• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahagian ini memberikan pengenalan kepada pentas Asas yang disediakan oleh Studio PC Baru Samsung dan aplikasi bagi pentas yang sepadan.

Pentas Komunikator

Pentas ini memberikan fungsi berkaitan komunikasi, termasuk Buku Telefon.



Aplikasi

■ Buku Telefon: Buku Telefon membenarkan anda untuk menambah, mengedit dan memadam kenalan dan kumpulan, serta menyegerakkan kenalan yang disimpan dalam Studio PC Baru Samsung dengan telefon mudah alih anda dan sebaliknya.

■ Buku Telefon SIM: Buku Telefon SIM membenarkan anda menambah, mengedit atau memadam kenalan yang disimpan pada kad SIM dalam masa nyata.

■ Penyambung Internet: Penyambung internet membenarkan anda bersambung kepada Internet atau rangkaian komunikasi korporat melalui modem, seperti telefon mudah alih.

■ Pengurus mesej: Pengurus mesej membenarkan anda mengimport mesej teks (SMS) dan multimedia (MMS) dari telefon mudah alih anda dan menguruskannya pada PC anda..

■ Kirim SMS: Kirim mesej teks yang ditulis pada PC anda untuk menyambung kepada telefon mudah alih anda.

■ Kirim MMS: Mengirim mesej multimedia yang ditulis pada PC anda kepada telefon mudah alih anda yang disambung.

■ Penyegerakan e-mel: Fungsi penyegerakan e-mel ini menyegerak peti mesej e-mel bagi telefon mudah alih yang disambung kepada PC dan Outlook.

Organiser stage

Pentas ini menyediakan fungsi berkaitan jadual peribadi, termasuk Penjadual.

Aplikasi

■ Penjadual: Penjadual membenarkan anda menambah, mengedit dan memadam jadual, serta menyegerakkan jadual di antara Studio PC Baru Samsung dan telefon mudah alih anda.

■ Memo: Memo membenarkan anda menambah, mengedit dan memadam memo, serta menyegerakkan memo yang disimpan dalam Studio PC Baru Samsung dengan telefon mudah alih anda dan sebaliknya.

■ Tugasan: Tugasan membenarkan anda menambah, mengedit dan memadam tugasan yang dirancang, serta menyegerakkan tugas yang dirancang yang disimpan dalam Studio PC Baru dengan telefon mudah alih anda dan sebaliknya.

■ Hari D: Hari D membenarkan anda menambah, mengedit dan memadam Hari D.

■ Jadual: Jadual membenarkan pengguna menambah, mengedit dan memadam kandungan jadual dalam telefon mudah alih dalam masa nyata.

■ Memo suara: Memo suara membenarkan pengguna mengimport fail dari telefon mudah alih kepada PC, serta mengurus dan memainkannya dalam New PC Studio.

Pentas pengurus media

Menyediakan pengurusan fail media dan fungsi main semula.

Penggunaan peti alat adalah terhad untuk peringkat Pengurus Media.

Aplikasi

■ Pengurus muzik: Anda boleh mengurus, menyimpan, berkongsi dan memainkan fail muzik dalam PC, serta mengeksport dan mengimportnya kepada dan daripada telefon mudah alih Samsung dan pemain MP3.

■ Pengurus foto : Pengurus foto membolehkan pengguna mengurus, menyimpan, berkongsi, bermain dan mengedit fail foto yang disimpan pada PC dan juga mengeksport dan mengimport fail ke dan daripada telefon mudah alih Samsung.

■ Pengurus video: Pengurus video membolehkan pengguna mengurus, menyimpan, berkongsi, bermain dan mengedit fail video yang disimpan pada PC dan juga mengeksport dan mengimport fail ke dan daripada telefon mudah alih Samsung.

Aplikasi multimedia

Anda boleh membuka dan menggunakan aplikasi Multimedia pada sebarang pentas dengan Kotak Alat.

Aplikasi

■ Pemapar imej: Anda boleh melihat foto yang diambil oleh telefon mudah alih atau kamera digital anda, serta pelbagai jenis imej PC.

■ Pemain muzik: Menyokong main semula bagi beberapa format fail muzik, serta fail muzik yang disokong oleh telefon

mudah alih Samsung dan MP3, dan fail bunyi yang dirakam.

■ Pemain video: Membenarkan anda untuk memainkan video yang diambil oleh telefon mudah alih dan kamera digital anda, serta pelbagai jenis video PC.

■ Penukar video: Membenarkan anda untuk menukar format fail video seperti yang diperlukan untuk pemindahan melalui telefon mudah alih dan mengoptimumkan persekitaran main semula.

■ Mencarik cakera: Mengekstrak sumber bunyi daripada CD muzik dan mengimport maklumat muzik dari Web untuk menggunakannya secara lebih tepat dan mudah.

