• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peratusan Respon Terhadap Soalan-Soalan Tentang IHUZ Persepsi dan Pandangan Para JHUM

Berdasarkan Hadis-Hadis Yang

Dilampirkan

Tidak Setuju

Tidak

Pasti Setuju Jumlah

1

Nabi s.a.w. meletakkan puasa pada kedudukan yang terakhir dalam turutan rukun-rukun Islam yang lima selepas ibadah haji kerana pahala puasalah yang dapat melengkapkan semua ibadah yang lain.

67.5 % 17.5 % 15 % 100 %

2

Semua dosa (kecil dan besar) yang pernah dilakukan oleh seseorang insan akan terhapus apabila dia melakukan dua umrah yang berturutan.

5 % 7.5 % 87.5 % 100 %

3

Sebaik sahaja seseorang itu berniat untuk mengerjakan haji maka tanpa bertangguh lagi dia hendaklah segera meninggalkan hal-hal berkaitan hubungan suami isteri dan perbuatan fasiq / maksiat.

10 % 25 % 65 % 100 %

4

Haram bagi wanita yang tiada mahram untuk pergi bermusafir menunaikan haji dan umrah.

57.5 % 17.5 % 25 % 100 %

5

Perjalanan yang diharamkan ke atas wanita yang tiada mahram ialah yang mengambil masa selama 3 hari atau lebih.

6

Jemaah yang minum air zamzam (sama ada sikit atau banyak) insya-Allah akan merasa kenyang daripada kelaparan.

40 % 47.5 % 12.5 % 100 %

7

Bilangan minimum mereka yang diwajibkan untuk solat berjemaah (sama ada lelaki atau perempuan) ialah sekurang-kurangnya 3 orang.

10 % 37.5 % 52.5 % 100 %

8

Ibadah utama di dalam Raudah ialah berdoa kepada Allah dan meminta kepadaNya supaya hajat dikabulkan.

62.5 % 20 % 17.5 % 100 %

9

Di dalam Raudah jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan solat dan

membaca al-Qur'ān. 17.5 % 5 % 77.5 % 100 %

10

Hanya jemaah yang segera bergegas masuk untuk solat sebaik sampai di Masjid Qubā' sahaja yang akan mendapat ganjaran seumpama umrah.

57.5 % 20 % 22.5 % 100 %

11

Jemaah yang mahu mendapat pahala seumpama umrah perlulah terlebih dahulu berwuduk di tempat mereka menginap sebelum bertolak ke Qubā'.

60 % 5 % 35 % 100 %

12

Pentafsiran makna sebahagian Hadis dalam buku panduan IHUZ ini memang bermasalah.

27.5 % 5 % 67.5 % 100 %

13

Perlu dibuat pelurusan kefahaman dan pembaikan kepada pentafsiran makna sebahagian Hadis dalam buku panduan IHUZ.

27.5 % 5 % 67.5 % 100 %

Berdasarkan jawapan para responden daripada GPMM untuk item pertama iaitu “Nabi

s.a.w. meletakkan puasa pada kedudukan yang terakhir dalam turutan rukun-rukun Islam yang lima selepas ibadah haji kerana pahala puasalah yang dapat melengkapkan semua ibadah yang lain”, di mana 15 % setuju dan 17.5 % tidak pasti

menunjukkan bahawa memang telah berlaku kekeliruan dan salah faham pada pentafsiran makna Hadis dalam buku panduan IHUZ itu.

Ini kerana ibadah Haji yang memang sudah sedia dimaklumi sebagai pelengkap kepada rukun Islam yang lima, tiba-tiba diragui keberadaannya sebagai penyempurna hanya gara-gara Hadis pertama yang meletakkan ”Puasa pada kedudukan yang terakhir

dalam turutan rukun-rukun Islam yang lima selepas ibadah haji”. Dalam erti kata

lain, pemilihan Hadis yang kurang tepat dan pentafsiran makna yang kurang menyeluruh oleh JPBP telah berjaya mengelirukan GPMM. Cuba bayangkan kesan pemilihan Hadis dan pentafsiran makna ini kepada para JHUM yang lain. Jelas di sini perlunya dilakukan pertukaran Hadis dan pentafsiran semula makna.

