• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com"

Copied!
107
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

© Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

NOTIS

Anda dibenarkan mencetak (print) buku ini untuk kegunaan anda sendiri dan untuk memudahkan proses pembelajaran.

Anda tidak dibenarkan mengulang keluar atau menggunakan mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara samada elektronik, mekanik, fotokopi, atau pengstoran maklumat kembali.

Anda dilarang menduplikasikan fail ini dan mengedarkannya semula oleh kerana ia tergolong sebagai kesalahan harta intelek (cetak rompak).

(3)

© Hakcipta terpelihara ImpianPengantin.com. Sekiranya anda ada menerima buku ini secara percuma selain daripada dari laman web ImpianPengantin.com sila laporkan kepada info@impianpengantin.com . Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta intelek.

Pihak ImpianPengantin.com mengambil berat isu harta intelek dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang menyalahgunakan bahan-bahan kami.

(4)

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 5

Langkah 1: Tuliskan Matlamat dan Keutamaan 7 Langkah 2: Lakarkan Majlis Impian 10 Langkah 3: Rancang Aturcara Majlis 18 Langkah 4: Sediakan Senarai Semak 25

Langkah 5: Uruskan Bajet 62

Langkah 6: Tindakan 74

Langkah 7: Bahagikan Tugas 83

Langkah 8: Periksa, Semak.. Lagi & Lagi 94

Langkah 9: Bergembiralah! 101

Langkah 10: Selesaikan Tugas 103

Penutup 106

(5)

PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t,

Kami berasa amat bangga kerana berjaya menerbitkan ebook ini untuk tatapan anda semua. Objektif penerbitan buku ini adalah untuk membantu bakal pengantin semua merancang dan merealisasikan perkahwinan impian mereka. Anda amat bernasib baik kerana kami amat bermurah hati untuk tidak berhenti untuk setakat menghasilkan 10 LANGKAH MUDAH PERANCANGAN PERKAHWINAN, malah kami telah menambah beberapa bab yang agak penting bagi memastikan perjalanan anda ke arah gerbang perkahwinan menjadi lebih mudah dan lancar. Bab-bab tersebut adalah:

- Panduan Memilih Pasangan Sesuai: Mengutarakan apakah ciri-ciri penting yang perlu ada di dalam pasangan anda bagi memastikan anda berasa lega dengan pilihan anda. Apa taknya, pasangan inilah akan menjadi teman hingga akhir hayat anda. Mahukah perkahwinan anda sentiasa disulami pergaduhan dan berakhir dengan penceraian? Pastikan anda membaca bab ini dengan penuh fokus dan hayati dengan sepenuhnya agar anda pasti bahawa dialah penghulu atau teman berbicara hidup anda.

- Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya sesuatu perkara yang menelan belanja ribuan ringgit. Sebut sahaja kahwin, ramai yang mula meraba poket mereka dahulu sebelum berkata ”Ya”. Oleh itu panduan ini tidak lengkap sekiranya kami tidak memasukkan butiran ini!

- Panduan malam Pertama: Adakah anda berasa gusar untuk menghadapi malam ini kerana tidak tahu teknik and taktik bersama pasangan anda? Kami akan memastikan anda tidak cemas dalam panduan bonus ini.

Diharapkan anda telah memuat turun ke semua bonus di atas bagi membolehkan anda lebih fokus dan dapat membaca panduan yang kami terbitkan ini dengan lebih teratur.

Bagi yang sudah dalam perjalanan ke arah perkahwinan, kami ingin ucapkan TAHNIAH! kerana anda telah mengambil langkah bijak dengan memiliki buku ini sebelum membuat perancangan majlis perkahwinan anda. Harapan kami, semoga buku ini dapat memberikan seribu satu manfaat kepada semua pembaca yang mempraktikkannya.

Oh ya, lupa kami nak tanya. Apa khabar anda hari ini? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Maklumlah, bakal menjadi “raja sehari” tidak lama lagi. Tentu anda terasa bagaikan mimpi, apabila terkenangkan majlis perkahwinan kali ini adalah majlis ANDA. Bukan majlis kakak atau abang anda. Tetapi, ia adalah majlis perkahwinan

ANDA.

Mengapa kami tekankan perkara ini? Kerana, ada sesetengah pengantin (yang pernah kami temui), seolah-olah tidak sedar yang majlis hari itu adalah majlisnya sendiri. Dia sibuk membuat pelbagai persiapan di saat-saat akhir sehingga mengabaikan kesihatan. Akhirnya, majlis yang ditunggu-tunggu selama ini menjadi hilang serinya kerana pengantin kelihatan pucat, lesu dan tidak bermaya. Ada yang sakit tekak sehingga hilang suara sehingga menyukarkan untuk melafazkan akad nikah!

Mesti anda tidak mahu perkara seperti ini berlaku pada anda, bukan? Sebab itu anda perlu bijak membahagikan masa dan tenaga untuk membuat persiapan majlis. Supaya segala usaha dan masa yang dicurahkan untuk menganjurkan majlis ini tidak sia-sia.

(6)

Baiklah, sekarang anda telah bersedia untuk membuat persiapan majlis. Akan tetapi, anda masih lagi tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum majlis perkahwinan. Atau mungkin anda tahu terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, sehingga tidak tahu hendak mulakan yang mana satu dahulu. Oleh itu, kami ada 2 penyelesaian untuk masalah ini.

Pilihan pertama, anda boleh mengupah wedding planner (perancang/perunding perkahwinan). Mereka akan merancang majlis berdasarkan bajet anda dan konsep yang diingini. Kebanyakan perancang perkahwinan lebih mengutamakan majlis yang diadakan di dewan, hotel, mahupun taman.

Namun, tidak semua orang mampu mengupah perancang perkahwinan. Ini kerana, kos untuk mengupah perancang perkahwinan yang profesional bukanlah murah. Kebanyakan mereka mengenakan pelanggan mereka, 10 – 20 peratus daripada bajet keseluruhan majlis atau anggaran antara RM 2,500 hingga RM 5,000 untuk perkhidmatan mereka sahaja. Tidak termasuk perbelanjaan lain.

Sekiranya anda rasa pilihan pertama tidak sesuai dengan bajet anda, jangan bimbang! Mimpi menghadiri majlis anda yang indah tetap boleh direalisasikan dengan pilihan kedua. Iaitu, anda boleh menjadi perancang majlis perkahwinan sendiri! Buku ini akan memberikan segala panduan yang anda perlukan untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Mungkin ia hanyalah sebuah majlis yang sederhana di mata anda, tetapi kemeriahannya akan diingati oleh semua ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

Melihat kesan yang diabadikan selepas majlis berlangsung, pasti mendatangkan lebih banyak kepuasan kepada diri anda. Semuanya akan jadi lebih bermakna kerana segala-galanya dirancang sendiri. Lebih menarik lagi, kesemua panduan yang telah disajikan dalam buku ini, akan membuatkan anda kurang stress, perjalanan kerja anda lebih mudah, cepat dan teratur. Percayalah! Kami telah melaluinya.

Di dalam buku ini juga, kami telah menyusun 10 langkah-langkah bijak yang perlu dilakukan untuk menganjurkan sebuah majlis perkahwinan. Anda hanya perlu baca

langkah demi langkah di bawah, dan rekodkan perancangan anda sendiri ke dalam Buku Gerak Kerja.

Oleh itu, anda dicadangkan supaya membuka fail Buku Gerak Kerja sebelum

anda mula membaca langkah-langkah dalam buku ini. Tujuannya adalah untuk

memudahkan anda merujuk bagaimanakah caranya mengaplikasikan langkah tersebut ke dalam perancangan anda. Setelah itu, Buku Gerak Kerja ini perlulah dicetak (print). Selepas dicetak, masukkan buku tersebut ke dalam sebuah fail khas yang mudah untuk ditambah dan dikeluarkan isinya pada bila-bila masa.

Baiklah, anda tidak sabar-sabar untuk merancang majlis perkahwinan IMPIAN? Terus ikuti panduan mudah langkah demi langkah dan praktikkannya. Selamat membaca! Yang benar,

(7)

Langkah 1

“Tuliskan Matlamat dan Keutamaan”

Tuliskan matlamat? Hah?...Kenapa? Macam budak tingkatan 5 yang nak ambil SPM je..Takkan buat majlis perkahwinan pun nak kena ada matlamat?

Haa..mungkin ini yang terlintas di fikiran anda sebaik sahaja anda membaca tajuk di atas. Jangan berhenti di sini! Teruskan membaca dan anda akan tahu betapa pentingnya kita menuliskan matlamat majlis perkahwinan.

Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan soalan kepada anda. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini. Suatu hari anda pergi ke sebuah majlis perkahwinan. Sampai di sana…

Anda rasa bosan..

Hiburan yang ada pun, menyakitkan telinga.. Tiada wakil tuan rumah menjemput anda makan..

Anda tersedar, rupa-rupanya anda datang untuk makan sahaja.. ..atau untuk beri hadiah dan sumbangan pada pengantin.. Selepas bersalam-salaman, anda pun pulang….

Adakah majlis perkahwinan seperti ini (Majlis perkahwinan Touch & Go) yang menjadi

IMPIAN anda? Tentu anda tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada tetamu

majlis anda, bukan?

Dalam majlis anda, anda mahu…

Semua orang bergembira. Baik keluarga, saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga, mahupun tetamu yang hadir itu anda tidak dikenali.

