• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KEDUA

2.1.8 Sifat Peribadi

Dalam rutin kehidupan hariannya, Mawlana Tok Khurasan sangat berdisiplin dan tegas dalam mematuhi hukum agama. Dalam satu peristiwa beliau pernah mengingkari perintah Sultan kerana pada keyakinannya perintah itu bercanggah dengan ketetapan hukum Islam.

Menurut maklumat, dalam tahun-tahun 1930-an, Sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail ibnu Sultan Mohamed IV, dengan persetujuan Mufti Khas, telah menitahkan masyarakat umum supaya jangan menunaikan fardhu Jumaat pada suatu Hari Raya di Masjid Besar Kota Bharu, Masjid Muhammadi. Mengikut kepercayaan beberapa kalangan di negeri ini, andaikata dilakukan kedua-dua ibadah ini iaitu solat sunat Hari

353 En. Taib bin Sayyid Hasan. Temubual pada 19 Mei 2009, lihat juga keterangan Ismail Che Daud

(1988), op.cit., h. 265.

135 Raya dan solat Fardu Jumaat pada hari yang sama, maka perlakuan sedemikian boleh memendekkan umur Sultan. Titah tersebut tidak dipersetujui secara terbuka oleh dua orang ulama', iaitu Mawlana Tok Khurasan dan mantan mufti, Hj. Wan Musa b. Hj. Abdul Samad.

Perasaan tidak bersetuju tersebut diluahkannya semasa beliau mengajar di madrasahnya di Kampung Sireh dan sikap protes ditunjukkan dengan tetap menunaikan solat fardu Jumaat bersama murid-muridnya di Madrasah Jam'iah Jalan Putra Semarak. Bagaimanapun, pengingkaran Mawlana Tok Khurasan ini tidak pula mendapat apa-apa reaksi daripada baginda Sultan.355

Kepada murid-muridnya Mawlana Tok Khurasan pernah berpesan iaitu adalah lebih baik seandainya mereka "berlagak menjadi harimau berbanding menjadi anjing".356 Dengan perkataan lain, beliau menganjurkan murid-muridnya supaya bersikap berani untuk menyatakan sesuatu yang benar walaupun kepada pihak berkuasa sekalipun. Sikap patuh kepada pihak yang berkuasa tanpa memperhitungkan benar atau salah di sisi agama demi untuk meraih atau menjaga kepentingan sesuatu adalah satu sikap yang sangat keji lagi bercanggah dengan hukum fitrah manusia itu sendiri.357

Mawlana Tok Khurasan juga lebih senang bergerak bebas terutamanya dalam menyampaikan kuliah ilmunya dari terikat dengan mana-mana pihak. Realitinya, apabila terikat dengan sesuatu pihak maka ada hati-hati yang perlu dijaga dan ini secara tidak langsung kadang-kadang membuatkan seseorang alim itu menyembunyikan hakikat kebenaran ataupun tidak menyatakannya secara jujur demi menjaga hati dan

355 Lihat Nik Abdul Aziz Nik Hasan (1975), op. cit., h. 31, (1983), op. cit., h. 35.

356 Lihat Nik Abdul Aziz Nik Hasan (1975), op. cit., h. 34.

136 pihak yang berkepentingan berkenaan. Oleh kerana itu, maka beliau menolak tawaran baginda Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad IV supaya mengajar agama di Masjid Muhammadi dengan diberi imbalan tetap, dengan alasan mahu berkhidmat kepada masyarakat dengan secara bebas.358

Menurut catatan En. Ismail Che Daud, Mawlana Tok Khurasan pernah dipelawa menjadi Mufti Kerajaan Terengganu dan Singapura namun tawaran tersebut ditolaknya dengan sopan.359 Demi memelihara diri juga, Mawlana Tok Khurasan menolak pelawaan baginda Sultan Ismail untuk masuk ke dalam Istana kerana khuatir akan terpandang apa-apa maksiat dan perlakuan yang menyalahi syara' yang pasti akan ditegurnya.360

Sebagai bukti untuk membenarkan sifat ikhlas pada dirinya dalam menyampaikan ilmu dan khidmat kepada masyarakat, Mawlana Tok Khurasan selama hayatnya tidak pernah menerima bahkan mengharap pemberian daripada orang ramai.361 Oleh kerana itu kita dapati beliau menyampaikan ilmu tidak secara sepenuh masa di madrasahnya, beliau sebaliknya mengusahakan perniagaan kain dan membuka kebun getah untuk memenuhi tuntutan keperluan hidupnya tanpa bergantung harap pada ihsan masyarakat.

