• Tidak ada hasil yang ditemukan

Final Akidah Akhlak UIU1012 13 14 edit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Final Akidah Akhlak UIU1012 13 14 edit"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN A (40 SOALAN)

1. Maksud perkataan tauhid dari segi syarak ialah

A. menentukan ibadat kepada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dan meyakini keesaanNya samada pada zat, sifat dan perbuatan.

B. mengetahui bahawa sesuatu itu satu. C. memahami sifat-sifat Allah SWT. D. mengenal Allah SWT.

2. Berdasarkan kenyataan berikut, manakah tidak berkaitan ilmu tauhid?

A. Ia adalah ilmu yang mampu mendedahkan segala keraguan terhadap Allah SWT. B. Ia adalah ilmu yang menghuraikan hukum berkaitan ibadah.

C. Ia adalah ilmu mengesakan Allah SWT. D. Ia merupakan semulia-mulia ilmu.

3. Dalam ilmu tauhid terdapat beberapa topik utama yang dibahaskan, iaitu

i ketuhanan (al-ilahiyyat) ii. kenabian (al-nubuwwat)

iii. perkara-perkara ghaib (al-sam’iyyat)

iv. sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT

A. i dan ii B. ii dan iii C. i, ii dan iii D. i, ii, dan iv

4. Makrifatullah bermaksud mengenal Allah SWT dengan keyakinan yang teguh serta bertepatan dengan hakikat yang sebenar dan disertai oleh dalil. Maksud bertepatan dengan disertai dalil ialah

A. keyakinan sepenuhnya (100%) tanpa dicelahi oleh zhan, syak atau waham. B. bertepatan dengan iktikad akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

C. menetapkan keimanan dan menghilangkan keraguan. D. iktikad berdasarkan dalil sekalipun dalil ijmali.

(2)

6. Berikut berkaitan kedudukan iman mukallid menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

i. Hukumnya sah dan tidak berdosa sekiranya tidak mampu mencari dalil kerana uzur syarak

ii. Hukumnya sah tapi berdosa kerana tidak berusaha mencari dalil iii. Hukumnya sah kerana manusia tidak wajib mencari dalil

iv. Hukumnya tidak sah kerana dalil tidak wajib dicari

A. i dan ii B. ii dan iii C. i ii dan iii D. Semua di atas

7. Mukallaf ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan dengan suruhan dan larangan dari syarak setelah cukup syarat-syaratnya. Berikut merupakan syarat-syarat mukallaf kecuali

A. sampai seruan dakwah. B. berakal.

C. Islam. D. baligh.

8. Tahap baligh seseorang dapat diketahui dengan beberapa keadaan berikut.

i. Apabila berumur 15 tahun berdasarkan kiraan kalendar Islam ii. Melihat darah haid keluar dari kemaluan perempuan

iii. Mampu membezakan antara baik dan buruk iv. Mimpi dan keluarnya mani

A. i dan ii B. ii dan iii C. i, ii dan iv D. Semua di atas

9. Ahli fatrah ialah orang yang hidup terputus daripada sebarang rasul untuk menyampaikan seruan dakwah. Berdasarkan kenyataan berikut, manakah tidak termasuk dalam kalangan ahli fatrah?

(3)

10. Perbahasan sifat 20 dapat dibahagikan kepada empat sifat iaitu nafsiyah, salbiyah, ma’ani dan ma’nawiyah. Dimaksudkan dengan sifat salbiyyah ialah

A. sifat yang menunjukkan penafian tentang wujudnya kekurangan pada Allah SWT. B. sifat yang mengikut sifat pada zat Allah SWT secara maknanya.

C. sifat yang wujud pada zat Allah SWT secara maknanya. D. sifat yang dinisbahkan kepada zat Allah SWT.

11. Sifat nafsiyah ialah sifat yang dinisbahkan kepada zat Allah SWT sahaja. Apakah sifat yang terkandung dalam sifat ini?

A. wujud. B. baqa’. C. qdam. D. qudrah.

12. Berikut adalah penyataan yang salah dalam memahami pengertian sifat wahdaniyyah

A. Wahdaniyyah ialah mengesakan Allah SWT dari segi zat, sifat dan perbuatan. B. Maha Suci Allah SWT dari segala sesuatu yang tidak layak bagiNya.

C. Allah SWT tidak berbilang-bilang, tidak berjisim dan tidak berjuzuk. D. Allah SWT tidak mempunyai dua qudrat atau dua iradah.

