• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KETIGA

KEHADIRAN MAWLANA TOK KHURASAN

3.1.1.2 Pengajian Ilmu Tasawuf

3.1.1.2 Pengajian Ilmu Tasawuf

Ilmu dan pengamalan ajaran tasawuf mendapat tempat yang cukup istimewa di kalangan masyarakat awam dan alim ulama' kerana hampir keseluruhan ulama' di Kota Bharu ketika itu mendalami dan mengamalkan tariqat-tariqat tertentu. Antara kitab utama yang dijadikan rujukan dalam pengajian ini ialah Ihya' 'Ulum al-Din, al-Adhkar al-Nawawi, Minhaj al-'Abidin dan pelbagai lagi dari hasil karangan barisan ulama'

tempatan.378

Tariqat Ahmadiyyah di Kota Bharu bermula pada pertengahan kedua abad ke-19 yang dipelopori oleh Tuan Tabal.379 Kemudian ianya diteruskan sehingga penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh anak-anak dan muridnya seperti Hj. Wan Musa380 di suraunya di Jalan Merbau, Hj. Nik Wan Abdullah Khatib di suraunya di Jalan Tok Semian, Hj. Ahmad Manan di suraunya di Jalan Merbau dan Haji Daud bin Husein di suraunya di Kampung Menuang.381 Tariqat ini mendominasi sebilangan besar masyarakat Kota Bharu, malah turut menarik minat anggota-anggota keluarga diraja.382 Kedatangan Sidi Muhammad al-Azhari, seorang ulama' yang dianggap keramat dan

376 Lihat Md Ramly Mahmood (2005), op. cit., h. 104, Kamarul Bakri Abdul Aziz (1999), op. cit., h.

14-15.

377 Lihat Kamarul Bakri Abdul Aziz (1999), op. cit., h. 15.

378 Md Ramly Mahmood (2005), op. cit., h. 105-106.

379 Lihat Nik Abdul Aziz b. Hj. Nik Hasan (1977), op. cit., h. 44, Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hasan (1983),

"Islam dan Masyarakat Kota Bharu Di Antara Tahun 1900-1940", h. 4, 13.

380 Lihat Nik Abdul Aziz b. Hj. Nik Hasan (1977), op. cit., h. 59-60.

381 Ibid., h. 45, 110, Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hasan (1983), "Islam dan Masyarakat Kota Bharu Di

Antara Tahun 1900-1940", h. 6, 14.

382 Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hasan (1983), "Islam dan Masyarakat Kota Bharu Di Antara Tahun

144 wali dari Mekah, ke Kota Bharu mulai tahun 1914 telah berjaya menyemarakkan lagi aliran tariqat ini untuk didalami.383

Tariqat-tariqat lain yang turut bertapak di Kota Bharu ialah tariqat Naqshabandiyyah yang dibawa oleh Hj. Umar bin Ismail Nur al-Din pada penghujung abad ke-19 dan di awal abad ke-20384, tariqat Shatariyyah yang dibawa oleh Tuan Padang yang kemudiannya diteruskan pula oleh anaknya, Hj. Taib pada awal abad ke-20.385

Aliran-aliran tariqat ini, khususnya tariqat Ahmadiyyah yang dibawa oleh Hj. Muhammad Said Linggi @ Haji En. 'Id bin Haji En. Din dari Negeri Sembilan pada permulaan abad ke-20 pernah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat dan ulama', di mana ajaran yang dibawanya telah menyebabkan masyarakat awam menjadi

majzub, iaitu berkeadaan tidak sedarkan diri kerana terlampau asyik, sehingga mereka

itu tidak segan-segan lagi meratib di tepi jalan raya di bandar Kota Bharu pada siang hari.386 Situasi gempar sedemikian menyebabkan terjadinya pertentangan pendapat di kalangan ulama' antara yang menentang dan mengharuskannya, sehingga memaksa pihak Sultan merujuk persoalan ini kepada Shaykh Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani, seorang ulama' besar Nusantara yang bergiat dan menetap di Mekah.387

Secara keseluruhannya, masyarakat awam dan kalangan ulama' mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap ilmu dan ajaran tawsawuf, bahkan setiap karya-karya yang dihasilkan oleh mereka pasti diserapi oleh semangat tasawuf ini.

383Ibid., h. 7, 14.

384Ibid., h. 14.

385Ibid., h. 5, 15.

386Ibid., h. 7, 14.

145 3.1.1.3 Pengajian Fiqh

Pengajian fiqh merupakan asas yang kuat kepada pendidikan di pondok dan madrasah. Ilmu fiqh yang diterima oleh masyarakat dan ulama' tempatan di Kota Bharu sejak abad ke-19 hinggalah abad ke-20 bahkan sejak abad-abad sebelumnya lagi adalah berorientasikan mazhab Shafi'i. Fiqh Shafi'iyyah telah ditanam di dalam pemikiran masyarakat sejak sekian lama sehingga ianya berkeadaan sangat teguh serta tidak pernah pula dicurigai setiap keputusan yang telah diputuskannya.

Para ulama' tidak langsung memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat lain di luar dari mazhab Shafi'i. Penumpuan mereka hanyalah kepada kitab-kitab karangan para ulama' di dalam lingkungan mazhab Shafi'i semata-mata dan setiap pendapat yang dikemukakan mereka pula adalah sekadar bertaqlid kepada fatwa-fatwa dalam mazhab itu.388

Antara kitab-kitab fiqh yang diajarkan ketika itu ialah Minhaj Talibin oleh

al-Nawawi, Asma' al-Matalib Sharh Rawd al-Talib dan Fath al-Wahhab oleh Abu Yahya

Zakariya al-Ansari al-Shafi'i, Fatawa Kubra Fiqhiyah oleh Ibn Hajar

al-Haithami, Fath Muin oleh Zayn Din Malibari, Matla' Badrain wa Majma' al-Bahrain oleh Shaykh Muhammad ibn Isma'il Dawud al-Fatani dan lain-lain. Kesemua

kitab ini adalah dari karangan tokoh-tokoh ulama' Shafi'iyyah.389

Pengajaran alim ulama' ini adalah dengan menghuraikan makna dan maksud yang disebutkan oleh kitab ayat demi ayat. Para penuntut pula akan menerima segala

388 Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hasan (2007), "Pendekatan Pengajian Agama dalam Jemaah Pengajaran

Ulama-ulama Tempatan Tariq Shah Waliyullah al-Dihlawi", op.cit., h. 122.

146 apa yang disebutkan kitab dan apa yang disyarahkan oleh guru mereka itu tanpa dipersoalkan lagi. Para penuntut yang menjadi alim melalui pendekatan sebegini dipanggil sebagai ulama' yang alim di dalam menghuraikan makna-makna di dalam kitab-kitab tertentu yang mereka pelajari. Oleh itu, penuntut yang telah tamat pengajian berdasarkan pendekatan sebegini tidak berkemampuan berijtihad kerana patuh kepada pandangan-pandangan yang terdapat di dalam kitab-kitab agama karangan ulama' terdahulu seperti yang mereka pelajari serta tidak dapat menerima pandangan luar dari mazhab Shafi'i. Disebabkan ini, maka konsep taqlid menjadi begitu subur di dalam setiap keputusan mereka. 390