• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.6 Definisi Konsep

1.7.2 Pendekatan Struktural

Pendekatan struktural merupakan suatu kaedah analisis yang menumpukan kepada karya yang dihasilkan tanpa mengambil kira aspek luaran atau personal yang berkaitan dengan pengarang sesebuah karya. Ini bermaksud tumpuan kajian ialah kepada bentuk fizikal berbanding dengan makna yang dibawakan oleh sesuatu teks yang dikaji (Kirby, 1987, ms. ix). Aspek penting yang menjadi dasar kajian ini ialah ciri-ciri komponen yang menjadi struktur sesebuah teks dramatik. Pendekatan ini tidak menghubungkan antara karya dengan diri pengarang, latar belakang, pendidikan, fungsi kesusasteraan, keperluan masa, dan sebagainya. Pendekatan ini mahu menilai mutu pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut. Pendekatan ini berhasrat untuk melahirkan karya yang dapat menjadi kemegahan bangsa dengan

menuntut keseriusan berkarya di kalangan pengarang atau penulis dengan mementingkan aspek seni di dalam penghasilan karya masing-masing. Selain itu, pendekatan yang menganalisis teknikal dan mekanisme sesebuah karya ini juga, berharap dapat membuka pemikiran pengarang dan pembaca tentang teks tersebut sama ada dari aspek kekuatan dan kelemahannya, mahu pun dari aspek makna khususnya bagi karya yang menerapkan aspek metafizik atau falsafah.

Mana Sikana (1998, ms. 118) menyenaraikan beberapa konsep yang menjadi panduan apabila menggunakan pendekatan ini untuk menganalisis sesebuah karya: Pertama, karya diletakkan sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka (struktur) dan bentuk yang tersendiri. Penilaian dan penelitiannya adalah berdasarkan cara komponen-komponen tersebut diolah, diadun, dan dibina dalam sesebuah karya (aspek teknikal). Walau bagaimanapun setiap genre karya sama ada seni atau sastera masing-masing mempunyai struktur yang tersendiri. Kedua, pendekatan struktural menekankan kesepaduan, penyesuaian, perseimbangan, dan kepadatan di antara isi

dengan bentuk (sifat intrinsik dengan sifat estrinsik/luaran dan dalaman).63

“Kesepaduan bermaksud memiliki sifat yang organis atau kesatuan dalam semua aspek komponennya. Keindahan dan kekuatan karya banyak bergantung kepada cara

pengarang mengembangkan watak sesuai dengan tema, plot dan tindakannya.”64

Kepadatan pula terhasil daripada pengolahan semua komponen karya yang bertepatan dengan sub teks, gaya atau konsep karya serta persoalan yang dikemukakan. Ketiga, pendekatan struktural membolehkan komponen-komponen sesebuah karya dibincangkan secara berasingan, contohnya seseorang pengkaji itu boleh memilih untuk meneliti aspek pemikiran sahaja, atau komponen watak sahaja.

63

Isi ialah persoalan, pemikiran, falsafah, cerita, pusat penceritaan, bahan, atau sebarang subjek yang dapat dikatakan sebagai rangka dalaman sesebuah karya. Sementara rangka luaran (bentuk) ialah tema, plot, bahasa dan sebagainya terpulang kepada jenis karya yang dikaji (Ibid, ms. 121).

64

Analisis struktural adalah suatu teknik untuk mengenal pasti bentuk hubungan yang dibuat oleh seseorang pengarang terhadap komponen-komponen yang membentuk sesebuah drama pentas yang dihasilkannya. Hubungan yang dimaksudkan di sini ialah di antara satu komponen dengan komponen yang lain, dan hubungan komponen-komponen tersebut pada keseluruhannya. Persoalan yang perlu diselesaikan apabila mengkaji sesuatu struktur sama ada teks dramatik atau genre sastera yang lain ialah, mengapakah sesuatu komponen itu diwujudkan, apakah, dan bagaimanakah kedudukannya dalam bentuk tersebut, juga kedudukannya di antara komponen-komponen yang lain. Bagaimana pun setiap komponen mempunyai fungsi yang tersendiri, analisis perlu menentukan peranan yang dimainkan oleh setiap komponen sama ada penting, berkesan, kurang relevan, bersesuaian dan sebagainya. Penulis skrip ‘membina’ drama yang mahu dihasilkan berdasarkan komponen-komponen yang telah dipilih, serta struktur yang telah ditetapkan. Drama boleh dihasilkan dalam struktur yang padat dan kemas atau pun dalam susunan yang longgar, yang penting adalah setiap komponen yang membangunkannya perlu saling bekerjasama dari aspek bentuk, kekuatan, dan makna. Tanpa struktur yang kemas, teater yang akan dipersembahkan itu akan menjadi lemah (Wilson dan Golfarb, 1991, ms. 140). Ini bererti komponen-komponen yang membentuk teks dramatik perlu disusun dan dihubungkaitkan di antara satu sama lain berdasarkan prinsip dan peraturan tertentu (pemilihan bahasa, jenis watak, struktur dramatik atau lain-lain) untuk menghasilkan suatu bentuk akhir yang mantap. Komponen-komponen tersebut adalah bentuk-bentuk individu yang dipilih dan disusun untuk penghasilan bentuk yang lebih besar. Apakah pula komponen-komponen yang membentuk sesebuah teks teater? Menurut Alan Downer (Levitt, 1971, ms. 10) mengenal pasti unit-unit komponen

