• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gambaran keseluruhan

Pengurus media membenarkan pengguna mengurus dan mengedit fail multimedia (muzik, foto dan fail video), menghantar fail muzik dengan mudah kepada peranti lain. Ia juga membenarkan penetapannya sebagai nada dering.

Pengurus media terdiri daripadaMuzik/Foto/Video dan anda boleh memilih aplikasi yang dikehendaki dengan mengklik pada ikonnya.

Sesetengah aplikasi mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan negara.

Struktur aplikasi

1) Pengurus muzik 2) Pengurus foto 3) Pengurus video

Folder fail NPS

1) Memasang Pengurus media akan membuat folder muzik NPS, video NPS dan foto NPS dalam folder NPS bagi My Documents pada PC.

Fail multimedia dari PC atau fail peranti lain disimpan dan diuruskan dalam folder ini. Pengurus media mengimbas fail dalam folder dan membuat direktori pemapar.

2) Anda boleh menetapkan folder selain daripada folder lalai dan kemudian mengimbas dan mengimport fail daripadanya..

(Anda boleh menetapkan laluan fail dalam Tetapan menu > Global.)

3) Fail yang diimport dari peranti yang disambung ke aplikasi ditambah secara automatik ke folder lalai.

4) Selepas menambah fail ke folder lalai, dengan keluar dan mula semula Pengurus media akan mengemas kini fail dalam pemapar secara automatik.

Jika anda keluar dan mula semula Pengurus media, skrin terakhir betul-betul sebelum mula semula masih akan dikekalkan.

Alih dan simpan fail di antara explorer

1) Anda boleh seret & jatuhkan fail di antara Komputer Saya dan peranti explorer..

2) Semasa menyeret & jatuhkan fail ke peranti, fail disimpan secara automatik dalam simpanan dalam peranti explorer.

3) Semasa menghantar fail ke peranti, jika saiz fail atau pemanjangan berbeza, fail ditukar secara automatik.

Mengubah saiz pengurus media

Kawasan ikon bagi menu Tajuk serta panjang menegak kawasan klasifikasi menu tidak boleh diubah saiz.

Ketinggian dan luas telah diubah saiz mengikut saiz kawasan kandungan.

Ketinggian kawasan menu, bakul dan bar alat tidak boleh diubah.

Muat semula

Memberi gambaran fail ditambah dan dipadam secara automatik kepada dan daripada folder My Computer > My Documents > NPS > muzik NPS kepada senarai.

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) Pilih Muat semula dari menu Global.

3) Item pada senarai dimuat semula.

Import fail dari PC

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) PilihImport fail dari PC daripada menu.

3) Apabila My Computer terbuka, pilih satu atau beberapa (Control + Click) fail dan klik butang Buka . Anda boleh menapis jenis fail dengan mengklik kotak kombo .

4) Klik OK apabila pop timbul muncul.

Jika anda tidak mahu melihat tetingkap pop timbul lagi, klik kotak rait ‘Jangan tunjuk mesej ini lagi’ dan klik OK.

5) Fail telah ditambah ke senarai Pengurus muzik . Untuk menyemak fail yang ditambah:

Klik Senarai main dalam Muzik - menu Global dan kemudian‘Baru ditambah’ pada submenu.

Untuk menyemak fail yang baru ditambah: Klik Album dalam Foto/Video– menu Global dan kemudian ‘Baru ditambah’ pada submenu.

Anda boleh menambah fail dengan mudah dengan mengklik My Computer dan kemudian menyeret & jatuhkan fail

ke senarai Pengurus media .

Untuk membatalkan import, klik ikon X dalam panel Paparan bagi bar kawalan Main semula.

Import folder dari PC

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) PilihImport folder dari PC daripada menu.

3) Apabila My Computer terbuka, pilih satu atau beberapa (Control + Click) folder dan klik butang Buka . 4) Klik OK apabila pop timbul muncul.

Jika anda tidak mahu melihat tetingkap pop timbul lagi, klik kotak rait ‘Jangan tunjuk mesej ini lagi’ dan kemudian OK.

