Jika mahukan himpunan gambar perkahwinan anda nampak lebih retro, pilih rakaman memori dalam rona sefia, dan gunakan motion shots. Ia lebih cantik berbanding posing potret. (Anda boleh dapatkan contoh gambar-gambar seperti
ini dalam website jurugambar perkahwinan yang terdapat banyak di www.syokkahwin.com dan www.fotopages.com
Bagi memudahkan pengurusan, kami turut bersetuju dengan cadangan Hasnuddin Abu Samah supaya anda melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan jurufoto. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada pembantu
jurufoto serta jurufoto anda. Berikan mereka salinan panduan fotografi dan
aturcara selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis. Di dalam Buku Gerak Kerja,
kami telah sediakan panduan fotografi.
Terdapat juga sesetengah juruandam yang turut menawarkan pakej fotografi. Pastikan mereka mempunyai hasil kerja yang berkualiti sebelum anda menempah perkhidmatan mereka. Mungkin juga dengan mendapatkan pakej seperti ini, anda boleh berjimat.
Walau apa pun, selidik dahulu. Jangan terus buat keputusan sebelum melihat tawaran daripada pihak lain. Borang penilaian jurufoto telah disediakan dalam Buku Gerak Kerja. Manakala senarai keperluan untuk fotografi adalah seperti berikut:
Tempah jurufoto Panduan fotografi
Lantik pembantu jurufoto
Videografi
Ada sesetengah orang yang lebih mengutamakan fotografi berbanding videografi. “Foto sahaja cukuplah..buat apa nak ambil video?”..Bagaimana pula dengan anda? Artikel di bawah akan membantu anda untuk membuat keputusan berkaitan videografi.
Panduan Memilih Videografer
Berikut adalah merupakan soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh bakal pengantin mengenai rakaman video di hari yang paling istimewa buat mereka iaitu video perkahwinan.
Kenapa Video?
Tiada ulangan yang dapat anda gantikan saat-saat kegembiraan dan keceriaan satu-satunya majlis yang bersejarah dalam seumur hidup anda.
Tiada ulangan yang dapat anda gantikan memori yang terhasil dari setiap sudut, setiap bunyi dan setiap perasaan di sepanjang kemeriahan majlis perkahwinan anda. Hanya video yang dapat membuatkan anda menghayati kembali setiap detik indah bersama saudara-mara, rakan taulan dan juga yang terkaming. Mengimbas kembali perasaan anda di waktu itu. Menyegarkan kembali detik lafaz akad nikah mungkin setahun selepas itu... atau sepuluh tahun kemudian. Video akan merakamkan segalanya... keriuhan dan kesibukan saudara-mara yang membantu, kegembiraan yang jelas terpapar di wajah kedua-dua ibu bapa, gelak ketawa dan usik mengusik teman serta para tetamu yang hadir. Semua ini akan segar untuk selamanya.
Bolehkah kawan atau saudara mara merakamkan video perkahwinan kami?
Boleh, jika anda tidak kisah dengan hasil kerja dan kualiti video perkahwinan anda. Semua orang boleh merakamkan video, tetapi bukan semua orang boleh
menghasilkan video yang seronok ditonton.
Menghasilkan video yang baik memerlukan pengalaman yang bertahun-tahun lamanya. Perubahan teknologi yang pesat dan kian canggih juga memperlihatkan berbagai peralatan video yang berkualiti tinggi untuk membenarkan videografer profesional menghasilkan hasil kerja video yang benar-benar berkualiti dan menarik. Mungkin benar sesetengah orang mengatakan..."baik ada daripada tiada" (takpe! abang kami boleh rakamkan untuk kami). Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa apa gunanya video yang dirakamkan tersebut jika ianya tidak seronok ditonton, malah boleh pening kepala jika ditonton lama-lama. Mungkin ini yang akan kita dengar... Err..seganlah nak pinjamkan video kahwin kami kat awak.
Bagaimanakah hendak memilih videografer yang BAIK?
Sesetengah orang mungkin tidak mengambil berat soalan ini, malah mungkin tidak langsung memikirkannya. Mereka tidak pernah menyangka bahawa kesilapan memilih videografer boleh membuatkan mereka menyesalinya seumur hidup. (Berdasarkan dari penyelidikan dan pengalaman). Tiada apa lagi yang dapat dilakukan sekiranya video yang dirakamkan terlalu goyang, suara tidak jelas,
warna yang pelik seperti kulit muka terlalu merah/ungu, dan yang paling teruk sekali terlepas detik-detik penting seperti lafaz akad nikah, berarak dan sebagainya.
Gunakan kriteria di bawah semasa menilai dan memilih videografer perkahwinan anda:
1) Videografer sepatutnya memiliki dan tahu menggunakan kamera yang
berkualiti tinggi untuk menghasilkan visual dan audio yang baik (jelas,
2) Videografer sepatutnya tahu menggunakan alat penataan cahaya (lighting equipment) dengan baik bagi menghasilkan visual yang jelas dan terang. 3) Videografer sepatutnya kreatif dalam merakamkan video dari pelbagai sudut
yang menarik.
4) Dan yang paling penting sekali, pastikan anda melihat/tonton contoh hasil
kerja video perkahwinan yang pernah dibuat oleh videografer tersebut,
bagi memastikan anda tahu kualiti yang bagaimana bakal anda perolehi bagi video perkahwinan anda kelak.
Gunakan kriteria di bawah untuk menilai contoh hasil kerja videografer:
1) Adakah video tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik dan tersusun? Ini penting kerana video yang tidak menarik akan membuatkan anda cepat merasa bosan. Apatah lagi saudara dan rakan-rakan anda.
2) Adakah video tersebut mempunyai sentuhan suntingan yang kreatif, baik
dari segi pemilihan lagu, kesan khas(effect) dan pemilihan visual yang menarik?
3) Adakah videografer mempunyai pelbagai contoh sesuai mengikut majlis dan kehendak citarasa anda? Terdapat berbagai jenis majlis perkahwinan yang berlainan situasinya seperti majlis akad nikah di rumah atau di masjid, bersanding di hotel/rumah/taman dan sebagainya.
4) Adakah video tersebut mempunyai keistimewaan tambahan seperti video klip
gambar-gambar pasangan dari kecil hinggalah bercinta, video klip perkahwinan anda dan yang paling penting - adakah dikenakan bayaran
tambahan untuk video tambahan tersebut?
Berapakah bayaran untuk perkhidmatan video perkahwinan?
Harga sebenarnya bergantung kepada citarasa anda. Kebanyakan videografer mempunyai pakej harga yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Terpulang juga berapa penting dan bermaknanya sebuah video perkahwinan anda kepada diri anda sendiri serta generasi anda di kemudian hari. Terdapat berbagai harga dari berbagai videografer yang ada pada masa kini. Peringatan... rakaman video perkahwinan anda adalah merupakan satu pembelian yang paling penting dan bermakna buat diri anda. Jangan pilih harga!. Pilih kualiti. Tiada penyesalan yang lebih teruk dari memiliki sebuah perkahwinan yang telah menelan belanja besar tetapi dirakamkan dengan teruk oleh video perkahwinan yang murah.
Dengan artikel ini, kami berharap anda dapat membuat pilihan juruvideo yang tepat. Bagi memudahkan kerja anda, dapatkan borang penilaian juruvideo dalam Buku Gerak Kerja.