• Tidak ada hasil yang ditemukan

04 Huraian asas

4.1. Menguruskan fail

Gambaran Keseluruhan

Dengan Studio PC Baru Samsung, anda boleh menghantar fail secara bebas kepada Komputer Saya atau peranti yang disambungkan melalui seret dan jatuh.

Memindahkan fail

Anda boleh memindahkan fail di antara Komputer Saya dan peranti yang disambung yang ditunjukkan di atas Studio PC Baru Samsung. Klik ikon Komputer Saya dan ikon Peranti yang disambungkan untuk melihat senarai fail dan menghantar fail dalam pelbagai cara.

■ Menghantar (Menyalin) fail

Pemindahan fail di antara Komputer Saya dan Peranti yang disambungkan adalah secara dasarnya dilakukan melalui penyalinan data.

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang Disambungkan.

2) Pilih fail dari senarai fail.

3) Untuk menghantar fail yang dipilih, lakukan salah satu daripada berikut:

Menggunakan tetikus, pilih fail, kemudian seret dan jatuhkannya ke lokasi di mana anda hendak memindahkannya.

(Untuk menyalin fail di dalam Komputer Saya atau Peranti yang disambungkan, kemudian seret dan jatuhkannya dengan kekunciCtrl ditahan ke bawah.)

Pilih fail dan klik butang kanan tetikus.

Klik Salin pada menu.

Pergi ke lokasi di mana anda hendak memindahkannya dan klik butang kanan tetikus.

Klik Tampal pada menu .

Salin fail yang dipilih dengan menekan Ctrl+C, iaitu kekunci jalan pintas.

Dan tampalkannya pada lokasi di mana anda hendak memindahkannya dengan menekan Ctrl+V, iaitu kekunci jalan pintas.

■ Memadam fail

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang Disambungkan.

2) Pilih fail dari senarai fail.

3) Pilih fail dan klik kanan padanya. Klik Padam pada menu.

Secara alternatif, pilih fail dan tekan kekunci Delete pada papan kekunci.

■ Menama semula fail

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang disambungkan . 2) Pilih fail dari senarai fail dan klik kanan padanya.

3) Klik Menama semula pada menu.

4) Masukkan nama fail baru ke dalam ruang input kosong, kemudian klik pada kawasan kosong dalam senarai fail.

■ Menukar fail

Apabila anda menghantar fail multimedia dari Komputer Saya kepada Peranti yang disambungkan, Studio PC Baru membenarkan anda menukar jenis fail yang tidak disokong kepada format fail bagi peranti yang disambungkan dan menghantarkannya.

1) Jika fail adalah jenis yang tidak disokong semasa pemindahan fail, tetingkap pop timbul muncul bertanyakan sama ada anda hendak melakukan pertukaran fail.

2) Klik Ya pada tetingkap pop timbul. Sesudah ditukar, fail dihantar secara automatik.

Mengendalikan fail

Anda boleh menggunakan Studio PC Baru Samsung untuk mengendalikan fail dalam pelbagai cara.

■ Mengeksport kepada aplikasi

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang disambungkan .

2) Jika fail yang disokong oleh Studio PC Baru Samsung diseret kepada aplikasi, fail akan terbuka. (Fungsi ini mempunyai kesan yang sama seperti Menyemak imbas fail.)

04 Huraian asas

4.2. Komputer Saya

Gambaran keseluruhan

Anda boleh menguruskan folder dan fail PC melalui Komputer Saya.

Klik ikon Komputer Saya untuk membuka tetingkap yang menunjukkan folder PC semasa dan senarai fail. Untuk butiran mengenai pengurusan fail, lihat[4.1. Menguruskan fail].

04 Huraian asas

4.3. Peranti yang disambung

Gambaran keseluruhan

Anda boleh menguruskan folder dan fail PC melalui Peranti yang disambung.

Klik ikon Peranti yang disambung untuk membuka tetingkap yang menunjukkan folder PC semasa dan senarai fail.

Untuk butiran mengenai pengurusan fail, lihat[4.1. Menguruskan fail].

04 Huraian asas

4.4. Mencari peranti

Gambaran keseluruhan

Anda boleh mengambil semula peranti baru dan sambungkannya supaya anda boleh menggunakannya dalam Studio PC Baru Samsung.

Jika kabel USB disambungkan, Studio PC Baru Samsung akan bersambung secara automatik kepada peranti baru tanpa melalui proses pengambilan semula.

Mencari peranti menggunakan USB / Cari peranti bersiri

1) Klik ikon Mencari peranti pada sebelah kanan atas Studio PC Baru Samsung

2) Carian untuk tetingkap pop timbul peranti muncul, menunjukkan senarai peranti yang diambil semula.

3) Pilih peranti yang anda hendak sambungkan dan klik butang Sambung.

4) Apabila“Menyambung peranti...” mesej muncul dan sambungan berjaya dibuat, ikon peranti yang disambung kepada pentas akan muncul.

Mencari peranti menggunakan Bluetooth

1) Hidupkan Bluetooth dari peranti yang anda hendak sambungkan, dan pastikan ia HIDUP.

