• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KETIGA

KEHADIRAN MAWLANA TOK KHURASAN

3.1.2 Pengajian Ilmiah Islam Setelah Kehadiran Mawlana Tok Khurasan

Dato' Haji Yusoff Zaki Haji Yaacub pernah menyebutkan bahawa Mawlana Khurasan merupakan individu yang mula-mula membawa masuk pengajian ‘ulum al-hadith ke

390 Nik Abdul Aziz b. Hj. Nik Hasan (1977), op. cit., h. 105, 111.

147 negeri Kelantan. Beliau telah membuka lembaran baru dalam pendekatan pengajian hadith dan sunnah mengikut kaedah ilmiah yang belum pernah diterokai oleh mana-mana ulama' tempatan sebelum daripada kedatangannya.392

Kehadiran dan penubuhan halaqat pengajian Mawlana Tok Khurasan di Kota Bharu sekitar tahun 1917 memang telah membawa suatu pembaharuan bagi masyarakat dan para ulama' tempatan ketika itu serta secara tidak langsung pula telah memperkayakan lagi khazanah ilmu di sana, khususnya dalam pengajian ilmu hadith.393 Kenyataan ini tidaklah bermaksud bahawa masyarakat dan para ulama' tempatan langsung tidak mengenali hadith, tetapi yang dimaksudkannya ialah mengenali pengajian hadith dalam wajahnya yang sebenar, yang meliputi ilmu-ilmu, kaedah dan disiplin-disiplinnya yang multidimensional serta penghayatan terhadapnya.394

Hadith-hadith yang dikenali oleh masyarakat dan ulama' tempatan sebelum ini adalah yang berada dalam ruangan yang sempit iaitu apabila membicarakan soal fadail al-a’mal, targhib wa tarhib dan kadang-kadang yang disebutkan secara tempelan di

dalam kitab fiqh sahaja. Hadith-hadith yang diletakkan dalam sebahagian besar kitab-kitab jawi lama karangan mereka itu juga tidak lebih dari hanya untuk mendapat keberkatan semata-mata. Hadith-hadith yang diimani mereka ini pula kebanyakannya

392 Catatan Ibnu Muslim, Harakah Daily. Harakah Internet Edition, 24 Januari 1999 / 7 Syawal 1419.

Ucapan yang disampaikan sewaktu menyampaikan kuliah bahasa Arab anjuran ABIM di Sekolah Naim pada 3 Oktober 1976.

393 Lihat Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Hasan (1977), op.cit., h. 70.

394 Masyarakat umum pada masa itu, termasuk para alim ulama'nya, tidak mengenal disiplin ilmu hadith,

bahkan hadith itu sendiri masih tidak jelas di dalam pemikiran mereka. Masyarakat umum dan kebanyakan alim ulama' ketika itu dan sebelumnya menganggap ilmu hadith sebagai ilmu yang tidak boleh dipelajari oleh manusia pada zaman itu dan pengajaran mengenainya dianggap suatu pengajaran yang menyeleweng daripada lunas-lunas keagamaan. Oleh yang demikian, mereka cuba mengelakkan diri

daripada belajar ilmu ' tabu ' ini. Lihat Nik Abdul Aziz bin Nik Hasan (1975), op. cit., h. 32, (1977),

148 adalah yang tidak dikenali asalnya, da'if, bahkan mawdu’ dan penyumbang utama

terhadap kesuburan hadith-hadith kategori ini adalah pengajian ilmu tasawuf.395

Pengajian hadith yang mula berkembang di dalam halaqat pengajian Mawlana Tok Khurasan telah menyebabkan masyarakat ilmuwan Kelantan mula tertumpu dan memberi perhatian kepada kedudukan hadith yang sebenar di dalam perundangan Islam.396 Sebelum dari ini, masyarakat ilmuwan Kelantan hanya melihat hadith dari sumber-sumber yang tidak berautoriti iaitu yang disebutkan secara tempelan di dalam kitab-kitab tasawuf dan fiqh, yang tidak mematuhi standard dan piawaian periwayatannya yang benar. Maka, kehadiran Mawlana Tok Khurasan telah membawa masyarakat ilmuwan untuk melihat koleksi hadith dari sumber-sumbernya yang berautoriti iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Jami’ Tirmidhi dan Sunan al-Nasaie.

