• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 Pengantar Fitrah atau Seks Bebas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAB 1 Pengantar Fitrah atau Seks Bebas"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGANTAR : FITRAH DAN SEKS BEBAS

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara iaitu keluarga dan harta

akan kembali dan yang kekal tinggal hanyalah

amalannya sahaja" (Riwayat Hadis Bukhari & Muslim)

1.1 Pengenalan

B

icara penulis adalah bicara yang berkaitan dengan aspek psikologikal bagi memikirkan dan mencari strategi yang sesuai bagi menangani permasalahan tingkah laku seksual bukannya berdasarkan aspek medical (perubatan) atau yang seumpama dengannya.

(2)

Gaya Hidup Gay Masalah Dadah merupakan suatu penyakit sosial

Pada pengamatan dan penyelidikan yang pernah dijalankan, terjadinya isu dan masalah seksualiti ini adalah dikaitkan dengan gaya hidup (life style). Di sini, penulis suka melaporkan bahawa mereka yang terjebak ke dalam kancah penyelewengan tingkah laku seksualiti ini memiliki (abnormal life sytle). Life sytle abnormal yang bertentangan dengan budaya sesuatu masyarakat dan fitrah kejadian manusia.

(3)

Penulis juga berpandangan bahawa masalah tabiat seksualiti merupakan masalah bersama (sejagat). Masalah ini bukan masalah yang dihadapi oleh seseorang individu, ibu bapa, keluarga mahupun komuniti, sebaliknya ia masalah bersama yang melibatkan seluruh masyarakat supaya mempunyai keinginan yang sama dan bersama memikirkan untuk mencegah, menangani dan melawan penyakit social tersebut. Justeru itu, Islam menyatakan penyakit social merupakan masalah sesuatu kaum atau maslahah ummah yang perlu dihadapi bersama.

Maka disini sukalah penulis memberi analogi bahawa masalah social ini boleh dikatakan sama seperti masalah atau isu yang dihadapi dalam alam sekitar. Ia perlu difahami dan dihayati bersama, dan bukannya bersifat individualistic.

1.2 Falsafah Mengapa Tingkah laku Seksual Terjadi?

(4)

Terdapat banyak factor-faktor yang menyumbang terjadinya permasalahan social yang berkait dengan penyelewengan tingkah laku seksual. Faktor-faktor ini amat berkait dengan diri kita seharian disamping factor-faktor yang mencetuskan serta mendorong perbuatan ini terjadi. Antara factor-faktor yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

i. Perubahan Struktur Demografi – Lelaki dan wanita kini sama-sama berkerjaya sehingga memberi impak kepada kurangnya kemesraan masa bersama

ii. Mobiliti Penduduk – Pasangan suami dan isteri tinggal berjauhan

iii. Akses internet dan arus media massa – Kecanggihan internet tanpa sempadan membawa implikasi terdedah hubungan social semakin luas

iv. Perubahan Sosiologi – Perceraian sudah menjadi perkara biasa kerana factor hubungan lelaki dan wanita yang bebas berjumpa dan berkomunikasi

v. Tekanan (stress) kerja – Situasi kini yang semuanya inginkan sesuatu perkara dengan cepat mengakibatkan pasangan lelaki dan wanita yang bekerja stress. Stress memberi gangguan ketidakseimbangan hormone dalam tubuh, sehingga memberi kesan kepada minda yang letih. Kajian banyak menunjukkan minda dan tubuh yang letih memberi kesan kepada pasangan untuk tidak bersemangat dalam menempuh seksualiti begitu juga dengan stress turut memberi kaitan dengan masalah pra ejakulasi awal lelaki yang akhirnya boleh mencetuskan masalah rumah tangga. Justeru, masalah timbul apabila ada pasangan yang mengambil keputusan untuk mendapat khidmat seks terlarang daripada GRO sebagaimana yang sering dikhabarkan dalam media cetak dan televisyen.