2) Hidupkan komputer anda’s peranti Bluetooth.

3) Klik Cari dari menu Mencari peranti .

4) Pilih peranti yang anda hendak sambungkan dan klik butang Sambung . 5) Jika ia adalah sambungan pertama peranti,

Masukkan sebarang nombor dalam kotak input mengikut arahan dan kemudian masukkan nombor yang sama dalam peranti.

Klik butang OK.

Apabila mesej Sambungan Diterima muncul dalam peranti, terima sambungan.

6) Sambungan selesai.

Garisan luar bagi jenis sambungan peranti

Jenis Peranti Maklumat

USB / Siri Sambungkan telefon mudah alih anda kepada komputer menggunakan kabel data.

Bluetooth Dayakan penglihatan Bluetooth bagi peranti yang anda hendak sambungkan.

04 Huraian asas

4.5. Pelancar – Kotak alat

Gambaran keseluruhan

Kotak alat membenarkan anda membuka dan menutup pelbagai variasi dalam Pentas. Anda boleh mengkonfigurasi pentas seperti yang diperlukan menggunakan Kotak alat.

Untuk maklumat mengenai Pentas, lihat[4.6. Pelancar– Penavigasi Pentas]

■ Membuka aplikasi dalam pentas

1) Buka tetingkap Kotak alat dengan mengklik pada ikon Kotak alat dalam Pelancar.

2) Untuk membuka aplikasi dalam pentas, lakukan salah satu daripada berikut:

Seret dan jatuhkan ikon aplikasi dari Kotak alat kepada pentas.

Klik ikon aplikasi.

■ Menutup aplikasi dalam pentas

Untuk menutup program pada pentas, klik butang Tutup pada pentas.

04 Huraian asas

4.6. Pelancar – Penavigasi Pentas

Gambaran keseluruhan

Pentas boleh mempunyai beberapa aplikasi dan membenarkan anda untuk menukar nama dan lapisan luarannya.

Dalam pentas, tetapan sebelumnya seperti lokasi konfigurasi aplikasi dan aplikasi yang berjalan, dsb., disimpan secara automatik selepas menggunakannya. Pentas Asas disediakan sewaktu pemasangan Studio PC Baru Samsung membenarkan anda menggunakan Studio PC Baru Samsung dengan efisien, memandangkan ia mempunyai aplikasi berkaitan dengan tajuk pentas. Klik ikon pentas untuk mengalih pentas yang sepadan.

Penavigasi pentas adalah pengumpulan pentas. Ia adalah kawasan di mana pentas dikumpul di bahagian bawah skrin.

Menukar sifat pentas

Anda boleh mengubah sifat seperti tajuk , warna teks, warna latar belakang dan lapisan luaran pentas.

Untuk menukar sifat pentas, lakukan salah satu daripada berikut:

■ Menggunakan bahagian bawah pentas

1) Pilih bahagian bawah pentas dan klik kanan padanya.

2) Klik Tetapan pentas pada menu.

3) Setelah mengubah suai sifat yang dikehendaki dalam tetingkap pop timbul, klik pada butang OK untuk selesai.

■ Menggunakan ikon dalam Pelancar 1) Klik ikon Tetapan dalam Pelancar.

2) Klik pada tab Pentas dalam tetingkap pop timbul.

3) Klik dan pilih pentas yang dikonfigurasi dalam tab Pentas.

Memulakan keseluruhan pentas

Anda boleh memulakan atau memadam mengikut jenis pentas. Anda hanya boleh memulakan pentas Asas, dan memadam pentas yang ditambah melalui pentas Pengguna atau Kemas kini.

1) Pilih bahagian bawah pentas yang sesuai dan klik kanan padanya.

2) Klik Mulakan pentas keseluruhan pada menu.

3) Klik Ya dari tetingkap pop timbul untuk memulakan pentas keseluruhan.

04 Huraian asas

4.7. Pelancar – Pentas pengguna

Gambaran keseluruhan

Pentas pengguna adalah pentas di mana pengguna boleh menempatkan aplikasi mengikut keperluan mereka. Apabila dilakukan, pentas kosong dibuat. Pengguna boleh membuat pentas mengikut keperluan mereka dengan membuka aplikasi Kotak alat dalam pentas ini. Untuk maklumat mengenai Kotak alat, lihat[4.5. Pelancar– Kotak alat].

Membuat pentas pengguna

1) Klik pada ikon Tambah pentas pengguna dalam Pelancar.

2) Masukkan nama pentas untuk membuat dalam pentas tetingkap pop timbul dan klik butang OK . Pentas baru dibuat dalam Penavigasi pentas.

3) Klik ikon Pentas baru dan buat Kotak alat untuk mentakrif pentas mengikut keperluan anda.

Memadam pentas

1) Klik kanan pada bahagian bawah pentas.

2) Apabila menu muncul, klik Padam pentas.

3) Kemudian klik butang OK dari tetingkap pop timbul pengesahan Padam untuk selesai.

04 Huraian asas

Dokumen terkait