• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KETIGA

KEHADIRAN MAWLANA TOK KHURASAN

3.2.4 Pengajian Ilmu-ilmu Lain

Di dalam ilmu mantiq pula, beliau gemar mengajar kitab Qala Aqul, Isaghuji, Malawi

dan Qhutbi. Di dalam ilmu falsafah beliau gemar mengajar kitab Hidayat al-Hikmah.415

Semua ilmu yang dibawa dan diajarkannya ini merupakan suatu ilmu yang baru, yang tidak pernah dikenal oleh masyarakat Islam mahupun para ulama' di Kelantan pada masa itu. Meskipun keilmuwannya diakui dan dihormati oleh para ulama' tempatan, namun pengajaran Mawlana Tok Khurasan yang bermula di rumahnya di Jalan Tengku Putera Semerak dan kemudian di madrasahnya di Kampung Sireh iaitu semenjak kehadirannya di Kota Bharu sehinggalah ke akhir hayatnya, kurang mendapat sambutan daripada masyarakat umum.

414 En. Taib bin Sayyid Hasan. Temubual pada 19 Mei 2009.

155

3.3 METODE PENGAJARAN MAWLANA TOK KHURASAN

Satu-satunya kaedah yang menjadi kebiasaan Mawlana Tok Khurasan dalam menyampaikan ilmunya ialah kaedah Qira’ah.416 Kaedah Qira’ah yang juga disebut

sebagai al-‘Ard bermaksud guru mendengar matan hadith yang dibaca oleh murid di

hadapannya, kemudian membuat pembetulan pada tempat-tempat yang diperlukan sepanjang bacaan tersebut beserta sedikit ulasan. Kaedah ini telah dipraktikkan oleh Mawlana Tok Khurasan sama ada dalam pengajian hadith, tafsir, mantik dan sebagainya. Kaedah yang diaplikasikan oleh Mawlana Tok Khurasan ini menuruti sebagaimana cara Shah Waliyullah, yang telah mengasaskan ilmu ini di India kerana melalui kaedah ini para pelajarnya dapat mengumpulkan tahammul sebanyak mungkin

dan dapat pula menjimatkan masa.417

En. Taib menjelaskan lagi, pada penghujung usianya iaitu semasa dalam keuzuran, Mawlana Tok Khurasan seringkali berada dalam posisi berbaring ketika anak-anak muridnya memperdengarkan kepadanya bacaan mereka terhadap sesuatu kitab. Namun, setiap bacaan itu diamatinya dengan teliti di mana akan diperbetulkan setiap bacaan yang tersilap dengan tegas. Bilamana melibatkan penerangan penting dan soal jawab, maka beliau akan bangkit dan menjelaskannya sehingga anak muridnya faham.

Mengenai jadual waktu mengajar pula, Mawlana Tok Khurasan tidak menetapkan waktu yang khusus untuk kitab-kitab tertentu. Setiap pelajarnya bebas mendatanginya untuk memperdengarkan bacaan terhadap kitab masing-masing.

416 En. Taib bin Sayyid Hasan. Temubual pada 19 Mei 2009, lihat juga Abdul Hayie bin Abdul Sukor

(1988), op.cit., h. 201.

156 Kebiasaannya, seorang atau dua atau tiga atau empat orang pelajar akan mendatanginya pada sesuatu masa mempelajari satu kitab tertentu, kemudian setelah dari mereka akan menyusul pula individu atau kumpulan kecil lain yang mendatanginya mempelajari kitab lain pula. Kebiasaannya, sebanyak 10 hingga 15 kitab akan diajarkan oleh Mawlana Tok Khurasan dalam satu hari.

Masyarakat awam yang tidak secara khusus berguru dengannya pula seringkali akan bertanyakan masalah-masalah hukum kepadanya tanpa mengira masa dan tempat sama ada ketika berjual beli, berperahu dan sebagainya dan semuanya ini akan Mawlana Tok Khurasan jelaskan dengan keterangan nas dari al-Quran dan hadith.418

3.4 SAMBUTAN MASYARAKAT AWAM DAN GOLONGAN ILMUWAN

Sebagaimana yang telah disebutkan, halaqat pengajian Mawlana Tok Khurasan kurang mendapat sambutan dari masyarakat awam dan menurut Nik Abdul Aziz Nik Hasan, hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor:

I. Pengajaran Mawlana Tok Khurasan sukar difahami oleh orang ramai kerana beliau tidak fasih menyampaikan pengajarannya di dalam bahasa Melayu sehingga beliau terpaksa mencampur - adukkan kedua-dua bahasa iaitu Melayu dan Arab sepanjang pengajarannya.

