• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYELIDIK DIPERLUKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENYELIDIK DIPERLUKAN"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

PENYELIDIK DIPERLUKAN

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencari Penyelidik yang terdiri

daripada kalangan ahli akademik atau individu yang berkelayakan untuk menjalankan kajian

mengenai keberkesanan ‘Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia’ (ATHAM). ATHAM

ialah program kerjasama antara SUHAKAM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

yang bertujuan untuk memupuk amalan dan budaya hak asasi manusia di sekolah secara

bertanggungjawab untuk keharmonian sosial dan kesejahteraan hidup yang berterusan.

Maklumat Projek:

Individu dan kumpulan yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan Kertas

Cadangan Penyelidikan (Research Proposal) berserta borang permohonan (SINI) dan

dokumen sokongan yang dilampirkan melalui emel kepada shahizad@suhakam.org.my atau

pos ke alamat berikut:

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Tingkat 11, Menara TH Perdana

Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

U/P: Bahagian Pendidikan dan Latihan

NOTA PENTING:

Borang permohonan perlu ditaip menggunakan komputer berdasarkan format yang ditetapkan.

Sebarang permohonan menggunakan tulisan tangan, mesin taip atau borang tidak lengkap akan

ditolak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Shahizad Sulaiman di 603-2612 5632 atau Cik Wan

Norhafizah Junid di 603-2612 5667

Tarikh tutup permohonan: 6 JULAI 2020 (ISNIN)

TAJUK:

“Kajian Keberkesanan Pelaksanaan ‘Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia’

(ATHAM) di Sekolah-Sekolah Terpilih Seluruh Malaysia dalam Meningkatkan

Kefahaman Hak Asasi Manusia Di Kalangan Warga Sekolah”

TEMPOH MASA: 9 Bulan

TARIKH BERMULA: 1 Ogos 2020 dan tamat pada 30 April 2021.

Maklumat mengenai kajian ini boleh didapati di (SINI) dan maklum program

ATHAM boleh didapati di (SINI).

(2)

KERTAS KONSEP KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN ‘PROGRAM AMALAN TERBAIK

HAK ASASI MANUSIA’ (ATHAM) DI SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH SELURUH MALAYSIA

DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN HAK ASASI MANUSIA DI KALANGAN WARGA

SEKOLAH

LATAR BELAKANG

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) dengan kerjasama Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program Amalan Terbaik Hak Asasi

Manusia (ATHAM) di sekolah bermula dengan 5 buah sekolah pada tahun 2009 bertujuan

menerapkan pengetahuan dan memupuk sikap menghormati hak asasi manusia kepada

warga sekolah. Pada tahun 2015, bilangan sekolah yang terlibat di dalam Program ATHAM

ditambah menjadi 222 buah sekolah dan pada tahun 2019, sekolah ATHAM bertambah

menjadi 468 buah sekolah.

Pada 25 April 2019, Suruhanjaya telah memberikan taklimat berkaitan perluasan program

ATHAM kepada seramai 70 Pegawai Pendidikan Negeri (JPN) dan Pegawai Pendidikan Daerah

(PPD) di Hotel Goldcourse, Klang. Semasa taklimat tersebut, peserta telah mengetengahkan

isu bebanan guru-guru di sekolah untuk melaksanakan ATHAM dan mencadangkan agar satu

kajian terhadap keberkesanan ATHAM dijalankan sebelum ATHAM diperluaskan kepada

sekolah-sekolah baru.

Kali terakhir kajian berkaitan ATHAM dibuat adalah pada tahun 2011 yang dijalankan oleh

pensyarah-pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai oleh Professor Dr.

Chang Lee Hoon bertajuk ‘School’s Experiences with SUHAKAM’s Best Practices on Human

Rights In Schools’. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman 5 buah

sekolah pertama

yang terlibat dengan program ATHAM. Kajian ini hanya memberi tumpuan

kepada penyertaan, cabaran, pelaksanaan, faedah, dan rancangan masa depan program

ATHAM di 5 sekolah perintis. Sehingga kini, belum ada kajian secara mendalam tentang

keberkesanan program ATHAM yang dilaksana di sekolah-sekolah yang terlibat setelah

jumlah sekolah ditambah.

Oleh itu, SUHAKAM telah merancang pada tahun 2020 untuk menjalankan kajian menyeluruh

berkaitan keberkesanan pelaksanaan program ATHAM sejak ia diperkenalkan.

OBJEKTIF UTAMA KAJIAN

i.

Untuk mengkaji keberkesanan program ATHAM yang dilaksanakan di sekolah antara

tahun 2009-2018

ii.

Untuk mengkaji tahap kesedaran dan kefahaman guru-guru dan pelajar-pelajar di

sekolah ATHAM berkaitan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak;

iii.

Untuk mengenalpasti masalah, halangan dan cabaran yang dihadapi oleh sekolah yang

terlibat dalam melaksana program ATHAM; dan,

(3)

iv.

Untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan dan pelan pelaksanaan program

ATHAM yang merangkumi pendekatan dan strategi menyeluruh ke arah penyampaian

pendidikan hak asasi manusia yang berkesan di semua sekolah-sekolah di Malaysia

dan bagi membolehkan program ATHAM sentiasa diteruskan walaupun berlaku

pertukaran atau perubahan kepimpinan sekolah.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN

i.

Kajian ini akan melibatkan persampelan sebanyak 56 buah sekolah ATHAM (rendah dan

menengah) di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, atau 25% daripada 222

buah sekolah yang dipilih mengikuti program ATHAM sepanjang tahun 2009 sehingga

2018;

ii.

Melibatkan kumpulan responden dalam kalangan guru, murid dan pentadbir sekolah.

iii.

Keberkesanan kefahaman hak asasi manusia diukur berdasarkan kepada peruntukan

dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Konvensyen Mengenai Hak

Kanak-kanak (CRC).

iv.

Kajian akan merujuk kepada kertas konsep pelaksanaan ATHAM di sekolah yang

disediakan oleh Suruhanjaya.

TEMPOH KAJIAN

Tempoh masa yang diberikan kepada Penyelidik untuk melengkapkan kajian ini adalah selama

9 bulan, bermula pada 1 Ogos 2020 dan tamat pada 30 April 2021.

Garis masa untuk tugasan ini adalah sepertimana berikut:

Hasil

Tarikh

Tempoh masa kajian

1 Ogos 2020 – 30 April 2021

Penyerahan laporan kemajuan 1 (progress report 1)

2 November 2020

Penyerahan laporan kemajuan 2 (progress report 2)

2 Februari 2021

Pembentangan hasil kajian

19 April 2021

(4)

Page 1 of 13

KERTAS KONSEP

AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA (ATHAM) DI SEKOLAH

1.0 LATARBELAKANG

1.1 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan sebuah badan berkanun

yang telah ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999

(Akta 597). SUHAKAM telah diberi mandat untuk, antara lain, memupuk kesedaran serta

menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia kepada masyarakat selaras dengan

seksyen 4(1)(a) Akta 597.

1.2 Selaras dengan fungsi tersebut, SUHAKAM mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan

program pendidikan hak asasi manusia melihatkan kepada kepentingannya sepertimana

yang dinyatakan dalam Plan of Action: World Programme for Human Rights Education, First

Phase:

“Human Rights Education is widely considered to be integral to every child’s right to a

quality education, one that not only teaches reading, writing and arithmetic, but also

strengthens the child’s capacity to enjoy the full range of human rights and promotes a

culture which is infused by human rights values.”