Semuanya berjalan dengan lancar. Tidak banyak masalah teknikal. Majlis perkahwinan anda menjadi satu kenangan terindah buat semua

orang yang hadir, dan mereka yang bertungkus-lumus menjayakannya. Kalau boleh, anda mahu semuanya gembira, cantik, menarik. Pendek kata,

sempurna lah!

Jika apa yang kami katakan ini benar, maka anda mempunyai sebab yang kukuh mengapa anda perlu menetapkan matlamat untuk majlis perkahwinan anda.

Adakalanya sebagai pengantin, kita terlalu sibuk membuat persiapan untuk diri sendiri. Sebab kita mahu orang melihat kita kelihatan cantik. Itu tak salah. Tetapi, jangan sampai kita terlupa, tetamu tidak akan terhibur dengan hanya melihat pasangan mempelai yang cantik. Banyak perkara lagi yang boleh kita lakukan supaya tetamu tidak merasa bosan seperti dalam senario di atas.

(8)

Sebab itu, dalam langkah 1 ini, kami mengesyorkan kepada bakal-bakal pengantin untuk menuliskan matlamat majlis perkahwinan, supaya majlis yang anda impikan selama ini akan menjadi sebuah kenyataan.

Jika tiada matlamat, ini bermakna anda tidak kisah samada majlis anda berjaya ataupun tidak. Yang penting, ada majlis. Cukuplah..

Bukankah rugi kalau begitu? Bayangkan, semua tenaga, wang ringgit (bukan sedikit, malah berpuluh-puluh ribu!) dan masa yang dihabiskan untuk satu majlis tidak membuahkan apa-apa hasil. Yang dapat, hanyalah penat selepas majlis. Lebih mengecewakan, jika tetamu sendiri tidak dapat bergembira di hari paling bermakna dalam hidup anda. Alahai…

Oleh itu, bagaimana dengan menulis matlamat, majlis perkahwinan impian anda boleh menjadi satu kenyataan?

Menulis matlamat adalah langkah pertama untuk merealisasikan impian anda.

Matlamat akan membuatkan kita sentiasa berada di atas landasan yang

betul, tidak tersasar daripada tujuan asal penganjuran majlis.

Ia juga dapat memudahkan kita membuat perancangan kerana apabila ada matlamat, kita dapat merancang aktiviti berpandukan kepada matlamat yang telah digariskan.

Anda boleh menetapkan apa sahaja matlamat dan seberapa banyak yang anda mahukan. Namun pastikan bahawa matlamat yang telah ditetapkan boleh dicapai. Sebagai contoh:

Matlamat majlis perkahwinan kami adalah untuk: Meraikan pengantin.

Menghebahkan berita pernikahan (untuk menghindari fitnah). Merapatkan silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara. Berkongsi kegembiraan dengan semua orang.

Mengikut sunnah Nabi SAW. Meraikan anak-anak yatim.

Menggembirakan ibubapa yang telah banyak berjasa pada kami. Dan lain-lain lagi…

Katakan, ada di antara matlamat yang anda senaraikan adalah untuk

mengembirakan ibubapa. Anda mahu ibubapa anda bergembira sahaja. Mereka

tidak perlu berpenat lelah menyiapkan persiapan majlis. Tahu-tahu sahaja, semuanya telah tersedia.

Daripada matlamat ini, untuk merealisasikannya, mungkin anda perlu mengupah

perunding perkahwinan untuk menguruskan kesemuanya atau anda boleh berpakat dengan adik beradik untuk menyiapkan persiapan majlis.

(9)

Selain itu, semasa anda mahu merancangkan satu-satu acara, anda akan dahulukan

acara yang menepati matlamat, berbanding dengan acara yang tidak berfaedah

atau hanya mengundang pembaziran sahaja. Percayalah, matlamat ini sangat berguna sewaktu anda mahu merancang aturcara majlis nanti.

Bukan sahaja matlamat, anda juga perlu menetapkan keutamaan / prioriti untuk majlis ini. Mengapa? Kerana..dengan mengetahui apakah keutamaan anda, lebih mudah untuk anda merancang bajet yang akan diperuntukkan bagi setiap kategori. Contoh keutamaan ialah:

Makanan mestilah sedap-sedap..

Lokasi majlis mestilah dihias secantik-cantiknya

Aturcara yang dijalankan semasa majlis mestilah meriah Dan lain-lain lagi…

Jika anda mahukan makanan yang sedap-sedap, anda akan peruntukkan bajet yang lebih untuk “Makanan”. Jika anda mahu aturcara majlis yang meriah, anda pasti akan simpankan bajet untuk “Aturcara Majlis”. Bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk menetapkan keutamaan, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu “berangan”

sebentar. Bukan angan-angan kosong, tetapi bayangkan majlis sebenar yang anda

impikan.

Setelah itu, bincangkan idea-idea yang anda peroleh sewaktu “berangan” tadi dengan orang-orang yang berkaitan dengan penganjuran majlis anda. Selepas sesi perbincangan, anda akan dapatkan kata putus, apakah yang anda semua mahu untuk majlis tersebut. Dan mana satukah idea yang benar-benar logik untuk

diaplikasikan ke dalam majlis sebenar. Ting! Anda baru sahaja menyenaraikan

keutamaan anda. Idea-idea yang telah dipersetujui daripada perbincangan ini, itulah keutamaan anda! Mudah sahaja, bukan?

Kerana itulah pentingnya majlis yang bermatlamat dan mempunyai keutamaan. Dengan matlamat, perancangan majlis anda selepas ini akan menjadi lebih mudah kerana anda tahu apa yang mahu dicapai dan bagaimanakah cara untuk menjayakannya. Fikir-fikirkanlah ye.. Langkah 1 ini sangat penting!

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 1:

Fikirkan matlamat dan keutamaan

Majlis Perkahwinan Impian anda dan

(10)

Langkah 2

“Lakarkan Majlis Impian”

Kami yakin, setiap orang mempunyai majlis perkahwinan impian yang tersendiri. Samada anda berasal dari kampung ataupun anda dilahirkan sebagai anak bandar, pasti anda pernah mengangankan sebuah majlis yang cukup indah.

Pernah sekali kami menonton rancangan perkahwinan dari Barat. Seorang pengantin perempuan telah melakarkan majlis perkahwinannya sejak berusia 12 tahun. Yang menariknya, imaginasi tersebut telah menjadi kenyataan 10 tahun kemudian! Dia telah berjaya merealisasikan lakaran asal majlis impiannya.

Sejak kami mula menulis buku ini, visi kami hanyalah satu. Iaitu untuk membantu semua bakal pengantin merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka. Tiada impian yang mustahil dalam dunia ini, melainkan anda sendiri katakan yang ianya memang mustahil . Jadi tunggu apa lagi, jom kita mulakannya!

Apakah yang perlu ada dalam lakaran asas sebuah majlis perkahwinan ? 1. Bajet

2. Anggaran jumlah tetamu

3. Tarikh atau bulan majlis perkahwinan

4. Tema majlis (secara umum). Seperti : Sederhana dan meriah, menyeronokkan, romantik, tradisional dan sebagainya.

Peringatan : Tanpa keempat-empat perkara ini, banyak urusan persiapan anda akan tertangguh. Pastikan ianya telah ditetapkan dalam langkah 2, sebelum anda pergi ke langkah yang seterusnya.

PANDUAN MENETAPKAN BAJET

Bajet yang dimaksudkan di sini ialah, anggaran keseluruhan perbelanjaan untuk persiapan majlis. Bagi menetapkan bajet, anda perlu tahu anggaran jumlah tetamu

yg akan hadir, lokasi dan juga keperluan yang anda utamakan. Contoh 1:

Anggaran tetamu : 800 orang Lokasi : rumah

Keperluan utama : Makanan, dan sewa khemah Anggaran kos setakat ini : RM 10,000

(11)

Contoh 2:

Anggaran tetamu : 200 orang Lokasi : hotel

Keperluan utama : Makanan dan sewa tempat Anggaran kos setakat ini: RM20,000

Keperluan lain : Perhiasan, pelamin, foto dan video dan lain-lain. Anggaran kos keseluruhan: RM25,000 dan ke atas

Sekiranya anda mahu mengekalkan jumlah jemputan tetamu yang ramai dengan bajet di bawah RM 15,000, anda boleh menganjurkan majlis perkahwinan di rumah yang dibuat secara gotong-royong sekampung. Selain itu, anda juga boleh

mengurangkan anggaran jumlah tetamu atau mengurangkan perbelanjaan pelamin, foto dsb. Inilah teknik KJT atau Kurangkan Jumlah Tetamu yang selalu

digunapakai oleh Pakar Perunding Perkahwinan Malaysia. Kurangkan jumlah tetamu atau tukar venue!

Kesimpulannya, anda boleh bermain-main dengan angka-angka di atas demi untuk

memastikan keutamaan yang telah ditetapkan sebelum ini, bersesuaian atau tidak dengan bajet anda. Fikirkan dengan teliti. Jika tidak sesuai, anda masih

mempunyai masa untuk mengubahnya.

Bercakap tentang bilakah kita sepatutnya merancang bajet, (bagi pendapat kami) ia terpulang kepada anda. Samada anda mahu menetapkan anggaran bajet dahulu

atau menetapkannya kemudian. Ia sangat bergantung kepada gaya hidup anda.