II. Berkemungkinan juga disebabkan Mawlana Tok Khurasan berasal dari benua kecil India maka pengajarannya dari sudut fiqh lebih tertumpu

157 kepada fiqh Hanafiyyah, sedangkan masyarakat Kelantan pada umumnya dididik oleh alim ulama' tempatan dengan fiqh Shafi'iyah.419

III. Kebanyakan ulama' dan masyarakat umum Kelantan pada awal abad ke-20 menganggap ilmu hadith sebagai ilmu yang tidak boleh diajarkan kepada manusia dan mereka mengelakkan diri daripada mempelajari ilmu ini, sedangkan pengajaran yang disampaikan oleh Mawlana Tok Khurasan di dalam halaqatnya adalah berorientasikan pengajian hadith.420

IV. Sikap Mawlana Tok Khurasan yang tidak mahu melibatkan diri di dalam persoalan hukum-hakam yang kontroversi yang terjadi ketika itu di Kelantan seperti masalah pembinaan masjid dengan zakat fitrah, talqin dan jilatan anjing. Pandangan yang dikeluarkan oleh seseorang ulama' berkenaan sesuatu masalah yang kontroversi akan mempengaruhi orang ramai untuk mengikuti kuliah yang disampaikannya.421

Untuk menyatakan bahawa ketidakterlibatan Mawlana Tok Khurasan dalam isu-isu kontroversi seperti masalah lafaz usali, bacaan talqin, isu-isu jilatan anjing dan sebagainya sebagai antara faktor penyebab kedinginan sambutan masyarakat awam untuk mengikuti halaqat pengajiannya, penulis merasakan ianya merupakan satu kenyataan yang kurang tepat.

Adalah satu kenyataan yang sangat kurang menyakinkan untuk menyatakan bahawa Mawlana Tok Khurasan mengambil sikap berdiam diri terhadap

419 Lihat Nik Abdul Aziz Hj. Nik Hasan (1975), op. cit., h. 32, (1983), op.cit., h. 36.

420Ibid., (1975), h. 33, (1983), h. 37.

158 persoalan yang melanda masyarakat dalam keadaan beliau merupakan antara tokoh berwibawa dalam pengajian hadith di Kota Bharu ketika itu. Dalam isu masalah jilatan anjing misalnya, Mawlana Tok Khurasan yang berada di Kok Tal, Thailand ketika itu telah dijemput oleh anak-anak muridnya pulang ke Kota Bharu.422 Walaupun tidak terlibat secara lansung di dalam perdebatan tersebut, namun beliau dikatakan menjadi antara sumber rujukan masyarakat ilmuwan, tambahan pula kedua-dua pihak yang terlibat dalam perdebatan tersebut merupakan antara anak-anak murid di dalam halaqat pengajiannya.

Walaupun pengajaran Mawlana Tok Khurasan di dalam bidang fiqh lebih tertumpu kepada fiqh Hanafiyah, namun beliau sebenarnya adalah dari aliran muhaddithin dan tidak tunduk patuh kepada satu mazhab tertentu sahaja. Faktor bahasa tidak dinafikan memberi kesan dalam mempengaruhi keinginan masyarakat awam mendekati pengajian di dalam halaqat Mawlana Tok Khurasan. Namun, faktor utama yang dapat diyakini sebagai punca kedinginan orang ramai terhadap halaqat pengajiannya adalah disebabkan kesukaran mereka untuk mengikuti dengan baik perbahasan yang berlangsung di dalamnya disebabkan ilmu-ilmu yang dibicarakan di dalam halaqat pengajiannya adalah sesuatu yang baru di sisi mereka.

Golongan ilmuwan merupakan kelompok yang benar-benar memperoleh faedah dari halaqat pengajian Mawlana Tok Khurasan. Mereka ini telah memiliki asas yang kukuh dalam bahasa Arab dan ilmu-ilmu lain, bahkan ada dari kalangan mereka ini merupakan pelajar lepasan Mesir dan India yang kemudian datang mendampinginya menadah kitab.423

422 En. Taib bin Sayyid Hasan. Temubual pada 19 Mei 2009.

423 En. Taib bin Sayyid Hasan. Temubual pada 19 Mei 2009, lihat juga Ismail Che Daud (1988), op.cit., h.

159

3.5 IJAZAH

Berdasarkan catatan penyelidik terdahulu, belum lagi ditemui butir-butir yang menyatakan secara khusus bahawa Mawlana Tok Khurasan pernah memberikan ijazah

kepada para penuntut yang mengikuti halaqat pengajian hadithnya, seperti yang menjadi tradisi antara guru dan murid yang mempelajari hadith.424

Walaupun tidak ditemui bukti khusus berkenaan persoalan ini, namun menurut En. Taib, Mawlana Tok Khurasan sememangnya ada memberi ijazah kepada para

penuntut ilmu di dalam halaqat pengajiannya.

3.5.1 Senarai Para Penuntut Di Dalam Halaqat Pengajian Mawlana Tok