• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KEDUA

2.1.1 Salasilah Keturunan

Disebutkan bahawa leluhur beliau berasal dari Wilayah Khurasan di dalam Republik Islam Iran tetapi telah berhijrah ke Afghanistan. Salasilah lengkapnya sepertimana yang ditulis di dalam salah sebuah manuskrip hasil karangannya iaitu al-Insaf adalah seperti

berikut: Abu 'Abd Allah Sayyid Hasan b. Nur Hasan b. Mirza Shah b. Khubaib b. Dar al-Qarar b. Shaykh Sa'di b. Muhammad Zubair atau Uzair b. 'Abd al-Rahman b. Muhammad Akbar atau Calak Baba b. 'Umar al-Tukhi al-Ghalzi. Qabilah Tukhi adalah penduduk Ghalzi yang merupakan masyarakat majoriti di wilayah Kabul. Nenek

323 Haji Ismail bin Haji Senik atau Haji Abdul Hamid. Lahir pada tahun 1885 dan meninggal dunia pada

tahun 1934. Seorang tokoh ulama' yang alim di dalambidang tauhid dan al-Quran. Lihat Ismail Che Daud

(1988), "Tok Kemuning (1885-1934)", dalam Ismail Che Daud (ed.), Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung

Melayu ( 1 ). Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan., h.133-149.

324 Lebih dikenali dengan nama Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati kerana menetap di situ. Dilahirkan pada

tahun 1893 dan meninggal dunia pada tahun 1956. Pernah menuntut ilmu dari Tok Kenali, Hj. Wan Musa, Tok Khurasan dan Sidi Azhari. Dikatakan alim di dalam ilmu fiqh, tasawuf dan hadith. Di dalam tasawuf aliran tariqatnya adalah Tariqat Ahmadiyyah. Pernah memegang jawatan penolong qadhi di Mahkamah Syariah Kelantan. Semasa hayatnya beliau pernah menulis beberapa buah risalah, di

antaranya; Cenderamataku (berisi zikir, wirid dan doa), Mustalah Hadith dan Sebuah Falsafah Dalam

Ilmu Tasawuf. Lihat Nik Abdul Aziz Nik Hasan (1977), op.cit., h. 178-179.

325 Lihat Nik Abdul Aziz Nik Hasan (1975), "Tok Khurasan: Seorang Tokoh Ulama Di Negeri Kelantan",

dalam Malaysia In History, Jun 1975, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, h. 33.

326 Hampir keseluruhan ulama' di Tanah Melayu di dalam awal abad ke 20 tidak mengajar hadith dan

didapati hadith-hadith yang diletakkan dalam sebahagian besar kitab-kitab jawi lama tidak lebih dari

hanya untuk mendapat keberkatan semata-mata. Lihat Abdul Hayie Abdul Sukor (1988), op.cit., h. 182,

dan menurut kenyataan Nik Abdul Aziz Nik Hasan bahawa ilmu hadith ini menurut ulama' sebelum dan ketika itu iatu pada awal abd ke 20, sebagai suatu ilmu yang tidak boleh dipelajari dan pengajaran mengenainya dianggap suatu pengajaran yang menyeleweng daripada lunas-lunas keagamaan, lihat Nik

Abdul Aziz Nik Hasan (1975), op. cit., h. 32, Nik Abdul Aziz b Hj. Nik Hasan (1977), op.cit., h. 70.

127 moyangnya ialah Shihab al-Din al-Ghauri, iaitu individu yang bertanggungjawab membuka India sebagai salah sebuah tanah Islam dari cengkaman Hindu ketika itu. 328

2.1.2 Kelahiran

Mawlana Tok Khurasan dilahirkan di Bhafar, Pakistan kira-kira pada tahun 1875 Miladiyah atau 1292 Hijriyah.329

Adik-beradiknya adalah seramai lapan orang tetapi tiga orang daripada mereka meninggal dunia ketika mereka masih muda. Manakala yang hidup sampai ke usia tua adalah:

1. Khurhanam (perempuan)

2. Imam Hassan (mati di Bangkok ketika dalam perjalanan pulang ke Pakistan)330

3. Sayyid Hasan (tokoh kajian ini) 4. Muhammad Hasan

5. Ghulam Hasan (meninggal di Kok Tal, Thailand sekitar tahun 1964).331

328 Lihat manuskrip al-Insaf (1932 / 1351), h. 1 dan h. 224.

329 Lihat Abdul Hayie Abd Sukor, "Sejarah Pengajian Hadith di Kota Bharu", dalam Pengasuh, bil. 543

tahun 1995-1996, Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu, h. 32.