Sekiranya bajet anda terhad dan mahu berjimat, anda bolehlah menganggarkan bajet dahulu. Kemudian barulah ditetapkan apa yang perlu dimiliki dan apa yang tidak perlu. (Cara ini lebih digalakkan dan akan ditunjukkan dalam buku ini).

Namun, adakalanya berbaloi jika kita melabur lebih sedikit, kerana mungkin boleh

menjimatkan masa dan tenaga atau untuk mendapat hasil kerja yang lebih baik. Sebab itu pentingnya penilaian terhadap sesebuah pakej perkahwinan sebelum

kita memilikinya. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan pembaziran. (Cara membuat penilaian akan dihuraikan dengan terperinci dalam Langkah 4).

Sebagai panduan untuk anda menetapkan anggaran perbelanjaan majlis perkahwinan, berikut adalah kos majlis perkahwinan Melayu di Malaysia:

* Kos ini boleh berubah, bergantung kepada harga barangan semasa dan cara pengantin menguruskan bajet. (Panduan menguruskan bajet akan diterangkan dalam Langkah 5)

Bil Tempat Kos*

1 Rumah (Kampung) Bawah RM 15,500 2 Rumah (Bandar) & Dewan RM 15,500 – RM 25,500 3 Hotel / Taman RM 25,500 ke atas

(12)

Tips:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh mengurangkan kos perkahwinan anda dengan mudah tanpa mengorbankan impian perkahwinan

anda, silalah ke http://www.syokkahwin.com/rahsiaselebriti

PANDUAN MENETAPKAN TARIKH

Tarikh yang perlu ditetapkan ialah tarikh majlis pernikahan, tarikh majlis resepsi

atau jamuan makan di tempat pihak perempuan dan pihak lelaki. Terpulang

kepada anda samada mahu memilih hari yang sama (pernikahan dan jamuan makan) atau melangsungkannya pada hari yang lain.

Tarikh yang ditetapkan mestilah mengikut kesepakatan dan persetujuan

keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam adat tradisi Melayu, kadangkala tarikh

atau bulan majlis perkahwinan telah ditetapkan sewaktu majlis pertunangan. Jika ini berlaku, anda sudah boleh merancang untuk majlis perkahwinan sebaik sahaja tamat majlis pertunangan.

Sesetengah orang suka memilih tarikh sewaktu cuti sekolah, kerana menurut pendapat mereka, ramai tetamu boleh menghadirkan diri sewaktu cuti sekolah. Namun begitu, berhati-hatilah dengan pilihan tersebut.

Sudah menjadi kebiasaan, cuti sekolah merupakan musim perkahwinan untuk orang Melayu. Apabila terlalu banyak jemputan, mungkin tetamu yang anda jemput “terpaksa” menolak jemputan anda. Lebih malang lagi, sekiranya makanan yang disediakan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan pembaziran.

Bukan sekadar isu makanan, isu khidmat profesional juga perlu diambil kira. Berdasarkan pengalaman sebenar, agak sukar untuk perkhidmatan yang memberikan diskaun pada tarikh ini memandangkan permintaan yang tinggi. Anda juga perlu menempah mereka lebih awal, kerana agak sukar untuk mendapatkan khidmat yang terbaik jika tempahan dibuat di saat-saat akhir. Lebih malang lagi jika perkhidmatan yang ditempah menarik diri. Tarikh yang sama dengan ramai pengantin lain menyebabkan anda susah untuk mencari pengganti mereka.

Ada juga kemungkinan di mana pada tarikh ini, jadual mereka lebih ketat. Ia menyebabkan mereka akan terkejar-kejar dan kepenatan (dibimbangi hasil kerja mereka tidak memuaskan). Diceritakan ada satu kes, di mana seorang pengantin terpaksa disolek pada pukul 2 petang untuk acara nikah yang akan berlangsung pada malamnya, memandangkan juruandam perlu bergegas ke lokasi pelanggan lain.

Oleh itu, jika tarikh seperti ini yang anda pilih, anda perlu tahu apakah risikonya dan anda mempunyai back-up plan sekiranya berlaku

(13)

perkara-perkara yang tidak dapat diduga.

Faktor cuaca juga perlu diambil kira sewaktu menetapkan tarikh. Misalnya pada setiap akhir tahun di pantai timur semenanjung, sering berlaku musim tengkujuh, sehingga menyebabkan hujan lebat dan banjir. Sekiranya tiada perkara yang memaksa anda untuk membuat majlis pada waktu seperti itu, kami syorkan majlis perkahwinan anda ditangguhkan ke waktu dan tarikh yang lebih sesuai. Jika terpaksa juga, nikah lah dahulu. Adakan majlisnya kemudian.

Pemilihan tarikh yang “cantik” seperti 080808 (8 Ogos 2008). Jika tarikh seperti ini yang anda pilih, anda perlu membuat tempahan tempat atau khemah, juruandam dan lain-lain secepat mungkin. Ada yang berpendapat, setahun sebelum majlis. Almaklumlah, bukan anda seorang sahaja yang sukakan tarikh seperti ini. Ramai pasangan di Malaysia turut sukakannya.

Sesetengah „orang-orang lama‟ mempunyai kepercayaan bahawa bulan

safar (mengikut kalendar hijrah) diharamkan berkahwin. Sebenarnya, hukum

ini sama sekali tidak pernah wujud dalam Islam. Jika anda mahu berkahwin pada bulan tersebut, teruskan. Namun sekiranya terdapat tentangan dan anda tidak mahu ada ahli keluarga berkecil hati, tukarkanlah tarikh tersebut ke bulan seterusnya demi menjaga hati mereka. Bukan kerana mempercayai kepercayaan karut tersebut.

Tidak digalakkan berkahwin dalam bulan Ramadhan, kerana dikhuatiri tidak dapat mengawal nafsu sehingga menjejaskan ibadah puasa.

Jika terdapat ramai tetamu jemputan yang datang daripada jauh,

dinasihatkan agar mengadakan majlis pada waktu cuti seperti cuti hujung minggu, cuti umum dan sebagainya. Andainya, kebanyakan tetamu tinggal berdekatan dengan anda, anda bebas untuk mengadakan majlis pada

mana-mana hari, termasuk hari bekerja.

Satu perkara yang paling penting ialah, sebelum anda mencetak tarikh yang telah dipersetujui dalam kad jemputan, pastikan bahawa jurunikah, wali

dan saksi dapat hadir pada tarikh tersebut. Ini kerana, ditakuti majlis anda

bertembung dengan majlis orang lain sehingga menyebabkan jurunikah (terutamanya) tidak dapat hadir pada waktu yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, pilihlah hari dan tarikh yang paling sesuai untuk anda, keluarga dan jurunikah. Pastikan tarikh tersebut dapat memudahkan ahli keluarga dan orang yang dijemput, datang ke majlis perkahwinan anda. Sekaligus, tidak mendatangkan masalah kepada anda untuk mendapatkan khidmat profesional yang terbaik.

(14)

PANDUAN MENETAPKAN LOKASI

Lokasi majlis perkahwinan merupakan satu elemen yang cukup penting, kerana ia melibatkan pengurusan bajet dan risiko-risiko yang akan anda hadapi semasa majlis nanti. Walau apa pun lokasi yang anda pilih, anda perlu lah mempunyai back-up plan sekiranya berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak diingini.

Untuk perenggan seterusnya, kami akan bincangkan beberapa perkara yang perlu diambil berat dalam pemilihan setiap lokasi.

1. Hotel

Sebagaimana yang kita maklum, perbelanjaan untuk majlis perkahwinan di hotel menelan belanja yang besar dan jumlah tetamu juga terhad. Pada kebiasaannya, tidak melebihi 300 orang.

Kebanyakan hotel mengenakan bayaran mengikut jumlah tetamu yang hadir. Contoh, 1 orang bersamaan RM 100. Maka jika tetamu anda 300 orang, jumlah perbelanjaannya adalah RM30,000. Bayaran ini adalah meliputi sewa tempat dan makanan. Untuk menjimatkan wang anda, berundinglah dengan pihak hotel untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan „percuma‟ seperti cenderamata untuk tetamu, perhiasan dewan dan sebagainya. Disebabkan lokasinya yang begitu ekslusif, anda dinasihatkan meminta

bantuan perunding perkahwinan atau mereka yang berpengalaman dalam

bidang ini. Pada kebiasannya, hotel perlu ditempah seawal 10 bulan

sebelum majlis. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat memilih tempat yg

terbaik kerana semuanya sudah ditempah orang. Terutama sekali bagi hotel yang sudah terkenal dengan perkhidmatan yang memuaskan.

Satu perkara yang perlu diambil kira ialah, anda perlu akur bahawa anda tidak akan dapat menjemput saudara-mara atau kenalan yang ramai. Oleh itu, fikirkanlah cara yang terbaik bagaimana untuk menghebahkan

berita perkahwinan anda kepada mereka yang tidak dapat dijemput.

Seperti, membuat majlis kenduri kesyukuran di rumah anda, memberikan hadiah kepada mereka beserta kad yang memaklumkan anda sudah berkahwin, membuat iklan di akhbar dan pelbagai cara lagi yang boleh

difikirkan supaya tiada orang yang bermasam muka gara-gara tidak dijemput ke majlis anda.

Jika tidak mampu melakukan semua ini, mungkin hotel bukanlah pilihan lokasi yang terbaik untuk anda. Melainkan, anda dan ibubapa mempunyai keluarga dan kenalan yang sedikit atau anda lebih suka majlis yang privasi, tentunya hotel adalah pilihan lokasi perkahwinan yang tepat!

