• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gambaran keseluruhan

Penjadual membenarkan anda untuk menambah, mengedit dan memadam jadual, serta mengeksport atau mengimport jadual kepada/daripada PC Studio Baru Samsung daripada/kepada telefon mudah alih anda.

Sesetengah aplikasi mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan negara.

Menambah Jadual

■ Paparan Bulanan

1) Untuk menambah jadual, lakukan salah satu daripada berikut:

Selepas memilih tarikh di mana jadual hendak ditambah, klik ikon Tambah di bawah aplikasi Penjadual.

Klik dua kali tarikh di mana jadual hendak ditambah.

Selepas klik kanan, klik item menu Tambah.

2) Apabila tetingkap Tambah jadual muncul, masukkan butiran dan klik butang OK untuk tambah jadual.

■ Paparan Mingguan

1) Untuk menambah jadual, lakukan salah satu daripada berikut:

Selepas memilih masa atau tarikh di mana jadual hendak ditambah, klik ikon Tambah di bawah aplikasi Penjadual.

Klik dua kali masa atau tarikh di mana jadual hendak ditambah.

Selepas klik kanan, klik item menu Tambah.

2) Apabila tetingkap Tambah jadual muncul, masukkan butiran dan klik butang OK untuk tambah jadual.

■ Gambaran Keseluruhan

1) Untuk menambah jadual, lakukan salah satu daripada berikut:

Klik ikon Tambah di bawah aplikasi Penjadual.

Klik dua kali senarai Penjadual kosong.

Selepas klik kanan, klik item menu Tambah.

2) Apabila tetingkap Tambah jadual muncul, masukkan butiran dan klik butang OK untuk tambah jadual.

Mengedit Jadual

1) Klik dua kali item untuk diedit dalam senarai Jadual.

Secara alternatif, klik kanan dengan kursor pada item sepadan dan klik item menu Edit jadual .

2) Apabila tetingkap Edit jadual muncul, edit butiran dan klik butang OK . Pengeditan jadual kemudiannya selesai.

Memadam Jadual

1) Pilih item untuk dipadam dalam senarai Jadual dan klik ikon Padam di bawah senarai.

Secara alternatif, klik kanan dengan kursor pada item sepadan dan klik item menu Padam .

2) Apabila tetingkap pop timbul muncul meminta pengesahan pemadaman, klik Ya. Jadual dipadam dari senarai.

3) Untuk memadam beberapa item, pilihnya dengan menahan kekunci Ctrl ke bawah dan klik ikon Padam di bawah senarai.

Mengemas kini tarikh/masa Jadual

■ Paparan Bulanan

Jika anda memilih item untuk diubah daripada senarai Jadual dan seretkannya ke tarikh yang sesuai, jadual dikemas kinikan.

■ Paparan Mingguan

Jika anda memilih item untuk diubah daripada senarai Jadual dan seretkannya ke tarikh dan masa yang sesuai, jadual dikemas kinikan.

Senarai Jadual telah tamat tempoh

Jika anda klik ikon menunjukkan jadual telah tamat tempoh daripada senarai Jadual, jadual Tamat Tempoh muncul.

■ Mengedit jadual yang telah Tamat Tempoh

1) Klik dua kali item untuk diedit daripada senarai Jadual yang Tamat Tempoh.

2) Apabila tetingkap Edit jadual muncul, edit butiran dan klik butang OK untuk menyelesaikan pengeditan jadual.

■ Memadam jadual yang telah Tamat Tempoh

1) Pilih item untuk dipadam dalam senarai Jadual yang telah Tamat Tempoh dan klik ikon Padam pada bahagian bawah senarai.

2) Jadual telah dipadamkan.

■ Mengemas kini tarikh/masa jadual yang telah Tamat Tempoh

1) Jika anda menyeret item untuk diubah daripada senarai Jadual yang telah Tamat Tempoh dalam Paparan mingguan kepada tarikh yang sesuai, jadual dikemas kini.

2) Jika anda menyeret item untuk diubah daripada senarai Jadual yang telah Tamat Tempoh dalam Paparan mingguan kepada tarikh dan masa yang sesuai, jadual dikemas kini.

Mengimport

■ Mengimport fail vKalendar

1) Klik item menu Import daripada menu pada bahagian paling atas aplikasi Penjadual.

2) Apabila tetingkap Import muncul, pilih‘Import fail vKalendar piawai ke dalam item folder Penjadual’ dan klik butang Seterusnya.

3) Klik butang Cari fail dan pilih fail untuk mengimport, dan kemudian klik butang Buka.

