• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANDA MERASAKAN PERKARA ITU SANGAT LUCU DAN ANDA PUN TERTAWA KECIL DAN TERSENYUM. DIA MENJELING ANDA LALU MENDIAMKAN DIRI

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 67-72)

Mengetahui bagaimana dia ingin dicintai

ANDA MERASAKAN PERKARA ITU SANGAT LUCU DAN ANDA PUN TERTAWA KECIL DAN TERSENYUM. DIA MENJELING ANDA LALU MENDIAMKAN DIRI

TERUK! Jika anda melakukan perkara ini, inilah perkara paling buruk pernah anda lakukan. Bukankah anda berusaha bermati-matian untuk memikat dirinya. TETAPI OLEH KERANA SATU KESALAHAN SEPERTI INI, PELUANG UNTUK DIA MENCINTAI ANDA MUNGKIN TELAH DITUTUP.

Ini kerana pada dirinya, kucing ialah haiwan yang amat disayanginya. Pada dia, kucing tidak patut dilayan sebegitu. Dengan kelakukan anda tadi, dia akan melihat bahawa anda tidak ada nilai yang sama dengan dirinya. Dia tidak akan melihat anda sebagai seorang pasangan yang ideal kerana anda tidak mempunyai nilai yang sama dengan dirinya. Adakah anda masih merasakah bahawa dia akan jatuh cinta dengan anda jika anda berkelakuan begini?

Kita sambung ke kisah itu tadi. Apa yang akan berlaku, oleh kerana dia sangat sayangkan kucing, dia merasa marah dengan pakcik itu. Lalu dia membebel-bebel dan anda mendengar bebelannya sepanjang sesi makan itu. Walaubagaimanapun anda tidak berminat untuk mendengar. Fikiran anda merewang-rewang kerana berasa bosan mendengar hal kucing yang anda tidak kisahkan sangat.

Biar saya beritahu, CARA INI TIDAK AKAN MEMBUATKAN DIA JATUH CINTA DENGAN ANDA. Untuk membuatkan dia jatuh cinta, anda perlu bertindak dengan lebih advance.

68 | P A N D U A N M E M I K A T Ini adalah apa yang anda perlu lakukan! Jika dia meluahkan perasaanya, dengar luahan perasaanya itu sebaiknya. Berikan RESPON DENGAN MENGANGGUK kepada setiap apa yang dia katakan. Kemudian, BERSETUJULAH DENGAN SEPENUH HATI terhadap apa yang dia katakan. Apabila bersetuju, anda HENDAKLAH BERSETUJU LEBIH-LEBIH SEOLAH-OLAH

ANDA LEBIH EMOSI DARI DIRINYA tentang hal yang terjadi itu.

Contoh ayat yang boleh digunakan, ‘Em saya setuju sangat dengan apa yang awak cakap tadi, memang betul dia tak patut sepak kucing itu. Dahlah kucing itu sakit, kene sepak pula. Saya memang sangat marah. Lelaki itu sangat teruk. Di manakah keadilan didalam dunia ini?!’

Sekarang anda pula yang kelihatan berlebih-lebih. Jangan lupa anda perlu meneruskan perbincangan mengenai perkara itu untuk satu tempoh sehingga dia berasa tenteram semula.

Walaupun bunyinya agak kelakar, inilah apa yang anda perlu lakukan. Anda perlu kelihatan seolah-olah anda mempunyai nilai yang sama, kepercayaan yang sama dan pendapat yang sama dengan dirinya mengenai isu kekejaman kucing tadi.

Tetapi ia tidak terhad mengenai isu kucing sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, anda perlu mencari satu sikap pada dirinya yang paling kuat untuk anda gunakan teknik ini. Anda perlu perhatikan sidia sebaiknya untuk anda mengetahui apakah kualiti penting pada dirinya yang sangat kuat. Biasanya, apabila mereka membincangkan topik ini mereka akan kelihatan

agak beremosi. Ia boleh jadi tentang kesukaannya pada kerjanya, ibu bapanya, minatnya

69 | P A N D U A N M E M I K A T Persamaan tahap tiga : Ketahui Bagaimana sidia ingin dicintai

Semua orang yang bercinta mempunyai persamaan yang sama. Mereka jatuh cinta pada pasangan yang mempunyai kepercayaan yang sama bagaimana cinta mereka sepatutnya berjalan.

Ya, setiap orang mempunyai cara tersendiri bagaimana mereka mahu dicintai.

Pemahamannya adalah begini.

Kebiasaanya, seseorang akan membuat ukuran kegembiraan cinta dengan

membandingkannya dengan pengalaman

cinta yang lalu. Jika pada anda, cinta itu bermaksud komitmen penuh dan cinta jarak dekat, maka percintaan jarak jauh boleh membuatkan anda separuh gila. Semakin anda cuba menarik sidia untuk cuba bercinta jarak dekat, maka dia akan menjadi semakin jauh daripada anda.

Jika anda sukakan sedikit ruang dan tidak terlalu rapat, sidia yang selalu nak berhubung atau menebeng akan menyebabkan anda rimas. Semakin anda cuba memberitahunya untuk menjauhkan diri, maka semakin jauhlah cinta darinya.