(15)

2. Taman

Perkahwinan di taman memerlukan perancangan teliti dan juga melibatkan

risiko cuaca terutama di Malaysia. Jika anda benar-benar inginkan

perkahwinan di taman, pilihlah lokasi yg memberi pilihan untuk membuat

majlis di tempat terbuka dan juga tertutup.

Terdapat hotel-hotel yang menyediakan tempat yang sesuai untuk majlis bertemakan perkahwinan di taman. Kebanyakannya menghadkan tetamu

tidak melebihi 300 orang dan diadakan bersebelahan dengan kolam renang

atau tasik buatan.

Dengan hiasan bunga segar, majlis itu pastinya memenuhi kehendak pengantin. Namun yang pasti, majlis seperti ini akan memakan belanja

yang besar, sekurang-kurangnya RM25,000 untuk 250 org tetamu.

Jika anda ingin menjadikan taman rumah anda sebagai lokasi majlis, rancanglah dengan teliti. Dapatkan bantuan pakar perunding perkahwinan supaya apa yang dirancang bersesuaian dengan tema tersebut.

3. Dewan

Dewan adalah lokasi yang paling sesuai untuk mereka yang mempunyai

jemputan yang ramai kerana ia lebih selesa berbanding majlis di bawah

khemah. Lebih menarik lagi, ia tidak melibatkan risiko cuaca seperti hujan lebat atau panas terik.

Namun begitu, dewan juga perlu ditempah seawal mungkin kerana tarikh majlis anda mungkin terpaksa diubah jika ada orang lain telah menempah pada tarikh yang sama. Oleh itu, jangan bertangguh lagi. Dapat sahaja tarikh yang telah dipersetujui, anda perlu terus menempah dewan. Secepat

mungkin!

Catatkan perkara-perkara yang disediakan dan tidak disediakan oleh

pihak pengurusan dewan. Antara perkara-perkara penting ialah, meja makan, kerusi, meja untuk meletakkan makanan, peralatan teknikal seperti PA

sistem, mikrofon, alat pembesar suara dan lain-lain.

Sesetengah dewan disewa secara berasingan dengan kelengkapan seperti meja dan kerusi. Kadar sewa juga berbeza-beza mengikut saiz dewan,

lokasi dewan, dan kemudahan asas yang disediakan. Dewan yang

mempunyai pendingin hawa (air-conditioner) tentu lebih mahal daripada dewan berkipas yang sama saiz dengannya. Berundinglah dengan pihak pengurusan dewan untuk mendapatkan harga yang berpatutan.

Dewan yang terlalu besar mungkin akan menyukarkan anda untuk membuat hiasan dalaman. Namun begitu, anda akan memperoleh ruang tambahan

(16)

untuk ahli keluarga berkumpul dan beramah mesra selepas menikmati

juadah makanan. Jika inilah matlamat majlis anda, apa salahnya jika dewan anda terlalu besar?

Banyak aktiviti menarik yang boleh dirancangkan untuk para tetamu

kerana anda berada dalam kawasan yang tertutup. Biar apa pun aktiviti yang anda lakukan, majlis anda tentu tidak akan menggangu jiran tetangga untuk hidup dengan lebih tenang pada hari cuti.

4. Rumah

Rumah merupakan pilihan hampir kebanyakan pengantin Melayu. Ini kerana, perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyewa khemah atau kanopi adalah

lebih murah berbanding sewa dewan.

Pastikan kanopi yang anda sewa tidak menakung air hujan dan selamat untuk para tetamu, walau dalam keadaan cuaca apa sekalipun. Lebih baik sekiranya kanopi anda menyediakan kipas, untuk memberi keselesaan kepada para tetamu yang hadir.

Sekiranya kawasan di sekitar rumah anda sempit sehingga anda terpaksa

menggunakan jalan di hadapan rumah, ada baiknya anda berbincang dahulu dengan jiran tetangga. Lebih-lebih lagi jika jalan itu adalah laluan

utama penduduk kawasan tersebut. Jika mereka tidak mempersetujuinya, anda boleh memikirkan alternatif lokasi lain yang tidak menggangu jiran-jiran anda. Jangan pandang remeh hal ini! Silap langkah, buruk padahnya…

Di sesetengah kawasan perumahan di bandar, anda bukan sahaja perlu menyewa kanopi, tetapi anda juga perlu menyewa jalan dengan majlis perbandaran kawasan tersebut. Tiada benda yang percuma di zaman sekarang ini.

Seperkara lagi, jika rumah anda tidak terlalu besar dan ia turut

dijadikan tempat penginapan tetamu yang datang dari jauh, mungkin

keadaan ini akan membuatkan mereka berasa kurang selesa. Oleh itu, anda harus memilih samada mahu menyewa tempat lain untuk penginapan mereka atau mengadakan majlis perkahwinan di tempat selain rumah.

5. Masjid

Sebenarnya, kita bukan sahaja mahu majlis yang kita adakan diberkati oleh Allah. Malah, kita juga mengimpikan rumahtangga yang bahagia, dan sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat daripadaNya. Maka dengan sebab itulah, kita perlu memulakan langkah pertama untuk memasuki alam rumahtangga

di tempat yang sentiasa diredhai dan disukai Allah.

Rasulullah s.a.w sendiri mengesyorkan setiap majlis pernikahan diadakan di masjid. Maka, apalah salahnya kita mengamalkan sunnah ini sekali seumur

(17)

hidup.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat sekiranya anda memilih masjid sebagai tempat melangsungkan majlis akad nikah. Antaranya ialah, menjaga adab-adab dalam masjid seperti menutup

aurat, menjauhkan diri daripada bercakap tentang hal keduniaan, tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam dan

sebagainya. Selain itu, kebersihan masjid juga perlulah dipelihara sebaik mungkin, baik di dewan solat mahupun di dewan jamuan.

Pastikan majlis anda berlangsung bukan pada waktu solat atau hampir

masuk waktu solat. Dapatkan keiizinan daripada pihak pengurusan masjid sebelum menggunakannya.

PANDUAN MENETAPKAN TEMA

Inilah masanya untuk mengarang angan-angan anda. Apakah konsep yang ingin dibawakan dalam majlis anda? Majlis dalam taman? Majlis yang romantik? ..atau anda lebih suka majlis yang santai dan sederhana?

Bayangkan sebuah majlis yang dihiasi dengan bunga-bunga segar dan aroma romantis yang menyegarkan. Terdengar pula irama lagu-lagu indah yang sangat menenangkan. Tidak lama kemudian, datang pula sepasang mempelai berpakaian serba putih. Ibarat puteri Cinderella dan putera idamannya. Mereka berjalan sambil berpimpinan tangan di atas hamparan merah, menyusuri dewan yang telah dihias serba indah. Wow..seronoknya!!

Walau apa sahaja konsep yang anda ingin bawa dalam perkahwinan anda,

lakarkannya. Tidak semestinya dengan bajet yang rendah anda tidak dapat

menghasilkan majlis yang meriah. Dengan sedikit sentuhan kreativiti, anda boleh membuat pelbagai acara yang dapat memberikan impak maksima kepada majlis anda. Luaskan imaginasi anda..

Buat masa ini, lupakan sebentar perkara-perkara yang mungkin akan menganggu fikiran anda. Cipta sedikit kelainan daripada majlis perkahwinan biasa agar majlis anda akan menjadi satu kenangan yang terindah dalam hidup anda. Setelah anda dapat memikirkan konsep atau tema yang sesuai dengan majlis anda, Apa yang penting ialah anda tahu, apa yang anda mahu ada dalam majlis tersebut, supaya mudah untuk kita melakukan langkah 3 iaitu merancang aturcara majlis. Selain daripada konsep, anda juga boleh menetapkan warna tema. Pilihan warna tema yang menarik, boleh menaikkan seri majlis. Jumlah warna tema yang ideal ialah, lebih daripada 1 warna, tetapi tidak melebihi 3 warna. Dapatkan idea tentang konsep majlis perkahwinan melalui majalah-majalah atau di internet. Sentuhan kreatif

anda boleh mengubah majlis yang biasa kepada majlis yang lebih “happening”. Pastikan bahawa tema yang anda bawa, tidak lari daripada matlamat

asal majlis (rujuk langkah 1). Teruskan membaca kerana banyak lagi idea-idea menarik menanti majlis perkahwinan anda.

(18)

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 2:

Berpandukan matlamat anda dalam Tindakan 1, lakarkan

Majlis Perkahwinan

Impian

anda dengan memasukkan anggaran kos perbelanjaan, anggaran

jumlah jemputan, lokasi perkahwinan dan tema majlis di dalam Buku

Gerak Kerja.

Langkah 3

“Rancang Aturcara Majlis”

Walau sekecil mana pun majlis yang anda rancangkan, anda seharusnya merancang aturcaranya dengan sebaik mungkin. Ini kerana, dengan adanya aturcara yang baik,

majlis anda akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Selain itu, ia juga

sangat berguna sebagai panduan untuk membuat senarai semak keperluan

majlis dan pembahagian tugas semasa majlis sedang berlangsung.