330 Imam Hasan ini sama nasibnya sebagaimana Mawlana Tok Khurasan, disebabkan kealimannya maka

penduduk di Bangkok atau Ayuthia ketika itu enggan melepaskan beliau pulang dan akhirnya beliau meninggal dunia di sana tanpa sempat pulang ke Pakistan.

331 Ismail Che Daud menyebutkan bahawa empat orang daripada adik beradik Mawlana Tok Khurasan

meninggal dunia ketika usia muda dan yang hidup sampai ke usia tua adalah seramai empat orang, lihat

Ismail Che Daud, op.cit., h. 257. Fakta ini walau bagaimana pun diperbetulkan kembali oleh En. Abdul

Hakim Taib, iaitu cucu kepada Mawlana Tok Khurasan, yang menyebutkan bahawa berdasarkan keterangan ayahandanya iaitu En. Taib, bahawa adik beradik Mawlana Tok Khurasan yang hidup sampai ke usia tua adalah seramai lima orang, dengan penambahan seorang lagi iaitu Muhammad Hasan, yang mana namanya ini tertinggal dari catatan En. Che Ismail Daud.

128 2.1.3 Pendidikan

Mawlana Tok Khurasan mendapat pendidikan awal dan lanjutan di Dar al-'Ulum, Deoband, India, sebuah institusi pengajian hadith yang ulung dari aliran Hanafi, satu aliran yang lebar pengaruhnya di benua kecil India.332

Semangat, keazaman dan perasaan cinta Mawlana Tok Khurasan terhadap ilmu dan jalannya dapat digambarkan melalui keterangan berikut. Mawlana Tok Khurasan semasa mudanya mencuba sebanyak dua kali melakukan safar untuk menimba ilmu di

Dar al-'Ulum, Deoband, India. Sekitar tahun 1884, ketika berumur sembilan tahun, dengan berbekal hanya 30 rupee Mawlana Tok Khurasan meluruskan perjalanannya ke sana untuk menuntut ilmu, namun keinginannya terhalang dengan pujukan ayahandanya supaya kembali ke Pakistan setelah beberapa bulan berada di sana.333 Tetapi kemahuan hatinya untuk turut menimba ilmu sebagaimana Imam Hasan, saudara tuanya, menyebabkan beliau mengembara sekali lagi ke India. Mula-mula singgah di Lucknow, kemudian di Meerut, selepas itu berpindah lagi ke Shaharanpor, seterusnya ke Kanpor dan akhir sekali bermukim dan menamat pengajian di Universiti Dar al-'Ulum, di Deoband.334

332 Pusat pengajian ini diasaskan pada tahun 1283H/1867M di bawah kelolaan pengetuanya yang pertama

iaitu Mawlana Muhammad Qasim Nanotowi (1248H-1297H) dan kemudian diteruskan oleh Shaykh al-Hind Mawlana Mahmud al-Hasan (1268H-1339H). Jalan sanad dan silsilah hadithnya bersambung kepada Imam Mujaddid Shah Waliyullah Dihlawi (1114H–1176H) melalui Shah 'Abd Ghani al-Mujaddidi (meninggal tahun 1296H). Antara matlamat utama penubuhannya adalah untuk membendung pengaruh penjajah Inggeris yang menyerang masyarakat Islam India khususnya terhadap fikiran dan adab, untuk melahirkan generasi berjiwa Islam, membendung bid'ah dan ikatan-ikatan yang bersifat jahiliyyah dan sebagainya. Lihat keterangan lanjut berkenaan sejarah penubuhan pusat pengajian ini di dalam Dr.

'Abd al-Rahman al-Barni, op.cit., h. 24-29.

333 En. Taib bin Sayyid Hasan, berumur 88 atau 89 tahun, satu-satunya anak Mawlana Tok Khurasan yang

masih hidup, temubual di rumahnya di Kampung Sireh, pada 19 Mei 2009.

334 Lihat juga keterangan Ismail Che Daud (1988), op.cit., h. 257. Menurut catatan Ismail Che Daud,

Mawlana Tok Khurasan memulakan safarnya sekitar tahun 1886 yang mana menurut kiraan umurnya

129 Selama sembilan tahun belajar beliau tidak pernah tidur pada waktu siang hari, mata pelajaran kegemarannya adalah hadith, tafsir al-Quran, falsafah, mantik, falak, balaghah dan fiqh Hanafiah.335

Gurunya yang terutama ialah Shaykh Hind Mawlana Mahmud Hasan al-Deobandi. Beliau merupakan murid pelopor di Dar al-'Ulum dan yang pertama belajar pada Mawlana Muhammad Qasim al-Nanotowi.336 Mawlana Mahmud al-Hasan telah mengajar di Dar al-'Ulum, Deoband selama 40 tahun dan para penuntut yang keluar membawa sanad halaqat hadithnya kira-kira 860 orang.337