1.3 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kerjasama United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) dan Office of the United Nations High

Commissioner for Human Rights (OHCHR) telah menubuhkan Pelan Tindakan bagi Program

Pendidikan Hak Asasi Manusia Sedunia (Plan of Action: World Programme for Human

Rights Education). Pelan ini menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan mempunyai

peranan utama dalam melaksanakan pelan ini, dengan kerjasama rapat oleh pihak

berkepentingan yang lain. Pelan ini telah diterima pakai oleh Negara-negara Anggota

Perhimpunan Agung PBB (Member Stated of the United Nations General Assembly) pada

14 Julai 2005. Sebagai salah sebuah Negara Anggota PBB, Malaysia mempunyai komitmen

untuk melaksanakan Pelan Tindakan ini.

1.4 Sejak penubuhannya, SUHAKAM telah menjalankan beberapa program Pendidikan dengan

kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menanamkan kesedaran dan

amalan hak asasi manusia dalam kalangan guru dan murid sekolah. Program-program yang

telah dijalankan adalah seperti berikut:

i.

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah;

ii. Siri Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran

Negeri;

iii.

Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Jurulatih Utama Kaunseling;

iv. Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Jurulatih Utama Pendidikan Sivik dan

Kenegaraan;

(5)

Page 2 of 13

vi.

Simposium Hak Kanan-kanak: Menjana Pemikiran pada April 2008;

vii. Membekalkan bahan rujukan seperti UDHR, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

(CRC) dan Pelan Pengajaran Hak Asasi Manusia ke semua sekolah.

2.0 PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA (ATHAM)

2.1 Pengenalan Program ATHAM

Mulai tahun 2009, Jawatankuasa Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah

(KEPHAMUS)

1

bercadang untuk mengadakan Program “Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia

(ATHAM)” di sekolah yang mensasarkan penglibatan warga sekolah secara lebih

menyeluruh.

2.2 Matlamat Umum Program ATHAM

Matlamat umum program ini adalah bagi mewujudkan amalan dan budaya hak asasi

manusia di sekolah secara bertanggungjawab untuk keharmonian sosial dan kesejahteraan

hidup yang berterusan.

2.3 Objektif Khusus Program ATHAM

Objektif-objektif khusus program ATHAM di sekolah ini adalah seperti berikut:

i.

Untuk mempromosi, melindungi, memenuhi dan menghormati hak asasi manusia

terutamanya hak kanak-kanak;

ii. Untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran warga sekolah termasuk KPM,

pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid berkenaan hak asasi

manusia terutamanya hak kanak-kanak melalui aktiviti dan program yang dirancang,

seterusnya mewujudkan amalan dan budaya hak asasi manusia di sekolah serta

menjadikan persekitaran sekolah sebagai persekitaran yang mesra hak asasi manusia;

iii. Untuk menggalakkan pengurusan sekolah dan guru-guru memberi perhatian kepada

prinsip dan elemen hak asasi manusia dan hak kanak-kanak dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti dan program di sekolah;

iv. Untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat setempat berkenaan hak asasi

manusia dan hak kanak-kanak yang diamalkan di sekolah;

v. Untuk memupuk dan memperkasakan jalinan perhubungan yang baik dalam kalangan

murid-murid tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

2.4 Rangka Rujuk Program ATHAM

Pelaksanaan aktiviti dan program ATHAM di sekolah akan memberi penekanan terhadap

peruntukan di dalam UDHR dan CRC sepertimana berikut:

i.

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)

Artikel 1

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan

hak-hak.

1 Jawatankuasa Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah (KEPHAMUS) telah ditubuhkan dalam tahun

2009. Ahli KEPHAMUS terdiri daripada wakil KPM, khususnya dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPP), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH); beberapa pertubuhan bukan kerajaan iaitu Amnesty International (AI) dan Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan beberapa ahli akademik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

(6)

Page 3 of 13

Artikel 2

Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang

termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan,

seperti bangsa, warna kulit, jantina, 3ocial, ugama, fahaman politik atau

lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau 3ocial harta-benda,

kelahiran atau apa-apa taraf lain.

Artikel 3

Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan

diri.

Artikel 4

Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan

dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya.

Artikel 11

Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak

dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang

di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan

yang perlu untuk pembelaannya.

Artikel 17

Setiap orang berhak memiliki harta dan tiada sesiapa pun boleh

dilucutkan harta-bendanya secara sewenang-wenangnya.

Artikel 24

Setiap orang adalah berhak kepada rehat dan masa lapang, termasuk

batasan munasabah ke atas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.

Artikel 25

Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi

kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan,

pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan

sosial yang perlu.

Artikel 26

Setiap orang mempunyai hak kepada pendidikan dan ianya hendaklah

disediakan secara percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal

dan asasnya.

ii.

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC)

Artikel 2

Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa pengecualian. Adalah

menjadi obligasi negara untuk melindungi kanak-kanak daripada

sebarang bentuk diskriminasi dan untuk mengambil tindakan yang

positif untuk memajukan hak mereka.

Artikel 6

Setiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara

mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan

kanak-kanak itu.

Artikel 7

Kanak-kanak hendaklah didaftarkan sebaik selepas dilahirkan dan

hendaklah mempunyai hak sejak lahir terhadap suatu nama, hak untuk

(7)

Page 4 of 13

memperoleh kerakyatan dan seboleh-bolehnya hak untuk mengetahui

dan dijaga oleh ibu bapanya.

Artikel 8

Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu,

memantapkan semula aspek-aspek asas identiti kanak-kanak itu. Ini

termasuklah nama, kerakyatan dan pertalian keluarga.

Artikel 9

Kanak-kanak mempunyai hak untuk tinggal bersama ibubapanya

melainkan jika ini disifatkan tidak sesuai dengan kepentingan terbaik

kanak-kanak itu. Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk mengekalkan

hubungan dengan kedua-dua ibu bapa jika dipisahkan daripada salah

seorang atau kedua-duanya.

Artikel 12

Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka

secara bebas dan menjadikan pandangan tersebut diambilkira dalam

sebarang perkara, tatacara, prosiding kehakiman atau pentadbiran yang

menyentuh berkenaan kanak-kanak.

Artikel 13

Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya,

menerima maklumat, memberitahu idea atau maklumat tanpa mengira

sempadan.

Artikel 14

Negara hendaklah menghormati hak kanak-kanak kepada kebebasan

berfikir, rasa hati dan beragama.

Artikel 15

Kanak-kanak mempunyai hak kepada kebebasan berpersatuan dan

kebebasan berhimpun secara aman.

Artikel 16

Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada gangguan

ke atas privasi, keluarga, tempat tinggal dan surat-menyuratnya serta

nama baik dan reputasinya.

Artikel 17

Negara hendaklah memastikan kanak-kanak diberikan akses kepada

maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber, dan negara itu

hendaklah menggalakkan media massa untuk menyebarkan maklumat

yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak

dan mengambil langkah untuk melindunginya daripada bahan yang

memudaratkan.

Artikel 18

Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi

undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan

perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan

menjadi perhatian asas.

Artikel 19

Negara hendaklah melindungi kanak- kanak daripada semua bentuk

keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian

atau pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi, termasuk penderaan

seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa), penjaga di

sisi undang-undang (penjaga-penjaga di sisi undang-undang) atau

mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu.

(8)

Page 5 of 13

Artikel 23

Seseorang kanak-kanak kurang upaya mental atau fizikal patut

menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan

yang memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung, dan

memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam komuniti.

