• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN BAHAN BERTULIS

2.3 Rangka Teori Kajian

Sub topik ini akan memberikan situasi yang terhampir berkaitan dengan permasalahan kajian, iaitu fakta tentang TEM 1970-an berasaskan suatu kajian lepas yang dapat dianggap paling lengkap untuk dekad tersebut setakat tesis ini disiapkan. Seterusnya, beberapa pandangan kritikal dan analitikal daripada sarjana bidang drama dan teater Melayu terhadap perkembangan yang berkaitan dengan penghasilan teks dramatik TEM pada tahun 1980 dan 1990-an telah dikaitkan dengan permasalahan kajian ini. Setelah meneliti semua aspek yang berkaitan dengan kajian terhadap bentuk dan struktur TEM 1980 dan 1990-an, gambaran terdekat telah dapat dirangkakan, diteorikan, dan seterusnya menyediakan suatu hipotesis tentang fenomena yang dikaji.

Fenomena mahu diketahui atau diperjelaskan di sini ialah tentang organisasi teks dramatik yang pada asasnya terdiri daripada enam komponen atau elemen iaitu plot, watak, pemikiran, diksi, muzik/kesan bunyi, dan kesan visual. Enam komponen ini diangkat berasaskan definisi tragedi oleh Aristotle (Thaiss dan Davis, 1999, ms. 54) yang menyenaraikan istilah-istilah yang membezakan skrip drama pentas atau teks dramatik dengan lain-lain bentuk karya fiksyen seperti cerpen, novel, atau puisi. Enam komponen ini membezakan teks dramatik dengan genre fiksyen yang lain, tetapi struktur, susunan, atau olahan terhadap organisasi teks dramatik itu menghasilkan pula bentuk-bentuk drama dan teater yang berbeza aliran dan gaya persembahannya. Justeru hingga ke hari ini, teks dramatik telah dikategorikan dalam pelbagai bentuk dan aliran, antaranya ialah tragedi, komedi, muzikal, realisme, eksperimental, absurd, surealisme, fizikal, ekspresionisme, bangsawan, sandiwara, fitrah, dan banyak lagi. Struktur baru yang dicetuskan oleh beberapa dramatis Melayu di Malaysia sekitar tahun 1970-an telah mewujudkan suatu aliran yang dikenali sebagai teater eksperimental Melayu. Aliran ini kemudiannya meneruskan survivalnya hingga ke tahun seterusnya, khususnya tahun 1980 dan 1990-an, yang dibuktikan berdasarkan

penghasilan teks dramatik yang diterbitkan selain pementasan berbentuk

eksperimental yang berlangsung dalam tempoh dua dekad itu.68

Kemunculan aliran eksperimental pada tahun 1970-an dikaitkan dengan keadaan politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia yang kurang stabil pada dekad-dekad

sebelum, dengan klimaksnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.69 Kelahiran drama dan

teater dalam bentuk yang kontras dengan drama realisme yang mendominasi tahun 1960-an khususnya, adalah kesan daripada rasa tidak puas hati akan keupayaan aliran realisme menyampaikan pemikiran dramatis pada tahun 1970-an. Nur Nina Zuhra yang menganalisis 25 buah teks dramatik, termasuk 15 buah daripadanya adalah teks TEM 1970-an telah merumuskan ciri-ciri elemen yang menstruktur teks-teks tersebut berdasarkan komponen-komponen berikut:

i) Tema atau pemikiran utama terdiri daripada (a) menyuarakan

permasalahan rakyat, (b) tentang hilangnya nilai-nilai kemanusiaan, (c) mengenai diri dan pihak lain, dan (d) persoalan berkaitan fitrah (nature) drama dan teater sebagai karya seni dan peranannya kepada masyarakat.

ii) Watak-watak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu (a) watak

abstrak, (b) watak luarbiasa, (c) watak pencari (kebenaran atau kenyataan), (d) watak historikal dan legenda, dan (e) watak sebagai korus.

iii) Plot atau struktur dramatik diolah dalam bentuk (a) pendekatan teater

sebagai teater – dikerjakan dan dipersembahkan sebagai suatu bahan seni dengan menekankan aspek teaterikal, mempelbagaikan teknik penyampaian (multimedia), dan memisahkan antara realiti dan persembahan, (b) adaptasi daripada teater tradisional, (c) persembahan yang sukar difahami, (d) absurd (dalam konteks bentuk cerita bukan

68

Rujuk senarai teks dan pementasan TEM sepanjang 1980-1990-an. Experimental theater, the third phase of modern Malay drama, is commonly called teater kontemporari (contemporary theater) and signifies the anti-realistic plays which dominated Malay theater during the 1970s. This theatrical style was still explored in the 1980s along with other trends but a review of plays in the 1980s is not in this present analysis (Nur Nina Zuhra, 1992, ms. 9).