4) Fail untuk diimport didaftarkan. Klik butang Seterusnya.

5) Fail vKalendar yang telah didaftarkan mula mengimport ke dalam Kalendar. Apabila import selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan tambah fail vKalendar yang diimport kepada senarai jadual.

Format sokongan fail vKalendar import: *.VCS

■ Mengimport fail jadual

1) Klik item menu Import daripada menu pada bahagian paling atas aplikasi Penjadual.

2) Apabila tetingkap Import muncul, pilih‘Import fail jadual ke dalam item folder Jadual’ dan klik butang Seterusnya.

3) Klik butang Cari fail dan pilih fail untuk mengimport, dan kemudian klik butang Buka.

4) Fail untuk diimport didaftarkan. Klik butang Seterusnya.

5) Fail jadual yang telah didaftarkan mula mengimport. Apabila import selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan tambah fail jadual yang diimport kepada senarai jadual.

Format sokongan fail jadual import: *.NSF, *.DIF

Mengeksport

■ Mengeksport ke fail vKalendar

1) Klik item menu Eksport daripada menu pada bahagian paling atas aplikasi Penjadual.

2) Apabila tetingkap Eksport muncul, pilih‘Eksport jadual ke item fail vKalendar piawai’ dan klik butang Seterusnya.

3) Pilih folder untuk eksport dengan mengklik butang Cari folder dan klik butang Simpan.

4) Folder untuk dieksport didaftarkan. Klik butang Seterusnya.

5) Fail jadual mula mengeksport kepada Komputer Saya. Apabila eksport selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan buat fail vKalendar dalam folder yang dipilih.

Format sokongan fail vKalendar eksport: *.VCS

■ Mengeksport ke fail jadual

1) Klik item menu Eksport daripada menu pada bahagian atas aplikasi Penjadual.

2) Apabila tetingkap Eksport muncul, pilih butang radio bagi‘Eksport maklumat jadual ke item format fail jadual’

dan klik butang Seterusnya.

3) Klik butang Cari lokasi dan pilih lokasi yang sesuai dan kemudian klik butang Simpan.

4) Lokasi sesuai tersebut telah didaftar. Klik butang Seterusnya.

5) Fail jadual mula mengeksport kepada Komputer Saya. Apabila eksport selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan membuat fail jadual pada lokasi yang dipilih.

Format sokongan fail jadual eksport: *.NSF

Penyegerakan

Data yang baru ditambah disegerakkan, diedit dan/atau dipadam dengan membandingkan data di antara jadual Memo Studio PC Baru Samsung dan aplikasi jadual telefon mudah alih anda.

■ Segerakkan

1) Klik ikon Penyegerakan di bawah aplikasi Penjadual.

2) Tetingkap penyegerakan muncul dan penyegerakan bermula dengan telefon mudah alih anda disambungkan.

3) Apabila penyegerakan selesai, tetingkap Penyegerakan ditutup secara automatik selepas dua saat.

■ Menyelesaikan percanggahan penyegerakan

Percanggahan mungkin terjadi dalam penyegerakan apabila data yang sama dalam aplikasi dan dalam telefon mudah alih telah diubah. Dengan memilih data mana yang hendak digunakan, penyegerakan boleh diteruskan melalui tetingkap pop timbul percanggahan penyegerakan.

1) Apabila tetingkap percanggahan penyegerakan muncul, periksa perubahan data dalam setiap peranti dan pilih dengan mengklik item untuk disegerak.

2) Tekan butang Segerak untuk menyegerakkan data dengan item yang dipilih.

Apabila data yang sama ditukar supaya satu lokasi tersebut ditetapkan untuk dipadam dan yang lagi satu telah ditetapkan untuk dikemas kini, penyegerakan akan memproseskannya sebagai Padam.

■ Hentikan Segerak

Jika anda klik butang Berhenti semasa penyegerakan, penyegerakan akan berhenti.

■ Penyegerakan Outlook

1) Klik item menu Tetapan penyegerakan daripada menu pada bahagian atas aplikasi Penjadual.

2) Pilih borang pengesahan kosong untuk‘Penyegerakan di antara Outlook dan item Penjadual’.

3) Apabila penyegerakan dilakukan mengikut tetapan penyegerakan, Outlook juga disegerakkan.

■ Jika beberapa telefon mudah alih disambungkan

1) Klik item menu Tetapan penyegerakan daripada menu pada bahagian atas aplikasi Penjadual.

2) Klik OK selepas memilih telefon mudah alih untuk disegerakkan daripada senarai telefon yang disambung.

05 Huraian aplikasi

Dokumen terkait