drama adalah langkah pertama untuk menganalisis struktur sesuatu drama:65

65 Downer (Levitt, 1971, ms. 14): “the discovery of the component units remains” adalah asas utama untuk menganalisis struktur keseluruhan sesebuah skrip drama pentas.

“What is the underlying organizational principle which unifies the whole

work? Not until the unifying principle is discovered can the mutual relation of the scenes – the constituent parts of the structure – to the whole play be seen. In other words, before we can analyze the relation

of the part (or parts) to the whole, we must know what the whole is or means (Ibid, ms. 19).”

(Terjemahan: Apakah yang mendasari prinsip organisasi yang membentuk penyatuan keseluruhan? Bukan sehingga prinsip dasar penggabung hubungan kepada babak-babak dapat diketahui – komponen yang menjadi sebahagian daripada struktur – dalam konteks keseluruhan teks dramatik yang dikaji. Dalam kata lain, sebelum kita menganalisis hubungan di antara komponen (atau komponen-komponen), kita harus mengetahui apakah bentuk yang kita hadapi (sama ada genre atau aliran - Penulis) atau objeknya itu.)

Petikan di atas menerangkan pendekatan untuk memahami prinsip penyusunan atau struktur teks dramatik. Sebelum itu, pembaca perlu mengenal pasti terlebih dahulu komonen-komponen yang menjadi sebahagian penstrukturan itu. Pembaca juga perlu tahu tentang ciri genre yang sedang mereka hadapi. Dalam konteks kajian ini, objek yang mahu dikaji ialah teks dramatik beraliran eksperimental. Teks dramatik itu pula di dalamnya ada komponen-komponen yang terdiri daripada pemikiran, watak, dialog, plot, kesan visual, dan kesan bunyi yang mendokong pembentukan identiti genre drama itu sendiri. Setelah semua aspek itu jelas barulah langkah-langkah untuk memahami pendekatan penstrukturan teks, seterusnya dianalisis dan dihuraikan.

Mendekati prinsip penstrukturan66 melibatkan proses memahami penyusunan, bentuk

hubungan, dan fungsi komponen teks dramatik. Persoalan yang perlu diketahui terlebih ialah apakah material yang akan melalui proses penstrukturan, atau apakah bahan atau komponen yang perlu diorganisasikan. Adalah penting untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesebuah teks dramatik bagi memahami struktur pembentukannya.

66 Prinsip struktural yang dikemukakan oleh Shklovsky ialah ‘the form of art are explainable by the laws of art’; those

Pendekatan analisis struktural berasaskan tiga prinsip iaitu kedudukan, fungsi, dan hubungan. Tahap-tahap kerja analisis terhadap teks-teks dramatik TEM adalah seperti berikut:

a) Analisis ciri dan kategori komponen-komponen teks dramatik;

b) Analisis kedudukan komponen-komponen;

c) Analisis fungsi komponen-komponen; dan

d) Analisis hubungan di antara komponen-komponen yang menstruktur teks dramatik TEM.

Analisis melalui pendekatan ini memberikan khalayak ruang untuk memahami peranan sesuatu komponen yang wujud di dalam sesebuah teks dan menjangkakan kemungkinan peranan yang dimainkan oleh setiap bahagian. Sebagai contoh, watak dilabelkan dalam beberapa kategori dengan mempertimbangkan perkara seperti sifat dan latar belakang watak, fungsi asas yang dimainkan, serta watak yang memaparkan elemen kemelayuan. Kedua-dua bentuk analisis yang diaplikasikan dalam penyelidikan ini secara tidak langsung dapat membantu mengelompokkan teks-teks ke dalam kategori atau aliran yang berkaitan. Proses tersebut juga mendedahkan khalayak kepada pengaruh yang diterapkan di dalamnya, gaya penyampaian dan persembahan, serta pemikiran yang mahu dihantar.