13. Ia diturunkan sedikit demi sedikit selama 23 tahun menurut keadaan dan perkara tertentu. Kenyataan ini merujuk kepada

A. Kitab al-Quran B. Kitab Tawrat C. Kitab Zabur D. Kitab Injil

14. Salah satu sifat ma’ani ialah sifat kalam. Berikut merupakan kenyataan yang benar bagi menjelaskan sifat kalam.

i. Kalam adalah lafaz-lafaz al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. ii. Kalam tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak terdahulu dan tidak terkemudian. iii. Kalam merupakan sifat azali yang berdiri pada zat Allah SWT.

iv. Kalam adalah makhluk yang bersifat baharu.

(4)

15. Ulama Khalaf memahami ayat al-Quran berikut: “Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka” (Surah al-Fath: Ayat 10) sebagai

A. bersemayam Allah SWT B. kekuatan Allah SWT C. keesaan Allah SWT D. ilmu Allah SWT

16. Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama… sesiapa yang menghafal kesemuanya akan dimasukkan ke dalam syurga.

Berdasarkan hadis ini, apakah tafsiran yang telah dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dan Imam al-Baihaqi?

A. Sesiapa menghafal 99 nama Allah SWT akan dimasukkan ke dalam syurga. B. Setiap mukallaf wajib menghafal kesemua nama-nama Allah SWT.

C. Nama Allah SWT tidak terhad kepada 99 sahaja. D. Allah SWT hanya mempunyai 99 nama sahaja.

17. Rasul yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam mukallaf secara tafsili berjumlah 25 orang. Apakah hukum bagi Allah SWT mengutuskan para rasul kepada manusia?

A. Wajib. B. Harus. C. Sunat. D. Haram.

18. Pendapat paling masyhur mengatakan rasul Ulu al-‘Azmi seramai lima orang. Berikut yang manakah merupakan rasul Ulu al-‘Azmi?

A. Nabi Isa AS. B. Nabi Ishak AS. C. Nabi Ismail AS. D. Nabi Ayyub AS.

19. Salah satu sifat yang wajib bagi rasul adalah Fatanah. Berikut merupakan kenyataan yang salah mengenai sifat Fatanah iaitu

(5)

20. Berdasarkan ayat al-Quran berikut: “Maka Musa menghalang dengan tangannya lalu matilah ia. Maka dia berkata: Ini sebahagian dari pekerjaan syaitan” (Surah al-Qashash: Ayat 15). Maka musuh-musuh Islam mendatangkan keraguan bahawa Nabi Musa AS telah melakukan dosa besar yang tidak layak bagi seorang rasul. Berikut merupakan hujah yang sesuai bagi menolak keraguan ini kecuali

A. nabi Musa AS menggunakan mukjizat yang diberikan kepadanya. B. nabi Musa AS hanya menolak orang tersebut dengan tangannya. C. nabi Musa AS hanya mempertahankan diri dari kezaliman. D. nabi Musa AS tidak berniat untuk membunuh orang itu.

21. Setiap rasul yang diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia mempunyai mukjizat tersendiri. Berikut merupakan tujuan Allah SWT memberikan mukjizat kepada para rasul-Nya.

i. Untuk membuktikan bahawa dirinya benar adalah rasul yang dilantik oleh Allah SWT ii. Untuk mengalahkan kekuatan orang yang mengingkari Allah SWT dan rasul-Nya iii. Untuk menunjukkan perkara luar biasa kepada manusia yang tidak beriman iv. Untuk membuktikan kekuasaan Allah SWT mengikut kehendak-Nya

A. ii dan iii B. i dan iv C. i, ii dan iv D. i, iii dan iv

22. Selain diberikan kitab, sebahagian daripada para rasul diturunkan suhuf atau lembaran untuk menjelaskan mengenai sesuatu perkara. Rasul manakah yang menerima kedua-duanya sekali, iaitu kitab dan juga suhuf?

A. Nabi Muhammad SAW. B. Nabi Musa AS.

C. Nabi Daud AS. D. Nabi Isa AS.

23. Setiap malaikat yang wajib kita ketahui mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Berikut manakah merupakan kenyataan yang benar mengenai nama dan tugas malaikat?

(6)

24. Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya. Berikut merupakan kenyataan yang benar mengenai malaikat kecuali

A. tidak berjantina sama ada lelaki atau perempuan. B. boleh menjelma dalam pelbagai rupa bentuk. C. tidak terpelihara daripada melakukan dosa. D. sentiasa beribadat kepada Allah SWT.

