• Tidak ada hasil yang ditemukan

17172350 UJIAN PEMAHAMAN TAHUN 5 (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "17172350 UJIAN PEMAHAMAN TAHUN 5 (1)"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

UJIAN PEMAHAMAN TAHUN 5 Arahan Am :

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawpan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca ucapan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Puan Hajah Bibi Maria Hussain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (SATU), guru-guru dan rakan sekalian. Selamat pagi diucapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dalam majlis yang mulia ini. Saya bagi pihak murid-murid sekolah ini mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Sempena dengan hari yang mulia ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kami. Kami amat menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh guru sekalian. Para gurulah yang telah mencelikkan kami daripada dunia kejahilan. Guru bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan kepada kami malah telah membentuk peribadi kami supaya menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Bimbingan yang diberikan sememangnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Berbekalkan didikan dan ilmu yang diberikan oleh guru itulah kami akan menempuh liku-liku hidup pada masa depan. Kami tahu bahawa tidak mungkin semua harapan yang disandangkan pada bahu kami akan menjadi realiti, namun kami berjanji akan berusaha sedaya upaya. Ini untuk diri kami sendiri, sekolah, masyarakat dan juga negara yang tercinta.

Hadirin sekalian

Kami percaya guru-guru menghadapi pelbagai kesusahan atau kesulitan semasa mengajar dan mendidik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Maklum sahajalah ada antara kami yang degil, nakal , malas dan bersikap tidak menghormati guru. Namun begitu, guru terus mendidik kami dengan penuh kesabaran.

Oleh itu, pada hari yang mulia ini kami memohon kemaafan daripada guru-guru. Kami akan cuba belajar lebih tekun dan mematuhi nasihat guru-guru.

Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih dan “Selamat Hari Guru”. Sekian.

(1)

1. Siapakah yang menyampaikan ucapan di atas? A. Guru Besar

(2)

C. Pengawas sekolah D. Ketua Pengawas

2. Sempena hari apakah pihak sekolah mengadakan majlis tersebut? A. Hari Kebangsaan

B. Hari Guru

C. Hari Penyampaian Hadiah

D. Ulang Tahun Penubuhan Sekolah

3. Mengapakah penyampai ucapan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru? A. Kerana mengadakan majlis itu

B. Kerana dia diberi peluang untuk berucap

C. Kerana jasa yang dicurahkan oleh mereka selama ini

D. Kerana para guru memaafkan kesalahan mereka yang lalu

4. Apakah janji murid-murid kepada para guru? A. Belajar dengan bersungguh-sungguh B. Menyempurnakan harapan para guru] C. Mendengar segala nasihat guru

D. Tidak bersikap degil, nakal dan malas lagi

5. Pada pendapat kamu, di manakah majlis tersebut diadakan? A. Dewan sekolah

B. Perpustakaan sekolah C. Dewan orang ramai D. Bilik darjah

(2) Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti. Jawab soalan-soalan yang berikutnya. Lahirku dia atas sebatang pokok,

bukan di rumah bukan di pondok, badanku hijau sungguh elok,

tua nanti akan dijolok.

(3)

Tiba waktunya aku dikupas, parang menakik tanpa belas, kulit dan sabut tidak terlepas,

tempurung dibersihkan sepuas-puas.

Badan yang lemah terus dibelah, air di dalam lalu disimbah,

isiku putih nampak menyerlah, aku dikukur kedua-dua belah.

Letakkan bekas di bawah kukuran, gaulkan air menjadi sebatian, perah adunan keluarlah santan, buang hampasnya jangan disimpan.

Kuah dijerang di atas tungku, santan dicurah masuk ke situ, untukmu manusia inilah jaaku, melazatkan kari sepanjang waktu.

(3)

6. Di manakah tempat asal buah yang dimaksudkan? A> Di dalam sebuah rumah

B> Di dalam sebuah pondok C> Di atas sebatang pokok D> Di atas tanah

2. Apakah yang menyebabkan buah yang dimaksudkan dalam puisi tidak akan pecah apabila

gugur ke tanah? A. Sabut dan kulit B. Isi tebal

C. Tempurung D. Warna hijau

3. Apakah tujuan kita memerah adunan air dan isi buah kelapa yang dikukur? A. Untuk melazatkan makanan

B. Untuk mengasingkan isi dan hampas C. Untuk mengeluarkan santan

(4)

Referensi

Dokumen terkait

Laporan mengenai penjualan, meliputi jenis barang yang paling banyak dijual, barang yang paling banyak dijual, toko yang paling banyak melakukan transaksi, member

berikut adalah penjelasan dari Kepala Seksi Registrasi dan Tata Bangunan DKPT Kota Magelang mengenai sumber daya yang digunakan dalam implementasi kebijakan retribusi IMB

Etika bisnis perlu ada untuk memastikan hubungan para pihak terjadi dengan fair, tidak saling merugikan, dan bahkan saling menguntungkan serta tidak merugikan masyarakat,

biasa muncul yaitu biasanya pasien stupor, dengan nafas cepat, nafas berbau buah atau keton, terkadang muncul hipotermi (masharani, 2012), selain itu komplikasi

Pemberian kombinasi pupuk hayati dengan pupuk organik cair memberikan pengaruh yang nyata terhadap semua parameter yang diamati (persentase bobot pucuk peko, rasio

3) Tingkat kepatuhan dan kepuasan pengguna jasa karantina pertanian. Dalam upaya mendukung program pembangunan pertanian di Indonesia, Stasiun Karantina Pertanian Kelas I

Tujuan disusunnya Profil Kesehatan Kabupaten Klaten Tahun 2015 ini adalah untuk melihat keberhasilan pembangunan di bidang kesehatan dan mengevaluasi pencapaian upaya kesehatan

1) Yayasan didirikan oleh satu orang atau lebih dengan memisahkan sebagian harta kekayaan pendirinya, sebagai kekayaan awal. 63 Tahun 2008 kekayaan awal Yayasan adalah paling sedikit