Artikel 24

Setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada standard kesihatan dan

jagaan perubatan yang paling tinggi.

Artikel 27

Setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi

bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial

kanak-kanak itu.

Artikel 28

Semua kanak-kanak mempunyai hak terhadap Pendidikan.

Artikel 29

Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan

personality, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada

tahap potensi yang paling tinggi.

Artikel 30

Kanak-kanak daripada komuniti minority dan penduduk asli mempunyai

hak untuk menikmati kebudayaan mereka sendiri dan mengamalkan

Bahasa dan agama mereka sendiri.

Artikel 31

Kanak-kanak mempunyai hak kepada masa lapang, bermain dan

menyertai aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Artikel 32

Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada pekerjaan yang

mengancam kesihatan, Pendidikan atau perkembangannya.

Artikel 33

Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada

penggunaan dadah narkotik dan psikotropik, dan daripada terlibat

dalam pengeluaran atau pengedaran dadah itu.

Artikel 34

Kanak-kanak perlu dilindungi daripada segala bentuk pengeksploitasian

seks dan penderaan seksual, termasuk pelacuran dan pornografi.

Artikel 37

Tiada kanak-kanak boleh tertakluk kepada penyeksaan atau layanan

atau hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau

menjatuhkan maruah.

2.5

Strategi Pelaksanaan Program ATHAM

Berikut merupakan strategi pelaksanaan program ATHAM di sekolah yang perlu diberi

perhatian:

2.5.1

Kriteria pemilihan sekolah

Berikut merupakan cadangan kriteria pemilihan sekolah yang akan mengikuti

program ATHAM:

(9)

Page 6 of 13

i.

Sekolah Harian;

ii. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bandar dan luar bandar;

iii. Antara sekolah yang dipilih adalah sekolah yang menjalankan RIMUP

(Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan);

iv. Antara sekolah yang dipilih adalah sekolah berisiko (kes disiplin atau salah laku

yang banyak);

v. Antara sekolah yang dipilih adalah sekolah yang mempunyai pengalaman

dalam mengendalikan program Hak Asasi Manusia;

Pemilihan sekolah dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta dipersetujui

oleh sekolah.

2.5.2

Bilangan Sekolah ATHAM

Fasa pertama program (program perintis) akan dijalankan di 5 buah sekolah yang

dipilih oleh JPN, setiap satunya di Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan

dan Melaka. 5 buah sekolah yang dipilih adalah seperti berikut:

1. SMK Taman Tun Dr. Ismail, Wilayah Persekutuan (KL)

2. SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

3. SMK Datuk Mansor, Bahau, Negeri Sembilan

4. SMK Munshi Abdullah, Melaka

5. SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak

Fasa 2 akan melibatkan penambahan 5 buah sekolah lagi tertakluk kepada

keberkesanan projek perintis Fasa 1.

2.5.3

Pihak berkepentingan

i.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

ii. Pegawai Pelajaran Daerah

iii. Pengetua

iv. Penolong Kanan

v. Guru-guru

vi. Murid

vii. Staf sokongan di sekolah

viii. Persatuan Ibu Bapa dan Guru

ix. Ketua Kampung

x. Komuniti Setempat

2.5.4

Garis Panduan Pelaksanaan program ATHAM di sekolah

Berikut merupakan garis panduan bagi melaksanakan program ATHAM di sekolah.

Namun begitu, sekolah bebas untuk menambahbaik panduan ini mengikut

kesesuaian program dan kehendak sekolah.

1. Membentuk Jawatankuasa pelaksanaan bagi memudahkan pelaksanaan

program.

(10)

Page 7 of 13

i.

Melantik urusetia yang bertanggungjawab untuk menyelaras program dan

aktiviti ATHAM di sekolah.

ii. Memilih satu bidang dalam whole-school approach - kurikulum,

ko-kurikulum, pengurusan sekolah atau hal ehwal murid. (rujuk lampiran 1)

iii. Mencadangkan program yang dipilih merujuk kepada hak asasi manusia

dalam UDHR atau CRC.

iv. Menentukan tajuk/tema program atau aktiviti: memberi fokus kepada

artikel-artikel yang berkaitan dengan CRC dan kepada isu-isu hak asasi

manusia yang cuba diketengahkan di sekolah tersebut.

v. Menentukan matlamat/objektif program.

vi. Menentukan kumpulan sasaran.

vii. Memilih Jawatankuasa Pemantauan & Penilaian

3. Setelah membincangkan perkara di atas, pihak sekolah hendaklah mengisi

borang yang dilampirkan. (rujuk lampiran 2)

2.5.5 Contoh aktiviti di bawah program ATHAM

Mengadaptasikan aktiviti sedia ada yang biasanya dijalankan di sekolah dengan

menambahkan elemen hak asasi manusia, contohnya:

Bil. Aktiviti

Penambahan elemen hak asasi manusia

1.

Perhimpunan

Memberikan peluang kepada murid-murid untuk

berucap berkenaan hak kanak-kanak di atas pentas

perhimpunan.

2.

Ceramah / seminar

Mengadakan ceramah berkenaan Hak Kanak-kanak

3.

Pameran

Mengadakan Pameran Hak Kanak-kanak sempena

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia

4.

Pertandingan

Mengadakan Kuiz Hak Asasi Manusia

Contoh pelaksanaan aktiviti di bawah program ATHAM sepertimana lampiran 3.

2.5.6 Garis masa Pelaksanaan program ATHAM

Bagi memastikan pelaksanaan program ATHAM dapat dilaksanakan secara

berkesan di sekolah-sekolah terpilih, berikut merupakan garis masa yang

dicadangkan untuk pertimbangan SUHAKAM dan KPM:

Bil.

Aktiviti

Garis masa

(2009)

Tindakan

1. Mesyuarat

dengan

Ketua

Pengarah

Pendidikan

Malaysia

(KPPM)

untuk

menyampaikan

konsep

pelaksanaan

program ATHAM di sekolah.

Awal Mac

Urus setia

2. Mendapatkan kelulusan dan punca kuasa

program.

Pertengahan

Mac

(11)

Page 8 of 13

3. Memastikan

perbelanjaan

kewangan

untuk program ini diluluskan seperti

anggaran perbelanjaan.

Mac

Urus setia

4. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

(BPSH) mengeluarkan surat kepada JPN

untuk pemilihan sekolah bagi setiap negeri

yang telah dikenalpasti.

Pertengahan

Mac

BPSH

5. JPN akan membuat pemilihan berdasarkan

kriteria yang telah ditetapkan oleh

KEPHAMUS

Akhir Mac

JPN

6. JPN akan mendapatkan persetujuan

sekolah dan menghantar nama sekolah

kepada BPSH.

Akhir Mac

JPN

7. BPSH akan mengeluarkan surat kepada

JPN. JPN akan memaklumkan kepada

sekolah terlibat.

Awal April

BPSH, KPM

8. Pentadbir sekolah dan wakil murid, JPN

dan PPD akan dipanggil untuk taklimat

program oleh KEPHAMUS

Pertengahan

April

BPSH, JPN,

PPD dan

KEPHAMUS

9. Sekolah

membuat

perancangan

berdasarkan garis panduan yang telah

disediakan oleh KEPHAMUS.

Akhir April

Sekolah,

JPN, dan

PPD, PIBG,

dll

10.

Sekolah memulakan program/aktiviti

Mei

Sekolah

11.

Lawatan bimbingan

Jun

KEPHAMUS/

JPN/PPD

12.