Aturcara yang kami maksudkan di sini bukan sahaja diucap secara lisan, namun yang penting ianya ditulis dengan baik. Dengan adanya aturcara yang bertulis, anda akan dapat memudahkan pembantu-pembantu yang bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan anda. Kita akan bincangkan hal ini dengan terperinci dalam langkah 7. Dengan adanya tema majlis yang telah anda tetapkan dalam langkah sebelum ini, semakin mudah lah kerja anda menyusun aturcara majlis perkahwinan. Mula-mula sekali, anda perlu tahu apakah perkara penting yang akan berlaku pada hari perkahwinan tersebut. Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Majlis pertunangan (jika ada) 2. Majlis pernikahan

3. Majlis resepsi

4. Majlis jamuan makan

Pada kebiasaannya, majlis pertunangan diadakan berbulan-bulan sebelum kesemua majlis yang lain. Walaupun begitu, sesetengah pasangan pengantin pada masakini suka menggabungkan majlis pertunangan dengan majlis pernikahan. Kemudian, barulah diikuti dengan majlis resepsi yang disertai jamuan makan.

Semua ini tentu sekali terpulang kepada anda dan pasangan. Namun begitu, setiap

(19)

contoh, majlis pernikahan mempunyai aturcaranya yang tersendiri, begitu juga dengan majlis resepsi.

Sebelum kita pergi lebih jauh, pastikan anda telah menetapkan tarikh majlis

perkahwinan anda dalam langkah 2. Sekiranya anda tidak dapat menetapkan tarikh

lagi, gantikan tarikh anda dengan “Hari Pertama” dan “Hari Kedua” (sekiranya majlis berlangsung dua hari) untuk merangka aturcara mengikut panduan di bawah.

PANDUAN MERANGKA ATURCARA MAJLIS

1. Tuliskan tarikh dan hari majlis perkahwinan anda. Di bawah tarikh tersebut, tuliskan apakah perkara penting yang akan berlaku. Contoh: 14 Januaril 2012 (Sabtu) 15 Januari 2012 (Ahad)

- Majlis pertunangan & pernikahan - Majlis Resepsi & Jamuan Makan 2. Senaraikan segala aktiviti atau program yang mahu diisi dalam aturcara

majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan. Apa sahaja yang terlintas di fikiran anda, tuliskan. Tidak perlu ikut turutan. (Masa untuk berangan lagi ) 3. Setelah siap, semak semula semua senarai aturcara. Sekiranya masih ada

aktiviti yang tertinggal, tambahkan dalam senarai tersebut.

4. Susun semua aktiviti yang dirancangkan tadi mengikut turutan yang sesuai.

5. Setelah itu, barulah anda anggarkan masa yang diperlukan (durasi) untuk setiap acara.

6. Akhir sekali, tetapkan pukul berapa setiap acara akan bermula dan

berakhir.

CONTOH ATURCARA MAJLIS

Berikut adalah contoh aturcara majlis yang telah disediakan secara terperinci. Untuk pengetahuan anda, aturcara ini bermula dengan majlis pertunangan dan

pernikahan yang diadakan di masjid pada 14 Januari 2010 (Sabtu). Kemudian

diteruskan dengan majlis resepsi pada keesokan harinya iaitu 15 Januari 2010

(Ahad) yang diadakan di dewan.

Perhatikan acara-acara yang diadakan sepanjang majlis, susunan aturcara dan

durasi setiap acara. Semoga aturcara yang kami sediakan ini akan dapat membantu

(20)

1. Majlis pertunangan.

14 JANUARI 2012 (SABTU) >> Masjid Ubudiah, Shah Alam TENTATIF

8.45 pagi Ketibaan rombongan pihak lelaki 9.00 pagi Ucapan pengacara majlis

9.10 pagi Upacara peminangan berbalas pantun antara pihak lelaki dan

perempuan

9.30 pagi Ucapan penutup pengacara majlis

9.35 pagi Upacara menyarungkan cincin kepada pihak perempuan

2. Majlis Pernikahan

14 JANUARI 2012 (SABTU) >> Masjid Ubudiah, Shah Alam TENTATIF

9.45 pagi Pengantin dan tetamu bersiap sedia untuk majlis pernikahan

9.50 pagi Ucapan pembukaan oleh pengacara majlis

10.00 pagi Khutbah nikah

10.15 pagi Akad nikah

10.30 pagi Ucapan bapa pengantin perempuan kepada menantunya 10.35pagi Ucapan pengantin lelaki

10.40 pagi Ucapan ibu pengantin perempuan kepada anaknya 10.45 pagi Ucapan pengantin perempuan

10.50 pagi Bacaan doa

11.00 pagi Upacara penyerahan maskahwin dan cincin perkahwinan 11.10 pagi Ucapan penutup oleh pengacara majlis

11.15 pagi Jamuan makan

(21)

3. Majlis Resepsi *

15 JANUARI 2010 (AHAD) >> Dewan MBSA, Shah Alam TENTATIF

11.15 pagi Tetamu dan rombongan pengantin bersiap sedia untuk majlis resepsi

11.25 pagi Perarakan masuk rombongan pengantin ke dalam dewan

11.35 pagi Persembahan multimedia #1 (gimik majlis)

11.40 pagi Ucapan aluan daripada pengacara majlis

11.45 pagi Ucapan daripada bapa pengantin perempuan

11.48 pagi Bacaan doa

12.00 tghri

12.15 tghri Upacara makan beradab Persembahan multimedia #2

12.20 tghri Ucapan daripada bapa pengantin lelaki

12.25 tghri Upacara memotong kek

12.30 tghri Pertukaran hantaran dan cenderamata

(oleh ibu pengantin perempuan dan ibu pengantin lelaki)

1.00 petang Bersurai

Sesi fotografi bersama tetamu

* Majlis resepsi adalah majlis meraikan/menyambut ketibaan pengantin. Ia sinonim dengan majlis yang diadakan di dewan, hotel dan taman. Namun sekiranya anda merancang untuk mengadakan majlis di rumah, kami cadangkan agar anda turut merancang majlis resepsi. Dengan adanya aturcara yang

tersendiri untuk majlis resepsi, majlis anda pasti akan menjadi lebih “happening” walaupun ia diadakan di rumah.

4. Majlis Jamuan Makan

15 JANUARI 2010 (AHAD) >> Dewan MBSA, Shah Alam TENTATIF

10.30 pagi Jamuan makan

11.30 pagi Majlis Resepsi (rujuk aturcara # 3)

12.30 tghri Majlis Resepsi bersurai

Jamuan makan

4.30 ptg Bersurai

TIP!

Acara lain yang boleh diadakan sebelum majlis resepsi: 1. Upacara khatam Quran

(22)

2. Marhaban dan berzanji 3. Upacara cukur jambul 4. Upacara berinai 5. dan lain-lain

Acara lain yang boleh diadakan semasa majlis resepsi: 1. Perarakan kumpulan kompang

2. Persembahan formasi kompang 3. Persembahan kawad kaki 4. Pertunjukan silat

5. Upacara pertukaran hantaran 6. Makan beradab

7. Upacara memotong kek 8. Persembahan tarian zapin

9. Persembahan nyanyian atau nasyid

10. Ceramah (audio) daripada pakar motivasi keluarga 11. Ucapan daripada pengantin

12. dan lain-lain

Acara lain yang boleh diadakan selepas majlis resepsi: 1. Majlis untuk merapatkan silaturrahim keluarga

2. Aktiviti / permainan – beri hadiah kepada ahli keluarga 3. Pengantin membuka hadiah

4. Persembahan video majlis resepsi

5. Sesi fotografi (edisi khas bersama keluarga sahaja) 6. dan lain-lain

JADUAL KESELURUHAN PERJALANAN MAJLIS.

Bagi mengelakkan persiapan untuk acara-acara lain (selain majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan) tertingal, anda dinasihatkan untuk membuat jadual

keseluruhan perjalanan majlis. Jadual ini akan memberikan gambaran besar majlis

anda. Berikut adalah contoh jadual tersebut:

13 JANUARI 2010 (JUMAAT) TENTATIF

Petang Ketibaan saudara-mara terdekat

Gotong royong untuk persiapan terakhir majlis

8.00 mlm Jamuan makan dan bacaan doa selamat 9.00 mlm Majlis berinai

9.30 mlm Sambung gotong-royong.. 12.00 mlm Rehat

(23)

14 JANUARI 2005 (SABTU) TENTATIF

7.30 pagi Sarapan pagi

8.30 pagi Berangkat ke masjid untuk majlis pertunangan & pernikahan 9.00 pagi Majlis pertunangan

9.50 pagi Majlis pernikahan

12.00 tghri Pengantin dan keluarga berangkat pulang

1.00 tghri Majlis khatam quran dan marhaban (perempuan) 2.00 ptg Jamuan makan

2.30 ptg Gotong royong untuk persiapan terakhir majlis

Persiapan dewan

5.00 ptg Minum petang

Ketibaan saudara-mara terdekat Malam Makan malam

9.00 mlm Raptai penuh majlis resepsi di dewan 11.00 mlm Rehat

16 APRIL 2005 (SABTU) TENTATIF

7.30 pagi Sarapan pagi

9.30 pagi Persiapan terakhir untuk majlis resepsi 10.30 pagi Majlis jamuan makan

11.30 pagi Majlis resepsi

12.30 tghri Majlis resepsi bersurai

Jamuan makan

1.00 tghri Rombongan keluarga pengantin lelaki berangkat pulang

Solat zohor

4.30 ptg Majlis bersurai Solat asar

Gotong royong membersihkan dewan

5.00 ptg Minum petang

Malam Solat maghrib dan isya‟ Makan malam

9.00 mlm Majlis khas bersama keluarga 11.00 mlm Rehat

Dengan adanya jadual ini, lebih mudah lah kerja anda menyediakan senarai keperluan dalam langkah 4. Contoh yang mudah ialah mengenai makanan. Berdasarkan jadual ini, anda boleh mengira berapa kali waktu makan untuk tetamu yang datang bergotong-royong, bermula daripada hari sebelum majlis sehinggalah segala-galanya selesai. Dengan kiraan yang tepat, anda akan dapat menguruskan bajet dengan

baik dan menyediakan makanan tepat pada waktunya.