5) Fail telah ditambah ke senarai Pengurus media.

Untuk menyemak fail yang ditambah:

Klik Senarai main dalam Muzik - menu Global dan kemudian‘Baru ditambah’ pada submenu.

Untuk menyemak fail yang baru ditambah, klik Album dalam menu Foto/Video Global dan kemudian‘Baru ditambah’

pada submenu.

Anda boleh menambah folder dengan mudah dengan mengklik My Computer dan kemudian menyeret & jatuhkan folder ke senarai Pengurus media .

Untuk membatalkan import, klik ikon X dalam panel Paparan bagi bar kawalan Main semula.

Hantar fail ke peranti

Hantar fail muzik dari pemacu tempatan PC kepada peranti.

Apabila anda menggunakan telefon mudah alih dalam Korea, anda tidak boleh menghantar fail muzik jika kod pengesahannya tidak sepadan dengan kod pengesahan Pengurus media dan peranti.

1) Pilih satu atau beberapa (Control + Click) fail muzik pada senarai.

2) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

3) Klik Hantar ke peranti daripada menu dan pilih peranti mana untuk dihantar fail muzik.

Apabila tiada peranti yang disambung, item menu dinyah daya.

4) Fail muzik yang dipilih telah dihantar ke folder muzik yang ditetapkan bagi peranti.

Fail muzik tidak boleh dihantar apabila fail sumbernya telah dipadam atau pautan ke faila sumber tidak tersedia.

Anda boleh menghantar fail muzik dengan menyeret & jatuhkannya dalam explorer Peranti dalam Pengurus media.

Import fail peranti

Import satu fail dari peranti kepada pemacu tempatan PC.

Jika anda menggunakan telefon mudah alih di Korea, anda tidak boleh mengimport fail muzik dari peranti kepada PC.

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) Klik Import fail peranti pada menu dan pilih dari peranti mana untuk import fail muzik.

Apabila tiada peranti yang disambung, item menu dinyah daya.

3) Apabila explorer peranti terbuka, pilih satu atau beberapa (Control + Click) fail dan klik butang OK.

4) Apabila tetingkap pop timbul muncul, klik butang OK.

Jika anda tidak mahu melihat tetingkap pop timbul lagi, klik kotak rait ‘Jangan tunjuk mesej ini lagi’ dan kemudian OK.

5) Fail telah ditambah ke senarai Pengurus media.

Anda boleh menambah fail dengan mudah dengan mengklik ikon Peranti dan kemudian menyeret & jatuhkan fail ke senarai dalam Pengurus media.

Tetapan

Memberikan tetapan berbeza untuk item kandungan (Muzik/Foto/Video) dalam Pengurus media.

Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada bantuan Tetapan untuk setiap kandungan.

5.20.01. Pengurus muzik

Gambaran Keseluruhan

Pengurus muzik membenarkan pengguna untuk mengurus, menyimpan, berkongsi dan memainkan fail muzik dalam PC serta mengeksport dan mengimport fail kepada dan daripada telefon mudah alih Samsung dan pemain MP3.

Format yang disokong: MP3, OGG, WMA, ASF (bunyi sahaja), 3GP (bunyi sahaja), WAV, AMR, AAC, M4A, MMF, MID (MIDI), QCP, PMD, MP4 (bunyi sahaja)

Format sokongan untuk pemindahan fail telefon mudah alih di Korea: MP3, SMP, SAP

Struktur aplikasi

1) Butang menu atas - Menu global

- Semua muzik : Menyenaraikan dan memaparkan semua fail dalam Pengurus muzik.

- Susun senarai main: Terdiri daripada menu fail yang baru ditambah atau dimainkan, senarai‘Hantar ke peranti’ dan menu senarai main dibuat oleh pengguna.

- Disusun mengikut tarikh keluaran : Menyusun fail berdasarkan kepada tarikh keluaran tag IID3.

- Disusun mengikut genre: Menyusun fail berdasarkan genre tag ID3.

- Menyusun mengikut artis: Menyusun fail berdasarkan artis tag IID3.

- CD Audio: Mainkan CD yang dimasukkan.