Lawatan bimbingan

Julai

KEPHAMUS/

JPN/PPD

13.

Lawatan bimbingan

Ogos

KEPHAMUS/

JPN/PPD

14.

Laporan kemajuan program oleh

sekolah-sekolah yang terlibat (progress report)

akan diadakan di Kuala Lumpur

September/

Disember

Sekolah/SU

HAKAM

Nota: Perubahan kepada garis masa bergantung kepada perkembangan program di

sekolah.

3.0 PENUTUP

SUHAKAM berharap agar pemahaman dan kesedaran hak asasi manusia dalam kalangan

warga sekolah dapat dipertingkatkan menerusi pelaksanaan program ATHAM ini. Melalui

program ini, nilai-nilai hak asasi manusia dapat diterapkan dalam kehidupan seharian

terutamanya di sekolah seterusnya menjadi suatu budaya dan amalan bagi membentuk

masyarakat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan prihatin.

(12)

Page 9 of 13

LAMPIRAN 1

Projek Sekolah Mesra – Hak Asasi Manusia (Amnesty International)

Apakah Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah?

Kebanyakan sekolah di luar negara telah menggunakan pendekatan whole school approach

untuk mempromosi hak asasi manusia. Mereka menggunakan teks Universal Declaration of

Human Rights (UDHR) atau Convention on the Rights of the Child (CRC) sebagai rujukan.

Sekolah Menengah mendapati UDHR lebih sesuai kerana terdapat pelajar yang sudah

berumur lebih daripada 18 tahun dan juga kebanyakan pelajar ini adalah pada peringkat umur

yang ingin menjadi orang dewasa (aspiring adults).

Apakah whole school approach dalam hak asasi manusia?

Sekolah mesra hak asasi manusia adalah sekolah yang mengamalkan hak asasi manusia dalam

sistem pendidikan di sekolah. Ini bermakna persekitaran dan komuniti sekolah peka kepada

amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak dalam aspek pengajaran, pembelajaran,

pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mengamalkan sifat hormat menghormati dan

bertanggungjawab.

Matlamat whole school approach ini mewujudkan persekitaran yang menghormati hak ahli

komuniti sekolah yang juga berpengetahuan dan berdedikasi dalam mempromosi dan

menggalakkan hak asasi manusia. Pelajarnya bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga

mengamalkan nilai, berkemahiran dan berpengalaman untuk menjadi warganegara yang

bertanggungjawab. Secara ringkasnya, warga sekolah berupaya mempromosi dan

mengamalkan budaya hak asasi manusia dalam kehidupan seharian mereka.

4 bidang dalam sistem Pendidikan di sekolah yang mana hak asasi manusia boleh

diintegrasikan:

1)

Kurikulum

2)

Kokurikulum dan persekitaran sekolah

3)

Pengurusan sekolah

4)

Hak ehwal pelajar

BIDANG

PENERANGAN

CADANGAN

Kurikulum

Sekolah boleh mengintegrasikan hak asasi manusia

dalam unit mata pelajaran atau mengadakan satu mata

pelajaran khusus. Kebanyakan sekolah menghadapi

kesukaran untuk mewujudkan mata pelajaran khusus

kerana kurikulum sedia ada sudah padat. Oleh itu,

meraka akan mengintegrasikan tema, isu, perspektif dan

pendekatan hak asasi manusia dalam mata pelajaran

sedia ada.

Cadangan:

1. Sejarah

2. Ekonomi

3. Geografi

4. Kesusasteraan

5. Bahasa

6. Pendidikan Seni

7. Pendidikan Moral

(13)

Page 10 of 13

Apa yang penting ialah mendapatkan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan

untuk mengintegrasikan elemen hak asasi manusia

dalam

kurikulum.

Kesemua

ini

memerlukan

pengetahuan dan kemahiran pihak pengurusan dan guru

sekolah.

8. Pendidikan Sivik dan

Kenegaraan

Kokurikulum

dan

Persekitaran

Sekolah

Bidang kokurikulum memberi sekolah lebih kebebasan

dan fleksibiliti berbanding aspek seperti kurikulum,

pengurusan sekolah dan hal ehwal pelajar.

Namun begitu, sekolah adalah diingatkan bahawa

matlamat program yang ingin dijalankan bukan setakat

aktiviti semata-mata, tetapi untuk mengamalkan

strategi yang mengintegrasikan hak asasi manusia dalam

aktiviti yang dijalankan dan yang sesuai dengan

keperluan sekolah.

Cadangan:

1. Kelab Hak Asasi Manusia

2. Festival

Hak

Asasi

Manusia

3. Festival Filem Hak Asasi

Manusia

4. Festival Kesenian dan

Drama

5. Sambutan Hari Hak Asasi

Manusia Sedunia

6. Kempen mengenai Buli

7. Kempen

mengenai

Gangguan Seks

8. Keganasan di dalam atau

di luar Sekolah

9. Sekolah Selamat

10. Sekolah Mesra

Kanak-kanak

11. Khidmat sosial berfokus

kepada

masyarakat

setempat

12. Aktiviti yang melibatkan

ibu bapa, keluarga dan

komuniti

13. Program untuk melatih

murid dalam kempen

kemanusiaan

Pengurusan

Sekolah

Bidang ini membolehkan semua warga sekolah

mengambil

bahagian

dalam

proses

membuat

keputusan. Pihak pengurusan dan warga sekolah perlu

mempunyai mekanisma yang mantap untuk mereka

saling berhubung dan berinteraksi antara sat usama lain.

Dalam bidang ini, peluang perlu diwujudkan untuk

menilai semula cara pentadbiran dan pengurusan

sekolah dilaksanakan.

Cadangan:

1. Hubungan

sekolah

dengan PIBG

2. Pengurusan mesyuarat

sekolah

3. Dasar dalaman sekolah

mengenai:

i.

inklusif dan integrasi

ii. kesaksamaan

iii. kepelbagaian

iv. anti-perkauman

v. anti-buli

(14)

Page 11 of 13

vi. kemiskinan

vii. kurang upaya

viii. jantina

ix. pesekitaran

sihat

dan selamat

x. pemakanan

yang

sihat

Hal

Ehwal

Pelajar

Bidang ini memfokuskan kepada langkah-langkah untuk

mewujudkan persekitaran sekolah yang mengamalkan

sikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu

sama lain. Pendekatan yang boleh diambil bagi maksud

ini adalah melalui penglibatan semua guru dan murid

dalam menyediakan suatu dasar atau peraturan yang

menyentuh mengenai kanak-kanak di sekolah.

Matlamat akhir pengintegrasian eleman hak asasi

manusia dalam bidang ini adalah agar kesemua warga

sekolah termasuk pengurusan, guru-guru dan

murid-murid diberi peluang untuk menyuarakan pendapat

seterusnya sebulat suara bersetuju dengan dasar atau

peraturan tersebut dan bertanggungjawab untuk

mematuhinya.

Cadangan:

i.

Kod tingkah laku

ii. Peraturan sekolah

(15)
(16)

Page 13 of 13

LAMPIRAN 3

CONTOH PROGRAM AMALAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

Tajuk:

Membina Jati Diri Murid

Tema:

Maruah diri seseorang perlu dihormati

Matlamat:

Membina dan memupuk sikap saling menghormati di kalangan warga sekolah

Objektif:

1. Berpegang dan mengamalkan prinsip hak asasi di dalam artikel UDHR dan CRC yang

dipilih.

