UJIAN BERTULIS
2.7 PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS
AKTIVITI TINDAKAN
i. Menyediakan surat siaran, Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Bertulis.
Memuat naik Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Bertulis di portal LP.
Menyediakan dan muat naik instrumen Ujian Bertulis dan panduan penskoran ke Aplikasi PT3 (https://pt3.moe.gov.my).
Menyediakan surat siaran memaklumkan kepada JPN kata laluan dan arahan memuat turun Ujian Bertulis dan panduan penskoran melalui Aplikasi PT3.
Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk memantau pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
LP
ii. Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada PPD bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Bertulis di portal LP.
Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran melalui Aplikasi PT3.
Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor / Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN dan PPD untuk memantau pelaksanaan Ujian Bertulis bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
Kes Khas : Calon Persendirian, Calon di bawah Kementerian
Dalam Negeri (KDN) Dan Calon Bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dan Calon Sekolah Dalam Hospital (SDH).
- Melantik Personel Pentaksiran untuk menskor skrip jawapan calon.
- Memaklumkan calon persendirian untuk melaksanakan Ujian Bertulis di pusat ujian bertulis yang ditetapkan oleh JPN.
69 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n
AKTIVITI TINDAKAN
- Mendapatkan instrumen pentaksiran dari sekolah berhampiran bagi calon di bawah KDN, KPWKM dan SDH.
- Mentadbir Ujian Bertulis bagi calon SDH serta calon yang sakit berpanjangan dan berada di hospital sebelum atau pada 31
Oktober
- Mengurus skrip jawapan calon persendirian, calon di bawah KDN dan KPWKM serta menyerahkan kepada Personel Pentaksir untuk penskoran.
- Menghantar skrip jawapan calon yang telah diskor melalui Pos Berdaftar kepada sekolah di mana calon mendaftar menduduki PT3 bagi tujuan perekodan skor dalam Aplikasi PT3.
Kes Khas : Calon Pindah Sekolah Selepas Bulan Jun.
- Menguruskan instrumen bagi calon sekolah yang berpindah selepas bulan Jun dan mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah baru. (Contohnya: Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun)
- Mendapatkan instrumen dari sekolah lama calon dan menyerahkan instrumen pentaksiran kepada PPD.
- Memastikan sekolah menghantar melalui Pos Berdaftar skrip jawapan calon kepada sekolah lama bagi tujuan penskoran. - Memastikan sekolah lama menghantar skrip jawapan calon
yang telah diberi skor ke sekolah baharu bagi tujuan perekodan skor dalam Aplikasi PT3.
Mengurus dan mengendalikan kes salah laku PT3.
JPN
iii. Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran melalui Aplikasi PT3.
Pegawai UPP menerima pelantikan sebagai pegawai pemantau untuk menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan Instrumen Ujian Bertulis ditadbir mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP
70 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n
AKTIVITI TINDAKAN
Kes Khas : Calon Persendirian, Calon di bawah Kementerian
Dalam Negeri (KDN) Dan Calon Bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dan Calon Sekolah Dalam Hospital (SDH).
- Menerima senarai calon persendirian, di bawah KDN dan KPWPM serta memaklumkan pelaksanaan Ujian Bertulis PT3 di pusat ujian bertulis yang ditetapkan oleh JPN.
- Mendapatkan instrumen pentaksiran dari sekolah berhampiran bagi calon di bawah KDN, KPWKM dan SDH.
- Mentadbir Ujian Bertulis bagi calon SDH serta calon yang sakit berpanjangan dan berada di hospital sebelum atau pada 31 Oktober
- Menyerahkan skrip jawapan calon kepada JPN
PPD
iv. Menerima surat siaran bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Bertulis.
Melantik personel yang terlibat dalam pentadbiran dan pentaksiran Ujian Bertulis mengikut dokumen Panduan Perlantikan Pentaksir PT3 tahun semasa.
Memastikan KPMP menyediakan Jadual Kerja Ujian Bertulis di peringkat sekolah.
Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada JPN untuk memuat turun Instrumen Ujian Bertulis dan Panduan Penskoran. Memastikan PKP dan SuP memuat turun Panduan Pentadbiran,
Jadual Kerja dan Instrumen Ujian Bertulis dan panduan penskoran dari Aplikasi PT3.
Melaksanakan verifikasi instrumen pentaksiran secara teknikal dan mengesahkan instrumen pentaksiran.
Menyerahkan Instrumen Ujian Bertulis kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras Pendidikan Khas untuk dibraille/ moderasi.
Melantik guru pendidikan khas yang mempunyai kemahiran untuk membuat moderasi/braille instrumen pentaksiran secara berjadual. Menyimpan Instrumen Ujian Bertulis dan Panduan Penskoran
mengikut Panduan Pengurusan Keselamatan sebelum diserahkan kepada KPMP dan GMP
71 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n
AKTIVITI TINDAKAN
Memberi Taklimat Penjaminan Kualiti dan Panduan Pengurusan Keselamatan kepada semua personel pentadbiran dan pentaksiran Melapor secara bertulis kepada JPN/PPD untuk pengurusan
kes-kes khas bagi;
- calon mewakili negara / negeri / sakit berpanjangan yang berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Bertulis
- mentadbir Ujian Bertulis selepas calon hadir semula ke sekolah sebelum atau pada 31 Oktober.
