelihatan berkeyakinan terhadap hidup anda.

3. Anda perlu berikan setiap jawapan anda tergantung supaya dia sentiasa meneruskan perbualan dengan anda.

Nombor 1: "Sayalah orang yang anda inginkan selama ini."

Ketika anda mengenali orang baru, anda tidak tahu banyak mengenai dirinya. Melalui perbualan, jika anda rasakan bahawa dia mahukan seseorang yang mempunyai kerjaya proffesional, maka anda tekankan padanya betapa pentingnya kerja anda.

Jika anda merasakan bahawa dia mahukan seorang businessman, ceritakan tentang kejayaan anda dan juga projek-projek anda yang lalu.

Mudah kata, ketahui orang bagaimana yang dia mahukan dahulu. Kemudian, suapkan padanya cerita apa yang dia ingin dengar tentang kerjaya anda dan sebagainya.

Nombor 2 : Saya Suka Kehidupan Saya

Ceritakan padanya tentang kehidupan anda yang menarik dan seronok untuk didengar. Jangan sesekali menceritakan tentang kehidupan anda yang sedih.

Semua orang sukakakan cerita yang positif pada pertemuan mereka. Ia akan memberikan reaksi positif tentang perhubungan anda dengannya. Mungkin anda ada kisah sedih yang

(43)

43 | P A N D U A N M E M I K A T

ingin diceritakan, tapi tahanlah dahulu. Setelah perhubungan anda berjalan dengan lancar, maka perlahan-lahan anda boleh menceritakan topik seperti ini.

Nombor 3 : Mari terus berbual

Apabila berbual, elakkan menggunakan ayat yang boleh dimatikan. Sebagai contoh, apabila dia bertanya tentang kerja anda, jangan lah hanya menjawab,’saya jurutera’, saya doktor,’ saya peniaga dan lain lain. Jika memberi soalan, jangan berikan soalan yang mempunyai dua pilihan sahaja seperti Ya atau tidak.

Panjangkan sedikit huraian anda. Sebagai contoh.

Saya seorang doktor. Baru-baru ini, saya telah merawat seorang pesakit kanser. Saya sukakan semangatnya yang tidak mahu putus asa.

Maka dengan ini, perbualan tidak akan putus dan anda akan lebih mudah merapatkan keintiman anda dengannya.

5.4 PERBUALAN YANG PASTI MEMIKAT

Jika anda ingin berjaya memikatnya, anda perlu lakukan taktik yang orang kebanyakkan tidak lakukan. Jadilah unik, jadilah lain dan jangan tanyakan ayat –ayat yang membosankan. Untuk menjadi unik, tanyakan diri anda perkara perkara ini ‘ apa perkara biasa yang lelaki buat ketika memikat wanita? Dan bagaimana saya boleh gunakan cara lain yang unik dalam cara memikat saya?’

Salah satu cara yang terbaik untuk memikat adalah anda BUATKAN BAHAWA ANDA TIDAK KISAH LANGSUNG MENGENAI KECANTIKKANNYA. BUATKAN SEOLAH-OLAH ANDA MENCARI SESUATU YANG LAIN DALAM DIRINYA.

(44)

44 | P A N D U A N M E M I K A T

JANGAN komen mengenai

kecantikannya. Cara memikat yang biasa

pasti akan menggunakan cara untuk memuji paras rupanya atau fizikalnya

pada pertemuan pertama. Apa yang anda harus lakukan adalah sebaliknya. Jika anda ingin memuji, maka pujilah perkara lain yang anda mahu puji.

JANGAN memberikan hint bahawa anda

sukakannya terlalu awal. Ini juga adalah pra matang. Pada ketika ini, anda perlu

membuatkan dia dan anda mempunyai

persamaan. Anda juga masih belum mengetahui cara bagaimana untuk merapatkan keintiman anda dan membuatkan sidia berasa istimewa.

JANGAN gunakan perkataan sayang pada pertemuan pertama. Pada perempuan, perkataan sayang adalah perkataan keramat. Jika anda mengeluarkan senjata ini telalu awal, ia boleh memakan diri.

JANGAN kelihatan ego. Sesetengah orang

mempunyai ego yang agak tinggi. Mereka ini sering merasakan yang diri mereka sangat hebat

berbanding dengan orang lain. Jika beginilah perangai anda, mungkin di awal perkenalan anda sahaja, dia sudah hilang minatnya terhadap anda. Bagi mereka, jika anda sudah bersikap ego, itu tandanya yang anda memang tidak boleh mengalah pada sesuatu keadaan.