(24)

Rancangkan aturcara dan jadual keseluruhan Majlis Perkahwinan Impian anda dalam Buku Gerak Kerja.

Langkah 4

“Sediakan Senarai Semak”

Sehingga ke langkah ini, kami harap anda sudah pun merancang lokasi majlis perkahwinan akan dilangsungkan, anggaran tetamu yang akan hadir dan aturcara majlis. Kerana semua maklumat di atas akan membantu anda untuk melakukan tindakan seterusnya iaitu, menyediakan senarai semak.

Senarai semak ini merupakan senarai perkara-perkara yang diperlukan sebelum,

semasa, dan selepas majlis. Ia digunakan untuk anda memeriksa barang apakah yang anda perlukan dan ia juga berguna sebagai senarai pemeriksaan terakhir seminggu sebelum majlis dilangsungkan. Dengan adanya senarai ini, ia akan

mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, dengan merujuk aturcara majlis yang telah disiapkan sebelum ini, semak semua keperluan yang telah disenaraikan. Potong perkara-perkara yang tidak diperlukan dan tambahkan keperluan yang tidak tercatat di sana. Ting! Siaplah senarai semak anda!

Seterusnya, tandakan ( ) dalam kotak yang disediakan setelah anda

menyediakan keperluan tersebut. Sentiasa rujuk kepada senarai pendek ini,

kerana ia akan memudahkan anda memantau keperluan yang masih belum disediakan lagi. Jika anda mahu merujuk terus senarai semak ini, sila lihat Buku Gerak Kerja (muka surat 10).

Seterusnya, kami akan berikan beberapa panduan untuk menyediakan setiap keperluan mengikut kategori masing-masing. Kategori tersebut ialah:

1. Keperluan Asas Pengantin 2. Pengurusan Lokasi 3. Makanan 4. Protokol 5. Cenderahati 6. Rakaman Memori 7. Hiburan 8. Penginapan Tetamu 9. Pengangkutan

Selamat menyediakan senarai semak!

(25)

1. KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

Kategori ini membincangkan segala keperluan asas pengantin yang telah kami bahagikan kepada 5 bahagian iaitu: prosedur pernikahan, busana pengantin,

andaman, pengapit pengantin dan bulan madu.

Prosedur Pernikahan

Disebabkan prosedur pernikahan merupakan perkara yang sangat penting, kami akan menerangkannya secara satu persatu. Penerangan ini lebih merujuk kepada prosedur umum sahaja. Untuk mendapatkan prosedur yang lebih khusus mengikut negeri, sila rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

 Kursus pra-perkahwinan

Setiap pengantin atau pemohon pernikahan wajib mengambil kursus ini sebelum berkahwin. Sijil daripada kursus ini akan digunapakai untuk

membuktikan kehadiran anda ke kursus tersebut. Tanpa sijil ini, anda tidak boleh berkahwin dari sudut perundangan negara.

Pada kebiasaannya, sijil ini boleh digunakan seumur hidup. Ini bermakna, terpulanglah kepada anda bilakah masa yang paling sesuai untuk

menghadirinya. Yang penting, sebelum anda membuat permohonan

pernikahan di Pejabat Agama Islam Negeri, anda dan pasangan sudah pun

mempunyai sijil tersebut.

Anda boleh mengikuti kursus ini di mana-mana tempat di Malaysia asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Namun bagi sesetengah negeri, mereka lebih galakkan anda untuk mengikuti kursus di negeri yang anda akan

daftarkan pernikahan. Misalnya: jika anda akan daftarkan pernikahan di Selangor, maka anda juga akan mengikuti kursus di Selangor.

Pada kebiasaannya, yuran yang dikenakan adalah antara RM50 sehingga RM 100 sahaja.

 Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu akad nikah. Mengikut amalan sekarang, kadar mas kahwin adakalanya ditetapkan oleh negeri, dan adakalanya tidak ditetapkan. Maka, terpulanglah kepada keikhlasan suami.

(26)

Berikut adalah senarai jumlah maskahwin mengikut negeri:

Negeri Mas kahwin bagi

Gadis Mas kahwin bagi Janda

Wilayah Persekutuan RM 80.00 RM 40.00

Selangor RM 80.00 RM 40.00

Johor RM 22.50* RM 22.50*

Melaka RM 40.00* RM 40.00*

Negeri Sembilan RM 24.00 – RM 48.00 RM 24.00 – RM 48.00

Perak Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Kelantan Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Pahang RM 22.50 RM 22.50

Terengganu Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Kedah Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Perlis Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Pulau Pinang Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Sarawak RM 120.00 RM 120.00

Sabah RM 100.00 RM 100.00

*boleh ditambah tetapi tidak boleh dikurangkan

Ketahuilah bahawa, mas kahwin tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk wang. Mengikut amalan para sahabat di zaman Rasulullah, mereka menjadikan bacaan Al Quran, baju besi atau apa sahaja barang yang mempunyai nilai tersendiri sebagai mas kahwin.

 Wang hantaran

Wang hantaran adalah jumlah duit yang diberikan oleh pihak pengantin

lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adakalanya jumlahnya

ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan dan adakalanya mengikut keikhlasan keluarga pengantin lelaki.

Ia tidak wajib di dalam Islam, dan hanya merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu. Oleh itu, janganlah dibesarkan sangat jumlahnya sehingga membebankan pihak lelaki. Berpada-padalah ye..

Wang ini biasanya diletakkan di atas dulang hantaran samada dalam bentuk cek atau menggunakan simbol wang tunai seperti 8 keping duit RM10

bersamaan dengan RM8,000. Pastikan anda menugaskan seseorang yang boleh dipercayai untuk menjaga wang ini semasa majlis sedang berlangsung.

 Jurunikah / Penolong Pendaftar Nikah

Sebagai pemohon pernikahan, anda perlu mendapatkan sokongan

daripada Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah) untuk bernikah. Untuk

(27)

alamat dalam kad pengenalan anda. Oleh kerana jumlah jurunikah ini sangat terhad, anda perlu menempah mereka seawal mungkin (sebagaimana yang telah dibincangkan dalam langkah 2). Selain jurunikah, anda juga perlu mencari 2 orang saksi.

Mengikut undang-undang perkahwinan di negara ini, meskipun wali pengantin perempuan sendiri akan menikahkan pasangan pengantin, jurunikah wajib berada di tempat pernikahan itu. Jurunikah bertanggungjawab mengesahkan

borang permohonan pernikahan, membacakan khutbah nikah, menikahkan pasangan pengantin (jika diwakilkan oleh wali

perempuan) dan menguruskan segala dokumen yang berkaitan selepas

ditandatangani oleh pasangan pengantin sewaktu akad nikah.

Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia dengan sejumlah wang yang tidak melebihi daripada RM50 (bergantung mengikut negeri), untuk membayar

upah jurunikah dan 2 orang saksi selepas majlis akad nikah. Pastikan anda

bertanya jumlah RM yang tepat sewaktu meminta pengesahan daripada jurunikah.

 Borang Permohonan Nikah

Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam

yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri.

Proses permohonan pernikahan boleh dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pernikahan dan juga tidak kurang daripada satu minggu daripada tarikh pernikahan dilangsungkan. Borang permohonan yang dilengkapkan mestilah

ditandatangani oleh anda sebagai pemohon, wali dan dua orang saksi

lelaki dewasa serta mendapat sokongan daripada Penolong Pendaftar

Pernikahan.

Mengikut aturan, calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau

bermastautin. Borang tersebut perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:

Nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan. Kad pengenalan yang sah.

Bukti mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal) Surat pengesahan bujang dari majikan/imam

Sijil kursus pra perkahwinan

Surat memeluk Islam (saudara baru) Surat sokongan kedutaan (warga asing) Surat kebenaran mahkamah (bawah umur)

Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan

(28)

dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung

mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan

maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.

TIP perkahwinan di luar negara!

Perkahwinan perlu didaftarkan dalam tempoh 6 bulan, sama ada di

Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Konsulat Malaysia. Untuk mendaftar, serahkan surat nikah, atau sebarang bukti yang

menunjukkan pengesahan berumah tangga, selain dikehendaki mengisi beberapa borang yang disediakan.

Ketika mendaftar pernikahan, suami isteri perlu hadir bersama, kecuali jika mempunyai sebab yang kukuh.

Gagal mendaftar perkahwinan dalam tempoh enam bulan adalah satu kesalahan.

Jika sudah lebih enam bulan, kemukakan permohonan untuk proses pendaftaran. Kebenaran akan diberi meskipun denda akan tetap dikenakan.