Kehidupan sehari-harian beliau juga adalah serba sederhana lagi bersahaja.362 Mempunyai budi pekerti yang halus dan lembut serta berbahasa dan tidak suka membidas orang lain. Tidak hairanlah jika tokoh ini juga adalah seorang yang amat disanjungi oleh masyarakat India dan Pakistan / Afghanistan di Kota Bharu, malah

358Ibid., h. 35, Abdul Hayie Abdul Sukor (1988), op.cit., h. 190.

359 Ismail Che Daud (1988), op.cit., h. 267.

360Ibid, h. 267.

361Ibid, h. 267.

137 menganggapnya sebagai hakim, merangkap penasihat tempat mereka mengadu masalah atau bertanya sesuatu persoalan yang dihadapi oleh mereka.363

Sebagai seorang ulama' yang disegani, beliau adalah seorang yang taat dan rajin beribadah, senantiasa memelihara wudhu', enggan dan tidak suka mendengar berita dan perihal yang berunsur caci cela dan maki hamun. Jika beliau terdengarnya, cepat-cepat mengangkat tangan lalu berdoa agar apa-apa yang masuk ke pendengarannya tadi tidak diberi kefahaman kepadanya.364

Walaupun beliau sangat tegas dalam persoalan ilmu, namun beliau tidak pernah memarahi para penuntut di dalam halaqat pengajiannya. Anak-anak muridnya bebas bertanya tanpa halangan dan segala soalan yang dibangkitkan oleh anak-anak muridnya itu akan beliau huraikan sehingga persoalan tersebut menjadi jelas di dalam fikiran mereka.365

Salah satu sifatnya yang ketara menonjol ialah perasaan bencikan penjajah Inggeris. Suasana yang melingkari sewaktu zaman pengajiannya dahulu amat mengajar dan mempengaruhinya supaya mengambil sikap dan pendirian sedemikian. Para ulama' di India, termasuklah di Deoband sendiri, semenjak zaman Shah Waliyullah al-Dihlawi, bahkan sebelumnya lagi telah mengambil sikap memusuhi dan memerangi penjajah Inggeris kerana kezaliman mereka. Oleh kerana itu, berdasarkan keterangan En. Taib, Mawlana Tok Khurasan selama hayatnya, apabila melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan, beliau akan memastikan bahawa cara yang ditempuhnya adalah berbeza dengan cara yang ditunjuki Inggeris.366

363 Ismail Che Daud (1988), op.cit., h. 266.

364Ibid., h. 267.

365 En. Taib bin Sayyid Hasan. Temubual pada 19 Mei 2009.

138 2.1.9 Kematian

Sebilangan penyelidik menyatakan bahawa Mawlana Tok Khurasan meninggal dunia dalam tahun 1943367, namun berdasarkan tarikh yang lebih tepat dan terperinci menurut catatan En. Ismail Che Daud, Mawlana Tok Khurasan menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu subuh hari Isnin 17 Ramadhan 1363 bersamaan 4 September 1944 dan dikebumikan di pusara Limau Manis, Tanah Perkuburan Islam Kampung Puteh, iaitu di luar pagar sebelah selatan Kota Darulnaim sekarang.368

Upacara pengebumian jenazah Mawlana Tok Khurasan mendapat perhatian yang besar daripada masyarakat tempatan. Walaupun pada waktu itu adalah dalam zaman kesukaran dan keperitan pemerintahan Jepun tetapi ramai yang datang menziarahi, menyembahyangkan dan seterusnya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan dalam bilangan yang begitu luar biasa jumlahnya.

2.2 PENUTUP

Harus diakui dengan jujur dan rendah hati bahawa apa yang telah disebutkan di sini tidaklah mampu memberikan paparan yang cukup lengkap, teliti dan sempurna mengenai riwayat hidup Mawlana Tok Khurasan sebagai seorang ulama' dari aliran muhaddithin yang telah mencurahkan usaha dan khidmat terhadap masyarakat Islam khususnya di negeri Kelantan. Namun hasil dari sorotan ringkas ini, dapatlah diketahui bahawa beliau sememangnya seorang tokoh ulama' yang berjiwa besar, berkeahlian dan

367 Lihat Abdul Hayie Abdul Sukor (1988), op.cit., h. 184, Nik Abdul Aziz Nik Hasan (1975), op. cit., h.

29.

139 diakui keilmuannya serta telah memberi sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan pengajian ilmiah Islam tempatan.