2. Menghormati hak-hak asasi manusia dan maruah individu.

3. Melahirkan rasa bangga dan cinta kepada hak asasi manusia

Kumpulan sasaran:

1. Semua murid sekolah.

2. Semua guru.

3. Pentadbir dan kakitangan sokongan.

Tarikh pelaksanaan:

April – Oktober 2009

i. Perancangan: April

ii. Pelaksanaan: Mei – Ogos

iii. Pemantauan dan penilaian laporan: September dan Oktober

Kriteria Jawatankuasa Pelaksanaan Program di Sekolah

i. Ahli jawatankuasa – di kalangan murid

ii. Penasihat – guru atau PIBG

Progaram/aktiviti yang dicadangkan:

i. Hak dan Tanggungjawab di Sekolah – pidato, pertandingan esei, drama

(17)

1

PERMOHONAN KAJIAN

SENARAI SEMAK

NO.

PERKARA

SILA TANDA ( √ )

Sila hantar borang permohonan ini berserta dokumen sokongan

PEMOHON SUHAKAM

1

Borang Permohonan yang telah lengkap

2

Metodologi

3

Carta Alir Aktiviti Kajian

4

Carta Gantt Aktiviti Kajian

6

Justifikasi Belanjawan

7

Maklumat Pemohon

(Sila rujuk ANNEX 1)

8

Maklumat Ahli Kumpulan

(Sila rujuk ANNEX 1)

(18)

2

BORANG PERMOHONAN KAJIAN

[Borang yang tidak lengkap akan ditolak]

BAHAGIAN A : MAKLUMAT KAJIAN

TAJUK:

“Kajian Keberkesanan Pelaksanaan ‘Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia’ (ATHAM) di

Sekolah-Sekolah Terpilih Seluruh Malaysia dalam Meningkatkan Kefahaman Hak Asasi Manusia di Kalangan Warga

Sekolah”

Nama Ketua Projek:

No Kad Pengenalan / No Passport :

Jumlah Ahli Kumpulan:

(0 sekiranya hanya seorang sahaja)

Jawatan (Sila tanda):

Profesor Profesor Madya Lain-lain (sila nyatakan)

Gred :

(jika berkenaan)

Alamat Lengkap:

No. Telefon Pejabat:

(19)

3

Geran Penyelidikan yang diperolehi oleh Ketua Projek dalam tiga tahun terakhir (mengikut tarikh

bermula)

No.

Tajuk Projek

Sumber Geran

Tarikh

Mula

Tarikh

Akhir

Status

Geran

BAHAGIAN B : SENARAI AHLI KUMPULAN

(jika berkenaan)

(sila rujuk ANNEX 1, untuk templat Ahli Kumpulan)

No.

Nama

No. Kad Pengenalan

Kategori

(Ketua /

Ahli)

Peranan

Tandatanga

n

(20)

4

BAHAGIAN C: BELANJAWAN

Sila nyatakan anggaran perbelanjaan untuk projek ini berserta perincian perbelanjaan

Bulan

Penerangan

Aktiviti

Jumlah yang dipohon

Jumlah yang

diluluskan oleh

SUHAKAM

(Untuk kegunaan

SUHAKAM)

(RM)

Total

JUMLAH

BULAN:

9

(21)

5

ANNEX 1

TEMPLAT CURRICULUM VITAE (CV) UNTUK DIISI OLEH KETUA PROJEK DAN

AHLI KUMPULAN

PERINGATAN PENTING: Untuk diisi oleh Ketua Projek dan semua ahli kumpulan

1. MAKLUMAT PERIBADI

Nama

:

Warganegara

:

Jawatan sekarang

:

Kelayakan

:

Bidang kepakaran

:

No. Tel (Pejabat) /

No. Tel (Bimbit)

:

Faks

:

(22)

6

3. PENYELIDIKAN YANG SEDANG DIJALANKAN DAN TELAH SELESAI:

Bil.

Nama Penyelidikan

Tahun

Status

1.

2. PENCAPAIAN

Geran penyelidikan

yang sedang berjalan

:

Geran penyelidikan

yang telah selesai

:

Penerbitan

:

Paten / Hak Cipta /

Pemfailan

:

Pencapaian /

Anugerah /

Pengiktirafan

:

(23)

7

2.

3.

4.

5.

4. PENYELIDIKAN YANG TELAH DITERBITKAN:

Bil.

Nama Penyelidikan

Tahun Terbitan

1.

2.

3.

4.

5.

(24)

Page 1 of 13

KERTAS KONSEP

AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA (ATHAM) DI SEKOLAH

1.0 LATARBELAKANG

1.1 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan sebuah badan berkanun

yang telah ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999

(Akta 597). SUHAKAM telah diberi mandat untuk, antara lain, memupuk kesedaran serta

menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia kepada masyarakat selaras dengan

seksyen 4(1)(a) Akta 597.

1.2 Selaras dengan fungsi tersebut, SUHAKAM mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan

program pendidikan hak asasi manusia melihatkan kepada kepentingannya sepertimana

yang dinyatakan dalam Plan of Action: World Programme for Human Rights Education, First

Phase:

“Human Rights Education is widely considered to be integral to every child’s right to a

quality education, one that not only teaches reading, writing and arithmetic, but also

strengthens the child’s capacity to enjoy the full range of human rights and promotes a

culture which is infused by human rights values.”

1.3 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kerjasama United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) dan Office of the United Nations High

Commissioner for Human Rights (OHCHR) telah menubuhkan Pelan Tindakan bagi Program

Pendidikan Hak Asasi Manusia Sedunia (Plan of Action: World Programme for Human

Rights Education). Pelan ini menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan mempunyai

peranan utama dalam melaksanakan pelan ini, dengan kerjasama rapat oleh pihak

berkepentingan yang lain. Pelan ini telah diterima pakai oleh Negara-negara Anggota

Perhimpunan Agung PBB (Member Stated of the United Nations General Assembly) pada

14 Julai 2005. Sebagai salah sebuah Negara Anggota PBB, Malaysia mempunyai komitmen

untuk melaksanakan Pelan Tindakan ini.

1.4 Sejak penubuhannya, SUHAKAM telah menjalankan beberapa program Pendidikan dengan

kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menanamkan kesedaran dan

amalan hak asasi manusia dalam kalangan guru dan murid sekolah. Program-program yang

telah dijalankan adalah seperti berikut:

i.

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah;

ii. Siri Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran

Negeri;

iii.

Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Jurulatih Utama Kaunseling;

iv. Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Jurulatih Utama Pendidikan Sivik dan

Kenegaraan;

(25)

Page 2 of 13

vi.

Simposium Hak Kanan-kanak: Menjana Pemikiran pada April 2008;

vii. Membekalkan bahan rujukan seperti UDHR, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

(CRC) dan Pelan Pengajaran Hak Asasi Manusia ke semua sekolah.

2.0 PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA (ATHAM)

2.1 Pengenalan Program ATHAM

Mulai tahun 2009, Jawatankuasa Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah

(KEPHAMUS)

1

bercadang untuk mengadakan Program “Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia

(ATHAM)” di sekolah yang mensasarkan penglibatan warga sekolah secara lebih

menyeluruh.

2.2 Matlamat Umum Program ATHAM

Matlamat umum program ini adalah bagi mewujudkan amalan dan budaya hak asasi

manusia di sekolah secara bertanggungjawab untuk keharmonian sosial dan kesejahteraan

hidup yang berterusan.

