• Tidak ada hasil yang ditemukan

Objektif

1. Menyebut dan membaca perkataan suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.

2. Mengeja, membaca dan memahami perkataan suku kata tertutup dengan betul. 3. Membina dan menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul.

4. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup dengan sebutan dan intonasi yang betul.

5. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran

2.0 Perkataan Suku Kata Tertutup

2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Edarkan 4 keping kad perkataan yang mengandungi huruf timbul yang diperbuat daripada kertas pasir.

Lampiran 1 Kad perkataan: - zip, belon, itik, pensel 2 Minta murid menyentuh huruf pada kad

dengan menggunakan jari sambil menyebut huruf tersebut.

Lampiran 1

3 Minta murid mengeja dan membaca perkataan yang dilihat.

Lampiran 1

4 Minta murid meniru bentuk huruf pada perkataan yang dipelajari menggunakan plastisin dan bentukkan pada kad manila.

Kad manila Plastisin

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

20

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

35

Langkah Aktiviti Catatan

5 Sediakan 4 keping gambar dan lekatkan pada kad manila.

Minta murid padankan gambar pada kad manila yang mengandungi perkataan yang dibina daripada plastisin

Lampiran 2

6 Sediakan carta ‘Roda Pintar’ dengan menggunakan kertas mahjong dan lekatkan jarum di tengah-tengah carta.

Gunting kertas kotak berbentuk zip, itik, belon dan pensel.

Pilih seorang murid dan tutup matanya dengan sapu tangan. Pegang tangan murid dan minta murid sentuh jarum roda itu. Minta murid pusing jarum roda apabila muzik dimainkan. Murid tersebut akan menghentikan pusingan jarum apabila muzik diberhentikan. Minta murid menyentuh kad gambar yang paling hampir dengan jarum. Minta murid meneka gambar dan eja perkataan tersebut dengan betul.

Murid yang dapat meneka dan mengeja dengan tepat akan diberi ganjaran.

Permainan Bahasa: Roda Pintar

Lampiran 3

Contoh Carta Roda Pintar

7 Minta murid isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai pada lembaran kerja.

Lembaran Kerja 1

Pendekatan VAK Kinestetik - Sentuhan

Bahan Bantu Belajar kad gambar, kad perkataan, plastisin, Carta Roda Pintar

2.2 Membina dan menulis perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Nyanyikan lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ bersama-sama murid sambil membuat pergerakan berdasarkan seni kata lagu.

Lampiran 4 Lirik Lagu: ‘Anak Itik Tok Wi’ 2 Minta murid menyebut perkataan yang

disebut oleh guru.

Lampiran 5 Kad perkataan: - tok, itik, anak, kolam, ubat

3 Edarkan kad perkataan dan bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan

pemahaman tentang perkataan yang disebut tadi.

Lampiran 5

4 Sediakan telefon mainan yang diperbuat daripada dua buah tin dan seutas tali mengikut ukuran panjang atau lebar kelas. Setiap tin perlu diikat pada kedua-dua hujung tali.

Pilih dua orang murid dan minta mereka memegang tin serta berdiri dengan jarak mengikut panjang tali tersebut. Seorang daripada murid itu diberi beberapa keping kad gambar.

Minta murid pertama mengulang perkataan yang dibisik oleh guru melalui tin manakala murid kedua menekap tin pada telinga untuk mendengar dengan teliti.

Murid yang kedua perlu menunjukkan kad gambar bagi perkataan yang didengar. Murid yang berjaya menunjukkan gambar yang betul akan diberi ganjaran.

Permainan Bahasa: Telefon Karat Lampiran 5 Kad perkataan Lampiran 6 Kad gambar:

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

22

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

37

Langkah Aktiviti Catatan

5 Perdengarkan rakaman lagu ‘Anak Itik Tok Wi’. Edarkan lembaran kerja kepada murid. Minta murid lengkapkan lirik lagu dengan perkataan berdasarkan rakaman yang diperdengarkan.

