• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gambaran keseluruhan

Buku telefon membenarkan anda untuk menambah, mengedit dan memadam kenalan dan kumpulan dan untuk menyegerak kenalan yang disimpan dalam PC Studio Baru Samsung dengan telefon mudah alih anda dan sebaliknya.

Sesetengah aplikasi mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan negara.

Menambah kenalan

1) Klik ikon Tambah di bawah aplikasi Buku Telefon.

Secara alternatif, klik dua kali senarai kenalan kosong atau klik kanan dan klik item menu Tambah.

2) Apabila tetingkap kenalan Tambah muncul, masukkan butiran dan klik butang OK . Kenalan baru akan ditambah ke senarai.

Penadaftaran foto

1) Klik kanan pada pendaftaran foto dalam tetingkap Tambah kenalan.

2) Pilih lokasi foto yang hendak dicari. (Lokasi akan memaparkan Komputer Saya dan Telefon mudah alih yang disambung.)

3) Cari foto, pilihnya dan kemudian klik butang Buka untuk mendaftarkannya.

Secara alternatif, seret dan jatuhkan imej untuk mendaftar dalam tetingkap Tambah kenalan untuk mendaftarkannya.

Format sokongan pendaftaran foto: *.BMP, *.JPG, *.JPEG, *.PNG, *.GIF, *.WBMP, *.TIF

Mengedit kenalan

1) Klik dua kali item untuk diedit dalam senarai kenalan.

Secara alternatif, klik kanan dengan kursor pada item yang sepadan dan klik item menu Edit.

2) Apabila tetingkap Edit kenalan muncul, edit butiran dan klik butang OK . Pengeditan kenalan kemudiannya selesai.

Memadam kenalan

1) Pilih item untuk dipadam dalam senarai kenalan dan klik ikon Padam di bawah aplikasi Buku Telefon.

Secara alternatif, klik kanan dengan kursor pada item sepadan dan klik item menu Padam .

2) Apabila tetingkap pop timbul muncul meminta pengesahan pemadaman, klik Ya. Kenalan kemudian dipadamkan dari senarai.

3) Apabila anda memadam beberapa item, pilih ia dengan kekunci Ctrl ditahan ke bawah atau letakkan kursor pada senarai kosong dan seret item untuk memadam ke dalam senarai, dan kemudian pilih ia. Kemudian, klik ikon Padam di bahagian bawah senarai.

Menambah kumpulan

1) Klik ikon Tambah kumpulan di bawah aplikasi Buku Telefon.

Secara alternatif, klik kanan dengan kursor pada item kumpulan dalam senarai kenalan dan klik item menu Tambah kumpulan .

2) Apabila tetingkap‘Tambah kumpulan’ muncul, masukkan kandungan seperti yang diperlukan dan klik butang OK untuk menambah kumpulan kepada senarai.

3) Kemudian, klik pada senarai kenalan atau senarai kosong untuk melengkapkan Tambah kumpulan.

Menamakan kumpulan

1) Selepas mengklik kanan dengan kursor pada kumpulan yang hendak dinamakan semula, klik item menu Menama kumpulan .

2) Apabila tetingkap‘Edit kumpulan’ muncul, edit kandungan seperti yang diperlukan dan klik butang OK untuk mengedit kumpulan.

3) Kemudian, klik pada senarai kenalan atau senarai kosong untuk melengkapkan Menama kumpulan.

Memadam kumpulan

1) Pilih kumpulan untuk dipadam dan klik ikon Padam di bawah aplikasi Buku Telefon.

Secara alternatif, klik kanan dengan kursor pada kumpulan untuk memadam dan klik item menu Padam kumpulan . 2) Apabila tetingkap pop timbul muncul meminta pengesahan pemadaman, klik Ya. Semua kenalan dalam kumpulan ditukar kepada Kumpulan yang Ditakrif dan kumpulan dipadam .

Mengimport

■ Mengimport fail vCard

1) Klik item menu Import daripada Menu di bahagian atas aplikasi Buku Telefon.

2) Apabila tetingkap Import muncul, pilih‘Import fail vCard piawai ke dalam item folder Buku Telefon’ dan klik butang Seterusnya .

3) Klik butang Cari fail dan pilih fail vCard untuk diimport, dan kemudian klik butang Buka . 4) Fail untuk diimport didaftarkan. Klik butang Seterusnya .

5) Fail vCard yang telah didaftarkan mula mengimport ke dalam Buku Telefon. Apabila import selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan tambah fail vCard yang diimport ke senarai kenalan.

Format sokongan fail vCard import: *.VCF

■ Mengimport fail kenalan Buku Telefon

1) Klik item menu Import pada Menu di bahagian atas aplikasi Buku Telefon.