2.3 Objektif Khusus Program ATHAM

Objektif-objektif khusus program ATHAM di sekolah ini adalah seperti berikut:

i.

Untuk mempromosi, melindungi, memenuhi dan menghormati hak asasi manusia

terutamanya hak kanak-kanak;

ii. Untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran warga sekolah termasuk KPM,

pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid berkenaan hak asasi

manusia terutamanya hak kanak-kanak melalui aktiviti dan program yang dirancang,

seterusnya mewujudkan amalan dan budaya hak asasi manusia di sekolah serta

menjadikan persekitaran sekolah sebagai persekitaran yang mesra hak asasi manusia;

iii. Untuk menggalakkan pengurusan sekolah dan guru-guru memberi perhatian kepada

prinsip dan elemen hak asasi manusia dan hak kanak-kanak dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti dan program di sekolah;

iv. Untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat setempat berkenaan hak asasi

manusia dan hak kanak-kanak yang diamalkan di sekolah;

v. Untuk memupuk dan memperkasakan jalinan perhubungan yang baik dalam kalangan

murid-murid tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

2.4 Rangka Rujuk Program ATHAM

Pelaksanaan aktiviti dan program ATHAM di sekolah akan memberi penekanan terhadap

peruntukan di dalam UDHR dan CRC sepertimana berikut:

i.

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)

Artikel 1

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan

hak-hak.

1 Jawatankuasa Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah (KEPHAMUS) telah ditubuhkan dalam tahun

2009. Ahli KEPHAMUS terdiri daripada wakil KPM, khususnya dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPP), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH); beberapa pertubuhan bukan kerajaan iaitu Amnesty International (AI) dan Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan beberapa ahli akademik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

(26)

Page 3 of 13

Artikel 2

Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang

termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan,

seperti bangsa, warna kulit, jantina, 3ocial, ugama, fahaman politik atau

lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau 3ocial harta-benda,

kelahiran atau apa-apa taraf lain.

Artikel 3

Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan

diri.

Artikel 4

Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan

dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya.

Artikel 11

Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak

dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang

di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan

yang perlu untuk pembelaannya.

Artikel 17

Setiap orang berhak memiliki harta dan tiada sesiapa pun boleh

dilucutkan harta-bendanya secara sewenang-wenangnya.

Artikel 24

Setiap orang adalah berhak kepada rehat dan masa lapang, termasuk

batasan munasabah ke atas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.

Artikel 25

Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi

kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan,

pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan

sosial yang perlu.

Artikel 26

Setiap orang mempunyai hak kepada pendidikan dan ianya hendaklah

disediakan secara percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal

dan asasnya.

ii.

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC)

Artikel 2

Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa pengecualian. Adalah

menjadi obligasi negara untuk melindungi kanak-kanak daripada

sebarang bentuk diskriminasi dan untuk mengambil tindakan yang

positif untuk memajukan hak mereka.

Artikel 6

Setiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara

mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan

kanak-kanak itu.

Artikel 7

Kanak-kanak hendaklah didaftarkan sebaik selepas dilahirkan dan

hendaklah mempunyai hak sejak lahir terhadap suatu nama, hak untuk

(27)

Page 4 of 13

memperoleh kerakyatan dan seboleh-bolehnya hak untuk mengetahui

dan dijaga oleh ibu bapanya.

Artikel 8

Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu,

memantapkan semula aspek-aspek asas identiti kanak-kanak itu. Ini

termasuklah nama, kerakyatan dan pertalian keluarga.

Artikel 9

Kanak-kanak mempunyai hak untuk tinggal bersama ibubapanya

melainkan jika ini disifatkan tidak sesuai dengan kepentingan terbaik

kanak-kanak itu. Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk mengekalkan

hubungan dengan kedua-dua ibu bapa jika dipisahkan daripada salah

seorang atau kedua-duanya.

Artikel 12

Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka

secara bebas dan menjadikan pandangan tersebut diambilkira dalam

sebarang perkara, tatacara, prosiding kehakiman atau pentadbiran yang

menyentuh berkenaan kanak-kanak.

Artikel 13

Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya,

menerima maklumat, memberitahu idea atau maklumat tanpa mengira

sempadan.

Artikel 14

Negara hendaklah menghormati hak kanak-kanak kepada kebebasan

berfikir, rasa hati dan beragama.

Artikel 15

Kanak-kanak mempunyai hak kepada kebebasan berpersatuan dan

kebebasan berhimpun secara aman.

Artikel 16

Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada gangguan

ke atas privasi, keluarga, tempat tinggal dan surat-menyuratnya serta

nama baik dan reputasinya.

Artikel 17

Negara hendaklah memastikan kanak-kanak diberikan akses kepada

maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber, dan negara itu

hendaklah menggalakkan media massa untuk menyebarkan maklumat

yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak

dan mengambil langkah untuk melindunginya daripada bahan yang

memudaratkan.

Artikel 18

Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi

undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan

perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan

menjadi perhatian asas.

Artikel 19

Negara hendaklah melindungi kanak- kanak daripada semua bentuk

keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian

atau pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi, termasuk penderaan

seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa), penjaga di

sisi undang-undang (penjaga-penjaga di sisi undang-undang) atau

mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu.

(28)

Page 5 of 13

Artikel 23

Seseorang kanak-kanak kurang upaya mental atau fizikal patut

menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan

yang memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung, dan

memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam komuniti.

Artikel 24

Setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada standard kesihatan dan

jagaan perubatan yang paling tinggi.

Artikel 27

Setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi

bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial

kanak-kanak itu.

Artikel 28

Semua kanak-kanak mempunyai hak terhadap Pendidikan.

Artikel 29

Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan

personality, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada

tahap potensi yang paling tinggi.

Artikel 30

Kanak-kanak daripada komuniti minority dan penduduk asli mempunyai

hak untuk menikmati kebudayaan mereka sendiri dan mengamalkan

Bahasa dan agama mereka sendiri.

Artikel 31

Kanak-kanak mempunyai hak kepada masa lapang, bermain dan

menyertai aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Artikel 32

Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada pekerjaan yang

mengancam kesihatan, Pendidikan atau perkembangannya.

Artikel 33

Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada

penggunaan dadah narkotik dan psikotropik, dan daripada terlibat

dalam pengeluaran atau pengedaran dadah itu.

Artikel 34

Kanak-kanak perlu dilindungi daripada segala bentuk pengeksploitasian

seks dan penderaan seksual, termasuk pelacuran dan pornografi.

Artikel 37

Tiada kanak-kanak boleh tertakluk kepada penyeksaan atau layanan

atau hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau

menjatuhkan maruah.

2.5

Strategi Pelaksanaan Program ATHAM

Berikut merupakan strategi pelaksanaan program ATHAM di sekolah yang perlu diberi

perhatian:

2.5.1

Kriteria pemilihan sekolah

Berikut merupakan cadangan kriteria pemilihan sekolah yang akan mengikuti

program ATHAM:

(29)

Page 6 of 13

i.

Sekolah Harian;

ii. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bandar dan luar bandar;

iii. Antara sekolah yang dipilih adalah sekolah yang menjalankan RIMUP

(Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan);

iv. Antara sekolah yang dipilih adalah sekolah berisiko (kes disiplin atau salah laku

yang banyak);

v. Antara sekolah yang dipilih adalah sekolah yang mempunyai pengalaman

dalam mengendalikan program Hak Asasi Manusia;

Pemilihan sekolah dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta dipersetujui

oleh sekolah.