2) Butang menu global - Muat semula

- Import fail dari PC - Import folder dari PC - Hantar pada peranti - Import fail peranti - Import senarai main - Eksport senarai main - Padam fail yang tiada - Tetapan

- Tetingkap ini menunjukkan Tajuk, Artis, Seni album, Keutamaan, No. CD, No. Trek, Nama album, Tarikh keluaran, Genre dan Huraian bagi fail muzik yang sedang dimainkan.

- Klik tetingkap maklumat Fail untuk besarkannya dan memaparkan maklumat terperinci (album dan maklumat fail).

5) Main semula bar kawalan

 Ulang tetapan

- Pilih jenis ulang main semula.

- Tiada ulangan, Ulang semua, Ulang satu lagu.

 Alihkan tetapan

- Alihkan lagu yang dimainkan pada senarai main secara rawak. Opsyen ini memilih jenis alihan.

 Alihan, Tiada alihan.

 Status main

- Memaparkan status main semasa (masa main semasa/jumlah masa main) pada butang Main.

- Anda boleh mencari muzik dengan menahan ke bawah dan menyeret tetikus anda.

 Butang sebelumnya < Jalan pintas : [←], [z]>

- Memainkan item sebelumnya pada senarai main.

 Butang Main/Jeda < Jalan pintas : [space], [x]>

- Mainkan atau jedakan fail muzik.

 Butang berhenti < Jalan pintas : [c]>

- Berhenti memainkan fail muzik.

 Butang seterusnya < Jalan pintas : [→], [v]>

- Memainkan item seterusnya pada senarai main.

 Bar kawalan kelantangan < Jalan pintas : Volume down [↓], [s], [wheel down] / Volume up [↑], [d], [wheel up]>

- Anda boleh mengawal kelantangan dengan menahan ke bawah dan menyeret tetikus anda ke kiri dan ke kanan.

 Membuka/Menutup butang senarai main < Jalan pintas : [Alt]+[L]>

- Membuka atau menutup tetingkap‘Senarai main muzik’.

 Lirik

- Memaparkan lirik lagu yang sedang dimainkan.

Hantar fail ke peranti secara automatik

Jika anda memilih untuk menghantar fail secara automatik, item dalam Hantar ke senarai peranti dihantar secara automatik ke peranti sebaik sahaja ia disambungkan.

Anda boleh memilih peranti yang mana untuk dihantarkan fail dalam Tetapan > Peranti yang disambung >

Tetapkan peranti untuk dihantarkan fail.

1) Klik Senarai main dan kemudian senarai Hantar ke peranti pada submenu.

2) Seret & jatuh item yang anda hendak hantar ke peranti kepada submenu.

3) Klik kotak rait Hantar secara automatik.

4) Sambungkan peranti.

5) Apabila pop timbul‘Adakah anda mahu menghantar Hantar ke senarai peranti secara automatik semasa peranti disambungkan?’ muncul, klik butang Ya .

6) Item pada‘senarai Hantar ke peranti’ telah dihantar ke peranti secara automatik.

Hantar nada dering saya

Anda boleh mengimport fail nada dering ke Pengurus media dan menghantarnya ke folder nada dering telefon mudah alih.

1) Sambungkan telefon mudah alih ke PC dalam mod pengurus PC.

2) Buka My Computer dan seret & lepaskan fail nada dering ke Pengurus media.

3) Gerakkan kursor pada fail tersebut, klik kanan padanya dan pilih Peranti dari menu Hantar ke folder nada dering peranti.

4) Fail tersebut telah dihantar ke folder yang ditetapkan.

Anda boleh memilih dan menghantar berbilang fail nada dering. Juga, anda boleh memilih senarai main dari menu pada bahagian atas dan seret & lepaskannya pada folder Nada dering saya untuk menguruskan fail nada dering sahaja.

Padam fail yang tiada

Jika fail muzik dipadam atau dialih ke folder yang lain selepas ditambah, pautan kepada fail sumber tidak akan tersedia, mengelakkan anda daripada memainkannya.