69 The racial disturbances of May 13, 1969 were turning point in Malaysia’s history and a major factor shaping the direction of theater in 1970s (Ibid, ms. 143).

pemikiran), (e) mimpi – diangkat sebagai plot, dan (f) menampilkan banyak tragedi – kematian dan pembunuhan.

iv) Diksi atau bahasa yang digunakan untuk membentuk dialog mempunyai

kelainan berbanding gaya dan bentuk bahasa harian. Bahasa yang digunakan lebih puitik, pelbagai gaya dan bentuk bahasa Melayu, serta menggunakan bahasa dan istilah Inggeris.

v) Set atau kesan visual yang dihasilkan bersifat abstrak, menggunakan

simbol, suasana surrealistik, tanpa ruang tamu, tidak memaparkan indeks masa dan tempat, kesan cahaya digunakan secara maksimum untuk mengubah, menanda, atau menghasilkan imej yang diperlukan.

vi) Muzik, bunyi atau lagu: aspek ini tidak dirumuskan tetapi dalam ulasan

terhadap bahasa ada dinyatakan penggunaan lagu sebagai sebahagian daripada dialog.

Pada akhir tahun 1970 dan awal tahun 1980-an, teater Melayu mengalami zaman kemerosotan dari aspek sambutan penonton terhadap pementasan dan penghasilan teks dramatik yang diiktiraf kualitinya. Bukti situasi ini ialah apabila kerajaan terpaksa mengambil beberapa langkah untuk mempastikan teater Melayu terus hidup. Antara langkah yang diambil ialah mewujudkan slot pementasan Drama Sebabak dan menganjurkan pertandingan menulis skrip drama pentas. Salah satu faktor utama yang dikaitkan, mencetuskan suasana murung untuk teater Melayu ketika itu ialah pementasan dan penghasilan teater-teater berbentuk baru atau beraliran eksperimental yang sukar untuk difahami serta kesan label absurd yang diberikan oleh pengkritik. Dalam situasi yang murung itu, didapati bahawa teks-teks dramatik untuk pementasan berbentuk eksperimental masih terus dihasilkan dan sebahagiannya diterbitkan. Untuk tahun 1980-an, sebanyak 18 buah teks dramatik dalam aliran eksperimental telah berjaya dikumpulkan, dan bilangan itu telah meningkat pada tahun 1990-an dengan jumlah terkumpul sebanyak 26 buah. Tidak banyak kajian yang dibuat

terhadap situasi yang berlaku ketika itu secara terperinci untuk dikaitkan dengan penghasilan, bentuk dan struktur teks dramatik, sama ada untuk dekad 1980 mahu pun 1990-an. Tetapi Solehah Ishak dalam Staging Eastern Voices (2005, ms. 165) telah mengaitkan perkembangan teater Melayu moden 1980-an dengan pergolakan politik yang berlaku kepada parti yang diterajui dan dimiliki oleh bangsa Melayu iaitu United Malay National Organization (UMNO), selain perkembangan ekonomi yang agak perlahan. Dua nama besar dalam teater Melayu, khususnya aliran eksperimental, serta teks yang dihasilkan, iaitu Noordin Hassan dan Syed Alwi Al Hadi telah disebut sebagai contoh untuk menggambarkan bentuk dan struktur drama yang dihasilkan pada dekad itu. Elemen utama yang dihuraikan ialah komponen pemikiran iaitu tentang kepimpinan, pentadbiran, dan tanggungjawab sama ada individu mahu pun dikalangan pemerintah. Beliau merumuskan tahun 1980-an merupakan era retrospektif dan nostalgia atau dalam kata lain drama yang dihasilkan ketika itu memperjelaskan lagi tentang bentuk dan gaya pendramaan seseorang dramatis, dan pandangan mereka terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat yang digubah menjadi bahan teaterikal. Solehah Ishak juga berusaha untuk menterjemahkan tentang gaya pendramaan Melayu untuk dekad 1990-an. Hakikatnya penghasilan tidak begitu memberangsangkan, aktiviti drama dan teater banyak dikaitkan dengan hasil kerja terjemahan dan adaptasi, daripada drama Melayu ke Inggeris, atau daripada novel ke pentas. Mana Sikana (2004, ms. 309) menganggap dekad 1990-an sebagai zaman kebangkitan drama Melayu moden, sambil menyentuh tentang prasarana, ruang aktiviti pementasan dan penghasilan skrip sebagai faktor yang mempengaruhi perkembangan positif itu. Tahun 1980-an juga dikatakan memperlihatkan keadaan yang menarik (memberangsangkan) sambil menyebutkan beberapa nama dramatis dan penggiat teater antaranya ialah Ismail Kassan, Anwar Ridhwan, dan Noordin Hassan. Menurut beliau, latar atau senario semasa terpenting untuk dua dekad ini, masalah rasuah (Ibid, ms. 305).

