• Tidak ada hasil yang ditemukan

Surat 1 , A.R.Musa 2 , Y.A.Broughton

Dalam dokumen 2011 Membina semula persekitaran pembela (Halaman 107-109)

Work Preference

M. Surat 1 , A.R.Musa 2 , Y.A.Broughton

1,2

Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina,

3 Muzium Warisan Akademik,

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

[email protected], [email protected]

Abstrak

Masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai suku kaum yang menetap di pelbagai daerah dan persekitaran yang berbeza. Keadaan ini telah menyebabkan setiap suku kaum dari pelbagai kumpulan etnik Orang Asli tersebut juga mengamalkan gaya hidup yang berbeza antara satu sama lain. Gaya hidup dan persekitaran yang berbeza inilah yang telah melahirkan gaya rupa rekabentuk rumah kediaman mereka.Desakan keperluan hidup juga telah menyebabkan mereka membina rumah atau tempat perlindungan walaupun ada sesetengah daripada suku kaum ini mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Kaedah binaan rumah yang rata-ratanya boleh dikatakan bersifat sementara telah membuatkannya tidak tahan lama dan tidak memiliki nilai keindahan untuk diwarisi. Namun begitu usaha pihak kerajaan dalam menyediakan penempatan baru dengan rumah gaya rupa ‗moden‘ kepada Orang Asli secara tidak sedar telah melenyapkan senibina tradisional Orang Asli tersebut. Justeru itu pencarian semula senibina tradisional rumah masyarakat Orang Asli dijalankan dengan terlebih dahulu membuat penjenisan tersebut berdasarkan suku kaum yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu.

Kata Kunci: Senibina, orang asli, semenanjung.

1.0 Pengenalan

Masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada 3 kumpulan etnik yang dikenali sebagai kumpulan orang Asli Negrito, Senoi dan Melayu-proto. Setiap kumpulan tersebut dipecahkan pula kepada 6 suku kaum yang menetap di pelbagai daerah dan persekitaran yang berbeza di Semenajung Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan setiap suku kaum dari pelbagai kumpulan etnik orang asli ini juga mengamalkan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain. Gaya hidup dan persekitaran yang berbeza inilah yang melahirkan gaya rupa rekabentuk rumah kediaman mereka. Seperti juga bangsa lain di dunia rumah merupakan elemen penting dalam keperluan hidup, begitu juga kepada masyarakat Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu ini juga. Oleh kerana desakan keperluan hidup inilah yang menyebabkan mereka membina rumah atau tempat perlindungan walaupun ada sesetengah daripada suku kaum ini mengamalkan cara hidup berpindah-randah.

Sebagaimana masyarakat yang lainnya masyarakat Orang Asli juga mempunyai budaya mereka yang tersendiri yang mencorakkan perjalanan hidup mereka. Dengan budaya inilah sebenarnya telah mewarnai gaya dan perwatakan senibina rumah kediaman dan pola penempatan masyarakat Orang Asli ini. Tidak banyak ahli antropologi dan ethnologi yang memilih senibina tradisional orang asli sebagai topik utama dalam kajian mereka. Hal ini berkemungkinan disebabkan mereka beranggapan bahawa kajian antropologi ini tiada hubungkaitnya dengan

100 senibina, hakikatnya senibina itu lahir daripada budaya dan berkait rapat dengan cara hidup masyarakat. Lantaran daripada itu tiada kajian secara terperinci dijalankan dalam mengenalpasti rekabentuk tradisional masyarakat Orang Asli. Oleh kerana kurangnya kajian terhadap pola penempatan dan senibina tradisional masyarakat Orang Asli ini telah menyebabkan kita kehilangan salah satu khazanah warisan bangsa jika usaha yang gigih tidak diambil. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan adalah sebagai usaha untuk mendokumentasikan dan mengkelaskan senibina penempatan semulajadi masyarakat Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu

2.0 Pendekatan dan Tatakaedah

Kajian terhadap penjenisan senibina tradisional masyarakat Orang Asli dijalankan secara berperingkat-peringkat. Tata kaedah kajian ini mengandungi 3 peringkat bagi memastikan kajian yang dijalankan berjalam lancar. Peringkat pertama kajian ini meliputi kajian pustaka di mana sebelum kajian ini dijalankan maklumat mengenai masyarakat Orang Asli itu sendiri dikumpul daripada bahan bacaan, majalah, pamplet dan sebagainya. Setiap kelompok dah suku kaum orang asli dikenalpasti kelompok-kelompok mereka dan seterusnya mengenalpasti lokasi penempatan setiap suku kaum masyarakat Orang Asli ini. Selain daripada itu juga cadangan- cadangan dan pandangan daripada orang yang lebih arif mengenai Orang Asli dikumpul seterusnya digunapakai dalam hasil kajian ini. Segala maklumat yang diperolehi dan dikumpul pada peringkat pertama ini di cerakinkan dan kemudiannya isu-isu serta permasalahan kajian dikenalpasti.

Peringkat keduanya meliputi kajian kes dengan mengadakan kajian perbandingan serta temubual. Segala maklumat yang diperolehi dicerakinkan. Peringkat kedua ini tata kaedah kajian ini adalah melalui lawatan tapak ke penempatan orang asli dan muzium Orang Asli. Seterusnya peringkat ketiganya pula setelah maklumat daripada peringkat pertama dan kedua dicerakinkan satu kesimpulan dan cadangan dibuat.

3.0 Latar Belakang Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu

Masyarakat orang asli di semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai suku kaum yang menetap dipelbagai kedaerahan dan mengamalkan cara hidup yang berbeza setiap suku kaum. Masyarakat orang asli di Semenanjung Tanah Melayu juga merupakan sebahagian daripada kaum bumiputera di negara ini. Jumlah Orang Asli menurut bancian yang di jalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sehingga disember 2006 di dapati sebanyak 141 230 Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu. Di mana masyarakat Orang Asli ini terbahagi kepada tiga kumpulan kaum yang utama iaitu kaum negrito, kaum Senoi, Kaum Melayu-Proto. Daripada 3 kumpulan kaum utama masyarakat Orang Asli ini terdapat 6 lagi pecahan suku kaum bagi setiap kaum seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 1

101 Melalui hasil bancian dan kajian daripada Muzium Orang Asli di dapati bahawa kedudukan penempatan masyarakat Orang Asli boleh dibahagikan kepada 3 bahagian di Semenanjung Tanah Melayu. Di dapati bahawa kaum Negrito kebanyakkannya dijumpai menetap dibahagian utara Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi negeri Perak, Kedah, Kelantan dah hanya sedikit sahaja kaum Negrito yang menetap di negeri Pahang. Seterusnya kaum Senoi pula ditemui penempatan mereka disepanjang pinggiran banjaran titiwangsa dan di sepanjang pesisiran pantai di Negeri Selangor atau dengan kata lainnya penempatan kaum Senoi ini di bahagian tengah Semenanjung Tanah Melayu. Sementara itu pula kaum Melayu-Proto pula kebiasaannya penempatan mereka di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dan di sepanjang persisiran pantai barat Johor dan kuala sungai.

Sebilangan besar masyarakat Orang Asli masih lagi mengamalkan adat resam dan kepercayaaan kepada animisme iaitu kepercayaan kepada semangat dan penunggu yang dikatakan menjadi tempat mereka meminta pertolongan. Lantaran daripada itu kebanyakkan daripada mereka masih lagi berpegang teguh dan menjadi amalan bagi mereka untuk menjalankan upacara-upacara adat sama ada upacara berjampi, upacara jamuan pada hari-hari kepercayaan tertentu mengikut suku kaum masing-masing.

Kaum Negrito Senoi Melayu-Proto

Suku kaum

Kensiu Temiar Temuan

Kintak Semai Semelai

Lanoh Semoq Beri Jakun

Jahai Che Wong Orang Kanak

Mendrik Jah Hut Orang Kuala

Batek (Bukit) Mah Meri Orang Seletar

Gambarajah 1: Peta penempatan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu

Dalam dokumen 2011 Membina semula persekitaran pembela (Halaman 107-109)