Yang menerima kesan utama dari pembaharuan yang dibawa oleh Mawlana Tok Khurasan ini dapatlah dikatakan hanyalah golongan ulama' dan ilmuwannya sahaja. Implikasi pengajian hadith yang dibawa oleh Mawlana Tok Khurasan ini telah melahirkan kecenderungan kepada ilmu hadith secara amali di kalangan ilmuwan Islam ketika itu. Masalah-masalah yang dipertikaikan di kalangan ulama' seperti masalah lafaz usalli dan niat, masalah bacaan talqin dan masalah jilatan anjing telah mendorong para ulama' untuk merujuk dan mengkaji al-Quran dan hadith.

Harus disebutkan, kehadiran Mawlana Tok Khurasan di Kota Bharu adalah bertepatan dengan semaraknya seruan Islah ke arah menghayati al-Quran dan hadith serta membersihkan masyarakat dari perkara-perkara bid'ah yang digagaskan oleh

395 Lihat Abdul Hayie Abdul Sukor (1988), op.cit., h. 182.

149 Kaum Muda.397 Seruan-seruan Kaum Muda yang disampaikan di dalam majalah dan akhbar mereka seperti Saudara dan al-Imam, dan seruan Islah yang disampaikan oleh

reformis Mesir melalui akhbar al-Urwah al-Wuthqa dan al-Manar menarik minat

sebilangan kecil ulama' di Kota Bharu ketika itu seperti Tok Kenali, Hj. Wan Musa398, Hj. Muhd Said (khatib Masjid Besar Muhammadi dalam tahun 1920-an) dan anaknya Datuk Muhammad bin Hj. Muhd Said.399

Pengajian hadith secara tulen, iaitu dengan merujuk kepada sumber-sumbernya yang berautoriti, yang dibawa oleh Mawlana Tok Khurasan telah menarik minat para ulama', khususnya Hj. Wan Musa untuk menggalakkan anak-anaknya supaya mendalami ilmu Islam dari sumber yang asli iaitu al-Quran dan hadith.400 Hj. Nik Abdullah, anaknya yang sulung, yang pernah mendapat asas pengajian hadith daripada Mawlana Tok Khurasan, telah dihantar oleh Hj. Wan Musa ke Mekah untuk berguru pula dengan ulama' yang berkeahlian di dalam ilmu-ilmu al-Quran dan hadith. Beliau akhirnya bertemu dengan Mawlana 'Ubayd Allah al-Sindi401 yang merupakan seorang ulama' yang berautoriti di dalam tariq Shah Waliyullah al-Dihlawi.402 Kepulangannya

397 Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hasan (1983), "Islam dan Masyarakat Kota Bharu Di Antara Tahun

1900-1940", op. cit., h. 15.

398 Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hasan (1983), "Lima Orang Tokoh Ulama' di Negeri Kelantan

(1860-1940)", op. cit., h. 27, 29.

399 Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hasan (1983), "Islam dan Masyarakat Kota Bharu Di Antara Tahun

1900-1940", op. cit., h. 16-18.

400 Hj. Nik Abdullah, Hj. Nik Muhammad Salleh dan Hj. Nik Mahmud merupakan anak-anaknya yang

telah melanjutkan pengajian di India.

