• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENTADBIRAN UJIAN LISAN: MENDENGAR

Dalam dokumen 1. Panduan Pentadbiran Pt3 2017 (Halaman 42-49)

- BAHASA INGGERIS

2.4 PENTADBIRAN UJIAN LISAN: MENDENGAR

AKTIVITI TINDAKAN

i.  Menyediakan surat siaran, Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar.

 Memuat naik Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar di portal LP.

 Menyediakan dan menyerahkan bahan audio, instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan: Mendengar kepada JPN.

 Menyediakan surat siaran memaklumkan kepada JPN kata laluan dan arahan memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan: Mendengar melalui Aplikasi PT3

 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk memantau pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

LP

ii.  Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada PPD bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar di portal LP.

 Menerima bahan audio dan instrumen pentaksiran untuk diserahkan kepada sekolah.

 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran melalui Aplikasi PT3.

 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN dan PPD untuk memantau pelaksanaan Ujian Lisan: Mendengar bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

 Menguruskan calon di bawah KDN dan KPWKM:

- Menyerahkan Jadual Ujian Lisan: Mendengar kepada calon. - Menguruskan bahan audio dan instrumen pentaksiran.

42 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

- Melantik personel pentaksiran untuk penskoran skrip jawapan calon.

- Menghantar skor calon ke LP.

- Mengeluarkan pelaporan berdasarkan format pelaporan PT3  Menjaga keselamatan instrumen pentaksiran dan panduan

penskoran

JPN

iii.  Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada sekolah bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar di portal LP

 Memastikan sekolah menerima bahan audio dan memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran.

 Pegawai UPP menerima pelantikan sebagai pegawai pemantau untuk melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan Ujian Lisan Mendengar ditadbir mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

PPD

iv.  Menerima surat siaran bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar.

 Melantik personel yang terlibat dalam pentadbiran dan pentaksiran Ujian Lisan: Mendengar mengikut dokumen Panduan Perlantikan Pentaksir PT3 tahun semasa.

 Memastikan KPMP menyediakan Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar di peringkat sekolah.

 Menerima bahan audio, nama pengguna dan kata laluan daripada JPN untuk memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran.

 Memastikan PKP dan SuP memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran.

 Melaksanakan verifikasi bahan audio dan instrumen pentaksiran secara teknikal dan mengesahkan instrumen pentaksiran.

 Memastikan bahan audio di dalam dewan / bilik pentaksiran lulus ujian teknikal.

43 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

 Menyimpan bahan audio, instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut panduan pengurusan keselamatan sebelum diserahkan kepada KPMP dan GMP.

 Memastikan personel pentaksiran mentadbir Ujian Lisan: Mendengar mengikut jadual sidang dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

 Memastikan SuP memuat turun panduan penskoran Ujian Llisan: Mendengar melalui Aplikasi PT3 sehari selepas Ujian Mendengar dilaksanakan di alamat berikut: (https://pt3.moe.gov.my)

 Memberi Taklimat Penjaminan Kualiti dan Panduan Pengurusan Keselamatan kepada semua personel pentadbiran dan pentaksiran.

 Melapor secara bertulis kepada JPN/PPD untuk pengurusan kes-kes khas bagi;

- calon mewakili negara / negeri / sakit berpanjangan yang berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Lisan: Mendengar PT3

- mentadbir Ujian Lisan: Mendengar PT3 selepas calon hadir semula ke sekolah sebelum atau pada 31 Oktober.

 Kelulusan kes-kes khas tertakluk kepada budi bicara pengetua sekolah. Contoh kes-kes khas adalah seperti:

- Sakit (mempunyai sijil sakit dari doktor) - Kematian

- Kemalangan - Histeria

 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan Ujian Lisan: Mendengar ditadbir mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.  Memberi kebenaran kepada personel pentaksiran untuk membawa

keluar skrip jawapan calon mengikut nisbah yang ditetapkan ke Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan melengkapkan Borang Kebenaran Serah Terima Skrip Jawapan Calon (SJC) PT3.

44 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

v.  Merancang dan memastikan KPMP menyediakan Jadual Kerja dan jadual sidang Ujian Lisan: Mendengar peringkat sekolah berpandukan dari Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar yang disediakan oleh LP.

 Mengurus pelaksanaan Ujian Lisan: Mendengar mengikut jadual kerja dan jadual sidang yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

 Memastikan KPMP menyerahkan Jadual Kerja Ujian Lisan: Mendengar peringkat sekolah kepada personel pentadbiran dan pentaksiran.

 Memastikan SuP memuat turun panduan penskoran dari Aplikasi PT3 .

 Mengawas dan memastikan bahan audio, instrumen pentaksiran dan panduan penskoran telah diperbanyak mengikut keperluan.  Menerima bahan audio, instrumen pentaksiran dan panduan

penskoran yang telah diperbanyak untuk disimpan mengikut panduan pengurusan keselamatan.