Padam fail yang tiada memadamkan fail seperti itu daripada senarai.

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) Klik Padam lagu yang tiada daripada menu.

3) Tetingkap proses muncul, memadamkan item yang tiada daripada senarai.

4) Lagu yang tiada telah dipadam daripada senarai.

Lihat jenis

Fail boleh dipaparkan sebagai paparan senarai .

- Paparkan sebagai senarai : Item yang dipaparkan dalam format teks.

- VPaparkan sebagai senarai album : Kumpulankan item dalam album dan paparkannya sebagai teks bersama-sama dengan imej seni album.

- Paparkan sebagai silang album : Kumpulkan item dalam album, membenarkan pengguna untuk mencarinya melalui tarikh terbitan, artis dan genre dan memaparkan item dalam album sebagai teks.

Cari

Mencari fail muzik berdasarkan kepada Artis/Genre/Album/Tarikh keluaran.

- Mencari fail muzik dalam susunan menurun bagi abjad/angka Arab.

- Jika tiada pilihan yang dipaparkan pada submenu, hanya keputusan carian ditunjukkan.

- Untuk kembali ke skrin sebelumnya, anda perlu klik menu yang dikehendaki atau submenu selepas carian.

- Hilang semasa menu Kandungan atau submenu diklik, dan keputusan carian tidak disimpan.

1) Carian Artis/Genre/Album cth.) Klik butang Carian selepas memasukkan teks.

2) Carian tarikh keluaran cth.) Klik senarai jatuh ke bawah, pilih tarikh keluaran dan kemudian klik butang Cari untuk mencari daripada 2008 sehingga 2009.

Tetapkan item susunan

■ Peranti yang disambung

Hantar fail muzik secara automatik pada Hantar ke senarai peranti kepada peranti semasa ia disambung.

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) Klik Peranti yang disambung daripada menu.

3) Tetapkan Tetapan mod, Peranti untuk dihantar kepada dan Lokasi Peranti.

PC Studio Baru mengingati dan memaparkan peranti yang telah disambung lebih daripada sekali pada senarai.

Pilih peranti yang mana untuk dihantar fail muzik.

4) Klik OK untuk menyimpan tetapan.

■ Susun tetapan

Pilih item yang anda hendak paparkan pada bar Susunan.

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) Klik Susun tetapan daripada menu.

3) Pilih item yang anda hendak paparkan pada bar Susunan dan klik OK.

4) Hanya item yang dipilih dipaparkan pada bar Susunan.

Secara alternatif, gerakkan kursor ke atas bar Susunan, klik kanan dan tambah/padam item susunan pada senarai.

■ Imbas auto

Mengklik butang Muat semula pada menu Global akan mengimport fail yang ditambah ke Pengurus muzik dan mengalih keluar fail dari senarai Pengurus media.

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) Klik Imbas auto daripada menu.

3) Pilih format fail untuk mengimbas dan menetapkan folder sasaran.

Folder NPS My Documents > ditetapkan sebagai folder sasaran dengan lalai, tetapi anda boleh mengubah folder sasaran kepada pilihan anda.

4) Klik OK untuk menyimpan tetapan.

Senarai main

■ Import senarai main

1) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

2) Klik Import senarai main daripada menu.

Secara alternatif, pilih Senarai main di atas menu, gerakkan kursor ke atas submenu di sebelah kiri, klik kanan dan klik Import senarai main daripada menu.

3) Apabila My Computer terbuka, pilih satu atau beberapa (Control + Click) fail data senarai main dan klik butang Buka .

Jika senarai main yang sama telah ada dalam Pengurus muzik, tetingkap pop timbul akan muncul.

4) Tetingkap Import senarai main terbuka dan proses mengimport bermula.

5) Apabila Import senarai main selesai, klik butang Selesai.

6) Senarai main telah ditambah ke submenu Senarai main.

■ Eksport senarai main 1) Pilih senarai main.

2) Klik butang menu Global di sebelah kiri bar submenu di bawah menu Aplikasi.

Secara alternatif, pilih Senarai main pada menu atas, gerakkan kursor ke atas senarai main yang dikehendaki apabila submenu muncul pada sebelah kiri, klik kanan dan klik Eksport senarai main daripada menu.