25. Sepuluh malaikat yang wajib diketahui mempunyai tugas masing-masing sepertimana yang telah dimaklumi. Berikut merupakan tugas-tugas lain bagi malaikat.

i. Menjaga manusia serta menguruskan bukit dan awan ii. Menebarkan sayapnya ke atas penuntut ilmu

iii. Menanggung dan mengelilingi Arasy iv. Hadir ke majlis-majlis zikir

A. i dan ii B. iii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua di atas

26. Jin yang dijadikan daripada api mempunyai jenis-jenis tertentu sepertimana manusia juga. Berikut merupakan jenis-jenis yang ada pada jin.

i. Jin yang bodoh serta dungu dan hanya mengikut jin lain tanpa berfikir. ii. Jin yang sering melakukan maksiat, kerosakan dan kejahatan.

iii. Jin yang kafir dan sentiasa berusaha menentang ajaran Islam. iv. Jin yang beriman serta mengerjakan amalan kebaikan.

A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, iii dan iv D. Semua di atas

27. Manusia diingatkan agar sentiasa memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan. Berikut merupakan bentuk-bentuk gangguan syaitan ke atas manusia.

i. Syaitan berusaha memperhiaskan kekufuran dan memasarkan kezaliman. ii. Syaitan berusaha menakut-nakutkan manusia dengan kekayaan.

iii. Syaitan berusaha mengganggu manusia dengan kesedihan. iv. Syaitan berusaha menghasut manusia supaya bermusuhan.

(7)

28. Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah golongan majoriti umat Islam di dunia pada hari ini. Berikut merupakan di antara aliran akidah dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

i. Asya’irah ii. Mu’tazilah iii. Maturidiyyah iv. Hasyawiyyah

A. ii dan iv B. i dan iii C. i, ii dan iii D. i, ii dan iv

29. Manusia melalui beberapa peringkat kehidupan. Antara berikut, turutan yang manakah adalah benar?

A. Alam Rahim → Alam Dunia → Alam Akhirat → Alam Barzakh B. Alam Rahim → Alam Dunia → Alam Barzakh → Alam Akhirat C. Alam Rahim → Alam Barzakh → Alam Akhirat

D. Alam Dunia → Alam Barzakh → Alam Akhirat

30. Setiap orang yang bernyawa pasti akan mati dan dihantar ke Alam Barzakh. Berikut merupakan kenyataan yang benar mengenai Alam Berzakh / Alam Kubur

i. Malaikat akan berlembut dengan beriman dan bertegas dengan orang tidak beriman ii. Antara soalan malaikat kepada mayat mengenai siapa tuhan, agama dan nabinya iii. Sebelum menunggu hari kebangkitan, mayat akan dilayan mengikut amalannya iv. Soalan malaikat di dalam kubur dengan bahasa yang difahami oleh mayat

A. ii dan iv B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. Semua di atas

31. Berikut merupakan tanda-tanda kecil kiamat.

i. Perutusan Nabi Muhammad SAW kepada seluruh alam ii. Memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja iii. Banyak berlaku pembunuhan

(8)

32. Berikut merupakan tanda-tanda besar kiamat.

i. Munculnya api di Yaman ii. Berlaku tiga gerhana iii. Amanah dikhianati iv. Munculnya Dajjal

A. ii dan iv B. ii, iii dan iv C. i, ii dan iv D. i, ii dan iii

33. Salah satu tanda-tanda besar kiamat ialah turunnya Imam Mahdi. Berikut merupakan kenyataan yang benar mengenai Imam Mahdi kecuali

A. Imam Mahdi merupakan seorang lelaki berhidung mancung serta berdahi luas B. Imam Mahdi akan memimpin manusia selama tujuh atau lapan tahun sahaja C. nama Imam Mahdi adalah sama dengan nama Rasulullah SAW

D. Imam Mahdi akan membunuh dajjal dan menghancurkan salib

34. Ketika manusia dihisab di Padang Mahsyar, Allah SWT akan menjadi beberapa benda sebagai saksi utama manusia tentang apa yang mereka lakukan di dunia ini. Beberapa benda yang menjadi saksi itu ialah

i. surat amalan yang dicatat oleh malaikat Rakib dan ‘Atid ii. seluruh anggota badan terhadap diri mereka sendiri iii. semua benda di sekeliling menjadi saksi

iv. nabi dan rasul ke atas umat mereka

A. i, ii dan iii B. ii, iii dan iv C. i, ii dan iv D. Semua di atas

35. Selepas Rasulullah SAW memberikan syafaat ketika manusia berada di Padang Mahsyar, maka pengiraan atau hisab akan bermula. Dalam persoalan hisab ini, manusia boleh dibahagikan kepada berapa bahagian?

i. Kumpulan yang akan ditahan di Padang Mahsyar untuk dihisab ii. Kumpulan yang akan dimasukkan ke neraka tanpa dihisab iii. Kumpulan yang akan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab iv. Kumpulan yang akan dibiarkan terseksa tanpa dihisab

