• Tidak ada hasil yang ditemukan

Objektif

1. Menyebut, membaca dan memahami perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan yang betul.

2. Membina dan menulis perkataan diftong dan vokal berganding dengan betul. 3. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.

4. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran

3.0 Perkataan Diftong dan Vokal Berganding

3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan diftong dan vokal berganding.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Tunjukkan 4 keping kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar dari segi warna, bentuk, saiz dan rasa.

Lampiran 1 Kad gambar:

- petai, kaloi, paip, kuih 2 Pamerkan 4 keping kad perkataan dan

bimbing murid menyebut dan mengeja perkataan yang ditunjukkan.

Lampiran 2 Kad perkataan:

- petai, kaloi, paip, kuih

3 Lekatkan kad perkataan pada papan hitam. Minta murid tutup menutup mata kanan dengan telapak tangan dan baca

perkataan yang ditunjukkan secara individu. Ulang lagi aktiviti di atas dengan menutup mata kiri pula.

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

28

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

42

Langkah Aktiviti Catatan

Kenal pasti murid yang tidak dapat membaca dengan tepat untuk mengesan tahap penguasaan penglihatan mereka. 4 Bahagikan murid kepada dua kumpulan.

Setiap ahli dalam kumpulan diberi tali berukuran 24 inci. Paparkan kad perkataan pada papan tulis. Minta setiap kumpulan membentuk perkataan yang ditunjukkan di atas meja menggunakan tali tersebut. Perhatikan ejaan perkataan betul. Minta setiap kumpulan mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina.

Lampiran 2 Tali

5 Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Agihkan kad gambar dan kad perkataan kepada kumpulan tersebut. Minta wakil kumpulan mencari kad perkataan yang disebut oleh guru dan tunjukkan di hadapan kelas. Minta murid yang lain menyebut perkataan tersebut.

Kemudian minta kumpulan yang lain

mencari gambar yang berpadanan dengan perkataan yang disebut. Tampal kad

perkataan dan kad gambar pada papan tulis.

Lampiran 1

Lampiran 2

6 Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan yang telah dilekatkan pada papan tulis.

7 Berikan batang mancis kepada setiap kumpulan. Minta setiap kumpulan menyusun batang mancis tersebut mengikut bentuk huruf yang dilihat pada kad perkataan.

Lampiran 2

Batang mancis 8 Sediakan kertas bersaiz kecil dan tulis

perkataan pada kertas itu. Masukkan kertas tersebut ke dalam belon. Minta murid meniup belon tersebut sehingga pecah. Murid diminta menyebut perkataan yang terdapat pada kertas di dalam belon yang telah dipecahkan. Permainan Bahasa: Belon Ajaib Lampiran 3 Perkataan diftong: - Limau, misai, petai, sauh, duit

- limau, misai, petai, sauh, duit

Langkah Aktiviti Catatan Kaedah VAK Visual - penglihatan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan,belon, batang mancis

3.2 Membina dan menulis perkataan diftong dan vokal berganding.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Tunjukkan 4 keping kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.

Lampiran 4 Kad gambar:

- sauh, duit, kaloi, misai 2 Sebut nama gambar tersebut. Minta murid

menulis perkataan yang disebut pada kad yang disediakan.

Betulkan ejaan murid jika salah.

Kad manila

3 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Bawa murid ke luar kelas di kawasan berpasir. Minta murid membawa kertas dan gam yang disediakan oleh guru.

Tunjukkan kad perkataan kepada setiap kumpulan.

Setiap ahli kumpulan dikehendaki meniru satu huruf dalam perkataan yang ditunjukkan menggunakan gam.

Kemudian kertas tersebut hendaklah ditekap atas pasir supaya pasir dapat melekat pada huruf yang telah ditulis tadi.

Setiap kumpulan dikehendaki memaparkan huruf-huruf tersebut mengikut susunan bagi membina perkataan seperti yang

ditunjukkan.

Lampiran 5 Kad perkataan: - sauh, duit, kaloi, misai Kertas warna/putih Gam

4 Bimbing murid membaca lirik lagu yang dipaparkan sambil melakukan pergerakan. Minta murid nyanyikan lagu tersebut sambil melakukan pergerakan.