 Ujian kesihatan

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudah pun mewajibkan setiap pasangan untuk melalui ujian H.I.V sebelum melangsungkan akad nikah. Selain ujian H.I.V, terdapat pasangan yang menjalani ujian penyakit genetik seperti talasemia dsb. Dapatkan borang daripada pejabat agama negeri untuk disahkan oleh pihak hospital sewaktu anda menjalani ujian kesihatan.  Cincin pertunangan

Di dalam sijil pernikahan, anda tidak perlu mengistiharkan cincin pertunangan. Namun begitu, mengikut adat Melayu pihak lelaki akan memberikan cincin pertunangan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya, cincin jenis belah rotan diberikan sewaktu upacara pertunangan. Namun ada juga yang

memberikan cincin seumpama ini sewaktu merisik. Walau bagaimanapun, ia tetap terpulang kepada anda.

 Cincin perkahwinan

Lain daripada pertunangan, kali ini anda memerlukan 2 cincin. Satu untuk pihak lelaki dan satu lagi untuk pihak perempuan. Untuk lelaki, diharamkan dalam Islam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Oleh sebab itu kebanyakan pasangan memilih suasa atau perak bertatahkan batu.

(29)

Bagi perempuan pula, emas sentiasa menjadi pilihan. Namun begitu, tidak kurang juga yang memilih emas putih yang turut dihiasi dengan batu permata. Terdapat pelbagai rekabentuk cincin yang terdapat di pasaran. Anda boleh dapatinya daripada katalog di majalah atau risalah yang diedarkan oleh kedai barang kemas. Jadilah pembeli yang bijak sewaktu memilih cincin. Bak kata orang, biar menang membeli, menang juga memakai.

 Barang kemas

Sesetengah negeri mewajibkan, kesemua barang kemas termasuk cincin perlu

diisytiharkan dalam sijil perkahwinan beserta dengan harganya sekali.

Rujuk Pendaftar Nikah anda mengenai perkara ini.

Busana Pengantin

Memilih busana untuk majlis perkahwinan merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Tentu anda pernah mengidamkan busana yang sangat cantik untuk digayakan semasa hari bersejarah nanti. Inilah masanya untuk merealisasikan impian! Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan busana ialah, rekabentuk (baju melayu, baju kebaya melayu, ala inggeris, ala bollywood dsb.), jenis material (satin, songket, lase, dsb.), warna dan aksesori yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian tersebut. Pilihlah busana yang sesuai untuk anda dan pasangan. Adakalanya warna ungu sangat sesuai untuk wardina, tetapi tidak untuk sesetengah orang.

TIP memilih warna busana!

Jika anda atau pasangan berbadan gempal, pilihlah warna yang agak gelap dan material kain yang tidak terlalu berkilat. Pemilihan fabrik seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing.

Jika anda atau pasangan berkulit hitam manis, elakkan daripada memilih warna yang gelap. Ia boleh menurunkan seri pengantin anda.

Bagi yang suka mencuba sesuatu yang berbeza, anda boleh menggabungkan

dua warna yang kontra. Seperti baju melayu berwarna putih, sampin dan

tanjak berwarna biru. Atau jubah berwarna merah jambu, kain lase dan tudung berwarna hijau muda. Namun anda perlu berhati-hati dengan pemilihan warna seumpama ini kerana ditakuti percampuran warna kontra yang tidak sesuai boleh menghasilkan rekaan yang kurang elegan.

(30)

Anda boleh menyewa busana daripada juruandam, atau anda juga boleh menempah khas daripada pereka pakaian pengantin. Rujuk majalah-majalah pengantin untuk mendapatkan idea fesyen terkini untuk busana pengantin.

Selain itu, anda juga boleh terus membeli pakaian yang telah siap. Jika anda berada dalam zaman kegawatan ekonomi, banyak butik akan menawarkan harga pakaian pengantin yang menarik. Dan anda pasti boleh menawar lagi harganya. Tatkala anda sibuk memilih busana pengantin, ada perkara lain yang turut perlu diperhatikan. Seperti; pemilihan kasut dan padanan aksesori yang sesuai dengan pakaian anda. Yang paaaling penting, anda selesa memakai kesemuanya(dari hujung rambut hingga ke hujung kaki!).

Jika anda tidak mahu menyimpan baju anda selepas majlis perkahwinan, anda boleh menjualnya kepada butik-butik atau kedai andaman. Yang penting, pastikan ianya dijaga dengan baik selepas anda menggunakannya.

TIP busana “happening”!

Lupakan cadangan untuk menyamakan warna baju keluarga dengan busana pengantin. Ia boleh menenggelamkan penampilan anda sebagai raja sehari. Memadai

dengan menentukan tema untuk mereka (tidak perlu sama sepenuhnya dengan pengantin).

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan busana pengantin:

 Baju pengantin lelaki  Baju pengantin perempuan  Baju salinan pengantin lelaki  Baju salinan pengantin

perempuan

 Baju pengantin lelaki (majlis pernikahan)

 Baju pengantin perempuan (majlis pernikahan)

 Baju pengantin lelaki (majlis bertandang)

 Baju pengantin perempuan (majlis bertandang)

 Tanjak dan samping  Tudung  Veil  Mahkota (crown)  Barang kemas  Kerongsang  Kasut  Pin Andaman

Sebelum anda mengupah orang yang profesional dalam bidang andaman,

seharusnya, anda perlulah mengetahui perbezaan skop tugas di antara juruandam dan jurusolek.

Jurusolek adalah seorang yang pakar dalam bidang solekan. Kebiasaannya jurusolek ini akan menyolekkan pengantin mengikut gaya solekan yang terkini. Akan tetapi,

(31)

kebiasaannya jurusolek tidak mempunyai koleksi pakaian, baik pakaian pengantin mahupun komersil.

Juruandam pula adalah mereka yang berkebolehan dalam menyolek, mendandan

serta mempunyai koleksi pelbagai gaya pakaian dan tudung pengantin.

Juruandam berupaya menyediakan segala persediaan perkahwinan secara menyeluruh. Hal ini termasuklah menyedia dan menghias pelamin, bilik

pengantin. Malah amalan tradisional dalam mengandam pengantin seperti khidmat perawatan muka, badan dan sebagainya turut disediakan. Selain itu, terdapat

juga sesetengah mak andam yang menjadi pengapit pengantin di majlis resepsi. Namun begitu, jauhkanlah diri anda daripada amalan kecantikan yang diharamkan oleh agama seperti susuk, sihir dan botox (walaupun dicadangkan oleh juruandam). Amalan seperti ini akan memberikan kesan sampingan yang negatif pada diri anda untuk jangka panjang.

Hmm..jadi sekarang, anda boleh lah memilih samada mahu mengupah juruandam atau jurusolek. Terpulang pada anda !

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan jurusolek atau juruandam ? 1) Anda boleh bertanyakan kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang

pernah mendapatkan khidmat juruandam. Ini lebih mudah

memandangkan anda pernah melihat sendiri hasil tangan juruandam tersebut (sekiranya anda menghadiri majlis perkahwinan mereka lah ). Minta pandangan mereka terhadap juruandam tersebut, adakah ia sesuai untuk anda atau tidak. Jika tidak, carilah yang lain !

2) Cara seterusnya, ialah dengan mencari maklumat menerusi iklan-iklan di

majalah-majalah pengantin, surat khabar dan internet (Antara portal

perkahwinan yang popular di Malaysia ialah : www.syokkahwin.com). Namun, sewaktu kami menulis buku ini, masih tidak banyak lagi syarikat andaman Malaysia yang mempunyai laman web sendiri di internet.

Carilah juruandam yang lebih dekat dengan kawasan anda terlebih dahulu. Hubungi mereka dan kalau perlu, aturkanlah temujanji. Jangan terus

berpuas hati dengan 1 pilihan sahaja, ambillah masa untuk bertemu dengan beberapa juruandam. Sekurang-kurangnya 3 orang. (Borang penilaian juruandam boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja). Sewaktu memilih juruandam, ikutilah panduan yang kami sediakan di bawah.

Panduan Memilih Jurusolek atau Juruandam.

1) Pastikan juruandam yang anda pilih mempunyai pengalaman menata rias pengantin sebelum ini. Jika pernah, mintalah mereka tunjukkan kepada anda gambar-gambar pengantin yang pernah mereka solekan.

(32)

2) Satu perkara yang SANGAT penting tentang andaman (dan sering diabaikan oleh bakal pengantin). Anda perlulah memperuntukkan satu masa

untuk mencuba solekan juruandam anda. Pastikan masa tersebut tidak

terlalu dekat dengan majlis perkahwinan anda supaya anda mempunyai masa untuk mencari jurusolek yang lain sekiranya perlu.

3) Pastikan solekan juruandam anda tidak terlalu keterlaluan sehingga menghilangkan kecantikan semulajadi anda. Cukuplah sekadar mengenakan solekan yang dapat menaikkan seri wajah anda dan kena dengan busana yang anda gayakan.

4) Anda perlu betul-betul memastikan supaya orang yang menyolekkan anda sewaktu sesi percubaan (dan anda berpuas hati dengannya), adalah orang

yang sama yang akan menyolekkan anda sewaktu hari perkahwinan nanti. Ini kerana, terdapat juruandam yang menyerahkan tugas mereka

kepada anak buah sewaktu hari yang sebenar. Mungkin hasil tangan anak buah mereka tidak sama dengan juruandam yang sebenar.

5) Sebelum membuat pemilihan juruandam, anda harus melakukan

beberapa survey terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat yang

terbaik pada harga yang berpatutan. Anda boleh membuat perbandingan harga di antara juruandam A dengan juruandam B. Atau adakah anda lebih berjimat jika hanya mengupah jurusolek, manakala pakaian pengantin ditempah daripada pereka pakaian pengantin.

