• Tidak ada hasil yang ditemukan

TIP busana “happening”!

Dalam dokumen Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com (Halaman 30-34)

Lupakan cadangan untuk menyamakan warna baju keluarga dengan busana pengantin. Ia boleh menenggelamkan penampilan anda sebagai raja sehari. Memadai

dengan menentukan tema untuk mereka (tidak perlu sama sepenuhnya dengan pengantin).

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan busana pengantin:

 Baju pengantin lelaki  Baju pengantin perempuan  Baju salinan pengantin lelaki  Baju salinan pengantin

perempuan

 Baju pengantin lelaki (majlis pernikahan)

 Baju pengantin perempuan (majlis pernikahan)

 Baju pengantin lelaki (majlis bertandang)

 Baju pengantin perempuan (majlis bertandang)

 Tanjak dan samping  Tudung  Veil  Mahkota (crown)  Barang kemas  Kerongsang  Kasut  Pin Andaman

Sebelum anda mengupah orang yang profesional dalam bidang andaman,

seharusnya, anda perlulah mengetahui perbezaan skop tugas di antara juruandam dan jurusolek.

Jurusolek adalah seorang yang pakar dalam bidang solekan. Kebiasaannya jurusolek ini akan menyolekkan pengantin mengikut gaya solekan yang terkini. Akan tetapi,

kebiasaannya jurusolek tidak mempunyai koleksi pakaian, baik pakaian pengantin mahupun komersil.

Juruandam pula adalah mereka yang berkebolehan dalam menyolek, mendandan

serta mempunyai koleksi pelbagai gaya pakaian dan tudung pengantin.

Juruandam berupaya menyediakan segala persediaan perkahwinan secara menyeluruh. Hal ini termasuklah menyedia dan menghias pelamin, bilik

pengantin. Malah amalan tradisional dalam mengandam pengantin seperti khidmat perawatan muka, badan dan sebagainya turut disediakan. Selain itu, terdapat

juga sesetengah mak andam yang menjadi pengapit pengantin di majlis resepsi. Namun begitu, jauhkanlah diri anda daripada amalan kecantikan yang diharamkan oleh agama seperti susuk, sihir dan botox (walaupun dicadangkan oleh juruandam). Amalan seperti ini akan memberikan kesan sampingan yang negatif pada diri anda untuk jangka panjang.

Hmm..jadi sekarang, anda boleh lah memilih samada mahu mengupah juruandam atau jurusolek. Terpulang pada anda !

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan jurusolek atau juruandam ? 1) Anda boleh bertanyakan kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang

pernah mendapatkan khidmat juruandam. Ini lebih mudah

memandangkan anda pernah melihat sendiri hasil tangan juruandam tersebut (sekiranya anda menghadiri majlis perkahwinan mereka lah ). Minta pandangan mereka terhadap juruandam tersebut, adakah ia sesuai untuk anda atau tidak. Jika tidak, carilah yang lain !

2) Cara seterusnya, ialah dengan mencari maklumat menerusi iklan-iklan di

majalah-majalah pengantin, surat khabar dan internet (Antara portal

perkahwinan yang popular di Malaysia ialah : www.syokkahwin.com). Namun, sewaktu kami menulis buku ini, masih tidak banyak lagi syarikat andaman Malaysia yang mempunyai laman web sendiri di internet.

Carilah juruandam yang lebih dekat dengan kawasan anda terlebih dahulu. Hubungi mereka dan kalau perlu, aturkanlah temujanji. Jangan terus

berpuas hati dengan 1 pilihan sahaja, ambillah masa untuk bertemu dengan beberapa juruandam. Sekurang-kurangnya 3 orang. (Borang penilaian juruandam boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja). Sewaktu memilih juruandam, ikutilah panduan yang kami sediakan di bawah.

Panduan Memilih Jurusolek atau Juruandam.

1) Pastikan juruandam yang anda pilih mempunyai pengalaman menata rias pengantin sebelum ini. Jika pernah, mintalah mereka tunjukkan kepada anda gambar-gambar pengantin yang pernah mereka solekan.

2) Satu perkara yang SANGAT penting tentang andaman (dan sering diabaikan oleh bakal pengantin). Anda perlulah memperuntukkan satu masa

untuk mencuba solekan juruandam anda. Pastikan masa tersebut tidak

terlalu dekat dengan majlis perkahwinan anda supaya anda mempunyai masa untuk mencari jurusolek yang lain sekiranya perlu.

3) Pastikan solekan juruandam anda tidak terlalu keterlaluan sehingga menghilangkan kecantikan semulajadi anda. Cukuplah sekadar mengenakan solekan yang dapat menaikkan seri wajah anda dan kena dengan busana yang anda gayakan.

4) Anda perlu betul-betul memastikan supaya orang yang menyolekkan anda sewaktu sesi percubaan (dan anda berpuas hati dengannya), adalah orang

yang sama yang akan menyolekkan anda sewaktu hari perkahwinan nanti. Ini kerana, terdapat juruandam yang menyerahkan tugas mereka

kepada anak buah sewaktu hari yang sebenar. Mungkin hasil tangan anak buah mereka tidak sama dengan juruandam yang sebenar.