401 Al-Shaykh 'Ubayd Allah al-Sindi, lahir pada malam Jumaat 12 Muharram tahun 1289H di Punjab.

Kedua-dua ibu bapanya merupakan penganut agama Sikh. Memeluk Islam padaDhulQaedah tahun 1304H

ketika berumur 16 tahun dan memakai nama 'Ubayd Allah sempena nama pengarang kitab Tuhfat al-Hind

(kitab yang mula-mula dibacanya ketika mula-mula menerima hidayat) . Menuntut ilmu di Dar al-'Ulum, Deoband. Antara gurunya, Shaykh al-Hind Mahmud al-Hasan al-Deobandi, al-Imam al-Rabbani Rashid Ahmad al-Kankuhi, Shaykh 'Abd al-Karim al-Funjabi al-Deobandi. Terlibat dalam gerakan menentang

penjajah Inggeris di India. Antara karangannya al-Tamhid li Ta'rifi Aimmat al-Tajdid, Fath al-Salam li

Abwab Bulugh al-Maram. Setelah menetap selama 15 tahun di Mekah, beliau pulang ke tanah airnya pada

tahun tahun 1358H, menghabiskan hari-hari akhirnya di Dehli dan Sind dan meninggal dunia pada 3 Ramadhan 1363H, dan disemadikan bersebelahan pusara gurunya Ghulam Muhammad di Daynpoor.

Lihat keterangan lengkap Dr. 'Abd al-Rahman al-Barni (1998), op.cit., h. 203-215.

402 Yang dimaksudkan oleh tariq Shah Waliyullah al-Dihlawi, secara ringkasnya ialah, pendekatan

tersendiri yang diketengahkan oleh Shah Waliyullah al-Dihlawi di dalam mencari kebenaran berilmu

dengan berpaksi kepada tiga aspek utama iaitu pertama, naql iaitu suatu rujukan dari pengertian

150 ke Kota Bharu dengan membawa seruan Islah aliran Shah Waliyullah al-Dihlawi telah mengangkat namanya sebagai pelopor atau individu yang bertanggung jawab memperkenalkan aliran ini di Tanah Melayu.403

Pengajian kitab-kitab hadith di Masjid Besar Muhammadi juga bermula ketika Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) dianggotai oleh beberapa ulama' yang pernah mengikuti pengajian hadith di dalam halaqat Mawlana Tok Khurasan, antaranya Hj. Ahmad Maher bin Hj. Ismail yang mengajar kitab Mishkat al-Masabih, Hj. Asaad bin Hj. Daud dan Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad yang mengajar

kitab Sahih al-Bukhari.404

Implikasi yang sangat besar yang dapat dilihat, walaupun dalam tempoh yang agak lewat, pengajian hadith yang diperkenalkan oleh Mawlana Tok Khurasan ke dalam sistem pengajian ilmiah Islam di Kelantan telah memberi kesan terhadap perubahan di dalam sukatan pelajaran di dalam sistem pondok tempatan. Sukatan pelajaran di dalam halaqat-halaqat pengajian di pondok pada pertengahan abad ke 20 telah mengalami perubahan khususnya dengan penambahan pengajian hadith. Kitab-kitab hadith dan

mustalah seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sharh Muwatta' al-Imam al-Malik

oleh al-Zarqani, Fath Bari Sharh Sahih Bukhari, Bulugh Maram min Adillah al-Ahkam, Mishkat al-Masabih, Mukhtasar Abi Jamrah, Nuhbat al-Fikr mula menjadi

musabbab dengan berpandukan pengertian al-Quran dan al-Hadith dan ketiga, kasyaf iaitu sesuatu

pengalaman rohaniah dengan aliran hakikat secara hati batin. Hasil daripada ketiga-tiga aspek tadi

diharmonikan demi mencari kebenaran yang hakiki. Perbezaan yang jelas antara pendekatan Shah