 Memastikan bahan audio di dalam dewan / bilik pentaksiran lulus ujian teknikal.

 Memastikan bilik / dewan Ujian Lisan: Mendengar siap sedia.  Menyerahkan bahan audio dan instrumen pentaksiran kepada

KPMP.

 Memastikan KPMP menyerahkan bahan audio dan instrumen pentaksiran kepada KPP 30 minit sebelum Ujian Lisan: Mendengar bermula.

 Menerima dan menyimpan skrip jawapan calon daripada KPP  Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan

Ujian Lisan: Mendengar ditadbir mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

PKP

vi.  Menerima nama pengguna dan kata laluan.

 Memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran menggunakan komputer khas di premis sekolah serta menyimpannya dalam media storan dengan pengawasan PKP.

45 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

 Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran kepada pengetua bersama-sama PKP untuk penyimpanan mengikut panduan pegurusan keselamatan.

 Melaksanakan ujian teknikal terhadap bahan audio di dalam dewan / bilik pentaksiran di bawah pengawasan PKP.

 Memperbanyakkan bahan audio mengikut keperluan dengan pengawasan PKP.

 Melupuskan maklumat pada media storan, mesin fotostat dan mesin risograf dengan serta merta selepas percetakan instrumen pentaksiran.

 Menyediakan bilik / dewan Ujian Lisan: Mendengar.

 Menyediakan dokumen kehadiran calon, serah dan terima bahan audio dan instrumen pentaksiran, jadual kehadiran calon dan pelan tempat duduk untuk diserahkan kepada KPP.

 Melapor kepada Pengetua dan menguruskan kes-kes khas bagi; - calon mewakili negara / negeri / sakit berpanjangan yang

berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Lisan Mendengar - Menyelaras pelaksanaan Ujian Lisan: Mendengar selepas murid

hadir semula ke sekolah sebelum atau pada 31 Oktober

SuP

vii.  Menyediakan Jadual Kerja dan jadual sidang Ujian Lisan: Mendengar peringkat sekolah.

Catatan:

CBK diberikan tambahan masa 30% dari waktu yang diperuntukkan bagi calon biasa kecuali calon kurang upaya pendengaran.

 Memastikan semua GMP mematuhi Jadual Kerja dan Jadual  Sidang Ujian Lisan: Mendengar peringkat sekolah dan LP.

46 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

viii.  Memaklum dan mengedar Jadual Waktu dan Jadual Sidang kepada calon .

 Memaklumkan kepada SuP sekiranya ada calon pindah masuk atau pindah keluar.

 Melaporkan kes-kes khas kepada SuP .  Menyerahkan Pelaporan PT3 kepada calon

GURU TINGKATAN

ix.  Mentadbir Ujian Lisan: Mendengar mengikut Jadual Waktu dan Jadual Sidang dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh LP berdasarkan Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan 2016.

 Menerima instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya Ujian Lisan: Mendengar daripada PKP.

 Membaca arahan dan larangan kepada calon sebelum memulakan Ujian Lisan: Mendengar (di dalam dewan / bilik pentaksiran)

 Pentadbiran Ujian Lisan: Mendengar ditadbir menggunakan bahan audio visual dengan salah satu cara berikut:

- Dewan sekolah secara serentak - Kelas secara serentak

- Kelas mengikut jadual sidang (calon perlu dikuarantin)

 Pentaksiran dilaksanakan sekali sahaja. Tempoh pelaksanaan Ujian Lisan: Mendengar ialah selama 30 minit.

 Pentadbiran Ujian Lisan: Mendengar Bahasa Melayu; bahan audio mengandungi:

- Arahan menjawab soalan - Bacaan Petikan

- Bacaan soalan

 Pentadbiran Ujian Lisan Mendengar Bahasa Inggeris, bahan audio mengandungi:

- Arahan menjawab soalan - Bacaan Petikan

 Menyerahkan skrip jawapan calon dan lebihan instrumen pentaksiran kepada PKP selepas tamat Ujian Lisan: Mendengar.

47 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

AKTIVITI TINDAKAN

x.  Merekod kehadiran calon semasa mentadbir Ujian Lisan: Mendengar.

 mentadbir Ujian Lisan: Mendengar mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.

 Mengedarkan instrumen pentaksiran 10 minit sebelum bermulanya Ujian Lisan: Mendengar.

 Mengedarkan instrumen pentaksiran dan calon dibenarkan membaca instrumen pentaksiran secara senyap dalam tempoh 5 minit.

 Menyerahkan skrip jawapan calon dan lebihan instrumen pentaksiran kepada KPP selepas tamat Ujian Lisan: Mendengar.

PP

xi.  Memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan penskoran dengan arahan dan pengawasan PKP.

48 | © 2017 L e m b a g a P e p e r i k s a a n

2.4.1 PELAKSANAAN UJIAN LISAN: MENDENGAR

Dalam dokumen 1. Panduan Pentadbiran Pt3 2017 (Halaman 42-49)