Ada 3 persoalan yang ingin diajukan kepada pembaca? i. Apakah masalah seksual tiba-tiba terjadi?

ii. Apakah disebalik fenomena hendonisme? Apakah agenda hiburan yang melampau melanda masyarakat hari ini mempunyai kaitan dengan seksualiti.

(5)

1.3 Kesan Revolusi Seksual (1910)

Ahli Falsafah Barat, Kneler (1946) pernah berkata bahawa pada awalnya masyarakat Barat mengutamakan nilai dalam kehidupan sesebuah keluarga. Mereka berpegang kepada suatu dogma yang membawa maksud sesuatu generasi itu berpegang kepada nilai yang baik, benar dan cantik. Tidak kiralah apa generasi sekali pun, dari satu generasi ke satu generasi dogma pegangan nilai tersebut harus kekal dipegang bersama dalam kehidupan masyarakat. Golongan ini dikenali sebagai golongan idealis kerana sifatnya yang berpegang kepada nilai yang mutlak, berguna dalam masyarakat dan ini merupakan suatu yang amat berharga.

(6)

Dalam tahun 1910, berlaku revolusi seksual di Amerika Syarikat yang melihat pertembungan nilai antara masyarakat yang berpegang kepada tradisi ajaran Kristian dan pada masa yang sama terdapat segolongan kumpulan yang bangkit memperjuangkan masyarakat yang bebas, menerima kebebasan & amalan konsep “Free Love". Pergerakan golongan akhirnya pada tahun 1940an-50an, mereka mahu meneroka badan dan minda, serta membebaskan diri daripada batasan dan inginkan konsep (Freedom) dalam kehidupan. Dendan meneroka badan dan minda ini hidup mereka semakin bebas dengan tujuan untuk memahami fungsi badan manusia tanpa mengira pasangan jantina seks untuk bebas melakukan seks antara satu sama lain.

Revolusi Seksual Memberi Impak Besar Sehingga Pasangan Memilih Untuk Hidup Bujang

(7)

i. Lahir masyarakat individualistik – Mengutamakan diri sendiri dari segi kehidupan dan kejayaan berbanding hidup berkeluarga

ii. Kadar perceraian meningkat (1910) – Apabila manusia tidak berpegang kepada nilai maka ini memberi tiket untuk orang lelaki atau orang perempuan membuat eksperimen untuk mengenal pasangan masing-masing, mencari kesesuaian pasangan dengan melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan, dan menganggap perahwinan tidak mempunyai makna kerana ia merupakan suatu komitmen kepada pasangan masing-masing.

iii. Ramai Memilih Gaya Hidup Bujang (Tidak Berkahwin)- Menerusi hidup bebas dan moden, ramai golongan belia memilih gaya hidup bujang kerana disamping tiada komitmen, mereka boleh mengamalkan gaya hidup bebas untuk bertukar pasangan dan pasangan seksual ini lebih mudah diurus kerana tiada komitmen.

1.4 Revolusi Seksual di Malaysia?

Perbuatan Seks Sering Di Lapor Dalam Akhbar Tempatan

(8)

iii. Isu-isu seksual yang menjadi keutamaan akhbar dengan aktiviti pelacuran dan GRO boleh dikatakan setiap minggu dilaporkan dalam sebuah televisyen swasta dalam rancangan 999

iv. Tumbuhnya pusat kelab Gay dan Homoseksual disesetengah peringkat golongan elitis dan Kerajaan Persekutuan membenarkan tertubuhnya golongan Transgender di Malaysia

Apakah Malaysia secara sedar atau tidak sedar mengalami sindrom Revolusi Seksual sebagaimana yang pernah berlaku di Barat suatu masa dahulu. Mungkin sebagai pembaca, kita boleh sama-sama fikirkan nasib dan halatuju bangsa dan agama selepas selesai membaca buku ini sehingga selesai.