5) Sebelum membuat pemilihan juruandam, anda harus melakukan

beberapa survey terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat yang

terbaik pada harga yang berpatutan. Anda boleh membuat perbandingan harga di antara juruandam A dengan juruandam B. Atau adakah anda lebih berjimat jika hanya mengupah jurusolek, manakala pakaian pengantin ditempah daripada pereka pakaian pengantin.

6) Sekiranya bajet andaman anda sederhana, anda boleh menghias bilik

pengantin bersama ahli keluarga. Lihatlah contoh-contoh gambar bilik

pengantin di dalam majalah dan internet. Kadang kala dengan sentuhan yang simple, anda boleh memberikan kesan yang lebih romantis terhadap pasangan anda.

7) Sekiranya anda bercadang untuk mempunyai pelamin yang simple

sahaja, jangan bazirkan duit mengupah juruandam. Anda boleh

lakukannya sendiri ! Apa yang anda perlukan hanyalah mungkin sebuah kerusi yang cantik (yang boleh didapati di rumah anda), kerangka untuk hiasan bunga (kalau perlu), beberapa meter kain dan bunga-bunga sebagai hiasan (juga boleh didapati di rumah anda), dan perkara-perkara lain yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah, tetapi nampak ekslusif. Dapatkan idea-idea yang menarik daripada sumber yang telah kami sebutkan sebelum ini.

Akan tetapi, jika anda mahu mendapatkan hasil kerja yang terbaik daripada yang pakar (dan sekaligus menjimatkan masa anda), ada baiknya anda mengupah pereka pelamin yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti ini.

8) Satu lagi cara untuk meminimumkan bajet anda, carilah ahli keluarga

bidang andaman atau solekan. Tentu mereka boleh berikan anda harga

keluarga !

Di sini, kami ingin berkongsi satu artikel menarik berkaitan dengan penjagaan diri untuk bakal pengantin. Semua tip dan petua di bawah ditulis oleh Puan Aleeda Shamsudin (pengasas Koleksi Andaman Aleeda).

Penjagaan Awal Menaikkan Seri Pengantin

Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah peka terhadap

perubahan wajah dan dirinya. Penjagaan bentuk tubuh sama pentingnya seperti

penjagaan wajah. Kebanyakan bakal pengantin baik lelaki mahupun perempuan lebih memberikan perhatian kepada penjagaan wajah berbanding penjagaan badan

mereka.

Bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah mendapatkan

rawatan muka dan badan sebelum menghadapi "majlis raja sehari." Menurut

Puan Aleeda Shamsudin, pengasas Koleksi Andaman Aleeda, bakal raja sehari perlulah membuat rawatan muka enam bulan lebih awal sebelum majlis mereka dan rawatan muka yang terakhir perlulah dibuat sebulan sebelum majlis

berlangsung.

Rawatan muka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam,

jerawat, jeragat, menghaluskan kulit dan supaya ton di muka sekata. Dengan

melakukan rawatan muka, kulit muka akan kelihatan lebih halus dan berseri. Bagi mendapatkan tubuh yang cantik pada hari persandingan pula, bakal

pengantin perlulah berkunjung ke mana-mana pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan mandi sauna atau mandi lulur. Rawatan badan ini hendaklah dilakukan dua minggu sebelum majlis berlangsung. Mandi sauna atau mandi lulur bertujuan untuk membakar lemak, mencantik serta menyegarkan tubuh. Dengan melakukan rawatan-rawatan ini, bakal raja sehari akan kelihatan berseri, cantik dan kelihatan bersemangat. Selamat menjalani rawatan wajah dan badan... semoga anda kelihatan cantik di majlis persandingan anda.

Sumber: http://www.pengantin.com.my

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan andaman pengantin:

 Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)

 Tempah juruandam / jurusolek  Khidmat penjagaan diri

 Pelamin dan aksesorinya  Bunga pahar

 Bunga manggar  Bunga pegang  Hiasan bilik tidur  Pintu gerbang  Inai

Hantaran

Hantaran merupakan satu elemen penting yang tidak boleh dipisahkan daripada perkahwinan orang Melayu. Sesetengah adat perkahwinan di negeri-negeri di Malaysia tidak membezakan di antara hantaran dengan maskahwin (mahar). Ini bermakna, jumlah maskahwin yang disebutkan di dalam akad nikah adalah jumlah hantaran yang dipersetujui.

Manakala bagi kebanyakan negeri, mereka membezakan kedua-dua perkara itu. Sebagai contoh di negeri Selangor , maskahwin yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah RM 80. Manakala hantarannya ditentukan oleh keluarga pengantin sendiri. Untuk mengetahui adat istiadat Melayu berkaitan dengan

hantaran, layari laman web ini

http://malaysiana.pnm.my/01/01010203mel_bertunang.htm.

Sebagaimana yang kita maklum, hantaran juga mempunyai keunikan sentuhan seninya yang tersendiri dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Mahukan hantaran yang menarik ? Ikuti tip di bawah.

Dalam dokumen Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com (Halaman 30-34)

Dokumen terkait