Pandangan para panel penilai untuk Hadiah Sastera Malaysia pada sesi

1984/1985 dan 1992/199370 terhadap skrip drama pentas yang dinilai dalam anugerah

itu, memberikan serba sedikit gambaran tentang bentuk dan struktur teks dramatik, khususnya untuk aliran eksperimental, yang dihasilkan. Dalam pemilihan dan penilaian bagi sesi 1984/1985, panel penilai mengenalpasti dua bentuk penulisan atau bentuk drama yang ketara dihasilkan iaitu berciri absurd (rentetan daripada dekad 1970-an) dan realisme (lanjutan daripada tradisi penulisan yang popular pada dekad 1960-an). Antara teks yang diberi pengiktirafan ialah Mencari Roh Yang Hilang karya Anuar Nor

Arai dan Cenderawasih karya S.M. Noor.71 Kedua-duanya terpilih berdasarkan

beberapa eksperimen terutama dari aspek bentuk, struktur penceritaan, serta tema yang dibawakan. Dalam penilaian untuk Hadiah Sastera Malaysia bagi tahun 1992/93, dua buah lagi teks eksperimen menerima pengiktirafan dan pemenang hadiah utama:

Yang Menjelma dan Menghilang karya Anwar Ridhwan, dan Sirih Bertepuk Pinang Menari karya Noordin Hassan.72 Laporan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93 antara lain menganggap kemunculan drama Yang Menjelma dan Menghilang karya Anwar Ridhwan itu sebagai suatu kebangkitan semula konsep teater surealisme yang telah agak tenggelam sejak drama berkonsep sedemikian diperkenalkan pada dekad 1970-an. Malah kemunculannya juga membawa bentuk surealisme yang baru dan berbeza daripada apa yang pernah menjadi tradisi suatu dekad dahulu. Teks ini mengemukakan gaya dan bentuk baru dalam sejarah drama dan teater Melayu di Malaysia yang memenuhi tuntutan kelainan sebagai sumber teks pementasan teater; dan kepuasan di pihak khalayak kerana dapat mengongsikan pengalaman hidup hariannya untuk mengembangkan pengalaman bacaan atau tontonannya untuk

menikmati teks tersebut.73 Menurut laporan tersebut juga, “Yang Menjelma dan

Menghilang mengungkapkan semula persoalan itu (manusia dengan perebutan

70

Ahmad Kamal Abdullah dan et.al., 1990, ms. 355 dan Laporan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93, 1993, ms. 79.

71

Teks-teks lain ialah Wira Bukit karya A.Samad Said, Bumiku Oh Bumiku karya Zaini Ozea, serta drama adaptasi

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Johan Jaaffar.

72 Dua teks lain ialah Tuk Ketua karya Wan Ahmad Ismail dan Cik Siti Wan Kembang karya Mohamed Zahir Haji Ismail.

73

kekuasaan, rasuah dan pembunuhan), tetapi dengan teknik yang sama sekali tidak pernah terfikir dalam pemikiran pengarang kita, malah mana-mana pengarang dunia mana pun (1994, ms. 78).”

Membandingkan beberapa pandangan untuk dekad 1980 dan 1990-an dengan rumusan yang telah dibuat oleh Nur Nina Zuhra untuk TEM 1970-an, pada tahap ini, dapat dikatakan bahawa memang ada perubahan dan perbezaan dalam bentuk dan struktur teks dramatik yang dihasilkan di antara ketiga-tiga dekad itu. TEM tahun 1970-an, telah jelas ciri-ciri strukturnya diperincik1970-an, tetapi ciri khusus untuk tahun 1980 dan 1990-an masih lagi belum diperjelaskan secara menyeluruh dan meliputi teks yang dihasilkan pada ketika itu. Pandangan dan rumusan yang dibuat adalah berasaskan contoh teks dramatik, dramatis dan penggiat teater, serta pementasan yang paling mengesankan dan memberikan sumbangan ketara kepada drama dan teater Melayu keseluruhannya. Tetapi pandangan dan ulasan begini tetap penting sebagai indeks kepada fenomena yang sedang dikaji oleh penyelidikan ini. Gaya, konsep, pemikiran, dan pendekatan persembahan yang dilabelkan oleh para sarjana dan penganalisis merupakan tanda bahawa walau kecil atau besar, tetap ada perbezaan dari aspek bentuk dan struktur teks dramatik yang dihasilkan daripada satu dekad ke satu dekad. Jika dikaitkan dengan natural sebuah karya dalam aliran eksperimental, termasuklah drama dan teater, karya dalam aliran ini bersifat dinamik, sentiasa berusaha menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada sebelumnya. Justeru situasi yang sama juga diharapkan berlaku kepada perkembangan drama dan teater Melayu di Malaysia khususnya.