2.5.2

Bilangan Sekolah ATHAM

Fasa pertama program (program perintis) akan dijalankan di 5 buah sekolah yang

dipilih oleh JPN, setiap satunya di Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan

dan Melaka. 5 buah sekolah yang dipilih adalah seperti berikut:

1. SMK Taman Tun Dr. Ismail, Wilayah Persekutuan (KL)

2. SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

3. SMK Datuk Mansor, Bahau, Negeri Sembilan

4. SMK Munshi Abdullah, Melaka

5. SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak

Fasa 2 akan melibatkan penambahan 5 buah sekolah lagi tertakluk kepada

keberkesanan projek perintis Fasa 1.

2.5.3

Pihak berkepentingan

i.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

ii. Pegawai Pelajaran Daerah

iii. Pengetua

iv. Penolong Kanan

v. Guru-guru

vi. Murid

vii. Staf sokongan di sekolah

viii. Persatuan Ibu Bapa dan Guru

ix. Ketua Kampung

x. Komuniti Setempat

2.5.4

Garis Panduan Pelaksanaan program ATHAM di sekolah

Berikut merupakan garis panduan bagi melaksanakan program ATHAM di sekolah.

Namun begitu, sekolah bebas untuk menambahbaik panduan ini mengikut

kesesuaian program dan kehendak sekolah.

1. Membentuk Jawatankuasa pelaksanaan bagi memudahkan pelaksanaan

program.

(30)

Page 7 of 13

i.

Melantik urusetia yang bertanggungjawab untuk menyelaras program dan

aktiviti ATHAM di sekolah.

ii. Memilih satu bidang dalam whole-school approach - kurikulum,

ko-kurikulum, pengurusan sekolah atau hal ehwal murid. (rujuk lampiran 1)

iii. Mencadangkan program yang dipilih merujuk kepada hak asasi manusia

dalam UDHR atau CRC.

iv. Menentukan tajuk/tema program atau aktiviti: memberi fokus kepada

artikel-artikel yang berkaitan dengan CRC dan kepada isu-isu hak asasi

manusia yang cuba diketengahkan di sekolah tersebut.

v. Menentukan matlamat/objektif program.

vi. Menentukan kumpulan sasaran.

vii. Memilih Jawatankuasa Pemantauan & Penilaian

3. Setelah membincangkan perkara di atas, pihak sekolah hendaklah mengisi

borang yang dilampirkan. (rujuk lampiran 2)

2.5.5 Contoh aktiviti di bawah program ATHAM

Mengadaptasikan aktiviti sedia ada yang biasanya dijalankan di sekolah dengan

menambahkan elemen hak asasi manusia, contohnya:

Bil. Aktiviti

Penambahan elemen hak asasi manusia

1.

Perhimpunan

Memberikan peluang kepada murid-murid untuk

berucap berkenaan hak kanak-kanak di atas pentas

perhimpunan.

2.

Ceramah / seminar

Mengadakan ceramah berkenaan Hak Kanak-kanak

3.

Pameran

Mengadakan Pameran Hak Kanak-kanak sempena

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia

4.

Pertandingan

Mengadakan Kuiz Hak Asasi Manusia

Contoh pelaksanaan aktiviti di bawah program ATHAM sepertimana lampiran 3.

2.5.6 Garis masa Pelaksanaan program ATHAM

Bagi memastikan pelaksanaan program ATHAM dapat dilaksanakan secara

berkesan di sekolah-sekolah terpilih, berikut merupakan garis masa yang

dicadangkan untuk pertimbangan SUHAKAM dan KPM:

Bil.

Aktiviti

Garis masa

(2009)

Tindakan

1. Mesyuarat

dengan

Ketua

Pengarah

Pendidikan

Malaysia

(KPPM)

untuk

menyampaikan

konsep

pelaksanaan

program ATHAM di sekolah.

Awal Mac

Urus setia

2. Mendapatkan kelulusan dan punca kuasa

program.

Pertengahan

Mac

(31)

Page 8 of 13

3. Memastikan

perbelanjaan

kewangan

untuk program ini diluluskan seperti

anggaran perbelanjaan.

Mac

Urus setia

4. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

(BPSH) mengeluarkan surat kepada JPN

untuk pemilihan sekolah bagi setiap negeri

yang telah dikenalpasti.

Pertengahan

Mac

BPSH

5. JPN akan membuat pemilihan berdasarkan

kriteria yang telah ditetapkan oleh

KEPHAMUS

Akhir Mac

JPN

6. JPN akan mendapatkan persetujuan

sekolah dan menghantar nama sekolah

kepada BPSH.

Akhir Mac

JPN

7. BPSH akan mengeluarkan surat kepada

JPN. JPN akan memaklumkan kepada

sekolah terlibat.

Awal April

BPSH, KPM

8. Pentadbir sekolah dan wakil murid, JPN

dan PPD akan dipanggil untuk taklimat

program oleh KEPHAMUS

Pertengahan

April

BPSH, JPN,

PPD dan

KEPHAMUS

9. Sekolah

membuat

perancangan

berdasarkan garis panduan yang telah

disediakan oleh KEPHAMUS.

Akhir April

Sekolah,

JPN, dan

PPD, PIBG,

dll

10.

Sekolah memulakan program/aktiviti

Mei

Sekolah

11.

Lawatan bimbingan

Jun

KEPHAMUS/

JPN/PPD

12.

Lawatan bimbingan

Julai

KEPHAMUS/

JPN/PPD

13.

Lawatan bimbingan

Ogos

KEPHAMUS/

JPN/PPD

14.

Laporan kemajuan program oleh

sekolah-sekolah yang terlibat (progress report)

akan diadakan di Kuala Lumpur

September/

Disember

Sekolah/SU

HAKAM

Nota: Perubahan kepada garis masa bergantung kepada perkembangan program di

sekolah.

3.0 PENUTUP

SUHAKAM berharap agar pemahaman dan kesedaran hak asasi manusia dalam kalangan

warga sekolah dapat dipertingkatkan menerusi pelaksanaan program ATHAM ini. Melalui

program ini, nilai-nilai hak asasi manusia dapat diterapkan dalam kehidupan seharian

terutamanya di sekolah seterusnya menjadi suatu budaya dan amalan bagi membentuk

masyarakat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan prihatin.

(32)

Page 9 of 13

LAMPIRAN 1

Projek Sekolah Mesra – Hak Asasi Manusia (Amnesty International)

Apakah Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah?

Kebanyakan sekolah di luar negara telah menggunakan pendekatan whole school approach

untuk mempromosi hak asasi manusia. Mereka menggunakan teks Universal Declaration of

Human Rights (UDHR) atau Convention on the Rights of the Child (CRC) sebagai rujukan.

Sekolah Menengah mendapati UDHR lebih sesuai kerana terdapat pelajar yang sudah

berumur lebih daripada 18 tahun dan juga kebanyakan pelajar ini adalah pada peringkat umur

yang ingin menjadi orang dewasa (aspiring adults).

Apakah whole school approach dalam hak asasi manusia?

Sekolah mesra hak asasi manusia adalah sekolah yang mengamalkan hak asasi manusia dalam

sistem pendidikan di sekolah. Ini bermakna persekitaran dan komuniti sekolah peka kepada

amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak dalam aspek pengajaran, pembelajaran,

pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mengamalkan sifat hormat menghormati dan

bertanggungjawab.

