• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENTADBIRAN UJIAN KOMUNIKASI : BERISYARAT / BERTUTUR

Dalam dokumen 1. Panduan Pentadbiran Pt3 2017 (Halaman 33-39)

BERISYARAT/BERTUTUR

2.3 PENTADBIRAN UJIAN KOMUNIKASI : BERISYARAT / BERTUTUR

AKTIVITI TINDAKAN

i.  Menyediakan surat siaran, Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur.

 Memuat naik Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur di portal LP.

 Menyediakan dan memuat naik instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur ke Aplikasi PT3. (https://pt3.moe.gov.my)

 Menyediakan surat siaran memaklumkan kepada JPN kata laluan dan arahan memuat turun instrumen pentaksiran Ujian

Komunikasi: Berisyarat/Bertutur dan panduan penskoran melalui Aplikasi PT3.

 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk memantau pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran.

LP

ii.  Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada PPD bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur di portal LP.

 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur melalui Aplikasi PT3.

 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor / Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN dan PPD untuk memantau pelaksanaan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

 Menguruskan calon bawah KDN dan calon bawah KPWKM : - Menyerahkan jadual Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur

kepada calon.

- Menguruskan instrumen pentaksiran calon.

- Melantik personel pentaksiran untuk melaksanakan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur.

33 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

- Menghantar skor calon ke LP.

- Mengeluarkan pelaporan berdasarkan format pelaporan PT3.  Menjaga keselamatan instrumen pentaksiran dan panduan

penskoran.

JPN

iii.  Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada sekolah bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur di portal LP.

 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur melalui Aplikasi PT3.

 Pegawai UPP menerima pelantikan sebagai pegawai pemantau untuk melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur ditadbir mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

PPD

iv.  Menerima surat siaran bagi memuat turun turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur.

 Melantik personel yang terlibat dalam pentadbiran dan pentaksiran Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur mengikut dokumen Panduan Perlantikan Pentaksir PT3 tahun semasa.

 Memastikan KPMP menyediakan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur di peringkat sekolah.

 Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada JPN untuk memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran.  Memastikan PKP dan SuP memuat turun instrumen pentaksiran

dan panduan penskoran dari Aplikasi PT3.

 Melaksanakan verifikasi instrumen pentaksiran secara teknikal dan mengesahkan instrumen pentaksiran.

 Menyimpan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut panduan pengurusan keselamatan sebelum diserahkan kepada KPMP dan GMP.

34 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

 Memastikan personel pentaksiran mentadbir Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur mengikut jadual sidang dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

 Memberi Taklimat Penjaminan Kualiti dan Panduan Pengurusan Keselamatan kepada semua personel pentadbiran dan pentaksiran.

 Melapor secara bertulis kepada JPN/PPD untuk pengurusan kes-kes khas bagi;

- calon mewakili negara / negeri / sakit berpanjangan yang berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur

- mentadbir Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur selepas calon hadir semula ke sekolah sebelum atau pada 31 Oktober.  Kelulusan kes-kes khas tertakluk kepada budi bicara pengetua

sekolah. Contoh kes-kes khas adalah seperti: - Sakit (mempunyai sijil sakit dari doktor) - Kematian

- Kemalangan - Histeria

 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur ditadbir mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

 Pentaksiran dilaksanakan dalam waktu persekolahan. Pihak sekolah juga boleh melaksanakan pentaksiran menggunakan jadual sidang yang telah ditetapkan.

 Pentaksiran dilaksanakan sekali sahaja untuk setiap calon

Pengetua

v.  Merancang dan memastikan KPMP menyediakan Jadual Kerja dan jadual sidang Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur peringkat sekolah berpandukan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur yang disediakan oleh LP.

 Mengurus pelaksanaan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh sekolah dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

35 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

 Memastikan KPMP menyerahkan Jadual Kerja Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur peringkat sekolah kepada personel pentadbiran dan pentaksiran.

 Memastikan SuP memuat turun instrumen pentaksiran, panduan penskoran dan Arahan Pentadbiran Tugasan dari Aplikasi PT3.  Menyerahkan instrumen Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur dan

panduan penskoran kepada KPMP.

 Menerima borang penskoran Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur daripada pentaksir selepas ujian tamat.