KATAKAN sesuatu yang kelakar. Anda tidak

dapat mengetahui jika dia melalui hari-hari yang sukar. Jika anda membuatkannya ketawa, anda akan dapat markah lebih!

(45)

45 | P A N D U A N M E M I K A T

5.5 TOPIK PALING MUDAH DALAM MENCIPTA PERASAAN

‘EMOTIONALLY CONNECTED’

Inginkah anda mengetahui apakah topik yang paling mudah dalam mencipta perasaan? Ianya adalah sama bagaimana persahabatan bermula. Pada masa persahabatan bermula, ia bermula apabila anda mendapati ada persamaan dengan dirinya. Hubungan menjadi semakin rapat apabila sidia mulai sedar bahawa anda memahami setiap kesukaran kehidupan yang sedang dilaluinya, yang anda juga sedang berhadapan kesukaran yang sama.

Perkara yang paling pantas membina hubungan adalah apabila anda dan sidia BERKONGSI SESUATU PERASAAN, LEBIH-LEBIH LAGI JIKA BERKONGSI PERASAAN SEDIH ATAU TEKANAN KEHIDUPAN. Oleh itu, jika dia sedang menceritakan sesuatu yang ‘berperasaan’, maka dengarlah apa yang diperkatan dengan sebaiknya. Jadilah pendengar yang setia. Masukkan unsur empati (akan diterangkan kemudian) ke dalam respon yang akan anda berikan kepadanya.

Cara paling mudah untuk menggunakan teknik ini adalah dengan BERTANYA kepada dirinya. Tunjukkan padanya yang anda benar-benar berminat hendak mengetahui perkara itu. Jadilah jujur dan jangan berpura-pura. Anda perlu paparkan keunikan anda sejak pandangan pertama bermula dan membinanya dari situ.

Sebelum anda boleh membuatkannya jatuh cinta dengan anda, anda harus memasuki hidupnya terlebih dahulu dan melihat melalui cara dia melihat masalah itu. Selamilah isi hatinya dan fahamlah segala kesusahan atau kesukaran yang dia kongsikan dengan anda.

(46)

46 | P A N D U A N M E M I K A T

5.6 TEKNIK ‘Bocor Rahsia Sendiri’

Cik abang dan cik kakak, biasanya, dalam hubungan baru, kita jarang memdedahkan rahsia sendiri kepada orang yang baru kita kenal. Kita hanya mendedahkan rahsia atau membuat pengakuan hanya kepada kenalan rapat atau sahabat kita.

Oleh itu, untuk merapatkan keintiman, apa yang anda perlu lakukan adalah membocorkan sedikit rahsia kecil anda kepadanya.

Sebagai contoh, ‘’Saya suka gigit kuku semasa saya bosan mendengar ceramah.’’. Mungkin dia akan menjawab, ‘’Oh saya lagi teruk! Jika saya bosan, saya boleh tidur dalam keadaan duduk !’’

Berkongsi rahsia seperti ini akan merapatkan hubungan dan mewujudkan keintiman antara anda dengannya. Tetapi jangan bocorkan rahsia besar. Ia boleh menunjukkan anda ini jenis yang cuai dan jenis yang tidak berguna.

Referensi

Dokumen terkait

memiliki tiga pilar utama ; Pilar pertama yaitu perdamaian Turki dengan identitas dirinya yang Islami dan kembali pada akar Ottoman dahulu. Pillar kedua adalah

Koperasi untuk segera melaksanakan pelatihan yang berkaitan dengan peningkatan penguasaan (performance), peningkatan keahlian (Skill) dan peningkatan sikap (attitude) pengurus

Perbedaan sementara adalah perbedaan antara dasar pajak dari aset atau kewajiban dan yang jumlah yang dilaporkan (nilai buku) dalam laporan keuangan yang akan menghasilkan

Semua orang mengagumi kecantikan Bulan Jelita hingga akhirnya pangeran yang ada dalam mimpi Bulan Jelita mendengar kabar bahwa ada seorang gadis desa yang memiliki wajah jelita

Trouble tidak akan terjadi bila maintenance dilakukan secara tepat atau dengan melakukan perawatan yang baik mengurangi timbulnya permasalahan pada suatu unit yang akan

95 Sesungguhnya para nabi dan rasul diutus ke bumi untuk mengajak manusia agar hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan penyembahan selain-Nya. Artinya, mereka semua

Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis: 1) Tingkat kemandirian keuangan daerah Provinsi Jambi; dan (2) Hubungan tingkat kemandirian keuangan daerah Provinsi Jambi

Begitu juga dalam penelitian Mizruchi (2002) yang menyatakan bahwa perusahaan Interlocking Directorate terjadi ketika satu orang terkait dengan suatu organisasi dan