1.5 Kembali Ajaran Islam Dengan Menjauhi Perbuatan Mungkar

Justeru dalam buku ini, penulis percaya dengan kembali kepada ajaran islam dengan bersungguh-sungguh sahaja dapat mencegah seseorang itu daripada terjebak ke dalam kancah yang lebih parah. Mencegah adalah satu cara yang sangat berkesan daripada mengubat, dan ini merupakan intipati yang terdapat dalam ajaran Islam.

Kembali kepada ajaran Islam juga menuntut seseorang itu supaya menghayati kandungan al quran dan mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Dengan cara amalan yang bersungguh-sungguh sahaja dapat mencegah seseorang daripada terjebak ke dalam kancah yang lebih teruk itu.

“Dan sesiapa yang memilih selain dari Islam, maka tidak diterima daripadanya dan mereka terdiri daripada orang yang rugi di hari akhirat kelak”

(Surah Al Imran, Ayat 85)

(9)

social berkenaan. Penulis turut banyak kali mencatat dan memeriksa klien yang rata-ratanya bukan tidak pandai mengurus diri mahupun keluarga sebaliknya diamati puncanya ialah amat jauh daripada cara hidup Islam. Amalan-amalan ini akan dikupas seterusnya dalam bab dalam buku ini dan hanya ditulis ringkas sahaja seperti tidak bersolat, bersolat tetapi tetap melakukan dosa maksiat, jahil tentang aurat lelaki dan perempuan, dan tidak mengendahkan sumber yang halal dalam pendapatan keluarga. Justeru itu, sebagai seorang Islam yang sering berhadapan dengan klien yang berlatarbelakang masyarakat Melayu dan ajaran Islam, penulis menegaskan dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya dapat merupakan solusi atau ubat yang mujarab untuk mengubati penyakit social yang berkait dengan tingkah laku seksualiti.

1.6 Pendekatan Kaunseling Kerohanian Sebagai Metode Rawatan

(10)

Sabar, Redha, dan Takdir merupakan solusi untuk menenangkan hati klien

Justeru itu, penulis memberi solusi Pendekatan Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR) sebagai suatu kaedah untuk merawat individu yang terjebak ke dalam kancah seksual supaya kesannya meresap lebih lama dan berkesan. Pendekatan AMAR ini merupakan pendekatan yang bersifat falsafah, konsep dan mempunyai kemahiran –kemahiran asas yang focus kepada tingkah laku seksualiti kanak-kanak dan remaja.

1.7 Rumusan

Referensi

Dokumen terkait

Ion Cl- yang bermuatan negatif akan masuk ke dalam sel menyebabkan muatan di dalam sel menjadi lebih negatif dan meningkatkan perbedaan potensial membran antara ekstrasel dan

Untuk menentukan sampel penelitian ini, teknik sampling yang digunakan adalah sampling jenuh karena jumlah responden kurang dari 100 orang.. Sampling jenuh yaitu

Pengembangan sumber daya manusia secara mikro dalam suatu organisasi pada hakekatnya adalah upaya untuk merencanakan dan meningkatkan kemampuan serta mengelola tenaga kerja atau

adalah daya yang terpakai sebagai energi pembangkitan !lu magnetik sehingga timbul magnetisasi dan daya ini dikembalikan ke sistem karena e!ek induksi elektromagnetik itu

Sesuai dengan judul yang peneliti ambil dalam penelitian ini, maka penelitian ini hanya terbatas pada persepsi konsumen terhadap sistem aglomerasi pada produk unggulan

Dengan berlakunya pelbagai perkembangan baru seperti globalisasi, liberalisasi maklumat, ledakan ilmu pengetahuan melalui komputer dan multimedia, kurikulum pendidikan

Diferensiasi budaya berhubungan erat dengan pandangan hidup suatu masyarakat menyangkut nilai-nilai yang dianutnya, seperti religi atau kepercayaan, sistem kekeluargaan, keuletan

Temuan siswa KAM sedang dan rendah pada pembelajaran pendekatan RMT lebih unggul dibanding pendekatan langsung, khususnya pada sekolah berasrama berbasis islam, menguatkan