3) Klik Eksport senarai main daripada menu.

4) Apabila Explorer terbuka, pilih folder untuk menyimpan fail dan klik OK.

5) Tetingkap Eksport senarai main terbuka, dan proses mengeksport bermula.

6) Apabila Eksport senarai main selesai, klik butang Selesai . 7) Fail data senarai main telah disimpan dalam folder yang ditetapkan.

■ Buat senarai main

1) Klik Senarai main pada menu atas.

2) KlikTambah pada submenu kiri.

Secara alternatif, gerakkan kursor ke atas submenu, klik kanan dan klik Buat senarai main daripada menu.

3) Apabila tetingkap input muncul pada submenu, masukkan nama senarai main pilihan anda dan tekan Enter.

Secara alternatif, gerakkan kursor di luar tetingkap input dan klik sekali.

4) Senarai main telah ditambah.

■ Padam senarai main

1) Pilih senarai main yang anda hendak padam pada submenu.

2) Gerakkan kursor ke atas senarai mainyang dipilih, klik kanan dan klik Padam senarai main daripada menu.

3) Klik OK apabila pop timbul muncul.

4) Senarai main telah dipadam.

■ Namakan semula senarai main

1) Pilih senarai main yang anda hendak namakan semula pada submenu.

2) Gerakkan kursor ke atas senarai mainyang dipilih, klik kanan dan klik Namakan semula senarai main daripada menu.

3) Apabila senarai main yang dipilih ditukar ke dalam tetingkap input, masukkan nama baru dan tekan Enter.

Secara alternatif, gerakkan kursor di luar tetingkap input dan klik sekali.

4) Senarai main telah dinamakan semula.

Apabila menama semula senarai main, susunan menu disusun semula dalam susunan menurun bagi abjad atau angka Arab.

■ Buat senarai main pantas

Menapis nama senarai main secara automatik dan menambah fail muzik ke senarai main.

Anda boleh menambah fail muzik kepada menu senarai main baru dengan mengimbas fail muzik dan memilih atribut khusus.

1) Pilih senarai main untuk disimpan daripada submenu bagi menu atas - Senarai main.

2) Gerakkan kursor ke atas senarai mainyang dipilih, klik kanan dan klik Buat senarai main pantas daripada menu.

3) Apabila tetingkap Buat senarai main pantas terbuka, masukkan nama senarai main dan gunakan tanda untuk memilih atribut bagi senarai main.

4) Klik butang OK .

5) Senarai main baru telah dibuat.

Anda boleh memeriksa senarai main baru dari submenu bagi Senarai main.

■ Tambah item ke senarai main

1) Pilih item untuk ditambah ke senarai main dari senarai.

Beberapa item boleh dipilih.

2) Gerakkan kursor ke atas item yang dipilih, klik kanan dan pilih Tambah ke senarai main daripada menu.

3) Pilih senarai main yang dikehendaki daripada menu senarai main yang telah dibuat.

Jika tiada senarai main yang dibuat, anda boleh klik Senarai main baru daripada menu untuk membuat senarai main baru dan tambah item yang dipilih secara automatik.

4) Item telah ditambah ke senarai main.

Tukar keutamaan

Anda boleh menyusun kepada pilihan anda dengan keutamaan tetapan.

1) Gerakkan kursor ke atas item, klik kanan dan klik Tukar keutamaan daripada menu.

2) Pilih satu daripada Skor 5 ke Skor 1 (Jika anda tidak mahu menetapkan keutamaan, pilih Padam keutamaan).

Secara alternatif, gerakkan kursor ke atas Keutamaan pada senarai dan seretkannya.

3) Keutamaan telah ditetapkan.

Edit maklumat fail

Edit dan mengurus maklumat fail muzik.

1) Gerakkan kursor ke atas item, klik kanan dan klik Maklumat fail daripada menu.

Anda boleh mengedit Tetapan keutamaan dengan klik kanan dan memilih Keutamaan tanpa membuka tetingkap Edit maklumat fail.