Untuk item ke-2, 87 % responden setuju bahawa “Semua dosa (kecil dan besar) yang

pernah dilakukan oleh seseorang insan akan terhapus apabila dia melakukan dua umrah yang berturutan”. Persoalannya ialah mengapa mereka beranggapan

sedemikian. Jawapannya mudah sahaja iaitu Hadis yang dilampirkan tidak memberi tahu bahawa untuk ibadah umrah, hanya dosa-dosa kecil dan sederhana sahaja yang diampunkan. Jika ada Hadis lain yang dilampirkan atau ada penjelasan tambahan yang diberikan oleh JPBP mungkin GPMM akan dapat mengubah persepsi mereka.

Seterusnya bagi item ke-3, hanya 65 % responden sahaja yang setuju bahawa “Sebaik

sahaja seseorang itu berniat untuk mengerjakan haji maka tanpa bertangguh lagi dia hendaklah segera meninggalkan hal-hal berkaitan hubungan suami isteri dan perbuatan fasiq / maksiat”. Maknanya ada 35 % lagi para responden yang tidak

setuju atau tidak pasti akan perlunya kesegeraan. ‘Sense of urgency’ ini tidak dapat dirasai kerana JPBP tidak memaknai huruf fa pada lafaz (

ْﻢَﻠَـﻓ

) itu dengan “maka atau lalu tidak”. JPBP hanya memaknainya dengan “dan tidak” sehingga hilang tuntutan Nabi s.a.w. untuk para jemaah haji bersegera dalam meninggalkan “hal-hal berkaitan

hubungan suami isteri dan perbuatan fasiq / maksiat”.

Berdasarkan jadual di atas, majoriti responden (57.5 %) tidak bersetuju dengan item ke-4 bahawa “Haram bagi wanita yang tiada mahram untuk pergi bermusafir

pasti akan hal hukum wanita bermusafir ini. Walaupun selama ini mereka sudah biasa melihat golongan wanita yang tiada mahram berulang alik ke Tanah Suci untuk umrah atau haji, pemilihan Hadis yang kurang tepat dan pentafsiran makna yang kurang menyeluruh telah berjaya mengelirukan GPMM.

Walaubagaimana agak pelik apabila 67.5 % responden daripada GPMM bersetuju dengan item ke-5 bahawa “Perjalanan yang diharamkan ke atas wanita yang tiada

mahram ialah yang mengambil masa selama 3 hari atau lebih”. Mereka seolah-olah

berpandangan bahawa tidak kira apa jenis dan tujuan sesuatu perjalanan, jika perjalanan itu mengambil masa kurang dari 3 hari maka ia adalah dibenarkan. Sekali lagi pemilihan Hadis yang kurang tepat dan pentafsiran makna yang kurang menyeluruh telah berjaya mengelirukan GPMM.

Seterusnya, untuk item ke-6, hanya 12.5 % (5 orang) yang bersetuju bahawa “Jemaah

yang minum air zamzam (sama ada sikit atau banyak) insya-Allah akan merasa kenyang daripada kelaparan”. Ini kerana berdasarkan pengalaman mereka meminum

zamzam, ia hanya mampu menghilangkan dahaga terutamanya ketika cuaca yang sangat panas. Namun mereka tidak pernah merasa cukup dengan zamzam sebagai makanan yang mengenyangkan. Maksudnya, mereka tetap perlu mengambil makanan.

Begitu juga untuk item yang ke-7, 10 % GPMM tidak bersetuju bahawa “Bilangan

minimum mereka yang diwajibkan untuk solat berjemaah (sama ada lelaki atau perempuan) ialah sekurang-kurangnya 3 orang”. Ini kerana pada kebiasaannya

jumlah dua orang sudah dianggap memadai untuk didirikan solat berjemaah. Konflik dalam kefahaman ini berlaku kerana Hadis yang dipilih dan maklumat yang terkandung di dalamnya bertentangan dengan apa yang telah sedia difahami oleh GPMM.

Bagi item yang ke-8, adalah agak memeranjatkan apabila hanya 17.5 % GPMM yang setuju bahawa “Ibadah utama di dalam Raudah ialah berdoa kepada Allah dan

meminta kepadaNya supaya hajat dikabulkan”. Maknanya majoriti responden

daripada GPMM tidak mengetahui akan tuntutan berdoa sebagai ibadah utama dalam Raudah. Kegagalan JPBP memberikan maklumat yang tepat dan menyeluruh kepada GPMM menyebabkan mereka tersilap membuat pilihan jenis ibadah.