Kelulusan kes-kes khas tertakluk kepada budi bicara pengetua sekolah. Contoh kes-kes khas adalah seperti:
- Sakit (mempunyai sijil sakit dari doktor) - Kematian
- Kemalangan - Histeria
Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan Ujian Bertulis ditadbir mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.
Memberi kebenaran kepada personel pentaksiran untuk membawa keluar 20 skrip jawapan calon mengikut nisbah 3:4:3 yang ditetapkan ke Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan melengkapkan Borang
Kebenaran Serah Terima SJC PT3.
Pengetua
v. Merancang dan memastikan KPMP menyediakan Jadual Kerja Ujian Bertulis peringkat sekolah bagi calon biasa dan Calon Berkeperluan Khas (CBK) berpandukan dari Jadual Kerja Ujian Bertulis yang disediakan oleh LP.
Mengurus pelaksanaan Ujian Bertulis mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP. Memastikan KPMP menyerahkan Jadual Kerja Ujian Bertulis
peringkat sekolah kepada personel pentadbiran dan pentaksiran. Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
kepada pengetua untuk penyimpanan mengikut Panduan Pengurusan Keselamatan
72 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n
AKTIVITI TINDAKAN
Menyediakan jadual bertugas Ketua Pengawas Pentaksiran dan Pengawas Pentaksiran Ujian Bertulis.
Menyerahkan Jadual Kerja Instrumen Ujian Bertulis peringkat sekolah kepada personel pentadbiran dan pentaksiran. Memantau proses moderasi/braille instrumen pentaksiran
dilaksanakan secara berjadual.
Memastikan SuP memuat turun Instrumen Ujian Bertulis dan panduan penskoran dari Aplikasi PT3.
Menyerahkan instrumen pentaksiran yang telah disahkan oleh Pengetua kepada Guru / Penyelaras CBK untuk dimoderasi atau dibraille.
Catatan:
Proses moderasi instrumen Ujian Bertulis hanya melibatkan mata pelajaran Science dan Mathematics sahaja.
Mengawas dan memastikan Instrumen Ujian Bertulis dan panduan penskoran telah diperbanyak.
Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran yang telah diperbanyakkan untuk disimpan mengikut panduan pengurusan keselamatan.
Memastikan bilik / dewan Ujian Bertulis siap sedia.
Menyerahkan Instrumen Ujian Bertulis kepada KPP 30 minit sebelum Ujian Bertulis berlangsung.
Menerima dan menyimpan skrip jawapan calon daripada KPP. Memastikan KPMP menyerahkan panduan penskoran kepada (GMP) selepas tamat pentadbiran ujian bertulis mengikut tarikh yang ditetapkan oleh LP.
Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan Ujian Bertulis ditadbir mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP.
73 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n
AKTIVITI TINDAKAN
vi. Menerima nama pengguna dan kata laluan.
Memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut mata pelajaran menggunakan komputer khas di premis sekolah serta menyimpannya dalam media storan dengan pengawasan PKP.
Mengurus pelaksanaan Ujian Bertulis mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP. Melupuskan maklumat pada media storan, mesin fotostat dan
mesin risograf dengan serta merta selepas percetakan instrumen pentaksiran.
Menyediakan dokumen serah dan terima instrumen dan jadual kehadiran calon untuk diserahkan kepada Ketua Pengawas Pentaksiran.
Melapor kepada Pengetua dan menguruskan kes-kes khas bagi; - calon mewakili negara / negeri / sakit berpanjangan yang
berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Bertulis.
- Menyelaras Ujian Bertulis PT3 selepas calon hadir semula ke sekolah sebelum atau pada 31 Oktober.
SuP
vii. Menyediakan Jadual Kerja Ujian Bertulis berpandukan Jadual Kerja Ujian Bertulis yang disediakan oleh LP.
Memastikan semua GMP mematuhi Jadual Kerja Ujian Bertulis peringkat sekolah dan LP
KPMP
viii Memaklum dan mengedar Jadual Waktu kepada calon .
Memaklumkan kepada SuP sekiranya ada calon pindah masuk atau pindah keluar.
Melaporkan kes-kes khas kepada SuP . Menyerahkan Pelaporan PT3 kepada calon.
GURU TINGKATAN
Mentadbir Ujian Bertulis PT3 selepas calon hadir semula ke sekolah sebelum atau pada 31 Oktober bagi kes-kes khas
74 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n
AKTIVITI TINDAKAN
ix. Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh LP berdasarkan Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan 2016.
KPP
Menerima instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya Ujian Bertulis daripada PKP.
Membaca arahan dan larangan kepada calon sebelum memulakan Ujian Bertulis (di dalam dewan / bilik pentaksiran)
Menyerahkan skrip jawapan calon dan lebihan instrumen
pentaksiran kepada PKP selepas tamat Ujian Bertulis setiap mata pelajaran.
KPP
xi. Merekod kehadiran calon semasa mentadbir Ujian Bertulis. Mentadbir ujian bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan
oleh LP.
Mengedarkan instrumen pentaksiran 10 minit sebelum bermulanya ujian bertulis.
Menyerahkan skrip jawapan calon dan lebihan instrumen pentaksiran kepada KPP selepas selesai setiap mata pelajaran setiap Ujian Bertulis .
PP
xii. Memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan penskoran dengan arahan dan pengawasan PKP.
75 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n