Lampiran 6 Lirik Lagu:

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

30

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

44

Langkah Aktiviti Catatan

5 Minta murid melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang betul.

Lembaran kerja 1

6

Bersoal jawab dengan murid mengenai lagu dan minta murid mengeja perkataan yang telah dipelajari sebagai aktiviti pengukuhan.

Lampiran 6

7 Edarkan lembaran kerja. Minta murid

mencari perkataan tersembunyi berdasarkan gambar yang disediakan.

Permainan Bahasa : Cari perkataan tersembunyi Lembaran Kerja 2 Pendekatan VAK Kinestetik - Sentuhan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, carta lirik lagu,lembaran kerja, kertas A4, gam kad silang kata

3.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Pamerkan kad ayat pada papan tulis. Sebut ayat dan minta murid menyebut semula.

Lampiran 7 - Bapa buka paip. - Nani jual kuih. - Kakak beli petai di

kedai.

- Lili bela ikan kaloi. 2 Bersoal jawab dengan murid untuk

memahami ayat yang dibaca.

Cadangan soalan: - Siapakah buka paip? - Nani jual apa? - Di mana kakak beli

petai?

- Lili bela ikan apa? 3 Bimbing murid membaca ayat tunggal

dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Lampiran 7

4 Minta murid membaca ayat tunggal yang diberi secara latih tubi bersama rakan.

Lampiran 7

Langkah Aktiviti Catatan 5 Rakam suara yang menyebut ayat tunggal

melalui pita rakaman atau telefon bimbit. Pilih murid secara rawak. Perdengarkan rakaman tadi dengan memakai ‘earphone’. Minta murid itu sebutkan ayat yang didengar kepada rakan yang dipilih sendiri olehnya. Rakan yang mendengar diminta menyebut ayat secara kuat.

Perdengarkan rakaman tadi secara kuat untuk memastikan ayat itu betul atau salah. Betulkan jika ada kesalahan.

Permainan Bahasa: Ayat Cadangan: - Mona makan limau. - Emak ada duit kertas. - Dolah suka main guli. - Bapa ada misai.

Pendekatan VAK Auditori - pendengaran

Bahan Bantu Belajar Kad ayat, pita rakaman, telefon bimbit, ‘earphone’

3.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Tunjukkan gambar dan bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar.

Lampiran 8 Kad Gambar: - tupai, petai, kaloi,

surau 2 Tampal kad perkataan pada papan tulis.

Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan yang dipaparkan.

Lampiran 9 Kad perkataan:

tupai, petai, kaloi, surau 3 Bahagikan murid kepada dua kumpulan.

Edarkan kad-kad perkataan kepada setiap kumpulan.

Bimbing murid menyusun kad perkataan untuk membentuk ayat yang betul. Tampalkan kad-kad perkataan mengikut susunan untuk membina ayat pada papan tulis.

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

32

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

46

Langkah Aktiviti Catatan

4 Minta murid membaca ayat yang telah dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Lampiran 8

5 Tampalkan pula kad gambar pada papan tulis.

Bimbing murid membuat kapal terbang menggunakan kertas terpakai.

Pilih beberapa orang murid dan minta murid berdiri pada jarak yang ditentukan oleh guru dengan memegang kapal terbang kertas yang telah dibuat tadi.

Minta seorang murid membaca ayat yang telah dibina tadi. Beberapa murid tadi diminta fokus dan terbangkan kapal terbang kertas itu pada gambar berdasarkan ayat yang dibaca oleh rakan mereka.

Perhatikan tahap penguasaan penglihatan murid semasa memfokus pada gambar yang dilihat.

Kertas terpakai Kapal terbang kertas

6 Minta murid menulis semula ayat tunggal

tersebut. Lembaran kerja 3

7 Nyanyikan lagu mengikut melodi lagu ‘Lagu Tiga Kupang’.

Lampiran 10 Carta lirik lagu: ‘Lagu Tiga Kupang’ Pendekatan VAK Visual - Penglihatan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, Carta lirik lagu, kertas terbuang, lembaran kerja

UNIT 4

Dokumen terkait