6) Sekiranya bajet andaman anda sederhana, anda boleh menghias bilik

pengantin bersama ahli keluarga. Lihatlah contoh-contoh gambar bilik

pengantin di dalam majalah dan internet. Kadang kala dengan sentuhan yang simple, anda boleh memberikan kesan yang lebih romantis terhadap pasangan anda.

7) Sekiranya anda bercadang untuk mempunyai pelamin yang simple

sahaja, jangan bazirkan duit mengupah juruandam. Anda boleh

lakukannya sendiri ! Apa yang anda perlukan hanyalah mungkin sebuah kerusi yang cantik (yang boleh didapati di rumah anda), kerangka untuk hiasan bunga (kalau perlu), beberapa meter kain dan bunga-bunga sebagai hiasan (juga boleh didapati di rumah anda), dan perkara-perkara lain yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah, tetapi nampak ekslusif. Dapatkan idea-idea yang menarik daripada sumber yang telah kami sebutkan sebelum ini.

Akan tetapi, jika anda mahu mendapatkan hasil kerja yang terbaik daripada yang pakar (dan sekaligus menjimatkan masa anda), ada baiknya anda mengupah pereka pelamin yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti ini.

8) Satu lagi cara untuk meminimumkan bajet anda, carilah ahli keluarga

(33)

bidang andaman atau solekan. Tentu mereka boleh berikan anda harga

keluarga !

Di sini, kami ingin berkongsi satu artikel menarik berkaitan dengan penjagaan diri untuk bakal pengantin. Semua tip dan petua di bawah ditulis oleh Puan Aleeda Shamsudin (pengasas Koleksi Andaman Aleeda).

Penjagaan Awal Menaikkan Seri Pengantin

Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah peka terhadap

perubahan wajah dan dirinya. Penjagaan bentuk tubuh sama pentingnya seperti

penjagaan wajah. Kebanyakan bakal pengantin baik lelaki mahupun perempuan lebih memberikan perhatian kepada penjagaan wajah berbanding penjagaan badan

mereka.

Bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah mendapatkan

rawatan muka dan badan sebelum menghadapi "majlis raja sehari." Menurut

Puan Aleeda Shamsudin, pengasas Koleksi Andaman Aleeda, bakal raja sehari perlulah membuat rawatan muka enam bulan lebih awal sebelum majlis mereka dan rawatan muka yang terakhir perlulah dibuat sebulan sebelum majlis

berlangsung.

Rawatan muka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam,

jerawat, jeragat, menghaluskan kulit dan supaya ton di muka sekata. Dengan

melakukan rawatan muka, kulit muka akan kelihatan lebih halus dan berseri. Bagi mendapatkan tubuh yang cantik pada hari persandingan pula, bakal

pengantin perlulah berkunjung ke mana-mana pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan mandi sauna atau mandi lulur. Rawatan badan ini hendaklah dilakukan dua minggu sebelum majlis berlangsung. Mandi sauna atau mandi lulur bertujuan untuk membakar lemak, mencantik serta menyegarkan tubuh. Dengan melakukan rawatan-rawatan ini, bakal raja sehari akan kelihatan berseri, cantik dan kelihatan bersemangat. Selamat menjalani rawatan wajah dan badan... semoga anda kelihatan cantik di majlis persandingan anda.

Sumber: http://www.pengantin.com.my

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan andaman pengantin:

 Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)

 Tempah juruandam / jurusolek  Khidmat penjagaan diri

 Pelamin dan aksesorinya  Bunga pahar

 Bunga manggar  Bunga pegang  Hiasan bilik tidur  Pintu gerbang  Inai

(34)

Hantaran

Hantaran merupakan satu elemen penting yang tidak boleh dipisahkan daripada perkahwinan orang Melayu. Sesetengah adat perkahwinan di negeri-negeri di Malaysia tidak membezakan di antara hantaran dengan maskahwin (mahar). Ini bermakna, jumlah maskahwin yang disebutkan di dalam akad nikah adalah jumlah hantaran yang dipersetujui.

Manakala bagi kebanyakan negeri, mereka membezakan kedua-dua perkara itu. Sebagai contoh di negeri Selangor , maskahwin yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah RM 80. Manakala hantarannya ditentukan oleh keluarga pengantin sendiri. Untuk mengetahui adat istiadat Melayu berkaitan dengan

hantaran, layari laman web ini

http://malaysiana.pnm.my/01/01010203mel_bertunang.htm.

Sebagaimana yang kita maklum, hantaran juga mempunyai keunikan sentuhan seninya yang tersendiri dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Mahukan hantaran yang menarik ? Ikuti tip di bawah.

TIP hantaran “happening”!

Bekas hantaran yang cantik

Gabungan riben dan bunga yang elegan Ditatarias dengan profesional

Mengikut peredaran masa

Satu lagi isu yang mungkin dikaitkan dengan hantaran ialah: buat sendiri atau

upah penggubah hantaran? Sekiranya anda adalah seorang yang kreatif, anda

boleh membuatnya sendiri.

Atau dengan cara lain, buat hantaran anda bersama-sama dengan saudara-mara atau teman-teman yang kreatif. Sekiranya perlu, serahkan sahaja tugas ini kepada mereka. Beritahu mereka apa kehendak anda (tetapi jangan sesekali mengongkong kebebasan mereka untuk berkreativiti).

Permudahkan kerja mereka dengan menyediakan gambar-gambar contoh

hantaran (seperti yang anda ingini), peralatan membuat hantaran seperti gunting, gam dan sebagainya. Dengan cara membahagikan tugas, anda dapat berjimat kerana tidak perlu mengupah tenaga profesional untuk membuat hantaran. Walaubagaimana pun, semuanya terpulang kepada situasi anda.

Jangan lupa satu perkara, setelah hantaran siap, ambillah gambar setiap dulang. Tidak berbaloi sekiranya penat lelah menggubah hantaran tidak diabadikan dalam

(35)

foto. Selain menjadi kenangan, ia boleh dijadikan contoh kepada bakal pengantin yang lain seperti adik atau sepupu anda.

Dapatkan idea-idea membuat hantaran daripada kedai-kedai pengantin yang sentiasa memperbaharui rekabentuk contoh hantaran mereka mengikut gaya terkini. Antara kedai-kedai popular yang menyediakan keperluan untuk membuat hantaran terletak di Kuala Lumpur: Jalan Tunku Abd Rahman, Semua House, SSF dll.

Selatan: Nilai 3, Pekan Seramik Ayer Hitam dll.

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan hantaran pengantin:

 Tempah penggubah hantaran  Dulang hantaran

 Hiasan dulang

 Sirih junjung/ tepak sirih  Potpurri  Al Quran  Telekung / sejadah  Kain  Baju (sepersalinan)  Songkok  Sampin  Beg tangan  Tuala  Jam  Kasut

 Set peralatan solek  Set penjagaan diri  Buah-buahan  Manisan  Cokelat  Kek  Telur  Pulut kuning Pengapit pengantin

Kadang-kadang, kerana terlalu sibuk dengan persiapan majlis, pengantin sering terlupa untuk melantik seorang pengapit pengantin. Lantas, di“cekup“ sahaja mana-mana anak dara yang free pada masa itu.

Pengapit pengantin adalah seorang individu yang boleh dikategorikan sangat penting kerana pengapit akan menjaga segala kebajikan dan keperluan pengantin

sewaktu majlis sedang berlangsung.

Selain daripada berada di sisi pengantin sepanjang majlis, pengapit juga bertugas untuk membantu anda menyalin pakaian, memeriksa baju, sampin dan

tudung supaya sentiasa kemas. Dan secara umumnya, dia akan sentiasa menemani anda setelah solekan siap.

TIP!

kelengkapan yang perlu dibawa oleh pengapit

Semua kelengkapan untuk menata rias anda seperti lipstik , bedak dan cermin (mengikut tona yang anda pakai)

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, pria retroseksual yang memiliki sensitivitas yang wajar pada penampilan cenderung memiliki emosi yang positif terhadap kondisi fisik yang dimiliki sehingga citra raga

Di Desa Panribuan belum pernah dilakukan survei pemetaan unsur hara, bahkan peta administrasi khusus desa ini memang belum ada, oleh sebab itu peneliti tertarik

Untuk menentukan penerima beasiswa, maka digunakan metode Fuzzy Multi Decision Making (FMADM) dan Simple Additive Weighting (SAW), Fuzzy MADM adalah suatu metode yang

Tujuannya selain ingin mendapat keuntungan dan tambahan uang saku, usaha ini diharapkan dapat meringankan beban orang tua kita sehingga tidak perlu membiayai uang

1 PEMANFAATAN LIMBAH KULIT BAWANG MERAH (Allium ascalonicum) SEBAGAI CAMPURAN PAKAN TERNAK SERTA PENGARUH TERHADAP PENURUNAN KADAR KOLESTEROL DARAH DAN KUALITAS

• Tymphanocentesis untuk mengidentifikasi bakteri yang menyebabkan otitis media ☺ Hanya diindikasikan pada anak dengan kondisi berat & tidak berespon!. terhadap

hukum hadith tersebut. Namun selain di atas ada tahapan lagi yang dapat dilakukan yakni dengan cara mengkorfimasikan hadith dengan akal. Selain contoh di atas mengenai

Berdasarkan uraian diatas dapat disimpulkan bahwa perilaku prososial adalah suatu perilaku sosial positif yang mendorong seseorang untuk melakukan tindakan