2) Apabila tetingkap Import muncul, pilih‘Import fail kenalan ke dalam item folder Buku Telefon’ dan butang Seterusnya .

3) Klik butang Cari fail dan pilih fail kenalan untuk diimport, dan kemudian klik butang Buka . 4) Fail untuk diimport didaftarkan. Klik butang Seterusnya .

5) Fail kenalan yang telah didaftarkan mula mengimport ke dalam Buku Telefon. Apabila import selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan menambah fail kenalan yang diimport ke senarai fail kenalan.

Format sokongan fail kenalan import: *.npf, *.lef, *.wab, *.mdb

Mengeksport

■ Mengeksport ke fail vCard

1) Klik item menu Eksport daripada Menu di bahagian atas aplikasi Buku Telefon.

2) Apabila tetingkap Eksport muncul, pilih butang radio bagi 'Eksport kenalan Buku Telefon kepada item fail vCard piawai’ dan klik butang Seterusnya .

3) Pilih folder untuk eksport dengan mengklik butang Cari folder dan klik butang Simpan . 4) Folder untuk dieksport didaftarkan. Klik butang Seterusnya .

5) Fail vCard mula mengeksport kepada Komputer Saya. Apabila eksport selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan buat fail vCard dalam folder yang dipilih . Format sokongan fail vCard eksport: *.VCF

■ Mengeksport ke fail kenalan Buku Telefon

1) Klik item menu Eksport daripada Menu di bahagian atas aplikasi Buku Telefon.

2) Apabila tetingkap Eksport muncul, pilih butang radio bagi‘Eksport kenalan PC Studio Baru ke item fail’ dan klik butang Seterusnya .

3) Klik butang Cari lokasi dan pilih lokasi yang sesuai dan kemudian klik butang Simpan . 4) Lokasi sesuai tersebut telah didaftar. Klik butang Seterusnya .

5) Fail kenalan mula mengeksport kepada Komputer Saya. Apabila eksport selesai, butang Selesai akan diaktifkan.

6) Klik butang Selesai untuk menutup tetingkap dan membuat fail kenalan pada lokasi yang dipilih.

Format sokongan fail kenalan eksport: *.NPF

Penyegerakan

Data baru, yang diubah suai atau dipadam disegerakkan dengan membandingkan data buku telefon bagi PC Studio Baru Samsung dan telefon mudah alih anda.

■ Segerakkan

1) Klik ikon Penyegerakan di bawah aplikasi Buku Telefon.

2) Tetingkap penyegerakan muncul dan penyegerakan bermula dengan telefon mudah alih anda yang disambung.

3) Apabila penyegerakan selesai, tetingkap Penyegerakan akan tutup secara automatik selepas beberapa saat.

■ Menyelesaikan percanggahan penyegerakan

Percanggahan mungkin terjadi dalam penyegerakan apabila data yang sama dalam aplikasi dan dalam telefon mudah alih telah diubah. Dengan memilih data mana yang hendak digunakan, penyegerakan boleh diteruskan melalui tetingkap pop timbul percanggahan penyegerakan.

1) Apabila tetingkap pop timbul percanggahan penyegerakan muncul, periksa perubahan data dalam setiap peranti dan pilih dengan mengklik item untuk disegerak.

2) Tekan butang Segerak untuk menyegerakkan data dengan item yang dipilih.

Apabila data yang sama ditukar supaya satu lokasi tersebut ditetapkan untuk dipadam dan yang lagi satu telah ditetapkan untuk dikemas kini, penyegerakan akan memproseskannya sebagai Padam.

■ Hentikan Segerak

Jika anda klik butang Berhenti semasa penyegerakan, penyegerakan akan berhenti .

■ Penyegerakan Outlook

1) Klik item menu Tetapan penyegerakan daripada menu di bahagian atas aplikasi Buku Telefon.

2) Pilih borang pengesahan kosong untuk‘Penyegerakan di antara Outlook dan item Buku Telefon’ . 3) Apabila penyegerakan dilakukan mengikut tetapan penyegerakan, Outlook juga disegerakkan.

■ Jika beberapa telefon mudah alih disambungkan

Pilih telefon mudah alih untuk disegerakkan daripada telefon mudah alih yang disambung dalam tetingkap pop timbul Opsyen Penyegerakan.

1) Klik item menu Tetapan penyegerakan daripada menu di bahagian atas aplikasi Buku Telefon.

2) Klik OK selepas memilih telefon mudah alih untuk disegerakkan daripada senarai telefon yang disambung.

05 Huraian aplikasi

Dokumen terkait