Waliyullah al-Dihlawi berbanding pendokong gerakan tajdid dan islah yang lain misalnya Ibn Taimiyah dan Shaykh 'Abd al-Wahab, ialah beliau banyak memberi penekanan terhadap ilmu tasawuf dan falsafah di samping disiplin-disiplin ilmu lain. Lihat Nik Abdul Aziz b. Nik Hasan (2007), "Kepentingan Tariq Shah Waliyullah al-Dihlawi dan Relevannya dalam Konteks Malaysia Kini", h. 104 dan 110 dan "Pendekatan Pengajian Agama dalam Jemaah Pengajaran Ulama-ulama Tempatan Tariq Shah Waliyullah

al-Dihlawi", h. 121 dalam Abdul Salam Muhammad Shukri (ed.), Dimensi Pemikiran Shah Waliyullah

al-Dihlawi dan Pengaruhnya di Malaysia, terbitan Pusat Penyelidikan UIAM. Lihat huraian yang lebih

lanjut berkenaan aliran ini di dalam G.N Jalbani (1982), Ajaran Syah Waliyullah. Abdul Majid bin Haji

Khatib (terj.), cet. 2 , Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

403 Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Hasan (1983), op.cit., h. 21-22.

151 antara bahan pengajaran di pondok-pondok.405 Begitu juga dengan kitab-kitab mantiq seperti Tahrir al-Qawa'id al-Mantiqiyyah dan 'Uqud al-Jiman.406

Kehadiran pengajian hadith yang dibawa oleh Mawlana Tok Khurasan ini dapat dikatakan sebagai suatu pembaharuan yang besar di dalam struktur pengajian ilmiah Islam di Kota Bharu ketika itu. Pengajian ilmu-ilmu Islam telah bertambah dari hanya terbatas kepada pengajian ilmu tauhid, tasawuf, fiqh Shafi'iyyah dan linguistik Arab kepada pengajian hadith, mantiq, falsafah dan fiqh Hanafiyyah. Pemikiran masyarakat dan golongan ilmuwan juga menerima kesan walaupun tidak menyeluruh. Sebelumnya, masyarakat Islam mengambil sikap sedia menerima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka melalui guru-guru yang mereka sanjungi sementara golongan ilmuwan pula tetap mempertahankan apa yang selalu mereka amalkan dengan tidak boleh dipersoalkan seolah-olah kebenaran yang disangka mereka itu tidak berkemungkinan salah. Setelah kehadiran pengajian hadith, sebilangan kecil golongan ilmuwan seperti Hj. Wan Musa, Hj. Nik Abdullah dan pengikut-pengikut mereka mula bersikap kritis terhadap sesetengah amalan yang telah berakar umbi dan telah diterima keabsahannya yang disandarkan kepada agama kerana diragui kebenaran hujah dan dalilnya.407

Kepulangan anak didiknya, Hj. Nik Abdullah, telah membawa masyarakat dan golongan ilmuwan dari terbelenggu dengan konsep taqlid secara total, supaya memandang pula kepada konsep talfiq.408 Walaupun sebilangan besar para ulama' ketika itu keras mempertahankan pandangan-pandangan lama, namun mereka juga berusaha memperkemaskan kembali rujukan yang diambil dari al-Quran dan hadith. Walaupun ia dilihat hanya melibatkan perkara-perkara khilafiyat yang remeh dan kecil, namun ia

405 Md Ramly Mahmood (2005), opcit., h. 107.

406Ibid., h. 109.

407 Lihat Abdul Hayie bin Abdul Sukor (1988), op.cit., h. 250-252.

152 telah menggambarkan bahawa masyarakat dan golongan ilmuwan mula mengalami perubahan di dalam corak pemikiran dan yang menjadi penyebab utama bagi kesemua perkara ini tidak ada lain melainkan kerana pengajian hadith yang diterima oleh mereka melalui kehadiran Mawlana Tok Khurasan.

3.2 PENGAJIAN ILMIAH ISLAM DI DALAM HALAQAT MAWLANA TOK

KHURASAN

Kealiman Mawlana Tok Khurasan sebagaimana yang telah disebutkan oleh para penyelidik terdahulu ialah di dalam ilmu hadith, tafsir, fiqh Hanafiyah, falsafah ilahi dan tabi'i, mantiq dan balaghah.