■ Penyalinan cakera: Membenarkan anda menyalin fail anda kepada cakera muzik atau cakera data.

Aplikasi lain

Memberikan fungsi lain untuk penggunaan telefon mudah alih.



Aplikasi

■ Sandarkan dan simpan semula : Anda boleh menyandarkan data yang disimpan pada telefon mudah alih anda ke PC atau simpan semula data sandaran ke telefon mudah alih.

(Hanya tersedia untuk telefon mudah alih dengan Symbian atau Windows Mobile yang dipasang sahaja)

■ Pasang/Nyahpasang aplikasi telefon mudah alih : Anda boleh memasang dan nyahpasang program pada telefon mudah alih anda.

(Hanya tersedia untuk telefon mudah alih dengan Symbian atau Windows Mobile yang dipasang sahaja)

03 Manual permulaan cepat

3.1. Manual Permulaan Cepat

Bahagian ini memberikan sepintas lalu butiran paling asas untuk operasi Studio PC Baru Samsung.

- Menyambung peranti[4.4_Mencari peranti]

- Memindahkan fail[4.1. Menguruskan fail]

- Memaparkan huraian penavigasi Pentas[4.6. Pelancar– Penavigasi pentas]

- Membuat Pentas Pengguna menggunakan Kotak Alat[4.7. Pelancar– Pentas pengguna]

04 Huraian asas

4.1. Menguruskan fail

Gambaran Keseluruhan

Dengan Studio PC Baru Samsung, anda boleh menghantar fail secara bebas kepada Komputer Saya atau peranti yang disambungkan melalui seret dan jatuh.

Memindahkan fail

Anda boleh memindahkan fail di antara Komputer Saya dan peranti yang disambung yang ditunjukkan di atas Studio PC Baru Samsung. Klik ikon Komputer Saya dan ikon Peranti yang disambungkan untuk melihat senarai fail dan menghantar fail dalam pelbagai cara.

■ Menghantar (Menyalin) fail

Pemindahan fail di antara Komputer Saya dan Peranti yang disambungkan adalah secara dasarnya dilakukan melalui penyalinan data.

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang Disambungkan.

2) Pilih fail dari senarai fail.

3) Untuk menghantar fail yang dipilih, lakukan salah satu daripada berikut:

Menggunakan tetikus, pilih fail, kemudian seret dan jatuhkannya ke lokasi di mana anda hendak memindahkannya.

(Untuk menyalin fail di dalam Komputer Saya atau Peranti yang disambungkan, kemudian seret dan jatuhkannya dengan kekunciCtrl ditahan ke bawah.)

Pilih fail dan klik butang kanan tetikus.

Klik Salin pada menu.

Pergi ke lokasi di mana anda hendak memindahkannya dan klik butang kanan tetikus.

Klik Tampal pada menu .

Salin fail yang dipilih dengan menekan Ctrl+C, iaitu kekunci jalan pintas.

Dan tampalkannya pada lokasi di mana anda hendak memindahkannya dengan menekan Ctrl+V, iaitu kekunci jalan pintas.

■ Memadam fail

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang Disambungkan.

2) Pilih fail dari senarai fail.

3) Pilih fail dan klik kanan padanya. Klik Padam pada menu.

Secara alternatif, pilih fail dan tekan kekunci Delete pada papan kekunci.

■ Menama semula fail

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang disambungkan . 2) Pilih fail dari senarai fail dan klik kanan padanya.

3) Klik Menama semula pada menu.

4) Masukkan nama fail baru ke dalam ruang input kosong, kemudian klik pada kawasan kosong dalam senarai fail.

■ Menukar fail

Apabila anda menghantar fail multimedia dari Komputer Saya kepada Peranti yang disambungkan, Studio PC Baru membenarkan anda menukar jenis fail yang tidak disokong kepada format fail bagi peranti yang disambungkan dan menghantarkannya.

1) Jika fail adalah jenis yang tidak disokong semasa pemindahan fail, tetingkap pop timbul muncul bertanyakan sama ada anda hendak melakukan pertukaran fail.

2) Klik Ya pada tetingkap pop timbul. Sesudah ditukar, fail dihantar secara automatik.

Mengendalikan fail

Anda boleh menggunakan Studio PC Baru Samsung untuk mengendalikan fail dalam pelbagai cara.

■ Mengeksport kepada aplikasi

1) Buka tetingkap dengan mengklik ikon Komputer Saya atau ikon Peranti yang disambungkan .

2) Jika fail yang disokong oleh Studio PC Baru Samsung diseret kepada aplikasi, fail akan terbuka. (Fungsi ini mempunyai kesan yang sama seperti Menyemak imbas fail.)

04 Huraian asas

Dokumen terkait