2) Untuk menambah seni album, gerakkan kursor ke atas kawasan seni album, klik kanan dan klik Tambah seni album.

3) Pilih fail imej daripada Explorer dan klik OK.

4) Pengguna boleh input, edit dan simpan semua item.

Tetapkan penyusunan senarai

Pilih jenis penyusunan bagi item yang dimainkan pada senarai main.

1) Memilih kriteria penyusunan pada Bar susunan di bahagian atas senarai.

2) Item disusun secara automatik mengikut kriteria susunan.

Jika segi tiga menghala ke bawah, item disusun dalam susunan meurun, jika segi tiga menghala ke atas, item disusun dalam susunan menaik.

Anda tidak boleh seret & jatuhkan item untuk mengubah susunan selepas penyusunan.

5.20.02. Pengurus foto

Gambaran Keseluruhan

Pengurus foto membenarkan pengguna mengurus, menyimpan dan berkongsi fail foto dalam PC serta melihat dan mengedit fail yang disimpan dalam telefon mudah alih, kamkorder dan kamera digital Samsung.

Format yang disokong: BMP, JPG (JPEG), GIF, A-GIF, PNG, WBMP, TIF

Format sokongan untuk pemindahan fail telefon mudah alih di Korea: BMP, JPG (JPEG), GIF, A-GIF, PNG, WBMP, TIF

- Import fail dari PC - Import folder dari PC - Hantar kepada peranti - Import fail peranti - Padam lagu yang tiada - Editor foto

- Pembuat slaid - Paparkan slaid

- Tambah kepada penyalinan cakera - Cetak

Menyediakan fungsi slaid Pratonton, Lihat butiran dan Lihat putaran untuk fail foto.

- Pratonton : Memaparkan fail sebagai imej kecil. Bilangan fail yang dipaparkan pada satu skrin berbeza bergantung pada saiz imej kecil.

- Lihat butiran : Memaparkan imej kecil dan juga maklumat fail terperinci.

- Lihat slaid yang berputar : Memaparkan fail yang berputar di sekitar titik tengah.

Cari

Mencari fail foto berdasarkan pada Nama fail/Masa/Kata kunci.

- Mencari fail foto dalam susunan menurun bagi abjad/angka Arab.

- Jika tiada kumpulan yang dipaparkan pada submenu, hanya keputusan carian ditunjukkan.

- Untuk kembali ke skrin sebelumnya, anda perlu klik menu yang dikehendaki atau submenu selepas carian.

- Keputusan carian tidak disimpan.

1) Carian nama fail cth.) Klik butang Carian selepas memasukkan teks.

2) Carian masa cth.) Klik kalendar, pilih tarikh dan klik butang Cari untuk mencari daripada 25 Ogos 2008 sehingga 19 September 2008

3) Carian kata kunci cth.) Klik butang Carian selepas memasukkan teks.

Susun

Pilih jenis penyusunan bagi item yang dipaparkan pada senarai.

1) Memilih kriteria penyusunan daripada Nama fail/Masa/Saiz pada Senarai susunan di bahagian atas senarai.

2) Item disusun secara automatik mengikut kriteria susunan.

Kawasan bar alat Bakul/Fungsi

Bakul adalah ruang yang digunakan menyimpan fail secara sementara pada senarai.

Pada skrin permulaan, hanya satu fail yang dimasukkan dalam Bakul secara lalai.

1) Gunakan butang Buka bakul untuk membuka kawasan Bakul.

2) Pilih fail dalam Pemapar, dan seret & jatuhkannya pada kawasan Bakul . Opsyen fail dalam kawasan Bakul

1) Paparkan slaid: Memaparkan fail dalam Bakul sebagai slaid.

Editor foto

■ Mulakan editor foto global 1) Pilih Editor foto dari menu global.

2) Editor foto akan dimuat naik.

■ Mulakan editor foto fail

1) Gerakkan kusor pada fail, klik kanan dan pilih Editor foto dari menu.

2) Editor foto akan dimuat naik.

2) Editor foto akan dimuat naik.

Dokumen terkait