 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur ditadbir mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

PKP

vi.  Menerima nama pengguna dan kata laluan.

 Memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran menggunakan komputer khas di premis sekolah serta menyimpannya dalam media storan dengan pengawasan PKP.  Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran

kepada pengetua bersama-sama PKP untuk penyimpanan mengikut panduan pengurusan keselamatan.

 Melapor kepada Pengetua dan menguruskan kes-kes khas bagi; - calon mewakili negara / negeri / sakit berpanjangan yang

berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur.

- Menyelaras pelaksanaan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur selepas calon hadir semula ke sekolah sebelum atau pada 31 Oktober.

SuP

vii  Menyediakan Jadual Kerja dan Jadual Sidang Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur peringkat sekolah.

 Memberi taklimat kepada calon berkaitan pelaksanaan Ujian Komunikasi Berisyarat / Bertutur.

36 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

 Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran daripada PKP dan menyerahkan kepada semua GMP pada hari Mesyuarat Penyelarasan Tugasan Ujian Komunikasi: Berisyarat/Bertutur peringkat sekolah.

 Memastikan semua GMP mematuhi Jadual Kerja dan Jadual Sidang Ujian Komunikasi Berisyarat / Bertutur di peringkat sekolah dan LP

KPMP

viii.  Memaklum dan mengedar Jadual Waktu dan Jadual Sidang kepada calon .

 Memaklumkan kepada SuP sekiranya ada calon pindah masuk atau pindah keluar.

 Melaporkan kes-kes khas kepada SuP .  Menyerahkan Pelaporan PT3 kepada calon.

GURU TINGKATAN

ix  Menjalankan pentaksiran mengikut Jadual Kerja dan Jadual Sidang Peringkat Sekolah berpandukan Jadual Kerja LP.

 Menerima instrumen pentaksiran pada hari Mesyuarat Penyelarasan Tugasan Ujian Komunikasi:Berisyarat/Bertutur peringkat sekolah daripada KPMP.

 Pentaksiran dilaksanakan sekali sahaja untuk setiap calon.  Pentaksiran dilaksanakan oleh dua orang pentaksir.

- Pentaksir 1 adalah guru yang mengajar calon dan pemberi skor - Pentaksir 2 dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran

Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan berperanan sebagai pemberi skor.

 Mentaksir Bahasa Melayu

- Pentaksiran dilaksanakan oleh dua orang pentaksir.

- Pentaksir 1 adalah guru yang mengajar calon. Pentaksir 2 dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu. - Pentaksiran boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan yang

melibatkan 2 orang calon atau secara individu.

- Pentaksir menetapkan kumpulan calon bagi setiap sesi sebelum bermulanya pentaksiran.

GMP PMP

37 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

- Pentaksir memberi tugasan (tema atau tajuk perbincangan) kepada setiap kumpulan. Ahli kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk berbincang sebagai persiapan sebelum pentaksiran dilaksanakan.

- Pentaksiran dijalankan dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

- Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang penskoran yang disediakan.

- Skor diberi berdasarkan peringkat dan kriteria penskoran yang disediakan.

- Ujian ini dijalankan secara kumpulan tetapi skor diberikan secara individu.

 Mentaksir Bahasa Inggeris

- Pentaksiran dilaksanakan oleh dua orang pentaksir.

- Pentaksir pertama adalah guru yang mengajar calon. Pentaksir kedua dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.

- Pentaksiran dijalankan secara individu. - Calon ditaksir melalui dua bahagian:

a. Section A: Reading Aloud b. Section B: Spoken Interaction

-

Pentaksiran dijalankan dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

- Calon perlu bersedia untuk memberikan tindak balas kepada tugasan yang ditetapkan. Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh diulang.

- Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang penskoran yang disediakan.

- Calon ditaksir berdasarkan kemahiran berkomunikasi berbahasa.

- Skor diberi berdasarkan peringkat dan kriteria penskoran yang disediakan.

- Borang skor yang telah lengkap hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan calon.

38 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

2.3.1 PELAKSANAAN UJIAN KOMUNIKASI: BERISYARAT / BERTUTUR BAHASA MELAYU

Dalam dokumen 1. Panduan Pentadbiran Pt3 2017 (Halaman 33-39)