Oleh itu, pada peringkat awal percintaan, KETAHUI DENGAN JELAS BAGAIMANA SIDIA MAHUKAN ANDA MENCINTAINYA. Cik abang, perkara ini adalah lebih mudah dilakukan kerana kaum wanita mudah untuk diajak berbincang mengenai hal perasaan. TANYAKAN KEPADANYA BAGAIMANAKAH SI DIA INGIN DICINTAI . Adakah dia perlukan belaian atau kata manja setiap hari?Atau adakah dia mahukan anda menghubunginya sekali sekala sahaja.

70 | P A N D U A N M E M I K A T Adakah dia mahu anda menghantar bunga sebulan sekali atau adakah dia mahu anda menghubunginya sejam sekali?

Jangan tanyakan soalan yang terlalu direct kepadanya seperti ‘bagaimana awak ingin dicintai’...gunakan ayat yang lebih mudah seperti, ‘apa makna cinta pada awak’ atau pun ‘awak suka orang sayang awak dengan cara bagaimana’.

Jika anda masih lagi bukan pasangan, antara cara yang anda boleh gunakan adalah ‘Apakah makna cinta pada anda’ ‘Anda sukakan cinta yang bagaimana’

Kebanyakan kegagalan pasangan bercinta adalah mereka jarang membincangkan bagaimana mereka ingin dicintai sehinggalah segalanya sudah terlambat dan tidak boleh diperbaiki. Berita baiknya anda telah pun membaca ebook ini dan jangan mengulangi kesilapan ini seperti pasangan-pasangan terdahulu.

7.7 LELAKI TAK SUKA CAKAP PASAL CINTA?

Ya benar, hanya jika mereka merasakan yang anda tak layak membincangkan perkara itu dengannya.

Tidak semua pasangan bercinta berasa selesa untuk membincangkan isu cinta secara terbuka. Sesetengah lelaki atau perempuan merasa agak janggal untuk berbincang tentang hal ini kerana ego atau tidak pernah membincangkannya. Pasangan yang biasa membincangkannya biasanya hanyalah pasangan yang mempunyai kepercayaan yang sama bagaimana cinta sepatutnya berjalan.

Terdapat lelaki yang tidak suka berbicara tentang cinta walaupun pada dasarnya, dia juga manusia yang ingin dicintai. Tetapi cik kakak, saya tahu anda mahu tahu bagaimana hendak membuatkan lelaki ini memberitahu bagaimana dia mahukan dirinya dicintai.

Tipsnya adalah begini. Jangan tanyakan soalan secara terus. Ia akan membuatkan dirinya meluat atau muntah-muntah.

Adalah lebih baik jika anda membuat cerita kononnya seorang rakan anda atau sepupu anda bertanyakan pendapat anda tentang ‘bagaimana seorang lelaki ingin dicintai.’ Katakan padanya anda tidak tahu hendak menjawab dan anda perlu meminta pendapatnya.

71 | P A N D U A N M E M I K A T Apabila dia memberikan pendapatnya , dengar setiap perkataannya. Catatkan ianya. Apa yang keluar dari mulutnya sebenarnya adalah cara yang sebenarnya dia ingin dicintai.

7.8 LOVEMAP

Lovemap telah pun diberi penerangan secara ringkas di bahagian sebelum-sebelum ini. Ini adalah huraian yang lebih jelas bagaimana lovemap dalam diri seseorang terbentuk. Setelah memahaminya, anda boleh gunakan lovemap untuk memudahkan anda membuatkan dia jatuh cinta dengan anda.

Ketika kita kecil, ibu kita adalah pusat perhatian kita, dan kita adalah segala-galanya padanya. Oleh itu, ciri-ciri ibu kita meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang hidup kita. Kita tertarik terhadap orang yang mempunyai sifat-sifat seperti ibu kita, wajahnya, bentuk badannya dan lain-lain lagi.

Ibu juga mempengaruhi anda bagaimana anda melihat perempuan dan juga mempengaruhi bagaimana perasaan mereka tentang perempuan. Jadi, jika sifat ibu ini menyenangkan, anak-anaknya akan berfikir bahawa begitulah sifat seorang perempuan.

Ayah pula akan memberikan pengaruh mengenai kepada anak perempuan. Ayah akan memberikan pengaruh bagaimana seseorang anak perempuan itu melihat lelaki dan bagaimana perasaan mereka terhadap lelaki. Jika seorang ayah selalu memberikan pujian pada anak perempuan dan mengatakan perkara yang baik-baik kepada anak perempuan itu, maka anak perempuan ini akan mempunyai keyakinan yang baik terhadap diri sendiri dan juga terhadap hubungannya dengan lelaki. Tetapi jika ayah bersikap dingin, selalu mengeji, maka anak perempuan akan mempunyai keyakinan diri yang rendah atau dia merasakan yang dia ini tidak menarik pada pandangan lelaki.

Selain itu, sebahagian besar daripada kita membesar dengan orang-orang yang mempunyai keadaan sosial yang sama. Kita mudah bergaul dengan orang-orang yang berasal dari tempat lahir yang sama, mempunyai latarbelakang yang sama, pendidikan yang sama atau kerjaya

72 | P A N D U A N M E M I K A T yang sama. Kita cenderung untuk menjadi selesa apabila dikelilingi oleh orang-orang seperti ini dan seterusnya kita mahukan orang yang mempunyai kesemua ciri ini untuk dijadikan pasangan hidup kita.

Dalam dokumen Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah (Halaman 67-72)

Dokumen terkait