Memang diakui apa jenis ibadahpun insya-Allah akan mendatangkan pahala jika dilakukan dengan betul dan ikhlas. Namun bukankah lebih baik jika seseorang itu dapat melakukan ibadah yang betul, pada waktu yang betul dan di tempat yang betul. Sudah tentu pahala yang akan diperolehinya lebih besar lagi, atau doa yang dipohonnya menjadi lebih mustajab.

Demikian juga untuk item ke-9, sekali lagi memeranjatkan apabila 77.5 % setuju bahawa “Di dalam Raudah jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan solat dan

membaca al-Qur'ān”. Maknanya, GPMM memang jelas terkeliru dan salah faham

terhadap pentafsiran makna Hadis-Hadis yang dihasilkan oleh JPBP yang tidak menjelaskan tentang Raudah yang diibaratkan sebagai taman syurga iaitu tempat yang dikabulkan permintaan (mustajab doa). Akibat daripada kurang tepat dan kurang menyeluruhnya maklumat yang mereka perolehi, GPMM tidak menyedari bahawa mereka telah hilang peluang keemasan untuk memohon agar hajat mereka dikabulkan oleh Allah. Memang betul mereka masih ada tempat lain seperti Multazam yang juga mustajab doanya, namun perlu diingat bahawa setiap tempat memiliki kelebihan yang tersendiri.

Seterusnya, untuk item ke-10, hampir 60 % (57.5 %) tidak mengetahui bahawa “Sesiapa yang mahu mendapat ganjaran seumpama umrah perlu segera bergegas

masuk untuk solat sebaik sampai di Masjid Qubā'”. Maknanya jemaah yang pergi

berbelanja atau minum-minum di kafetaria terlebih dahulu mungkin tidak berpeluang untuk mendapat ganjaran seumpama umrah.

Begitu juga untuk item yang ke-11, 60 % GPMM tidak mengetahui bahawa “Sesiapa

yang mahu mendapat pahala seumpama umrah perlulah terlebih dahulu berwuduk di tempat mereka menginap sebelum bertolak ke Qubā'”. Hal ini berlaku

kerana tiada maklumat dalam Hadis yang menyatakan hal yang demikian. Demikian juga tiada maklumat tambahan yang diberikan di mana-mana dalam buku panduan ini tentang tuntutan berwuduk terlebih dahulu.

Berdasarkan item ke-12 dan ke-13, lebih daripada separuh (67.5%) responden yang bersetuju bahawa “Pentafsiran makna sebahagian Hadis dalam buku panduan

IHUZ ini memang bermasalah dan mereka juga setuju supaya dibuat pelurusan kefahaman dan pembaikan kepada pentafsiran makna Hadis-Hadis dalam buku panduan IHUZ”.

Dapatan-dapatan dalam Jadual 5.1 di atas sebenarnya tidak menimbulkan kepelikan. Ia memang selari dengan hipotesis penulis bahawa “Terdapat salah faham dan kekeliruan dalam kalangan JHUM terhadap pentafsiran makna Hadis-Hadis dalam buku panduan IHUZ, terbitan LUTH”. Sebagai kesimpulannya, JHUM daripada GPMM tersalah faham dan terkeliru dalam memahami mesej Baginda s.a.w. disebabkan oleh pentafsiran makna yang kurang tepat serta kurang komprehensif terhadap Hadis-Hadis yang dijadikan hujah dalam buku panduan IHUZ tersebut.

5.2 Penutup

Dalam bab ini, penulis telah membincangkan secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian Analisis Pandangan yang telah dilakukan ke atas 40 orang JHUM daripada golongan profesional Melayu Muslim (GPMM) yang mengikuti kursus IHUZ di dua buah masjid iaitu Masjid BBSB (17 orang) dan Masjid Saujana Utama (23 orang). Perkara-perkara yang telah dijelaskan itu termasuklah rekabentuk dan kaedah kajian, instrumen kajian yang digunakan untuk menjalankan kajian, serta populasi kajian.

Dapatan daripada kajian Analisis Pandangan (Analysis of Thought) ini mengesahkan bahawa memang telah berlaku salah faham dan kekeliruan dalam kalangan GPMM tersebut terhadap tafsiran makna Hadis-Hadis yang terdapat dalam buku panduan IHUZ yang dibekalkan oleh LUTH kepada setiap JHUM.