Matlamat whole school approach ini mewujudkan persekitaran yang menghormati hak ahli

komuniti sekolah yang juga berpengetahuan dan berdedikasi dalam mempromosi dan

menggalakkan hak asasi manusia. Pelajarnya bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga

mengamalkan nilai, berkemahiran dan berpengalaman untuk menjadi warganegara yang

bertanggungjawab. Secara ringkasnya, warga sekolah berupaya mempromosi dan

mengamalkan budaya hak asasi manusia dalam kehidupan seharian mereka.

4 bidang dalam sistem Pendidikan di sekolah yang mana hak asasi manusia boleh

diintegrasikan:

1)

Kurikulum

2)

Kokurikulum dan persekitaran sekolah

3)

Pengurusan sekolah

4)

Hak ehwal pelajar

BIDANG

PENERANGAN

CADANGAN

Kurikulum

Sekolah boleh mengintegrasikan hak asasi manusia

dalam unit mata pelajaran atau mengadakan satu mata

pelajaran khusus. Kebanyakan sekolah menghadapi

kesukaran untuk mewujudkan mata pelajaran khusus

kerana kurikulum sedia ada sudah padat. Oleh itu,

meraka akan mengintegrasikan tema, isu, perspektif dan

pendekatan hak asasi manusia dalam mata pelajaran

sedia ada.

Cadangan:

1. Sejarah

2. Ekonomi

3. Geografi

4. Kesusasteraan

5. Bahasa

6. Pendidikan Seni

7. Pendidikan Moral

(33)

Page 10 of 13

Apa yang penting ialah mendapatkan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan

untuk mengintegrasikan elemen hak asasi manusia

dalam

kurikulum.

Kesemua

ini

memerlukan

pengetahuan dan kemahiran pihak pengurusan dan guru

sekolah.

8. Pendidikan Sivik dan

Kenegaraan

Kokurikulum

dan

Persekitaran

Sekolah

Bidang kokurikulum memberi sekolah lebih kebebasan

dan fleksibiliti berbanding aspek seperti kurikulum,

pengurusan sekolah dan hal ehwal pelajar.

Namun begitu, sekolah adalah diingatkan bahawa

matlamat program yang ingin dijalankan bukan setakat

aktiviti semata-mata, tetapi untuk mengamalkan

strategi yang mengintegrasikan hak asasi manusia dalam

aktiviti yang dijalankan dan yang sesuai dengan

keperluan sekolah.

Cadangan:

1. Kelab Hak Asasi Manusia

2. Festival

Hak

Asasi

Manusia

3. Festival Filem Hak Asasi

Manusia

4. Festival Kesenian dan

Drama

5. Sambutan Hari Hak Asasi

Manusia Sedunia

6. Kempen mengenai Buli

7. Kempen

mengenai

Gangguan Seks

8. Keganasan di dalam atau

di luar Sekolah

9. Sekolah Selamat

10. Sekolah Mesra

Kanak-kanak

11. Khidmat sosial berfokus

kepada

masyarakat

setempat

12. Aktiviti yang melibatkan

ibu bapa, keluarga dan

komuniti

13. Program untuk melatih

murid dalam kempen

kemanusiaan

Pengurusan

Sekolah

Bidang ini membolehkan semua warga sekolah

mengambil

bahagian

dalam

proses

membuat

keputusan. Pihak pengurusan dan warga sekolah perlu

mempunyai mekanisma yang mantap untuk mereka

saling berhubung dan berinteraksi antara sat usama lain.

Dalam bidang ini, peluang perlu diwujudkan untuk

menilai semula cara pentadbiran dan pengurusan

sekolah dilaksanakan.

Cadangan:

1. Hubungan

sekolah

dengan PIBG

2. Pengurusan mesyuarat

sekolah

3. Dasar dalaman sekolah

mengenai:

i.

inklusif dan integrasi

ii. kesaksamaan

iii. kepelbagaian

iv. anti-perkauman

v. anti-buli

(34)

Page 11 of 13

vi. kemiskinan

vii. kurang upaya

viii. jantina

ix. pesekitaran

sihat

dan selamat

x. pemakanan

yang

sihat

Hal

Ehwal

Pelajar

Bidang ini memfokuskan kepada langkah-langkah untuk

mewujudkan persekitaran sekolah yang mengamalkan

sikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu

sama lain. Pendekatan yang boleh diambil bagi maksud

ini adalah melalui penglibatan semua guru dan murid

dalam menyediakan suatu dasar atau peraturan yang

menyentuh mengenai kanak-kanak di sekolah.

Matlamat akhir pengintegrasian eleman hak asasi

manusia dalam bidang ini adalah agar kesemua warga

sekolah termasuk pengurusan, guru-guru dan

murid-murid diberi peluang untuk menyuarakan pendapat

seterusnya sebulat suara bersetuju dengan dasar atau

peraturan tersebut dan bertanggungjawab untuk

mematuhinya.

Cadangan:

i.

Kod tingkah laku

ii. Peraturan sekolah

(35)
(36)

Page 13 of 13

LAMPIRAN 3

CONTOH PROGRAM AMALAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

Tajuk:

Membina Jati Diri Murid

Tema:

Maruah diri seseorang perlu dihormati

Matlamat:

Membina dan memupuk sikap saling menghormati di kalangan warga sekolah

Objektif:

1. Berpegang dan mengamalkan prinsip hak asasi di dalam artikel UDHR dan CRC yang

dipilih.

2. Menghormati hak-hak asasi manusia dan maruah individu.

3. Melahirkan rasa bangga dan cinta kepada hak asasi manusia

Kumpulan sasaran:

1. Semua murid sekolah.

2. Semua guru.

3. Pentadbir dan kakitangan sokongan.

Tarikh pelaksanaan:

April – Oktober 2009

i. Perancangan: April

ii. Pelaksanaan: Mei – Ogos

iii. Pemantauan dan penilaian laporan: September dan Oktober

Kriteria Jawatankuasa Pelaksanaan Program di Sekolah

i. Ahli jawatankuasa – di kalangan murid

ii. Penasihat – guru atau PIBG

Progaram/aktiviti yang dicadangkan:

i. Hak dan Tanggungjawab di Sekolah – pidato, pertandingan esei, drama

Referensi

Dokumen terkait

menjelaskan bahwa populasi cacing tanahpada tegakan aren, durian dan karet tidak berbeda nyata dengan tegakan hutan kemudian pada tegakan durian dan karet

[r]

dimana : ITP overlay = ITP kebutuhan – ITP eksisting ao = koefisien kekuatan relatif bahan yang digunakan untuk overlay ITP kebutuhan dihitung berdasarkan perhitungan kebutuhan

Eksternal (entrikulo drainage merupakan salah satu metode )ang dapat digunakan untuk mengatasi masalah medis seperti h)drocephalus. Prinsip )ang digunakan merupakan

masyarakat Mandar di Kecamatan Sendana Kabupaten Majene ialah diantaranya: (1) penentuan calon dilihat dari akhlaknya yang baik (agama); (2) penjajakan dengan maksud

Hasil penelitian menunjukan bahwa indikator good corporate governance (ukuran dewan komisaris dan kepemilikan manajerial), karakteristik perusahaan (ukuran perusahaan dan

Abstrak: Kredit adalah penyediaan uang atau tagihan yang dapat dipersamakan dengan itu, berdasarkan persetujuan pinjam meminjam antara bank dengan pihak lain yang

Diberikannya kebebasan oleh Spanyol kepada Rusia untuk turut serta mengembangkan sektor wisatanya yang dirancang dalam kerengka kerja strategic partnership tersebut juga merupakan