Rakaman lagu: ‘Anak Itik Tok Wi’

Lembaran kerja 2

6 Sediakan 4 set kad perkataan untuk diberikan kepada 4 kumpulan.

Berikan kad-kad perkataan tersebut kepada setiap kumpulan.

Arahan permainan:

Sebutkan satu perkataan secara kuat. Minta wakil setiap kumpulan mengangkat kad perkataan yang didengar dengan pantas. Minta ahli kumpulan menyebut perkataan tersebut secara kuat.

Kemudian tampalkan kad perkataan tersebut pada papan tulis.

Kumpulan yang terpantas diberi 2 markah. Ulang semula arahan permainan di atas sehingga semua kad perkataan selesai ditampal.

Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang dan diberi ganjaran.

Permainan Bahasa: ‘Pat-Pat Siapa Cepat’

Lampiran 7 Kad perkataan: - datuk, sibuk, itik, betik, anak, jinak, kolam, dalam, ubat, rehat

Pendekatan VAK Auditori - Pendengaran

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, carta lirik lagu, tin dan tali, rakaman lagu ‘Anak Itik Tok Wi’

2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Paparkan carta bacaan bergred pada papan tulis dan minta murid membaca secara senyap.

Lampiran 8

Carta bacaan bergred 2 Bimbing murid membaca ayat tunggal

yang dipaparkan pada carta bacaan bergred dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Lampiran 8

3 Minta murid membaca secara bergilir-gilir manakala murid lain mendengar dan menyemak bacaan rakan dengan teliti.

Lampiran 8

4 Edarkan lembaran kerja dan bimbing murid menjawab soalan untuk mengukuhkan pemahaman murid.

Lembaran Kerja 3

5 Lekatkan kad ayat pelbagai saiz tulisan pada papan tulis.

Pilih murid secara rawak untuk membaca ayat-ayat yang dipaparkan.

Perhatikan penguasaan penglihatan murid semasa membaca ayat daripada tulisan bersaiz besar kepada tulisan bersaiz kecil.

Lampiran 9 Kad Ayat:

- pelbagai saiz tulisan

6 Edarkan lembaran kerja yang

mengandungi perkataan tersembunyi dalam petak.

Minta murid mewarnakan perkataan yang tersembunyi berdasarkan perkataan yang diberi.

Kemudian minta murid menulis semula perkataan yang diwarnakan dalam buku latihan.

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

24

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

39

Langkah Aktiviti Catatan

Pendekatan VAK Visual - Penglihatan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, kad ayat, carta ayat bacaan bergred

2.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

1 Tunjukkan kad gambar katak dan minta murid meniru aksi katak melompat sambil mengajuk bunyi katak.

Lampiran 10 Kad Gambar: - katak 2 Bersoal jawab dengan murid tentang

gambar yang diberi dari segi nama, warna, ciri-ciri dan saiz untuk mengukuhkan pemahaman murid.

Lampiran 10

3 Sediakan 4 set kad perkataan. Buat 4 stesen ampaian daripada tali di dalam kelas.

Bahagikan murid kepada 4 kumpulan. Edarkan satu set kad perkataan kepada setiap kumpulan.

Minta murid menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul. Murid menyepit kad perkataan pada ampaian dengan susunan yang betul.

Minta murid membaca ayat tunggal yang telah dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Ulang langkah tadi bagi setiap kumpulan sehingga semua kad perkataan telah disepit di setiap stesen.

Lampiran 11 Kad perkataan:

Set 1:

ini, katak Set 2:

ini, katak, puru Set 3:

katak, puru, warna, hitam

Set 4:

katak, suka, lompat, dekat, kolam

Penyepit baju

Langkah Aktiviti Catatan 4 Minta murid menyalin ayat mengikut urutan

dalam buku latihan.

5 Edarkan lembaran kerja dan minta murid menulis ayat yang dibina dalam

berdasarkan langkah 3.

Lembaran Kerja 5

Pendekatan VAK Kinestetik - Pergerakan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, tali, penyepit baju, lembaran kerja

UNIT 3

Dokumen terkait