(9)

36. Syurga itu hanyalah satu, cuma darjat dan kedudukannya yang berbeza-beza. Manakah antara berikut bukan nama bagi syurga

A. ‘Adnin. B. Jahim. C. Jalal. D. Khuldi.

37. Akhlak Islam merupakan sebahagian daripada ilmu Tasawuf. Berdasarkan hadis Jibril AS, akhlak dapat dikategorikan di dalam perkara

A. Islam. B. Iman. C. Ihsan. D. Ilmu.

38. Antara sifat mahmudah ialah ikhlas. Manakah definisi ikhlas yang paling tepat?

A. Mengesakan Allah SWT dalam melakukan ketaatan disertai dengan niat. B. Tidak merasa riyak dan takjub terhadap amalan yang dikerjakan.

C. Menyembunyikan amalan daripada pengetahuan manusia. D. Segala perbuatan adalah daripada Allah SWT.

39. Imam al-Ghazali di dalam karyanya Ihya’ Ulum al-Din telah membahagikan sifat sabar kepada beberapa bahagian. Berikut merupakan bahagian-bahagian sabar tersebut kecuali

A. sabar di dalam menghadapi kesenangan. B. sabar di atas musibah yang mendatang. C. sabar daripada melakukan kejahatan. D. sabar di dalam melakukan ketaatan.

40. Antara sifat mazmumah ialah riyak. Manakah definisi yang sesuai untuk sifat riyak?

i. Memperlihatkan sesuatu amalan kebaikan untuk mendapat pujian daripada manusia semata-mata

ii. Menonjolkan bakat yang diberikan oleh Allah SWT untuk mendapat habuan dunia

iii. Melakukan ibadat kepada Allah SWT namun pada masa sama ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia

(10)

BAHAGIAN B (10 SOALAN)

41. Antara jenis sifat benar ialah benar pada lisan dan benar pada janji T F

42. Imam Mahdi akan memimpin manusia selama 11 tahun sahaja. T F

43. Muncul orang yang mengaku menjadi nabi dan rasul antara tanda-tanda besar kiamat. T F

44. Istidraj ialah perkara berlawanan yang lahir hasil daripada perbuatan orang-orang fasik dan tidak beriman sebagai kehinaan terhadap mereka.

T F

45. Syaitan berupaya menyingkap dan mengetahui perkara ghaib dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

T F

46. Sifat amanah juga boleh diertikan sebagai meletakkan sesuatu di tempat yang layak baginya.

T F

47. Antara tanda besar kiamat ialah bulan terbelah dua dan wafatnya nabi Muhammad SAW. T F

48. Orang yang memiliki sifat hasad dengki akan merasa jiwanya serba kekurangan walaupun hakikatnya dia telah mendapat kenikmatan yang secukupnya.

T F

49. Sifat mustahil bagi rasul iaitu kitman bermaksud berdusta atau berbohong terhadap

sesuatu perkhabaran daripada Allah SWT. T F

50. Orang yang mempunyai sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana mementingkan diri sendiri.

T F

Referensi

Dokumen terkait

Tetapi data dari Dinas Pengairan Kabupaten Purworejo per 31 Agustus 2015 yang merupakan data terakhir MT2, menunjukkan bahwa wilayah gagal panen ( puso) mencapai 560

Prinsip syariah adalah aturan perjanjian berdasarkan hukum islam antara bank dan pihak lain untuk penyimpanan dana dan/atau pembiayaan kegiatan usaha, atau

Dalam melakukan permusyawaratan tersebut anggota badan permusyawaratan desa, berhak menyatakan pendapat atas penyelenggaraan pemerintahan desa, pelaksanaan pembangunan

Kedua, variabel bebas yang digunakan dalam penelitian ini adalah bahan baku, modal, dan energi yang digunakan dalam proses produksi industri mobil serta memasukan pengaruh

Nilai Komponen Shift Share Sektor pertanian, Peternakan, Kehutanan dan Perikanan Menggunakan PDRB Provinsi Lampung Tahun 2004-2013 Atas Dasar Harga Konstan 2000 (milyar

Ilmu le!ih utama ari harta, karena ilmu akan men*agamu sementara harta malah engkau yang harus men*aganya#!. Ilmu le!ih utama ari harta karena i akherat nanti pemilik harta

Kebutuhan cabai terus meningkat disebabkan oleh meningkatkan pertumbuhan penduduk dan berkembangnya produksi makanan yang membutuhkan cabai.Salah satu cara

Pendugaan tidak langsung tingkat kemiskinan pada area kecil menggunakan model pengaruh acak dua-bagian menghasilkan dugaan yang lebih baik dibandingkan penduga